huraian ringkas kalimah nafi isbat dan penerangan ringkas fardhu ain ( new update)
TRANSCRIPT
Pag
e1
1. KALIMAH NAFI & ISBAT (KALIMAH TAUHID)
Setiap mukallaf WAJIB MENAFIKAN “dewa-dewa”, berhala atau apa sahaja
yang disembah oleh orang kafir sebagai “tuhan” atau “ َإِلَه ” bagi mereka. Tidak ada
ayat al-Quran atau hadith yang mengiktiraf “dewa-dewa” atau berhala sebagai “tuhan”
atau “ َإِلَه ” bagi orang kafir.
Perlu diketahui, menurut adat, berhala bukannya tuhan. Berhala yang disembah
oleh orang kafir BUKANNYA tuhan bagi penyembahnya. Berhala itu hanyalah
sembahan mereka, BUKANNYA tuhan mereka. Tuhan bagi semua manusia, Islam atau
bukan Islam adalah adalah Allah. Tuhan pada adat ialah "TUKANG”. Tuhan yang
dimaksudkan oleh akal dan syara’ “TIDAK SAMA” dengan tuhan yang maksudkan oleh
adat. Oleh kerana itu dalam Islam.
Tuhan hanya wujud berdasarkan hukum akal dan hukum syara’. Dalilnya ialah,
ayat pertama di dalam al-Quran dan ayat pertama surah al-Fatihah yang bermaksud :
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
“Segala puji bagi Allah, tuhan yang menjadikan sekalian alam”.
Lihat dalil tambahan iaitu, dialog antara Fir’aun dan tukang sikat anaknya
(Mashitah). Fir’aun bertanya kepada Mashitah, “adakah Tuhan selain aku? Mashitah
menjawab, “Ya, Tuhanmu dan Tuhanku ialah لْال ”.
Sesungguhnya, tuhan bagi sekalian manusia (sama ada Islam atau kafir) hanya
Allah, kerana firman-Nya dalam surah an-Nas, ayat ke-1 dan 3, yang bermaksud :
“Kata olehmu, aku berlindung kepada tuhan (yang menjadikan)
sekalian manusia”
“Tuhan sekalian manusia”1
1 Lihat makna “Tuhan”, “ َإِلَه dan Allah, menurut hukum adat, akal dan syara’ dalam siapaALLAH.blogspot.com
Pag
e2
Walaupun demikian, semasa kita mengucapkan kalimah agung الَ إِلَهَ إاِلَّ لْال
yang bermaksud “tiada tuhan melainkan Allah”, kita DITEGAH MENAFIKAN
“TUHAN” seperti berhala yang diakui oleh orang kafir pada adat. Dalam Bahasa
Arab, ada 7 makna kalimah ”La” ( ال ََ ) atau "TIADA”. 2 Kalimah ( َال ) disini
BUKAN BERMAKSUD MENAFIKAN “tuhan” selain Allah. Apabila dinafikan
juga, ia bermaksud membandingkan Allah dengan makhluk sedangkan Allah
Maha Suci daripada banding. Kenapa bermaksud membandingkan Allah?
Fahamkan dalil akal dan dalil syara’ berkaitan yang akan dinyatakan. Iktikad
MENAFIKAN “TUHAN” seperti berhala sebenarnya bercanggah dengan dalil
akal dan bercanggah dengan makna mengesakan Allah dalam hukum syara’.
Lihat hadith Nabi yang berbunyi :
“Mai yafriku bainan naafi wal isbati fakod kafaro” dan
“Mallam yufarriku bainan nafi wal isbati fakod kafaro.” 3
Yang bermaksud :
“Sesiapa yang MENCERAIKAN antara nafi dan isbat, bahawasanya kafir.”
“Sesiapa yang TIADA MENCERAIKAN antara nafi dan isbat, bahawasanya kafir.”
Sesiapa yang menceraikan dan tidak menceraikan antara nafi dan isbat
sebenarnya melambangkan makrifat yang tidak sempurna, masih syak, masih zon
dan masih waham. Keterangannya akan dinyatakan selepas ini.
Justeru, kalimah tauhid الَ إِلَهَ إاِلَّ لْال َ wajib diucapkan dengan makrifat yang
sempurna, tanpa syak, tanpa zon dan tanpa waham, yakni sekurang-kurangnya had
mai’yah.
Apakah maksud menceraikan dan tiada menceraikan oleh hadith itu? Lihat
keterangan ringkas berikut :
2 Antara maksud atau makna kalimah ”La” ( َال ََ ) ialah menafikan, membandingkan, mensucikan dan
mengesakan. Apakah maksud atau makna yang lain? 3 Ada ulama yang berpendapat bahawa, dua ayat berkenaan bukan hadith.
Pag
e3
Hadith : makna tidak menceraikan Hadith : makna menceraikan
Mula-mula dinafikannya َإِلَه kemudian
diisbatkannya ه Sesungguhnya, penafian .لْال
seperti ini adalah menafikan هه kerana ,لْال
makna bagi إِلَهَه ialah هه هلْال dan menurut hadith
itu, hukumnya adalah kafir. 4
Mula-mula dinafikannya makhluk atau
“tuhan” selain Allah seperti berhala,
kemudian diisbatkannya pula ه .لْال
Menurut hadith di atas, hukumnya
adalah kafir.
KEFAHAMAN SEPERTI INILAH
YANG MENJADI PEGANGAN
SEBAHAGIAN BESAR UMAT ISLAM.
Keterangan lanjut dinyatakan seperti di
bawah ini. Sama-sama kita fahamkan
Lihat dan fahamkan makna kalimah "TIADA” atau ( َال) pada Jadual 1 di bawah
Jadual 1
Bil Ayat Maksudnya sebenarnya ialah
1 Tiada yang mendapat
21A dalam SPM
melainkan Nor Amalina.
Kita pernah melihat atau mendengar bahawa, "ada
orang lain” yang mendapat hampir 21A atau lebih
dalam peperiksaan SPM lain yang setara.
2 Tiada yang datang
ke tempat ini melainkan
engkau.
Kita pernah melihat atau mendengar bahawa, pernah
"ada orang lain” yang datang ke situ dan "wujud
tempat lain” yang seumpamanya.
3
Tiada yang mati dalam
kemalangan itu melainkan
semuanya selamat.
Kita pernah melihat atau mendengar bahawa, "ada
orang lain” yang telah mati dalam kemalangan yang
seumpamanya..
4 Tiada orang yang amanah
melainkan Ali.
Kita pernah melihat atau mendengar bahawa, "ada
orang lain” yang amanah dan yang TIDAK amanah.
5
Tiada yang membaca
buku ini melainkan Ahmad.
Kita pernah melihat atau mendengar bahawa, "ada
orang lain” yang pandai dan tidak pandai membaca.
6
Tiada yang boleh
menerangkan "halnya”
melainkan yang faham.
Kita pernah melihat atau mendengar bahawa,
sebenar-benarnya "ada orang lain” yang faham
dan boleh menerangkannya.
4 Justeru, menafikan َإِلَه adalah menafikan لْال.
Pag
e4
Supaya lebih JELAS, lihat dan fahamkan maksud kalimah pada Jadual 2 berikut
Kalimah 1
TIADA tuhan yang disembah (oleh penganut Hindu) MELAINKAN berhala.
Kalimah 2
TIADA tuhan yang disembah (oleh orang mukmin) MELAINKAN Allah.
Jadual 2
Maksud Kalimah
Bil Tiada Tuhan Yang Disembah (Oleh
Penganut Hindu) Melainkan Berhala
Tiada Tuhan Yang Disembah (Oleh
Orang Mukmin) Melainkan Allah
1 Wujud berhala yang lain, selain
berhala yang disebutkan.
Wujud tuhan yang lain, selain "Allah”
yang disebutkan.
2
Kita pernah melihat berhala lain selain
berhala yang disembah oleh penganut
agama Hindu.
Kita pernah melihat tuhan selain Allah
yang disembah oleh penganut agama
Islam.
3
Kita pernah melihat atau mendengar
agama lain selain agama Hindu.
Kita pernah melihat atau mendengar
agama lain selain agama Islam.
4
Kita pernah melihat penganut agama
lain menyembah berhala yang lain
selain penganut agama Hindu.
Kita pernah melihat penganut agama
lain menyembah Allah selain
penganut agama Islam.
5
Kita yakin bahawasanya berhala
penganut Hindu mempunyai persamaan
dengan berhala yang disembah oleh
bukan penganut agama Hindu.
Kita yakin bahawasanya Allah
mempunyai persamaan dengan "tuhan
selain Allah” yang disembah oleh bukan
penganut Islam.
6
Kita yakin bahawa berhala dan
penganut agama Hindu itu mempunyai
kelemahan.
Kita yakin bahawa Allah dan penganut
agama Islam itu mempunyai
kelemahan.
Apakah maksud yang anda faham daripada Jadual 1 dan Jadual 2 di atas?
Adakah keenam-enam maksud ayat itui SALAH? Jawapannya “TIDAK”. Itulah
sebenarnya salah satu daripada maksud-maksud kalimah `LA” iaitu membuat
BANDING bagi Allah. Semua contoh kalimah "TIADA” di atas menunjukkan WUJUD
yang setara, WUJUD yang seumpama, WUJUD suatu yang boleh dijadikan
perbandingan bagi Allah, WUJUD kelemahan dan sebagainya.
Pag
e5
Oleh sebab itu, MAHA SUCI ALLAH DARIPADA SUATU PERBANDINGAN
kerana Allah itu :
ههههههههههههههليسهكمثلههشيء
Oleh sebab itu, lafaz perkataan "TIADA” pada kalimah "Tiada tuhan yang
disembah (oleh penganut Hindu) melainkan berhala” sebenar-benarnya secara
tidak sedar atau “tanpa niat” telah mengakui bahawasanya:
1) Wujud berhala yang lain, selain berhala yang dilafazkan.
2) Kita pernah melihat berhala lain selain berhala yang disembah oleh
penganut agama Hindu.
3) Kita pernah melihat atau mendengar agama lain selain agama Hindu.
4) Kita pernah melihat penganut agama lain menyembah berhala yang lain
selain penganut agama Hindu.
5) Kita yakin bahawasanya berhala penganut Hindu mempunyai persamaan
dengan berhala yang disembah oleh bukan penganut agama Hindu.
6) Kita yakin bahawa berhala dan penganut agama Hindu itu mempunyai
kelemahan.
Oleh sebab itu, kalimah `LA” dalam kalimah الَ إِلَهَ إاِلَّ لْال َ BUKAN bermaksud
MENAFIKAN tuhan selain Allah seperti berhala atau sebarang benda yang disembah
oleh orang kafir kerana ianya membawa makna, ada yang SETARA dengan Allah, ada
yang seumpama-Nya, ada BANDING bag Allah dan sebagainya yang membatalkan
makna esa.
Maksud sebenar kalimah `LA” ialah MENETAPKAN bahawa TIADA YANG
MENJADIKAN SEKALIAN ALAM MELAINKAN ALLAH. Makna sebenar bagi
kalimah itu adalah sama dengan ayat Allah yang berbunyi :
Al-Baqarah : 163
Yang maksudnya ialah “Tiada Tuhan melainkan Dia (yakni Allah).
Pag
e6
MUSTAHIL ALLAH MENAFIKAN ADA TUHAN SELAIN DIA, YANG
MENJADIKAN SEKALIAN ALAM atau MUSTAHIL ALLAH MENAFIKAN ada tuhan
yang SETARA dengan-Nya atau menafikan berhala yang disembah oleh orang
kafir. Amat-amat mustahil kerana, Allah Ta’ala Maha Mengetahui akan zat-Nya
MAHA SUCI DARIPADA BANDING. Iktikad PENAFIAN ITU SEBENARNYA
MELETAKKAN ALLAH SAMA TARAF DENGAN MAKHLUK dan sebahagiannya
tanpa sedar telah MENGHINA ALLAH. Maka amat-amat mustahil dan TIDAK
DITERIMA oleh orang YANG BERAKAL melainkan orang yang JAHIL lagi SYIRIK
kepada ALLAH.
Kenapa membawa maksud mungkin tanpa sedar atau “tanpa niat? Kita sama-
sama fahamkan contoh tambahan ini.
Katalah anda ditakdirkan bekerja sebagai penyelia dan penilai di Jabatan U
suatu negeri. Skop tugas anda ialah menyelia, menilai dan memberi cadangan
penambahbaikan kerja-kerja tukang kebun dan Ketua Jabatan U. Skop kerja Ketua
Jabatan U ialah mentadbir Jabatan U. Bilik rehat Ketua Jabatan U ialah sebuah bilik
berhawa dingin sesuai dengan pangkatnya.
Skop kerja tukang kebun pula ialah menyiram bunga di kawasan yang terdedah
dengan cahaya panas dan hujan, menanam bunga, mencambahkan bunga, membuang
bunga-bunga yang sudah tidak sesuai dan sebagainya. Tempat berehatnya ialah di
sebuah bilik khas yang sesuai.
Ditakdirkan semasa anda datang melaksanakan arahan, Ketua Jabatan U
melaksanakan cadangan mewajibkan semua pekerja memakai blazer atau kot
semasa menjalankan tugas, termasuklah tukang kebun yang terbaik dan paling
beradab bernama Tulus bin Ikhlas. Ketua Jabatan U bercadang demikian untuk
menjadikannya sebagai identiti jabatannya. Apakah agaknya jawapan tukang kebun
dan apakah agaknya laporan anda?
Pag
e7
Sebagaai tukang kebun, sudah pasti En. Tulus Ikhlas keberatan memakai blazer
kerana tidak sesuai. Dengan hati yang tulus dia pasti berkata, “ini satu cadangan yang
kurang bijak dan memalukan” kerana didalam fikirannya, blazer atau kot
melambangkan status pekerjaan. Justeru dia berasa TIDAK LAYAK untuk memakai
blazer semasa bekerja ditengah panas matahari. Anda sebagai penyelia, yang datang
memakai blazer sudah tentu menulis laporan, TIDAK SETUJU dengan arahan Ketua
Jabatan U. Tukang kebun perlu dikecualikan. Sekiranya Ketua Jabatan U meneruskan
cadangannya dengan apa jua alasan seperti “TIADA NIAT” menyinggung perasaan
orang atau “tanpa niat”, tetapi tukang kebun yang menurut fitrah tetap dapat
merasakan maksud tersirat yang kurang baik iaitu “kurang bijak dan memalukan”.
Itulah dalil akal yang menunjukkan bahawasanya, jika seseorang melafazkan
,dan "MENAFIKAN” tuhan selain Allah لْال atau berzikir dengan kalimah الَ إِلَهَ إاِلَّ لْال
sebenar-benarnya secara tanpa sedar atau “TANPA NIAT” TELAH MEMBATALKAN
MAKNA ESA kerana bercanggah dengan ayat Qul seperti di dalam surah al-Ikhlas. 5
Lihat semula maksud membatalkan makna esa dalam siapaALLAH.blogspot.com.
Jadi, apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh hadith :
“Sesiapa yang MENCERAIKAN antara nafi dan isbat, bahawasanya kafir.”
“Sesiapa yang TIADA MENCERAIKAN antara nafi dan isbat, bahawasanya kafir.”
Fahamkan semula maksud menceraikan dan tiada menceraikan seperti
kerangan ringkas berikut :
Hadith : makna tidak menceraikan Hadith : makna menceraikan
Mula-mula dinafikannya َإِلَه kemudian
diisbatkannya ه Sesungguhnya, penafian .لْال
seperti ini adalah menafikan هه kerana ,لْال
makna bagi إِلَهَه ialah هه هلْال dan menurut
hadith itu, hukumnya kafir. 6
Mula-mula dinafikannya “tuhan”
selain Allah seperti berhala,
kemudian diisbatkannya pula ه .لْال
Menurut hadith di atas, hukumnya
kafir..
5 Sesungguhnya setiap perkataan (lidah), perbuatan (anggota) dan iktikad (hati) mukallaf wajib
mengatakan bahawasanya Allah Ta’ala ESA 6 Justeru, menafikan َإِلَه adalah menafikan لْال.
Pag
e8
Keterangan seperti ini. Lihat dan fahamkan kalimah berikut :
“TIADA yang menerangi alam semesta (bumi) MELAINKAN matahari” 7
Adakah maksud ”TIADA” pada semua kalimah sebelum ini sama dengan
maksud ”TIADA” pada kalimah di atas? Orang yang menurut fitrah, pasti menjawab,
TIDAK. Kenapa? Kerana :
1. Kita tidak pernah melihat ada objek kedua yang setara dengan matahari.
2. Kita tidak pernah mendengar bahawa ada objek lain yang mungkin setara
dengan matahari.
3. Kita tidak menafikan bulan, bintang dan sebagainya yang menerangi
sebahagian alam.
4. Yakin dan tahkiq dalam hati bahawasanya hanya matahari yang menerangi
alam semesta.
5. Suci daripada syak, zon atau waham bahawa "tiada yang menerangi alam
semesta (bumi) melainkan matahari” kerana cahaya objek lain TIDAK layak
sama sekali dibandingkan dengan cahaya matahari.
6. Jika dinafikan juga objek lain, sesungguhnya orang yang menafikan itu
TIDAK MENGENAL MATAHARI.
7. Sesungguhnya kalimah "TIADA” itu BUKAN MENAFIKAN cahaya bintang
atau planet lain.
Justeru, kalimat “tiada yang menerangi alam semesta (bumi) melainkan
matahari” menunjukkan bahawa dengan sesungguhnya, kita tidak pernah melihat,
tidak pernah mendengar bahawa, ada matahari kedua, yang menerangi muka bumi
atau alam semesta. Kita tidak menafikan benda-benda lain yang menerangi rumah,
jalanraya dan sebagainya kerana, cahayanya TIDAK LAYAK sama sekali, untuk
dibandingkan dengan cahaya matahari. Lihat Jadual 3 berikut :
7 Cuba lihat dan fahamkan lain-lain hadith Nabi yang menerangkan kalimah NAFI & ISBAT ibarat MATAHARI.
Pag
e9
Lihat dan fahamkan kalimah itu dengan kalimah nafi isbat seperti pada Jadual 3 :
Jadual 3 : Fahamkan Maksud Dalil Akal
Bil TIADA yang menerangi muka bumi
MELAINKAN matahari
TIADA tuhan (yang menjadikan
sekalian alam ) MELAINKAN Allah
1 Tidak pernah ada objek kedua yang
setara dengan matahari.
Tidak pernah ada tuhan kedua yang
setara dengan Allah.
2
Tidak pernah didengar bahawa ada
objek lain yang mungkin setara
dengan matahari.
Tidak pernah di dengar bahawa ada
tuhan lain yang mungkin setara dengan
Allah.
3
Kita tidak menafikan bulan, bintang
dan sebagainya yang menerangi
sebahagian alam.
Kita tidak menafikan berhala atau apa
sahaja yang disembah oleh sebahagian
orang kafir.
4
Yakin dan tahkiq dalam hati
bahawasanya hanya matahari yang
menerangi alam semesta.
Yakin dan tahkiq dalam hati
bahawasanya hanya Allah yang
menjadikan alam semesta.
5
Suci daripada syak, zon atau
waham bahawa "tiada yang
menerangi alam semesta (bumi)
melainkan matahari” kerana cahaya
objek lain TIDAK layak sama sekali
dibandingkan dengan cahaya
matahari.
Suci daripada syak, zon atau waham
bahawa "tiada tuhan yang menjadikan
sekalian alam (bumi) melainkan Allah”
kerana kuasanya TIDAK layak sama
sekali dibandingkan dengan kekuasaan
Allah.
6
Jika dinafikan juga objek lain,
sesungguhnya orang yang menafikan
itu TIDAK MENGENAL MATAHARI.
Jika dinafikan juga berhala,
sesungguhnya orang yang menafikan itu
TIDAK MENGENAL ALLAH.
7 Sesungguhnya kalimah "tiada” itu
BUKAN MENAFIKAN BINTANG.
Sesungguhnya kalimah "La” itu BUKAN
MENAFIKAN BERHALA dsb.
Menafikan ”tuhan” selain Allah sebenar-benarnya telah mencampur-adukkan 3
hukum.8 Kenapakah dikatakan mencampur-adukkan 3 hukum?
8 Perkataan mentauhidkan Allah TIDAK boleh dicampuradukkan dengan perkataan yang membatalkan makna
esa. Tuntutan mengesakan Allah dengan menyebut الَ إِلَهَ إاِلَّ لْال sama dengan tuntutan memuji Allah dalam solat 5
waktu. Kita diperintahkan oleh Allah supaya memuji-Nya ketika solat. Dalam ertikata lain, semasa memuji Allah
dalam solat, JANGAN dicampuradukkan dengan pujian kepada Nabi Muhammad s.a.w. kerana membatalkan
Pag
e10
Yang mana hukum adat, akal dan syara’? Mencampur-adukkan 2 atau 3 jenis
hukum adalah ditegah. Hukum syara’, akal dan adat, sama sekali TIDAK bercampur
hingga hari kiamat. Dalil bahawasanya, ia ditegah dari segi syara’ ialah, hadith di atas.
Dari sudut hukum adat pula, mustahil, kerana “bercampur”. Lihat perumpamaan
berikut :
Tiga orang lelaki Malaysia (keturunan Arab, Cina dan India) di
tangkap kerana merompak di Arab Saudi. Mustahil perompak itu
menerima hukuman yang “bercampur” yakni dihukum menurut undang-
undang di 2 atau 3 buah negara. Mustahil pesalah itu dihukum menurut
undang-undang sivil seperti yang diamalkan oleh Malaysia. Mustahil
juga, perompak itu dihukum menurut undang-undang komunis di
Negara China. Mustahil juga, perompak itu dihukum menurut undang-
undang Negara India. Meskipun undang-undang semua negara itu
mempunyai persamaan, ia bukanlah makna “bercampur”.
Melaksanakan hukuman kepada pesalah tersebut, menurut undang-
undang Islam di Arab Saudi, bukannya menafikan undang-undang di
Malaysia, China ataupun India.
Itulah dalil akal yang menunjukkan bahawasanya sesiapa yang MENAFIKAN
tuhan selain Allah itu, sebenar-benarnya, membatalkan makna mengesakan kerana
bercanggah dengan maksud ayat Qul dalam surah al-Ikhlas.
Itulah dalil akal yang menunjukkan bahawasanya, jika seseorang
MELAFAZKAN KALIMAH الَ إِلَهَ إاِلَّ للل atau BERZIKIR dengan kalimah لْال dan
"MENAFIKAN” tuhan selain Allah atau menafikan berhala maka sebenar-benarnya
secara tidak sedar atau “tanpa niat” telah MEMBATALKAN MAKNA ESA yakni
BUKANLAH ORANG YANG MENTAUHIDKAN ALLAH kerana bercanggah dengan
ayat ke-163 surah al-Baqarah dan ayat Qul di dalam surah al-Ikhlas.
makna mengesakan dan mencacatkan salah satu daripada syarat sembahyang (iaitu segala yang HALAL diluar
solat adalah HARAM didalam solat kecuali bacaan solat dan membaca al-Qur’an).
Pag
e11
Diambil daripada itu, sesungguhnya iktikad "MENAFIKAN” tuhan selain Allah
atau berhala bertentangan dengan Qur’an dan hadith Nabi kerana tidak mempunyai
dalil akal yang mentahkiqkannya.
Iktikad "MENAFIKAN” itu sebenarnya membawa maksud seperti berikut :
1. Wujud tuhan yang lain, selain "Allah” yang dilafazkan.
2. Kita pernah melihat tuhan selain Allah yang disembah oleh penganut agama
Islam.
3. Kita pernah melihat atau mendengar agama lain selain agama Islam.
4. Kita pernah melihat penganut agama lain menyembah Allah selain
penganut agama Islam.
5. Kita yakin bahawasanya Allah mempunyai persamaan dengan "tuhan selain
Allah” yang disembah oleh bukan penganut Islam.
6. Kita yakin bahawa Allah dan penganut agama Islam mempunyai kelemahan.
7. Kita telah membandingkan Allah Ta’ala dengan makhluk.
Justeru, dengan penuh keyakinan dan tahkiq, bahawasanya, HANYA matahari
yang menerangi bumi (alam semesta). Itulah dalil akal yang menunjukkan
bahawasanya, KALIMAH “LA” BUKAN MENAFIKAN ”TUHAN” SELAIN ALLAH.
Kita tidak pernah mengetahui, tidak pernah melihat dan tidak pernah mendengar,
ada ”tuhan” selain Allah yang menjadikan alam semesta (muka bumi).9
Diambil daripada makna, Allah Ta’ala Maha Esa, maka yang WUJUD, yang
QIDAM, yang BAQO hingga yang MUTAKALLIMUN, itulah ALLAH. Justeru semua
maksud kalimah itu adalah serupa dengan maksud,
الَ إِلَهَ إاِلَّ لْال ََ iaitu “tiada tuhan melainkan Allah” Maksud
kalimah tauhid itu adalah sama dengan ayat dalam surah : Al-Baqarah : 163
yang bermaksud “Tiada Tuhan Melainkan Dia yakni Allah” هه ه ههه
9 Makna paling tepat bagi َإِلَه ialah yang menjadikan alam semesta..
Pag
e12
Mustahil Allah menafikan Diri-Nya Tuhan yang menjadikan sekalian alam. Itulah
dalilnya daripada Qur’an bahawasanya Allah MENEGAH kita menafikan selain Dia
ketika menyebut kalimah الَ إِلَهَ إاِلَّ لْال atau ketika BERZIKIR dengan kalimah لْال
Ayat itu bukannya menafikan makhluk atau perbuatan makhluk. Begitulah juga
dengan makna sifat 20, iaitu :
”tiada yang wajib WUJUD melainkan Allah”
”tiada yang “QIDAM” melainkan Allah”
”tiada yang KEKAL melainkan Allah” hingga
”tiada yang “MUTAKALLIMUN” melainkan Allah”
Semua kalimah ”LA” atau ”TIADA” pada ayat-ayat itu BUKAN BERMAKSUD
MENAFIKAN kewujudan makhluk, BUKAN BERMAKSUD MENAFIKAN kekalnya
makhluk dan sebagainya melainkan, MENETAPKAN bahawa TIADA YANG
MENJADIKAN SEKALIAN ALAM MELAINKAN ALLAH dan menurut perintah Allah
supaya MENTAUHIDKAN-NYA melalui ayat dalam surah al-Ikhlas ”Kata Olehmu
Allah Ta’ala ESA
serta menyatakan SUMPAH dan BERSAKSI SUDAH DIKENALNYA ALLAH
IAITU ZAT YANG MENJADIKAN DIRINYA.
Kita bersumpah dengan sesungguhnya dan dengan sepenuh keyakinan dan
tahkiq, bahawasanya
Allah Ta’ala ESA tiada yang seumpama-Nya.
هههههinkayهههليسهكمثلههشيء
Pag
e13
Maka sesungguhnya kalimah
الَ إِلَهَ إاِلَّ لْال
“Tiada Tuhan Melainkan Allah”
TIDAK SAMA SEKALI
MENAFIKAN ”TUHAN” YANG LAIN, SELAIN ALLAH
kerana membandingkan Allah dengan makhluk.
Maksud sebenarnya ialah
MENETAPKAN bahawa TIADA YANG MENJADIKAN SEKALIAN
ALAM MELAINKAN ALLAH.
Justeru, apabila dinafikan juga kewujudan makhluk, ketika menyebut ”tiada yang
wujud melainkan Allah”, atau menafikan makhluk ketika menyebut kalimah ”tiada
tuhan melainkan Allah” sesungguhnya, tanpa disedari, “tanpa niat” TELAH
MENGAKUI bahawasanya, wujud tuhan selain Allah yang mempunyai kuasa
menjadikan, daripada tiada kepada ada dan sebagainya sedangkan “tuhan” yang
disembah oleh orang kafir itu TIDAK LAYAK sama sekali dibandingkan dengan Allah.
Maka, iktikad yang ”menafikan makhluk” adalah iktikad orang yang syak, zon dan
waham, yakni terkeluar daripada iktikad sebenar.
Dalam erti kata lain, hanya orang yang SEMPURNA makrifatnya dan tanpa
syak, tanpa ragu-ragu dan tanpa was-was, bahawasanya, TIADA YANG
MENJADIKAN SEKALIAN ALAM MELAINKAN ALLAH,10 maka diucapkannya
kalimah tauhid, sama seperti yang dinyatakan Allah di dalam Qur’an.
الَ إِلَهَ إاِلَّ لْال ََ yang bermaksud
“Tiada Tuhan (yang menjadikan sekalian alam) melainkan 11.”لْال
Wallohua’lam.
10
Alam semesta TIDAK sama dengan sekalian alam. Alam semesta ialah alam yang zahir pada pancaindera
manusia sahaja. Maksud sekalian alam adalah lebih luas iaitu, meliputi alam ghaib. 11
Lihat maksud ayat Allah dalam surah al-Fatihah bahawa makna Tuhan ialah yang menjadikan sekalian alam.
“Segala puji bagi Allah iaitu Tuhan yang menjadikan sekalian alam” al-Fatihah : 2
Pag
e14
Soalan :
1. Apakah makna kalimah Allah?
2. Apakah makna kalimah Ilah atau إِلَهَهه ? Terangkan.
3. Apakah makna kalimah Tuhan?
4. Apa bezanya pengertian kalimah Tuhan dari kalimah Allah?
5. Sebutkan kalimah nafi dan isbat?
6. Apakah makna Tuhan yang disebutkan dalam al-Qur’an?
7. Apakah makna Allah yang disebutkan dalam al-Qur’an?
8. Berapakah maksud kalimah “LA”? Nyatakan.
9. Bolehkah kita menafikan makhluk ketika menyebut kalimah Tauhid?
Terangkan.
10. Sebutkan hadith yang berkaitan kalimah nafi dan isbat.
11. Apakah maksud sebenar kalimah nafi dan isbat?