ikim kesan pengambilan makanan tambahan dan ubatan ... · ianya akan terbahagi kepada beberapa...
TRANSCRIPT
1
TAJUK:
Kesan Pengambilan Makanan Tambahan dan Ubatan: Perspektif Nefrologi
Seminar "Kefahaman Islam Mengenai Makanan Sunnah dan Makanan Moden"
20 November 2019
Dewan Besar, IKIM.
Pembentang:
Dr Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Perubatan & Nefrologi,
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah,
Temerloh.
Jumlah perkataan: 3855 Jumlah mukasurat: 17
2
KANDUNGAN 1. Abstrak ............................................................................................................................. 3
2. Pendahuluan .................................................................................................................... 4
3. Praktis makanan tambahan .............................................................................................. 5
4. Penyakit kronik buah pinggang ........................................................................................ 5
5. Kaedah kajian klinikal di dalam bidang perubatan ........................................................... 6
6. Regulasi dan pemantauan di Malaysia ............................................................................. 7
7. Huraian jenis-jenis pengambilan makanan tambahan ..................................................... 7
7.1. Makanan tambahan ................................................................................................. 8
7.1.1. Herba ................................................................................................................ 8
7.1.2. Suplemen .......................................................................................................... 8
7.2. Lain-lain Makanan .................................................................................................... 9
7.2.1. Susu .................................................................................................................. 9
7.2.2. Keju ................................................................................................................... 9
7.2.3. Kurma ............................................................................................................. 10
7.2.4. Asid Amino ..................................................................................................... 10
7.2.5. Anggur ............................................................................................................ 10
7.2.6. Madu .............................................................................................................. 10
7.2.7. Barli ................................................................................................................ 11
7.2.8. Jintan Hitam (Habbatussauda’) ...................................................................... 11
7.2.9. Minyak Zaitun ................................................................................................. 12
7.2.10. Gam Arabik ..................................................................................................... 12
8. Rawatan Penyakit Buah Pinggang .................................................................................. 13
8.1. Ubat preskripsi ....................................................................................................... 13
8.2. Ubat over-the-counter ............................................................................................ 13
8.3. Penjagaan pemakanan jika mempunyai penyakit kronik buah pinggang .............. 13
9. Kesimpulan ..................................................................................................................... 14
10. Rujukan ...................................................................................................................... 15
11. Lampiran A Senarai 20 penyakit yang tidak boleh diiklankan .................................... 17
3
1. Abstrak
Pendahuluan: Pesakit kronik buah pinggang di Malaysia semakin meningkat saban tahun dan
dianggarkan satu di dalam sepuluh individu mengalaminya. Pesakit yang menjalani dialisis
iaitu tahap akhir atau tahap 5 memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Oleh kerana itu, segala
usaha perlu ditumpukan untuk mencegah penyakit kronik ini.
Objektif: Kertaskerja ini akan memeriksa kesan dan keberkesanan makanan tambahan
didalam pengurusan pesakit kronik kegagalan buah pinggang.
Metodologi: Penulisan ini adalah mengikut bukti dan penerbitan klinikal yang telah diterbitkan
oleh jurnal. Ianya akan terbahagi kepada beberapa bahagian; pendahuluan, penerangan tentang
penyakit buah pinggang, regulasi di Malaysia, huraian beberapa pemakanan tambahan, rawatan
dan penjagaan untuk pesakit kronik buah pinggang.
Keputusan: Kebanyakan bahan di dalam makanan tambahan dilaporkan ada mempunyai
potensi untuk beberapa aspek penting kesihatan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa herba
dan makanan tambahan yang telah dilaporkan menjejaskan fungsi buah pinggang Tiada bukti
kukuh untuk kegunaan rawatan pesakit buah pinggang.
Kesimpulan: Pesakit kronik buah pinggang perlu mengelakkan pengambilan makanan
tambahan. Perbincangan perlu dilakukan dengan perawat kesihatan sebelum mengambil apa-
apa bahan tambahan untuk mengelakkan risiko kesan sampingan.
4
2. Pendahuluan Pesakit yang menjalani rawatan dialisis di Malaysia semakin meningkat saban tahun (1).
Perbelanjaan rawatan dialisis yang ditanggung oleh kerajaan Malaysia juga sentiasa
meningkat; ianya menelan belanja berjumlah RM1.2 billion pada tahun 2016 (2). Hampir satu
di dalam sepuluh dianggarkan mengalami penyakit kronik kegagalan buah pinggang di
Malaysia dan hanya segilintir sahaja yang sedar akan penyakit mereka (3). Antara salah satu
penyebabnya adalah kerana penyakit kronik buah pinggang tiada gejala yang ketara sehingga
ke tahap paling akhir, iaitu tahap 5. Oleh kerana itu, individu yang mengalami risiko seperti
kencing manis, darah tinggi disarankan untuk menjalani ujian saringan untuk mengesan
penyakit buah pinggang dari peringkat awal (3). Individu-individu yang masih sihat digalakkan
menjalani gaya hidup sihat untuk mengelakkan penyakit ini.
Lazimnya, pesakit-pesakit yang mengalami penyakit kronik buah pinggang menjalani rawatan
susulan doktor. Pesakit yang berada di tahap 4 dan 5 kebiasaannya dirujuk dan dibawah
rawatan berkala di klinik pakar buah pinggang (4). Rawatan akan fokus kepada mengurangkan
risiko kerosakan dengan cepat dan secara khususnya penyakit punca kerosakan tersebut (4).
Garispanduan pengurusan rawatan menyatakan pesakit-pesakit kronik ini perlu mengelakkan
rawatan atau makanan tambahan selain daripada yang disarankan oleh para doktor yang
merawat (5).
Makanan tambahan adalah makanan yang mengandungi vitamin, mineral, nutrien dan lain-lain
dan mempunyai nutrisi dan fisiologi yang berguna kepada kesihatan. Pada permulaannya,
ianya digunakan untuk individu yang tidak cukup bahan-bahan tersebut. Akan tetapi, makanan
tambahan telah dihasilkan secara besar-besaran dan dipromosikan sebagai produk kesihatan di
seluruh dunia. Pesakit yang mempunyai penyakit kronik buah pinggang tergolong didalam
kumpulan berisiko jika mengambil produk seperti ini tanpa mengetahui kesan sampingan yang
mungkin berlaku (6). Pesakit kronik buah pinggang kebiasaannya tidak memberitahu pengamal
perubatan yang mereka mengambil makanan tambahan; yang lebih membimbangkan ianya
diantara golongan pesakit yang telah menerima pemindahan buah pinggang (transplan) (7).
Artikel ini akan dimulakan dengan penjelasan definasi makanan tambahan; seterusnya huraian
jenis makanan yang lebih spesifik mengikut kajian yang telah dilakukan dan diterbitkan;
diakhiri dengan rawatan penyakit kronik buah pinggang.
5
3. Praktis makanan tambahan Menyelamatkan dan memperbaiki kesihatan adalah antara misi utama Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (World Health Organization). Pengambilan pemakanan tambahan bukan praktis atau
saranan perubatan moden yang mengikut garispanduan yang ditetapkan. Jadi, ianya boleh
digolongkan didalam perubatan alternatif, traditional dan/atau komplementari. Ramai
melaporkan penggunaan rawatan sebegini di seluruh dunia termasuk Malaysia (7–9).
Walaubagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengenalpasti potensi rawatan
seperti ini sebagai salah satu aspek penting perubatan secara holistik. Untuk tujuan tersebut,
pelan strategik untuk tahun 2014-2023 telah diterbitkan (10). Pelan strategik untuk perubatan
traditional dan komplementari telah menetapkan beberapa fokus utama; antaranya termasuk
mempunyai garispanduan, regulasi undang-undang dan kepentingan keperluan kajian-kajian
untuk membuktikan keberkesanan (10). Kepentingan kajian perubatan yang dititikberatkan
oleh bidang perubatan perlu diberi penerangan dan diwar-warkan kepada masyarakat umum.
4. Penyakit kronik buah pinggang
Jika seseorang individu mengalami kerosakan buah pinggang, para doktor akan memeriksa dan
membuat ujian untuk menentukan samada ianya penyakit akut (acute kidney injury) iaitu
berlaku secara tiba-tiba atau kronik (chronic kidney disease); yang telah berlaku lebih daripada
3 bulan (rajah 1) (5). Kecedaraan atau kerosakan fungsi secara akut boleh pulih; akan tetapi
ianya membawa risiko besar untuk menjadi kronik dimasa akan datang (11). Jika kegagalan
itu kronik, fungsinya tidak boleh pulih semula ke tahap normal (5). Kronik kegagalan buah
pinggang ada 5 tahap; dan ianya diklasifikasi mengikut fungsi buah pinggang individu tersebut.
Ianya boleh dikira menggunakan keputusan darah atau/dan urin setiap individu. Ujian ini boleh
dilakukan di mana-mana klinik atau makmal. Ujian saringan kesihatan juga penting untuk
individu-individu yang berisiko untuk mengesan penyakit kronik ini dari peringkat awal.
6
eGFR = estimated Glomerular Filtration Rate (fungsi buah pinggang)
Rajah 1: Jenis Kerosakan Buah Pinggang
5. Kaedah kajian klinikal di dalam bidang perubatan
Secara umumnya, kebanyakan rawatan perubatan moden asalnya adalah daripada tumbuh-
tumbuhan (12). Sebelum ianya digunakan untuk rawatan, ianya perlu melalui beberapa fasa
kajian klinikal seperti rajah 2. Fasa-fasa ini penting untuk memastikan keselamatan
penggunaan sesuatu bahan dan ini dilakukan mengikut garispanduan evidence-based medicine
(13). Dari peringkat permulaan sesuatu bahan itu dijumpai, ianya mengambil masa yang lama
untuk dikaji, diiktiraf dan digunakan sebagai rawatan perubatan (13). Implementasi kajian
klinikal memerlukan perincian dari pelbagai segi termasuk saintifik, statistk, etika perubatan
dan perundangan (13). Ini sangat penting untuk memastikan hanya rawatan yang terbukti
efektif dan efisien diberikan kepada pesakit-pesakit (13).
Kerosakan fungsi buah pinggang
Akut
KronikTahap ditentukan mengikut ujian
darah / urin
Tahap 1: eGFR > 90
mL/min/1.73m2
Tahap 2: eGFR 60-90
mL/min/1.73m2
Tahap 3: eGFR 30-60
mL/min/1.73m2
Tahap 4: eGFR 15-30
mL/min/1.73m2
Tahap 5: eGFR< 15
mL/min/1.73m2
7
Rajah 2: Fasa kajian klinikal perubatan
6. Regulasi dan pemantauan di Malaysia Bahagian Regulasi Farmasi Negara (National Pharmaceutical Regulation Agency, NPRA)
adalah badan yang mengawal selia pendaftaran ubat-ubatan (14). Jika sesuatu produk tiada
unsur ubat, ianya perlu melalui proses ujian yang ditetapkan oleh Bahagian Pemakanan
Kementerian Kesihatan Malaysia (15). Jika hanya ada unsur makanan dan ianya tidak
mengandungi beberapa bahan yang ditentukan, ianya akan diklasifikasi sebagai makanan
tambahan.
Produk-produk ini masih tertakluk kepada akta-akta yang dihuraikan berikut. Akta Ubat (Iklan
dan Penjualan) tahun 1956 menyenaraikan 20 jenis penyakit yang tidak boleh diiklankan
termasuk Penyakit Buah Pinngang, Kencing Manis, Darah Tinggi dan banyak lagi; senarai
penuh di Lampiran A (16). Jika pengiklanan produk mahu dilakukan, kebenaran perlu diambil
dan nombor kebenaran (bermula dengan LIA) perlu dipaparkan di iklan tersebut; mengikut
peraturan-peraturan Lembaga Iklan Ubat 1976 (16). Produk yang digunakan sebagai rawatan
traditional dan komplementari juga tertakluk dibawh Akta 775 Perubatan dan Traditional 2016
dan tidak boleh mengiklankan penyakit-penyakit seperti di Lampiran A (15).
7. Huraian jenis-jenis pengambilan makanan tambahan
Terdapat banyak produk di dalam pasaran yang menjana pendapatan yang tinggi di seluruh
dunia, terutamanya herba. Ianya dijual sebagai makanan tambahan dan dilabel sebagai
Fasa 0
• Fasa pra-klinikal
• Kajian ke atas binatang (animal studies)
• Kajian tentang ketulenan bahan
• Penting untuk mengetahui pharmaco-dynamics dan pharmaco-kinetics.
Fasa I
• Bahan kajian digunakan ke atas jumlah kecil subjek sihat atau pesakit
• Kajian keselamatan, dos maksima untuk manusia, pharmaco-dynamics, pharmaco-kinetics manusia dan interaksi dengan ubatan lain
Fasa II
• Keselamatan kegunaan untuk rawatan
• Kajian ke atas jumlah subjek yang kecil (lebih dari fasa I).
• Therapeutic exploratory
• Menyelidik dos optima, kekerapan dos, cara terbaik ianya diberikan
Fasa III
• Bahan kajian digunakan untuk populasi yang lebih ramai; kebiasaannya antara 300 sehingga 3000 subjek
• Kajian untuk therapeutic confirmatory, comparative efficacy, equivalency trial.
• Jenis kajian secara randomized controlled
Fasa IV
• Kajian selepas pemasaran
• Lebih ramai subjek
• Post-marketing survey, therapeutic use
• Menyelidik kesan sampingan yang jarang berlaku, cost effectiveness, drug effectiveness
8
makanan; maka ianya tidak melalui fasa kajian atau penilaian oleh badan regulasi. Di Malaysia,
rata-rata pengiklanan pelbagai produk, termasuk herba tidak mengikut akta dan undang-undang
yang sedia ada (seperti di no 6).
Jika mengikut garispanduan nutrisi yang dihasilkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,
ianya telah menyatakan bahawa makanan seharian yang seimbang boleh memberi vitamin dan
nutrien yang mencukupi (17). Keperluan tambahan selain daripada pemakanan seimbang dan
sihat tidak diperlukan. Pesakit-pesakit buah pinggang tidak disarankan mengambil apa-apa
produk sewenang-wenangnya tanpa berbincang dengan doktor yang merawat kerana ianya
mungkin menyebabkan kesan sampingan.
7.1. Makanan tambahan Beberapa jenis makanan tambahan dan termasuk makanan yang sering disebut
sebagai sunnah akan dihuraikan mengikut kajian yang telah dilaporkan dan
diterbitkan oleh jurnal perubatan.
7.1.1. Herba
Beberapa jenis herba yang telah dikenalpasti menyebabkan kerosakan buah
pinggang; antara bahan toksik adalah aristolochic acid (18). Bahan ini
dikenalpasti terkandung didalam sejenis pil kurus dan telah merosakkan fungsi
buah pinggang (19). Patologi menunjukkan interstitial fibrosis; luka dan parut
kekal di dalam tisu buah pinggang (19). Walaubagaimanapun, ada beberapa
jenis herba yang sedang menjalani kajian fasa klinikal secara intensif dan
mungkin berpotensi untuk kegunaan dimasa akan datang (20). Keputusan kajian
fasa klinikal akan terus dinantikan di dalam jurnal perubatan. Sehingga masa
tersebut tiba, ianya tidak boleh lagi disarankan kegunaan untuk pesakit buah
pinggang.
7.1.2. Suplemen
Antara suplemen makanan yang telah dilaporkan mengakibatkan kegagalan
buah pinggang melalui case reports termasuk creatine, glucosamine,
hempedu ikan (carp), sheep bile (21). Pengambilan suplemen perlu
perbincangan dengan doktor yang merawat.
9
7.1.2.1. Vitamin C
Keperluan Vitamin C sehari adalah dianggarkan 70-100 mg sahaja;
dan ianya boleh didapati dari pemakanan yang seimbang (17).
Pengambilan dos yang sangat tinggi telah dilaporkan mengakibatkan
batu karang di dalam buah pinggang (21).
7.1.2.2. Keperluan Vitamin
Ada beberapa keperluan pengambilan vitamin yang penting dan perlu
diketahui. Sebagai contoh, asid folik (dos 5mg) diperlukan untuk ibu-
ibu yang mengandung dan wanita-wanita yang sedang merancang
untuk mengandung. Ini terbukti untuk mengelakkan komplikasi kepada
bayi iaitu neural tube defect (22).
7.2. Lain-lain Makanan
Berikut adalah jenis-jenis makanan yang ada disebut dan disenaraikan sebagai
pemakanan sunnah (23).
7.2.1. Susu
Secara amnya, susu mengandungi khasiat yang lengkap terdiri daripada
protein, lemak dan mineral yang dapat membantu pembentukan tulang untuk
yang masih sihat. Walaubagaimanapun, pesakit kronik buah pinggang yang
menjalani dialisis perlu mengelakkan pengambilan susu kerana mempunyai
kandungan fosfat yang tinggi. Fosfat akan berkumpul didalam badan dan akan
menyebabkan komplikasi hyperparathyroidism. Kesan klinikalnya termasuk
tulang rapuh dan senang patah; selain daripada risiko penyakit jantung.
7.2.2. Keju
Seperti susu, keju juga mempunyai kandungan fosfat yang tinggi. Jadi ianya
perlu dielakkan oleh pesakit kronik buah pinggang yang menjalani rawatan
dialisis.
10
7.2.3. Kurma
Kurma mempunyai kanduangan dan elemen penting untuk kesihatan secara
amnya; ia mengandungi pelbagai khasiat seperti garam dan mineral, kaya
dengan vitamin, karbohidrat yang tinggi selain daripada serat, protein,
lemak dan minyak (24). Untuk pesakit kronik buah pinggang tahap
akhir, pengambilan kalium kemungkinan besar perlu dihadkan. Fungsi asas
buah pinggang adalah pengkumuhan toksik dan mineral yang tidak diperlukan
atau terlebih. Bila fungsi buah pinggang merosot, fungsi ini tidak dapat
dilakukan dengan baik; jadi kalium tidak dapat dikumuhkan dan
mengakibatkan bacaan tinggi didalam darah. Komplikasi tinggi potasium atau
kalium menyebabkan masalah ritma jantung dan boleh menyebabkan
kematian (degupan jantung boleh terhenti). Jadi, pengambilan kurma dengan
kuantiti yang banyak perlu dielakkan oleh pesakit kronik buah pinggang tahap
akhir.
7.2.4. Asid Amino
Bila fungsi buah pinggang terjejas, kadar asid didalam badan tidak dapat
dineutralkan oleh buah pinggang seperti kebiasaan. Jadi, bahan yang
mengandungi asid seperti ini elok dielakkan.
7.2.5. Anggur
Anggur mempunyai kandungan vitamin C dan B6 cukup tinggi serta mineral
kalium dan beberapa elemen yang baik. Walaubagaimanapun, garam potasium
atau kalium adalah antara yang perlu dielakkan jika tahap kerosakan buah
pinggang sudah sampai peringkat akhir.
7.2.6. Madu
Madu sudah lama dikenali dan telah digunakan sebagai rawatan
komplementari. Ianya mengandungi bahan antioksidan yang berpotensi
menghalang bahan-bahan radikal bebas bertindak ke atas sel-sel badan
bertukar kepada kanser, boleh membunuh pelbagai jenis kuman sama ada
daripada jenis bakteria, fungus dan beberapa fungsi lagi (25).
Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh digeneralisasi kerana kandungan
11
madu juga mengikut asal lokasi geografi dan jenisnya (25). Walaupun ianya
berpotensi, kajian terperinci masih diperlukan untuk membuktikan
keberkesanannya. Ada penerbitan melaporkan yang madu mempunyai potensi
untuk mengurangkan jangkitan kuman di kalangan pesakit kronik buah
pinggang (26). Madu tidak digunakan untuk rawatan kronik buah pinggang
dan tidak disarankan untuk rawatan khusus.
7.2.7. Barli
Barli (Hordeum vulgare L.) adalah hasil bijirin yang keempat paling penting
didunia dan mengandungi kandungan serat yang tinggi. Ia mengandungi
elemen-elemen phytochemicals seperti β-glucan, phenolic acids,
flavonoids, lignans, tocols, phytosterols, dan asid folik (27). Bahan-bahan ini
dilaporkan mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kencing manis, kanser,
penyakit jantung dan beberapa lagi (27). Potensi bahan ini dikenalpasti sebagai
basis untuk kajian yang lebih menyeluruh dan terperinci dilakukan di masa
hadapan. Ianya tidak disarankan sebagai rutin untuk pesakit buah pinggang.
Garam potasium atau kalium mungkin boleh menjadi masalah jika diambil
secara berlebihan untuk pesakit kronik buah pinggang tahap akhir.
7.2.8. Jintan Hitam (Habbatussauda’)
Habbatussauda' atau dikenali Nigella Sativa atau black seed oil telah lama
digunakan sebagai rawatan traditional dan komplementari. Minyak dan
ekstraknya telah dilaporkan mempunyai pelbagai kebaikan; antara
termasuk anti-oxidant, anti-inflammatory, anti-bacterial (28).
Kebanyakan kajian telah dijalankan adalah didalam peringkat makmal (29).
Kesan yang khusus ke atas manusia, elemen ekstrak yang aktif masih
memerlukan kajian lebih mendalam (28). Walaubagaimanapun, potensinya
dikenalpasti untuk kegunaan rawatan di masa hadapan. Kesan khusus kepada
buah pinggang ada dilaporkan oleh penyiasatan ke atas binatang; seperti
tikus dan arnab (30,31). Penggunaannya ke atas manusia yang
berpenyakit kronik buah pinggang tidak disarankan mengikut garispanduan
sedia ada.
12
7.2.9. Minyak Zaitun
Kebaikan dan kelebihan minyak zaitun banyak dikaji didalam konteks diet
Mediterranean (32). Secara amnya laporan menyatakan kebaikannya
untuk mengelakkan penyakit tidak berjangkit (non-communicable disease)
seperti penyakit jantung, kencing manis (32). Walaubagaimanapun, ianya
bukan saranan untuk yang telah mempunyai penyakit kronik dan kesan
khusus pengambilannya masih tidak dapat dibuktikan dengan jelas (32).
Tidak ada kajian menyokong penggunaan secara rutin untuk penyakit
kronik buah pinggang.
7.2.10. Gam Arabik
Penggunaan gam arabic (acacia gum) pada permulaannya telah diterbitkan
sebagai case report sebagai rawatan efektif untuk mengurangkan paras
kreatinin (bahan toksik yang sepatutnya dikumuhkan oleh buah pinggang)
seorang pesakit pediatrik (33). Bukan hanya bacaan darah kreatinin sahaja
diperlukan untuk rawatan dan pengurusan pesakit buah pinggang; malah
banyak lagi indikator keputusan darah diperlukan. Ada beberapa kajian lain
yang dilaporkan tetapi bukti masih belum kukuh; kerana kebanyakannya
dilakukan ke atas binatang (tikus); hanya segilintir ke atas manusia dengan
bilangan subjek yang kecil, kajian jangkamasa pendek dan kesan jangkamasa
panjang tidak lagi diketahui (34).
Tidak ada kajian kukuh untuk menyarankan penggunaan makanan tambahan seperti yang
tersenarai diatas untuk diambil oleh pesakit buah pinggang. Secara kesimpulan, pemakanan
pesakit kronik buah pinggang tidak boleh disamakan dengan masyarakat umum. Seeloknya,
khidmat pegawai pemakanan sangat penting untuk memberi tunjuk ajar dan saranan yang
sesuai untuk individu. Pemakanan yang disarankan kemungkinan berlainan setiap individu.
Ianya bergantung dan berkait rapat dengan kepada tahap kerosakan, pemeriksaan fizikal dan
keputusan ujian darah. Oleh kerana itu, secara umumnya pemakanan tambahan tidak
digalakkan untuk pesakit kronik buah pinggang tanpa perbincangan dengan pasukan kesihatan
yang merawat. Setiap produk perlu diselidik akan setiap isi kandungan untuk nasihat dan
saranan tertentu dapat diberikan. Kandungan makanan tambahan yang kebanyakannya tidak
diketahui mungkin memberikan mudarat kepada pesakit buah pinggang.
13
8. Rawatan Penyakit Buah Pinggang
Rawatan penyakit buah pinggang perlu pemantauan dan nasihat dari doktor dan pengamal
kesihatan yang merawat. Jenis kerosakan (akut atau kronik) perlu dikenalpasti terlebih dahulu
dan puncanya dirawat mengikut garispanduan yang ditetapkan.
8.1. Ubat preskripsi
Pesakit buah pinggang akan disarankan mengelakkan apa-apa selain daripada ubat
preskripsi yang diberikan oleh doktor yang merawat (21). Ubat yang
kebiasaannya digunakan oleh pakar buah pinggang tertumpu kepada puncanya dan
mengurangkan risiko kerosakan yang cepat. Walaupun setiap ubat ada profil
komplikasi masing-masing, kesan ini diketahui dan boleh dipantau. Kandungan setiap
ubat yang diberi oleh doktor diketahui dosnya dan telah melalui kesemua fasa
kajian klinikal perubatan, seperti rajah 2.
8.2. Ubat over-the-counter
Ubat over-the-counter adalah ubat yang boleh didapati tanpa perlu preskripsi.
Pengambilan ubat-ubat jenis ini adalah salah satu risiko penyakit kronik kegagalan
buah pinggang (35).Bukan hanya pemakanan tambahan perlu dielakkan oleh pesakit
kronik kegagalan buah pinggang, ubat-ubatan berdaftar juga disarankan agar tidak
diambil tanpa perbincangan dengan pengamal perubatan yang merawat. Ini adalah
untuk mengelakkan risiko menurunkan lagi fungsi buah pinggang, risiko kesan
sampingan dan interaksi dengan ubat-ubatan yang sedia ada.
8.3. Penjagaan pemakanan jika mempunyai penyakit kronik buah pinggang
Pesakit-pesakit buah pinggang kronik disarankan mengurangkan kandungan garam
(termasuk garam tersembunyi didalam bahan seperti sos, kicap dan lain-lain), didalam
pemakanan seharian dan sentiasa mengikuti saranan pemakanan sihat. Penjagaan
pemakanan khusus yang lain akan bergantung kepada tahap penyakit buah pinggang
dan juga berhubung kait dengan keputusan darah individu tersebut. Penjagaan kuantiti
minuman juga mungkin perlu dikurangkan jika di tahap akhir (tahap 5) dan / atau
mengalami komplikasi bengkak badan.
14
Antara saranan yang penting jika seseorang ada kerosakan buah pinggang adalah
memberhentikan dan mengelakkan pengambilan makanan tambahan yang mungkin
boleh membebankan lagi fungsi buah pinggang tersebut (36).
9. Kesimpulan Pesakit buah pinggang kronik tergolong didalam kumpulan yang berisiko jika mengambil
makanan tambahan. Disebabkan ramai yang mengalami penyakit ini tanpa disedari dan kesan
sampingan produk makanan selain daripada rawatan yang diketahui oleh pasukan kesihatan
yang merawat, mengelakkan pengambilan makanan tambahan adalah disyorkan. Masyarakat
perlu berbincang dahulu dengan doktor merawat sebelum mengambil apa-apa selain daripada
yang disarankan. Tiada makanan tambahan yang boleh merawat penyakit buah pinggang
setakat ini. Lebih banyak kajian jangkamasa panjang dan lebih terperinci perlu dilakukan.
15
10. Rujukan 1. Yam L, Ghazali N, Goh A, Leong B, Hin W, Lee S, et al. ALL RENAL
REPLACEMENT THERAPY IN MALAYSIA CHAPTER 1 All Renal Replacement Therapy In Malaysia.
2. Ismail H, Abdul Manaf MR, Abdul Gafor AH, Mohamad Zaher ZM, Ibrahim AIN. Economic Burden of ESRD to the Malaysian Health Care System. Kidney Int Reports. 2019 May;
3. Hooi LS, Ong LM, Ahmad G, Bavanandan S, Ahmad NA, Naidu BM, et al. A population-based study measuring the prevalence of chronic kidney disease among adults in West Malaysia. Kidney Int. 2013;84(5):1034–40.
4. CPG Management of Chronic Kidney Ministry of Health, Malaysia [cited 2019 Nov 6]. Available from: http://www.moh.gov.my/moh/penerbitan/CPG/CPG Management of Chronic Kidney Disease (Second Edition).pdf
5. CKD Evaluation and Management – KDIGO. [cited 2019 Nov 7]. Available from: https://kdigo.org/guidelines/ckd-evaluation-and-management/
6. Jakimowicz-Tylicka M, Chmielewski M, Kuźmiuk-Glembin I, Skonieczny P, Dijakiewicz G, Zdrojewska G, et al. Dietary supplement use among patients with chronic kidney disease. Acta Biochim Pol. 2018;65(2):319–24.
7. Osman NA, Hassanein SM, Leil MM, NasrAllah MM. Complementary and Alternative Medicine Use Among Patients With Chronic Kidney Disease and Kidney Transplant Recipients. J Ren Nutr. 2015 Nov 1;25(6):466–71.
8. Pengpid S, Peltzer K. Utilization of traditional and complementary medicine in Indonesia: Results of a national survey in 2014-15. Complement Ther Clin Pract. 2018 Nov;33:156–63.
9. Al-Naggar RA, Al-Naggar RA, Bobryshev Y V, Abdulghani M, Rammohan S, Osman MT, et al. Complementary/alternative Medicine Use among Cancer Patients in Malaysia. World J Med Sci. 2013;8(2):157–64.
10. World Health Organization (WHO). WHO Traditional Medicine Strategy 2014-2023. World Heal Organ. 2013;1–76.
11. Cerdá J, Lameire N, Eggers P, Pannu N, Uchino S, Wang H, et al. Epidemiology of Acute Kidney Injury. Clin J Am Soc Nephrol. 2008 May;3(3):881–6.
12. Farnsworth NR, Akerele O, Bingel AS, Soejarto DD, Guo Z. Medicinal plants in therapy. Bull World Health Organ. 1985;63(6):965–81.
13. Umscheid CA, Margolis DJ, Grossman CE. Key concepts of clinical trials: A narrative review. Vol. 123, Postgraduate Medicine. 2011. p. 194–204.
14. National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) - Home. [cited 2019 Nov 9]. Available from: https://npra.gov.my/index.php/en/
15. Portal Rasmi Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari - AKTA PT&K 2016 (AKTA 775). [cited 2019 Nov 11]. Available from: http://tcm.moh.gov.my/ms/index.php/akta-pt-k-2016/akta2016
16. Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 dan Peraturan-peraturannya | Program Perkhidmatan Farmasi. [cited 2019 Nov 10]. Available from: https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/dokumen/akta-ubat-iklan-penjualan-1956-peraturan-peraturannya.html
17. RECOMMENDED NUTRIENT INTAKES for MALAYSIA RNI A Report of the Technical Working Group on Nutritional Guidelines National Coordinating Committee on Food and Nutrition Ministry of Health Malaysia Ministry of Health Malaysia. 2017.
18. Jha V. Herbal medicines and chronic kidney disease. In: Nephrology. 2010. p. 10–7.
16
19. Meyer MM, Chen TP, Bennett WM. Chinese herb nephropathy. Proc (Bayl Univ Med Cent). 2000 Oct;13(4):334–7.
20. Zhong Y, Deng Y, Chen Y, Chuang PY, Cijiang He J. Therapeutic use of traditional Chinese herbal medications for chronic kidney diseases. Vol. 84, Kidney International. Nature Publishing Group; 2013. p. 1108–18.
21. Brown AC. An overview of herb and dietary supplement efficacy, safety and government regulations in the United States with suggested improvements. Part 1 of 5 series. Food Chem Toxicol. 2017;107:449–71.
22. Supplements: Who needs them? A special report - NHS. [cited 2019 Nov 11]. Available from: https://www.nhs.uk/news/food-and-diet/supplements-who-needs-them-a-special-report/
23. Makanan Sunnah - PORTAL MyHEALTH. [cited 2019 Oct 29]. Available from: http://www.myhealth.gov.my/makanan-sunnah/
24. Al-Shahib W, Marshall RJ. The fruit of the date palm: Its possible use as the best food for the future? Int J Food Sci Nutr. 2003 Jul;54(4):247–59.
25. Miguel MG, Antunes MD, Faleiro ML. Honey as a complementary medicine. Vol. 12, Integrative Medicine Insights. SAGE Publications Ltd; 2017. p. 1–15.
26. Francis A, Cho Y, Johnson DW. Honey in the Prevention and Treatment of Infection in the CKD Population: A Narrative Review. Vol. 2015, Evidence-based Complementary and Alternative Medicine. Hindawi Limited; 2015.
27. Zeng Y, Pu X, Yang J, Du J, Yang X, Li X, et al. Preventive and therapeutic role of functional ingredients of barley grass for chronic diseases in human beings. Vol. 2018, Oxidative Medicine and Cellular Longevity. Hindawi Limited; 2018.
28. Ahmad A, Husain A, Mujeeb M, Khan SA, Najmi AK, Siddique NA, et al. A review on therapeutic potential of Nigella sativa: A miracle herb. Asian Pac J Trop Biomed. 2013 May;3(5):337–52.
29. Ping NC, Hashim NH, Hasan Adli DS. Effects of Nigella sativa (Habbatus sauda) oil and nicotine chronic treatments on sperm parameters and testis histological features of rats. Evidence-based Complement Altern Med. 2014;2014.
30. Cascella M, Palma G, Barbieri A, Bimonte S, Amruthraj NJ, Muzio MR, et al. Role of nigella sativa and its constituent thymoquinone on chemotherapy-induced nephrotoxicity: Evidences from experimental animal studies. Vol. 9, Nutrients. MDPI AG; 2017.
31. Saleem U, Ahmad B, Rehman K, Mahmood S, Alam M, Erum A. Nephro-protective effect of vitamin C and Nigella sativa oil on gentamicin associated nephrotoxicity in rabbits. Pak J Pharm Sci. 2012 Oct;25(4):727–30.
32. Foscolou A, Critselis E, Panagiotakos D. Olive oil consumption and human health: A narrative review. Vol. 118, Maturitas. Elsevier Ireland Ltd; 2018. p. 60–6.
33. Al Mosawi AJ. “The use of acacia gum in end stage renal failure.” J Trop Pediatr. 2007 Oct 1;53(5):362–5.
34. Elamin S, Alkhawaja MJ, Bukhamsin AY, Idris MAS, Abdelrahman MM, Abutaleb NK, et al. Gum Arabic Reduces C-Reactive Protein in Chronic Kidney Disease Patients without Affecting Urea or Indoxyl Sulfate Levels. Int J Nephrol. 2017;2017.
35. Luyckx VA, Tuttle KR, Garcia-Garcia G, Gharbi MB, Heerspink HJL, Johnson DW, et al. Reducing major risk factors for chronic kidney disease. Vol. 7, Kidney International Supplements. Elsevier B.V.; 2017. p. 71–87.
36. Saini T. Comparative pilot study of symptoms and quality of life in cancer patients and patients with end stage renal disease. Palliat Med. 2006;20:631–6.
17
11. Lampiran A Senarai 20 penyakit yang tidak boleh diiklankan
Senarai ini dipetik dari Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) tahun 1956 (16).
1. Diseases or defects of the kidney.
2. Diseases or defects of the heart.
3. Diabetes
4. Epilepsy or fits.
5. Paralysis.
6. Tuberculosis.
7. Asthma.
8. Leprosy.
9. Cancer.
10. Deafness.
11. Drug addiction.
12. Hernia or rupture.
13. Diseases of the eye.
14. Hypertension.
15. Mental disorder.
16. Infertility.
17. Frigidity
18. Impairment of sexual function or impotency.
19. Venereal disease.
20. Nervous debility, or other complaint or infirmity, arising from or relating to sexual
intercourse.