hubungan di antara konsep kendiri dan … · golongan remaja ini merupakan aset yang penting dalam...
TRANSCRIPT
1
2
3
HUBUNGAN DI ANTARA KONSEP KENDIRI DAN KESEJAHTERAAN
HIDUP DI KALANGAN REMAJA AKHIR
PUSPHAVALLI A/P RAJOO
Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Skudai
2008
4
5
SEKALUNG BUDI Ditujukan istimewa kepada suami yang disayang Raviselvan,
Kejayaan ini adalah untuk kita bersama Ibu dan bapa tersayang
Lechumy dan Rajoo,
Yang sentiasa memahami dan memberi
Semangat di sepanjang tempoh pengajian ini. Untuk semua ahli keluarga dan rakan sekelas yang dikasihi,
Yang sentiasa memberi nasihat dan dorongan
mengejar cita-cita. Pengobanan kalian tetap akan menjadi pendorong
menamatkan pengajian ini. Terima kasih di atas sokongan, galakan dan pengorbanan kalian, akan
ku kenang buat selamanya.
6
PENGHARGAAN
Syukur dan terima kasih kepada Tuhan yang maha esa, kerana dengan limpah
kurnia serta izinnya, dapatlah saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini,
sebagai latihan Ilmiah dengan jayanya.
Penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia selaku
pembimbing Projek Sarjana Muda, Tn. Hj. Johari Bin Hassan di atas dorongan yang
diberikan sepanjang tempoh penulisan projek ini.
Sekalung ucapan terima kasih kepada semua pensyarah dan kakitangan
Universiti Teknologi Malaysia, pihak pengurus dan kerani kilang perusahaan
Avaplas, Senai. Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan,
4 SPT PKPG serta kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.
7
ABSTRAK
Memahami konsep kendiri dan kesejahteraan hidup remaja bekerja dan
remaja belajar adalah penting. Pembinaan konsep kendiri yang positif akan memberi
ketenangan dalam hidup malah kesejahteraan hidup adalah satu keadaan emosi yang
dapat mempengaruhi corak hidup individu. Kajian ini bertujuan mengenalpasti
perhubungan di antara konsep kendiri dan kesejahteraan hidup di kalangan remaja
dalam lingkungan umur 18-22 tahun. Kajian ini juga ingin meninjau sama ada
terdapat perbezaan konsep kendiri dan kesejahteraan hidup dari segi jantina dan etnik
yang berlainan. Kajian ini dijalankan di dua tempat yang berlainan iaitu di kampus
induk Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan kawasan perusahaan di Senai.
Responden kajian ini terdiri daripada 120 orang remaja iaitu 60 orang pelajar UTM
dan 60 orang pekerja kilang. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah set
soal selidik Skala Penilaian Konsep Kendiri Pasao (SPKKP) dan Kesejahteraan
hidup pula diukur dengan soal selidik yang diubahsuaikan dari kajian Linn dan
McGranahan (1980). Data kajian dianalisis secara deskriptif dalam bentuk frekuensi,
peratusan dan min dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Sosial
Sciences (SPSS) Versi 14.0 . Kaedah statistik inferensi seperti ujian t dan Korelasi
Pearson telah digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian. Secara
keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan tahap konsep kendiri dan tahap
kesejahteraan hidup remaja akhir adalah tinggi. Hasil kajian menyatakan terdapat
hubungan positif yang signifikan di antara konsep kendiri dan kesejahteraan hidup di
kalangan remaja akhir. Didapati juga tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam
konsep kendiri dan kesejahteraan hidup di antara status remaja, jantina dan etnik
yang berbeza. Namun, terdapat perbezaan kesejahteraan hidup yang signifikan di
antara remaja bekerja dan remaja belajar. Implikasi kajian ini adalah supaya pihak
tertentu boleh membantu mendirikan konsep kendiri yang positif di kalangan remaja
supaya melahirkan golongan bakal pemimpin dan penggerak pembangunan negara.
8
ABSTRACT
The understanding of the relationship between self-concept and life
satisfaction among youth is very important. Positive self-concept creates a
satisfaction in life. The purpose of this study is to identify the relationship between
self-concept and the life satisfaction among the youth in age 18 to 22 years old, there
were 60 students from campus University Technology Malaysia (UTM), Skudai and
60 workers from a factory in Senai. The purpose of this research is also to evaluate
whether relationship between self-concept and the life satisfaction among the youth
is influenced by some factor such as status, gender and ethnic. The instrument used
in this study was the set of questionnaire Pasao Self-concept Scale and questionnaire
of youth life satisfactions by Linn and McGranahan (1980). The data was analyzed
using descriptive analysis method in the form of frequency, percentage and mean by
using Statistical Packages for Social Sciences software (SPSS) Version 14.0.
Descriptive statistic t-test and Pearson's Correlation were used to analyze the
relationship between the self-concept and life satisfactions among the two groups.
Overall, finding of the research showed that the level of self-concept and life
satisfactions among the youth was high. Hence, we can conclude that self-concept
plays an important role in creating youth’s life satisfaction. Finding also showed that
there were no significant differences between the self-concept and life satisfactions
among the youth. But, the result showed that there were differences in youth’s life
satisfaction among the students and workers. Hence, a positive self-concept is
important to moulding the young generation to become useful citizens who could
help in the economic, social, cultural and political development of the society.
9
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PEMBIMBING ii
JUDUL iii
PENGAKUAN PENYELIDIK iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI JADUAL xv
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
10
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 3
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Hipotesis Kajian 6
1.7 Kepentingan Kajian 7
1.8 Skop dan Batasan Kajian 8
1.9 Definisi Istilah 9
1.10 Definisi Operasi 14
1.11 Kesimpulan 17
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 18
2.2 Kajian-kajian Lepas Tentang Konsep Kendiri 18
2.3 Kajian-kajian Lepas Tentang Kesejahteraan
Hidup 21
2.4 Kajian-kajian Lepas Tentang Hubungan
Konsep Kendiri Dan Kesejahteraan Hidup 24
2.5 Penutup 26
11
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 27
3.2 Reka bentuk Kajian 27
3.3 Tempat Kajian 28
3.4 Populasi Kajian 28
3.5 Sampel Kajian 28
3.6 Prosuder Kajian 29
3.7 Instrumen Kajian 30
3.8 Kajian Rintis 33
3.9 Analisis Data 34
3.10 Kesimpulan 35 BAB VI ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 36
4.2 Analisis Data 36
4.2.1 Analisis Bahagian A 37
4.2.1.1 Jantina 37
4.2.1.2 Umur 37
4.2.1.3 Akedemik 38
4.2.1.4 Status 38
4.2.1.5 Pendapatan individu/ibu bapa 39
4.2.1.6 Etnik 39
4.2.2 Analisis Bahagian B 40
4.2.2.1 Analisis data berdasarkan
persoalan konsep kendiri 40
12
4.2.3 Analisis Bahagian C 42
4.2.3.1 Analisis data berdasarkan
persoalan kesejahteraan hidup 42
4.2.4 Analisis data berdasarkan keputusan
hipotesis 44
4.2.4.1 Hipotesis 1 44
4.2.4.2 Hipotesis 2 44
4.2.4.3 Hipotesis 3 45
4.2.4.4 Hipotesis 4 45
4.2.4.5 Hipotesis 5 46
4.2.4.6 Hipotesis 6 47
4.2.4.7 Hipotesis 7 47
4.3 Rumusan Keputusan 48
4.4 Kesimpulan 49 BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 50
5.2 Ringkasan Kajian 50
5.3 Perbincangan 51
5.3.1 Perbezaan Konsep Kendiri Di Antara
Remaja Bekerja Dan Remaja Belajar 51
5.3.2 Perbezaan Konsep Kendiri Di Kalangan
Remaja Lelaki Dan Remaja Perempuan 53
5.3.3 Perbezaan Konsep Kendiri Di Antara
Remaja Bumiputra Dan Remaja
Bukan Bumiputra 55
5.3.4 Perbezaan Kesejahteraan Hidup Di Antara
Remaja Bekerja Dan Remaja Belajar 56
13
5.3.5 Perbezaan Kesejahteraan Hidup Di Antara
Remaja Bekerja Dan Remaja Belajar 58
5.3.6 Perbezaan Kesejahteraan Hidup Di Antara
Remaja Bumiputra Dan Remaja
Bukan Bumiputra 59
5.3.7 Hubungan Di Antara Konsep Kendiri Dan
Kesejahteraan Hidup Di Kalangan Remaja 60
5.4 Rumusan 61
5.4.1 Rumusan Keseluruhan 61
5.4.2 Rumusan Kajian 62
5.5 Kesan Kajian 63
5.6 Cadangan 65
5.7 Penutup 66 RUJUKAN 67
LAMPIRAN
14
SENARAI RAJAH
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Model Konsep Kendiri Dan Kesejahteraan Hidup
Hubungannya Dan Perbandingannya Dari Segi
Status Remaja, Jantina Dan Etnik 17
15
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Jadual Permarkahan Skala Penilaian
Konsep Kendiri Pasao 32
3.2 Jadual Pemarkahan Pengukur
Kesejahteraan Hidup 33
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 37
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 38 4.3 Taburan Responden Mengikut Akedemik 38 4.4 Taburan Responden Mengikut Status 38 4.5 Taburan Responden Mengikut Pendapatan
Individu/Ibu Bapa 39 4.6 Taburan Responden Mengikut Etnik 39 4.7 Taburan Peratus Yang Tinggi Dan Paling Rendah
Bagi Item Yang Terpilih Bagi Persoalan Konsep Kendiri 41 4.8 Ringkasan Bilangan dan Peratusan Subjek
Pada Dua Tahap Konsep Kendiri 41
4.9 Taburan Peratus Bagi Setiap Item Bagi
Persoalan Kesejahteraan Hidup 43
4.10 Ringksan Bilangan dan Peratusan Subjek
Pada Dua Tahap Kesejahteraan Hidup 43
16
4.11 Perbandingan Skor Konsep Kendiri
Di Antara Remaja Belajar Dan Remaja Bekerja 44
4.12 Perbandingan Skor Konsep Kendiri
Di Antara Remaja Lelaki Dan Remaja Perempuan 45
4.13 Perbandingan Skor Konsep Kendiri
Di Antara Remaja Bimuputra Dan Bukan Bumiputra 45
4.14 Perbandingan skor Kesejahteraan Hidup Yang
Signifikan Di Antara Remaja Belajar
Dan Remaja Bekerja 46
4.15 Perbandingan Skor Kesejahteraan Hidup Yang
Signifikan Di Antara Remaja Lelaki
Dan Remaja Perempuan 46
4.16 Perbandingan Skor Kesejahteraan Hidup Yang
Signifikan Di Antara Remaja Bumiputra Dan
Remaja Bukan Bumiputra. 47
4.17 Pekali Korelasi Pearson( r ) Di Antara
Konsep Kendiri Dengan Kesejahteraan Hidup 48
17
SENARAI SINGKATAN
Bhd - Berhad
FP - Fakulti Pendidikan
JB - Johor Bahru
k - Aras Keyakinan
n/N - Bilangan Subjek
r - Pekali Korelasi
RM - Ringgit Malaysia
SPSS - Statistical Packages For the Social Sciences
SPKKP - Skala Penilaian Konsep Kendiri Pasao
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
SRP - Sijil Rendah Pelajaran
Sdn - Sendirian
S.P. - Sisihan Piawai
t - Nilai Signifikan (T-test)
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
< - Kurang Daripada
> - Lebih Daripada
% - Peratus
18
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
LAMPIRAN A Set Borang Soal Selidik
LAMPIRAN B Taburan Peratus Bagi Setiap Item Bagi Persoalan
Konsep Kendiri
19
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan Dalam pusingan hidup manusia remaja kerap merujuk kepada waktu transisi
daripada alam kanak-kanak kepada zaman dewasa. Dalam tempoh yang kompleks
ini, seseorang manusia akan mengalami perubahan yang pesat seperti perubahan
pada diri, perubahan fizikal , perubahan mental, percubaan interaksi sosial dalam
hidup dan sebagainya ( Mahmood Nazar Mohamed, 1990).
Golongan remaja kebanyakannya merupakan mereka yang masih di bangku
sekolah, serta juga mereka yang sudah keluar dari alam persekolahan yang sama ada
sedang bekerja di pelbagai sektor atau yang sedang menganggur.
Golongan remaja ini merupakan aset yang penting dalam sesebuah negara.
Ini kerana mereka merupakan golongan yang paling berharga serta harta yang tidak
ternilai. Pada remaja inilah terletak masa depan negara serta harapan untuk
membangunkan sesebuah negara. Pendek kata, remaja merupakan warisan negara
dan bangsa sesebuah negara.
Apabila seseorang remaja mengalami perkembangan yang pesat, mereka akan
terdedah kepada alam luar rumah yang lebih luas, malah persekitaran seolah-olah
akan menjadi rumah kepadanya. Dengan ini, mereka belajar banyak perkara, tidak
20
lagi hanya dari ibu bapa tetapi juga dari persekitaran sosial di mana ia hidup. Pada
masa inilah remaja mula mengubah tingkah laku, sikap, nilai dan malah seluruh cara
hidupnya daripada alam kanak-kanak kepada alam lebih matang dan dewasa. Dalam
proses ini, individu mempelajari cara-cara untuk menilai dan mempersepsikan diri
sendiri melalui interaksi sosial dan pembelajaran. Justeru itu, adalah penting bagi
seseorang remaja membina dan mengintergrasikan konsep tentang dirinya.
Banyak kajian yang telah dijalankan untuk mengkaji apakah itu konsep
kendiri dan peranan konsep kendiri. Walaupun terdapat perbezaan dalam
mendefinisikan konsep kendiri, ahli-ahli teori sependapat bahawa konsep kendiri
adalah penting dalam pembentukan kehidupan seseorang individu. Saranan ahli-ahli
psikologi humanistik seperti Combs (1949), Rogers (1951), Kelly (1955) bahawa
konsep kendiri boleh mempengaruhi pentafsiran individu terhadap dunianya dan ia
amat mempengaruhi penyesuaian diri, mencerminkan penegasan yang diberi kepada
peranan konsep kendiri dalam hidup ( dalam Maznah Ismail & Susie See. 1991).
Rogers (1951) berpendapat konsep kendiri mempunyai unsur-unsur seperti
pengamatan mengenai kebolehan dan sifat sendiri, pengamatan dan hubungan
dengan orang lain, persekitaran, nilai-nilai dan kualiti yang berhubungan dengan
pengalaman dan matlamat, idea serta objek yang bersifat afektif dan aspek-aspek
emosi. Manakala kepuasan hidup pula merujuk kepada aspek-aspek pertimbangan
kognitif. Ia adalah berlaiana dengan kegembiraan yang merujuk kepada emosi
positif dan kesedihan sebagai emosi yang negatif.
1.2 Latar Belakang Masalah
Sejak kebelakangan ini, pihak media banyak memaparkan mengenai isu-isu
kelemahan remaja dalam lingkungan umur 18-22 baik bekerja ataupun belajar.
Begitu juga rungutan dari masyarakat yang tidak berpuashati dengan mereka yang
mana dikatakan tidak berkeyakinan diri dan tidak berwibawa apabila mereka
berhadapan masalah. Individu yang menjalani hidup yang tenang dan sejahtera tidak
21
akan membentuk kendiri yang negatif maka hubungan konsep kendiri dan
kesejahteraan hidup saling berkait antara satu sama lain. Oleh itu, penyelidik akan
cuba melihat sejauh manakah perkaitannya dalam membentuk remaja yan bekerja
dan belajar yang berwibawa.
1.3 Pernyataan Masalah
Sehingga hari ini, pengkaji-pengkaji tempatan masih kurang memberikan
perhatian kepada remaja bekerja. Golongan ini seolah-olah telah diabaikan. Jadi
kajian ini adalah penting membuat kajian ke atas remaja bekerja supaya dapat
memahami tingkah laku mereka. Ini adalah kerana menurut ahli-ahli psikologi,
konsep kendiri bagi setiap individu adalah berbeza-beza bergantung kepada
pengalaman yang dialami dan juga masyarakat di sekeliling mereka. Dengan itu
barulah pengkaji dapat melihat sama ada terdapat perbezaan konsep kendiri di antara
remaja bekerja dan remaja belajar.
Menurut kajian Baum (1968) ( dalam Wong, 1992), pelajar lelaki mempunyai
konsep kendiri yang lebih rendah daripada pelajar perempuan. Sebaliknya Campbell
(1965) dan beldsoe (1967) ( dalam Purkey, 1970) menunjukkan bahawa pelajar lelaki
mempunyai konsep kendiri yang lebih tinggi daripada pelajar perempuan. Rogers
(1977) pula berpendapat perubahan konsep kendiri juga bergantung kepada jantina
dan latar belakang budaya seseorang. Dari sinilah pengkaji berminat untuk
mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan konsep kendiri di antara lelaki dan
perempuan. Kajian Healey dan De Blasiee (1977) juga menunjukkan terdapat
perbezaan konsep kendiri di antara etnik yang berlainan. Jadi pengkaji juga ingin
mengetahui sama ada benar atau tidak kenyataan tersebut.
Baru-baru ini, perasaan terhadap kehidupan seseorang atau kesejahteraan
hidup telah menarik perhatian ramai ahli sains sosial dan ahli sains tingkah laku.
Wood, Rhodes dan Whelan (1989) telah mengkaji perbezaan jantina terhadap
22
kesejahteraan hidup. Hasil kajian mereka mendapati perempuan adalah lebih
gembira dan puas dengan kehidupan berbanding remaja lelaki. Tetapi kajian Neto
(1993) mendapati remaja lelaki adalah lebih puas dengan kehidupan berbanding
dengan remaja perempuan. Clemente dan Sauer (1976) pula menunjukkan ras
adalah penting untuk meramal kepuasan hidup. Oleh yang demikian pengkaji ingin
mengetahui sama ada kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh mereka benar atau
tidak dalam kenteks tempatan. Dalam kajian ini pengkaji ingin melihat perbezaan
kesejahteraan hidup di antara jantina dan etnik yang berlainan serta membuat
perbandingan kesejahteraan hidup di antara remaja bekerja dan remaja belajar.
Hubungan kesejahteraan hidup terutama kepuasan hidup dengan faktor-faktor
psikologi yang lain telah banyak dibincangkan pada masa kini. Sebagai contoh,
Andrew dan Withey, Campbell, Catrill ( dalam Leung & Leung , 1992) mengatakan
kepuasan hidup adalah berhubungan dengan pembolehubah demografi seperti umur,
jantina, status, pekerjaan, pendidikan dan status perkahwinan. Selain dari itu
beberapa kajian yang dilakukan olah Campbell, Czaja, Diener, Hess dan Bradshaw,
Hulieka, Nehrke, Morganti ( dalam Leung & Leung , 1992) juga menunjukkan
bahawa konsep kendiri adalah berhubungan dengan kepuasan hidup. Kajian Neto
(1993) juga mendapati konsep kendiri adalah antara pembolehubah yang paling baik
dalam meramal kepuasan hidup seseorang.
Korelasi konsep kendiri dan kepuasan hidup kebanyakannya adalah hanya
berdasarkan kepada subjek-subjek dewasa sahaja (Mboya, 1989). Tambahan pula,
kebanyakan penulisan mengenai remaja, kepuasan hidup dan konsep kendiri ini
selalu dikaji secara berasingan. Oleh yang demikian dalam kajian ini, pengkaji
berminat untuk melihat sama ada benar konsep kendiri mempunyai hubungan yang
positif dan signifikan dengan kesejahteraan hidup atau tidak. Di samping itu dalam
kajian ini juga boleh mengenalpasti jenis faktor dalam konsep kendiri seperti emosi,
hubungan dengan keluarga, hubungan dengan rakan sebaya dan sebagainya yang
boleh mempengaruhi kesejahteraan hidup.
23
1.4 Objektif Kajian
Memandangkan konsep kendiri dan kesejahteraan hidup adalah penting bagi
seseorang remaja, maka pengkaji ingin mengkaji perkara-perkara berikut:-
1. Mengetahui sama ada terdapat perbezaan konsep kendiri dan
kesejahteraan hidup di kalangan remaja akhir yang bekerja dan yang
belajar.
2. Melihat sama ada terdapat perbezaan konsep kendiri dan
kesejahteraan hidup di kalangan remaja akhir dari segi jantina dan
etnik yang berlainan. 3. Mengenalpasti hubungan di antara konsep kendiri dan kesejahteraan
hidup di kalangan remaja akhir tersebut..
1.5 Persoalan kajian
- Adakah terdapat perbezaan konsep kendiri dan kesejahteraan hidup di
kalangan remaja akhir yang bekerja dan yang belajar?
- Adakah perbezaan kendiri dan kesejahteraan hidup di kalangan
remaja akhir mempengaruhi faktor-faktor tertentu?
- Adakah perhubungan di antara konsep kendiri dan kesejahteraan
hidup di kalangan remaja akhir tersebut?