huraikan sekurang-kurangnya tiga model kesantunan guru

11
Huraikan sekurang- kurangnya tiga model kesantunan guru Din Siaw Jzin Law Chii Chin Tay Hui Ting

Upload: ht-tay

Post on 14-Nov-2015

45 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

Huraikan sekurang-kurangnya tiga model kesantunan guru

Huraikan sekurang-kurangnya tiga model kesantunan guruDin Siaw JzinLaw Chii ChinTay Hui TingKONSEP KESANTUNANPerlakuan atau tingkahlaku yang mampu menjalinkan hubungan antara satu sama lain yang menjadikan sesuatu pergaulan itu berada dalam keadaan harmoni dan mesra. Melibatkan verbal dan nonverbal. Merujuk kepada tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat.Model Kesantunan Lakoff (1975)Model kesantunan bahasa.Lakoff menyarankan 3 prinsip sekiranya sesuatu perbualan ingin mengekalkan keharmonian dalam perbualan tersebut.1. Jangan memaksaMengekalkan kesantunan formal bagi mengekalkan jarak pendengar dengan penutur.Ini bermakna kedua-dua pihak, tidak boleh memaksa salah seorang daripada mereka untuk terus berkomunikasi.Situasi sebegini akan memberikan keselesaan.Sebagai contohnya ketika berada di dalam sesebuah kelas, guru tidak seharusnya memaksa murid untuk terus mendengar sahaja apa yang hendak diperkatakan.Sebaliknya guru harus juga bersikap terbuka untuk mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh murid mereka.2. Berikan pilihanMerupakan prinsip dalam situasi tidak formal.Memberi peluang kepada pendengar membuat pilihan menerima atau menolak sesuatu permintaan, berfikir dan bertindak balas terhadap permintaan yang bersesuaian dengan kehendaknya.Dalam sebuah kelas, guru harus memberikan pilihan kepada murid untuk berkomunikasi demi pembelajaran mereka.Contoh: Guru boleh berkomunikasi dengan murid, murid dapat bertindak dan memberi respon terhadap apa yang diperbincangkan. Murid juga boleh berinteraksi sesama mereka demi mendapatkan hasil pembelajaran yang maksimum.3. Jadilah pendengar selesaAkan merapatkan hubungan yang baik antara penutur dengan pendengar.Ini akan menonjolkan perasaan positif penutur-pendengar dan digunakan dalam kalangan mereka yang ingin menjalinkan hubungan yang lebih rapat.Kesimpulan Model ini hanya tertumpu kepada kepentingan pendengar dan bersifat egosentrik.Penutur akan melakukan apa sahaja demi kepuasan pendengar.Mengutamakan kepentingan pendengar, tidak dapat dipertahankan dalam semua peristiwa bahasa yang mempunyai matlamat yang berbeza.