ilmu pendidikan.doc
TRANSCRIPT
TAJUK 1 KONSEP PSIKOLOGI DAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Berhenti dan renungkan.(m/s 5)Berikan empat sebab mengapa guru mesti mempunyai pengetahuan Psikologi Pendidikan yang baik.
Jawapan :
Matlamat pendidikan psikologi ialah untuk memahami tingkahlaku murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran melalui pemerhatian oleh guru,oleh sebab itu
pengetahuan Psikologi Pendidikan penting bagi guru untuk :
1- Memberikan ilmu pengetahuan tentang teori dan prinsip psikologi kepada
guru supaya mengamalkannya dalam bilik darjah
2- Menyedarkan guru terhadap perbezaan individu dari segi mental, fizikal,
minat demi membolehkan mengajar murid-murid mengikut kebolehan mereka
dengan menggunakan aktiviti kumpulan.
3- Membekalkan ilmu pengetahuan tentang tingkahlaku murid
agarmembolehkan guru mencegah masalah displin yang tidak diingini dalam
bilik darjah dengan berkesan .
4- Akan dapat membantunya meningkatkan kualiti pengajaran dalam bilik
darjah.
Latihan (m/s 6)
1. Beri satu contoh aktiviti berkaitan dengan psikologi dan bukan psikologi.Jawapan:Contoh aktiviti berkaitan dengan psikologi ialah mengkaji tahap motivasi murid
dengan pencapaian akademik mereka dan membaca buku, tingkah laku merokok,
suka bising, suka berkhayal, semua ini kajian tentang tingkah laku manusia.
Manakala contoh aktiviti berkaitan dengan bukan psikologi ialah, aktiviti seperti
kajian tentang hidupan laut dan marin, kajian tentang alam sekitar, kajian
pembangunan dan kajian masyarakat dan sosial, Aktiviti ini bukan Psikologi kerana
bidang-bidang kajian tersebut bukan mengkaji mengenai tingkahlaku manusia
sebagaimana seperti pendapat-pendapat ahli falsafah.1
2. Berdasarkan pengetahuan anda mengenai pendidikan psikologi, senaraikan dua kaedah untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Jawapan:Dua kaedah yang boleh memperbaiki pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
adalah perbincangan dan media.
a) Perbincangan
Perbincangan merupakan satu teknik pengajaran yang popular walaupun guru-
guru baru mendapati sukar untuk melaksanakannya. Seperti teknik pengajaran
yang lain, tiada syor yang dapat menjamin perbincangan yang berjaya, setiap kali
mengajar tetapi beberapa prinsip boleh diikuti untuk meningkatkan kemungkinan
kejayaannya. Selain itu, mengenal pasti masalah yang menganggu tumpuan
murid untuk belajar serta memuji murid yang menghasilkan sesuatu yang baik.
b) Media
Pengajaran guru boleh dipelbagaikan dengan menggunakan media seperti
televisyen dan filem. Televisyen boleh membantu interaksi. Dengan memilih tajuk
yang sesuai dengan minat pelajar, sesebuah rancangan televisyen boleh
menggalakkan mereka berbincang terutama selepas menonton.
2
TAJUK 2 FITRAH MANUSIA
Berhenti dan renungkan(m/s 10)Pertimbangkan pernyataan yang berikut, nyatakan di antaranya yang mana satu adalah “perkembangan” dan “pertumbuhan”:a) Berambut panjangb) Konsep kendiri yang positif
Jawapan:a) Berambut panjang ialah pertumbuhan kerana ia melibatkan perubahan fizikal.
b) Konsep kendiri yang positif ialah perkembangan kerana ia melibatkan sikap
dalaman seseorang individu.
2. Berhenti dan renungkan (m/s 11)Adakah kanak-kanak menunjukkan corak yang sama dalam perkembangan fizikal, intelek dan emosi ketika membesar? Adakah perbezaan melebihi persamaan?
Jawapan:Kanak-kanak tidak menunjukkan corak yang sama dalam perkembangan fizikal,
intelek dan emosi ketika membesar. Corak berkenaan menunjukkan perbezaan
melebihi persamaan. Ini kerana, perkembangan seseorang individu dipengaruhi oleh
pelbagai faktor seperti persekitaran dan baka. ini dilihat berdasarkan teori-teori
perkembangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi seperti Gesell, Havighurst,
Piaget, Erikson dan Kohlberg.
3
3. Berhenti dan renungkan (m/s 14)
Cuba fikirkan tingkah laku agresif atau manipulatif murid-murid yang tidak mencapai keperluan diri sewaktu kecil.Jawapan:Antara tingkah laku agresif atau manipulatif yang dapat diperhatikan ialah:
a) Menggulingkan badan di lantai ketika bermain dengan rakan-rakan.
b) Makan dengan gelojoh dan mencomotkan mulut dan pakaian tanpa rasa segan
atau malu.
c) Menyalin pakaian di khalayak ramai.
d) Corak permainan tidak berubah kerana hanya bermain permainan kanak-kanak
4. Berhenti dan renungkan (m/s 16)
Ingatkan semula pengalaman-pengalaman sewaktu zaman persekolahan menengah yang telah membantu anda meningkatkan keyakinan diri dalam kebolehan anda.Jawapan:
Antara pengalaman-pengalaman yang membantu meningkatkan keyakinan diri
dalam kebolehan saya ialah:
1) Dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas formal di sekolah seperti pengacara
majlis perhimpunan mingguan sekolah, pengerusi forum, mengutip derma khas,
melaporkan disiplin pelajar kepada guru bertugas dan sebagainya.
2) Mengurus hal-hal kebajikan dalam jawatan kuasa pelajar di sekolah.
3) Mewakili sekolah dan universiti dalam acara-acara seperti perbahasan, pantun,
kawat dan acara-acara sukan.
4) Membantu guru dalam hal-hal pentadbiran asrama sekolah
4
5. Berhenti dan renungkan (m/s 17)
Di Eropah, seorang wanita hampir mati menghidap kanser. Sejenis ubat berbentuk radium dapat menyelamatkannya. Ahli farmasi yang menghasilkan ubat itu tinggal di bandar yang sama. Beliau meletakkan harga $2,000, sepuluh kali ganda kos untuk menghasilkan ubat itu. Suami pesakit berjumpa semua penduduk di bandar itu untuk meminjam wang tetapi cuma mampu mendapatkan separuh dari harga ubat tersebut. Lelaki itu berjumpa dengan ahli farmasi untuk membeli ubat tersebut dengan harga potongan atau membuat bayaran ansuran tetapi permintaannya ditolak. Dengan keadaan terdesak, lelaki itu mencuri ubat itu untuk isterinya. Patutkah lelaki itu bertindak seperti itu? Mengapa? (Kohlberg, 1969 : 379)
Jawapan:Lelaki itu patut bertindak begitu kerana dia di dalam keadaan terdesak, kehabisan
ikhtiar dan lagi disebabkan dihimpit rasa takut kehilangan isterinya kerana nyawanya
terancam oleh penyakit kanser.
Lelaki berkenaan telah cuba mematuhi peraturan moral dan undang-undang
dengan berusaha mendapatkan wang melalui pinjaman wang dari penduduk dan
menggunakan wang pinjaman itu untuk bayaran ansuran atau potongan kepada ahli
farmasi itu tetapi permintaannya ditolak.
Saya mendapati ahli farmasi ini tidak memenuhi kehendak dan keperluan
pengguna serta tidak berbakti kepada masyarakat dengan kelebihan pengetahuan
dan kemahiran yang dimilikinya serta menjadikan ubat berkenaan sumber
pendapatan. Ini kerana, bayaran yang dikenakan adalah 10 kali ganda daripada
harga kos.
Ini merupakan satu bentuk penindasan. Lelaki itu mungkin tidak dapat berfikir
dengan stabil kerana meletakkan kepentingan nyawa di atas segala-galanya.
5
6. Latihan (m/s 30)1. Gunakan peta minda untuk menyenaraikan prinsip perkembangan.Jawapan:
2. Pada pendapat anda, antara faktor baka dan persekitaran yang manakah penyumbang yang utama dalam pertumbuhan dan perkembangan diri anda.
Jawapan:Faktor baka dan persekitaran, kedua-duanya menyumbang dalam pertumbuhan dan
perkembangan diri saya. Saya daripada keluarga yang berpendidikan telah
menyebabkan saya juga boleh mencapai tahap kemajuan yang maksima. Begitu
juga persekitaran tempat saya membesar telah mempengaruhi pemikiran,
pendidikan, kepercayaan dan tingkahlaku sosial saya.
3. Pilih dan bulatkan jawapan yang paling tepat.Di antara yang berikut yang manakah strategi yang sesuai untuk membina sikap ketekunan?
A. Kekalkan bilik darjah dalam keadaan satu dimensi.
B. Labelkan keputusan ujian dengan ‘baik’, ‘buruk’ atau ‘atas sederhana’, ‘bawah
sederhana’ supaya murid lebih peka dengan tahap pencapaian mereka.
C. Puji kebolehan lebih dari usaha.
D. Menegaskan idea bahawa setiap murid mempunyai kemampuan dan kelemahan
yang berbeza.
6
Mengikut tertib
PRINSIP PERKEMBANGAN
Berlaku dari umum ke khusus
Berlaku secara
beransur
Berlaku pada kadar
berbeza
Peningkatan kerumitan
(complexity)
4. Apakah perbezaan antara Pelbagai Kecerdasan oleh Gardener dan Teori Kecerdasan Emosi oleh Goleman?Jawapan:Jadual Banding Beza:
PELBAGAI KECERDASAN KECERDASAN EMOSI
1. 8 jenis kecerdasan iaitu
verbal/linguistik, logika-matematika,
ruang(spatial), muzik, tubuh/kinestatik,
interpersonal, intrapersonel dan naturalis
1. 6 kemahiran emosi yang baik iaitu
kesedaran diri, menguruskan emosi,
empati, berkomunikasi, bekerjasama dan
menyelesaikan konflik
2. Orang yang mempunyai kecerdasan
ini berupaya menggunakan bahasa yang
berkesan
2. Kecerdasan ini memberi kesan
kepada tingkah laku, kejayaan
professional dan sosial dan darjah
kesejahteraan fizikal.
3. Penggunaan bahasa penting untuk
mempelajari mata pelajaran lain
3. Memberi kerangka luas untuk melihat
dan menilai pengalaman personel dan
intrapersonel.
4. Terbahagi kepada kecerdasan kognitif
(linguistik, logika-matematika dan ruang)
dan bukan kognitif (kecerdasan muzik,
tubuh kinestatik, interpersonel atau
intrapersonel)
4. Terbahagi kepada dua jenis minda-
emosi dan rasional. Jika kedua-duanya
bersatu, kecerdasan emosi dan
kebolehan intelek menjadi lebih kuat
5. Bagaimanakah anda sebagai seorang guru boleh menyatupadukan pelbagai kecerdasan dalam pengajaran anda?
Langkah Strategi Pengajaran-Pembelajaran
Peingkat Aktiviti guru Aktiviti murid
I
Set Induksi
(Kecerdasan
linguistik/verbal)
Guru meletakkan kad-kad ayat
satu demi satu pada carta
poket.
1. Amin termakan racun
2. Abu terpijak sekeping kaca
3. Ali terambil buku Mat
4. Kereta terlanggar seekor
kerbau
Murid-murid membaca ayat-
ayat daripada kad-kad ayat
yang ditunjukkan
7
II
(Kecerdasan
Intrapersonel)
Guru mengemukakan soalan-
soalan berikut:
1. Adakah Amin hendak makan
racun?
2. Adakah Abu sengaja pijak
kaca?
3. Adakah Ali sedar ambil buku
Mat?
4. Adakah kereta itu sengaja
melanggar seekor kerbau?
Murid-murid menjawan soalan
guru
1. Tidak
2. Tidak sengaja
3. Tidak sedar
4. Tidak sengaja
III
(Kecerdasan
Emosi)
1. “Murid-murid telah faham
maksud termakan, terpijak,
terambil dan terlanggar.
Apakah maksud ‘ter’ dalam
perkataan makan, pijak, ambil
dan langgar itu?”
2. “Bolehkah murid
menerangkan maksud imbuhan
‘ter’ dalam perkataan-
perkataan perbuatan itu?”
1. “Cikgu, ‘ter’ membawa
maksud tidak sengaja atau
tidak sedar.’
2. “Imbuhan ‘ter’ disini
membawa maksud tidak
sengaja.”
IV
(Kecerdasan
Naturalis)
1. Guru mempamerkan kad
kenyataan yang menerangkan
maksud imbuhan ‘ter’.
2. Kemudian, guru menyuruh
murid membacanya dan
memberi beberapa contoh ayat
yang mengandungi imbuhan
‘ter’.
1. Murid-murid membaca
kesimpulan dalam kad
kenyataan.
2. Murid-murid memberi contoh
ayat yang mengadungi
imbuhan ‘ter’.
6. Bandingkan pengukuhan semula, keperluan dan teori motivasi kognitif.Jawapan:
Jadual banding beza:
8
Pengukuhan semula Keperluan Teori Motivasi Kognitif1. Pengukuhan positif dan
negatif boleh digunakan
untuk memotivasikan
murid untuk belajar.
1. Guru-guru harus selalu
melayani keperluan murid
termasuk keperluan untuk
azam sendiri.
1. Murid-murid berbeza
dalam kebolehan berfikir,
untuk membuat
penaakulan dan lain-lain.
7. Apakah perbezaan antara motivasi luaran dan dalaman?
Jawapan:Motivasi Luaran ialah faktor luaran yang mempengaruhi perbuatan seseorang
seperti ganjaran, hukuman dan seumpamanya. Manakala Motivasi Dalaman pula
ialah suatu kesedaran yang lahir dari dalam diri seseorang yang mempengaruhi
tingkahlakunya seperti keyakinannya untuk berjaya.
8. Bagaimanakah guru dapat meningkatkan motivasi murid dalam pengajaran dan pembelajaran?
Jawapan:Terdapat tiga cara guru dapat meningkatkan motivasi murid-murid iaitu:
a) Suasana pengajaran dan pembelajaran
Guru-guru harus menyediakan suasana yang kondusif bagi murid-murid untuk
pembelajaran mereka. Harus terdapat pelbagai jenis sumber supaya mereka
dimotivasikan untuk belajar.
b) Pembelajaran koperatif dan kolaboratif
Murid-murid yang bekerjasama akan meningkatkan tahap motivasi kerana keperluan
sosial, emosi murid serta keperluan akademik mereka diambil kira. Strategi ini akan
membantu murid berkembang sebagai suatu kumpulan.
c) Pengukuhan semula
Pengukuhan positif atau negatif boleh digunakan untuk memotivasikan murid untuk
belajar. Misalnya, tugasan-tugasan baik murid boleh dipamerkan di dalam bilik
darjah untuk menggalakkan murid lain melakukan tugasan yang baik.
9
9. Kenal pasti beberapa perbezaan individu dalam kalangan murid anda.
Jawapan:Terdapat variasi dalam perbezaan individu yang dapat dilihat dikalangan murid-
murid seperti perbezaan kebolehan atau kecerdasan, kadar pencapaian, jantina,
gaya pembelajaran, dan budaya. Secara umumnya murid-murid boleh berbeza
daripada aspek-aspek yang berikut:
a) Fizikal – Murid-murid boleh berbeza dari segi jantina, rupa, saiz badan dan lain-
lain.
b) Kognitif – Berbeza dalam kebolehan berfikir, untuk membuat penaakulan dan lain-
lain.
c) Sosial – Sesetengah murid suka bersosial sementara yang lain suka bersendiri,
berbeza dari segi kebolehan berinteraksi.
d) Emosi – Murid-murid boleh jadi beremosi, sensitif, riang, murung dan lain-lain.
e) Bakat dan minat - minat seseorang murid berbeza-beza. contohnya minat
membaca yang berlainan antara seseorang murid bakat pula adalah kebolehan
semulajadi dan berbeza dari seorang murid dengan seorang murid yang lain.
10
TAJUK 3 PEMBENTUKAN PERSONALITI DAN KONSEP KENDIRI
1. Berhenti sejenak dan buat refleksi untuk soalan di bawah (m/s 32)Apa yang anda faham mengenai ‘personaliti’? Cuba kenal pasti personaliti anda sendiri.
Jawapan:Personaliti bermaksud sahsiah seseorang yang agak stabil atau agak kekal,
perangai, intelek dan fizikalnya yang menentukan penyesuaian diri yang unik
terhadap persekitaran. Ia merujuk kepada corak tingkah laku yang distingtif
termasuk pemikiran dan emosi yang mencirikan cara seseorang individu
menadaptasikan dirinya dengan kehidupan.
Terdapat juga konsep lain yang berkaitan dengan personaliti iaitu:
a) Temperamen
Pembawaan yang lahir dalam diri seseorang yang berkait rapat dengan pembawaan
emosi. Walaupun pembawaan ini diwarisi, namun ia juga ditentukan oleh tindakbalas
dengan persekitaran seperti perasaan gembira yang amat sangat.
b) Perwatakan
Sahsiah merujuk kepada tret-tret seperti jujur, kebolehan mengawal diri,
bersungguh-sungguh dan sifat adil. Ia merupakan kualiti yang ditentukan oleh
pembentukan sikap dan nilai, sama ada diterima atau ditolak oleh masyarakat.
Mengikut Carl Jung (1875-1961) terdapat beberapa klasifikasi personaliti iaitu:
a) Ekstrovert
Mempunyai minat yang tinggi terhadap dunia luar dan orang. Ia merupakan seorang
yang ‘out-going’, suka bercakap, peramah, mudah bergaul, tidak boleh diharapkan,
optimis dan sentiasa sukakan ‘excitement’. Ia sukakan aktiviti-aktiviti sosial kerana
ini membolehkannya bergaul dengan orang ramai.
b) Introvert
Mempunyai minat dan keupayaan yang tinggi menerokai dunia dalaman seperti
pemikiran, perasaan dan pengalaman seseorang. Ia sentiasa suka berseorangan,
11
merenung, memfokus terhadap dirinya, sukakan aktiviti solo, tekun, tegas, malu dan
mempunyai penadangan hidup yang pesimistik.
c) Ambivert
Ekstrovert dan introvert adalah sahsiah yang keterlaluan. Kebanyakan antara kita
mempunyai kedua-dua personaliti. Golongan ini adalah dikenali sebagai ambivert.
2. Mari kita berhenti dan cuba membuat refleksi (m/s 36)Bolehkah anda terangkan perbezaan antara konsep kendiri dan penghargaan kendiri.
Jawapan:Jadual banding beza
Konsep kendiri Penghargaan kendiri1. Dihasilkan oleh struktur kognitif yang
memberi gambaran serta kepercayaan
siapa dirinya yang sebenar.
1. Terhasil daripada reaksi afektif yang
membolehkan sesorang membuat
penilaian terhadap dirinya.
3. Berdasarkan penerangan di atas, kategorikan setiap helah bela diri di atas sama ada sebagai aktif atau pasif menggunakan pengurusan grafik (m/s 39)
Jawapan:
Helah bela diri Jenis1. Represi Pasif
2. Rasionalisasi Aktif
3. Projeksi Pasif
4. Identifikasi Aktif
5. Sublimasi Aktif
6. Peindahan Pasif
7. Regresi Pasif
8. Penafian Aktif
9. Pembentukan reaksi Pasif
10. Fantasi Aktif
11. Intelektualisasi Pasif
12
4. Huraikan lima cara yang disenaraikan di atas. Fikirkan cara-cara lain yang boleh digunakan. Kongsi dengan rakan-rakan anda (m/s 40)
a) Membentuk suatu sikap penerimaan terhadap murid
Jawapan:Guru tidak menolak atau mengetepikan pendapat atau sumbangan murid dalam
sesuatu perkara. Penerimaan yang dimaksudkan ialah dalam bentuk penghargaan,
keterbukaan dan kesediaan yang diamalkan oleh guru.
b) Memberi peluang kepada murid untuk meluahkan perasaan mereka.
Jawapan:Guru perlu memahami kehendak dan keperluan emosi murid-muridnya agar mereka
dapat meluahkan perasaan mereka dengan baik. Murid-murid yang dapat
meluahkan perasaan mereka berupaya mencorak sikap kendiri yang positif
c) Memberi peluang-peluang untuk interaksi bilik darjah
Jawapan:Guru memainkan peranan yang penting dalam penyampaian ilmu pelajaran. Murid-
murid yang menerima pelajaran berkenaan akan merasa bermakna sekiranya guru
memberi peluang kepada murid berinteraksi di dalam bilik darjah. Interaksi ini adalah
interaksi dua hala (murid-murid dan guru) dan soal jawab.
d) Memastikan peraturan-peraturan dinyatakan dengan eksplisit dan dilaksanakan dengan tegas.
Jawapan:Misalnya dalam aspek disiplin murid-murid hendaklah dilaksanakan dengan tegas
dan bermoral. Ini kerana peraturan yang ditetapkan akan menjurus kepada amalan
dan aturan disiplin tegas. Murid-murid dapat membezakan antara peraturan yang
dilarang dengan peraturan yang dibenarkan yang akhirnya membantu mewujudkan
konsep kendiri yang positif.
13
e) Memberi peluang untuk setiap murid mengecapi kejayaan
Jawapan:Guru memainkan peranan yang penting di dalam waktu pengajaran dan
pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Guru perlu berusaha mengenal pasti
kekurangan dan kelebihan setiap anak didiknya dan memberi peluang dan galakkan
untuk mereka menyedari dan menghargai kelebihan masing-masing. Dengan cara
ini setiap murid dapat menikmati kejayaan dalam bidang masing-masing melalui
kelebihan yang tersendiri.
5. Latihan (m/s 40)1. Kenal pasti personaliti murid anda berdasarkan tiga jenis personaliti yang telah dibincangkan. Beri ulasan ringkas mengapa anda mengklasifikasikan mereka dalam jenis tersebut.
Jawapan:Mengikut Carl Jung (1875-1961), manusia boleh diklasifikasikan kepada tiga
kumpulan berdasarkan kepada personaliti peribadi mereka iaitu:
a) Ekstrovert
b) Introvert
c) Ambivert
1- Ekstrovert
Murid yang digolongkan dalam personaliti Ekstrovert, mereka mempunyai ciri- ciri
seperti relaks, gemar kepada keseronokan, suka aktiviti sosial atau aktiviti luar, suka
bercakap, aktif dan ligat, tidak mudah bimbang dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan.
Ini kerana;
Mereka agak sukar dikawal dan tidak boleh duduk diam dalam satu jangka
masa yang lama.
Mereka suka kepada aktiviti yang membolehkan mereka bergerak bebas
seperti bersukan, melukis, kuiz dan aktiviti kemasyarakatan seperti
bergotong-royong, menolong guru dan sebagainya.
Ia sukakan aktiviti-aktiviti sosial kerana ini membolehkannya bergaul
dengan orang ramai.
14
2. Introvert
Murid yang digolongkan dan kumpulan ini menonjolkan ciri-ciri seperti pasif, gemar
keseorangan, pemalu, gemar berseorangan, pemalu, sensitif, cermat, sentiasa
berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak, boleh dipercayai, tenang, dan kurang
bersedia menanggung risiko.Personaliti ini dimiliki oleh murid yang lemah dan murid
yang pandai.
Murid lemah yang mempunyai personaliti ini, akan menjadi pasif, pemalu,
sensitif dan sebagainya kerana kurang keyakinan diri. Mereka malu dengan
kelemahan diri mereka yang disangkakan tidak pandai dan tidak boleh berada
dikhalayak ramai.
Murid yang cerdik dan pandai mempunyai personaliti ini. Mereka lebih suka
berseorangan, pendiam dan cukup memberi perhatian kepada pelajaran.
Mereka lebih suka belajar dan membuat kerja-kerja berfaedah daripada
berbual kosong dengan rakan-rakan.
3. Ambivert
Sekumpulan yang lain pula adalah dari kumpulan personaliti Ambivert. Mereka
nampak aktif pada suatu ketika sementara malu-malu dalam situasi yang lain. .
Mereka ini lebih mudah difahami dan mudah didampingi.
2. Beri dua contoh bagaimana anda sebagai guru boleh membentuk sahsiah yang positif terhadap murid-murid anda.
Jawapan:Sahsiah merujuk kepada ciri-ciri seperti jujur, kebolehan mengenal diri, bersungguh-
sungguh dan sifat adil. Ia merupakan kualiti yang ditentukan oleh pembentukan
sikap dan nilai sama ada diterima atau ditolak oleh masyarakat.
Dua contoh yang boleh seseorang guru tunjukkan bagi membentuk sahsiah yang
positif terhadap murid-murid ialah:
i. Memberi pujian dan penghargaan atas perbuatannya yang jujur, ikhlas
dan baik hati yang diamalkannya. Misalnya, memuji kebaikan dan
kejujuran seseorang murid yang menyerahkan wang yang dijumpainya
atau menolong rakannya memahami pelajaran atau kerja rumah.
ii. Menghargai sifat ketekunan dan kesungguhannya dalam mengerjakan
perintah agama seperti solat, puasa dan bersedekah. Murid ini boleh
15
dijadikan contoh kepada murid-murid lain khususnya dalam akhlak dan
tingkah lakunya yang baik.
3. Kenal pasti dan reflek personaliti anda. Berdasarkan jawapan anda, fikirkan bagaimana anda boleh meningkatkan kualiti hati, nafs dan minda anda.
Jawapan:Personaliti diri saya ialah dari jenis Ambivert. Ini kerana saya kadang-kadang aktif
dalam sesuatu situasi dan saya juga pasif dalam suatu situasi yang lain. Antara yang
dapat saya fikirkan untuk meningkatkan kualiti hati, nafs dan minda ialah:
i. Mengukuhkan rohaniah dengan ilmu pengetahuan dan amal ibadat
ii. Menjaga hati agar terhindar dari segala unsur yang tercela
iii. Mengawal dan mentadbir nafsu dengan pengetahuan agama yang terdidik
iv. Sentiasa mengingati kekuasaan dan keredhaan Allah atas segala sesuatu
v. Memupuk budaya bersyukur dan berterima kasih di atas segala sesuatu
vi. Mengamalkan sikap rendah diri dan insaf sesama manusia
vii. Berfikir secara rasional dan berpandukan akal yang waras
Agama adalah salah satu faktor dalam pembentukan sikap dan peribadi seseorang.
Kepercayaan kepada pembalasan dosa dan pahala membentengkan manusia
melakukan perkara yang buruk dan merosakkan terhadap diri, keluarga dan
masyarakat.
4. Kini, nyatakan struktur yang mana satu mengikut Teori Personaliti Freud yang menjadi domain personaliti anda? Adakah id, ego atau superego?
Jawapan:Berdasarkan struktur Teori Personaliti Freud, saya mendapati Ego telah
mendominasi personaliti saya. Ia mengawal keputusan yang saya buat. Ego
beroperasi secara realistik, menggunakan pemikiran yang logik serta perancangan
yang sesuai.
5. Huraikan tiga cara yang anda sebagai guru boleh membantu murid membentuk konsep kendiri positif.Jawapan:
16
Dalam bidang psikologi, konsep kendiri merujuk kepada ‘kesepaduan antara ide
perasaaan dan sikap yang dipercayai oleh seseorang terhadap dirinya’ (Hillgard
Atkinson, & Atkinson, 1979). Seseorang yang mempunyai konsep kendiri yang
positif dapat menyesuaikan diri dengan orang lain serta persekitaran dengan mudah.
Terdapat beberapa cara yang boleh seorang guru gunakan untuk membentuk
konsep kendiri yang positif iaitu:
1) memberi dorongan, bantuan dan sokongan.
Guru boleh mengubah pandangan negatif murid terhadap diri sendiri kepada
konsep kendiri positif dengan memberi dorongan, sokongan dan galakan yang padu
kepada murid sama ada kegiatan kurikulum mahupun ko-kurikulum. Sokongan dan
dorongan seperti kata-kata perangsang perlu kerana murid yang mempunyai konsep
kendiri negatif lazimnya beranggapan dirinya tidak setanding dengan rakan yang lain
dan kekurangan penerimaan serta pengiktirafan daripada rakan disebabkan
pelbagai kekurangan seperti pencapaian akademik yang rendah, gagal dalam
sukan, cacat anggota dan masalah keluarga.
Guru perlu menggalakkan murid menyertai aktiviti motivasi seperti kem bina
semangat untuk membantu membentuk daya ketahanan diri, ketabahan hati,
kecergasan dan keberanian. Penglibatan seperti ini boleh membantu mengubah
persepsi negatif individu yang beranggapan dirinya tidak berguna atau tidak
berkebolehan.
2) menggalakkan interaksi positif di kalangan rakan.
Interaksi penting sebagai proses komunikasi dan perhubungan untuk menyampaikan
khabar, berita, pendapat atau maklumat kepada pendengar. Interaksi yang baik dan
mesra di kalangan rakan akan memberi gambaran diri diterima dan dihargai oleh
rakan. Guru perlu mengelolakan aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan
pelajar. Contohnya aktiviti kumpulan yang melibatkan permainan, unsur kerjasama
dan penerapan nilai-nilai murni. Aktiviti sedemikian secara tidak langsung akan
menerbitkan perasaan kekitaan dan membina komunikasi antara murid. Aktiviti
kumpulan seperti kem rekreasi dengan persekitaran yang kondusif akan membantu
membina kepercayaan diri, hormat-menghormati antara satu sama lain, saling
membantu dan paling penting murid dapat memupuk kemahiran bersosialisasi dan
berkomunikasi dengan berkesan dan seterusnya penerapan konsep kendiri positif.
3) menggunakan ganjaran dan pujian
Ganjaran dan pujian merupakan eleman dalam konsep peneguhan positif
dimana ia berfungsi sebagai pendorong individu melakukan gerak balas yang 17
diingini berulang-ulang. Ganjaran dan pujian perlu untuk menunjukkan penghargaan
terhadap hasil pelajar yang baik dan diingini. Contohnya kata-kata pujian seperti
bagus, tahniah perlu dituturkan oleh guru setiap kali selepas murid berjaya
menjawab soalan yang dikemukakan di dalam kelas. Tindakan ini akan mendorong
murid lebih kerap mencuba dan berani mengangkat tangan untuk menjawab soalan.
Bagi membentuk dan membina keyakinan, guru perlu memberi peluang
kepada murid menunjukkan kebolehan sama ada dalam pelajaran mahu pun aktiviti
ko-kurikulum. Ganjaran yang berbentuk hadiah boleh diberikan terhadap kebolehan
atau hasil yang ditunjukkan. Melalui cara sedemikian murid akan merasa dihargai
dan mendapat perhatian seterusnya akan terbentuknya konsep kendiri positif.
TAJUK 4 PENGURUSAN BILIK DARJAH
1. Sekarang, berhenti sejenak dan imbas kembali soalan di bawah (m/s 43)
18
Duduk dan buat refleksi, sudahkah anda memainkan peranan anda sebagai seorang pengurus secara berkesan? Beri sebab kepada jawapan anda.
Jawapan:Saya sentiasa memainkan peranan sebagai seorang pengurus yang berkesan
kerana:
1) Menunjukkan contoh yang baik kepada murid. Misalnya, datang awal ke sekolah,
menjaga kebersihan pakaian, peradaban dan berhemah.
2) Mematuhi peraturan-peraturan dan norma-norma seorang pendidik di sekolah
seperti membuang sampah di dalam tong sampah dan sebagainya.
3) Mengurus dan menepati masa. Saya tidak lewat semasa hadir ataupun masuk ke
dalam kelas.
2. Sekarang, berhenti seketika dan buat refleksi tentang soalan di bawah (m/s 45)Cuba imbas kembali dan tanya diri semdiri faktor yang manakah (seperti yang dinyatakan di atas) memberi sumbangan kepada kejayaan anda dalam mengurus bilik darjah yang berkesan? Adakah anda dapati sebarang kelemahan yang timbul?
Jawapan:Untuk memainkan peranan pengurus yang berkesan, seorang guru perlu
mengetahui faktor-faktor yang boleh membantu dalam menghasilkan suasana
pembelajaran yang sihat. Antara faktor-faktor berkenaan ialah faktor fizikal, sosial
dan emosi. Antara faktor-faktor ini, faktor emosi adalah faktor yang banyak memberi
sumbangan kepada kejayaan saya dalam menguruskan bilik darjah yang berkesan.
Faktor emosi ini menerapkan gaya kepimpinan dan motivasi. Gaya kepimpinan yang
diamalkan adalah bersifat demokratik. Wujud sikap saling hormat dan percaya
antara guru dan murid, serta berkongsi tanggungjawab. Saya akan cuba berlaku
baik, adil, mesra, mengambil berat tetapi tegas. Dari segi motivasi pula, saya
sentiasa cuba memotivasikan anak murid dengan mengharapkan yang terbaik dan
memberi galakkan berusaha dengan gigih, Ini ditunjukkan melalui contoh yang baik
seperti memberi penghargaan dan membina suasana positif.
19
3. Sekarang, berhenti seketika dan buat refleksi tentang soalan di bawah (m/s 46)Apakah faedah-faedah rutin bilik darjah?
Jawapan:Rutin bilik darjah memberi impak yang besar terhadap perjalanan dan kelicinan P&P.
Pengurusan rutin bilik darjah yang cekap akan menyumbang kepada:
i. Perjalanan aktiviti yang teratur dan tepat dengan masa
ii. Menjimatkan masa dan tenaga
iii. Mengelakkan kekecohan dan kemalangan
iv. Meningkatkan disiplin dan kesedaran tanggungjawab di kalangan murid-
murid
v. Melahirkan murid yang aktif di dalam kelas
vi. Memupuk kepercayaan di kalangan murid
4. Sekarang, berhenti seketika dan buat refleksi tentang soalan di bawah (m/s 48)Berkongsi jenis-jenis peraturan dan rutin bilik darjah yang telah anda bina di bilik darjah anda. Bincangkan keberkesanannya.
Jawapan:Peraturan-peraturan bilik darjah yang ditetapkan hendaklah jelas, ringkas serta
mudah diikuti untuk memastikan semua murid mematuhi peraturan tersebut.
Sekiranya semua murid bekerjasama dan rela mematuhi peraturan bilik darjah yang
ditetapkan, masalah disiplin dalam bilik darjah akan dapat dikurangkan. Antara
peraturan-peraturan yang ditetapkan ialah:
i. Murid-murid mesti berada di bilik darjah apabila loceng pertama berbunyi.
ii. Murid-murid mesti menjaga kebersihan bilik darjah dan kawasan sekolah
pada setiap masa.
iii. Murid-murid tidak dibenarkan makan atau minum di dalam bilik darjah.
iv. Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa kelas
dijalankan tanpa kebenaran guru berkenaan.
Manakala bagi rutin bilik darjah pula ialah seperti:
i. Menanda jadual kedatangan
20
ii. Mengutip yuran persekolahan
iii. Mengutip/ memulangkan buku latihan
Semua ini memberi kesan yang amat positif terhadap P&P yang saya jalankan.
Dengan kecekapan menguruskan rutin membantu perjalanan P&P dengan lancar
dan tepat pada masanya. Kekecohan dan kemalangan juga dapat dielakkan selain
meningkatkan kesedaran sivik di kalangan pelajar.
5. Sekarang, berhenti seketika dan buat refleksi tentang soalan di bawah Berdasarkan pengalaman anda, beritahu kami penyebab-penyebab salah laku yang lain yang tidak dinyatakan di sini. Bagaimana anda mengatasinya?(m/s 49)
Jawapan:Antara penyebab-penyebab salah laku yang lain ialah:
1) Keadaan fizikal bilik darjah kurang selesa.
Misalnya, kerusi meja terlalu sesak, tidak teratur, cuaca terlalu panas, cahaya
kurang cukup, udara dan tempat kurang bersih. Keadaan seperti ini menjadikan
murid-murid gelisah dan kurang selesa. Ini boleh diatasi dengan menjadikan bilik
darjah sebuah tempat yang selesa dan nyaman untuk semua murid menghadapi
pelajaran.
2) Perhubungan guru dengan murid kurang baik dan kurang mesra.
Misalnya, guru mengamalkan kepimpinan autokratik dan mengawal disiplin murid
dengan cara kuku besi. Ini menyebabkan interaksi dua hala tidak dapat diwujudkan
sebaliknya mewujudkan suasana emosi yang kurang sihat. Murid-murid sentiasa
berasa bimbang, gelisah dan takut kepada guru. Ini boleh diatasi dengan kesediaan
dan usaha guru memesrakan keadaan dan seterusnya memperbaiki hubungan
dengan murid-murid. Sikap keterbukaan dan kesediaan memberi dan menerima juga
boleh diamalkan.
3) Sahsiah guru yang kurang meyakinkan.
Guru yang kurang berpengalaman dan kurang tegas atas disiplin bilik darjah akan
menyebabkan kurangnya penghormatan dan kepercayaan murid-murid. Murid-murid
yang nakal akan menimbulkan masalah dengan tujuan membuli guru yang kurang
21
tegas. Ini boleh diatasi dengan cara menitikberatkan keyakinan dan ketegasan guru
terhadap murid-murid untuk menanam sikap percaya dan hormat murid-murid.
4) Kesihatan murid-murid yang kurang baik.
Murid-murid yang kurang sihat dan tidak mendapat masa rehat yang mencukupi
akan menghadapi kesulitan untuk menumpukan perhatian terhadap aktiviti pelajaran
dan pembelajaran. Untuk mengelakkan hukuman daripada guru, mereka akan
meniru kerja murid yang lain dan tidak langsung membuat tugasan. Ini boleh diatasi
dengan kelonggaran dan sedikit kesabaran guru bagi mengelakkan tekanan
perasaan yang berterusan dan membebani diri murid secara melampau. Semoga
dengan cara ini, murid akan menerima teguran dengan baik dan seterusnya
memahami tanggungjawabnya sebagai pelajar.
5) Aspirasi sekolah yang terlalu tinggi.
Penekanan pencapaian dan prestasi akademik yang keterlaluan akan
menggalakkan murid-murid yang kurang cerdas menimbulkan masalah disiplin
sekolah. Golongan ini akan cenderung untuk menimbulkan masalah disiplin kerana
tidak dapat memenuhi harapan sekolah. Ini boleh diatasi dengan mengubah atau
mengurangkan aspirasi ini bagi kumpulan yang tidak mampu memenuhinya. Walau
bagaimanapun, perlu diperjelaskan bahawa mereka ini bukanlah terlalu lemah dan
tidak mampu menyumbang bakti kepada sekolah. Guru perlu memberi perhatian
yang lebih bagi membendung kegagalan yang tidak dapat diperbaiki lagi.
6) Bilangan murid yang ramai dalam sesebuah bilik darjah mudah menimbulkan
masalah disiplin.
Dengan jumlah yang ramai ini, kawalan kelas adalah rumit dan sukar bagi guru
memberi perhatian kepada setiap murid semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Ini akan menimbulkan rasa bosan, kecewa sehingga menyebabkan
mereka menimbulkan masalah disiplin seperti membuat bising, berbual-bual,
berkeliaran, ponteng kelas, tidur dalam kelas dan membuli rakan sekelas. Ini boleh
diatasi dengan mengurangkan bilangan murid di dalam satu-satu kelas agar tidak
terlalu ramai bagi tujuan meredakan masalah yang berkemungkinan terjadi.
6. Sekarang, berhenti seketika dan buat refleksi tentang soalan di bawah (m/s 51)
22
Beritahu kami sama ada strategi yang disebut di atas boleh digunakan dalam bilik darjah anda. Kenapa anda kata demikian? Apakah strategi lain yang anda cadangkan?
Jawapan:Strategi-strategi yang boleh digunakan dalam bilik darjah ialah:
1) Amaran konstruktif
2) Hukuman
3) Mencegah salah laku
4) Mengurus Disiplin
Startegi-strategi ini boleh digunakan dalam bilik darjah kerana ia menerangkan cara-
cara dan prosedur menjalankan strategi dengan baik dan berkesan. Strategi ini juga
memberi pilihan berpandukan kesesuaian keadaan dan keserasian dengan murid-
murid yang berkenaan.
7. Latihan (m/s 52)1. Apakah agaknya penyebab masalah disiplin yang paling ketara dalam bilik darjah?
Jawapan:
23
Pada pendapat saya dan melalui pengalaman serta pemerhatian yang dibuat, saya
mendapati penyebab masalah disiplin yang paling ketara dalam bilik darjah ialah
harga kendiri akademik rendah, di mana murid kurang yakin pada diri sendiri kerana
pernah mengalami kegagalan. Murid juga menganggap pelajaran sebagai satu
beban yang ‘terpaksa’ dilalui dan berasa bosan terhadapnya.
2. Seorang guru baru diberitahu jangan senyum dalam bilik darjah sehingga beliau telah dapat mengawal murid. Adakah nasihat ini baik? Beri pendapat anda.
Jawapan:Berdasarkan rujukan yang dibuat iaitu Pedagogi Semester 2 berkenaan punca-
punca masalah disiplin telah menyenaraikan beberapa punca dan antara yang boleh
dikaitkan dengan persoalan di atas ialah faktor perhubungan guru dengan murid
kurang baik dan kurang mesra. Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa
nasihat ini adalah tidak baik. Ini kerana cara dan penampilan pertama yang negatif
pada pandangan murid akan melunturkan semangat pelajar meminati pelajaran.
Malah, komunikasi antara guru dan murid perlu diwujudkan secara dua hala untuk
memberi kesan penerimaan pelajaran yang baik. Sikap saling hormat-menghormati,
percaya-mempercayai dan sebagainya penting dalam pembendungan disiplin murid.
3. Apakah manfaat rutin bilik darjah? Berikan jawapan anda dalam bentuk peta minda yang mudah.
Jawapan:
24
4. Bincangkan faktor-faktor yang boleh menyebabkan salah laku murid dalam bilik darjah anda. Cadangkan cara-cara untuk mengatasi setiap faktor yang anda berikan.
Jawapan:Faktor-faktor yang menyebabkan salah laku murid dalam bilik darjah pada
masa kini terlalu banyak dan rumit memandangkan murid pada masa kini
pemikirannya lebih kehadapan berbanding dengan murid pada masa dahulu.
Masalah isiplin dalam bilik darjah menimbulkan gangguan kepada proses
pengajaran dan pembelajaran. Kegagalan mengurus tingkah laku murid boleh
menimbulekan masalah dalam bilik dajah.
Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan salah laku murid dalam bilik darjah
ialah:
i. Penggunaan pendekatan dan strategi mengajar yang kurang sesuai.
Murid-murid merasa bosan sehingga memberontak dan mencetuskan
masalah disiplin di dalam bilik darjah. Guru perlu menyediakan strategi
25
Manfaat rutin bilik
darjah
Menjalankan aktiviti dengan teratur
Menjimatkan masa dan tenaga
Meningkatkan disiplin dan tanggungjawab
Mengelakkan kekecohan dan kemalangan
Melahirkan murid yang aktif
yang baik dan berkesan dengan menggunakan ABM (Alan Bantuan
Mengajar) suapaya penerangan dapat dibuat dengan jelas dan menarik.
ii. Keadaan fizikal bilik darjah kurang selesa. Misalnya, kerusi meja terlalu
sesak, tidak teratur, cuaca terlalu panas, cahaya kurang cukup, udara dan
tempat kurang bersih. Keadaan seperti ini menjadikan murid-murid gelisah
dan kurang selesa. Guru perlu peka dengan keselesaan dalam kelas,
terutama dari segi kebersihan, susun atur meja, alatan kelas dan
sebagainya. Ini akan memberi banyak kesan positif kepada murid,
keceriaan dan keselesaan belajar.
iii. Perhubungan guru dengan murid kurang baik dan kurang mesra.Misalnya,
guru mengamalkan kepimpinan autokratik dan mengawal disiplin murid
dengan cara kuku besi. Ini menyebabkan interaksi dua hala tidak dapat
diwujudkan sebaliknya mewujudkan suasana sosioemosi yang kurang
sihat. Murid-murid sentiasa berasa bimbang, gelisah dan takut kepada
guru. Ini boleh diatasi dengan kesediaan dan usaha guru memesrakan
keadaan dan seterusnya memperbaiki hubungan dengan murid-murid.
Beberapa majlis rasmi atau tidak rasmi boleh diatur untuk guru mengenali
murid-murid dengan lebih dekat dan tanpa unsur-unsur tekanan ke atas
murid. Sikap keterbukaan dan kesediaan memberi dan menerima juga
boleh diamalkan.
iv. Sahsiah guru yang kurang meyakinkan. Guru yang kurang berpengalaman
dan kurang tegas atas disiplin bilik darjah misalnya akan menyebabkan
kurangnya penghormatan dan kepercayaan murid-murid. Murid-murid
yang nakal akan menimbulkan masalah dengan tujuan membuli guru yang
kurang tegas. Ini boleh diatasi dengan cara menitikberatkan keyakinan
dan ketegasan guru terhadap murid-murid untuk menanam sikapo
percaya dan hormat murid-murid.
v. Guru hanya mengajar sahaja menyebabkan murid merasa bosan.
Pengajaran hanya dijalankan secara sehala, tiada tindakbalas antara
murid. Guru perlu Menyediakan aktiviti yang menarik dan pelbagai.
Contohnya soaljawab, latih tubi, latihan dalam buku, aktiviti dalam
kumpulan yang melibatkan semua murid supaya murid tidak merasa
bosan.
vi. Aspirasi sekolah yang terlalu tinggi. Penekanan pencapaian dan prestasi
akademik yang keterlaluan akan menggalakkan murid-murid yang kurang
26
cerdas menimbulkan masalah disiplin sekolah. Golongan ini akan
cenderung untuk menimbulkan masalah disiplin kerana tidak dapat
memenuhi harapan sekolah. Ini boleh diatasi dengan mengubah atau
mengurangkan aspirasi ini bagi kumpulan yang tidak mampu
memenuhinya. Walau bagaimanapun, perlu diperjelaskan bahawa mereka
ini bukanlah terlalu lemah dan tidak mampu menyumbang bakti kepada
sekolah. Guru perlu memberi perhatian yang lebih bagi membendung
kegagalan yang tidak dapat diperbaiki lagi.
vii. Bilangan murid yang ramai dalam sesebuah bilik darjah mudah
menimbulkan masalah disiplin. Dengan jumlah yang ramai ini, kawalan
kelas adalah rumit dan sukar bagi guru memberi perhatian kepada setiap
murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini akan
menimbulkan rasa bosan, kecewa sehingga menyebabkan mereka
menimbulkan masalah disiplin seperti membuat bising, berbual-bual,
berkeliaran, ponteng kelas, tidur dalam kelas dan membuli rakan sekelas.
Ini boleh diatasi dengan mengurangkan bilangan murid di dalam satu-satu
kelas agar tidak terlalu ramai bagi tujuan meredakan masalah yang
berkemungkinan terjadi.
TAJUK 5 TEORI DAN PROSES PEMBELAJARAN
1. Sekarang, kita berhenti seketika dan buat refleksi terhadap soalan di bawah (m/s 57)
27
Berdasarkan pengalaman anda sendiri, ingat kembali aspek-aspek pembelajaran yang manakah boleh dijelaskan sebagai pelaziman klasik dan pelaziman operan. Kongsi pengalaman anda dengan rakan anda.
Jawapan:Pelaziman klasik dan pelaziman operan adalah dua komponen dalam Teori
Pembelajaran Behavioris. Pelaziman didefinasikan sebagai satu proses di mana
tingkah laku organisme berkaitan dengan rangsangan daripada persekitaran, supaya
apabila rangsangan ini wujud, tingkah laku tersebut berlaku.
1) Pelaziman Klasik
Teori ini juga dikenali sebagai pelaziman gantian, pemindahan, bergerak balas /
responden atau Teori R-G. Pelaziman ini pertama kali dikaji oleh ahli sains Rusia,
Ivan P.Pavlov. Beliau menggunakan anjing untuk mengkaji sistem pencernaannya
selepas diberi makanan dan menemui teori ini di bawah kajian bidang fisiologi.
Pavlov menggunakan cahaya lampu dan bunyi loceng sebagai rangsangan terlazim.
Mengikut teori ini, gerak balas positif dapat dipupuk melalui pelaziman klasik. Proses
pelaziman ini adalah dihuraikan dalam rajah berikut:
a) Sebelum pelaziman
b) Semasa pelaziman
c) Selepas pelaziman
Rajah : Suatu model pelaziman klasik
2) Pelaziman Operan
Seorang ahli psikologi di Amerika Syarikat telah mempelopori bidang kajian
pelaziman operan iaitu Burrhus Frederic Skinner atau B.F Skinner. Teori ini merujuk
kepada suatu bentuk pembelajaran seseorang individu yang menggunakan suatu
gerak balas yang kukuh dan tetap dipilih daripada beberapa gerak balasnya. Model 28
Guru mengajar kelas kali pertama (Rangsangan tak terlazim)
Gerak balas tak terlazim terhadap aktiviti pengajaran sahaja (perhatian murid)
Guru mengajar dengan cara menarik (Rangsangan terlazim)
Murid tumpukan perhatian (Gerak balas tak terlazim)
Kehadiran guru (menarik) (Rangsangan terlazim)
Murid tumpukan perhatian (Gerak balas terlazim)
pembelajaran pelaziman operan merangkumi empat konsep utama yang dinyatakan
seperti berikut:
a. Gerak balas operan berlaku secara diri sendiri (tidak sama dengan
gerak balas daripada rangsangan yang berdasarkan Teori Pelaziman
Klasik); jika mendapat hasil yang berkesan, ia akan dikukuh dan
dikekalkan.
b. Sebarang rangsangan (termasuk orang, perkara, benda dan
sebagainya) yang dapat mengukuhkan gerak balas individu adalah
disebut sebagai peneguh, atau rangsangan meneguh. Peneguh boleh
bersifat positif atau negatif. Misalnya, ganjaran ialah peneguh positif,
manakala denda (misalnya menarik balik ganjaran yang dijanjikan)
ialah peneguh negatif. Bagaimanapun, di bawah konteks
pembelajaran, kedua-duanya pula menghasilkan peneguhan ke atas
gerak balas berkenaan.
c. Peneguhan merupakan suatu teknik atau proses yang menggunakan
peneguh untuk mengukuh dan mengekalkan gerak balas yang
berkenaan. Seperti peneguh, peneguhan juga ada peneguhan positif
dan peneguhan negatif.
d. Fenomena gerak balas tertentu yang diteguhkan kerana kewujudan
sesuatu peneguh yang berkenaan adalah dipanggil sebagai
peneguhan positif. Manakala, fenomena gerak balas tertentu yang
diteguhkan kerana kehilangan sesuatu peneguh yang berkenaan
adalah dipanggil peneguhan negatif. Misalnya ganjaran (peneguhan
positif) dan denda (peneguhan negatif).
29
Peneguhan positif
Kebarangkalian berulang tingkah laku operan yang diingini (atau tidak diingini) ditambah
Tingkah laku operan
Peneguhan negatif
Kebarangkalian berulang tingkah laku operan ditambah dengan memindahkan atau menghapuskan stimuli yang mengganggu
Rajah : Tingkah laku operan
Contoh peneguhan positif:
GURU : ‘Apakah maksud sinonim, Rohani?’
ROHANI : ‘Maknanya ialah perkataan sama erti, cikgu.’
GURU : ‘Bagus!’ (Pujian)
Contoh peneguhan negatif:
GURU : ‘Apakah maksud sinonim, Rohani?’
ROHANI : (Tidak menjawab)
GURU : ‘Rohani mungkin sudah lupa bercakap’
Kadangkala, peneguhan negatif sesuai digunakan untuk mendapat tingkah laku
yang diingini. Misalnya, menarik balik pemberian masa rehat jika pelajar tidak
mematuhi peraturan atau disiplin bilik darjah.
2. Sekarang, berhenti sejenak dan buat refleksi terhadap soalan di bawah (m/s 60)Melalui refleksi tentang pengalaman anda, berikan contoh-contoh strategi yang digunakan guru anda, seperti peneguhan, pembentukan dan penghapusan.
Jawapan:Terdapat beberapa prinsip Teori Pembelajaran Behavioris iaitu peneguhan,
hukuman, penghapusan dan pembentukan.
a) Peneguhan
Mengikut Skinner, apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang dihasilkan
adalah memuaskan, peluang mengulangi tingkah laku operan ini akan bertambah.
Tingkah laku operan ini boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang
sesuai dan diberi sebaik sahaja wujud tingkah laku operan itu. Stimuli ini dinamakan
sebagai ‘peneguhan’. Peneguhan boleh berupa positif atau negatif.
30
Tingkah laku operan dihasilkan
Tingkah laku operan diulangi, diperkukuh dan dikekalkan
Peneguh (positif/negatif)
Rajah : Proses peneguhan
Peneguhan positif ialah rangsangan penting untuk menambahkan kebarangkalian
gerak balas pelajar. Peneguhan negatif diberikan untuk membawa kesan yang tidak
menyeronokkan akan mengulangi tingkah laku operan yang diingini. Untuk
mengatasi masalah kurang cukup peneguhan diberikan kepada murid-murid,
Skinner mengusulkan supaya bahan-bahan pembelajaran diprogramkan dalam
bentuk arahan. Dalam program yang berstruktur, murid diminta membaca maklumat
atau huraian tentang bahagian bahan-bahan yang diberikan terlebih dahulu,
kemudian menjawab beberapa soalan berkenaan. Contohnya:
Item 1 : Nombor genap ialah nombor yang boleh dibahagikan tepat dengan 2. Contohnya, 8 ialah nombor genap kerana 8 ÷ 2 = 4.
Soalan 1 : Adakah 23 nombor genap?Jawapan yang betul ialah ‘bukan’, kerana 23 tidak boleh dibahagikan tepat dengan 2.
Soalan 2 : Apakah nombor genap yang terkecil?Jawapan yang betul ialah 2, kerana nombor 1 tidak boleh dibahagikan tepat dengan 2.
Jika semua jawapan anda betul, silalah baca Item 2 dan jawab soalan-soalan berikut. Jika jawapan anda salah, baca Item 1 semula dan jawab soalan-soalan berkenaan sekali lagi.
b) Pembentukan
Pembentukan merupakan satu alat penting dalam arahan bilikm darjah. Guru,
misalnya dianggap sebagai arkitek dan pembina tingkah laku murid. Guru juga perlu
membahagikan objektif-objektif pembelajaran kepada tugasan-tugasan kecil agar
guru berkenaan boleh mengajar setiap kemahiran langkah demi langkah dan
memberi peneguhan satu demi satu sehingga terbentuk kemahiran yang terakhir
secara beransur-ansur. Kemahiran-kemahiran ini perlu dikuasai sebelum
meneruskan langkah seterusnya. Malah, di setiap langkah, peneguhan perlu
31
diberikan sehingga matlamat tercapai. Semasa mengajar, guru boleh memberi
pujian kerana menyiapkan kerja mereka dengan baik.
c) Penghapusan
Penghapusan yang dimaksudkan ialah penghapusan rangsangan yang
menyenangkan yang diikuti dengan gerak balas, seterusnya mengurangkan
kekerapan gerak balas tersebut. Misalnya, seorang guru mungkin secara tidak
sengaja memberi ganjaran kepada muridnya yang berteriak dengan membenarkan
mereka mengambil bahagian dalam perbincangan bilik darjah. Namun, selepas
menyedarinya, guru akan hanya mengenal pasti murid yang hanya mengangkat
tangan sahaja tanpa berteriak. Keputusannya, tingkah laku berteriak diharap akan
dapat dikurangkan. Begitu juga jika sekiranya guru tidak mempedulikan murid yang
ingin mendapat perhatian berulang kali. Di dapati, tingkah laku yang tidak diingini
akan terhapus jika mereka terus tidak diperdulikan. Dengan demikian, penghapusan
adalah kunci kepada pengurusan tingkah laku murid.
3. Latihan (m/s 72)
a) Pada pendapat anda, teori pembelajaran yang manakah mempengaruhi pembelajaran murid? Beri contoh-contoh untuk menyokong jawapan anda.
Jawapan:Modul ini telah meneliti lima teori pembelajaran utama iaitu Teori Behavioris,
Kognitif, Pembelajaran sosial, Humanistik dan Konstruktivisme. Namun, untuk
32
memilih di antara kelima-lima teori yang mempengaruhi pembelajaran murid adalah
berdasarkan beberapa implikasi di dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu:
Kaitkan peristiwa yang positif dan menyenangkan dengan tugasan
pembelajaran. Dalam aktiviti bilik darjah, tekankan kerja kumpulan dan
bekerjasama dalam pembelajaran.
Guru perlu membentuk respons yang betul untuk membolehkan kanak-kanak
menyebut dan menulis respons dengan betul. Guna pembelajaran yang
diprogramkan di mana tugasan dibahagikan kepada langkah-langkah kecil
dan diorganisasikan dalam urutan yang sistematik.
Bantu murid membuat banding beza situasi untuk mengenal pasti perbezaan
dan persamaan. Ini membolehkan mereka membuat diskriminasi dan
generalisasi dengan tepat.
Jelas dan sistematik semasa memberi pujian. Guru perlu menentukan
bahawa pujian diberi dengan betul bersesuaian dengan tingkah laku.
Artribut pencapaian murid dengan usaha dan kebolehan. Beri peneguhan
kepada murid bagi membina keyakinan mereka dalam mencapai kejayaan.
Oleh yang demikian, boleh saya katakan kelima-lima teori ini penting dan bermakna
dalam pembelajaran murid-murid. Berdasarkan contoh-contoh implikasi yang
diberikan di atas, terdapat beberapa unsur di dalam kelima-lima teori berkenaan
yang berguna kepada guru dan mempengaruhi pembelajaran murid.
b) Berdasarkan apa yang telah anda muridi tentang pelbagai aspek berkaitan dengan proses pembelajaran, bagaimanakah ini mempengaruhi peranan anda sebagai seorang guru di bilik darjah? Beri contoh-contoh untuk menyokong jawapan anda.
Jawapan:
33
2. Pemilihan rangsangan yang sesuai oleh organ
deria
1. Rangsangan-rangsangan
3. Pemikiran erti rangsangan dalam
otak
4. Membentuk pengalaman atau
ilmu pengetahuan
5. Mengamalkan dalam situasi yang
sepadan
6. Perubahan tingkah laku
Rajah : Proses berlaku secara berperingkat-peringkat
Terdapat lima aspek berkaitan dengan proses pembelajaran iaitu kesediaan
belajar, corak pengamatan, persepsi, ingatan dan lupaan serta pemindahan
pembelajaran.
Kesediaan belajar dirujuk sebagai satu set keadaan yang wujud dalam diri
individu dan persekitarannya yang membolehkannya menguasai sesuatu tugasan
dengan tepat. Merujuk kepada makna kesediaan ialah satu tahap persiapan untuk
belajar kemahiran yang lebih kompleks, contohnya melompat perlu dikuasai
seseorang kanak-kanak bermain ketingting. Menurut Margeret E.Gredler:
“Keadaan individu pada satu titik perkembangan fizikal,
mental, emosi atau sosial yang mencukupi untuk
mengendalikan sesuatu tugasan tertentu.”
Manakala John C.Ruch pula berpendapat:
“Kesediaan adalah istilah untuk perkembangan tahap
kebolehan tertentu dan satu set minat tertentu. Dalam had
keupayaan murid, seseorang murid yang belum bersedia
untuk menguasai konsep atau kemahiran yang diberikan
boleh disediakan untuk memguasainya melalui anggaran
yang sistematik dan berurutan (atau dengan kata lain,
‘kesediaan mengajar’).”
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kesediaan belajar dan
ia memberi pengaruh kepada peranan seorang guru di bilik darjah. Faktor-faktor ini
ialah kematangan, sikap dan minat, perbezaan kadar perkembangan, perbezaan
jantina, perbezaan individu dan pengalaman.
a) Kematangan
Misalnya pelajar yang memiliki daya intelek yang tinggi, berupaya mengawal
perasaan dengan baik, mempamerkan tahap kesihatan fizikal yang baik dan boleh
bersosialisasi dalam kumpulan tanpa sebarang masalah, ialah murid yang matang
dan bersedia untuk belajar.
34
b) Sikap dan minat
Misalnya murid-murid yang memiliki sikap positif dan minat dalam pelajaran sentiasa
bersedia untuk belajar dan hasilnya prestasi murid-murid ini lebih baik daripada
murid-murid yang lain.
c) Perbezaan kadar perkembangan
Misalnya, kadar pekembangan fizikal, mental, sosial yang berbeza-beza di kalangan
murid. Ini kerana corak perkembangan individu adalah unik dan tersendiri. Kita boleh
lihat dengan jelas, kebolehan yang berlainan di kalangan murid dari kumpulan yang
sama semasa menjalankan aktiviti.
d) Perbezaan jantina
Misalnya, dari segi biologikal dan pertumbuhan fizikal, murid lelaki dan murid
perempuan menunjukkan perbezaan. Murid perempuan menunjukkan kadar
perkembangan yang lebih cepat, lebih matang dan lebih tinggi daripada murid lelaki
daripada tahun 4 hingga tingkatan menengah rendah. Murid lelaki lebih meminati
subjek sains dan matematik. Begitu juga dengan nilai budaya di mana murid
perempuan lebih sopan sedangkan murid lelaki aktif dan agresif.
e) Perbezaan individu
Misalnya, setiap murid menunjukkan kebolehan dalam bidang yang berbeza.
Contohnya, seorang murid boleh cemerlang dalam subjek matematik dan sains
tetapi lemah dalam subjel bahasa dan muzik. Ada pula murid yang baik dalam
pelajaran tetapi lemah dalam aktiviti fizikal. Oleh yang demikian, seorang guru tidak
boleh melabelkan muridnya sebagai ‘bodoh’ atau ‘bijak’ mengikut pencapaian
prestasi mereka dalam satu-satu aspek sahaja.
f) Pengalaman
Pengalaman lampau membentuk asas kepada pengalaman baru. Oleh yang
demikian, guru digalakkan mengambil kira pengalaman lampau murid-murid apabila
merancang bahan-bahan pengajaran. Ini kerana pengajaran mesti berasaskan
pengetahuan sedia ada kepada pengetahuan baru.
35
36
SOALAN TUTORIAL UNTUK UNIT 1 (M/S 75)
1. Berdasarkan pengalaman anda sebagai seorang guru, terangkan mengapa pentingnya seseorang guru mempelajari psikologi.
Jawapan:Psikologi adalah satu disiplin ilmu yang mengkaji secara saintifik tingkah laku
manusia dan haiwan, khasnya pemikiran, sikap, perasan, naluri, potensi,
kecerdasan, keperluan dan tindak balas manusia terhadap rangsangan persekitaran
sosial.
Dalam kurikulum perguruan, psikologi pendidikan merupakan satu bidang ilmu
pendidikan yang utama untuk dikaji dan dipelajari guru-guru. Psikologi pendidikan
ialah penggabungan bidang psikologi dan pendidikan, iaitu kajian saintifik terhadap
tingkah laku murid dalam situasi pendidikan. Tujuan dan kepentingan psikologi
dalam konteks pendidikan ialah:
Memberikan ilmu pengetahuan tentang teori dan prinsip psikologi kepada
guru supaya mengamalkannya di bilik darjah.
Menyedarkan guru terhadap perbezaan individu dari segi mental, fizikal,
minat demi membolehkannya mengajar murid-murid mengikut kebolehan
mereka dengan menggunakan aktiviti kumpulan.
Membekalkan ilmu pengetahuan tentang tingkah laku murid agar
membolehkan guru mencegah masalah disiplin yang tidak diingini dalam bilik
darjah dengan berkesan
Melengkapkan ilmu psikologi murid tentang sahsiahnya dapat membantu guru
membentuk personaliti mereka yang sihat serta konsep kendiri yang positif
dengan bimbingan yang wajar
Melengkapkan guru dengan teori dan prinsip psikologi akan membantunya
meningkatkan kualiti pengajarannya di dalam bilik darjah
Memberikan guru kefahaman tentang naluri dan keperluan murid akan
membantu guru menggunakan teknik motivasi yang berkesan serta
mewujudkan hubungan baik di antara guru dan muridnya. Dengan
pemahaman seperti ini, guru dan pentadbir sekolah dapat memberi layanan
yang sewajarnya kepada murid-murid.
37
Membekalkan guru dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap mengajar
yang berguna dalam aktiviti pendidikan. Dengan ini dapatlah dia
meningkatkan pengajarannya serta pembelajaran murid-murid
Membekalkan pengetahuan tentang perkembangan manusia. Ketika murid-
murid meningkat umurnya, proses pembelajaran berubah. Keupayaan
mereka untuk memahami sesuatu abstrak dan rumit juga meningkat. Dengan
itu, psikologi pendidikan dapat dapat membantu guru menentukan kesesuaian
strategi pengajaran.
Minat dan bakat murid dapat dikesan. Guru dapat membantu murid membuat
perancangan kerjaya masing-masing.
Menghasilkan maklumat serta data baru yang boleh digunakan dalam
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Membolehkan guru bertindak secara saintifik. Ini bermakna tindakan diambil
berdasarkan maklumat, data serta pemerhatian yang objektif.
Membantu guru bimbingan memahami masalah peribadi serta masalah
pembelajaran para pelajar
Memdedahkan kepada guru betapa kuatnya pengaruh baka dan persekitaran
ke atas perkembangan murid dari segi mental, sikap, motivasi dan minat.
Membantu guru memahami strategi penyelesaian masalah, gayaa
pembelajaran dan cara memproses bahan pembelajaran.
Dapat mengenal pasti cara-cara yang berkesan untuk menilai pencapaian
pengajaran dan pembelajaran
Secara keseluruhannya, pengadaptasian ilmu psikologi ini memainkan peranan
penting dalam memahami tingkah laku murid-murid mereka. Ia bukan setakat
pemahaman tentang tingkah laku, malahan ia turut membantu dalam melaksanakan
proses keberkesanan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran di sekolah secara
efektif dan efisyen.
Bincangkan implikasi psikologi pendidikan dalam bilik darjah anda. Beri contoh-contoh yang sesuai untuk menyokong jawapan anda. ( 1 jam)Jawapan:Psikologi pendidikan ialah satu disiplin ilmu yang mengkaji tingkah laku murid
dengan aplikasi prinsip-prinsip psikologi ke atas segala aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam situasi bilik darjah.
38
Psikologi Pendidikan
Psikologi Pendidikan
Teknik-teknikTeori-teori Prinsip-prinsip
Kajian dalam amalan pengajaran-pembelajaran di bilik darjah
Berdasarkan rajah di atas, psikologi pendidikan meliputi tingkah laku murid terhadap
segala aktiviti terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam situasi bilik darjah
melalui teori-teori, prinsip-prinsip dan teknik-teknik yang menjurus kepada kajian
dalam amalan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Antara implikasi yang
didapati ialah:
1) Memahami tingkah laku murid dalam suasana pendidikan dalam situasi bilik
darjah.
2) Menggunakan prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah pengajaran dan
pembelajaran untuk menyelesaikan masalah pendidikan
3) Mempraktikkan amalan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan
berprinsip
4) Dapat mengatasi masalah disiplin murid
5) Murid lebih memahami diri mereka sendiri
6) Meningkatkan prestasi pembelajaran
2. Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada tajuk-tajuk berikut:
Teori-teori perkembangan manusia Potensi manusia Motivasi Perbezaan individu
( 2 jam )
Jawapan:Teori-teori perkembangan manusia
39
Ahli psikologi perkembangan mendapati bahawa kanak-kanak mengalami
perkembangan secara berperingkat-peringkat. Di setiap peringkat, kanak-kanak
dapat menguasai pemahaman, kebolehan dan kepercayaan kualitatif yang
berbeza. Peringkat-peringkat ini diterangkan dalam beberapa teori iaitu Teori
Kematangan Gesell, Teori Perkembangan Tugasan Havighurst, Teori
Perkembangan Kognitif Piaget, Peringkat Perkembangan Psikologikal Erikson
dan Teori Penaakulan Moral Kohlberg.
Peringkat Umur Perkembangan TugasanLahir hingga awal kanak-kanak
0 – 6 tahun Belajar makan makanan pepejal, berjalan, bercakap, membuang najis dan pengubahsuaian emosi
Belajar perbezaan jantina Membentuk konsep ‘betul’ dan ‘salah’
Kanak-kanak 6 – 12 tahun Belajar kemahiran fizikal untuk bermain Membentuk konsep diri yang sihat Menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira
Awal remaja dan remaja 12 – 18 tahun Mengguna fungsi badan dan deria dengan berkesan Belajar tanpa batuan Boleh mengurus kewangan peribadi
Jadual : Perkembangan Tugasan Havighurst
Peringkat Anggaran Umur
Ciri-ciri
Peringkat deria motor 0 – 2 tahun Mula menggunakan kemahiran meniru, ingatan dan fikiran
Mula mengenal bahawa objek itu tidak hilang jika disorok
Dari pergerakan refleks ke aktiviti yang bermatlamatPeringkat praoperasi 2 – 7 tahun Perkembangan bahasa beransur-ansur dan kebolehan
untuk berfikir secara simbolikPeringkat operasi konkrit 7 – 11 tahun Berkebolehan untuk menyelesaikan masalah konkrit
(hands-on) dengan logik Memahami hukum pengekalan dan boleh membuat
klasifikasi dan serialisasi Memahami penimbal-balikan
Peringkat operasi formal 11 – dewasa Berkebolehan untuk menyelesaikan masalah abstrak secara logik
Berfikir secara saintifik Membantu rasa tanggungjawab ke atas isu sosial dan
identitiJadual : Perkembangan Kognitif Piaget
Peringkat Anggaran Umur
Ciri-ciri
Kepercayaan lawan ketidakpercayaan
Lahir – 18 bulan
Bayi mesti menjalinkan hubungan kasih sayang dan kepercayaan dengan pengasuh atau membentuk perasaan tidak percaya
Autonomi lawan mahu/keraguan
18 bulan – 3 tahun
Tenaga kanak-kanak disalurkan untuk perkembangan kemahiran fizikal iaitu berjalan, menggenggam dsb. Kanak-kanak boleh belajar mengawal tetapi mungkin membentuk perasaan malu dan keraguan sekiranya tidak diuruskan
40
dengan baik. Inisiatif lawan perasaan bersalah
3 tahun – 6 tahun
Kanak-kanak menjadi lebih mendesak dan berinisiatif tetapi kemungkinan keterlaluan hingga menimbulkan perasaan bersalah.
Ketekunan lawan rasa rendah diri
6 tahun – 12 tahun
Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan, dan tidak cekap.
Identiti lawan kekeliruan identiti
12 tahun – 18 tahun
Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pekerjaan, peranan jantina, politik dan agama.
Kerapatan lawan pengasingan 18 tahun – 35 tahun
Dewasa membina hubungan rapat atau marasa terasing.
Generativiti lawan pemusatan kendiri
35 tahun – 60 tahun
Setiap dewasa mencari jalan memuaskan hati dan menyokong generasi akan datang.
Kesepaduan lawan putus asa 60 tahun – akhir hayat
Kemuncak ialah perasaan diterima oleh masyarakat dan perasaan kepuasan.
Jadual : Peringkat Perkembangan Psikologikal Erikson
Tahap 1 : Penaakulan Moral Pra-konvensionalPertimbangan berdasarkan keperluan individu dan peraturan orang lainPeringkat 1 Orientasi hukuman-patuh
Peraturan dipatuhi untuk mengelakkan hukuman. Perbuatan yang baik/buruk ditentukan oleh akibat fizikal
Peringkat 2 Orientasi ganjaran individuKeperluan individu menentukan salah dan betul. Pertolongan adalah atas dasar mengharapkan balasan.
Tahap 2 : Penaakulan Moral KonvensionalPertimbangan adalah berdasarkan persetujuan orang lain, harapan keluarga, nilai tradisional, undang-undang masyarakat, dan kesetiaan kepada NegaraPeringkat 3 Orientasi kanak-kanak baik (Good boy-Nice girl orientation)
Ini berdasarkan apa yang baik, bantuan, dan dipersetujui oleh orang lainPeringkat 4 Orientasi mengekalkan susunan sosial
Undng-undang adalah mutlak. Pihak berkuasa mesti dihormati dan susunan sosial dikekalkan.
Tahap 3 : Penaakulan Moral Pos-KonvensionalPeringkat 5 Orientasi Perjanjian Sosial
Kebaikan dinilai dari standard hak individu yang ditentukan secara sosialPeringkat 6 Orientasi Prinsip Etika Universal
Kebaikan dan betul adalah perkara-perkara yang melibatkan hati nurani seseorang individu dan melibatkan konsep abstrak seperti keadilan, maruah insan dan kesamaan.
Jadual : Penaakulan Moral Kohlberg
Ringkasnya, teori-teori perkembangan manusia menyediakan :
41
1) Isi pelajaran yang sejajar dengan keupayaan mental murid
2) Objektif yang sesuai dengan arasnya
3) Menyusun dan memeringkatkan isi pelajaran agar mudah difahami murid
4) Sumber pengajaran dan pembelajaran yang akan menarik perhatian murid
5) Aktiviti senaman yang secocok dengan perkembangan jasmani murid
6) Aktiviti pengajaran-pembelajaran yang bermakna serta menyeronokkan
7) Pelajaran yang bermula daripada yang senang kepada yang susah, konkrit
kepada abstrak, umum kepada khusus dan sebagainya
8) Menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang secocok dengan
perkembangan mental, jasmani dan emosi murid
9) Memotivasikan murid dengan pelajaran yang menarik serta bermakna
10)Melakukan penyerapan dan penggabungjalinan yang sejajar dengan pelbagai
aspek perkembangan murid
11)Meningkatkan ingatan murid kerana pembelajaran adalah secocok dengan
aras perkembangan mental mereka
12)Membimbing murid melakukan pemindahan pembelajaran hasil daripada
pemahaman konsep secara lebih jelas dan mendalam
Potensi manusia Terdapat banyak cara untuk melihat potensi dan salah satunya ialah melalui
kecerdasan. Howard Gardner (1983, 1993, dipetik dari Santrock : 2001) percaya
terdapat lapan kecerdasan. Berdasarkan kecerdasan ini, berikut adalah strategi-
strategi yang disyorkan oleh Berger & Pollen, 1996 : Campbell, Campbell &
Dickinson, 1999 – seperti yang dipetik daripada Santrock, 2001 : 133)
a) Verbal/Linguistik : Guru boleh
Membaca kepada murid dan biarkan mereka membaca kepada guru
Membincangkan pengarang buku bersama kanak-kanak
Mengunjungi perpustakaan dan kedai buku bersama kanak-kanak
Membuatkan kanak-kanak menyimpan jurnal peristiwa-peristiwa penting
Membuatkan kanak-kanak merumus dan bercerita semula yang telah dibaca
b) Logika-matematika : Guru boleh42
Bermain dengan kanak-kanak permainan logik
Sentiasa menunggu untuk situasi yang boleh merangsangkan kanak-kanak
untuk berfikir dan membina pemahaman tentang nombor
Membawa kanak-kanak ke lawatan lapangan ke makmal komputer, muzium
sains dan pemeran
c) Ruang(Spatial) : Guru boleh
Mempunyai pelbagai bahan kreatif untuk digunakan oleh kanak-kanak
Membuatkan kanak-kanak menyelesaikan teka silang kata dan mencipta
carta
Membawa kanak-kanak ke muzium seni dan muzium kanak-kanak jenis
‘hands-on’
Berjalan bersama kanak-kanak. Apabila kembali nanti, tanya mereka untuk
menggambarkan di mana mereka telah pergi dan kemudian melukiskan
sebuah peta pengalaman mereka
d) Muzik : Guru boleh
Membekalkan kanak-kanak sebuah perakam kaset atau pemain rekod yang
boleh digunakan mereka
Memberi kanak-kanak peluang untuk bermain dengan alat-alat muzik
Membawa kanak-kanak ke konsert
Menggalakkan kanak-kanak untuk mencipta lagu mereka
e) Tubuh/Kinestatik : Guru boleh
Membekalkan kanak-kanak peluang untuk aktiviti fizikal dan menggalakkan
mereka untuk menyertainya
Menyediakan tempat kanak-kanak boleh bermain di dalam dan di luar. Jika
perkara ini tidak mungkin, bawa mereka ke tempat permainan.
Membawa kanak-kanak ke acara-acara sukan dan ballet
Menggalakkan kanak-kanak menyertai aktiviti tarian
f) Interpersonal : Guru boleh
Menggalakkan kanak-kanak bekerja dalam kumpulan
Membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran komunikasi
Menyediakan permainan kumpulan untuk kanak-kanak bermain
43
Menggalakkan kanak-kanak menyertai persatuan
g) Intrapersonel : Guru boleh
Menggalakkan kanak-kanak mempunyai hobi dan kegemaran
Mendengar perasaan kanak-kanak dan memberikan mereka maklum balas
yang bersensitif
Menggalakkan kanak-kanak menggunakan imaginasi mereka
Membuat kanak-kanak menyimpan jurnal atau buku skrap tentang idea dan
pengalaman mereka
h) Naturalis : Guru boleh
Membawa kanak-kanak ke muzium sains semula jadi
Mewujudkan pusat pembelajaran semula jadi di bilik darjah
Melibatkan mereka ke jalan semula jadi (nature walk) atau mengangkat
sebatang pokok
Motivasi Motivasi merupakan sebab mengapa seseorang bertingkah laku sedemikian
cara. Tingkah laku bermotivasi adalah bertenaga, terarah dan berkekalan
(Santrock, 2001 : 394). Motivasi ialah minat murid dalam tugas-tugas akademik
dan bahan pembelajaran akademiK
44
Estetika
Keperluan untuk kesedaran diri
Keperluan untuk harga diri
Keperluan untuk kasih saying dan rasa kepunyaan
Keperluan untuk keselamatan
Keeperluan fisiologiMakanan, minuman, tidur dan perlindungan
Keinginan untuk keselamatan
Kasih sayang, rasa diperlukan
Hormat diri, rasa kecukupan, kecekapan
Berusaha untuk menggunakan secara penuh dan mengaplikasikan bakat dan keupayaan
Rasa ingin tahu, keperluan untuk memuridi dunia
Keperluan untuk mengalami dan memahami keindahan
Keperluan untuk mengetahui
Rajah : Hierarki Keperluan Maslow
Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan pertumbuhan dan perkembangan
optimum murid-murid iaitu:
a) Guru-guru harus sentiasa mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa,
selamat dan terjamin, agar murid-murid mempunyai tahap azam kendiri dan
bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri.
b) Guru-guru harus berpegang pada kepercayaan bahawa setiap kanak-kanak
boleh belajar dengan baik di sekolah, tanpa mengambil kira latar belakang
mereka yang berbeza-beza. Dengan kepercayaan ini, guru-guru akan
berikhtiar untuk bekerja keras dan murid-murid juga akan dimotivasikan untuk
belajar dan mendapat pencapaian yang baik.
c) Guru-guru tidak harus terlalu menekankan motivasi luaran seperti ganjaran
luaran yang tidak akan membawa hasil yang diinginkan.
d) Guru-guru harus sentiasa menggunakan motivasi dalaman dalam pelajaran
mereka.Bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti pembelajaran haruslah berkaitan
dengan minat dan rasa ingin tahu murid.Umpamanya,guru boleh
menghubungkaitkan murid dengan kehidupan murid,menggunakan nama
murid,membina bahan pembelajaran yang jelas dan menarik,dan
sebagainya.permainan dan teka silang kataboleh digunakan untuk
mencetuskan minat dalaman.
e) Pelajaran atau aktiviti pembelajaran haruslah distrukturkan dengan cara
mudah supaya murid dapat mengikutinya. Pelajaran dan aktiviti harus
distrukturkan mengikut tahap pengetahuan atau kemahiran murid.
f) Guru-guru juga harus selalu melayani keperluan murid termasuk keperluan
untuk azam sendiri. Guru-guru boleh menugaskan murid untuk melakukan
tugas penting seperti mengedar dan mengutip buku dan kertas, menjaga
sudut bacaan dan lain-lain.
Perbezaan individu Jenis-jenis perbezaan individu ialah:
45
Murid berisiko
Perbezaan lokasi: Bandar lwn desa
Perbezaan sosialisasi
Pelbagai kebolehan murid
Murid dari kelas sosial yang
berbeza
Murid pelbagai budaya
Bagi menghadapi perbezaan individu pelajar, guru boleh mengambil langkah-
langkah berikut :
1) Cuba memahami perbezaan-perbezaan itu, menerimanya, berimpati dengan
murid itu serta berusaha untuk membantu mereka
2) Pelbagaikan isi pelajaran agar murid yang berbeza dari segi kognitif dapat
faedah dari satu-satu pelajaran itu
3) Mengumpul pelajar mengikut pencapaian mereka, iaitu kumpulan A, B dan C.
Guru boleh meemberi bimbingan yang lebih kepada pelajar lemah dalam
kumpulan C, manakala pelajar yang cerdas dalam kumpulan A boleh
digalakkan membantu pelajar yang sederhana pencapaiannya dalam
kumpulan B
4) Pelbagai strategi pengajaran agar sesuai dengan kebolehan pelajar yang
berbeza itu
5) Alat bantu mengajar hendaklah juga dipelbagaikan agar pelajar yang berbeza
dari segi kebolehan atau minat mendapatkan faedah daripadanya
6) Aktiviti-aktiviti pembelajaran hendaklah sejajar dengan kebolehan dan minat
pelajar. Aktiviti yang terlalu sukar akan membosankan mereka yang lemah,
manakala yang terlalu senang tidak pula mencabar bagi yang cerdas
7) Aktiviti pemulihan hendaklah dikendalikan untuk pelajar yang lemah,
sebaliknya aktiviti pengayaan hendaklah disediakan untuk pelajar yang
cerdas dan yang telah selesai menyempurnakan satu-satu unit pembelajaran
8) Perhatian dan layanan individu hendaklah diberi kepada pelajar yang amat
lemah. Layanan seperti ini meningkatkan keyakinan dan harapan pelajar
berkenaan.
9) Jenis penilaian hendaklah dipelbagaikan. Contohnya, bagi murid yang cerdas
dan sederhana, ujian rujukan norma adalah sesuai kerana ia menggalakkan
pertandingan. Sebaliknya, bagi pelajar yang lemah, ujian rujukan kriteria
adalah lebih sesuai
10)Guru hendaklah sentiasa mewujudkan peluang untuk murid-murid menikmati
kejayaan terutamanya mereka yang lemah. Cara ini dapat mendorong serta
meningkatkan keyakinan diri mereka
11)Ketika mengendalikan projek, pastikan murid pelbagai kebolehan dan minat
diberi peluang untuk mengambil bahagian yang aktif. Murid yang tidak diberi
46
peluang penyertaan akan merasa rendah diri serta kecewa. Ini seterusnya
akan menyebabkan mereka itu mulai menarik diri dan menjadi pasif lagi.
Bagi membantu murid-murid dalam mencapai pertumbuhan dan perkembangan
yang optimum ialah melalui pendekatan seperti :
a) Guru boleh mengembangkan urutan arahan yang mengambil kira urutan
sebagai sebahagian proses arahan. Ini ialah pendekatan yang pernah
digunakan oleh Bernice McCarthy, pemaju sistem 4MAT
b) Menyediakan kumpulan, sama ada antara kelas atau dalam lingkungan kelas
sendiri, supaya dapat mengurangkan variabiliti berhubung dengan latar
belakang, pencapaian, kebolehan, atau beberapa ciri lain. Misalnya,
kumpulan bilik darjah, pembelajaran koperatif dan arahan yang memberikan
ciri khusus kepada sesuatu.
c) Guru boleh mengubahsuai keadaan dalam lingkungan arahan berlaku.
Pendekatan ini digunakan dalam pembelajaran masteri.
3. (a) Kenal pasti seorang murid anda yang bersifat ekstrovert dan seorang lagi yang bersifat introvert. Jelaskan dengan contoh-contoh yang sesuai, bagaimana anda dapat meningkatkan ciri-ciri positif kedua-dua personaliti ini.
Jawapan:Seorang ekstrovert mempunyai minat yang tinggi terhadap dunia luar dan
orang. Ia merupakan seorang yang ‘out-going’, suka bercakap, peramah, mudah
bergaul, tidak boleh diharapkan, optimis dan sentiasa sukakan ‘excitement’. Ia
sukakan aktiviti-aktiviti sosial kerana ini membolehkannya bergaul dengan orang
ramai.
Manakala seorang introvert mempunyai minat dan keupayaan yang tinggi
meneroka dunia dalaman seperti pemikiran, perasaan dan pengalaman seseorang.
Ia sentiasa suka berseorangan, merenung, memfokus terhadap dirinya, sukakan
aktiviti solo, tekun, tegas, malu dan mempunyai pandangan hidup yang pesimistik.
Seorang guru dapat meningkatkan ciri-ciri positif murid-murid yang
berpersonaliti ini ialah :
Memastikan murid mengambil bahagian secara aktif dalam semua aktiviti bilik
darjah agar memberikan mereka perasaan dilibatkan.
47
Kaedah, aktiviti serta bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran haruslah
dirancang berdasarkan kebolehan dan potensi murid. Ini dapat menghasilkan
aktiviti bermotivasi serta mencapai kepuasan belajar.
Membanyakkan aktiviti kumpulan dalam bilik darjah. Lantik ketua kumpulan
dari golongan yang introvert untuk memberi mereka peluang berinteraksi
dengan murid lain.
Adakan sesi kaunseling dengan murid yang introvert, kenalpasti punca
masalahnya dan cuba bentuk ia ke arah mencapai sahsiah yang positif.
Memberi pendedahan murid kepada aktiviti luar, misalnya sukan dan kem
motivasi.
Adakan latihan tegas diri untuk membantu murid meningkatkan harga diri dan
konsep kendiri
Gunakan ganjaran dan pujian untuk menunjukkan penghargaan terhadap
hasil yang baik yang dihantar oleh murid. Ini secara tidak langsung akan
meninggikan lagi konsep kendiri murid
Bantu pelajar membina kepercayaan diri serta menghormati diri sendiri. Ini
dapat membentuk harga diri yang positif
Bantu pelajar membentuk akhlak yang tinggi agar mendapat penghormatan
dari murid-murid lain, guru dan orang dewasa lain
Pastikan murid mendapat makanan yang seimbang dan rehat yang
mencukupi. Murid yang sihat boleh menyertai pelbagai aktiviti sosial yang
perlu untuk membantunya membentuk konsep kendiri yang sihat
Bantu pelajar menghapuskan sikap malu bertanya. Keberanian untuk
mengemukakan soalan akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan yang
baru. Makin berilmu murid itu, makin bertambah keyakinan diri dan makin
meningkatkan konsep kendirinya
Bantu pelajar memperoleh kemahiran bersosialisasi dan berkomunikasi.
Kemahiran-kemahiran ini akan memudahkannya untuk berinteraksi dengan
rakan-rakan dari pelbagai tahap dan guru-gurunya. Keadaan ini pasti akan
meningkatkan konsep kendirinya.
Lengkapkan murid dengan pelbagai kemahiran seperti kemahiran membuat
keputusan, menguruskan masa, belajar dengan berkesan serta menguruskan
tekanan. Segala kemahiran ini membantu murid mengendalikan segala
kesulitan yang boleh menjatuhkan harga dirinya.
48
(b) Berdasarkan pemerhatian bilik darjah, bincangkan pelbagai mekanisme helah bela diri yang digunakan oleh murid-murid anda yang mempunyai :
Konsep kendiri positif Konsep kendiri negatif
Beri sebab-sebab bagi tindakan mereka.Jawapan:
Konsep kendiri merujuk kepada ‘kesepaduan antara ide, perasaan dan sikap
yang dipercayai oleh seseorang terhadap dirinya’. Seorang guru yang
berpengetahuan dan mahir, dapat menguasai perkembangan personaliti dan konsep
kendiri muridnya. Dengan itu, amat mudah baginya untuk membentuk personaliti
dan konsep kendiri yang baik di kalangan muridnya. Ini dapat membantu proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.
Helah bela diri ialah satu strategi mental yang digunakan oleh individu untuk
mempertahankan terhadap luahan terbuka. Guru yang mempunyai pengetahuan
mengenai helah bela diri akan peka atas segala tingkah laku atau tingkah laku
muridnya. Guru ini akan dapat melayan tingkah laku muridnya itu dengan lebih
tenteram dan membina.
49
Helah bela diri mempunyai dua ciri iaitu :
a) Ia berfungsi pada tahap di bawah sedar
b) Ia mengubah, menidak dan memalsukan persepsi realiti
dengan tujuan untuk mengurangkan kadar ancaman pada
seseorang individu.
Antara mekanisme helah bela diri yang digunakan oleh murid-murid saya ialah:
Konsep kendiri positif
1) Rasionalisasi – Ia digunakan oleh ego untuk memberi sebab bagi sesuatu
kebimbangan dengan memberi penjelasan yang munasabah walaupun ianya
tidak jujur.
Contoh : “Kami tidak mendengar bunyi loceng sekolah, mungkin disebabkan
pembesar suara ini rosak”.
2) Pembentukan reaksi – Ia digunakan oleh ego untuk mengawal sebarang ekspresi
yang dilarang dalam dua cara : menyembunyikan perasaan sebenar dan
menunjukkan reaksi sebaliknya.
Contoh : “Saya tidak takut dengan jarum suntikan, cuma buat masa ini saya
berasa kurang sihat.”
3) Pembentukan fantasi – Ia adalah khayalan atau mempunyai fantasi berkenaan
kejayaan yang tidak berjaya dikecapi untuk menghapuskan kekecewaan.
Contoh : “Saya akan menjadi seorang penyanyi yang terkenal walaupun saya
kalah dalam pertandingan ini.”
4) Intelektualisasi – Memendam emosi yang tidak menyenangkan dengan
menghuraikan satu-satu situasi menggunakan penaakulan. Kadangkala, manusia
mengasingkan komponen emosi dalam proses ini. Mereka ini sering mewujudkan
jurang dalam hubungan interpersonal mereka.
Contoh : “Kita tetap berkawan baik walaupun awak telah menjatuhkan air muka
saya.”
5) Sublimasi – Ia boleh memberikan kebaikan atau keuntungan. Ini adakalanya
digunakan sepanjang hayat apabila menyedari bahawa kita tidak mendapat apa
yang diingini.
Contoh : “Saya tidak boleh bermain atau melakukan jasmani kerana ibu telah
melarang.”
6) Identifikasi – Ia adalah apabila seseorang cuba membuat penyesuaian dengan
menyifatkan dirinya seperti orang yang diminatinya. Helah bela diri ini digunakan
secara tidak sedar untuk melindungi diri sendiri dan menaikkan harga diri.
50
Contoh : “Saya adalah murid yang paling disayangi oleh guru matematik saya.”
Konsep kendiri negatif
1) Penafian – Menafikan perkara yang tidak ingin dipercayainya. Ini bagi
membolehkan mereka dapat menempuhi detik-detik sukar.
Contoh : “Walaupun ibu saya telah tiada, saya tidak pernah berasa
kehilangannya.”
2) Represi – Ia menghalang pemikiran yang membimbangkan daripada
memasuki pemikiran sedar manusia. Ia digunakan oleh ego yang
membolehkan helah bela diri psikologi berlaku. Represi membantu manusia
menghadapi masalah harian mereka. Walau bagaimanapun, represi tidak
menghapuskan memori yang tidak diingini dari ingatan manusia tetapi
sebaliknya ia akan menjurus kepada masalah psikologi yang lebih serius.
Contoh : “Saya yakin boleh melakukannya tanpa gagal.”
3) Projeks – Iaitu tindakan di bawah sedar membalikkan konflik dalam dirinya
seperti perasaan, pemikiran dan tujuan kepada orang lain. Misalnya
menyalahkan orang lain ke atas kesilapan yang dilakukan sendiri. Dengan
kata lain, manusia yang rendah diri akan cuba menonjolkan sifat rendah diri
yang ada pada satu-satu bangsa atau kumpulan sosial yang lain.
4) Pemindahan – Digunakan apabila sesuatu perkara yang dapat memuaskan id
tidak dapat diperolehi atau sesuatu perkara itu menimbulkan perasaan tidak
senang. Oleh itu, perhatian manusia akan dipindahkan ke sasaran lain.
Manusia sering mengubah perhatian daripada situasi yang mengancam
kepada situasi yang lebih menyenangkan.
Contoh : Marahkan ibubapa atas sesuatu sebab tetapi kemarahan itu
dilepaskan kepada rakan-rakannya.
5) Regresi – Ia berlaku apabila seseorang kembali kepada tingkah laku pada
peringkat perkembangan yang terdahulu.
Contoh : Melihat perbuatan murid-murid menggigit kuku tangan.
Sebab-sebab bagi tindakan mereka:
51
1) Takut menghadapi situasi yang baru dialami
2) Mahu menggunakan masa bagi memikirkan sesuatu yang menimbulkan
masalah.
3) Ingin mengalihkan ke pandangan yang lain bagi menutup kelemahannya
4) Ia memberi masa untuk seseorang menilai tentang cara menyelesaikan
masalah
5) Ia menambahkan kemahiran hidup kita. Kita dapat mengurangkan sedikit
perasaan kebimbangan
6) Sesetengah helah bela diri seperti sublimasi dan rasionalisasi menjadikan diri
kita lebih kreatif
7) Helah bela diri dapat mententeramkan jiwa seseorang secara sementara
sebelum individu berkenaan dapat berjumpa dengan kaunselor yang boleh
membantunya
8) Kerana menyalurkan kekecewaan, kekurangan atau kekosongan yang
dialami kepada aktiviti lain yang sihat.
9) Untuk menyembunyikan tujuan yang sebenar demi menjaga ego atau harga
dirinya
10)Memindahkan perasaan yang kurang manis daripada sesuatu objek yang
boleh menerimanya
11)Membalikkan konflik atau kelemahan dalam dirinya kepada orang lain
4 (a) “Pemimpin yang baik adalah pengurus yang baik”. Huraikan pernyataan ini mengikut konteks bilik darjah. Adakah anda melihat anda sebagai pengurus yang baik? Fokuskan perbincangan anda kepada aspek-aspek berikut : Rutin bilik darjah Disiplin bilik darjah
Jawapan :Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranan sebagai
pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah:
Mengurus rutin bilik darjah
Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual
bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja-kerusi
Mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah
52
Mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus bahan-bahan pengajaran
supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan
Mengurus aktiviti kumpula supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan
Rutin bilik darjah
Tugas guru dalam pengurusan rutin bilik darjah semakin kompleks apabila
pendidikan semakin berkembang. Dalam masyarakat moden ini, kemajuan bidang
pendidikan telah sampai ke tahap yang canggih sehingga tugas guru tidak terhad
kepada mengajar sahaja, tetapi ditambah dengan tugas-tugas yang lain. Dalam
pengurusan rutin bilik darjah, tugas-tugas guru meliputi tiga bidang utama iaitu:
1. Penyediaan, pentafsiran dan penyimpanan rekod
2. Penyediaan dan pelaksanaan rutin bilik darjah
3. Pelaksanaan tugas-tugas lain seperti pengurusan Skim Bantuan Buku Teks,
Skim Amalan Makanan dan Pemakanan, Skim Susu dan sebagainya.
Tugas-tugas guru dalam pengurusan rutin bilik darjah tersebut bukan sahaja
perlu, bahkan juga amat penting untuk menjamin segala aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan di bawah keadaan yang
berdisiplin tanpa membazirkan masa.
Sebagaimana yang telah dihuraikan, rutin bilik darjah merujuk kepada aktiviti-
aktiviti bilik darjah seperti menanda kedatangan, mengutip yuran, menyemak
keadaan fizikal bilik darjah, mengedar alat bantu mengajar, mengutip atau
memulangkan buku latihan dan sebagainya. Sekiranya rutin bilik darjah ini dapat
diuruskan secara sistematik, masa dan tenaga dapat dijimatkan, dan disiplin murid
dapat dipertingkatkan. Rutin bilik darjah ini juga berkaitan dengan disiplin bilik
darjah.
Disiplin bilik darjah
Di peringkat sekolah, disiplin merupakan peraturan-peraturan yang dikenakan ke
atas murid-murid dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman
atau ganjaran. Justeru itu, disiplin bilik darjah merupakan peraturan-peraturan yang
dikenakan ke atas murid-muridnya supaya mereka berkelakuan baik dan
mendisiplinkan diri semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Bilik
darjah yang berdisiplin boleh disamakan dengan suasana sosioemosi bilik darjah
53
yang harmonis, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara
sistematik, teratur dan lancar tanpa sebarang gangguan.
Sungguhpun guru-guru biasa jarang diberi kuasa menghukum murid yang
melanggar disiplin sekolah, mereka pula orang yang bertanggungjawab mengawas
disiplin murid di dalam bilik darjah, di kawasan sekolah dan di luar sekolah. Oleh itu,
guru hendaklah menjaga disiplin murid dalam sekolah, khasnya di dalam bilik darjah.
Mereka boleh mengambil tindakan sewajarnya terhadap murid yang melanggar
disiplin sekolah. Di antara tindakan yang boleh diambil oleh guru ialah :
1) Memberi amaran atau nasihat kepada murid yang melanggar disiplin sekolah.
2) Jika kes melanggar disiplin sekolah adalah ringan, guru boleh menghukum
murid dengan menyuruhnya berdiri atau mengasingkannya daripada rakan
sebaya.
3) Jika kes melanggar disiplin sekolah adalah berat, guru hendaklah menghantar
murid yang berkenaan kepada Guru Besar untuk diberi nasihat atau hukuman
sewajarnya.
Cadangan-cadangan mengurangkan masalah disiplin dalam bilik darjah
1. Melaksanakan rancangan pelajaran secara sistematik dan menarik serta
bermakna.
2. Mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan menggunakan
alat bantu mengajar yang sesuai serta teknik variasi rangsangan untuk
mengekalkan minat murid belajar.
3. Menghormati murid-murid dan melayan mereka dengan baik untuk
mengeratkan dan merapatkan hubungan guru dengan murid, demi
mengelakkan murid-murid daripada menimbulkan masalah disiplin dalam bilik
darjah.
4. Menghargai dan memuji murid-murid yang berkelakuan baik ataupun
menunjukkan prestasi dan pencapaian mereka dalam aktiviti pembelajaran.
5. Bersifat adil dan tegas terhadap hukuman yang dikenakan dan ganjaran yang
diberikan.
6. Berikan aktiviti pengayaan kepada murid-murid yang telah menguasai
kemahiran serta memperoleh kefahaman tentang pelajaran semasa dalam
aktiviti pemulihan.
7. Berdiri mengajar di suatu tempat yang sesuai supaya guru dapat memerhati
gerak-geri setiap murid dalam bilik darjah.
54
8. Libatkan murid-murid dalam aktiviti pembelajaran secara aktif serta sesuai
dengan kebolehan dan minat mereka masing-masing.
9. Menetapkan peraturan kelas dengan jelas dan mudah dipatuhi.
10.Elakkan amalan mengguna ugutan atau hukuman dera. Berikan bimbingan
dan kaunseling yang wajar kepada murid yang menimbulkan masalah disiplin.
11.Memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa murid dan memuji mereka yang
berkelakuan baik.
(b) Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bergantung kepada kualiti pengurusan bilik darjah. Bincangkan penyataan ini berasaskan pengalaman mengajar anda, dengan memberi contoh-contoh yang sesuai. ( 2 jam )
Jawapan :Keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkait rapat dengan
kecekapan pengurusan bilik darjah seseorang guru. Guru yang cekap menguruskan
bilik darjahnya akan menjamin segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dirancangkan dapat dijalankan secara sistematik dan lancar. Ini adalah kerana
pengurusan bilik darjah yang cekap akan dapat mewujudkan suasana pembelajaran
yang kondusif serta keadaan yang sesuai bagi guru melaksanakan kerja
pengajarannya mengikut langkah-langkah yang ditentukan. Suasana dan keadaan
yang kondusif ini hanya dapat diwujudkan apabila semua murid mengikut peraturan
dan rutin bilik darjah yang ditetapkan. Sesungguhnya, tujuan utama pengurusan bilik
darjah ialah menjaga disiplin bilik darjah supaya mewujudkan suasana dan keadaan
yang membolehkan murid-murid mengikuti pelajaran mereka tanpa sebarang
gangguan.
55
Kecekapan pengurusan bilik darjah
Mengurangkan masalah disiplin
Mewujudkan suasana dan keadaan bilik darjah yang kondusif
Rajah : Perkaitan pengurusan bilik darjah dengan disiplin
Sistem sosial merupakan suatu sistem interaksi dan aktiviti manusia dalam
masyarakat. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah
bergantung kepada interaksi dan aktiviti di antara guru dengan murid-muridnya.
Sehubungan ini, bilik darjah merupakan satu sistem sosial yang mana interaksi
berlaku melalui aktiviti-aktiviti yang dirancangkan berlandaskan suatu strategi
pengajaran dan pembelajaran.
Mengikut kajian, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
banyak bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid,
dan murid dengan bahan pembelajaran. Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi
corak dan suasana intekasi di dalam bilik darjah pada lazimnya boleh
diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu faktir fizikal, kemanusiaan dan teknikal.
Rajah : Faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah
56
Faktor kemanusiaan Faktor teknikal
Faktor fizikal
Aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam
bilik darjah
5 (a) Banding beza antara lima teori pembelajaran yang telah anda pelajari. Teori pembelajaran manakah yang biasa anda amalkan dalam bilik darjah anda? Beri sebab-sebab bagi menyokong jawapan anda. ( 2 jam )Jawapan :Lima teori pembelajaran yang telah dipelajari iaitu teori pembelajaran kognitif,
behavioris, sosial, humanistik dan konstruktivisme.
Pelopor Ahli Psikologi
Teori Pembelajaran Kognitif Implikasi Pengajaran-Pembelajaran
1 Howard Gardner
Teori Pelbagai KecerdasanManusia mempunyai 7 kecerdasan dalam dirinya iaitu : kecerdasan linguistik, logikal-matematikal, visual-spatial, muzik, kinestatik, interpersonal dan intrapersonal
Di samping perkembangan kecerdasan kognitif, kecerdasan bukan kognitif seperti kecerdasan muzik, tubuh kinestatik, interpersonal dan intrapersonal hendaklah juga diberi perhatian serta penilaian.
2 Piaget, Vygotsky, Von Glaserfeld
Teori Konstruktivisme- Mempunyai erti sama dengan teori
konstruktivisme kognitif atau konstruktivisme
- Berasal daripada teori perkembangan kognitif Piaget dan teori zon perkembangan prokimal (ZPO) Vygotsky
- Konsep konstruktivisme- Ilmu dibentuk berasaskan inisiatif
diri individu- Tujuan membentuk ilmu adalah
mengadaptasikan diri dalam alam sekeliling
Gunakan strategi pemusatan murid, kumpulan, sumbangsaran pembelajaran koperatif, perbincangan, penyelesaian masalah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Mengembangkan proses metakognitif dan pemikiran reflektif dengan kaedah dan teknik penyoalan, khasnya kaedah Sokratik
Mengaitkan ilmu yang sedia ada dengan pembelajaran baru dan memupuk motivasi instrinsik,
57
- Proses pembentukan ilmu merupakan hasil rasionalisasi pengalaman individu
- Pencapaian pembelajaran usahasama lebih baik daripada usaha diri
- Menekankan perkembangan proses metakognitif dan refleksi dalam pembelajaran
pelajar agar mengambil inisiatif diri dalam pembelajaran
3 Ivan Pavlov, Edward Thorndike, B.F Skinner
Rangsangan-gerak balas Hukum kesediaan, latihan dan
kesan Peneguhan positif dan negatif
Mengaitkan rangsangan yang positif dengan respon pelajar
Memberi motivasi dan peneguhan
Memberi cukup aktiviti peneguhan
4 Bandura Tingkah laku dan kognitif- PermodelanPerhatian, pemikiran, peniruan, peneguhan diri
Guru sebagai role model; menggunakan kaedah demonstrasi dan contoh-contoh yang sesuai
5 Rogers. Maslow
Kesempurnaan kendiri- Individu belajar dengan cara sendiri dan penilaian diri
Menggunakan motivasi positif dan kaedah individu
Murid-murid terlibat dengan pembelajaran pada bila-bila masa. Guru sebagai
pendidik boleh membantu murid-murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan
konsep yang memberi manfaat kepada mereka kelak. Daripada kelima-lima teori
pembelajaran ini, pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak
menggunapakai kelima-lima teori ini bergantung kepada situasi pengajaran, jenis
ilmu yang diajarkan dan sebagainya. Ini kerana dengan mengabaikan salah satu
atau menumpukan pengajaran dan pembelajaran kepada satu-satu teori sahaja
akan merugikan pengisian pengajaran atau dengan kata lain mengecilkan skop
penguasaan dan kemahiran yang sepatutnya dimonopoli oleh murid-murid.
(b) Pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran adalah penting sebelum proses pembelajaran. Berdasarkan pengalaman mengajar anda, bincangkan penyataan dengan memberi contoh yang sesuai. ( 1 jam )Jawapan :Teori pembelajaran merupakan dapatan kajian ahli-ahli psikologi pendidikan tentang
konsep pembelajaran, faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran serta proses
dan sebab berlakunya pembelajaran. Teori pembelajaran ini memberikan
58
penghuraian tentang unsur, faktor dan mekanisme yang terlibat dalam proses
pembelajaran. Kebanyakan teori pembelajaran adalah dihasilkan daripada kaji
selidik atau pemerhatian. Terdapat pula, sesetengahnya dibentuk melalui pemikiran
logik berasaskan falsafah.
Fungsi dan kepentingan teori pembelajaran :
1. Sebagai pendekatan pembelajaran, iaitu berfungsi sebagai sesuatu cara
mengkaji, menganalisis dan mentafsir pembelajaran. Dengan perkataan lain,
ia memberi panduan ke arah menjalankan kaji selidik secara saintifik.
2. Sebagai huraian hukum-hukum pembelajaran secara mudah dan ringkas.
3. Sebagai huraian konsep dan proses pembelajaran serta faktor-faktor yang
mempengaruhi pembelajaran.
59