hubungan status sosioekonomi keluarga ......title hubungan status sosioekonomi keluarga dengan...
TRANSCRIPT
HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN PENCAPAIAN
PELAJAR BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM MATA
PELAJARAN MATEMATIK DI DUA BUAH SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU
FAZLIANA BINTI OTHMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN PENCAPAIAN
PELAJAR BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM MATA
PELAJARAN MATEMATIK DI DUA BUAH SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU
FAZLIANA BINTI OTHMAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
ii
iii
DEDIKASI
Buat ayahanda dan bonda yang tercinta,
Othman Bin Janis dan Laila Binti Ibrahim...
Doa, kasih sayang dan pengorbanan ayahanda dan bonda menjadi bekalan buatku...
Cita-cita ku adalah harapan buat kalian berdua dan tidak mungkin ku hampakan...
Buat kekanda dan adinda yang tersayang,
Farihan, Mohd Faizal, Farozanah, Muhd Hafiz, Muhd Sufi dan Muhd Farid..
Sokongan dan dorongan kalian menjadi titian inspirasi dan semangat buatku...
Buat sahabat-sahabat rapatku...,
Wan Nor Shamimi Binti Wan Hussin...
Terima kasih atas sokongan, kata-kata azimatmu, pengorbanan dan pengalaman bersamamu
menjadi sebahagian dari memori di UTM,
Nur Wahida Binti Zakaria ..bantuanmu menyempurnakan kajianku..
Buat sahabat-sahabat seperjuangan,
Terima kasih atas setiap pertolongan yang dihulurkan,
Semoga kejayaan milik bersama....
Buat insan “Gominvo Zou Diau”..….
Arzani Bin Deraman…
Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi ku dalam keadaan susah dan senang...
Sabar dengan kerenahku……
Sesungguhya kau banyak membantuku dan menjadikan ku lebih dewasa..
Kepada semua pihak yang terlibat, terima kasih atas segalanya
Semoga ikatan ukhuwah yang terjalin sesama manusia mendapat keberkatan dan keredaan Allah
s.w.t, Insya Allah...
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
kurnianya dapatlah kajian yang bertajuk “Hubungan Antara Status Sosioekonomi
Keluarga Dengan Pencapaian Pelajar Bumiputera Dan Bukan Bumiputera Dalam Mata
Pelajaran Matematik Di Dua Buah Sekolah Daerah Johor Bahru ” dapat disempurnakan.
Sekalung budi buat penyelia yang saya hormati, En. Roslee Ahmad yang telah
banyak membimbing, memberi tunjuk ajar dan memberikan pandangan kepada saya
dalam menyiapkan kajian ini.
Di samping itu, penghargaan ditujukan kepada pengetua dan guru-guru di Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Perling dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perling (2)
yang sudi bekerjasama dengan saya sepanjang tempoh menjalankan kajian ini.
Akhir sekali, perhargaan yang tidak terhingga disampaikan kepada semua pihak
yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan projek
sarjana muda ini. Terima kasih diucapkan di atas sokongan dan galakan yang membina
di samping idea-idea yang bernas untuk menyiapkan kajian ini dengan sempurna.
Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas setiap pertolongan yang diulurkan.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat sama ada terdapat hubungan antara status
sosioekonomi keluarga dengan pencapaian pelajar bumiputera dan bukan bumiputera
dalam mata pelajaran Matematik di dua buah sekolah Daerah Johor Bahru. Aspek-aspek
status sosioekonomi yang dikaji seperti pendidikan, pendapatan, pekerjaan dan sikap ibu
bapa. Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perling dan Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Perling (2). Jumlah sampel kajian ini adalah seramai 187
orang pelajar tingkatan 4 yang terdiri daripada 104 pelajar bumiputera dan 83 pelajar
bukan bumiputera. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik.
Nilai alpha Cronbach yang diperolehi ialah 0.7498. Data kajian dianalisis dengan
menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science (SPSS) for Windows
Release 11.0 untuk mendapatkan peratus, kekerapan dan korelasi. Semua pengujian
hipotesis dijalankan pada aras keertian 0.05. Hasil kajian menunjukkan terdapat
hubungan yang signifikan antara pencapaian pelajar bumiputera dan bukan bumiputera
dalam mata pelajaran Matematik dari aspek pendidikan, pendapatan dan sikap ibu bapa.
Walau bagaimanapun, tidak wujud hubungan yang signifikan antara pencapaian pelajar
bumiputera dan bukan bumiputera dalam mata pelajaran Matematik dari aspek pekerjaan
bapa dan pekerjaan ibu. Cadangan yang dibuat dalam kajian ini adalah semua pihak iaitu
pelajar, ibu bapa dan guru hendaklah bekerjasama dalam memainkan peranan mereka
secara aktif dan efektif untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran Matematik.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to identify the relationship between family social
economy status with native and non native students in Mathematics at two school in
Daerah Johor Bahru. The research focuses on parents education, income, employment
and attitude. This research has been carried out in Sekolah Menengah Kebangsaan Seri
Perling and Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perling (2). The number of sample for
this research are 187 respondents from form 4 consists of 104 native students and 83 non
native students. The research instrument used in this research is questionnaire. The alpha
cronbach values is 0.7498. The results were analysed using the Statistical Package For
The Social Science (SPSS) for Windows Release 11.0 to find out the frequencies,
percentage and correlation. All hypotheses were tested at 0.05 level of significance. The
findings of this research show that there is the significant relationship between native
students and non native students in Mathematics achievement from the aspect of
education, income and attitude. Besides that, this research shows that there is the not
significant relationship between native students and non native students in Mathematics
achievement from the aspect of employment parents. It is suggested their pupils, parents
and teachers to play their role actively and effectively to upgrade their achievement in
Mathematics.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAHAGIAN SATU
BAB 1
I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Hipotesis Kajian 9
1.7 Kepentingan Kajian 10
1.8 Batasan Kajian 10
1.9 Definisi Istilah 11
1.10 Rumusan 13
viii
BAHAGIAN DUA
BAB II
II SOROTAN KAJIAN 14
2.1 Pengenalan 14
2.2 Hubungan Antara Pendidikan Ibu Bapa
Dengan Pencapaian Akademik 15
2.3 Hubungan Antara Pendapatan Ibu Bapa
Dengan Pencapaian Akademik 17
2.4 Hubungan Antara Pekerjaan Ibu Bapa
Dengan Pencapaian Akademik 19
2.5 Hubungan Antara Sikap Ibu Bapa
Dengan Pencapaian Akademik 21
2.6 Rumusan 23
BAHAGIAN TIGA
BAB III
III METODOLOGI KAJIAN 24
3.1 Pengenalan 24
3.2 Rekabentuk Kajian 24
3.3 Persampelan 25
3.4 Instrumen Kajian 26
3.4.1 Bahagian A – Latar belakang responden 27
3.4.2 Bahagian B – Sikap ibu bapa terhadap
pencapaian mata pelajaran Matematik
responden 27
3.5 Kajian Rintis 28
3.6 Prosedur Kajian 29
ix
3.7 Kaedah Penganalisisan Data 30
3.7.1 Penganalisisan Bahagian A 30
3.7.2 Penganalisisan Bahagian B 30
3.8 Rumusan 33
BAHAGIAN EMPAT
BAB IV
IV ANALISIS DATA 34
4.1 Pengenalan 34
4.2 Analisis Data Bahagian A 35
4.2.1 Analisis Responden Mengikut Jantina 35
4.2.2 Analisis Responden Mengikut Bangsa 36
4.2.3 Analisis Responden Bumiputera
Berdasarkan Pencapaian Mata Pelajaran
Matematik Dalam PMR 36
4.2.4 Analisis Responden Bukan Bumiputera
Berdasarkan Pencapaian Mata
Pelajaran Matematik Dalam PMR 37
4.2.5 Analisis Responden Tinggal Dengan
Ibu bapa 38
4.2.6 Analisis Taraf Pendidikan Bapa/Penjaga
Responden 39
4.2.7 Analisis Taraf Pendidikan Ibu Responden 40
4.2.8 Analisis Taraf Pendapatan Bapa/Penjaga
Responden 41
4.2.9 Analisis Taraf Pendapatan Ibu Responden 42
4.2.10 Analisis Taraf Pekerjaan Bapa/Penjaga
Responden 43
4.2.11 Analisis Taraf Pekerjaan Ibu Responden 45
x
4.2.12 Analisis Kawasan Kejiranan Responden 46
4.3 Analisis Data Bahagian B 47
4.4 Analisis Pencapaian Pelajar Bumiputera dan Bukan
Bumiputera Dalam Mata Pelajaran Matematik
Dari Aspek Pendidikan, Pendapatan dan Pekerjaan
Ibu Bapa 48
4.4.1 Analisis Pencapaian Pelajar Bumiputera dan
Bukan Bumiputera Dalam Mata Pelajaran
Matematik Dari Aspek Pendidikan
Bapa/Penjaga dan Pendidikan Ibu 49
4.4.2 Analisis Pencapaian Pelajar Bumiputera
dan Bukan Bumiputera Dalam Mata
Pelajaran Matematik Dari Aspek Pendapatan
Bapa/Penjaga dan pendapatan ibu 49
4.4.3 Analisis Pencapaian Pelajar Bumiputera
dan Bukan Bumiputera Dalam Mata Pelajaran
Matematik Dari Aspek Pekerjaan
Bapa/Penjaga dan Pekerjaan Ibu 51
4.5 Analisis Hubungan Antara
Pembolehubah-Pembolehubah 57
4.6 Rumusan 64
BAHAGIAN LIMA
BAB V
V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 65
5.1 Pengenalan 65
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 66
5.2.1 Hubungan Antara Pencapaian Pelajar
Bumiputera dan Bukan Bumiputera Dalam
xi
Mata Pelajaran Matematik Dari Aspek
Pendidikan Bapa dan Pendidikan Ibu 66
5.2.2 Hubungan Antara Pencapaian Pelajar
Bumiputera dan Bukan Bumiputera
Dalam Mata Pelajaran Matematik
Dari Aspek Pendapatan Bapa dan
Pendapatan Ibu 68
5.2.3 Hubungan Antara Pencapaian Pelajar
Bumiputera dan Bukan
Bumiputera Dalam Mata Pelajaran
Matematik Dari Aspek
Pekerjaan Bapa dan Pekerjaan Ibu 69
5.2.4 Hubungan Antara Pencapaian Pelajar
Bumiputera dan Bukan
Bumiputera Dalam Mata Pelajaran
Matematik Dari Aspek Sikap Ibu Bapa 71
5.3 Rumusan Kajian 72
5.4 Cadangan 73
5.4.1 Peranan Ibu Bapa 73
5.4.2 Peranan Pelajar 74
5.4.3 Peranan Guru 75
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 76
BIBLIOGRAFI 77 LAMPIRAN 83
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Persampelan Kajian 25
3.2 Taburan Item-Item Soal Selidik 27
3.3 Kategori Gred Keputusan Mata Pelajaran Matematik 30
3.4 Kaedah Pemberian Skor Dari Aspek Sikap Ibubapa 31
3.5 Kekuatan Korelasi Pearson, r 33
4.1 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Jantina 35
4.2 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Bangsa 35
4.3 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Bumiputera
Berdasarkan Pencapaian Mata Pelajaran Matematik Dalam PMR 36
4.4 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Bukan
Bumiputera Berdasarkan Pencapaian Mata Pelajaran Matematik 37
Dalam PMR
4.5 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Tinggal Bersama 38
Dengan bu bapa
4.6 Taburan Kekerapan dan Peratus Taraf Pendidikan Bapa/Penjaga 39
Responden
4.7 Taburan Kekerapan dan Peratus Taraf Pendidikan Ibu 40
Responden
4.8 Taburan Kekerapan dan Peratus Taraf Pendapatan Bapa/Penjaga 41
Responden
4.9 Taburan Kekerapan dan Peratus Taraf Pendapatan Ibu 42
Responden
4.10 Taburan Kekerapan dan Peratus Taraf Taraf Pekerjaan 43
Bapa/Penjaga Responden
xiii
4.11 Taburan Kekerapan dan Peratus Taraf Pekerjaan Ibu 45
Responden
4.12 Taburan Kekerapan dan Peratus Kawasan Kejiranan 46
Responden
4.13 Taburan Min Skor Bagi Faktor Aspek Sikap Ibu Bapa
Terhadap Pencapaian Mata Pelajaran Matematik Responden 47
4.14 Taburan Pencapaian Pelajar Bumiputera dan Bukan Bumiputera
Dalam Mata Pelajaran Matematik Dari Aspek Pendidikan
Bapa/Penjaga 49
4.15 Taburan Pencapaian Pelajar Bumiputera dan Bukan Bumiputera
Dalam Mata Pelajaran Matematik Dari Aspek Pendidikan Ibu 49
4.16 Taburan Pencapaian Pelajar Bumiputera dan Bukan Bumiputera
Dalam Mata Pelajaran Matematik Dari Aspek Pendapatan
Bapa/Penjaga 51
4.17 Taburan Pencapaian Pelajar Bumiputera dan Bukan Bumiputera
Dalam Mata Pelajaran Matematik Dari Aspek Pendapatan Ibu 52
4.18 Taburan Pencapaian Pelajar Bumiputera dan Bukan Bumiputera
Dalam Mata Pelajaran Matematik Dari Aspek Pekerjaan
Bapa/Penjaga 54
4.19 Taburan Pencapaian Pelajar Bumiputera dan Bukan Bumiputera
Dalam Mata Pelajaran Matematik Dari Aspek Pekerjaan Ibu 55
4.20 Hubungan Antara Pencapaian Pelajar Bumiputera dan Bukan
Bumiputera Dalam Mata Pelajaran Matematik Dari Aspek
Pendidikan Bapa 57
4.21 Hubungan Antara Pencapaian Pelajar Bumiputera dan Bukan
Bumiputera Dalam Mata Pelajaran Matematik Dari Aspek
Pendidikan Ibu 58
4.22 Hubungan Antara Pencapaian Pelajar Bumiputera dan Bukan
Bumiputera Dalam Mata Pelajaran Matematik Dari
Aspek Pendapatan Bapa 59
4.23 Hubungan Antara Pencapaian Pelajar Bumiputera dan Bukan
xiv
Bumiputera Dalam Mata Pelajaran Matematik Dari Aspek
Pendapatan Ibu 60
4.24 Hubungan Antara Pencapaian Pelajar Bumiputera dan Bukan
Bumiputera Dalam Mata Pelajaran Matematik Dari
Aspek Pekerjaan Bapa 61
4.25 Hubungan Antara Pencapaian Pelajar Bumiputera dan Bukan
Bumiputera Dalam Mata Pelajaran Matematik Dari Aspek
Pekerjaan Ibu 62
4.26 Hubungan Antara Pencapaian Pelajar Bumiputera dan Bukan
Bumiputera Dalam Mata Pelajaran Matematik
Dari Aspek Sikap Ibu Bapa 63
xv
SENARAI SINGKATAN
1. PMR - Penilaian Menengah Rendah
2. SPM - Sijil Pelajaran Malaysia 3. STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 4. UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah 5. KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah 6. KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
xvi
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK MUIKA SURAT
A Set Soal Selidik 83
B Surat kebenaran Daripada Bahagian
Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia 88
C Surat Kebenaran Daripada Pengarah
Pendidikan Negeri Johor 89
D Surat Ppengenalan Diri Daripada UTM 90
E Keputusan Analisis Kebolehpercayaan alpha 91
Cronbach Bagi Kajian Rintis
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Menurut Ahmad (1992) kejayaan Wawasan 2020 berkait rapat dengan kejayaan
membentuk generasi wawasan iaitu generasi selepas kemerdekaan. Peranan pendidikan
menjadi penting kerana pelajar mesti dipersiapkan supaya menjadi insan yang aktif,
produktif dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Rakyat Malaysia yang ingin
dihasilkan melalui sistem pendidikan adalah selaras dengan cita dan Wawasan 2020.
Malahan dalam Kurikulum KBSR dan KBSM terdapat pelbagai disiplin ilmu yang
dianggap penting untuk dipelajari dan mata pelajaran Matematik perlu dijadikan sebagai
satu mata pelajaran utama.
Menurut Omar dan rakan-rakan (1992) Matematik merupakan mata pelajaran
yang penting dalam hidup manusia. Bahkan mata pelajaran ini turut mendapat bidalan
Inggeris yang menyatakan mata pelajaran Matematik sebagai Maths is the mirror of
civilization, Maths is the queen of all sciences, Maths is everything, Maths is the subtle
fine arts dan Maths is the language of sciences. Memandangkan pentingnya
2
penguasaan, kefahaman, penghayatan dan aplikasi Matematik, maka sewajarnya usaha-
usaha yang positif dan saintifik perlu dilaksanakan segera bagi memantapkan tahap
pengusaan Matematik dikalangan pelajar-pelajar sekolah.
Mohd Nasuha (1997) menyatakan mata pelajaran Matematik dapat
memperkembangkan pemikiran manusia, membolehkan manusia berfikir untuk
menyelesaikan sesuatu masalah dan kebolehan menggunakan ilmu Matematik dalam
kehidupan seharian. Malahan tidak dinafikan pada masa kini bahawa bidang sains,
teknologi dan kejuteraan turut memerlukan penggunaan dan pengaplikasian ilmu
Matematik. Di samping itu, penguasaan ilmu Matematik yang baik juga dapat
menyediakan pelajar dan tenaga kerja yang berkualiti dalam usaha menjadikan Malaysia
sebuah negara industri pada dekad ini.
Menurut Rozalan (1993) prestasi dalam peperiksaan kerap digunakan untuk
mengukur pencapaian akademik seseorang. Di Malaysia, peperiksaan digunakan untuk
mengukur pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Ketua Pendidikan Malaysia
menyatakan penilaian pengetahuan, pencapaian dan kejayaan pelajar dalam sesuatu
peperiksaan dinilai daripada markah dan gred yang diperolehi dalam peperiksaan.
Menurut Brembeck dalam Badariah (1999), pencapaian akademik seseorang
dikatakan mempunyai pertalian yang rapat dengan status sosioekonomi keluarga. Ini
bermaksud lebih tinggi latar belakang sesebuah keluarga maka lebih tinggi kadar
pencapaian akademik seseorang pelajar itu.
Dalam kajian ini, faktor-faktor dalam status sosioekonomi keluarga seperti
pendidikan, pendapatan, jenis pekerjaan dan sikap ibu bapa dianggarkan penting dalam
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Amina (1994) keluarga adalah merupakan guru terawal bagi anak-anak.
Ini kerana didikan keluarga merupakan faktor utama yang mempengaruhi perkembangan
anak-anak. Oleh itu bermula dari rumah dimana ibu bapa menjadi contoh kepada anak-
anak. Pemikiran dan sikap ibu bapa dikatakan banyak mempengaruhi kanak-kanak
sehingga mereka dewasa melalui bimbingan dan pendidikan yang sempurna di rumah.
Oleh yang demikian, peranan ibu bapa mempengaruhi pencapaian pelajar dalam
akademik dan ini berlaku sejak kecil lagi.
Menurut Ishak dan rakan-rakan (1983) faktor status sosioekonomi keluarga boleh
mempengaruhi pencapaian anak-anak dalam bidang pelajaran. Status sosioekonomi
mempunyai perkaitan dengan pendidikan ibu bapa. Ini kerana ibu bapa yang
mempunyai pendidikan yang baik kebiasaanya bersikap mengambil berat dan memberi
perhatian terhadap pembelajaran anak-anak khususnya ketika anak-anak mengulangkaji
pelajaran di rumah.
Menurut Sharma (1983) penglibatan keluarga dalam proses pempelajaran anak-
anak dinegara ini tidak begitu baik dan membimbangkan kerana faktor ibu bapa bekerja.
Ini kerana ibu bapa yang bekerja mempunyai masa yang terhad untuk bersama-sama
dengan anak-anak dan menyebabkan pendidikan anak-anak di rumah terabai.
Menurut Sharifah Alwiyah (1988) sikap ibu bapa yang tidak menganggap
kemajuan dalam pelajaran anak-anak dapat mengubah keadaan hidup mereka telah
menyumbang kepada dorongan yang tidak positif kepada anak-anak. Ini mengakibatkan
ibu bapa tidak mengambil berat dalam pencapaian pelajaran anak-anak dan menjadi
contoh yang tidak baik kepada anak-anak.
4
Fraser dalam Nordin (1995) menyatakan bahawa dorongan, minat, bimbingan
dan sikap ibu bapa yang positif dapat meningkatkan prestasi akademik, minat dan
pencapaian anak-anak dalam pelajaran.
Menurut Azrul (2002) kelemahan pelajar bumiputera pada masa kini dalam
aspek pembelajaran diperingkat sekolah menengah dalam aliran Sains adalah sangat
ketara berbanding dengan pelajar bukan bumiputera. Ini kerana kebanyakan mata
pelajaran Sains menggunakan mata pelajaran Matematik. Kelemahan dalam mata
pelajaran ini akan memberi kesan apabila melanjutkan pelajaran pada peringkat yang
lebih tinggi sekiranya pelajar-pelajar tersebut tidak dibantu dari peringkat sekolah
rendah lagi.
Menurut Awang Had (1996) pelajar bumiputera tidak mencukupi dari segi kualiti
dalam pencapaian akademik terutamanya dalam mata pelajaran Matematik. Ini
mengakibatkan bumiputera yang bergiat dalam bidang profesional juga tidak mencukupi
kerana kebanyakkan bidang prosesional memerlukan pencapaian mata pelajaran
Matematik yang tinggi.
Rohana (2001) menyatakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1998
hanya 6.4% pelajar bumiputera mendapat A1 dan A2 dalam mata pelajaran Matematik
Tambahan berbanding 36.4% pelajar bukan bumiputera.
Menurut Isahak (2001) dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya memberikan
bukti statistik hasil kajiannya dengan 10 pensyarah Institusi Pengajian Tinggi Awam di
Malaysia menyatakan bahawa purata keseluruhan pelajar bumiputera pada tahun 1998
yang mendapat A1 dan A2 dalam mata pelajaran Matematik Tambahan ialah diantara
1010 sehingga 2898 orang sedangkan purata bukan bumiputera yang memperoleh
keputusan yang sama ialah diantara 5414 sehingga 12322 orang. Malahan prestasi
pelajar bumiputera di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) terutama
bagi mata pelajaran Matematik adalah sangat rendah bukan sahaja dari kualiti tetapi
kuantitinya.
5
Menurut Azrul (2002) kelemahan dibidang Matematik ini bukan hanya dialami
diperingkat sekolah menengah sahaja tetapi meliputi peringkat sekolah rendah dan di
institusi pengajian tinggi. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Arshad ketika
menganalisis prestasi keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
pada tahun 1992 menyatakan purata hanya 50 peratus murid-murid luar bandar
terutamanya murid-murid Melayu lulus dalam mata pelajaran Matematik dan tidak
mencapai 75% seperti yang diharapkan oleh Kementerian Pendidikan.
Malar (2001) menyatakan SPM pada tahun 1997 seramai 78% pelajar Cina
memperolehi keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran Matematik. Sebagai
contoh Sekolah Menengah Chong Hwa yang cemerlangan dalam mata pelajaran
Matematik telah membuktikan dengan penerimaan beberapa anugerah antarabangsa.
Malahan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 1998 di sekolah tersebut telah
mencatatkan 100% dalam mata pelajaran Matematik.
1.3 Pernyataan Masalah
Di Malaysia, pencapaian mata pelajaran Matematik melibatkan pencapaian yang
cemerlang dikalangan pelajar berbangsa Cina. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan,
Dr Fong Chan On pada tahun 1991 dalam Malar (1998) pelajar Cina menguasai
pencapaian yang cemerlang dalam mata pelajaran Matematik berbanding bangsa lain.
Keadaan ini berbeza dengan pencapaian pelajar bumiputera dalam mata pelajaran
Matematik. Ini kerana secara relatif pencapaian pelajar bumiputera dalam mata pelajaran
Matematik berada pada tahap yang lemah. Menurut Salihan (1994) pelajar bumiputera
lemah dalam mata pelajaran Matematik kerana faktor sikap ibu bapa, kaedah
pembelajaran di rumah dan suasana persekitaran yang kurang menggalakkan.
6
Abdul Fatah (1994) pula menyatakan lazimnya keluarga Melayu di kampung
tidak mengambil berat terhadap faktor pemakanan dan faktor pendedahan mental anak-
anak disebabkan status sosiolekonomi yang rendah. Ini ditambah dengan pandangan
Ketua Pengarah Pelajaran, Ahmad Sipon (2005) yang menyatakan Kementerian
Pelajaran tidak berpuas hati terhadap pencapaian mata pelajaran Matematik khususnya
dikalangan pelajar bumiputera di sekolah kebangsaan.
Menurut Suradi (2000) wujud kepentingan perhubungan antara status keluarga
dengan pencapaian akademik anak-anak. Ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan
yang baik memberangsang anak-anak untuk berjaya dan mereka lebih prihatin terhadap
keperluan pendidikan anak-anak. Ini disokong oleh Lim (1998) yang menyatakan
faktor-faktor dalam status sosioekonomi seperti pendidikan, pendapatan, jenis pekerjaan
dan sikap ibu bapa mempunyai perkaitan dengan pencapaian akademik pelajar.
Menurut Azrul (2002) faktor kewangan menyebabkan pelajar bumiputera
menghadapi masalah dalam pendidikan. Kebanyakkan masyarakat bumiputera terdiri
daripada golongan yang sederhana dari segi kehidupan. Ini mendorong pelajar
bumiputera merasa tersisih dalam mendapatkan sistem pendidikan yang baik peringkat
awal. Ketidakupayaan ini salah satu punca pelajar bumiputera tidak cemerlang dalam
pelajaran.
Oleh yang demikian, pengkaji ingin mengenal pasti adakah faktor-faktor
sosioekonomi seperti latar belakang pendidikan, pendapatan, pekerjaan dan sikap ibu
bapa mempengaruhi pencapaian pelajar bumiputera dan bukan bumiputera dalam mata
pelajaran Matematik. Jesteru itu, sudah tentu satu program yang lebih sesuai khusus
kepada pelajar bumiputera dapat dirancang dalam usaha meningkatkan pencapaian
mereka dalam mata pelajaran Matematik.
7
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
i. Melihat sama ada terdapat hubungan antara pencapaian pelajar bumiputera
dan bukan bumiputera dalam mata pelajaran Matematik dari aspek
pendidikan bapa
ii. Melihat sama ada terdapat hubungan antara pencapaian pelajar bumiputera
dan bukan bumiputera dalam mata pelajaran Matematik dari aspek
pendidikan ibu
iii. Melihat sama ada terdapat hubungan antara pencapaian pelajar bumiputera
dan bukan bumiputera dalam mata pelajaran Matematik dari aspek
pendapatan bapa
iv. Melihat sama ada terdapat hubungan antara pencapaian pelajar bumiputera
dan bukan bumiputera dalam mata pelajaran Matematik dari aspek
pendapatan ibu
v. Melihat sama ada terdapat hubungan antara pencapaian pelajar bumiputera
dan bukan bumiputera dalam mata pelajaran Matematik dari aspek pekerjaan
bapa
vi. Melihat sama ada terdapat hubungan antara pencapaian pelajar bumiputera
dan bukan bumiputera dalam mata pelajaran Matematik dari aspek pekerjaan
ibu
vii. Melihat sama ada terdapat hubungan antara pencapaian pelajar bumiputera
dan bukan bumiputera dalam mata pelajaran Matematik dari aspek sikap ibu
bapa
8
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini adalah:
i. Adakah terdapat hubungan antara pencapaian pelajar bumiputera dan
bukan bumiputera dalam mata pelajaran Matematik dari aspek
pendidikan bapa?
ii. Adakah terdapat hubungan antara pencapaian pelajar bumiputera dan
bukan bumiputera dalam mata pelajaran Matematik dari aspek
pendidikan ibu?
iii. Adakah terdapat hubungan antara pencapaian pelajar bumiputera dan
bukan bumiputera dalam mata pelajaran Matematik dari aspek
pendapatan bapa?
iv. Adakah terdapat hubungan antara pencapaian pelajar bumiputera dan
bukan bumiputera dalam mata pelajaran Matematik dari aspek
pendapatan ibu?
v. Adakah terdapat hubungan antara pencapaian pelajar bumiputera dan
bukan bumiputera dalam mata pelajaran Matematik dari aspek pekerjaan
bapa?
vi. Adakah terdapat hubungan antara pencapaian pelajar bumiputera dan
bukan bumiputera dalam mata pelajaran Matematik dari aspek pekerjaan
ibu?
vii. Adakah terdapat hubungan antara pencapaian pelajar bumiputera dan
bukan bumiputera dalam mata pelajaran Matematik dari aspek sikap ibu
bapa?