hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian …eprints.uthm.edu.my/4204/1/sabariah_sidek.pdf ·...
TRANSCRIPT
i
HUBUNGAN KECERDASAN EMOSI DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK
DALAM KALANGAN PELAJAR-PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KVKPM)
SABARIAH BINTI SIDEK
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JANUARI 2013
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis dimensi kecerdasan emosi pelajar
serta hubungannya dengan pencapaian akademik. Seramai 261 pelajar-pelajar yang
mengambil pemeriksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kolej Vokasional Zon
Selatan iaitu di Kolej Vokasional Kluang, Kolej Vokasional Seremban dan Kolej
Vokasional Melaka. Mereka dipilih secara rawak sistematik. Satu set soal selidik telah
digunakan untuk kajian ini. Soal selidik merupakan instrumen utama yang akan
digunakan untuk menentukan tahap kecerdasan emosi pelajar Kolej Vokasional
Kluang. Soal selidik yang dibangunkan akan dikategorikan kepada 2 bahagian iaitu
bahagian A, dan bahagian B. Bagi bahagian B, soalan-soalan soal selidik diadaptasikan
daripada kajian-kajian yang lepas yang berkaitan dengan kecerdasan emosi dan
pencapaian akademik pelajar. Dalam soalan soal selidik, dimasukkan lima domain
penting dalam kecerdasan emosi (kompetensi diri dan kompetensi sosial), iaitu
motivasi, kawalan kendiri, kesedaran kendiri, kemahiran sosial dan kepentingan orang
ramai (empati). Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah
yang menunjukkan nilai kebolehpercayaan 0.951. Data dianalisis
dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif iaitu peratusan, min dan sisihan
piawai kepada jenis- jenis dimensi kecerdasan emosi. Manakala statistik inferensi iaitu
analisis Kolerasi Spearman digunakan untuk menunjukkan hubungan antara pemboleh
ubah iaitu hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik. Analisis
menggunakan perisian SPSS menunjukkan terdapatnya hubungan dengan signifikan
antara kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar iaitu pada nilai -0.007.
Secara keseluruhannya, pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi
berpotensi untuk memperolehi pencapaian akademik yang lebih baik.
vi
ABSTRACT
as well as its relationship to academic achievement. A total of 261 students who sat
the examination of Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) in the South Zone of Vocational
College which are Kolej Vokasional Kluang, Kolej Vokasional Seremban and Kolej
Vokasional Melaka. They were selected by systematic random. A set of questionnaires
were used for this research. Questionnaires were the main instrument that will be used
Questionnaire will be categorized into two parts that are part A and part B. For part B,
the survey questions were
important domains of emotional intelligence (self-competence and social competence)
which are the motivation, self-control, self-awareness, social skills and interests of the
people (empathy). Questionnaires reliability were tested by using the "Cronbach
alpha" reliability 0.951. Data was analyzed by using descriptive statistic by percentage,
mean and standard deviation on the types of emotional intelligence dimension. While,
Inferential Statistic that is Spearman Correlation Analysis is used to show the
relationship between the variables which is the relationship between emotional
intelligence and academic achievement
academic achievement at the value of -0.007. In conclusion, students with high
emotional intelligence have the potential to obtain better academic achievement.
vii
KANDUNGAN
PENGESAHAN STATUS LAPORAN
TAJUK
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
i
ii
iii
iv
v
vii
xii
xiv
xv
xvi
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
1.7
1.8
Pengenalan
Latar belakang masalah
Pernyataan masalah
Objektif kajian
Persoalan kajian
Kerangka konsep
Skop kajian
Batasan kajian
1
2
7
8
8
9
11
11
viii
1.9
1.10
Definisi istilah
Rumusan
11
12
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 13
2.1
2.2
2.3
2.4
Pengenalan
Kecerdasan
Emosi
Kecerdasan emosi
13
13
14
14
2.4.1
2.4.2
2.4.3
2.4.4
2.4.5
Perkaitan kecerdasan emosi dengan jantina
Perkaitan kecerdasan emosi dengan umur
Perkaitan kecerdasan emosi dengan
pengalaman kerja
Perkaitan kecerdasan emosi dengan
kelayakan akademik
Kecerdasan emosi guru dan kaitan secara
langsung dengan pencapaian akademik
pelajar
19
20
20
21
21
2.5
2.6
2.7
2.8
2.9
2.10
2.11
2.12
Motivasi
Kesedaran kendiri
Kawalan kendiri
Kemahiran sosial
Kebolehan untuk memahami orang lain (Empati)
Sejarah penubuhan Teknik dan Vokasional di
Malaysia
Potensi aliran vokasional
Rumusan
21
25
28
30
32
34
36
37
ix
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 38
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
Pengenalan
Reka bentuk kajian
Kerangka operasi
Lokasi kajian
Populasi dan sampel kajian
Instrumen kajian
38
38
39
40
40
40
3.6.1
3.6.2
3.6.3
Pembangunan soal selidik
Pengesahan kandungan soal selidik
Skala Likert
41
42
42
3.7 Analisis data 43
3.7.1 Ujian korelasi 43
3.8
3.9
3.10
Kaedah pengumpulan data
Kajian rintis
Rumusan
44
45
46
BAB 4 DAPATAN KAJIAN 47
4.1
4.2
Pengenalan
Demografi responden
47
48
4.2.1
4.2.2
4.2.3
4.2.4
Jantina
Bangsa
Subjek mata pelajaran di Kolej Vokasional
(bagi pelajar SPM)
Pencapaian akademik semasa
48
48
49
49
4.3 Dapatan kajian 50
4.3.1 Persoalan kajian 1 50
x
4.3.2
4.3.3
4.3.4
4.3.5
4.3.6
Persoalan kajian 2
Persoalan kajian 3
Persoalan kajian 4
Normaliti
Persoalan kajian 5
52
54
55
56
57
4.4 Rumusan 58
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN & CADANGAN 59
5.1
5.2
Pengenalan
Perbincangan
59
59
5.2.1
5.2.2
5.2.3
5.2.4
5.2.5
Tahap kompetensi diri bagi pelajar di
KVKPM
Tahap kompetensi sosial bagi pelajar di
KVKPM
Perbezaan kompetensi diri di antara pelajar
lelaki dan perempuan
Perbezaan kompeten sosial di antara pelajar
lelaki dan perempuan
Hubungan antara kecerdasan emosi dengan
pencapaian akademik
60
62
63
64
64
5.3
5.4
Kesimpulan
Cadangan
65
67
5.4.1
5.4.2
5.4.3
5.4.4
Ibu bapa
Pengarah kolej vokasional dan pihak sekolah
Pendidik
Pelajar
67
68
69
70
xi
5.5
5.6
Kajian lanjutan
Penutup
71
72
RUJUKAN 74
LAMPIRAN 79
xii
SENARAI JADUAL
2.1
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7
3.8
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
Aspek penting dalam transformasi adalah pendidikan
asas vokasional dan kolej vokasional
Populasi pelajar KVKPM mengikut zon
Penjelasan Skala Empat Mata
Pekali korelasi positif
Pekali korelasi negatif
Taburan skor min
Interpretasi skor min
Skor Alpha Cronbach
Skor Alpha Cronbach
Taburan responden mengikut jantina
Taburan responden mengikut bangsa
Taburan responden mengikut subjek mata pelajaran
Taburan responden mengikut pencapaian akademik
semasa
Analisa min terhadap tahap kompetensi diri bagi
pelajar yang sedang mengikuti program di KVKPM
Analisa min dan sisihan piawai terhadap tahap
kompetensi diri bagi pelajar yang sedang mengikuti
program di KVKPM
Analisa min terhadap tahap kompetensi sosial bagi
pelajar yang sedang mengikuti program di KVKPM
Analisa min dan sisihan piawai terhadap tahap
kompetensi sosial bagi pelajar yang sedang mengikuti
program di KVKPM
Pangkat min dan signifikan
35
40
42
43
44
44
45
45
46
48
49
49
49
50
52
52
54
55
xiii
4.10
4.11
4.12
Pangkat min dan signifikan
Analisa ujian normaliti
Analisa kolerasi Spearman
55
56
57
xiv
SENARAI RAJAH
1.1
1.2
3.1
Kerangka konsep kajian
Emotional Intelligence Competency
Kerangka operasi kajian
9
10
39
xv
SENARAI SINGKATAN
IQ
EQ
KVKPM
CPA
SPM
SPSS
TEVT
PAV
MPV
Voctech
SKM
MHS
RMK-10
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Intelligence Quotient
Emotional Quotient
Kolej Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia
Cumulative Point Average
Sijil Pelajaran Malaysia
Statistical Package for Social Science
Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional
Pendidikan Asas Vokasional
Mata pelajaran Vokasional
Teknik dan Vokasional
Sijil Kemahiran Malaysia
Multi Health System
Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh
xvi
SENARAI LAMPIRAN
A
B
C
D
E
F
Borang Soal Selidik
Pengesahan Borang Soal Selidik
Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Akademik
Jadual Krejcie, R.W. & Morgan D.W
Carta Gantt Projek Sarjana
Keputusan Analisis Data
79
85
92
97
99
102
8
1.4 Objektif kajian
i. Mengenal pasti tahap kompetensi diri bagi pelajar di Kolej Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia.
ii. Mengenal pasti tahap kompetensi sosial bagi pelajar di Kolej Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia.
iii. Mengenal pasti sama ada wujud perbezaan yang signifikan terhadap tahap
kompetensi diri antara pelajar lelaki dan perempuan di Kolej Vokasional.
iv. Mengenal pasti sama ada wujud perbezaan yang signifikan terhadap tahap
kompetensi sosial antara pelajar lelaki dan perempuan di Kolej Vokasional.
v. Mengenal pasti hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik bagi
pelajar-pelajar di Kolej Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia.
1.5 Persoalan kajian
i. Apakah tahap kompetensi diri bagi pelajar yang sedang mengikuti program di
Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia.
ii. Apakah tahap kompetensi sosial bagi pelajar yang sedang mengikuti program
di Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia.
iii. Adakah wujud perbezaan yang signifikan terhadap tahap kompetensi diri
antara pelajar lelaki dan perempuan di Kolej Vokasional.
iv. Adakah wujud perbezaan yang signifikan terhadap tahap kompetensi sosial
antara pelajar lelaki dan perempuan di Kolej Vokasional.
v. Adakah terdapat hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik
bagi pelajar-pelajar di Kolej Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia.
9
1.6 Kerangka konsep
Dalam menjalankan kajian ini, beberapa pembolehubah telah dikenal pasti
berdasarkan kepada persoalan kajian yang ingin dicapai.
Rajah 1.1: Kerangka konsep kajian
(adaptasi dari Goleman, 1998)
10
Rajah 1.2: Emotional Intelligence Competency
(Goleman, 1995)
11
1.7 Skop kajian
Kajian ini memfokuskan kepada tahap kecerdasan emosi di kalangan pelajar-pelajar
di Kolej Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia (KVKPM). Mengikut domain-
domain dalam kecerdasan emosi iaitu, motivasi (motivation), kesedaran kendiri (self-
awareness), kawalan kendiri (self-regulation) , kemahiran sosial (social skill), dan
mementingkan kepentingan orang ramai (emphaty).
1.8 Batasan kajian
Batasan kajian tertumpu kepada beberapa buah Kolej Vokasional Kementerian
Pelajaran Malaysia (KVKPM), pemilihan dibuat untuk sebuah kolej vokasional bagi
pantai timur, pantai barat, utara dan selatan. Ini kerana kekangan dari segi masa,
kewangan dan jarak.
1.9 Definisi istilah
Definisi istilah antara aspek penting dalam proses memahami kajian ini. Di sini
menerangkan kaitan antara istilah dengan kajian.
i. Kecerdasan emosi (EI)
Kecerdasan emosi adalah melibatkan kecerdasan sosial yang mana ia merujuk
kepada kebolehan individu meneliti emosi dan perasaan dirinya atau orang
lain. Di samping itu juga, ia melibatkan kekuatan dan kelemahan individu
dalam mengatasi masalah.
ii. Pencapaian Akademik
Dalam kajian ini, pencapaian akademik merujuk kepada keputusan
peperiksaan pelajar-pelajar Kolej Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia
(KVKPM) dan juga dari segi pencapaian akademik di dalam kelas.
iii. Pelajar-pelajar Kolej Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia
(KVKPM)
Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pembelajaran di Kolej Vokasional.
12
1.10 Rumusan
Secara keseluruhannya Bab 1 merupakan ruangan untuk mengemukakan latar
belakang masalah, penyataan masalah, persoalan kajian, objektif kajian, kepentingan
kajian, batasan kajian dan definisi konsep kajian. Pada bab seterusnya, penyelidik akan
membincangkan tentang tahap kompetensi pelajar dan beberapa kajian lepas berkaitan
dengan persoalan kajian.