i persepsi pelajar tingkatan empat terhadap tahap ... · jemaah nazir sekolah (1999) menyatakan...

19
i PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PENGAJARAN GURU SAINS DI DAERAH PASIR MAS NORLIZA BINTI AB LATIF Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Mac 2006

Upload: others

Post on 15-Sep-2019

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: i PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP TAHAP ... · Jemaah Nazir Sekolah (1999) menyatakan bahawa guru masih cenderung mendominasi pengajaran malah penerangan lisan dan kurang

i

PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP TAHAP

KEBERKESANAN PENGAJARAN GURU SAINS DI DAERAH PASIR MAS

NORLIZA BINTI AB LATIF

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mac 2006

Page 2: i PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP TAHAP ... · Jemaah Nazir Sekolah (1999) menyatakan bahawa guru masih cenderung mendominasi pengajaran malah penerangan lisan dan kurang

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PENGAJARAN GURU SAINS DI DAERAH PASIR MAS

SESI PENGAJIAN: SEMESTER II SESI 2005/2006

Saya NORLIZA BT AB LATIF (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: LOT 899, KAMPUNG BAYU LALANG, PM DR SETH B SULAIMAN 17000 PAIR MAS Nama penyelia KELANTAN DARUL NAIM Tarikh: 17. APRIL. 2006 Tarikh: 17. APRIL.2006

Page 3: i PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP TAHAP ... · Jemaah Nazir Sekolah (1999) menyatakan bahawa guru masih cenderung mendominasi pengajaran malah penerangan lisan dan kurang

ii

PENGAKUAN

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : _______________________

Nama Penulis : NORLIZA BT AB LATIF .

Tarikh : ________________________ .

Page 4: i PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP TAHAP ... · Jemaah Nazir Sekolah (1999) menyatakan bahawa guru masih cenderung mendominasi pengajaran malah penerangan lisan dan kurang

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Sains)”

Tandatangan : ______________________

Nama Penyelia : PM DR SETH BIN SULAIMAN

Tarikh : ______________________

Page 5: i PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP TAHAP ... · Jemaah Nazir Sekolah (1999) menyatakan bahawa guru masih cenderung mendominasi pengajaran malah penerangan lisan dan kurang

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya

dapat juga saya menyiapkan penulisan ini dengan jayanya. Di kesempatan ini, saya

merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara

langsung atau tidak dalam menyiapkan projek ini termasuk yang telah memberi dorongan

dan sokongan kepada saya untuk menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing saya iaitu PM Dr.

Seth bin Sulaiaman dalam memberikan tunjuk ajar, nasihat, menyemak, menyumbang

idea dan teguran sepanjang tempoh menyiapkan projek ini

Jutaan terima kasih juga kepada:

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Meranti, Pasir Mas.

Pengetua Sekolah Menengah kebangsaan Sultan Ibrahim Satu, Pasir Mas.

Dengan kerjasama semua pihaklah, maka projek ini dapat berjalan dengan

lancar dan sempurna. Semoga Allah S.W.T membalas segala jasa baik kalian…Amin.

Page 6: i PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP TAHAP ... · Jemaah Nazir Sekolah (1999) menyatakan bahawa guru masih cenderung mendominasi pengajaran malah penerangan lisan dan kurang

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan persepsi pelajar tingkatan empat

terhadap tahap keberkesanan pengajaran guru sains di sekolah menengah di daerah Pasir

Mas, Kelantan. Dalam kajian ini, lima subskala dibentuk bagi mengukur keberkesanan

pengajaran guru sains iaitu cara perlaksanaan pengajaran guru, sikap guru dalam

pengajaran, amalan pedagogi yang digunakan oleh guru, cara penilaian guru dan

komitmen guru dalam pengajaran sains. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set

soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A merangkumi biodata

responden, manakala Bahagian B pula mengandungi 41 item yang berkaitan dengan

keberkesanan pengajaran guru sains. Seramai 90 orang pelajar tingkatan empat yang

terdiri daripada dua buah sekolah menengah didaerah Pasir Mas telah dipilih secara

rawak kelompok sebagai subjek kajian. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan

berbantukan computer menggunakan perisian Statistical Package for Social Science

(SPSS) versi 10.0. Secara keseluruhannya, keputusan kajian menunjukkan keberkesanan

pengajaran guru sains berada pada tahap amat berkesan. Namun demikian, kajian

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi pelajar lelaki

dengan pelajar perempuan terhadap keberkesanan pengajaran guru dalam kelima-lima

aspek yang dikaji.

Page 7: i PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP TAHAP ... · Jemaah Nazir Sekolah (1999) menyatakan bahawa guru masih cenderung mendominasi pengajaran malah penerangan lisan dan kurang

vi

ABSTRACT

This research is aimed at determining the perceptions of form four students on

the effectiveness of teaching by science teachers in two schools at Pasir Mas. In this

research, five dimensions of teaching process were selected as measures of the

effectiveness of teaching process. The dimensions are teaching implementation, teachers

attitude in teaching, pedagogical practice, teachers’ evaluation and teachers’

commitment in teaching science. Research instrument used was a questionaire which

consisted of two parts. Part A looks at biodata of students, whereas part B contains 41

item which elicit students opinions on the teaching by science teachers. A group of 90

form four students secondary school in the district of Pasir Mas, Kelantan were chosen

as subjects of study. Data collected were analysed by using Statistical Package for

Social Science (SPSS) version 10.0. Overall, the outcome of the research shows that the

teaching by science teachers was on effectiveness. On gender difference, there was no

significant differences between male and female students on their perceptions on the

teaching by science teachers.

Page 8: i PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP TAHAP ... · Jemaah Nazir Sekolah (1999) menyatakan bahawa guru masih cenderung mendominasi pengajaran malah penerangan lisan dan kurang

viii

KANDUNGAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACK v

ISI KANDUNGAN vi

SENARAI JUDUL vii

SENARAI KANDUNGAN x

SENARAI LAMPIRAN xi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Rasional Kajian 6

1.5 Objektif Kajian 6

Page 9: i PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP TAHAP ... · Jemaah Nazir Sekolah (1999) menyatakan bahawa guru masih cenderung mendominasi pengajaran malah penerangan lisan dan kurang

ix

1.6 Persoalan Kajian 7

1.7 Kepentingan Kajian 8

1.8 Batasan Kajian 8

1.9 Terminologi 9

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Pengajaran Berkesan 12

2.3 Perspektif Pelajar Mengikut Psikologi 14

2.4 Implikasi Perspektif Pelajar terhadap Pengajaran 16

2.5 Faktor-Faktor Dalam Pengajaran Berkesan 18

2.5.1 Perlaksanaan Pengajaran Guru 19

2.5.2 Sikap Guru 21

2.5.3 Amalan pedagogi yang digunakan 23

2.5.4 Cara penilaian guru 25

2.5.5 Komitmen guru 25

2.6 Kesimpulan 26

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk Kajian 28

3.3 Sampel Kajian 29

3.4 Prosedur Kajian 30

3.5 Instrumen Kajian 31

3.6 Analisis Kajian 32

3.7 Ujian Rintis 33

Page 10: i PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP TAHAP ... · Jemaah Nazir Sekolah (1999) menyatakan bahawa guru masih cenderung mendominasi pengajaran malah penerangan lisan dan kurang

x

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 35

4.2 Analisis Bahagian A: Latar belakang responden 37

4.2.1 Taburan responden mengikut jantina 37

4.2.2 Taburan responden mengikut bangsa 38

4.2.3 Taburan responden mengikut agama 38

4.2.4 Taburan responden mengikut aliran yang diambil 39

4.3 Analisis Bahagian B: Persepsi pelajar tingkatan empat 39

terhadap tahap keberkesanan guru sains

4.3.1 Analisis 1: Perlaksanaan pengajaran guru sains 42

4.3.2 Analisis 2: Sikap guru dalam pengajaran 45

4.3.3 Analisis 3: Amalan pedagogi yang digunakan 47

4.3.4 Analisis 4: Cara penilaian yang digunakan 49

4.3.5 Analisis 5: Komitmen guru dalam pengajaran 51

4.4 Perbezaan persepsi bererti antara pelajar lelaki dan perempuan 53

4.5 Rumusan hasil kajian 55

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 56

5.2 Perbincangan 57

5.2.1 Perlaksanaan terhadap pengajaran berkesan 57

5.2.2 Sikap guru dalam pengajaran sains 60

5.2.3 Amalan pedagogi yang digunakan oleh guru 62

5.2.4 Cara penilaian yang digunakan oleh guru 64

5.2.5 Komitmen guru dalam pengajaran 65

5.2.6 Adakah terdapat perbezaan bererti antara pelajar 67

lelaki dan perempuan

Page 11: i PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP TAHAP ... · Jemaah Nazir Sekolah (1999) menyatakan bahawa guru masih cenderung mendominasi pengajaran malah penerangan lisan dan kurang

xi

5.3 Rumusan 68

5.4 Cadangan 69

5.5 Cadangan kajian lanjutan 61

5.6 Penutup 72

RUJUKAN 73

LAMPIRAN A 76

Page 12: i PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP TAHAP ... · Jemaah Nazir Sekolah (1999) menyatakan bahawa guru masih cenderung mendominasi pengajaran malah penerangan lisan dan kurang

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam usaha melaksanakan pengajaran sains KBSM secara efektif, guru harus

menyedari hakikat bahawa setiap pelajar adalah berbeza antara satu sama lain dari segi

pengalaman, tingkah laku, amalan, kecenderungan, bakat dan kebolehan. Untuk

melaksanakan pengajaran berkesan, guru perlulah menarik perhatian pelajar dan dapat

mengambil bahagian dengan cergas dalam pembelajaran.

Oleh itu, pendekatan kepada pengajaran bukanlah sekadar memberi maklumat

tetapi mengasuh murid dalam pelbagai kemahiran dengan mengelolakan aktiviti-aktiviti

yang sesuai dengan kebolehan pelajar.

Page 13: i PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP TAHAP ... · Jemaah Nazir Sekolah (1999) menyatakan bahawa guru masih cenderung mendominasi pengajaran malah penerangan lisan dan kurang

2Pendidikan Sains yang berpaksikan Falsafah Pendidikan Negara hendaklah

memfokuskan corak pendidikan yang ciri-ciri pengajarannya menitikberatkan proses,

hasil serta perubahan sikap dan nilai yang positif. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi

betapa pentingnya pendidikan Sains yang berkesan sebagai langkah jangka panjang yang

bijak bagi membangunkan sumber manusia yang terlatih, dinamik dan produktif selaras

dengan Falsafah Negara untuk merealisasikan wawasan 2020.

Menurut Eygen (1992), Ahmad (2002), guru yang berkesan boleh didefinisikan

sebagai guru yang mempunyai gaya tingkah laku yang dapat melibatkan peningkatan

pembelajaran pelajar. Moorhead dan Griffin (1992) pula ada memperkenalkan model

Page 14: i PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP TAHAP ... · Jemaah Nazir Sekolah (1999) menyatakan bahawa guru masih cenderung mendominasi pengajaran malah penerangan lisan dan kurang

3

pembelajaran yang dapat membantu pelajar mendapatkan pembelajaran berkesan.

Modelnya terdiri daripada lima elemen iaitu:

(i) keperluan dan kepentingan pelajar

(ii) objektif pembelajaran yang hendak dicapai

(iii) kekuatan dan kelemahan pendidik

(iv) teknik pengajaran yang digunakan

(v) amalan pedagogi yang bersesuaian

Dunia pendidikan di Malaysia kini banyak menerima perubahan dari aspek

persekitaran dan perubahan teknologi. Kita telah banyak melihat usaha yang dijalankan

oleh Kementerian Pendidikan yang menggubal kurikulum sekolah rendah dan sekolah

menengah agar dapat mencapai matlamat dan aspirasi negara. Kerajaan Malaysia begitu

komited dengan melaksanakan pelbagai program bagi membantu pelajar-pelajar supaya

mereka mendapat pendidikan yang baik untuk menyumbang ke arah mencapai status

negara maju.

Perkembangan yang hebat dalam dunia pendidikan ini memerlukan golongan

pendidik melangkah maju untuk menyesuaikan diri dalam meningkatkan martabat

profession mereka. Mereka tidak lagi boleh bergantung kepada cara lapuk dalam

menjalankan tugas mereka. Para pendidik perlulah kreatif dan inovatif serta sentiasa cuba

memperbaiki cara pengajaran atau memikirkan cara baru dalam pengajaran yang dapat

menjadikan pengajaran mereka lebih berkesan.

Page 15: i PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP TAHAP ... · Jemaah Nazir Sekolah (1999) menyatakan bahawa guru masih cenderung mendominasi pengajaran malah penerangan lisan dan kurang

4

Pengajaran berkesan ialah satu suasana pembelajaran yang mudah difahami dan

menyeronokkan. Menurut Hunter (1969) dalam bukunya ”Teach More Faster”,

pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran

dalam diri pelajar-pelajar. Pembelajaran yang efektif berlaku dalam suasana yang sihat

dan bersemangat.

1.2 Latar Belakang Masalah

Sebagaimana yang diketahui hasrat kerajaan, masyarakat, ibubapa dan guru-guru

ialah untuk melihat lahirnya pelajar-pelajar yang berkualiti dan cemerlang setelah mereka

tamat pengajian di sekolah. Kecemerlangan mereka ini diharapkan akan mencorak

kejayaan negara.

Terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti dalam kajian-kajian awal dan

salah satu faktor yang boleh mempengaruhi kecemerlangan pelajar ialah aspek interaksi

antara pelajar-pelajar dengan guru. Gaya pembelajaran guru lazimnya menggunakan

teknik penerangan dalam pengajaran subjek Sains, penjelasan konsep yang sukar dan

abstrak dengan menggunakan model atau alat bantu mengajar adalah sangat berguna dan

diperlukan. Penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai disamping mempelbagaikan

kaedah pengajaran dapat menjelaskan konsep yang sukar dengan lebih mudah dan

membantu meningkatkan minat pelajar.

Selain itu, sikap positif guru seperti mengambil tahu kebajikan dan kemajuan

pelajar serta memberikan peluang kepada pelajarnya membuat pertanyaan semasa sesi

pengajaran berjaya menimbulkan minat pelajar untuk mempelajari matapelajaran yang

Page 16: i PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP TAHAP ... · Jemaah Nazir Sekolah (1999) menyatakan bahawa guru masih cenderung mendominasi pengajaran malah penerangan lisan dan kurang

5

diajarkan. Jika seseorang pelajar menghadapi masalah dalam pengajiannya, dia akan rasa

kurang minat, bosan dan tidak yakin dengan kemampuan dirinya dan boleh

menjadikannya mendapat keputusan yang tidak memberansangkan.

Fred dan Hendry (1994) menyatakan pengajaran merupakan proses untuk

menterjemahkan serta menyampaikan ilmu atau kemahiran berguna dalam bentuk yang

boleh difahami oleh pelajar. Bentuk yang boleh difahami ini tidak semestinya mudah atau

serba lengkap tetapi memberi pengertian bahawa pelajar boleh menghayati dan membina

ilmu ”pengetahuan baru” berasaskan kepada apa yang telah disampaikan oleh guru.

Permasalahannya disini ialah adakah guru telah mencapai tahap pengajaran yang

berkesan dalam subjek Sains seperti yang telah disyorkan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia. Adakah perkara ini benar berlaku?. Antara kaedah pengajaran dalam

matapelajaran Sains yang disyorkan ialah kaedah ceramah, demonstrasi, simulasi,

perbincangan, lawatan, kajian lapangan, eksperimen dan projek. Jemaah Nazir Sekolah

(1999) menyatakan bahawa guru masih cenderung mendominasi pengajaran malah

penerangan lisan dan kurang inisiatif untuk meminta murid melakukan tugasan untuk

menjadikan pengajaran sains yang lebih berkesan Ini menjadikan murid kurang terlibat

dan memberi penerangan sepenuhnya kepada pengajaran guru. Kaedah penyampaian juga

tidak dipelbagaikan menyebakan pengajaran kurang memberikan kesan kepada pelajar-

pelajar.

1.3 Penyataan Masalah

Page 17: i PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP TAHAP ... · Jemaah Nazir Sekolah (1999) menyatakan bahawa guru masih cenderung mendominasi pengajaran malah penerangan lisan dan kurang

6

Kegagalan pelajar dalam memahami konsep sains dan kesukaran untuk

mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian sememangnya mempengaruhi pencapaian

pelajar dalam mata pelajaran Sains dan pemahaman pelajar terhadap konsep baru yang

berkaitan yang lebih mendalam.

Pelbagai persoalan yang timbul rentetan daripada masalah ini. Apakah punca-

punca masalah ini. ? Adakah cara perlaksanaan pengajaran seperti aktiviti-aktiviti

pengajaran yang dijalankan oleh guru-guru sains berkesan dalam pengajaran dan

pembelajaran sains. ? Adakah amalan pedagogi yang dilakasanakan oleh guru-guru sains

berkesan.

Kajian ini cuba menjawab segala persoalan tersebut. Kajian ini juga akan

menyingkap segala permasalahan yang melanda pengajaran guru serta meninjau sama

ada mereka telah memastikan diri mereka bersedia dalam menguasai isi pelajaran, kaedah

penilaian didalam kelas dan mempunyai komitmen yang berterusan dalam pengajaran

mereka seharian.

1.4 Rasional Kajian

Hasil dapatan kajian diharapkan dapat memberi manfaat kepada golongan

pendidik untuk lebih memahami tentang persepsi pelajar terhadap pengajaran guru

mereka bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran. Ia juga diharapkan dapat memberi

gambaran yang jelas tentang aspek-aspek yang dianggap penting bagi para pelajar dalam

meningkatkan mutu pembelajaran mereka. Pendidik seharusnya berusaha bagi

meningkatkan profesion mereka ke arah menjadi seorang pendidik yang bijak dan

cemerlang. Pemahaman isu ini dapat membantu mereka memperbaiki cara pengajaran

dan menjadikannya lebih berkesan dalam pengajaran.

Page 18: i PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP TAHAP ... · Jemaah Nazir Sekolah (1999) menyatakan bahawa guru masih cenderung mendominasi pengajaran malah penerangan lisan dan kurang

7

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar tingkatan empat

terhadap keberkesanan pengajaran guru sains dari aspek berikut:

(i) Perlaksaan pengajaran

(ii) Sikap guru

(iii) Amalan pedagogi yang digunakan

(iv) Cara penilaian yang dijalankan

(v) Komitmen guru

Seterusnya, kajian juga ingin meninjau sama ada wujudnya perbezaan perspektif

diantara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan terhadap keberkesanan pengajaran

guru mereka.

1.6 Persoalan Kajian

Berikut adalah merupakan persoalan kajian yang digunakan sebagai asas

pengukuran dalam tajuk :

Page 19: i PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP TAHAP ... · Jemaah Nazir Sekolah (1999) menyatakan bahawa guru masih cenderung mendominasi pengajaran malah penerangan lisan dan kurang

8

(i) Apakah tahap keberkesanan cara perlaksanaan pengajaran guru

daripada perspektif pelajar.

(ii) Apakah tahap keberkesanan sikap guru dalam menghayati amalan

pengajaran berkesan.

(iii) Apakah tahap amalan pedagogi yang sesuai semasa proses pengajaran

berkesan.

(iv) Apakah tahap cara penilaian yang dijalankan bersesuaian dan menepati

dalam pengajaran berkesan.

(v) Apakah tahap komitmen guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran.

(vi) Adakah perbezaan persepsi yang bererti diantara pelajar lelaki dengan

pelajar perempuan terhadap keberkesanan pengajaran guru mereka.