hubungan etnik baba dan nyonya

39
1 Pengakuan Kumpulan kami (Kumpulan 19) ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah banyak menghulurkan bantuan sepanjang kami menyiapkan kajian ini. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada penyelia kumpulan kami, Dr.Norizah bt Mohamad. Beliau telah banyak membimbing dan memberi nasihat kepada kami dalam membuat kajian ini. Malah, beliau juga sanggup meluangkan masa untuk bertemu kami bagi menjelasan format projek ini degan jelas sekali. Segala bantuan yang diberikan oleh beliau telah membolehkan kami menyiapkan kajian tersebut dengan lancer. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kami ucapkan kepada 50 orang responden yang telah sanggup meluangkan sedikit masa mereka kepada kami untuk menjawab soalan- soalan soal selidik yang diberikan. Kerjasama yang di berikan oleh mereka telah memberi sumbangan kepada kami untuk selangkah menuju kejayaan kajian ini. Kami juga berterima kasih kepada saudari Fiona Ee Su Yin kerana sanggup meluangkan masa beliau untuk di temu ramah oleh kami. Beliau adalah seorang mahasiwi yang berketurunan Baba. Temu ramah dengan beliau amat bermanfaatkan kumpulan kami untuk melengkapkan lagi kajian tersebut. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami iaitu Lim Yi Ming, Syed Zakwan, Ung Shen Jie, Nabila dan Siti Fatimah yang telah banyak berusaha dan bekerjasama dalam menghadapi cabaran- cabaran bagi melengkapkan kajian ini

Upload: tymm-chua

Post on 02-Jul-2015

4.015 views

Category:

Documents


31 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

1

Pengakuan

Kumpulan kami (Kumpulan 19) ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan ribuan

terima kasih kepada pihak yang telah banyak menghulurkan bantuan sepanjang kami

menyiapkan kajian ini.

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada penyelia kumpulan

kami, Dr.Norizah bt Mohamad. Beliau telah banyak membimbing dan memberi nasihat

kepada kami dalam membuat kajian ini. Malah, beliau juga sanggup meluangkan masa

untuk bertemu kami bagi menjelasan format projek ini degan jelas sekali. Segala bantuan

yang diberikan oleh beliau telah membolehkan kami menyiapkan kajian tersebut dengan

lancer.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih kami ucapkan kepada 50 orang responden

yang telah sanggup meluangkan sedikit masa mereka kepada kami untuk menjawab soalan-

soalan soal selidik yang diberikan. Kerjasama yang di berikan oleh mereka telah memberi

sumbangan kepada kami untuk selangkah menuju kejayaan kajian ini.

Kami juga berterima kasih kepada saudari Fiona Ee Su Yin kerana sanggup

meluangkan masa beliau untuk di temu ramah oleh kami. Beliau adalah seorang mahasiwi

yang berketurunan Baba. Temu ramah dengan beliau amat bermanfaatkan kumpulan kami

untuk melengkapkan lagi kajian tersebut.

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan

seperjuangan kami iaitu Lim Yi Ming, Syed Zakwan, Ung Shen Jie, Nabila dan Siti

Fatimah yang telah banyak berusaha dan bekerjasama dalam menghadapi cabaran-

cabaran bagi melengkapkan kajian ini

Page 2: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

2

BAB 1: PENGENALAN

Subjek Hubungan Etnik (SHE 101) pada semester ini telah mewajibkan setiap

pelajar bersama ahli kumpulan yang telah ditetapkan, menjalankan kajian berkaitan dengan

hubungan etnik di Malaysia. Setelah beberapa pemerhatian, kumpulan kami sebulat suara

memilih tajuk “ Mengenali Suku Kaum Minoriti ( Baba dan Nyonya)”. Tajuk kajian kami

seiring dengan populariti Malaysia sebagai masyarakat majmuk di mata dunia yang mana

masyarakat dapat hidup secara aman dan mempunyai hubungan yang erat antara satu sama

lain. Masyarakat majmuk bererti masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, bertutur

dalam pelbagai jenis bahasa, menyambut pelbagai perayaan, menganut pelbagai jenis

agama dan mempunyai pelbagai pantang larang dalam adat masing-masing.

Suku kaum baba dan nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik

kedudukannya dalam kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah

Melayu, khususnya di Melaka. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau

"Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina,

mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.

Page 3: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

3

1.1 PERNYATAAN MASALAH

1. Masyarakat kini kurang peka tentang kewujudan adat dan kebudayaan kaum

baba dan nyonya di negara kita.

Masyarakat kini tidak sedar bahawa terdapat lagi kaum yang perlu mereka tahu seperti

kaum baba dan nyonya kerana kelompok kaum baba dan nyonya di negara kita adalah

sangat kecil.

2. Masyarakat kurang ilmu pengetahuan tentang adat dan kebudayaan kaum baba

dan nyonya.

Masyarakat mempunyai ilmu pengetahuan yang terhad tentang adat dan kebudayaan kaum

baba dan nyonya. Generasi muda pada zaman sains dan teknologi ini malas membaca.

Ketandusan ilmu dalam pelbagai bidang khususnya adat dan kebudayaan kaum baba dan

nyonya yang merupakan kaum minoriti di Malaysia menyebabkan mereka kurang

memahami adat dan kebudayaan kaum tersebut.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

1. Menyelidik populasi keturunan baba dan nyonya.

2. Mengenal pasti amalan baba dan nyonya masih diamalkan atau tidak.

3. Mengenal pasti tahap kefahaman dan minat generasi yang akan datang terhadap

adat dan kebudayaan kaum baba dan nyonya.

4. Mencari cara memperkenalkan adat dan kebudayaan kaum baba dan nyonya kepada

masyarakat.

Page 4: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

4

1.3 PERSOALAN KAJIAN

1. Adakah keturunan baba dan nyonya masih wujud dalam masyarakat?

2. Sejauh manakah tahap kefahaman generasi muda tentang adat dan kebudayaan

baba dan nyonya?

3. Adakah generasi muda berminat mendalami dalam kebudayaan baba dan nyonya?

4. Bagaimanakah memperkenalkan adat dan kebudayaan kaum baba dan nyonya

kepada masyarakat ?

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN DAN SUMBANGAN HASIL KAJIAN

Melalui kajian ini, kita dapat memperoleh maklumat penting berkenaan adat dan

kebudayaan kaum baba dan nyonya untuk dikongsi bersama-sama masyarakat lain.

Maklumat ini bertujuan meningkatkan kesedaran segenap masyarakat tentang kekurangan

pendedahan dan pengetahuan terhadap adat kebudayaan kaum baba dan nyonya. Kaum

baba dan nyonya merupakan golongan kaum yang sangat kecil di negara kita. Oleh itu,

sering kali kita lupa akan warisan budaya mereka. Sekiranya adat dan kebudayaan kaum

baba dan nyonya tidak diteruskan, lama-kelamaan akan lenyap ditelan arus pemodenan.

Di samping itu, kajian ini dapat memberi manfaat kepada generasi akan datang.

Mereka berpeluang menimba ilmu pengetahuan tentang adat dan kebudayaan kaum baba

dan nyonya dengan merujuk kepada kajian ini. Sehubungan dengan itu, kita akan lebih

menghargai adat dan mengekal kebudayaan kaum baba dan nyonya yang unik dan supaya

tidak tenggelam zaman. Petikan peribahasa ‘ biar mati anak, jangan mati adat’. Warisan

budaya kaum baba dan nyonya merupakan identiti mereka yang tersendiri dan harus

dikekalkan untuk menjamin kesinambungan tamadun.

Page 5: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

5

BAB 2: SOROTAN LITERASI

2.1 SEJARAH BABA NYONYA

Menurut West, Barbara A. (2009), baba dan nyonya yang juga dikenali sebagai

kaum Peranakan adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di

kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini

sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Masyarakat Baba dan Nyonya

dikatakan berasal dari Tanah Besar China yang berhijrah ke Melaka sejak 600 tahun dahulu.

Pada mulanya, masyarakat ini hanya terdapat di Melaka sahaja. Namun begitu, setelah

Pulau Pinang dan Singapura mula berkembang, masyarakat ini mula berhijrah ke kedua-

dua negeri ini.

Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang

Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat

berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang

Cina yang baru. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan"

kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-

unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap

suasana sosiobudaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan

campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa

generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Dari segi anutan,

kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Budda, namun pada

zaman sekarang telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian.

Kebanyakan anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-

upacara agama orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur

tempatan yang lain. Walau bagaimanapun, unsur-unsur barat mula masuk dan budaya asal

telah diubahsuai. Upacara ini semakin berkurangan namun masih terus diamalkan.

Pada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi

penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan

diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke-15, semasa pemerintahan Parameswara,

apabila Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim melawat Melaka. Menurut

Page 6: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

6

penerangan traditional, pada 1459, Raja Cina telah menghantar puteri, Hang Li Po, kepada

Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada penghormatannya. Pengikut-

pengikut puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan akhirnya lahirnya kaum Peranakan.

Peranakan mengekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka,

tetapi bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka membina budaya pemakanan

yang unik. Banyak sumber memberi tuntutan bahawa Peranakan adalah kahwin campur

dengan orang Melayu tempatan.

Walau bagaimanapun, terdapat juga penerangan bahawa pengikut-pengikut Puteri

Hang Li Po yang tinggal di Bukit Cina telah mengembara ke Melaka bersama Laksamana

Yunan, seorang berbangsa Cina Muslim. Namun, kekurangan peringatan yang fizikal

secara keseluruhan telah menyebabkan ramai pakar sukar percaya terhadap asal-usul etnik

Peranakan Cina.

Sejak beberapa kurun, kaum Baba dan Nyonya telah mewujudkan satu budaya yang

unik dengan mengekalkan banyak tradisi Cina, seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina,

perayaan Tanglung, dengan mengikut budaya tempatan dan juga penjajah. Terdapat juga

tanda-tanda Portugis, Belanda, British, Melayu, dan Indonesia pengaruh dalam budaya

Baba dan Nyonya.

Pada pertengahan abad ke-20, kebanyakan kaum Baba dan Nyonya dididik oleh

Inggeris, akibat daripada penjajahan British atas Tanah Melayu. Kaum Baba dan Nyonya

merupakan kaum yang cenderung menerima budaya baru. Disebabkan kaum Baba dan

Nyonya mudah menerap budaya Inggeris dan berpendidikan, kebanyakan jawatan

perkhidmatan dipenuhi oleh mereka. Interaksi antara British dengan mereka menyebabkan

mereka memeluk agama Kristian. Hal ini menyebabkan masyarakat baba dan nyonya

menjadi berpengaruh di Melaka dan Singapura serta mereka lebih dikenali sebagai King’s

Chinese (Cina Raja) kerana mereka lebih taat kepada Mahkota British.

Disebabkan interaksi daripada pelbagai budaya dan bahasa, kebanyakan kaum

Baba dan Nyonya bertutur tiga bahasa; bahasa cina, melayu dan english. Biasanya mereka

bekerja sebagai pedagang, dan perantaraan antara Cina, Melayu dan Barat; terutamanya

British.

Page 7: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

7

Gambar 1: Pengantin kaum baba dan

nyonya dalam baju pengantin

Gambar 2: Nyonya dalam baju panjang

2.2 KEBUDAYAAN BABA DAN NYONYA

2.2.1 PAKAIAN TRADISIONAL

Pakaian pengantin kaum baba dan nyonya

Adat perkahwinan dipengaruhi kebudayaan

Cina dan Melayu

Upacara perkahwinan kebanyakan

berdasarkan tradisi Cina

Merupakan antara upacara perkahwinan yang

paling menarik di Malaysia dan Singapura

Baju Panjang

Bagi peringkat wanita yang berusia

Diadaptasi dari pakaian wanita Melayu

Berlengan panjang, panjang lutut, nipis blaus

telus

Dipakai bersama dengan kain batik

Page 8: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

8

Gambar 3: Kebaya Encim

Gambar 4: Kasut Manik

Gambar 4: Kasut Manik

Kebaya Encim

Bagi golongan yang lebih muda.

Berasal dari nama ‘encim’ atau Enci yang

merujuk kepada seorang wanita Cina yang berkahwin

Diperbadankan simbol dan motif dari China,

seperti naga, phoenix, Peony dan teratai

Kasut Manik

Memerlukan kemahiran dan

kesabaran yang tinggi untuk

menghasilkan jalinan manik-manik

kaca yang bersegi-segi halus pada

kain terpal

Asalnya manik-manik yang

digunakan untuk menghiasi Kasut

Manek diimport sepenuhnya dari Eropah namun lama-kelamaan diperolehi dari

Jepun kerana lebih berkualiti dan lebih oriental.

Corak dan motif pada Kasut Manik baba dan nyonya Melaka kebanyakannya terdiri

daripada flora dan fauna seperti bunga teluki, mawar, alamanda, burung

cenderawasih (phoenix), naga, singa, ayam dan sebagainya. Padanan warna yang

digunakan pada manik dan pakaian wanita nyonya mestilah sepadan dan banyak

dipengaruhi oleh kebudayaan mereka.

Page 9: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

9

Gambar 5: Baju Lok Chuan

Baju Lok Chuan atau Mandarin Jacket

Pakaian tradisional Cina yang dipakai oleh

Baba. Jaket lengan panjang sutera, biasanya dipakai

dengan sepasang padanan seluar longgar

Pakaian kaum Baba lebih kepada pakaian

pengaruh dari barat dan kaum Cina sendiri

Golongan berusia Baba atau lelaki pula berpakain

lebih ringkas pada hari-hari biasa namun masih

mengenakan samfoo, kot mahupun baju pagoda

dengan berseluar dan berkasut sulam serta topi.

Page 10: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

10

2.2.2 PERKAHWINAN MASYARAKAT BABA DAN NYONYA

Gambar 6: Sepasang pengantin baba dan nyonya dalam pakaian tradisional

Perkahwinan tradisional baba nyonya merupakan satu majlis yang memenatkan dan

akan berlangsung selama 12 hari. Segala urusan mencari jodoh bagi anak perempuan akan

diuruskan oleh ibu bapa mereka, mereka tidak boleh membantah keputusan orang ibu bapa.

Jika seseorang perempuan itu belum berkahwin sebelum usia 20 tahun mereka akan

dianggap sebagai anak dara tua, mereka juga akan mengalami kesukaran dalam soal

mencari jodoh. Bagi pihak lelaki pula, kebiasaannya mereka akan berkahwin dalam usia

20 tahun.

Peringkat Awal

Permulaan majlis perkahwinan baba nyonya apabila pihak pengantin perempuan

menerima rombongan peminangan daripada pihak pengantin lelaki. Orang tua pasangan

pengantin akan menguruskan tarikh melangsungkan perkahwinan, setelah mereka memilih

satu hari yang baik (bertuah) dengan menggunakan kalendar cina. Jemputan akan

dikeluarkan kepada mereka yang terlibat, jemputan ini dipanggil “antah sireh”. Masyarakat

baba nyonya tidak menggunakan kad jemputan sebaliknya mereka menghantar wang yang

mengandungi kacang , limau, dan daun sirih (sekapur sirih) sebagai ganti. Seorang nyonya

Page 11: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

11

tua akan diberi tugas iaitu pergi ke rumah-rumah tertentu untuk menghantar jemputan yang

unik ini, walaupun setiap keluarga menerima sehelai daun sirih tetapi ia bermaksud untuk

menjemput seluruh keluarga ke majlis perkahwinan itu.

Persiapan

Langsir , cadar baru yang kaya diletakkan dengan sulaman berwarna-warni, bunga-

bungaan dan bilik tersebut di harumkan dengan 'Stangee' iaitu wangian daripada kulit

pokok, gula tebu dan gula. Begitu juga dengan 'potpouri' yang dipenuhi dengan wangian

dari daun pandan, bunga dan ia lebih dikenali sebagai bunga rampai di kalangan orang

Melayu. Ketua upacara tersebut akan berpakaian gaun cina yang labuh dan jaket pendek

dan memulakannya dengan memberi 'kueh ih' yang terletak elok di dalam bakul nyonya

iaitu bakul Siah.Hari 'kueh ih' ia juga di panggil 'sang ih' yang bermaksud untuk

memperkenalkan. 'Ih 'pula adalah simbol bagi benda yang baik untuk perkahwinan. Selain

dari 'sang ih', tanglung, kain merah atau 'chye kee' akan diletakkan di pintu utama.

Hari “Khuih Thiah”

Hari 'Khuih Thiah' iaitu hari pembukaan untuk perayaan. Ia juga adalah hari kupas

bawang. Hari tersebut juga adalah di buka kepada saudara mara dan kawan-kawan untuk

datang menyiapkan pelbagai persiapan. Ini disusuli oleh ‘Hari Menyambal'. Kebiasaannya

mereka membuat sambal sebanyak 20 jenis antaranya ialah sambal serunding. Sambal ini

akan dimakan bersama dengan 'nasi lemak' pada hari kedua belas upacara perkahwinan.

Dua Hari Sebelum

Hari 'tumbuk tepung' dan 'Sang Jit' di uruskan dahulu. Tepung ini akan di gunakan

untuk membuat kuih tat, kuih genggang, pisang goreng dari pisang raja, apam berkuah dan

onde-onde. Makanan terakhir yang perlu di sediakan ialah putu tekan yang berwarna biru

dan putih dan ditekankan dalam bekas kayu. 'Sang Jit' ialah hari bertukar hadiah di antara

Page 12: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

12

keluarga pengantin lelaki dan wanita. Antara barangan yang sering di tukar ialah seperti

itik, khinzir, cincin berlian dan lain-lain.

CHIA LANG KHEK

Chia lang khek merupakan jamuan makan malam di rumah pengantin perempuan.

Sepanjang malam tersebut terdapat kumpulan 'serunee' atau serunai akan menghiburkan

hadirin yang hadir. Pengantin perempuan akan di hias dan di andam oleh 'Sang Kheh Umm'

atau mak andam. Peranan mak andam ini adalah mengajar pengantin perempuan berjalan,

berlutut dan sebagainya. Manakala pengantin lelaki pula akan di bantu oleh 'Pak Chindek'

iaitu orang yang terlibat di dalam penghantaran kad jemputan perkahwinan.

CHIU THAU

Chiu Thau merupakan pemberian yang dianggap suci dan di persembahkan di

tempat pemujaan. Tempat pemujaan khasnya di panggil 'Sam Kai' atau 'Sang kuan tai Tay'

yang mewakili syurga, bumi dan manusia. Pada hari ini, pengantin lelaki yang akan

memulakan adat terlebih dahulu. Walau bagaimanapun kedua-dua pengantin tidak boleh

bertemu selagi tidak menjalani adat atau upacara 'Chim Pang'.

CHIM PANG

Chim Pang merupakan pertemuan pertama antara pengantin lelaki dan pengantin

perempuan di dalam hidup mereka. Ia bermula dengan upacara memasang lilin oleh kedua-

dua ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan. Selepas kedua-dua pengantin di ketemukan,

mereka akan duduk di kerusi yang di sediakan yang berhadapan di antara satu sama lain.

Page 13: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

13

CHOON TOK

Upacara 'Choon Tok' ialah upacara untuk pasangan pengantin makan bersama

sebagai suami isteri. Pada hari 'sah jit' (perayaan tiga hari) merupakan hari pengantin

memberi sembah hormat kepada ahli keluarga dan juga tuhan mereka.

CHIA N SIA

Upacara ini ialah acara jemputan untuk adat resam dan ia lebih kepada pihak

pengantin lelaki. Pada hari ini pengantin perempuan akan memakai baju kurung dan kain

sarung yang diperbuat daripada kain broked dan di tenun dengan benang perak dan emas.

Pada hari ini lah juga nyanyian 'Dondang Sayang' akan dinyanyikan dan diselang-selikan

dengan lawak jenaka, pujian dan rangsangan.

Dua Belas Hari

Hari ini merupakan hari yang mana tetamu akan di hidangkan dengan nasi lemak

yang diperbuat dengan begitu teliti supaya mengandungi banyak lemak. Nasi ini di kukus

dengan kukusan kayu ditutupi dengan daun pisang. Orang yang pakar dalam memasak nasi

lemak di panggil 'Bibi Nasi Lemak'. Pada hari ini juga rundingan dibuat sambil menikmati

hidangan tepak sirih atau tempah sirih.

CHIAN N CHING KAY,CHE UMM

Ia merupakan jemputan makan malam untuk ahli keluarga si mertua pengantin

perempuan. Tujuannya ialah untuk mengeratkan hubungan persaudaraan di antara kedua-

dua belah pihak. Sesungguhnya di dalam upacara sebeginilah hubungan kekeluargaan

dapat dieratkan lagi. Setiap perkahwinan semestinya terdapat pantang larang tertentu bagi

mengelakkan sesuatu perkara terjadi. Dalam masyarakat baba nyonya, mereka percaya

pemilihan tarikh yang sesuai dapat mengelakkan dari terjadinya sesuatu yang tidak baik.

Page 14: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

14

2.2.3 PANTANG LARANG

Percaya kepada pawang dan bomoh

Masyarakat Baba dan Nyonya masih percaya kepada pawang dan bomoh.

Kebiasaannya mereka pergi berjumpa bomoh apabila seseorang bayi sentiasa menangis

dengan tidak henti-henti. Mereka percaya bahawa anak mereka telah disampuk dengan

hantu. Tujuan mereka pergi berjumpa dengan pawang tersebut untuk meminta tolong

menghalau atau membuang hantu tersebut daripada mengganggu anak mereka.

Wanita hamil

Ibu yang hamil tidak boleh keluar rumah pada waktu senja. Pada waktu tersebut

dikatakan syaitan, iblis, dan hantu mula berkeliaran. Mereka percaya bahawa darah ibu

yang mengandung anak sulung sangat disukai oleh pontianak dan langsuir. Sekiranya

terpaksa juga keluar, ibu tersebut dikehendaki membawa barangan yang diperbuat daripada

besi, antaranya pisau untuk menakutkan hantu.

Wanita hamil dilarang untuk menyentuh barang-barang (hadiah, barang-barang,

katil perkahwinan dan sebagainya) atau menyertai dalam persiapan untuk majlis

perkahwinan. Mereka juga amat dilarang daripada memasuki kebuk perkahwinan.

Pakaian serba hitam atau putih

Ia adalah satu kesalahan yang besar untuk keluarga peranakan semasa zaman

dahulu jika tetamu memakai pakaian keseluruhan hitam atau pakaian putih semasa

menyertai majlis perkahwinan kerana pakaian ini dianggap untuk "majlis kesedihan" atau

pakaian pengebumian.

Selain itu juga, masyarakat Baba dan Nyonya juga mempercayai perubatan

tradisional dalam perubatan penyakit. Contohnya dalam penyakit demam campak atau

‘Chicken Pox’, masyarakat Baba dan Nyonya akan berjumpa dengan bomoh untuk

mendapatkan air penawar untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi.

Page 15: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

15

2.2.4 MAKANAN TRADISIONAL BABA NYONYA

Masyarakat Baba dan Nyonya sememangnya terkenal di Melaka. Masyarakat ini

juga terkenal dengan makanan tradisinya turun temurun dari nenek moyang mereka.

Menurut Tan Chee Beng (1993), memang tidak dapat kita nafikan bahawa makanan

Nyonya merupakan identiti bagi Malaysia dan juga Singapura. Biasanya makanan kaum

Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang

gemarkan masakan pedas kaum Melayu. Namun demikian, amalan ini hanya dilakukan di

rumah sahaja.

Kaum Baba dan Nyonya ini juga terkenal dengan pelbagai masakan asam pedas

dan kuih tradisional yang begitu sedap dan menarik di mana resipinya ada persamaan

dengan masakan masyarakat Melayu seperti ondeh-ondeh, kuih apom balik, cendol dan

tapai pulut. Walau bagaimanapun, masakan Baba adalah campuran masyarakat Cina dan

Melayu tetapi masih beridentitikan masakan Baba.

Masakan Nyonya pula lebih kepada sayur-sayuran dan daging. Masakan Nyonya

biasanya pedas dan menggunakan banyak cili. Bagi masyarakat Baba penggunaan cili yang

banyak di dalam masakan merupakan satu identiti yang membezakan antara masyarakat

Baba dan Cina. Antaranya ayam pongteh, ayam kunyit cili, masak lemak dan ayam kunyit

cili.

Di antara masakan Nyonya yang menerima pengaruh Melayu adalah seperti

penggunaan belacan, buah keras, lengkuas dan serai. Manakala, masakan Nyonya yang

mengekalkan tradisi masakan Cina ialah itik tem (daging itik dimasak dengan sayur masin).

Selain itu, kuih cang Abu juga merupakan masakan istimewa bagi masyarakat Baba.

Makanan dan masakan tradisi masyarakat Baba ini biasanya disajikan pada hari perayaan

seperti sambutan Tahun Baru Cina, hari lahir atau majlis perkahwinan. Di sinilah

dihidangkan masakan dan kuih-muih tradisional mereka.

Page 16: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

16

JENIS-JENIS MAKANAN TRADISIONAL

AYAM PONGTEH

Salah satu makanan tradisi peranakan ialah ayam

pongteh, resipi ayam ala peranakan di Malaysia.

Ayam pongteh ada dua versi. Versi kehitaman

berasal dari Melaka. Sedangkan yang putih itu

versi Pulau Pinang. Warna hitam disebabkan

penggunaan kicap manis dan gula Melaka.

Penggunaan cili hijau adalah pengaruh daripada

Melayu sedangkan bahan asal masakan ini

sendiri adalah masakan Cina.

Untuk masakan ayam pongteh, ayam yang

digunakan biasanya ayam yang dipotong ke

lapan atau sepuluh bahagian.

Kentang yang digunakan sebaiknya menggunakan kentang jenis Yukon atau Red

dibandingkan dengan jenis Russet.

Ada sesetengah daripada mereka memasak ayam/babi pongteh dengan menggunakan

cendawan kering Cina/Jepang. Penggunaan cendawan segar sebaiknya dihindari karena

rasanya akan berbeza. Ada juga yang menggunakan kedua-duanya dengan mencampurkan

rebung dan cendawan.

Cili hijau yang digunakan biasanya dimasak terlebih dahulu setelah dipotong. Namun, ada

juga yang makan cili hijau tersebut dengan makanan tergoreng.

Gambar 7: Ayam Pongteh

Page 17: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

17

SAMBAL BELACAN

Seperti masyarakat Melayu, kaum Baba dan

Nyonya juga turut tidak ketinggalan apabila menu

sambal belacan turut menjadi salah satu menu

masakan mereka. Sambal belacan merupakan

hidangan sampingan yang biasanya dimakan

bersama ikan ataupun ulam. Sambal belacan pada

amnya merupakan cili yang ditumbuk bersama

belacan, garam dan sedikit gula.

Sambal belacan boleh juga dicampurkan dengan

tempoyak bagi menyedapkannya. Bagi mereka yang meminati sambal belacan pedas, cili

padi atau juga dikenali sebagai cili api, akan digunakan bagi menggantikan lada besar. Juga

boleh ditambah dengan limau kasturi sebagai penyedap rasa. Cara membuatnya adalah

sangat senang dan mudah. Tumbukkan cili padi dan belacan. Kemudian, masukkan cili

besar dan tumbuk sederhana atau ¾ pecah. Selepas itu, masukkan tomato dan lenyekkan.

Air perahan asam jawa dicampurkan dengan sambal tadi dan campurkan garam dan gula

secukup rasa.

ASAM PEDAS

Masakan Baba Nyonya juga terkenal dengan

masakan asam pedas . Masakan mereka sedikit

sebanyak telah dipengaruhi oleh masakan

masyarakat Melayu. Resipi untuk membuatnya

tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu

mudah. Kebiasaannya bahan-bahannya terdiri

daripada ikan (kebiasaannya ikan parang, ikan

tenggiri, ikan merah dan ikan terubuk ), cili

kering, bawang merah, bawang putih, belacan,

halia, lengkuas, kunyit hidup, serai, daun kesum, bunga kantan, asam jawa, asam gelugur

Gambar Rajah 9: Asam Pedas

Gambar 8: Sambal Belacan

Page 18: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

18

atau daun limau purut. Cara untuk membuatnya cili kering, bawang merah dan putih, halia

dan belacan dikisar atau ditumbuk lumat. Serai dan lengkuas diketuk dan bunga kantan

dibelah empat. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dan lengkuas tadi ke dalam

periuk sehingga naik baunya dan garing. Selepas itu, masukkan air asam jawa mengikut

sukatan. Ikan yang telah dibersihkan dimasukkan sehinggalah mendidih. Akhir sekali

masukkan serai, daun kesum, bunga kantan, asam gelugur atau daun limau purut.

Kebiasaan masakan asam pedas bukan sahaja dihidangkan untuk keluarga di rumah malah

masakan ini juga terdapat di kedai-kedai makan, restoran, juga di hotel-hotel terkenal.

KUIH KU

Kuih ku merupakan salah satu kuih tradisional kaum Baba

dan Nyonya. Kuih ku berbentuk bulat kecil atau bujur dan

di sekelilingnya terdapat tepung beras yang melekit serta

bahagian yang manis di tengahnya. Kulitnya di bahagian

luar menyerupai kulit kura-kura dan diletakkan di atas

sekeping daun pisang. Seperti namanya, kuih ku atau kuih

kura-kura merah tradisional berwarna merah dan

mempunyai tekstur kenyal dan melekit apabila dimakan.

Kuih ku berbentuk berbentuk seperti cengkerung kura-

kura kerana orang China percaya secara tradisional bahawa memakan kura-kura akan

memanjangkan umur kepada sesiapa yang memakannya dan boleh membawa nasib yang

baik serta kemakmuran. Kuih ku dianggap sebagai makanan yang bertuah kerana ia

disediakan semasa perayaan penting seperti Tahun Baru Cina.

Kuih ku juga disediakan semasa majlis-majlis penting seperti majlis bayi baru lahir yang

genap sebulan dan hari lahir warga tua. Tujuannya supaya kanak-kanak tersebut dirahmati

dan warga tua dipanjangkan umur. Pada zaman moden sekarang ini, kuih ini telah menjadi

satu barangan yang penting semasa perayaan Cina seperti di Negara Singapura, Malaysia,

Indonesia, China dan banyak lagi. Kuih ini juga boleh didapati di kedai-kedai pastri dan

kedai roti.

Gambar Rajah 10: Kuih Ku

Page 19: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

19

2.3 TOKOH-TOKOH BABA

2.3.1 TUN DATO SRI SIR TAN CHENG LOCK

Tun Dato Sir Tan Cheng Lock ialah seorang pemimpin

politik Cina di Tanah Melayu yang merupakan presiden

pertama Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) pada tahun

1949. Dalam tempoh hampir 40 tahun, Tan memberikan

pimpinan dan berjuang untuk politik, pendidikan, dan

kebajikan masyarakat orang-orang Cina di Tanah Melayu.

Dalam perjuangannya, beliau mempergunakan arena-

arena politik dan ekonomi. Selain daripada menggunakan

perdebatan, ucapan, kritikan dan ulasan, beliau juga

mempergunakan memorandum dan petisyen dalam

pengemukaan persoalan-persoalan. Seorang peranakan

yang, berbeza dengan pendatang-pendatang Cina di Tanah

Melayu, merupakan rakyat British, ini adalah asas untuk

kebangkitan pengaruh beliau di bawah pemerintahan British.

2.3..2 TAN SIEW SIN

Tun Tan Siew Sin (21 Mei 1916 - 18 Mac 1988)

ialah Presiden Ketiga MCA selepas Tun Tan Cheng

Lock, ayahnya, dan Lim Chong Eu. Beliau juga

merupakan bekas Menteri Kewangan Malaysia dari

tahun 1959-1974. Sebagai menghargai sumbangan

beliau kepada negara, setu jalan di Kuala Lumpur,

Jalan Tun Tan Siew Sin (sebelum ini dikenali

sebagai Jalan Silang) telah diabadikan sempena

nama beliau pada tahun 2003.

Gambar 12: Tan Siew Sin

Gambar 11: Tun Dato Sri Sir Tan

Cheng Lock

Page 20: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

20

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Berdasarkan carta 1, kumpulan kami telah kumpul bersama-sama setelah dibahagi

kumpulan. Oleh sebab semua ahli kumpulan terdiri daripada kursus yang sama, kami telah

mengenali satu sama lain sebelum ini. Selepas itu, kami telah melantik seorang ketua

kumpulan dan diikuti dengan perbincangan tajuk projek.

Selepas memastikan tajuk projek, kami telah berbincang projek kita secara terperinci

seperti objektif projek dan persoalan kajian.

Setelah itu, kami mencari maklumat dari Internet yang berkaitan dengan budaya baba

nyonya. Pada masa yang sama, Abstrak dan Pengenalan telah disediakan berdasarkan isi-

isi penting yang telah dibincangkan. Selepas itu, borang soal selidik telah disediakan dan

jawapan daripada responden turut dianalisis. Setelah analis soal selidik dihasilkan, kami

pun menemu ramah orang yang berketurunan baba nyonya untuk mengukuhkan analisis

soal selidik kami.

Selepas 1 minggu, semua ahli berkumpul buat kali kedua untuk membincang dan

menyemak terhadap hasil kerja yang telah disiapkan.

Page 21: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

21

Pengumpulan ahli

kumpulan

Perbincangan pertama

Pencarian

maklumat dari

internet

Perbincangan kedua

Gambar rajah 1: Proses penyiapan projek

Penemuan kumpulan

dengan penyelia

Tajuk Objektif Persoalan

Kajian

Soal selidik

Analisis

Temu ramah

Page 22: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

22

3.2 Pencarian Makulamt Melalui Internet

Internet telah digunakan secara banyak dalam projek ini untuk mencari maklumat yang

berkaitan dengan topic projek. Dengan penggunaan internet, kami dapat memahami

dengan lebih mudah dengan imej dan video yang sedia ada.

3.3 Kaedah Soal-selidik

Kumpulan kami telah menyediakan 50 borang soal selidik untuk mendapat jawapan

daripada pelajar tahun dua Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik Universiti

Sains Malaysia (USM). Borang soal selidik ini diedarkan secara online dan terdapat 7

soalan yang perlu dijawab. Setelah mengumpul borang soal selidik tersebut, analisis akan

dibuat berdasarkan jawapan yang didapati daripada responden yang dipilih tersebut. Proses

penganalisis maklumat bermula dengan membahagikan responden mengikut jawapan yang

diberikan. Selepas itu analisis yang lebih mendalam terhadap jawapan tersebut dibuat

untuk mengetahui lebih lanjut tentang kefahaman generasi kini berkaitan dengan persoalan

baba dan nyonya. Pembentukan graf dan penjadualan data juga dibuat untuk memudahkan

kajian tersebut.

3.4 Kaedah Temu Ramah

Kumpulan kami telah menemu rumah seorang mahasiswi, Fiona Ee Sue Yin yang

berketurunan baba untuk mendapatkan pandangan keturunan baba nyonya. Temu duga ini

dijalankan melalui panggilan telefon kerana Fiona sedang belajar di Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM) dan merupakan kawan kepada Ung Shen Jie. Soalan yang berkaitan

dengan objektif projek telah disediakan bagi mengukuhkan analisis soal selidik.

Page 23: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

23

BAB 4 : KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan

Dalam bab ini, kami akan melaporkan rumusan pendapatan hasil daripada kaedah

soal-selidik. Selain itu, segala penerangan daripada kajian akan diberikan secara ringkas,

jelas dan padat. Kesemua perbincangan dan penganalisis data adalah berdasarkan hasil

yang didapati daripada kajian selidik pada mahasiswa-mahasiswi tahun dua dari Pusat

Pengajian Elektrik dan Elektronik Universiti Sains Malaysia. Data-data tersebut

dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graph supaya pembaca dapat memahami

maklumat tersebut dengan lebih lanjut.

Page 24: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

24

Hasil Kajian Soal Selidik

1. Jantina responden

Jawapan Bilangan Peratus%

Lelaki 34 68

Perempuan 16 32

Jumlah 50 100

Jadual 1: Analisis tentang jantina responden.

Gambar Rajah 2: Analisis tentang jantina responden.

Kajian soal selidik kami dijalankan dengan mengumpul respons daripada 50 orang

mahasiswa-mahasiswi tahun dua dari Pusat Pengajian Elektrik dan Elektronik Univesiti

Sains Malaysia.

Dominasi lelaki yang menjawab soal selidik ini berkaitan dengan faktor demografi di

kawasan soal selidik ini dijalankan iaitu di sekitar USM Kampus Kejuruteraan yang mana

kita tahu didominasi lelaki adalah lebih daripada perempuan.

32% perempuan

68% lelaki

PerempuanLelaki

Page 25: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

25

2. Kaum responden

Jadual 2: Analisis tentang kaum responden.

Gambar Rajah 3: Analisis tentang kaum responden.

Responden kami terdiri daripada tiga bangsa iaitu sebanyak 20% (10 orang) Melayu, 74%

(37 orang) Cina dan 6% (3 orang) India. Berdasarkan carta, kita dapat lihat bahawa kaum

Cina lebih banyak menjawab soal selidik ini. Dapat disimpulkan bahawa kaum Baba dan

Nyonya ini berkait rapat dengan kaum Cina.

74% kaum Cina

20% kaum Melayu

6% kaum India

Cina

Melayu

India

Jawapan Bilangan Peratus%

Melayu 10 20

Cina 37 74

India 3 6

Jumlah 50 100

Page 26: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

26

3. Adakah anda keturunan baba/ nyonya?

Jadual 3: Analisis tentang keturunan responden yang merupakan baba / nyonya

Gambar Rajah 4: Analisis tentang keturunan responden yang merupakan baba /

nyonya.

Carta di atas menunjukkan bahawa sebanyak 4%(2 orang sahaja) daripada keseluruhan

merupakan baba atau nyonya manakala 96%(48 orang) responden bukan keturunan baba

atau nyonya. Hal ini mungkin kerana

4% berketurunan baba/nyonya

96% bukan berketurunan baba/nyonya

ya

tidak

Jawapan Bilangan Peratus%

Ya 2 4

Tidak 48 96

Jumlah 50 100

Page 27: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

27

4. Jika anda merupakan keturunan baba / nyonya, adakah anda mengikuti

cara hidup tradisional baba dan nyonya?

Jawapan Bilangan Peratus%

Ya (dari segi makanan) 1 50

Tiada 1 50

Jumlah 2 100

Jadual 4: Analisis responden yang mengikuti cara hidup tradisional baba nyonya

Gambar Rajah 5: Analisis responden yang mengikuti cara hidup tradisional baba

nyonya

Antara 50 responden yang terlibat dalam kajian soal selidik, hanya 4% (2 orang) yang

merupakan keturunan baba nyonya, manakala 96% (48 orang) yang lain bukan

berketurunan baba nyonya dan mereka tidak perlu jawab soalan ini kerana soalan ini hanya

ditujukan kepada responden yang berketurunan baba / nyonya. Antara 2 responden yang

berketurunan baba atau nyonya, hanya 50% (1 orang) yang mengikuti cara hidup

tradisional baba dan nyonya, manakala 50% (1 orang) lagi yang tidak mengikuti cara hidup

tradisional baba dan nyonya. Melalui keputusan ini, perkara ini menunjukkan bahawa baba

atau nyonya yang menetap di Malaysia telah menukar cara hidup agar bersesuaian dengan

50% tidak mengikuti cara

hidup tradisional

50% mengikuti cara hidup tradisional

dari segi makanan Ya (dari segi makanan)

Tiada

Page 28: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

28

budaya di Malaysia. Oleh itu, mereka tidak mengikuti cara hidup tradisional baba dan

nyonya.

Page 29: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

29

5. Adakah anda tahu mengenai asal usul budaya baba nyonya?

Jawapan Bilangan Peratus%

Ya 15 30

Tiada 35 70

Jumlah 50 100

Jadual 5: Analisis responden yang mengenai asal usul budaya baba nyonya

Gambar Rajah 6: Analisis responden yang mengenai asal usul budaya baba nyonya

Untuk soal selidik ini, juga terdapat dua pilihan iaitu ya dan tidak. Soal selidik ini

menanyakan tentang pengetahuan responden mengenai asal-usul baba dan nyonya.

Majoriti responden sebanyak 35 orang bersamaan dengan 70% tidak tahu asal-usul Baba

dan Nyonya. Manakala 30% responden lagi mengetahui asal-usul baba nyonya..

Hal ini mungkin kerana kekurangan pendedahan informasi kebudayaan baba dan nyonya

kepada masyarakat yang mengakibatkan 70% responden yang tidak mengetahui asal usul

budaya baba dan nyonya.

30%

70%

Pengetahuan tentang asal usul

Ya

Tidak

Page 30: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

30

6. Pada pendapat anda, apakah cara yang terbaik untuk memperkenalkan

budaya baba dan nyonya kepada masyarakat di Malaysia?

Jawapan Bilangan Peratus%

Filem 28 56

Kempen 4 8

Pendidikan 9 18

Media Massa 9 18

Jumlah 50 100

Jadual 6: Analisis responden yang berasa cara terbaik untuk memperkenalkan

budaya baba dan nyonya kepada masyarakat di Malaysia

Gambar Rajah 7: Cara memperkenalkan Baba dan Nyonya pada masyarakat di Malaysia

Dalam soal selidik, kami telah meletakkan 4 opsyen sebagai penanda aras bagaimanakah

cara memperkenalkan Baba dan Nyonya kepada masyarakat Malaysia. Cara-cara utama

dalam perangkaan kami merupakan filem, kempen, pendidikan dan media massa.

Berbekalkan 50 orang responden pelbagai kaum, majoriti sebanyak 28 (56%) orang

responden telah menyatakan cara yang sesuai merupakan memperkenalkan melalui filem.

56%

8%

18%

18%

Cara memperkenalkan Baba dan Nyonya

Filem

Kempen

Pendidikan

Media Massa

Page 31: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

31

Hal ini dapat dilihat sebagai majoriti kerana lebih ramai anak muda suka menonton filem

daripada membaca sejarah.

Manakala, bagi media massa dan pendidikan pula, masing-masing dipilih oleh 9 orang

responden. Berdasarkan carta 5, responden yang memilih media massa sebagai cara lebih

terdedah dan bersosial dengan dunia luar melalui internet, tv dan sebagainya. Manakala

responden yang memilih pendidikan sebagai cara untuk memperkenalkan Baba dan

Nyonya kepada masyarakat Malaysia adalah lebih tertutup dengan dunia luar.

Hanya 4 orang responden memilih cara kempen. Hal ini kerana kempen merupakan salah

satu cara lapuk yang masih digunakan namun tidak begitu efektif bagi masyarakat

mileniumdi Malaysia ini.

Page 32: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

32

7. Adakah anda berminat mendalami dalam kebudayaan baba nyonya?

Jawapan Bilangan Peratus%

Ya 39 78

Tiada 11 22

Jumlah 50 100

Jadual 7: Analisis responden yang berminat mendalami dalam kebudayaan baba

nyonya

Gambar Rajah 8: Minat mendalami kebudayaan Baba dan Nyonya

Berdasarkan soal selidik yang dibuat, gambar rajah 9 dianalisis memalui dua opsyen iaitu

ya atau tidak. Berdasarkan soal selidik, daripada 50 orang responden, seramai 39 orang

responden bersamaan 78% memilih bahawa mereka berminat untuk mendalami budaya

unik baba dan nyonya ini. Hal ini mungkin disebabkan keunikan baba dan nyonya yang

dapat menarik minat masyarakat.

Malangnya, budaya baba dan nyonya yang kian diluputkan zaman ini tidak diminati oleh

11 orang responden untuk didalami. Hal ini mungkin disebabkan pemikiran generasi muda

yang menggagap budaya baba dan nyonya ini kolot.

78%

22%

Minat mendalami kebudayaan Baba Dan Nyonya

Ya

Tidak

Page 33: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

33

Hasil Kajian Temu Ramah

Soalan dan jawapan yang dijawab:

--------------------------------------------------------------------------------------------

Apakah pendapat anda terhadap amalan baba nyonya?

Amalan Baba nyonya merupakan sesuatu yang unik di Malaysia yang jarang didapati di

negara lain. Sebagai keturunan baba, saya berasa bangga dan unik akan keturunan sendiri.

Amalan baba nyonya kami ini unik kerana bercampuran amalan Cina dan Melayu. Bahasa

perantaraan kami ialah Bahasa Melayu Baba di mana kami akan mencampurkan

penggunaan bahasa Hokkien dan Bahasa Melayu dan seterusnya melahirkan frasa yang

baru

Adakah anda mengamalkan budaya peranakan lagi?

Amalan Baba Nyonya boleh diamalkan melalui promosi dan mempelajari kemahiran

memasak dan menjahit Baba Nyonya. Selain daripada itu, pantun dan joget haruslah

dipelajari.

Pada pendapat anda, apakah cara terbaik untuk memperkenalkan budaya baba dan

nyonya kepada masyarakat?

Filem. Hal ini kerana remaja hari ini lebih berminat dalam menonton filem tetapi bukan

melawat muzium atau membaca. Selain itu, filem juga membawa impak yang lebih besar

kerana ia menarik dengan watak-watak dalam pakaian tradisional kami. Kaedah lain

bukanlah tak baik, tetapi kalau dibandingkan, kaedah filem ini mampu membawa kesan

yang lagi besar daripada kaedah lain

Page 34: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

34

KESIMPULAN

Tuntasnya, berdasarkan hasil soal selidik dan temu ramah, kami mendapati bahawa

populasi keturunan baba dan nyonya adalah amat sikit. Di samping itu, kebudayaan

baba dan nyonya ini kurang diamalkan lagi oleh keturunan kaum baba dan nyonya

tetapi golongan ini masih mempunyai kefahaman terhadap asal usul sendiri. Bagi

masyarakat yang bukan keturunan baba dan nyonya, walaupun kebanyakan

daripada mereka tidak faham terhadap asal usul baba dan nyonya tetapi masih

berminat dalam mendalami kebudayaan baba dan nyonya. Selain itu, cara yang

terbaik untuk memperkenalkan budaya baba dan nyonya kepada masyarakat adalah

secara filem kerana ia lebih menarik dan tidak membosankan.

Secara kesimpulannya, kami berjaya mencapai objektif-objektif yang telah

disenaraikan. Kami telah menggunakan kaedah soal selidik untuk menyempurnakan kajian

ini. Ekoran soal selidik dan temu ramah yang telah dijalankan, kami dapat merumuskan

pandangan dan tanggapan masyarakat kini terhadap suku kaum baba dan nyonya.

Kepelbagaian kaum dan etnik di Malaysia telah menjadikan negara kita kaya dengan

pelbagai budaya, pakaian, dan makanan mengikut kaum. Kepelbagaian ini telah

menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik. Namun, pengaruh budaya luar seperti barat

dan korea yang kini giat dipopularkan di media massa mula menghakis kebudayaan

tradisional kita. Oleh itu, sebagai seorang rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab penuh

untuk mempertahankan keunikan kebudayaan di negara kita yang telah diwarisi sejak turun

temurun lagi.

Page 35: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

35

7.0 RUJUKAN

1. Portal Rasmi Kerajaan Melaka (2010). Keunikan Masyarakat Baba dan Nyonya.

Diambil pada 10 April 2014, dari

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/395-

artikel/8718-keunikan-masyarakat-baba-dan-nyonya.html

2. Muhammad Asyrik Ismail (2010). Busana Tradisi: Busana Masyarakat Baba dan

Nyonya. Diambil pada 10 April 2014, dari

http://sayangmelaka.blogspot.com/2010/11/busana-tradisi-busana-masyarakat-

baba.html

3. Ana Jingga (2012). Keunikan Kaum Baba dan Nyonya. Diambil pada 10 April

2014 dari http://anajingga.blogspot.com/2012/10/keunikan-kaum-baba-

nyonya.html

4. Said Addin (2009). Budaya Baba dan Nyonya. Diambil pada 10 April 2014 dari

http://wwwtravelmate.blogspot.com/2009/10/pasangan-pengantin-baba-nyonya-

pasangan.html

5. Wikipedia: Ensiklopedia bebas (2013). Baba dan Nyonya. Diambil pada 10 April

2014 dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Baba_dan_Nyonya

6. Almaira Fannie Muetz (2012). Baba dan Nyonya Mohon Status Bumiputra.

Diambil pada 10 April 2013 dari

http://inspirasiremajamasakini.blogspot.com/2012/04/baba-dan-nyonya-mohon-

status-bumiputra.html

7. Silva (2011). Ayam Pongteh. Diambil pada 17 April 2014 dari

http://kolomkita.detik.com/baca/artikel/12/2633/ayam_pongteh

Page 36: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

36

8. Rickwan (2008. Tokoh-tokoh Baba. Diambil pada 17 April 2014

http://babanyonyamelaka.blogspot.com/2008/11/tokoh-tokoh-baba.html

9. Shamsuri Hussin (2012) Makanan. Diambil pada 18 April 2014 dari

http://kenalimelaka.blogspot.com/p/makanan.html

10. Wikipedia: Ensiklopedia bebas (2014) Red tortoise cake. Diambil pada 18 April

2014 dari http://en.wikipedia.org/wiki/Red_tortoise_cake

11. Tan, Chee Beng. 1988. The Baba of Melaka. Petaling Jaya: Pelanduk

Publications. 1993. Chinese Peranakan Heritage in Malaysia and Singapore.

Petaling Jaya: Pelanduk Publications.

12. West, Barbara A. (2009). Encyclopedia Of The Peoples Of Asia And Oceania.

Facts On File. p. 657. ISBN 0-8160-7109-8.

Page 37: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

37

LAMPIRAN

Biografi Subjek

Nama : Fiona Ee Sue Yin

No. Kad Pengenalan : 930507-04-5162

Keturunan : Baba-Cina

Bangsa : Cina

Agama : Buddhism

Keturunan ayah : Baba

Keturunan ibu : Hokkien

Alamat : 818-A, Jalan Zamrud 5, Taman Kerjasama, Bukit

Beruang, 75450 Melaka.

Pekerjaan : Mahasiswi

Kursus : Bachelor of Physiotherapy With Honours/2, UKM

Page 38: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

38

Dialog Temu Ramah

UNG= Ung Shen Jie FIONA= Fiona Ee Sue Yin

UNG : Hi Fiona! Apakah pendapat anda terhadap amalan baba nyonya?

FIONA: Pada pendapat saya, amalan Baba nyonya merupakan sesuatu yang unik di

Malaysia yang jarang didapati di negara lain. Sebagai keturunan baba, saya berasa

bangga dan unik akan keturunan sendiri. Amalan baba nyonya kami ini unik kerana

bercampuran amalan Cina dan Melayu. Bahasa perantaraan kami ialah Bahasa

Melayu Baba di mana kami akan mencampurkan penggunaan bahasa Hokkien dan

Bahasa Melayu dan seterusnya melahirkan frasa yang baru

UNG: Fiona, saya mendapati budaya baba nyonya ini memang unik seperti pakaian dan

masakan. Adakah anda masih mengamalkan budaya ini?

FIONA: Amalan Baba Nyonya sangat tegas dan konservatif di mana perempuan mesti tahu

teknik menjahit dan memasak. Lazimnya, kami menjahit kasut manik dan memasak

masakan baba nyonya seperti Pongteh, Masak Asam Buah Keluak dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, saya sudah banyak kurang mengamalkan budaya ini kerana

kerja seperti menjahit kasut manik mengambil masa dan susah sangat, apa lagi

beban pelajaran yang berat. Bagi makanan tradisional, dapat lagi makan kadang-

kala di Melaka.

UNG: Oh, sayangnya kalau budaya ini tidak diamalkan lagi kelak. Sebenarnya, saya juga

ingin tahu apakah kepercayaan baba dan nyonya? FIONA: Baba dan nyonya

mempercayai Taoisme dan Buddha. Dalam majlis perkahwinan, kami akan

berpantun dan berjoget sambil menari dengan lelaki. Tetapi, saya rasa amalan Baba

Page 39: Hubungan Etnik Baba Dan Nyonya

39

Nyonya sedang mengalami kepupusan disebabkan budaya Barat dan Cina semakin

menonjol.

UNG: Adakah anda masih mengamalkan kebudayaan baba dan nyonya pada era moden

ini?

FIONA: Ya, saya masih mengamalkan kebudayaan peranakan.

UNG: Bagaimana anda mengamalkan budaya peranakan?

FIONA: Saya mengamalkan dengan mempelajari kemahiran memasak dan menjahit baba

dan nyonya. Selain daripada itu, pantun dan joget haruslah dipelajari. Di samping

itu, kami juga boleh menghargai amalan baba nyonya dengan mengantungkan

gambar nenek moyang di atas dinding dan taat kepada orang-orang tua kami.

UNG: Budaya baba dan nyonya ini kian hilang hari ini, pada pendapat anda, bagaimanakah

memperkenalkan budaya peranakan ini kepada masyarakat ?

FIONA: Pada pendapat saya, filem merupakan kaedah yang efektif untuk mempromosikan

budaya baba dan nyonya. Hal ini kerana remaja hari ini lebih berminat dalam

menonton filem tetapi bukan melawat muzium atau membaca. Selain itu, filem juga

membawa impak yang lebih besar kerana ia menarik dengan watak-watak dalam

pakaian tradisional kami. Kaedah lain bukanlah tak baik, tetapi kalau dibandingkan,

kaedah filem ini mampu membawa kesan yang lagi besar daripada kaedah lain.

UNG: Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk temu duga ini.

FIONA: Sama-sama.