imam hasan al banna

28
PENDAHULUAN Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed al-Banna atau ringkasnya Hassan al-Banna adalah pendakwah, reformis sosial dan politik Mesir dan pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin . Pada usia 12 tahun, beliau sudah menghafal al- Quran . Beliau menyertai kumpulan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi di sekolah. Beliau rajin menghadiri majlis-majlis zikir pimpinan al-Ikhwan al- Hasafiyyah. Pada usia 23 tahun, beliau menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Islamailiyyah pada Mac 1928. Hasil kegigihan beliau, gerakan dakwah beliau mendapat sambutan di Mesir dan di setiap pelusuk negara-negara Islam . Pada tahun 12 Februari 1949 beliau meninggal dunia setelah ditembak mati oleh seorang pembunuh upahan arahan 1

Upload: noraharahaman

Post on 25-Jan-2016

248 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

imam hasan al-banna

TRANSCRIPT

Page 1: Imam Hasan Al Banna

PENDAHULUAN

Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed al-Banna atau ringkasnya Hassan al-

Banna adalah pendakwah, reformis sosial dan politik Mesir dan pengasas gerakan

Ikhwanul Muslimin. Pada usia 12 tahun, beliau sudah menghafal al-Quran. Beliau

menyertai kumpulan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi di sekolah.

Beliau rajin menghadiri majlis-majlis zikir pimpinan al-Ikhwan al-Hasafiyyah. Pada

usia 23 tahun, beliau menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Islamailiyyah

pada Mac 1928. Hasil kegigihan beliau, gerakan dakwah beliau mendapat sambutan

di Mesir dan di setiap pelusuk negara-negara Islam. Pada tahun 12 Februari 1949

beliau meninggal dunia setelah ditembak mati oleh seorang pembunuh upahan arahan

sulit kerajaan Mesir ketika itu.

BIODATA TOKOH

1

Page 2: Imam Hasan Al Banna

Hassan al Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-

Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat lautKaherah). Beliau berasal dari sebuah

perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta

keluarga ulama yang dihormati. Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun,

beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi

yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri

majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-

Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922. Melalui pertubuhan ini beliau

berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting

dalam penubuhan Ikhwan Muslimin. Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna

menyertai tunjuk perasaan semasa revolusi 1919 menentangpemerintahan British.

Pada tahun 1923 ketika berusia 16 tahun dia memasuki Dar al 'Ulum, sebuah sekolah

latihan perguruan di Kaherah. Kehidupan di ibu negara Mesir menawarkannya

peluang yang lebih luas berbanding di kampung serta bertemu dengan pelajar Islam

terkemuka (kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya). Walau bagaimanapun,

beliau amat terganggu dan tidak senang dengan pengaruh kebaratan yang dilihatnya

disana, terutamanya peningkatan arus sekular seperti parti-parti politik, kumpulan-

kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular yang terdorong ke

arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral traditional. Hassan al

Banna turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di

Universiti al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka terhadap peningkatan

atheisme dan pengaruh mubaligh Kristian.

Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama'atul Makram al-Akhlaq al-

Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah berunsurkan Islam. Melalui

2

Page 3: Imam Hasan Al Banna

pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata

pelosok tempat seperti di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang

ramai. Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan

tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda,

Farid Wajdi dan lain-lain.

Di tahun akhirnya di Dar al-'Ulum, beliau menulis bahawa beliau bercadang untuk

menzuhudkan dirinya menjadi "penasihat dan guru" bagi golongan dewasa dan kanak-

kanak agar dapat mengajar mereka mengenai matlamat "agama adalah sumber

kegembiraan dan keriangan dalam kehidupan". Beliau mendapat ijazah pada tahun

1927 dan diberikan jawatan sebagai guru bahasa Arab di sekolah rendah kebangsaan

di Isma'iliyya, sebuah bandar yang terletak di Zon Terusan Suez.

PENDIDIKAN TOKOH

Imam Hasan Al-Banna mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri.

3

Page 4: Imam Hasan Al Banna

Sejak kecil lagi, bapanya telah mendidik beliau dengan agama dan tahfiz al-Quran.1

Dalam usahanya menghafal Al-Quran, bapanya telah memberi banyak bantuan dan

galakan kepada beliau untuk mempelajari ilmu Islam. Kehidupan seharian Hasan Al-

Banna semasa kecil dapat dibahagikan kepada empat bahagian. Waktu pagi, beliau

pergi ke sekolah seperti kanak-kanak yang lain. Selepas itu, beliau menolong bapanya

membuat dan membaiki jam sehingga waktu petang. Kemudian, pada malam hari,

beliau menggunakan waktu lapang untuk mengulang kaji pelajaran. Manakala,

selepas waktu subuh beliau membaca serta mengulang-ulang hafazan al-Quran bagi

memperkukuhkan lagi hafazannya.

Tidak lama kemudian, beliau dimasukkan ke sebuah sekolah bernama

Madrasah Al- Diniyyah Ar-Rasyad. Di sekolah ini beliau berguru dengan seorang

ulamak terpelajar yang bernama Syeikh Muhammad Zahran. Syeikh Muhammad

Zahran mendidik pelajar-pelajarnya termasuk Hasan Al-Banna dengan kaedah yang

agak keras bagi golongan kanak-kanak. Cara didikan yang begitu ketat seperti

bebanan dalam menghafaz al-Quran, pembacaan dan menelaah kitab-kitab besar

Islam ini sebenarnya adalah untuk kebaikan mereka juga. Faedah daripada hasil

didikan tersebut hanya disedari oleh Hasan Al-Banna setelah beliau melangkah ke

alam dewasa. Apabila pengurusan sekolah tersebut bertukar tangan dan pengasasnya

iaitu Syeikh Muhammad Zahran membuat kerja lain, maka Imam Hasan Al-Banna

pun berpindah ke sekolah lain yang bernama Madrasah I’dadiyah dan dalam masa

yang sama bapa beliau terus memantau perkembangan hafazan al-Quran anak

kesayangannya dengan diiringi kesungguhan Hasan Al-Banna sendiri. Beliau

akhirnya berjaya menghafaz al-Quran ketika baru berusia 12 tahun dan ini merupakan

satu pencapaian yang agak luar biasa jika dibandingkan dengan rakan seusianya

ketika itu.

Ketika melangkah usia 13 tahun, Hasan Al-Banna telah berjaya melanjutkan

pelajarannya ke Madrasah al-Mu’allimin al-Awwaliyah / Pusat Latihan Guru di

Damanhur untuk mendapat ijazah perguruan. Walaupun kelayakan minimum untuk

belajar di sekolah tersebut ialah 14 tahun. Hasan Al-Banna ternyata terkehadapan

1

4

Page 5: Imam Hasan Al Banna

berbanding dengan teman seusianya yang lain. Pengecualian khas diberikan kepada

beliau ekoran pengetua madrasah tersebut dapat melihat dengan jelas potensi Hasan

Al-Banna yang jauh lebih matang berbanding dengan usia sebenarnya. Selepas tiga

tahun berkursus di situ, beliau mendapat pangkat pertama di dalam peperiksaan.

Selesai sahaja kursus perguruan tersebut, beliau telah ditawarkan jawatan guru oleh

Pejabat Pelajaran Daerah tetapi beliau memilih untuk menyambung pengajiannya ke

peringkat yang lebih tinggi iaitu ke Darul Ulum (Universiti Kaherah).

Darul Ulum ditubuhkan pada tahun 1873 sebagai percubaan pertama

pemerintahan Mesir mewujudkan pendidikan moden di peringkat tinggi.2 Hasan Al-

Banna Ketika itu beliau berusia 16 tahun. Mengikut peraturan, beliau tidak layak

memasuki Universiti itu (yakni tidak layak dari segi umur) tetapi peraturan itu

dilonggarkan kerana bakat dan keilmuannya yang luar biasa itu. Di sini kursus di beri

dengan cara atau kaedah moden. Selain ilmu-ilmu diniyyah, Darul Ulum juga

mengajar pelbagai ilmu semasa seperti psikologi, falsafah, politik, ilmu

kemasyarakatan, matematik, linguistik dan pedagogi. Disamping metode-metode

pendidikan moden yang diadakan di situ, Darul Ulum juga terkenal dengan panggilan

Al-Azhar As-Saghir di kalangan masyarakat Mesir pada masa itu. Sebaik sahaja

Hasan Al-Banna diterima masuk ke Darul Ulum, beliau dan keluarganya pun

berpindah ke Kaherah.

Pada bulan Julai, 1927 M., Imam Hasan Al-Banna lulus peperiksaan

diplomanya dari Darul Ulum (kini terkenal dengan Universiti Kaherah) dengan

mendapat pangkat pertama. Hasan Al-Banna membahagikan masanya itu ditumpukan

kepada pengajiannya dan sebahagian lagi dihabiskan untuk dakwah Islamiah dan

membantu bapanya membaiki jam. Setelah beliau menamatkan pengajiannya, beliau

2

5

Page 6: Imam Hasan Al Banna

terpaksa pula membuat pilihan sama ada beliau patut mengambil biasiswa luar negeri

dan meneruskan pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi ataupun bekerja dengan

Jabatan Pelajaran sebagai seorang guru. Jika beliau bekerja dengan Jabatan Pelajaran,

beliau akan mengajar kanak-kanak pada siang hari dan masa lapangnya pula akan

dihabiskan untuk.mengajar ibu bapa mereka. Kemudian, Darul Ulum mengumumkan

bahawa Biasiswa luar negeri tidak akan ditawarkan kepada mana-mana pelajar kerana

negara Mesir sedang mengalami kekurangan guru pada waktu itu. Selepas

pengumuman tersebut, beliau tidak ada pilihan lain kecuali menjadi guru. Apabila

beliau mula bertugas sebagai guru di sekolah kerajaan, umurnya baru menjangkau dua

puluh satu tahun. Beliau tinggal di Ismailiah sehingga tahun 1933 M.

SUMBANGAN TOKOH

Imam Hasan Al-Banna tiba di Ismailiah pada tahun 1927 untuk memulakan

tugasnya sebagai seorang guru. Beliau menggunakan masa lapangnya untuk mengkaji

dengan teliti corak hidup masyarakat Ismailiah agar usaha dakwahnya dapat

6

Page 7: Imam Hasan Al Banna

dilancarkan dengan lebih berkesan. Imam Hasan Al-Banna berusaha untuk menjadi

seorang guru yang baik dan juga seorang pendakwah yang berjaya. Beliau memulakan

usaha dakwahnya di kedai-kedai makan dan kedai-kedai kopi dan bukannya di masjid.

Dalam masa yang singkat sahaja, ramai orang telah menjadi pengikutnya.

Dalam bulan Mac, 1928 M., enam orang penting telah berkumpul di rumah Imam

Hasan Al-Banna. Mereka telah bersumpah untuk hidup dan mati kerana

memperjuangkan Islam. Perjuangan mengejut ini telah menghasilkan satu pertubuhan

yang terkenal dengan nama ‘Al-Ikhwan Muslimin’. Batu asas pusat gerakan dan

masjid Ikhwanul Muslimin telah diletakkan di Ismailiah pada tahun 1929 M. Selepas

itu, cawangannya dibuka di kawasan Suez dan Iskandariah. Semenjak itu, Ikhwanul

Muslimin pun berkembang dengan pesat menuju ke matlamatnya.

PENGAJARAN DARI HIDUP TOKOH

Imam Hasan Al-Banna mencatatkan dalam Muzakkirat nya tentang kisah beliau

menyampaikan kuliah agama ketika beliau masih berumur dua puluhan tahun. Beliau

menyampaikan kuliah tersebut antara waktu Maghrib dan Isyak di satu sudut di

7

Page 8: Imam Hasan Al Banna

sebuah masjid kecil. Setelah sekian waktu, kuliah tersebut telah mendapat perhatian

dan para hadirin yang hadir telah bertambah. Termasuk juga yang hadir adalah di

kalangan mereka yang menyimpan sikap dan pendirian lama dalam masalah khilaf

dan suka membangkitkan api perdebatan.

Sehingga pada suatu malam, Imam Hasan al-Banna merasakan terdapat satu kelainan

terhadap hadirin yang hadir. Seolah-olah terdapat perbezaan kelompok di kalangan

para pendengar termasuk tempat duduk mereka. Pada malam tersebut, belum sempat

Imam Hasan al- Banna hendaklah memulakan kuliahnya, tiba-tiba beliau telah

diajukan satu soalan.

“Apakah pandangan ustaz tentang masalah tawassul?" Maka al-Banna menjawab:

“Wahai saudaraku, aku berpandangan (bahawa) engkau bukan bermaksud mahu

bertanya tentang masalah ini sahaja, tetapi engkau juga mahu bertanya tentang

selawat selepas azan, membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, lafaz siyadah Rasul

dalam tasyahhud, bagaimana kedudukan ibu bapa Nabi Muhammad s.a.w di akhirat,

sampai atau tidak bacaan al-Qur’an kepada si mati, adakah perkumpulan-

perkumpulan yang dibina oleh ahli tariqat itu maksiat atau qurbah, dan pelbagai

masalah lagi."

Al-Banna sengaja menyenaraikan semua perkara-perkara khilaf tersebut yang telah

menyalakan api fitnah sejak sekian lama sehingga membuatkan lelaki penyoal itu

tersentak. Lalu lelaki itu menjawab:“Ya, aku mahukan jawapan atas kesemua soalan

itu!”

8

Page 9: Imam Hasan Al Banna

Lalu al-Banna menjawab: “Wahai saudaraku, aku bukanlah seorang alim, tetapi aku

seorang guru bandar yang menghafaz sesetengah ayat al-Qur’an dan sesetengah

hadith Nabi s.a.w dan mengetahui beberapa hukum agama setelah merujuk kepada

kitab-kitab. Lalu aku menawarkan diri untuk mengajarkan ilmu itu kepada orang

ramai. Maka sekiranya engkau bertanya kepadaku soalan yang terkeluar daripada apa

yang aku tahu maka engkau telah menyukarkan aku, sedangkan barangsiapa yang

mengatakan aku tidak tahu dia juga telah berfatwa. Sekiranya engkau merasa puas

dengan apa yang aku sampaikan, dan melihat padanya ada kebaikan, maka dengarilah

ia. Sekiranya engkau ingin mengetahui lebih lanjut maka bertanyalah kepada para

ulama' yang pakar selainku. Mereka mampu memberi fatwa terhadap apa yang kamu

mahu. Adapun aku, maka inilah kadar ilmuku, sesungguhnya Allah Ta'ala tidak

memberatkan ke atas seseorang melainkan apa yang diusahakan.”

Itulah jawapan Imam Hasan al-Banna kepada lelaki tersebut dan lelaki itu pada

hakikatnya tidak mendapat apa-apa jawapan daripada Imam Hasan al-Banna. Namun

dengan ucapan Imam Hasan al-Banna itu para hadirin atau kebanyakan mereka

merasa berpuas hati. Lalu dengan kesempatan yang ada Imam Hasan al-Banna

meneruskan ucapannya dengan berkata:

“Wahai saudara-saudaraku, aku amat mengetahui bahawa saudara yang bertanya tadi,

termasuk juga ramai di kalangan kalian, tidak bermaksud daripada soalan seumpama

itu melainkan hanya ingin mengetahui, daripada kumpulan manakah pengajar baru

9

Page 10: Imam Hasan Al Banna

ini? Adakah daripada kumpulan Syeikh Musa atau daripada kumpulan Syeikh Abdul

Sami’?! Sesungguhnya pengetahuan ini tidak memberikan apa-apa manfaat kepada

kamu, sedangkan kamu telah menghabiskan masa dalam keadaan fitnah selama lapan

tahun dan cukuplah sekadar itu. Kesemua masalah itu telah diperselisihkan oleh umat

Islam sejak ratusan tahun dan mereka masih terus berselisih pendapat sehingga ke hari

ini, namun Allah Ta'ala redha kepada kita untuk berkasih sayang dan bersatu padu

serta membenci untuk kita berselisihan dan berpecah-belah. Maka aku ingin mengajak

kamu semua berjanji dengan Allah Ta'ala untuk meninggalkan semua perkara-perkara

ini sekarang, dan bersungguh-sungguh untuk mempelajari asas-asas agama dan

kaedah-kaedahnya, beramal dengan akhlaknya, kelebihan-kelebihannya yang umum

dan petunjuk-petunjuknya yang disepakati. Dan mendirikan segala kewajipan dan

sunat serta meninggalkan sikap memberat-beratkan dan terlalu rigid supaya hati

menjadi suci. Dan supaya menjadi tujuan kita semua hanya untuk mengetahui

kebenaran, bukan hanya kerana sekadar mahu memenangkan satu pandangan. Ketika

itu, kita mempelajari kesemua ini bersama dalam keadaan kasih sayang, kepercayaan,

kesatuan dan keikhlasan. Aku berharap kamu terimalah pandanganku ini dan agar ia

menjadi perjanjian sesama kita untuk berbuat demikian”.

PENUTUP

Berpandukan kepada Gerakan Ikhwanul Muslimin inilah munculnya Gerakan-

10

Page 11: Imam Hasan Al Banna

Gerakan Islam yang lain di setiap watan (negara) Islam di seluruh dunia. Antaranya

ialah Jami’at E Islami (Pakistan – diasaskan oleh Sayyid Abul A’la al-Maududi), Parti

Refah (Turki – diasaskan oleh Najmuddin Erbakan, telahpun diharamkan dan beliau

telah dipenjara. Parti AK yang memerintah Turki pada hari ini, yang diketuai oleh

Recep Tayyip Erdogan, ialah hasil tarbiyyah Najmuddin), FIS – Front Islamique du

Salut (Algeria – memenangi pilihanraya pada 1990, namun dijatuhkan oleh kuasa

tentera, beribu-ribu ahli dibunuh dan dipenjara), HAMAS - Harakah Muqawwamah

Islamiah (Palestin) dan Gerakan- Gerakan Islam lain yang diasaskan berdasarkan

ideologi Ikhwan.

Gerakan-gerakan ini bergerak serentak di seluruh dunia, mendepani cabaran mengikut

keadaan dan suasana di watan masing-masing, namun mempunyai wihdatul fikr dan

wihdatul amal yang satu. Muktamar di peringkat antarabangsa sering diadakan dan

Gerakan-gerakan Islam kini bergerak untuk menegakkan khilafah dan membebaskan

bumi Islam dari musuh kuffar dan juga yang bertopengkan Islam.

Seharusnya kita menggabungkan diri dengan Gerakan-Gerakan Islam yang benar

(akan hanya ada satu sahaja Gerakan Islam di antara pertubuhan-pertubuhan Islam

yang pelbagai di sesebuah watan), agar tidak ketinggalan atau bersendirian dalam

meneruskan perjuangan Rasulullah SAW yang tercinta.

LAMPIRAN

11

Page 12: Imam Hasan Al Banna

Al-Banna dalam salah satu muhadharah hadis Ath-Thulasa’ (pengisian hari selasa)

yang mana ia merupakan antara cara beliau untuk menyampaikan fikrah beliau

kepada masyarakat awam.

12

Page 13: Imam Hasan Al Banna

13