ibn rushd

17
TOKOH FALSAFAH ISLAM: IBN RUSHD TOKOH FALSAFAH : IBN RUSHD Latar belakang Ibnu Rushd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad lahir di Kardova pada tahun 1126. Beliau ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas di dunia Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat di Eropah. Di Barat, beliau dikenal sebagai Averroes. 1 Ibn Rushd menerima pendidikan awal di Cordova. Fokus pendidikannya ialah falsafah, undang-undang dan perubatan. Kebijaksanaan Ibn Rushd banyak dipengaruhi oleh persekitaran hidupnya yang dikelilingi oleh orang bijak pandai Bapanya dan datuknya merupakan kadi di Cordova (sekarang Sepanyol). Beliau telah dihantar untuk berguru dengan Ibnu Zuhr yang kemudiannya menjadi rakan karibnya. 2 Beliau telah banyak menyumbangkan jasanya dalam bidang falsafah dan telah menyelesaikan banyak masalah berkenaan dengan perdebatan antara ahli falsafah yang lain mengenai ilmu Allah. Sumbangan Ibn Rushd bukan hanya setakat itu sahaja bahkan dalam pelbagai bidang lagi antaranya, perubatan, ilmu kalam, falak, fiqh, muzik, kajian binatang, tatabahasa, dan 1 http://sejarah2u.blogspot.com/2008/03/ibnu-rushd.html 2 http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibnu_Rushd 1

Upload: kijang

Post on 09-Jun-2015

687 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: ibn rushd

TOKOH FALSAFAH ISLAM: IBN RUSHD

TOKOH FALSAFAH : IBN RUSHD

Latar belakang

Ibnu Rushd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad lahir di Kardova

pada tahun 1126. Beliau ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah

Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas di dunia Islam, tetapi juga di kalangan

masyarakat di Eropah. Di Barat, beliau dikenal sebagai Averroes.1

Ibn Rushd menerima pendidikan awal di Cordova. Fokus pendidikannya ialah falsafah,

undang-undang dan perubatan. Kebijaksanaan Ibn Rushd banyak dipengaruhi oleh

persekitaran hidupnya yang dikelilingi oleh orang bijak pandai

Bapanya dan datuknya merupakan kadi di Cordova (sekarang Sepanyol). Beliau telah

dihantar untuk berguru dengan Ibnu Zuhr yang kemudiannya menjadi rakan karibnya.2

Beliau telah banyak menyumbangkan jasanya dalam bidang falsafah dan telah menyelesaikan

banyak masalah berkenaan dengan perdebatan antara ahli falsafah yang lain mengenai ilmu

Allah. Sumbangan Ibn Rushd bukan hanya setakat itu sahaja bahkan dalam pelbagai bidang

lagi antaranya, perubatan, ilmu kalam, falak, fiqh, muzik, kajian binatang, tatabahasa, dan

nahu. Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal Al-Taysir

yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan judul

Faclititation of Treatment.

Sumbangan

Menurut sumber Wikipedia beliau tidak meninggalkan sebarang harta benda melainkan ilmu

dan tulisan dalam pelbagai bidang seperti falsafah, perubatan, ilmu kalam, falak, fiqh, muzik,

kaji bintang, tatabahasa, dan nahu.

1 http://sejarah2u.blogspot.com/2008/03/ibnu-rushd.html2 http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibnu_Rushd

1

Page 2: ibn rushd

TOKOH FALSAFAH ISLAM: IBN RUSHD

Falsafah dan Ilmu Logik

Ibnu Rushd terkenal untuk terjemahan hasil kerja Aristotle yang dilupai barat. Melalui

terjemahan dari bahasa latin oleh Ibnu Rushd pada awal abad ke-12, pengetahuan yang

ditinggalkan oleh Aristotel mula diketahui ramai di barat.

Hujah Ibnu Rushd dalam The Decisive Treatise menjustifikasi pembebasan sains dan falsafah

dari aliran rasmi mazhab Ash'ari. Ini menyebabkan sebahagian sarjana menganggap Ibnu

Rushd sebagai bapa kepada fahaman sekularisme di Eropah barat.

Ibnu Rushd menterjemah dan memberi komen hasil kerja Aristotle selama hampir tiga dekad.

Beliau banyak mempengaruhi falsafah dunia Islam. Dalam hasil kerjanya Fasl al-Maqal (The

Decisive Treatise), beliau menekankan pentingkan berfikir secara analitikal untuk

menterjemah Quran dan ini bertentangan dengan pandangan konservatif ulama' Islam di

mana penekanan pentafsiran Quran diletakkan kepada sumber seperti hadith.

Pembicaraan falsafah Ibnu Rushd banyak tertumpu pada persoalan yang berkaitan dengan

metafizik, terutamanya ketuhanan. Beliau telah mengemukakan idea yang bernas lagi jelas,

dan melakukan pembaharuan semasa membuat huraianya mengenai perkara tersebut.

Hasil pemikiran yang dimuatkan dalam tulisannya, terutamanya dalam bidang falsafah, telah

mempengaruhi ahli falsafah Barat. Dua orang ahli falsafah Eropah, iaitu Voltaire dan

Rousseau dikatakan bukan sekadar terpengaruh oleh falsafah Ibnu Rusyd, tetapi memperolehi

ilham daripada pembacaan karyanya.

Pemikiran Voltaire dan Rousseau telah mencetuskan era Renaissance di Perancis sehingga

merobah wajah Eropah keseluruhannya sebagaimana yang ada pada hari ini. Masyarakat

Barat sebenarnya terhutang budi kepada Ibnu Rusyd kerana pemikirannya, sama ada secara

langsung ataupun tidak langsung, telah mencetuskan revolusi di benua Eropah.

Perubatan

Karya besar lain yang pernah dihasilkan oleh Ibnu Rushd adalah "Kulliyah fit-Thibb" yang

mengandungi 16 jilid, mengenai perubatan secara umum. Buku "Kulliyah fit-Thibb" telah

diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1255 oleh Bonacosa, orang Yahudi dari

2

Page 3: ibn rushd

TOKOH FALSAFAH ISLAM: IBN RUSHD

Padua. Buku itu kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul General

Rules of Medicine.

Hospital Les Quinze-Vingt yang juga merupakan hopital pertama di Paris didirikan oleh Raja

Louis IX berdasarkan model hospital Sultan Nuruddin di Damsyik yang kaedah perubatannya

merupakan hasil daripada idea dan pemikiran Ibnu Rushd.

Kehebatannya dalam bidang perubatan tidak berlegar di sekitar perubatan umum, tetapi juga

merangkum pembedahan dan fungsi organ di dalam tubuh manusia. Ibnu Rushd memberi

penekanan tentang kepentingan menjaga kesihatan. Beberapa pandangan yang dikemukakan

dalam bidang perubatan juga didapati mendahului zamannya. Beliau pernah menyatakan

bahawa demam campak hanya akan dialami oleh setiap orang sekali sahaja.

Kemasyarakatan

Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Ibnu Rushd turut menjangkau bidang yang berkaitan

dengan kemasyarakatan apabila beliau cuba membuat pembahagian masyarakat itu kepada

dua golongan iaitu golongan elit yang terdiri daripada ahli falsafah dan masyarakat awam.

Pembahagian strata sosial ini merupakan asas pengenalan pembahagian masyarakat

berdasarkan kelas seperti yang dilakukan oleh ahli falsafah terkemudian, seperti Karl Max

dan mereka yang sealiran dengannya.

Falsafah Ibnu Rushd

Salah satu sifat Allah yang menjadi perdebatan hebat antara Mutakallimin dengan ahli

falsafah muslim ialah sifat ilmu. Perdebatan mengenai ilmu Allah inilah menyebabkan Al-

Ghazali ( w.1111 M. ) mengkafirkan ahli falsafah yang mengatakan Allah itu hanya

mengetahui secara keseluruhan sahaja dan tidak mengetahui secara mendalam. Ibn Rushd

atau di kenali sebagai Averroes ( 1126-1198 M. ) cuba menyelesaikan polemic ini dengan

mengambil kira pemikiran falsafah dan teologi Islam. Beliau dengan jelas mengatakan

bahawa “Allah mempunyai ilmu kerana ilmu adalah salah satu daripada sifat kesempurnaan-

Nya. Seterusnya, ilmu Allah itu adalah abadi dan kekal selama-lamanya”. Beliau berkata

demikian kerana beliau tidak membezakan di antara zat Allah dengan sifat-Nya. Hal ini

3

Page 4: ibn rushd

TOKOH FALSAFAH ISLAM: IBN RUSHD

kerana Allah dan sifat ilmu-Nya itu adalah satu. Oleh kerana zat Allah itu qadim maka sifat-

Nya juga adalah qadim.

Ibn Rushd dengan pendapatnya iaitu “Allah mempunyai ilmu” telah mengutarakan dua alasan

bagi menyokong pendapatnya itu. Alasan pertama yang diberikan beliau adalah sifat ilmu

yang dimiliki oleh Allah itu dinyatakan di dalam al-Quran dalam banyak ayat. Contohnya

ayat al-Quran yang bererti :

59. dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan Segala Yang ghaib, tiada

sesiapa Yang mengetahuiNya melainkan Dia lah sahaja; dan ia mengetahui apa Yang ada

di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya, dan

tidak gugur sebutir bijipun Dalam kegelapan bumi dan tidak gugur Yang basah dan Yang

kering, melainkan (Semuanya) ada tertulis di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz) Yang terang

nyata. 3

Alasan kedua yang dikemukakan oleh Ibn Rushd ialah berdasarkan fenomena-fonomena yang

wujud di dunia ini yang boleh dilihat dengan mata kepala. Contohnya ayat al-Quran yang

bererti :

14. tidakkah Allah Yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)?

sedang ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha mendalam PengetahuanNya!4

Berdasarkan potongan ayat di atas Ibn Rushd menghubungkan pengalaman kita dengan alam

semesta ini, dan menggunakannya sebagai bukti bahawa Allah itu mempunyai ilmu. Beliau

berpendapat bahawa semua makhluk yang kita lihat mempunyai penyusunan dan kerjasama

yang wujud dalam semua bahagian. Hal ini menunjukkan bahawa perkara ini tidak berlaku

dengan sendirinya tetapi sebaliknya menunjukkan adanya seorang yang menyusun segalanya

itu, dan sudah semestinya orang itu mestilah yang berilmu. Oleh yang demikian Allah

sebagai pengarah semua yang wujud mestilah mempunyai ilmu, dan ilmu-Nya itu mestilah

3 Surah Al-An’am 6:594 Al-Mulk 67:14

4

Page 5: ibn rushd

TOKOH FALSAFAH ISLAM: IBN RUSHD

yang paling sempurna seperti zat-Nya juga. Selain itu, Ibn Rushd memberi perbincangan

yang luas mengenai ilmu Allah dalam bukunya Tahafut al-Tahafut dan Tafsir Ma Bad al-

Tabiah. Dalam bukunya Ibn Rushd menyokong pendapat ahli falsafah yang menyatakan

bahawa Allah tidak mengetahui perkara lain selain daripada zat-Nya sahaja. Beliau

memberikan beberapa alasan bagi menyokong pandangannya itu iaitu tidak ada potensi pada

zat Allah dan zat Allah itu adalah sesuatu yang ”wajib al-wujud” yang tidak sesekali

menerima sebarang perubahan.

Berdasarkan alasan-alasan yang diberikan oleh Ibn Rushd di atas, kita mengetahui bahawa

Allah hanya mengetahui zat-Nya sahaja. Masalah ini melahirkan dilema dalam fikiran kita,

dan bagi menyelesaikan dilema ini Ibn Rushd menjelaskan hal ini secara teliti dan berhati-

hati sekali melalui ungkapan : “Prinsip pertama (Allah) tidak mengetahui perkara lain selain

zat-Nya”. Ungkapan itu bermaksud Allah mengetahui semua perkara kerana ilmu-Nya itu

adalah sebab kewujudan semua perkara. Contohnya manusia dan kepanasan, di mana

manusia yang hanya mengetahui kepanasan api tidak boleh dikatakan dia jahil mengenai

tabiat kepanasan objek panas kerana ia mengetahui tabiat panas itu dengan sebab ianya panas.

Oleh yang demikian, melalui perspektif yang sama Zat Yang Pertama (Allah) mengetahui

sesuatu yang maujud dengan zat-Nya sendiri. Beliau menerangkan lagi bahawa Allah itu

bukanlah jahil tentang makhluk kerana Allah adalah sebagai sumber segala maujudat, dan

dengan mengetahui zat-Nya sendiri sudah cukup untuk Allah mengetahui objek lain.

Seterusnya Ibn Rushd menegaskan bahawa kekeliruan yang berlaku mengenai ilmu Allah ini

adalah di sebabkan berlakunya kesilapan qias antara ilmu qadim (ilmu Allah) dengan ilmu

baharu (ilmu manusia) dan qias seperti ini menurut beliau adalah salah. Beliau menjelaskan

bahawa kita tidak boleh kat bahawa Allah mengetahui sesuatu di alam ini sama ada dengan

ilmu baharu atau ilmu qadim, kerana ianya adalah bidaah dalam islam. Islam melarang

perbincangan mengenai ilmu Allah dalam bentuk dailektik (cara berfikir yang logik) kerana

di kuatiri akan menyimpangkan akidah seseorng itu. Beliau menyatakan lagi bahawa ilmu

Allah dan ilmu manusia adalah berbeza kerana ilmu Allah sebab wujudnya maujudat

manakala ilmu manusia adalah disebabkan maujudat.Akibat daripada ini ialah ilmu manusia

itu relatif kerana ia dicapai melalui beberapa peringkat. Ianya bergerak daripada am kepada

khusus dan semua ilmu manusia adalah bersifat pasif dan kesan daripada maujudat. Ilmu

Allah menguruskan maujudat, dan maujudat menerima aktiviti ilmu Allah. Ilmu manusia itu

5

Page 6: ibn rushd

TOKOH FALSAFAH ISLAM: IBN RUSHD

tidak sempurna dan mengikut objek yang diketahui, ianya berdasarkan pengalaman harian

yang mana ilmu yang kita terima daripada deria memberikan pengalaman yang menguruskan

maujudat. Manakala ilmu Allah pula adalah sempurna kerana perbuatan mengetahui itu

adalah zat-Nya sendiri dan ilmu-Nya tidak terlibat dengan masa, sama ada sebelum atau

selepas.

Secara kesimpulannya dapat disimpulkan bahawa Ibn Rushd menerangkan secara teliti

berkenaan dengan ilmu Allah yang sebelum ini membawa kekeliruan kepada ahli falsafah

yang lain. Seterusnya, Ibn Rushd membuat ringkasan kesimpulan mengenai perbincangan

tentang ilmu Allah adalah seperti berikut. Pertama, terdapat beberapa kekeliruan yang

kadang-kadang amat ketara jika ilmu Allah ditinjau dari sudut ilmu falsafah. Kedua, satu

jalan yang dapat mengatasi kekeliruan itu ialah umat Islam khasnya golongan massa, tidak

perlu membincangkan secara mendalam dan panjang lebar tentang ilmu Allah kerana di

kuatiri akan menyesatkan dan penyempangkan mereka hingga membawa kepada syirik. Ibn

Rushd menyatakan lagi bahawa cukuplah hanya sekadar apa yang diterangkan di dalam al-

Quran dan al-Hadith.

Agama dan Falsafah

Gagasan utama Fasl al-Maqal adalah penyatuan dua sumber kebenaran yang kerap

dipertentangkan para ulama ortodoks, yakni akal dan wahyu. Kitab ini dimulai dari

pertanyaan sederhana: apakah menggunakan akal-pikiran bertentangan dengan agama?

Apakah belajar Falsafah diharamkan Islam? Lewat analisa serta argumen yang kokoh, Ibn

Rushd menjawab bahwa tidak ada pertentangan antara agama dan akal, tidak ada larangan

dalam Islam untuk mempelajari Falsafah.

Dalil Ibn Rushd dalam mengemukakan jawaban ini adalah bahwa akal dan wahyu sama-sama

merupakan karunia Allah. Kedua-duanya tak bisa dipisah-pisahkan. Meminjam istilah Ibn

Rushd sendiri, akal dan wahyu bagaikan “saudara sesusuan” (ukht al-radi’ah) yang tak

mungkin dipisahkan. Akal memerlukan wahyu karena ada masalah-masalah di dunia ini,

khususnya yang berkaitan dengan alam gaib (metafisika), yang tak bisa dicapai akal.

Sementara wahyu juga memerlukan akal karena tanpa akal, wahyu tak bisa dipahami.

6

Page 7: ibn rushd

TOKOH FALSAFAH ISLAM: IBN RUSHD

Dalam buku ini, Ibn Rushd menggunakan istilah “hikmah” dan “syari’ah.” Penggunaan dua

istilah ini sesungguhnya agak kurang populer dalam wacana ketegangan antara akal dan

wahyu dalam Islam. “Hikmah” adalah istilah al-Qur’an yang tak pernah dipertentangkan oleh

para ulama, termasuk yang ortodoks. Begitu juga “syari’ah” merupakan istilah al-Qur’an.

Dilihat dari perspektif ini, memang tidak ada pertentangan antara “hikmah” dan “syari’ah.”

Di sini, saya melihat kejelian dan kecerdikan Ibn Rushd dalam memilih istilah. Ia tidak

menggunakan kata “falsafah,” karena istilah ini memiliki konotasi negatif di kalangan ulama.

Ia menggunakan istilah “hikmah” terutama karena istilah ini berasal dari bahasa Arab dan

bisa ditemukan di dalam sumber utama Islam.

Al-Qur’an menyebut kata “hikmah” sebanyak 20 kali. Secara umum, kata ini berarti

“pengetahuan” dan “kebijaksanaan.” Kata “hikmah” hampir selalu disandingkan dengan kata

“al-kitab,” dan mendapatkan perlakukan yang sama dengan kitab suci (al-Qur’an). Hikmah

dihargai begitu tinggi sehingga ia setara dengan al-Qur’an, Taurat, dan Injil (Q.S. 3:48;

5:110). Menurut al-Qur’an, siapa saja yang menguasai hikmah, maka dia telah mendapatkan

kebaikan yang besar (Q.S. 2:269). Al-Qur’an tidak pernah mempertentangkan hikmah dengan

kitab suci, atau hikmah dengan wahyu. Sebaliknya, hikmah selalu disebut secara

bersandingan.

Sebahagian besar ahli tafsir mengartikan “hikmah” sebagai pengetahuan atau kebijaksanaan.

Akar kata “h-k-m” sendiri berarti bijaksana. Ibn Rushd juga mengartikan hikmah dengan

pengetahuan, bahkan menurutnya, hikmah bukan sekadar pengetahuan biasa, seperti Fisika,

Matematika, atau Ilmu Alam. Tapi, hikmah adalah pengetahuan yang mendasar, yang

fundamental, yang asasi. Inilah yang oleh para sarjana klasik di Yunani disebut “falsafah.”

Bagi Ibn Rushd, hikmah adalah falsafah, sementara syari’ah adalah ajaran-ajaran agama yang

terkandung dalam kitab suci. Jika doktrin-doktrin syari’ah berasal dari kitab suci sementara

kitab suci selalu disebutkan secara bersamaan dengan hikmah, dengan demikian, menurut Ibn

Rushd, tidak ada pertentangan antara hikmah dan syari’ah, antara agama dan falsafah.

Ibn Rushd begitu menghargai falsafah dan akal, kerana tanpa akal, ayat-ayat al-Qur’an dan

maksud penciptaan manusia secara umum tidak banyak memiliki arti. Akal dan al-Qur’an

tidak bisa dipertentangkan. Jika kita menjumpai ayat-ayat al-Qur’an yang seolah-olah

7

Page 8: ibn rushd

TOKOH FALSAFAH ISLAM: IBN RUSHD

bertentangan dengan akal, menurut Ibn Rushd, ayat-ayat itu haruslah dita’wilkan seperti dia

katakan secara tegas dalam Fasl al-Maqal:

fa in kana muwafiqan fa la qawla hunalika, wa idza kana mukhalifan thuliba ta’wiluhu (jika

di sana tak ada pertentangan antara wahyu dan akal maka tak ada yang perlu dikatakan.

Tapi, jika ada pertentangan, maka wahyu haruslah ditafsirkan). (Fashl al-Maqal, h. 97).

Ta’wil atau tafsir adalah solusi terbaik untuk memahami wahyu. Jika kita menghadapi ayat-

ayat al-Qur’an yang tampak bertentangan dengan semangat kemanusiaan atau bertentangan

dengan semangat dasar Islam, maka bukannya membuang ayat-ayat itu, atau sebaliknya

menyalahkan nilai-nilai kemanusiaan tersebut, tapi tugas kita adalah menafsirkannya dan

menta’wilnya agar sesuai dengan nilai-nilai dasar agama dan kemanusiaan.

Islam dan Barat

Ibn Rushd adalah seorang ulama yang mengagumi falsafah Yunani. Tidak seperti al-Ghazali

yang cenderung memperkecilkan falsafah demi untuk membela “ilmu-ilmu agama” (‘ulum

al-din), Ibn Rushd tidak pernah mengecilkan ilmu pengetahuan. Baginya, ilmu agama dan

ilmu umum (falsafah) sama pentingnya. Di tengah permusuhan dan sikap antagonis kaum

Muslim yang terus meningkat terhadap falsafah dan ilmu-ilmu klasik (‘ulum al-awail), Ibn

Rushd malah memutuskan menekuni disiplin ini.

Ketika para ulama sibuk menafsirkan al-Qur’an dan membuat puluhan jilid penjelasan

(syarh) atas buku-buku hadis, Ibn Rushd memutuskan untuk menulis tafsir Metafisika,

sebuah karya penting Aristotle. Tentu saja, dia bukan tidak mampu menulis kitab tafsir al-

Qur’an atau kitab syarah hadis. Tapi, dia memandang terlalu banyak buku-buku jenis ini,

sementara ada kekosongan dalam kajian falsafah dalam tradisi keilmuan Islam.

Kajian Ibn Rushd terhadap falsafah Yunani cukup banyak. Dia mengambil Aristotle, puncak

falsafah Yunani, sebagai objek kajiannya. Ini berbeza dari pengkaji sebelumnya, seperti Al-

Farabi dan Ibn Sina, yang memilih Plato sebagai fokus kajian mereka. Ibn Rushd memilih

Aristotle bukan tanpa alasan. Selain sebagai puncak dari pemikiran Yunani, Aristotle juga

dikenal sebagai seorang “realis” yang percaya sepenuhnya pada fungsi akal. Berbeza dari

Plato yang “idealis” (dalam pengertian meyakini eternalitas ide di alam metafisika), Aristotle

8

Page 9: ibn rushd

TOKOH FALSAFAH ISLAM: IBN RUSHD

lebih meyakini sistem dan cara kerja akal-pikiran. Aristotle adalah seorang rasionalis sejati

yang meletakkan dasar-dasar Ilmu Logika.

Pilihan Ibn Rushd terhadap Aristotle membuatnya menjadi filosof besar yang menentukan

masa depan karier dan namanya. Tambahan lagi di dunia Islam sendiri dia kurang

mendapatkan penghargaan, di dunia Barat, sejak abad ke-12, namanya berkibar di pusat-pusat

pengajian dan lembaga-lembaga ilmu pengetahuan. Di Universiti Paris, karya Ibn Rushd

dipelajari secara serius dan pandangan-pandangannya didiskusikan secara luas. Beberapa

sarjana di sana, seperti Siger of Brabant, Boëthius of Dacia, dan Goswin of La Chapelle

bahkan mendirikan kelompok kajian khusus tentang Ibn Rushd (Renan, Averroès et

L’averroïsme, 1986).

Ibn Rushd dipandang sangat berjasa bagi dunia intelektual Eropah kerana dialah orang yang

secara sangat meyakinkan memberikan argumen pentingnya independensi dunia akademi dari

kuasa Gereja. Pada abad pertengahan, ketika Gereja Katolik masih sangat berkuasa, ilmu

pengetahuan harus tunduk pada kebijakan agama. Dunia akademi tidak lain kecuali

perpanjangan dari misi Gereja yang lebih luas. Kerana itu, para birokrat dan sarjana yang

menguasai pusat-pusat pendidikan tinggi, umumnya, adalah para penguasa agama yang

diresmikan oleh Gereja. Kekangan agama begitu kuat di dalam dunia akademis. Para petinggi

agamalah yang menentukan sebuah kurikulum perguruan tinggi dan apa saja yang patut

diajarkan di sana.

Para pengikut ajaran Ibn Rushd atau yang biasa disebut Latin Averroists adalah orang yang

merasa paling tidak nyaman dengan kondisi dunia akademis pada masa itu. Mereka mulai

mempertanyakan aturan-aturan yang mengekang dan mempertanyakan independensi ilmu

pengatahuan. Di tengah dominasi Gereja yang begitu kuat, sangatlah sulit melawan otoritas

agama yang menganggap bahwa wayu dan kitab suci berada lebih tinggi di atas segalanya,

dan fungsi manusia adalah melayani dan menjalankan apa yang dikatakan wahyu atau kitab

suci itu.

Tepat di sinilah karya Ibn Rushd, Fasl al-Maqal, memainkan perannya. Para pengikut Ibn

Rushd mengerti betul bahwa argumen agama haruslah dilawan dengan agama. Kendati Injil

tidak persis memuat ayat-ayat yang dikutip Ibn Rushd, penjelasan Ibn Rushd tentang

9

Page 10: ibn rushd

TOKOH FALSAFAH ISLAM: IBN RUSHD

sejajarnya posisi falsafah dengan agama –dengan mengutip sumber-sumber agama sendiri-

sangatlah membantu mereka membuka jalan melawan hegemoni Gereja.

Penutup

Dunia Islam modern sangat memerlukan tokoh seperti Ibn Rushd, yang mampu menguasai

tradisi Islam dan tradisi Barat sekaligus. Pada zaman Ibn Rushd, “Barat” yang dimaksud

adalah Yunani, sedangkan pada masa modern, “Barat” adalah Eropah dan perluasannya

seperti Amerika dan Australia. Di tengah ramainya orang yang mempertentangkan antara

Islam dan Barat akhir-akhir ini, figur Ibn Rushd sangatlah penting. Islam dan Barat bukanlah

sesuatu yang harus dipertentangkan, tapi justru harus diharmonisasikan. Kaum Muslim harus

belajar dari Barat dan bersikap terbuka pada kemajuan dan pencapaian-pencapaian yang telah

dihasilkan peradaban Barat. Tentu saj, tanpa harus dikatakan, tidak semua yang datang dari

Barat harus diterima dan ditelan begitu saja. Sikap kritis dan selektif harus tetap

dipertahankan.

Bagi Ibn Rushd, kata kuncinya adalah “kritis” dan “selektif,” dalam hal ini bukan hanya

kepada peradaban dan pencapaian Barat, tapi juga kepada tradisi dan khazanah intelektual

Islam sendiri. Sebagai orang yang lahir dan dibesarkan dalam lingkungan agama yang kuat,

Ibn Rushd berhasil memperlihatkan kepada kita bahwa ia tidak tertarik arus untuk ikut-ikutan

“menghidupkan ilmu-ilmu agama” dan membelanya secara membabi-buta, seperti dilakukan

al-Ghazali. Baginya, kebenaran tidak hanya ada dalam ilmu-ilmu agama, tapi juga pada

falsafah dan ‘ulum al-awail yang datang dari luar Islam. Jika kaum Muslim mau maju,

mereka haruslah mampu membuka diri dan mengambil kebaikan-kebaikan yang ada di luar

sana.

Rujukan

10

Page 11: ibn rushd

TOKOH FALSAFAH ISLAM: IBN RUSHD

Awang Sariyan. 2008. Falsafah dan logika Melayu. Selangor: Synergate Sdn. Bhd.

Fuad moh. Facahruddin (terj). 1970. Dialektika Islam: Alam Pikiran Islam. Bandung: C.V. Diponegoro Bandung.

Hashim Haji Musa. 2001. Falsafah, logik, teori nilai, dan etika Melayu. Selangor: Akademi pengajian melayu.

Ibrahim Abu Bakar (peny.). 1994. Spektrum Falsafah Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahmud Hamdi Zaqzuq. 1993. Antara Falsafah Islam dan Falsafah Barat :Suatu perbandingan antara Al-Ghazali dan Descartes. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Muhamad Dawilah Al Edrus. 1993. Episternologi Islam: Teori Ilmu dalam al-Quran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Stapa. 1996. Tasawuf dan Empat Tokoh Sufi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Abul_Waleed_Muhammad_Ibn_Rushd

http://www.assyaukanie.com/articles/ibn-rushd-sebagai-model-peradaban-islam

http://www.tutor.com.my/tutor/estidotmy/index.asp?y=2002&dt=1127&pub=estidotmy&sec=saintis_islam&pg=si_01.htm&arc=hive

http://sklaloh.kelantan.edu.my/tokoh2.htm#rushid

11