husin - ir.unimas.my komputer...digunakan untuk mengumpul maklumat tentang tahap penggunaan komputer...
TRANSCRIPT
PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN:
SATU TINJAUAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH ROMPIN, PAHANG DARUL MAKMUR
Oleh
MOHD HUSIN BIN AE3D RAKMAN
Tesis ini dikemu kakan Bagi memenuhi sebahagian daripada syarat untuk penganugerahan
Ijazah sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia)
FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Julai 1998
PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa kertas tesis ini yang bertajuk
"Penggunaan Komputer Dalam Pengurusan Pendidikan: Satu Tinjauan Di
Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Rompin, Pahang Darul Makmur"
adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya
telah saya jelaskan sumbernya.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap penggunaan komputer, sikap terhadap penggunaan komputer dalam pengurusan sekolah, perbezaan tahap penggunaan komputer dalam pengurusan sekolah berdasarkan demografi (jawatan, jantina dan umur), hubungan di antara tahap penggunaan komputer dengan sikap terhadap komputer dalam pengurusan sekolah, hubungan di antara tahap penggunaan komputer dalam pengurusan sekolah dengan penyertaan kursus atau latihan komputer dan hubungan tahap penggunaan komputer dalam pengurusan sekolah dengan masalah yang dihadapi semasa menggunakan komputer di kalangan pentadbir sekolah menengah di daerah Rompin. Seramai 66 responden yang terdiri daripada pengetua, guru penolong kanan, guru penolong kanan ha1 ehwal murid, penyelia petang dan guru kanan bidang telah menjadi sampel kajian ini. Borang soalselidik telah digunakan untuk mengumpul maklumat tentang tahap penggunaan komputer dalam pengurusan sekolah, sikap terhadap penggunaan komputer dalam pengurusan sekolah, faktor-faktor yang mendorong penyertaan kursus atau latihan komputer dan masalah- masalah yang dihadapi semasa menggunakan komputer dalam pengurusan sekolah. Keputusan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan komputer di kalangan pentadbir adalah tinggi. Pentadbir mempunyai sikap positif terhadap penggunaan komputer dalam pengurusan. Tidak dapat perbezaan tahap penggunaan komputer dalam pengurusan berdasarkan jawatan, jantina dan umur. Kajian ini juga mendapati tidak terdapat hubungan di antara tahap penggunaan komputer dalam pengurusan dengan si kap responden terhadap penggunaan komputer, dengan penyertaan kursus atau latihan komputer, dan masalah-masalah yang dihadapi semasa menggunakan komputer dalam pengurusan. Akhir sekali beberapa cadangan-cadangan telah dikemukakan untuk mempertingkatkan lagi penggunaan komputer dalam pengurusan di kalangan pentadbir, seperti mengadakan kursus-kursus komputer yang selaras dengan perkembangan perisian komputer dan menambahkan bilangan komputer bersesuaian dengan nisbah pentadbir di sekolah.
... 111
ABSTRACT
The aim of this study was to determine the level of computer usage, attitude towards the use of computer in school management, the d~flerence in level of computer usage in school management based on demographic factors (position, gender and age), the relationship between computer usage in management and attitude towards computer usage in school management, the relationship between computer usage in management and attendance at computer courses or training sessions and the relationship between the level of computer usage and the problem faced while using computer among school administrator in Rompin district. A total of 66 respondents made up of school principals, senior assistants, senior assistants of student aflairs and senior heads of department took part in this study. A questionnaire was used to collect data on the level of conzputer usage in school management, attitude towards the use of computer in school management, participation in computer course or training sessions and pro blenzs faced when using computer. The finding of this study indicated that the level of computer usage among administrators is high. The administrators have positive attitude towarb computer usage. There is no signzficant dlflerence in computer usage in management based on position, gender and age. There is no signzficant correlation between the levels of conzputer usage in school management and the attitude towards computer usage, particpation in computer course or training sessions and the problems faced when using computer in management. Finally, some suggestions have was put forward to encourage the use of computers among the administrators, such as conducting computer courses which are relevant to the present development in application software and to increase the number of computers in proportion to the number of administrators in school.
BIODATA PENULIS
Mohd Husin Bin Abd Rahman dilahirkan pada 2 Mac, 1955 di Kampung Dusun
Nyior, Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan awal di
SekoIah Kebangsaan Kelian Intan, Perak; dan berpindah ke Sekolah Kebangsaan
Ujong Pasir, Melaka. Beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Sekoolah Menengah
Gajah Berang, Melaka; dan di Sekolah Menengah Vokasional Alor Gajah, Melaka.
Beliau telah masuk ke Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur selama tiga tahun
dan mendapat Sijil Perguruan Teknik dalam pengkhususan Binaan Bangunan pada
tahun 2977.
Selepas n~enamatkan latihan beliau telah berkhidmat di Sekolah Menengah
Vokasionat Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Pada tah~in 1982 beiiau telah memohon
pertukaran ke Sekolah MenengahVokasional Alor Gajah, Melaka. Pada bulan Januari
1990, beliau telah di hantar ke United Kingdom, (Upgrade Skill) anjuran Bank Dunia.
Beliau telah melanjutkan pengajiannya ke Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,
johor selama 3 tahun dan memperolehi ljazah Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kepujian) dalam bidang Kejuruteraan Awam tahun 1993. Setelah itu
beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang. Pada tahun
1997 beliau telah menerima tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang Sarjana
Sains Pembangunan Sumber Manusia di Universiti Malaysia Sarawak.
DEDIKASI
..................... Diabadikan buat insan-insanku yang tersayang..
Untuk isteriku Noraini yang tercinta Kejayaanku adaIah atas dorongan dari mu
Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama Setelah mengharungi pelbagai cabaran
Di samping segala macam pengorbanan.. . . . . . . . . . . . . . . .
Buat arwah ayahanda dan bonda ku, Yang terlalu banyak berkorban
Yang telah menjadikan akan sebagai 'manusia' Tiada lapaz yang layak ku ungkapkan
Semoga dicucuri rahmat ke atas roh-roh mereka
Untuk anak-anakku yang dikasihi.. ......... Siti Hasmah Rothiah, Siti Norasyikin, Mohamad Hamizan dan Muhammad Lkhmal
Kalian terlalu tabah mengharungi hidup Doaku, semoga kalian menjadi manusia cemerlang
Mencapai kejayaan gemilang . . . . . . . . . . . . . . . Menjadi insan yang solih dan solihah..
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala pujian-pujian yang tidak terhingga bagi Allah SWT. Kerana dengan izinNya telah memberikan saya kekuatan dan ketabahan dalam menyempurnakan projek bagi memenuhi syarat penanugerahan Ijazah Sarjana Sains Pernbangunan Sumber Manusia dengan jayanya. Walau bagaimanapun kejayaan ini tidak mungkin dicapai tanpa tunjuk ajar, bantuan, kerjasama, sokongan, galakan dan pengorbanan beberapa orang tertentu di sekeliling saya. Maka kesempatan h i , saya ingin menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada institusi atau orang perseorangan yang telah bersama-sama membantu saya mencapai kejayaan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ingin saya rakamkan kepada penyelia saya En. Hong Kian Sam, pensyarah Fakulti Sains Kongnitif dan Pembangunan Sumber Manusia, yang telah banyak memberi bimbingan dan panduan di sepanjang kajian ini. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah yang terlibat dalam program pasca siswazaah IAB/UNIMAS 1997/98: Dr. Hj Abang Ahmad Ridzuan Bin Abang Awit, Profesor Madya Dr. Peter Songan, Dr. Wan Mohd Fauzy, Dr. Hazman Shah Bin Abdullah, Dr. Farid Meziane, Dr. Bahktiar Mansor, Dr. Maheswary Kandasamy, Dr. Muhamad Awang, En, Mahinder Singh, En. Sharaf Al- Horani dan Pn. Jenniffer Songan sebagai tenaga pengajar dan penyumbang ilmu dalam kursus ini. Sekalung penghargaan juga kepada Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, Pengarah Institut Aminuddin Baki dan Profesor Dr. Razali &of, Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Sumber Manusia atas kesempatan yang diberikan untuk saya mengikuti program ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada pihak-pihak seperti, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Pejabat Pendidikan Daerah Rompin dan tidak ketinggalan kepada semua pentadbir sekolah menengah daerah Rompin yang telah membantu menj ayakan projek ini. Juga tidak ketingalan kepada staf Fakulti Sains Kognitif, IAB dan rakan seperjuangan Kohort 3 1997/98 yang telah memberikan bantuan dan kerjasama mereka.
Akhir sekali ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat isteri tercinta Noraini Bte Md Lajis yang telah sama-sama jatuh dan bangun dalam menjayakan projek hi , buat kakak dan juga adik-adik yang sangat memahami. Teristimewa buat anak-anak yang amat dikasihi Siti Hasmah Rothiah, Siti Nor'asyikin, Mohamad Hamizan dan Muhammad Ikhmal yang masing-masing pandai membawa diri, semoga semuanya mengikut jejak papa. Kepada semua yang terlibat semoga segala jasa kalian diberi ganjaran kebaikan. Amin.
vii
JADUAL KANDUNGAN
Pengakuan
Abstrak
Biodata
Dedikasi
Penghargaan
Jadual Kandungan
Senarai Jadual
Senarai Rajah
Senarai Singkatan
BAB I : PENDARULUAN
1.0 Pengenalan
1.1 Latar Belakang Kajian
1.2 Permasalahan Kaj ian
1.3 Objektif Kajian
1.4 Hipotesis No1 Kajian
1.5 Definisi Pengoperasian
1.6 Limitasi Kajian
Halaman
. - 11
... I11
v
vi
vi i
... Vl l l
. . . Xll l
xv
xvi
BAB II TINJAUAN KAJIAN
2.0 Pengenalan
Halaman
13
2.1 Penggunaan Komputer Dalam Pengurusan Sekolah 13
2.2 Sikap Pentadbir Terhadap Komputer 21
2.3 Penyertaan Kursus atau Latihan Komputer 25
2.4
2.5 Kerangka Model Kajian
2.6 Kesimpulan
Masalah Penggunaan Komputer Dalam Pengumsan
BAB lolI METODOLOGI KAJlAN
3 .O Pengenalan
3.1 Rekabentuk Kajian
3.2 Sampel Kajian
3.3 Instrumen Kajian
3.4 Kajian Rintis
3.5 Prosedur Kajian
3.6 Analisis Data
BAB IV DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
4.0 Pengenalan
4.1 Demografi Responden
26
28
30
31
31
32
33
36
37
37
40
40
ix
4.1.1 Taburan Responden Mengikut Jawatan, Jantina Dan Umur
4.1.2 Bilangan Komputer Di Sekolah
4.2 Penggunaan Komputer Dalam Pengumsan
4.2.1 Tahap Penggunaan Komputer Dalam Pengumsan
4.2.2 Sikap Responden Terhaadap Pen&, rounaan Komputer Dalam Pengumsan Sekolah
4.2.3 Penyertaan Kursus Komputer
4.2.3.1 Bilangan Responden Yang Menggunakan Komputer Di Rumah
4.2.3.2 Bilangan Responden Yang Mempunyai Komputer Peribadi
4.2.3.3 Bilangan Responden Yang Pernah Mengikuti Kursus Komputer
4.2.3.4 Penganjur Kursus Komputer
4.2.3.5 Tahap Kebolehan Responden Menggunakan Komputer Setepas Menyertai Kursus atau Latihan
4.2.3.6 Minat Menyertai Kursus Komputer
4.2.3.7 Faktor-Faktor Responden Berminat Untuk Berkursus
4.2.4 Masalah Penggunaan Komputer Di Sekolah 57
4.2.5 Cadangan perlaksanaan penggunaan Komputer Dalam Pengumsan 5 8
4.3 Ujian Hipotesis Nol
4.3.1 Hipotesis No1 Pertama
4.3.2 Hipotesis No1 Kedua 6 0
4.3.3 Hypothesis No1 Ketiga
4.3.4 Hypothesis No1 Keempat
4.3.5 Hipotesis No1 Kelima 63
4.3.6 Hipotesis No1 Keenam 64
4.4 Perbincangan Hasil Kajian 64
4.4.1 Tahap Penggunaan Komputer 6 5
4.4.2 Sikap Responden Terhadap Pengggunaan Dalam Pengumsan Sekolah 6 5
4.4.3 Penyertaan Dalam Kursus atau Latihan Komputer 66
4.4.4 Masalah Penggunaan Komputer Di Sekolah 6 8
4.4.5 Ringksan Keputusan Pengujian Hipotesis 69
4.4.5.1 Hipotisis No1 Pertama
4.4.5.2 Hipotesis No1 Kedua
4.4.5.3 Hipotesis No1 Ketiga
4.4.5.4 Hipotesis No1 Keempat
4.4.5.5 Hipotesis No1 Kelima
4.4.5.6 Hipotesis No1 Keenam 74
4.4.6 Kesimpulan
BAB V KESMPULAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan
5.1 Kesirnpulan
5.2 Implikasi Kepada Pendidikan
5.3 Cadangan Kajian Masa Depan
5.4 Penutup
Waiaman
7 5
B Surat kebenaran Bahagia Perancanggan dan Penyefidikan 99 Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia
C Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Pahang 100
xii
SENARAI JADUAL
Jadual 1
Jadual2
Jadual3
Jadual4
Jadual5
Jadual6
Jadual7
Jadual8
Jaduai 9
Jadual 10
Jadual 11
Jadual 12
Jadual 13
Jadual 14
Jadual 15
Taburan Sampel Kajian
Bahagian-Bahagian Dalam Soal Selidik
Pembahagian Dimensi Sikap dan Nombor Item
Penentuan Pekali Korelasi
Penentuan Min Bagi Tahap Penggunaan Komputer dan Faktor- Faktor Responden Berminat Untuk Menyertai Kursus atau Latihan Komputer
Penentuan Min Bagi Sikap Terhdap Penggunaan Komputer
Taburan Responden Mengikut Demografi
Jumlah Komputer yang Disediakan Mencukupi untuk Pengurusan
Jumlah Komputer yang dianggarkan Mencukupi untuk Tujuan Pengurusan di Sekolah
Bilangan Responden Penggunaan Komputer Bagi Tujuan Pengurusan
Min Skor Keseluruhan bagi Tahap Penggunaan Komputer dalam Pengurusan Sekolah
Min Skor Tahap Penggunaan Komputer dalam Bidang Pengurusan Kurikulum
Min Skor Tahap Penggunaan Komputer dalam Bidang Pengurusan Pelajar
Min Skor Dimensi Sikap Secara Keseluruhan
Min Skor, Mengikut Dimensi Sikap dan Jawatan
Halaman
xiii
32
33
36
38
39
39
41
42
43
44
45
46
47
49
50
Halaman
JaduaI 16 Taburan Bilangan Responden Mempunyai Komputer Peribadi Dan Menggunakan Komputer di Rumah
Jadual 17 Taburan Penyertaan Kursus Mengi kut Jawatan
Jadual 18 Taburan Penganjur-Penganjur Kursus Komputer
Jadual 19 Taburan Tahap Kebolehan Responden Menggunakan Komputer Mengikut Jawatan SeIepas Menghadiri Kursus atau Latihan
Jadual20 Taburan Minat Responden Menyertai Kursus atau Latihan Kon~puter
Jadual21 Min Skor Faktor-Faktor Responden Berminat Untuk Berkurstrs
Jadual22 Taburan Masalah Pellggunaan Komputer Di Peringkat Sekolah
Jadula 23 Cadangan Perlaksanaan Pengmnaat~ Komputer dalam Pelldidikan
Jadual24 Keputusan Ujian Anlisis Varians (ANOVA) Sehala bagi Perbezaan Tahap Penggunaan Komputer dalam Pengurusan Uerdasarkan Jawatan
Jadua125 Keputusan Analisis Ujian-t bagi Perbezaan Tahap Penggunaan Komputer dalam Pengurusar-1 berdasarkan Jantina
Jadual26 Jadual Anlisis Varians (ANOVA) Sehala bagi Perbezaan Penggunaan Komputer berdasarkan Umur
Jadual27 Keputusan Ujian Korelasi di antara Sikap, Penyertaan Kursus Komputer dan Masalah-Masalah yang Dihadapi Semasa Menggunakan Komputer dengan Tahap Penggunaan Komputer dalam Pengurusan di Kalangan Pentadbir Sekolah Menengah di Daerah Rompin
Rajah 1
SENARAI RAJAH
Kerangka Model Kajian
SENARAI SLNGKATAN
GKP I
GPK HEM
GK Bidang
IJNmfAS
S S
dk
MS
N
SP
M
Guru Penolong Kanan I
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Guru Kanan Bidang
Universiti Malaysia Sarawak
'Sum of Squares"I3asil Tambah Kuasa Dua )
Darjah Kebebasan
'Mean Squares' (Min Kuasa Dua)
Bilangan Responden
Sisihan Piawai
Min
xvi
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Perkembangan pesat dalam era komunikasi dan teknologi komputer telah membawa
cabaran dan inovasi kepada dunia pendidikan. Walau bagaimanapun kecanggihan
komputer sahaja tidak dapat menjamin kejayaan pendidikan dalam alaf baru.
Penggunaan komputer dalam pendidikan mencakupi pelbagai bidang seperti proses
pembelajaran dan pengajaran serta pengurusan pendidikan.
Penggunaan komputer dalam pengurusan telah dikenalpasti oleh ramai pengkaji
sebagai kayu ukur kejayaan sesebuah organisasi (Bob Nui, 1993). Penggunaan
komputer dalam pengurusan semakin penting dan telah menjadi satu keperluan
kepada institusi. Institusi pendidikan juga tidak ketinggalan dalam
memperkembangkan penggunaan komputer untuk meningkatkan keupayaan
pengurusan.
2
Dalam usaha untuk meningkatan lagi keberkesanan dan kecekapan pengurusan di
kalangan pentadbir-pentadbir sekolah, terutama di sekolah menengah, isu-isu yang
sering diperkatakan ialah penggunaan komputer dalam pengurusan sekolah.
Menurut Abdul Karim Mohd Nor (1989) serta Hansen, Klassen dan Lindsay (!978),
kecekapan pengurusan sekolah dapat dilihat dari segi perancangan aktiviti-aktiviti
sekolah yang teratur sepanjang tahun, pengagihan tugas guru mengikut kepakaran,
penyusunan jadual waktu yang mantap dan pengagihan peruntukan kewangan
mengikut keutamaan, menyediakan data pelajar, menyediakan iventori peralatan,
menyediakan data staf dan juga kerja-kerja perkeranian.
Bagaimanapun memandangkan bilangan kakitangan, peralatan dan kurikulum yang
semakin bertambah, perlaksanaan aktiviti-aktiviti di atas kian bertambah rumit (Wan
Mohd Zahid Mohd Nordin, 1993). Oleh itu Wan Mohd Zahid Mohd Nordin telah
mencadangkan supaya sekolah menggunakan komputer sebagai instrumen
pengendalian pengurusan.
Chong (1993) dan Crawford (1989, menyenaraikan beberapa masalah yang dihadapi
di sekolah yang dapat diatasi dengan pengkomputeran proses pengurusan.
0 Laporan tidak dapat dihasilkan pada bila-bila masa apabila
dikehendaki oleh pengguna.
Apabila memproses maklumat merupakan tugas yang kerap dilakukan.
3
Proses mengemaskinikan maklumat memakan masa yang panjang
untuk dilaksanakan.
0 Banyak data perlu diproses.
Ruang penyimpanan fizikal yang besar diperlukan untuk fail atau
dokumen berkaitan.
Memproses maklumat perlu dilakukan dengan pantas
Tidak sesuai melakukan sesuatu tugas secara manual
0
0
Penggunaan komputer, akan menjimatkan masa pentadbir dan membolehkan
pentadbir untuk melakukan aktiviti-aktiviti penyeliaan dan merancang proses
pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti lain. Spuck dan Atkinson (1 983)
merumuskan bahawa penjimatan masa yang terhasil dari penggunaan komputer
dalam pengurusan sekolah membolehkan pentadbir sekolah memberi tumpuan kepada
aktiviti peningkatan kual iti pengaj aran.
Guru selain dari tugas mengajar, dikehendaki melakukan tugas pengurusan dan
perkeranian, seperti mengutip yuran persekolah pelajar, menaip minit mesyuarat dan
merancang aktiviti ko-kurukulum (Abdullah Mohd Nor, 1995). Menurut beliau lagi
masa yang digunakan untuk menyediakan tugas pengurusan dan perkeranian tersebut
jika dapat dijimatkan, guru boleh menafaatkan masa tersebut untuk melakukan
aktiviti penyediaan pembelajaran dan menyediakan lebih banyak alat bantu mengajar.
Pelajar juga dapat menghubungi guru untuk membincangkan masalah pembelajaran
dengan lebih mudah.
4
1.1 Latar Belakang Kajian
Penggunaan komputer dalam pengumsan di Kementerian Pendidikan Malaysia telah
bermula sejak tahun 1967. Lembaga Peperiksaan mula mempelopori penggunaan
kerangka utama (main frame) dalam pengumsan peperiksaaan bermula dengan
peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Lower Certificate of Education (LCE)
yang berbentuk objektif Tugas untuk memproses bilangan kertas jawapan yang
banyak menjadi lebih cepat dengan menggunakan perisian komputer (Zahri Aziz,
1992).
Bahagian lain di Kementerian Pendidikan berkongsi menggunakan komputer di
Lembaga Peperiksaan. Penggunaan komputer telah diperluaskan melalui pembukaan
Bahagian Perkhidmatan Komputer (BPK) di Kementerian Pendidikan Malaysia pada
tahun 1982. Bahagian ini bertanggungjawab membantu bahagian-bahagian lain di
Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah di
Semenanjung atau Pejabat Pendidikan Bahagian (PPB) di Sabah dan Sarawak (Zahri
Aziz, 1992)
Sekolah merupakan unit pengurusan yang terakhir dalam struktur hiraki pengurusan
pendidikan di Malaysia. Penggunaan komputer dalam pengurusan sekolah merupakan
isi-isu yang sering diperkatakan dalam usaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan
dan kecekapan pengumsan sekolah di kalangan pentadbir sekolah terutama di sekolah
menengah (Mustafa Sidi, 1995).
5
Di peringkat sekolah menengah, pengetua merupakan ketua pentadbir utama. Guru
penolong kanan 1, guru penolong kanan (HEM), penyelia petang dan guru kanan
bidang adalah pentadbir (Alkin, 1992). Semua pentadbir yang disebutkan di atas
merupakan gabungan individu yang mentadbir sekolah mengikut bidang tugas
masing-masing. Maka golongan inilah yang sepatutnya menggunakan komputer
dalam segala bidang pengurusan di sekolah.
Mengikut Spuck dan Atkinson (1 983) mikrokomputer bila digunakan dengan
berkesan dalam pengurusan sekolah akan menj imatkan masa, terutamanya dalam
melaksanakan tugas rutin di sekolah. Namun begitu, apabila pihak sekolah yang
bercadang menggunakan komputer dalam pengurusan sekolah lazimnya akan
menghadapi dengan berbagai masalah dan isi-isu ( Spuck & Atkinson, 1983).
Penelitian kajian-kaj ian yang dijalankan di Malaysia mendapati ketidak seragaman
dapatan mengenai tahap penggunaan komputer di kalangan pentadbir. Kajian Mustafa
Sidi (1995) mendapati bahawa penggunaan komputer dalam pengurusan berada pada
tahap sederhana. Bagaimanapun Mohamed Rashid Ravi (1 987) mendapati
penggunaan komputer dalam pengurusan masih pada tahap yang rendah.
1.2 Permasalahan Kajian
Berdasarkan kecanggihan komputer masa kini, maka komputer telah banyak
mengambilalih tugas organisasi yang dahulunya dilaksanakan oleh ratusan staf
perkeranian (Bates & Burgess, 1986). Menurut Spuck dan Atkinson (1983)
penggunaan komputer dalam pengurusan sekolah dapat menjimatkan masa. Pengkaji
ingin mengenal pasti sejauh mana penggunaan komputer telah dipraktiskan dalam
pengurusan sekolah di kalangan pentadbir sekolah daerah Rompin.
Peningkatan menyelesaikan tugas seperti penyediaan laporan, memo dan juga
mengekal serta mengemaskini data statistik untuk keperluan daerah, tempatan, negeri
atau peringkat persekutuan menyebabkan pentadbir sekolah mula menggunakan
komputer dalam tugas-tugas pengurusan Nohamed Rashid Ravi, 1987).
Menurut Rohana Abd Rahman (1995) masalah utama yang dihadapi oleh sekolah
dalam penggunaan komputer untuk pengurusan ialah bilangan komputer tidak
mencukupi, tiada pengetahuan komputer di kalangan pentadbir sekolah clan sukar
dapat maklumat dan bantuan daripada unit-unit lain berkaitan perisian komputer.
Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana tahap penggunaan
komputer di kalangan pentadbir, sikap pentadbir terhadap penggunaan komputer
dalam pengurusan, perbezaan penggunaan komputer di kalangan pentadbir dalam
pengurusan di sekolah berdasarkan jawatan, umur dan jantina, mengenalpasti
hubungan di antara tahap penggunaan komputer dengan sikap terhadap komputer,
hubungan di antara penyertaan kursus atau latihan komputer dengan tahap
penggunaan komputer dan hubungan tahap penggunaan komputer dengan masalah-
masalah yang dihadapi oleh pentadbir sekolah menengah di daerah Rompin, Pahang.
7
1.3 Ojektif Kajian
Objektif kajian adalah untuk:
1.3.1 Mengenalpasti tahap pengggunaan komputer di kalangan pentadbir
sekolah menengah di daerah Rompin.
1.3 .2 Mengenalpasti sikap penggunaan komputer di kalangan pentadbir
sekolah menengah di daerah Rompin, Pahang.
1.3.3 Melihat perbezaan tahap penggunaan komputer dalam pengurusan di
sekolah berdasarkan jawatan, jantina dan umur pentadbir sekolah
menengah di daerah Rompin.
1.3 .4 Mengenalpasti hubungan di antara tahap penggunaan komputer
dengan sikap terhadap komputer bagi pentadbir sekolah menengah di
daerah Rompin.
Mengenai pasti hubungan di antara penyertaan kursus atau latihan
dengan tahap penggunaan komputer di kalangan pentadbir sekolah
menengah di daerah Rompin.
1.3 .6 Menentukan hubungan di antara tahap penggunaan komputer dengan
masalah-masalah yang dihadapi semasa mengggunakan komputer di
kalangan pentadbir sekolah menengah di daerah Rompin.
1.3 .7 Mendapatkan cadangan responden terhadap penggunaan komputer
dalam pengurusan.
1.3.5
1.4 Hipotesis No1 Kajian
Hipotesis no1 kajian dibentuk bagi objektif-objektif kajian 1.4.3, 1.4.4, 1.4.5
dan 1.4.6.
1.4.1 Tidak terdapat perbezaan tahap pengunaan komputer dalam
pengurusan berdasarkan jawatan pentadbir sekolah menengah di
daerah Rompin.
1.4.2 Tidak terdapat perbezaan tahap penggunaan komputer dalam
pengurusan berdasarkan jantina pentadbir sekolah menengah di daerah
Rompin.
1.4.3 Tidak terdapat perbezaan tahap penggunaan komputer dalam
pengurusan berdasarkan umur pentadbir sekolah di daerah Rompin,
Pahang.
1.4.4 Tidak terdapat hubungan linear yang signifikan di antara tahap
penggunaan komputer dalam pengurusan dengan sikap terhadap
komputer di kalangan pentadbir sekolah menengah di daerah Rompin.
1.4.5 Tidak terdapat hubungan linear yang signifikin di antara tahap
penggunaan komputer dalam pengurusan dengan penyertaan kursus
atau latihan komputer di kalangan pentadbir sekolah menengah di
daerah Rompin.
1.4.6 Tidak terdapat hubungan linear yang signifikan di antara tahap
penggunaan komputer dalam pengurusan dengan masalah yang