hukum-hukum mad.docx

Upload: atirah

Post on 08-Jan-2016

232 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

MAD SILAH TOWILAHmad Silah Tawilah: mad yang terjadi jikaha dhamirbertemu hurufhamzahyang berbaris dan huruf sebelum "ha dhamir" tersebut juga berbaris.

Cara membacanya:4 atau 5 harakat.

MAD JAIZ MUNFASSILHuruf mad berada di akhir kalimah pertama dan huruf hamzah ( ) berada di awal kalimah kedua.

Cara bacaan adalah 4 atau 5 harakat. Sekiranya anda membaca mad munfassil yang pertama ketika memulakan bacaan al-Quran dengan kadar 4 harakat. Maka kesemua mad munfasil perlu dibaca 4 harakat. Sekiranya anda membacanya dengan kadar 5 harakat, maka perlu membaca kesemuanya dengan kadar 5 harakat. Tidak boleh pada ayat pertama anda baca 4 harakat dan pada ayat kedua anda baca 5 harakat.

Sekiranya anda berhenti bacaan pada kalimah pertama iaitu pada huruf mad, maka kadar bacaannya adalah sekadar 2 harakat sahaja.

Contoh anda berhenti bacaan pada kalimah maka kadar madnya adalah 2 harakat.

MAD BADALmad yang berlaku apabila huruf hamzah bertemu dengan huruf mad di dalam satu perkataan.Badal bererti tukar; iaitu pada asalnya, terdapat huruf hamzah yang kedua yang sukun yang telah ditukar kepada huruf mad.KADAR BACAAN : 2 harakat

MAD 'IWADHMad 'Iwadh merupakan bacaan panjang sebanyak 2 harakat yang berlaku ketika huruf tanwin dua di atas diberhentikan bacaan kecuali bagi tha marbuthah. Mad 'Iwadh berlaku pada huruf tanwin atas ketika waqaf bacaan. 'Iwadh bermaksud ganti iaitu menggantikan tanwin kepada baris satu fathah di atas.

Hanya tanwin fathah sahaja yang berlaku Mad 'Iwadh manakala Tanwin Dhommah atau Tanwin Kasrah tidak berlaku seperti Tanwin Fathah.