impak pengkomersilan seni ukiran kayu iban terhadap … nanthini ap... · 2015. 1. 30. · i...
TRANSCRIPT
IMPAK PENGKOMERSILAN SENI UKIRAN KAYU IBAN TERHADAP
MASYARAKAT IBAN DI SARAWAK.
KAJIAN KES: DAERAH LUBUK ANTU, BAHAGIAN SRI AMAN
USHAA NANTHINI A/P KARISENAN
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian
(Pengurusan Seni)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2007
i
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN
JUDUL : IMPAK PENGKOMERSILAN SENI UKIRAN KAYU IBAN TERHADAP
MASYARAKAT IBAN DI SARAWAK. KAJIAN KES: DEARAH LUBUK
ANTU, BAHAGIAN SRI AMAN.
SESI PENGAJIAN : 2004/2007
Saya USHAA NANTHINI A/P KARISENAN
Mengaku membenarkan tesis/ Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat
Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti
berikut :
1. Tesis/ Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan
Tempatan
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi
5. * sila tandakan √
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah
keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di
dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah
ditentukan oleh Organisasi/badan di mana
penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan
_______________________ ________________________
Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia
Tarikh : Tarikh :
Alamat Tetap :
No. 09, Jalan Damai Perdana 1/4A,
Bandar Damai Perdana, Cheras 56000,
Kuala Lumpur. Catatan : * Tesis/ Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda
* Jika Tesis/ Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/
organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/ laporan ini perlu dikelaskan
sebagai SULIT atau TERHAD
ii
Projek bertajuk ”Impak Pengkomersilan Seni Ukiran Kayu Iban terhadap
Masyarakat Iban di Sarawak. Kajian Kes: Daerah Lubuk Antu, bahagian Sri
Aman” telah disediakan oleh Ushaa Nanthini A/P Karisenan dan telah diserahkan
kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah
Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni).
Diterima untuk diperiksa oleh:
Cik Karen Audrey Samy
Tarikh:
iii
PENGHARGAAN
Salam Sejahtera, terlebih dahulu saya mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga
kerana projek tahun akhir saya ini siap dengan jayanya. Ribuan terima kasih kepada
penyelia saya Cik Karen Audrey Samy kerana telah memberi tunjuk ajar dengan
sedaya-upaya untuk membantu saya dengan memberi pelbagai maklumat dan
panduan untuk menyiapkan projek tahun akhir saya. Ucapan terima kasih juga
kepada pensyarah-pensyarah lain Pn. Qistina Donna Lee Abdullah, Pn. Rahah Hj.
Hassan, Pn. Noria Tugang dan Cik Ema Shuhaida Yahya kerana sudi meluangkan
masa untuk menjadi pemerhati dan pemeriksa di samping memberi teguran dan
pandangan yang membina untuk kajian penyelidikan ini.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tunjukkan khas kepada Sarawak
Craft Council, Sarakraf Pavillion dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Cawangan Sarawak kerana telah memberi kerjasama dalam menyumbang maklumat
yang berkaitan dengan kajian ini.
Tidak lupa juga kepada insan tersayang iaitu kedua-dua ibu bapa saya yang telah
banyak memberi perangsang dan semangat serta menyokong saya dalam menyiapkan
kajian ini. Yang terakhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua sahabat yang telah membantu sama ada secara langsung atau tidak
langsung sepanjang saya menjalankan kajian penyelidikan ini. Dengan bantuan dan
dorongan daripada kalian, saya berjaya menyiapkan penyelidikan ini dengan
sempurna.
Sekian, terima kasih.
iv
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
Borang Pengesahan Status Tesis/ Laporan i
Pengakuan ii
Penghargaan iii
Abstrak Bahasa Melayu x
Abstrak Bahasa Inggeris xi
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.1.1 Masyarakat Iban 1
1.1.2 Asal-Usul Ukiran 3
1.1.3 Jenis-Jenis Ukiran Kayu 4
1.1.4 Fungsi-Fungsi Ukiran Kayu 6
1.1.5 Pengkomersilan 7
1.2 Definisi 10
1.3 Objektif 11
1.4 Hipotesis 12
1.5 Skop Kajian 13
1.6 Permasalahan Kajian 15
1.7 Rumusan Dan Kesimpulan 17
v
BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN 18-29
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 30
3.2 Lokasi Kajian 31
3.3 Sumber Data 32
3.3.1 Data Primer 32
3.3.1.1 Kaedah Kuantitatif 32
3.3.1.2 Kaedah Kualitatif 32
3.3.2 Data Sekunder 33
3.4 Populasi
3.4.1 Masyarakat Iban di Daerah Lubuk Antu, bahagian Sri Aman. 34
3.4.2 Pengunjung Sarakraf Pavillion 34
3.4.3 Pengunjung Sarawak Craft Council 34
3.4.4 En. Zahir Ahmad, Pengurus Pemasaran Sarakraf Pavillion 35
3.4.5 En. Tebere Apek, Pengukir di Perbadanan Kemajuan 35
Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak
3.4.6 Cik. Kertini Binti Bedi, Pengukir di Perbadanan Kemajuan 36
Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak
3.4.7 En. Jam Malang, Pengukir di Sarawak Craft Council 36
3.5 Persampelan
3.5.1 Masyarakat Iban di Daerah Lubuk Antu, bahagian Sri Aman 37
3.5.2 Pengunjung Sarakraf Pavillion 37
3.5.3 Pengunjung Sarawak Craft Council 38
vi
3.6 Instrumen Kajian
3.6.1 Kamera Digital 39
3.6.2 Perakam Suara 39
3.6.3 Borang Soal Selidik 39
3.6.4 Perisian komputer SPSS 39
3.7 Limitasi Kajian 40
3.8 Rumusan Dan Kesimpulan 42
BAB 4 ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 43
4.2 Penganalisaan Data
4.2.1 Borang Soal Selidik 44
4.2.1.1 Jantina Keseluruhan Responden 45
4.2.1.2 Umur Keseluruhan Responden 46
4.2.1.3 Pekerjaan Keseluruhan Responden 47
4.2.1.4 Bangsa Keseluruhan Responden 48
4.2.1.5 Para Pelancong Dan Masyarakat Tempatan Yang 49
Tahu Tentang Fungsi-Fungsi Ukiran Kayu Iban
4.2.1.6 Tujuan Para Pelancong Dan Masyarakat Tempatan 50
Membeli Ukiran Kayu Iban
vii
4.2.1.7 Pandangan Para Pelancong Dan Masyarakat 51
Tempatan Terhadap Aktiviti Pengkomersilan
Yang Giat Dijalankan Oleh Sarakraf Pavilion
Atau Sarawak Craft Council
4.2.1.8 Ukiran Kayu Iban Pada Masa Kini Masih 53
Digunakan Untuk Tujuan Keagamaan Dan
Ritual Oleh Kaum Iban Mengikut Pandangan
Responden Iban
4.2.1.9 Ukiran Kayu Iban Mengalami Perubahan Pada 55
Masa Kini Berbanding Masa Dahulu Mengikut
Pandangan Responden Iban
4.2.1.10 Kerja Pengukiran Kayu Iban Memerlukan 56
Pembelajaran Khas Mengikut Pandangan
Responden Iban
4.2.1.11 Aspek Keaslian Diberi Keutamaan Oleh Pengukir 58
Kayu Iban Pada Masa Kini Mengikut Pandangan
Responden Iban
4.2.1.12 Setuju Dengan Aktiviti Pengkomersilan Ukiran 59
Kayu Iban Di Pasaran Berdasarkan Pandangan
Keseluruhan Responden
4.2.1.13 Pengkomersilan Menjamin Kualiti Ukiran Kayu 63
Iban Berdasarkan Pandangan Keseluruhan
Responden
viii
4.2.1.14 Pengkomersilan Menjejaskan Keaslian Corak Dan 67
Reka Bentuk Ukiran Kayu Iban Berdasarkan
Pandangan Keseluruhan Responden
4.2.1.15 Aktiviti Pengkomersilan Ukiran Iban Menyebarkan 71
Seni Dan Budaya Masyarakat Iban Berdasarkan
Pandangan Keseluruhan Responden
4.2.1.16 Pengkomersilan Ukiran Kayu Iban Hanya 75
Mementingkan Keuntungan Berdasarkan Pandangan
Keseluruhan Responden
4.2.2 Temuduga
4.2.2.1 Tujuan aktiviti pengkomersilan ukiran kayu Iban 79
di pasaran
4.2.2.2 Sambutan masyarakat Iban terhadap aktiviti 81
pengkomersilan ukiran kayu Iban
4.2.2.3 Sambutan pelancong dan masyarakat tempatan 83
terhadap aktiviti pengkomersilan dan tujuan
membeli ukiran kayu
4.2.2.4 Kesan-kesan aktiviti pengkomersilan ukiran 84
kayu Iban
4.2.2.5 Aspek keaslian dari segi reka bentuk, corak 86
dan penggunaan peralatan ukiran kayu
4.2.2.6 Cabaran-cabaran yang dihadapi dalam bidang 88
ukiran akibat aktiviti pengkomersilan
4.2.3 Kesimpulan 90
ix
BAB 5 CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN
5.1 Pengenalan 91
5.2 Rumusan 92
5.3 Cadangan
5.3.1 Bengkel Seni Ukiran Kayu 95
5.3.2 Peranan Para Pengukir 96
5.3.3 Memperbanyakan Persatuan Iban Di Sarawak 97
5.3.4 Pameran Seni Ukiran Kayu 99
5.3.5 Seminar Dan Kempen Kesedaran 100
5.3.6 Penubuhan Pusat Seni Atau Galeri Seni 101
5.4 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang
5.4.1 Mengkaji Fungsi-Fungsi Ukiran Kayu Iban 103
5.4.2 Mengkaji Perbezaan Dan Persamaan Antara Motif 103
Ukiran Tradisional Dengan Motif Ukiran Moden
5.4.3 Mengkaji Proses Pembuatan Ukiran Kayu Iban 104
5.5 Kesimpulan 104
Rujukan 105
Lampiran A 107
Lampiran B 113
Lampiran C 114
Lampiran D 119
Lampiran E 123
x
ABSTRAK
Ukiran kayu merupakan salah satu seni tradisi yang masih diamalkan oleh
masyarakat Iban di Sarawak. Kebanyakan ukiran tersebut mempunyai pelbagai
makna dan fungsi ritual dalam kehidupan seharian masyarakat Iban. Namun apabila
seni ini mula dikomersialkan maka wujudlah pelbagai kesan yang positif mahupun
negatif. Dengan ini, pengkaji ingin menerokai impak-impak yang wujud akibat
aktiviti pengkomersilan seni ukiran kayu Iban bagi mempertahankan khazanah seni
tradisi ini.
xi
ABSTRACT
Woodcarving is one of the most significant art forms practiced by the Iban tribe in
Sarawak. This carving expresses the true spirit and customs of traditional Iban life.
However, the commercialization of this art form has brought about both positive and
negative implications. Thus, this research aims to explore the impact of this
commercialization in hopes of contributing to the preservation of this important
traditional art.
xii
1
BAB 1
1.1 PENGENALAN
1.1.1 MASYARAKAT IBAN
Masyarakat Iban atau lebih dikenali sebagai Dayak Laut merupakan kaum
majoriti yang terkenal di Sarawak. Kaum Iban ini merupakan pengamal dan
pemegang kuat kepada agama adat yang berbentuk animisma. Pengalaman dan
konsep keagamaan ini masih tetap diamalkan sehingga ke hari ini sebagai adat resam
budaya masyarakat Iban. Menurut Zainal Abidin Zulcifly (1988) dalam bukunya
“Adat Resam Penduduk Sarawak”, sebahagian besar daripada masyarakat Iban telah
beragama Kristian. Menurut beliau juga, masyarakat Iban yang tidak menganuti
agama lain masih taat dan mengamalkan kepercayaan tradisional. Kepercayaan
tradisional ini disebut sebagai Pengarap Lama.
Menurut sejarah awal, kedatangan kaum Iban telah dicatatkan sejak
200 tahun dahulu sebelum dan selepas kedatangan James Brooke di Sarawak. Kaum
Iban ini merupakan kelompok pendatang yang berpindah-randah dari Sungai
Kapuas. Pada masa kini, keseluruhan kaum Iban telah mendiami 9 bahagian utama di
Sarawak yang meliputi kawasan Bandar dan juga luar Bandar ( Asmah: 1981, Lim:
1989, Sandin: 1980). Bagi mereka, kesenian dan kepercayaan keagamaan adalah dua
aspek yang saling berkaitan dan penting antara satu sama lain dalam kehidupan
seharian mereka. Secara tidak langsung, kedua-dua konsep atau aspek ini
mempunyai hubungan rapat dengan alam semulajadi yang memainkan peranan
sebagai sumber inspirasi mereka. Maka, akibat sumber inspirasi ini, lahirlah pelbagai
seni khasnya seni ukiran kayu yang membawa makna dan fungsi-fungsi ritual.
2
Seni ukiran kayu dapat diklafikasikan sebagai salah satu seni tradisional yang
masih diamalkan oleh masyarakat kaum Iban. Menurut Raoh Augustine ak. Mapang
(1991) dalam kajiannya yang bertajuk “Peranan Motif Ukiran pada Perisai
Tradisional Masyarakat Iban di Sarawak”, terhasilnya ukiran kayu yang berbagai
motif dan rekacorak adalah dari amalan dan kepercayaan animisma yang
dipraktikkan. Ukiran kayu juga dianggap sebagai satu bentuk seni atau sebuah karya
yang berbentuk arca timbulan. Penghasilan seni ukir ini biasanya akan dikerjakan
oleh kaum lelaki iaitu golongan remaja yang meningkat dewasa hinggalah golongan
tua yang masih aktif.
3
1.1.2 ASAL-USUL UKIRAN
Menurut Augustine Anggat Ganjing (1991) dalam bukunya “Asas Ukiran
Iban”, ukiran menerangkan interpretasi halus tentang motif kesusasteraan, sejarah,
nilai tradisi dan juga kemahiran pertukangan kaum. Menurut beliau, masyarakat Iban
menjadi pengukir atas kehendak Tuhan atau dewa-dewa mereka. Hasil seni ini
berasal dari dewa-dewa yang mereka puja mengikut pegangan animisma masyarakat
Iban. Antara dewa-dewa yang dipuja serta disanjung adalah yang bernama Keling
Gerasi Nading Bujang Berani Kempang, Laja Mirah Moa Nekang Jerenang,
Simpurai, Muntigerai, Sepatu Manok Antu, Sepungga Lumpong Nangga, Pandak
Segatak dan lain-lain. Dewa-dewa ini merupakan dewa perang masyarakat Iban.
Augustine juga menyatakan bahawa, kewujudan ukiran tradisional ini adalah
berikutan dari mimpi nenek moyang dahulu kala yang berorientasikan kepercayaan
terhadap dewa-dewa peperangan yang tinggal di bahagian dunia atasan bernama
“Panggau Libau”. Mereka percaya bahawa dewa ini dapat menjaga dan melindungi
masyarakat Iban daripada sebarang ancaman.
Augustine juga berpendapat bahawa ada beberapa lagenda yang mendokong
kewujudan asal-usul ukiran seperti pertarungan Rawing dan Raja Merom,
pertarungan Lang Ngindang dan Lang Kachang, Mimpi Gemong, Burung Bubut dan
Burung Ruai dan Belalang (Buntak Aloi dan Buntak Rusa).
4
1.1.3 JENIS-JENIS UKIRAN KAYU
Terdapat beberapa ukiran unik yang dihasilkan oleh kaum Iban. Antaranya
ukiran patung seperti patung tuntun merupakan antara salah satu ukiran kaum Iban
yang memainkan peranan dalam menghalau bencana dan menjaga tanaman
masyarakat Iban. Menurut, Augustine Raoh Mapang (1991) dalam kajiannya yang
bertajuk “Peranan Motif Ukiran pada Perisai Tradisional Masyarakat Iban di
Sarawak”, bahan yang digunakan untuk menghasilkan patung ini ialah kayu keras
yang diambil dari kawasan tanah perkuburan. Ini kerana masyarakat Iban
mempercayai bahawa kayu tersebut mempunyai roh ataupun semangat yang luar
biasa.
Ukiran alat senjata seperti perisai atau terabai dan hulu parang juga
dihasilkan oleh kaum Iban. Menurut Augustine Raoh Mapang, kedua-dua alat ini
diukir dengan wajah atau imej naga yang menggerunkan. Perisai atau terabai ini
digunakan untuk perlindungan semasa peperangan iaitu melemahkan dan
menakutkan musuh dan juga di dalam persembahan tarian Ngajat iaitu tarian
tradisional kaum Iban. Ukiran-ukiran spiritual digunakan pada parang sebagai satu
cara untuk menguatkan semangat dan menyakinkan individu yang bertempur dengan
pihak musuh.
Ukiran topeng juga merupakan salah satu ukiran kayu yang banyak
dihasilkan oleh kalangan kaum Iban. Augustine Anggat Ganjing (1991) menyatakan
bahawa topeng dalam bahasa Iban dipanggil “Tuping”. Topeng kaum Iban ini
merupakan topeng yang paling realistik dan mempunyai pengaruh kuat dari segi
pemujaan. Topeng ini biasanya digambarkan dengan watak-watak mitos. Menurut
5
kepercayaan mereka, wajah-wajah mitos ini digunakan untuk kerohanian serta turut
dapat menakutkan kanak-kanak supaya tidak suka berjalan pada waktu malam dan
juga untuk menakutkan pencuri yang memasuki kawasan kediaman masyarakat
tersebut.
Ukiran burung kenyalang antara ukiran yang terkenal dalam kalangan suku
kaum Iban. Augustine Anggat Ganjing juga menyatakan bahawa dalam ukiran ini
terdapat pelbagai bentuk seperti bentuk-bentuk manusia, binatang, burung dan
tumbuh-tumbuhan. Patung-patung kenyalang ini dipakai dalam upacara Gawai
Kenyalang, untuk menghormati Betara atau Dewa Peperangan dan Sengalang
Burung. Masyarakat Iban mempercayai bahawa burung kenyalang ini dapat
melindungi mereka dari segala keburukkan.
Selain itu, kaum Iban juga berkebolehan dalam mengukir ukiran alat muzik
tradisional seperti sape. Sape dimainkan untuk hiburan serta mengiringi tarian
Ngajat. Terdapat juga ukiran-ukiran kayu lain yang membawa maksud dan makna
serta fungsi ritual mengikut kepercayaan masyarakat kaum Iban.
6
1.1.4 FUNGSI-FUNGSI UKIRAN KAYU
Ukiran-ukiran kayu kaum Iban mempunyai pelbagai fungsi yang penting.
Augustine Raoh Mapang (1991) menyatakan bahawa, ukiran kayu berfungsi sebagai
perlindungan kepada keluarga daripada bencana dan untuk memperdayakan pihak
musuh. Tambahan pula, ia juga bertujuan untuk menakutkan dan melemahkan pihak
musuh, memberi perangsang secara ritual dan spiritual.
Selain daripada itu, Zainal Abidin Zulcifly (1988) juga mengutarakan
bahawa, ukiran kayu memberi perlindungan kepada masyarakat daripada serangan
penyakit dan menjamin masa depan mereka dengan kejayaan lebih-lebih lagi dalam
bidang pertanian.
7
1.1.5 PENGKOMERSILAN
Pada tahun 1951, kerajaan Malaysia telah menubuhkan RIDA (Rural
and Industrial Development Authority). RIDA memberi sokongan ekonomi kepada
industri-industri yang berskala kecil. Selain itu, RIDA menjadi penaung kepada
Majlis Amanah Rakyat (MARA). MARA merupakan sebuah organisasi yang bergiat
aktif dalam mengendalikan program-program pendidikan dan memperuntukkan
kemudahan teknikal dan kewangan untuk masyarakat Melayu. Kraftangan menjadi
salah satu komponen dalam aktiviti MARA. Organisasi-organisasi yang seterusnya
ditubuhkan oleh kerajaan adalah seperti Handicraft Development Centre (1967),
Batek Malaysia Berhad (1968) dan Lembaga Kraftangan Malaysia (1973) (Leigh, B.
2000).
Pada tahun 1979 Lembaga Kraftangan Malaysia bertukar kepada
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Semenjak itu, perbadanan ini
memfokuskan terhadap kraftangan-kraftangan dari seluruh Malaysia di mana
menjalankan aktiviti promosi dan pemasaran secara besar-besaran. Matlamat
perbadanan ini adalah untuk mempopularkan kraftangan Malaysia ke seluruh negara
(Leigh, 2000). Menurut Leigh juga, tujuan kerajaan Malaysia menaja pengeluaran
hasil kraf bukan sahaja untuk mempromosikan dan meningkatkan identiti budaya
negara, malah menyediakan kemudahan dari segi ekonomi bagi masyarakat Melayu
miskin di kawasan perdalaman dengan melibatkan diri dalam aktiviti komersial.
Menurut Sohaimi Abdul Aziz (Mei, 2000) dalam artikel yang bertajuk
“Komersialisme Seni Tradisional”, seni tradisi semakin dicabar oleh seni moden
yang menggunakan pelbagai teknologi. Beliau juga menyatakan bahawa, masyarakat
kini berada dalam konsep langit terbuka yang memberi ruang yang amat luas untuk
8
mereka mendapat pelbagai jenis seni khususnya seni yang dapat dikategorikan
sebagai seni popular. Mereka lebih mudah menghayati dan mengamalkan seni
popular itu. Maka, satu alternatif yang ada ialah membawa masuk komersialisme
supaya seni tradisi terus dipelihara. Beliau juga menyatakan bahawa membawa
masuk komersialisme dan dibantu dengan dasar pendidikan pro-budaya akan
menjadikan nasib seni tradisional lebih terjamin daripada terpupus dan menghasilkan
rakyat Malaysia yang kenal, cinta dan bangga dengan seni tradisional.
Menurut Nasir Baharuddin (April, 2000) dalam artikel yang bertajuk,
“Warisan Seni: Tradisi atau Komersial”, persoalan sama ada untuk mengekalkan
yang tradisi atau berubah ke arah komersial berkait rapat dengan “pantang larang”
dan harga diri sesuatu bangsa itu sendiri. Pertama, tradisi lama perlu dikekalkan
untuk mempertahankan keaslian dan nilai budaya bangsa. Kedua, untuk
mengkomersialkan seni, hal ini perlu dilakukan dengan berhemah agar tidak
dianggap sebagai penjualan secara langsung yang dibuat demi untuk menghalang
kepupusan budaya itu sendiri.
Nasir Baharuddin juga menyatakan bahawa terdapat beberapa
pandangan terhadap aktiviti pengkomersilan. Ada berpendapat bahawa seni
tradisional tidak wajar berubah mengikut zaman, sebaliknya harus dipertahankan
keaslian yang menjadi identitinya. Maka seni tradisional wajar kekal seadanya
supaya dapat diwarisi generasi akan datang. Ada juga berpendapat bahawa seni
tradisional boleh dikomersialkan tetapi masih mempertahankan yang aslinya.
Pandangan ini bermakna bahawa seni tradisi boleh dikomersialkan supaya dapat
bersaing dengan seni popular yang lain. Pada masa yang sama, seni tradisional pelu
dipelihara keasliannya untuk dijadikan bahan rujukan kepada persoalan keasliannya.
9
Beliau juga menyatakan bahawa, terdapat juga pendapat lain yang agak berani yang
mahu seni tradisional dikomersialkan supaya terus hidup dan diminati.
Mengkomersialkan seni tradisional tidak bermakna membunuh keasliannya kerana
ada unsur-unsur dasar yang dikekalkan.
10
1.2 DEFINISI
Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (1984), seni membawa maksud
“karya (sajak, lukisan, muzik dan lain-lain) yang diciptakan dengan bakat (kecekapan)
hasil dari sesuatu ciptaan”. Mengikut Kamus Bahasa Malaysia (edisi pelajar) (1975),
seni bermaksud “kecekapan atau kepandaian membuat sesuatu yang indah-indah”.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1984) juga memberi makna ukiran
sebagai “lukisan yang dibuat dengan memahat (mengores, menorah dan lain-lain) pada
barang-barang perhiasan dan ukiran sebagai ukiran-ukiran sesuatu yang telah diukir,
lukisan dan lain-lain yang telah diukir”. Menurut Kamus Bahasa Malaysia (edisi
pelajar) (1975), ukiran bermakna “hasil dari mengukir sesuatu yang diukir”.
Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (1984), komersial adalah
“berkaitan dengan perniagaan, bersifat berniaga (berdagang), sesuai untuk perniagaan
atau perdagangan”. Komersial juga didefinisikan sebagai “Of or engaged in
commerce; commercial art, art used in advertising, etc.” (The Oxford Paperback
Dictionary, 1979). Komersial dijelaskan sebagai pengkomersilan terhadap seni dan
seni yang digunakan dalam pengiklanan dan sebagainya.
“The term Iban is said to mean “Roving Stranger.” It is thought to be a
borrowing from the Kayan Ivan: Immigrant or Wanderer” (Richards, 1981).
Menurut Richard, istilah Iban bermaksud orang yang merayau yang tidak dikenali
oleh sesiapa. Istilah tersebut dipinjam daripada bahasa Kayan iaitu salah satu suku
kaum di Sarawak yang membawa maksud pendatang (immigrant) atau penggembara
(wanderer).
11
1.3 OBJEKTIF
Tujuan utama penyelidikan dijalankan adalah untuk mengenalpasti sejauh
manakah pengkomersilan ukiran kayu Iban menghasilkan kebaikan dan keburukan
kepada masyarakat kaum Iban. Terdapat tiga objektif utama yang perlu diberi
perhatian, iaitu :
I. Meninjau dan mengkaji kesan-kesan positif dan negatif akibat
pengkomersilan ukiran kayu kaum Iban di pasaran pada masa kini.
II. Mengkaji pandangan atau persepsi masyarakat kaum Iban itu sendiri
terhadap pengkomersilan ukiran kayu kaum Iban di pasaran.
III. Mengkaji kesan-kesan pengkomersilan terhadap pengekalan keaslian
dalam ukiran kayu Iban pada masa kini.