implikasi globalisasi kepada dunia pendidikan
TRANSCRIPT
8/7/2019 IMPLIKASI GLOBALISASI KEPADA DUNIA PENDIDIKAN
http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-globalisasi-kepada-dunia-pendidikan 1/2
IMPLIKASI GLOBALISASI KEPADA DUNIA PENDIDIKAN
Kekurangan tenaga pengajar di kawasan luar bandar khususnya di kawasan
pedalaman telah menyebabkan proses pendidikan tidak dapat berjalan dengan lancar.
Hal ini kerana, di samping kekurangan tenaga pengajar yang mahir dan terlatih,
kebanyakan guru juga telah ditugaskan untuk mengajar dalam bidang yang tidak sejajar
dengan opsyen mereka. Oleh kerana kurangnya pengalaman dan pengetahuan
mengenai bidang yang berlainan dengan opsyen mereka itu telah menyebabkan sesi
pengajaran dan pembelajaran menjadi hambar dan telah mendorong kepada impak
yang lebih besar iaitu pendidikan di luar bandar tidak berkembang sejajar dengan
pembangunan nasional. Kesan daripada itu juga, pelajar-pelajar di luar bandar
mengalami kesukaran untuk menguasai serta memahami matapelajaran yang dipelajaridi dalam kelas.
Selain itu, pelaksanaan program PPSMI telah menyebabkan bahasa ibunda iaitu
Bahasa Melayu semakin dilupakan dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam
kalangan pelajar. Penguasaan terhadap bahasa ibunda itu sendiri menjadi semakin
merosot kerana kebanyakan sesi pembelajaran mereka menggunakan Bahasa Inggeris
dan bukannya Bahasa Melayu. Namun begitu, begitu mengecewakan apabila Bahasa
Inggeris juga tergolong antara bahasa yang sukar untuk dikuasai oleh pelajar
terutamanya pelajar luar bandar. Hal ini menyebabkan pelajar bukan sahaja gagal
menguasai kedua-dua bahasa malahan subjek yang dipelajari juga gagal difahami oleh
mereka sehinggakan objektif pendidikan yang sebenarnya seperti mana yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak dapat dicapai.
Kemajuan teknologi yang semakin pesat di zaman globalisasi ini telah
memberikan banyak perubahan kepada negara kita terutamanya dalam bidang
pendidikan sama ada impak yang positif mahupun negatif. Tidak dapat dinafikan
perkembangan teknologi seperti pembangunan ICT dan penggunaan internet telah
memudahkan pelajar dan guru untuk mendapatkan maklumat sama ada bersifat
antarabangsa atau pun tempatan. Namun begitu, sejajar dengan itu juga telah wujud
8/7/2019 IMPLIKASI GLOBALISASI KEPADA DUNIA PENDIDIKAN
http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-globalisasi-kepada-dunia-pendidikan 2/2
satu masalah yang besar apabila kemajuan teknologi ini telah menyebabkan isu-isu
sosial dan masalah moral dalam kalangan pelajar khususnya semakin meningkat dan
sukar untuk dikawal. Hal ini kerana, penggunaan internet tanpa batasan telah
mendedahkan mereka kepada budaya masyarakat barat yang ternyata bertentangan
dengan budaya yang ingin diterapkan dalam diri masyarakat timur terutamanya dalam
isu penerapan aqidah sepertimana yang telah disyariatkan dalam Islam. Namun begitu,
jika dinilai daripada sudut yang positif, perkembangan teknologi juga telah mendorong
para guru untuk meningkatkan kreadibiliti serta potensi mereka dalam menjalankan
tanggungjawab mereka sebagai pendidik sejajar dengan kemajuan teknologi.
Salah satu cabaran yang harus dihadapi oleh guru di era globalisasi ini ialah
masalah sahsiah pelajar yang semakin merosot. Masalah ini menjadi begitu sukar untuk dibendung sehingga membawa kesan yang negatif terhadap pendidikan di
negara kita apabila para pelajar sekarang tidak berminat untuk meneruskan
pembelajaran tetapi lebih cenderung kepada aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral seperti
merokok, melepak, vandalisme dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, matlamat
pendidikan di negara kita seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan tidak dapat dicapai kerana tiada keseimbangan dalam keempat-empat aspek
tersebut. Di samping itu, disiplin pelajar semakin membimbangkan dari hari ke hari
sehinggakan terdapat sesetengah masyarakat yang memandang serong terhadap
profesion perguruan kerana menganggap bahawa para guru telah gagal untuk
membentuk sahsiah pelajar dan meletakkan kesalahan ini sepenuhnya kepada guru
serta telah merendahkan martabat seorang guru.