iklan permohonan
DESCRIPTION
iklanTRANSCRIPT
PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA & POLITEKNIK PREMIER
SESI AKADEMIK 2015/2016 DAN
PERMOHONAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK KONVENSIONAL / METrO, KOLEJ KOMUNITI &
INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA)
BAGI AMBILAN TAHUN 2015Makluman :
Permohonan dibuka mulai 19 Januari 2015 (Isnin) jam 12.00 tengah hari sehingga 06 April 2015 (Isnin) jam 4.00 petang melalui Sistem Kemasukan Atas Talian ke IPTA/Politeknik Premier/ Politeknik Konvensional / Metro, Kolej Komuniti & ILKA sahaja. Permohonan ke USM dikemukakan terus melalui laman web https://pohon.usm.myPermohonan ke UM bagi Kemasukan ke Program Pengajian Peringkat Ijazah Pertama dikemukakan terus melalui laman web MyUM-ID.um.edu.my Mulai Sesi 2015/2016 Program Asasi Pengurusan di UUM akan ditawarkan untuk Lepasan SPM/Setaraf
Pemohon wajib membeli Nombor Unik ID melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mengemukakan permohonan. Pemohon perlu menyemak e-Panduan sebelum mengemukakan permohonan untuk Pemilihan Peringkat Pengajian dan Bidang Pengajian.PERINGKAT PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA
LEPASAN STPM / STAM
Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Kad
Pengenalan / MyKad dan Bukan Warganegara Malaysia dan memiliki salah satu kelayakanseperti berikut:i) Lulusan STPM Tahun 2014 sahaja; atau ii) Lulusan STAM Tahun 2014 atau 2013 sahaja.
LEPASAN DIPLOMA SETARAF
Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai Kad Pengenalan / MyKad dan memiliki salah satu kelayakan seperti berikut:i) Lulusan Diploma dari IPTA/Politeknik/IPTS; atau
ii) Lulusan STP/HSC/STPM Tahun 2013 atau sebelumnya; atau
iii) Lulusan Matrikulasi Tahun 2013 atau sebelumnya; atau
iv) Lulusan STAM tahun 2012 atau sebelumnya; atau
v) Lulusan Pra U MSN-KPM Sekolah Sukan Malaysia; atauvi) Lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat; atauNota : Pemohon Bukan Warganegara Malaysia boleh memohon terus ke IPTA pilihan dengan mengisi borang permohonan yang disediakan oleh IPTA berkenaan. (Rujuk Bahagian Akademik IPTA untuk maklumat lanjut)PERINGKAT DIPLOMA / PERSEDIAAN
LEPASAN SPM/SETARAF
Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Kad Pengenalan / MyKad serta memiliki salah satu kelayakan seperti berikut:
Kategori A:Pemohon Lepasan SPM tahun 2014 ;
Kategori B:Pemohon Lepasan SPM tahun 2012 atau SPM tahun 2013 ;
Kategori C:Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2011. atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh Senat IPTA dan Politeknik Malaysia.
Kategori D:SPM 2012 dengan sijil ulangan SPM 2014; atauSPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2014; danSPM 2012 dengan sijil ulangan SPM 2013.
PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID MELALUI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
KAEDAH
PEMBELIANNOMBOR AKAUN UPUBAYARAN
LEPASAN SPM / SETARAF & SKM LEPASAN STPM / DIPLOMA SETARAF / STAM
Kaunter
ATAU
Mesin ATM / SMS Banking
(bagi pemegang akaun GIRO sahaja)
14100-29-83030691-5RM15.60RM15.60
Nota: Sila simpan slip pembayaran untuk rujukan dan sebagai bukti sah pembelianMaklumat lanjut permohonan - sila layari Laman Web Rasmi Kemasukan http://upu.moe.gov.my
Sebarang pertanyaan, sila hubungi alamat dan talian seperti berikut :
PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TINGGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 4, NO.2, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5 PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62200 PUTRAJAYA No. Tel : 03-8870 6755 /6777 No. Faks : 03-8870 6864 e-mel : [email protected] TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan bagi Lepasan STPM / Setaraf dan SPM / Setaraf ialah pada 06 April 2015 (sebelum jam 4.00 petang)
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PAGE 2 / 2