implikasi pembelajaran berasaskan amali terhadap ... · implikasi pembelajaran berasaskan ... tiga...
TRANSCRIPT
IMPLIKASI PEMBELAJARAN BERASASKAN AMALI TERHADAP
PEMBENTUKAN KERJAYA JURUTERA
NURRUHILAMANI BTE SYAMSUL BAHRI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATA
Saya
mengaUniver
1. Te2. Pe
pe3. Pe
ins
4. **
______(TAND
AlamNO.28220JOH
Tarik
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: IMPLIKASI PEMBELAJARAN BERASASKAN AMALI TERHADAPPEMBENTUKAN KERJAYA JURUTERA
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
NURRUHILAMANI BINTI SYAMSUL BAHRI(HURUF BESAR)
ku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaansiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
sis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.rpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuanngajian sahaja.rpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antaratitusi pengajian tinggi.
Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTARAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
____________________ ___________________________ATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
at tetap: EN MAHYUDDIN BIN ARSAT8 KAMPUNG TAMPOK LAPIS
0, BENUT, PONTIANOR.
√
TAN: * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
h: 15 APRIL 2009 Tarikh: 15 APRIL 2009
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti utuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”
Tandatangan : ……………………………….
Nama Penyalia : En. Mahyuddin Bin Arsat
Tarikh : 15 April 2009
IMPLIKASI PEMBELAJARAN BERASASKAN AMALI TERHADAP
PEMBENTUKAN KERJAYA JURUTERA
NURRUHILAMANI BTE SYAMSUL BAHRI
Laporan projek ini dikemukakan
Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2009
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : …………………………..
Nama Penulis : Nurruhilamani Bte Syamsul Bahri
Tarikh : 15 April 2009
iii
DEDIKASI
Buat Abah dan Emak tersayang…
Hj Syamsul Bahri Bin Ali dan Hjh Rayah Bte Hj Sampak
Terima kasih yang tak terhingga ku ucapkan.
Pengorbanan, didikan dan kasih saying yang kalian curahkan
Kepada diri ini, akan ku jadikan landasan buat menempuh rintangan dan
Semoga keramat kasih sayang yang dicurahkan ini juga akan menjadi
Pendorong dan penyokong setia kejayaan anak-anakmu, setiap ketika dan waktu
Untuk adinda-adindaku…
Iwan, Shila, Nana dan Iman yang amat ku sayangi…
Dalam melayari bahtera di lautan yang penuh gelombang, kalian sentiasa
Menjadi inspirasi kekandamu ini untuk berdiri dengan lebih teguh lagi
Dan, terima kasih atas sokongan dan semangat yang kalian hulurkan…
Akan kekanda titipkan ia menjadi bekalan perjuangan hidup di kemudian hari.
Buat tunang tersayang…
Mohd Zainoldeen Bin Abidin..
Semangat, nasihat serta dorongan abang membuatkan diriku terus
Bertahan dan terus bersaing. Harapanku semoga perhubungan kita kekal sampai
akhirnya dan beroleh kejayaan yang cemerlang
di dunia dan di akhirat kelak..insyaAllah..
Amin….
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian bagiNya, Tuhan sekalian alam. Dengan izinnya kajian ilmiah
ini telah dapat disempurnakan sebagaimana yang dikehendaki. Salam dan hormat buat
Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi- tinggi penghargaan serta ucapan terima
kasih ingin saya rakamkan buat Penyelia Tesis, En Mahyuddin Bin Arsat di atas
dedikasi serta sikap professional dalam membimbing serta memberikan tunjuk ajar yang
berguna dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Terima kasih dan penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan dan semua
pihak yang telah memberikan apa jua bantuan, sokongan ataupun khidmat nasihat sama
ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan kertas Projek Sarjana
Muda ini dengan jayanya.
Akhir kata, diharapkan segala yang telah dilakukan ini beroleh keberkatan dari
Allah s.w.t.
Sekian, Terima Kasih
April 2009
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti implikasi pembelajaran
berasaskan amali terhadap pembentukan kerjaya jurutera. Sampel kajian terdiri daripada
tiga puluh orang jurutera di sekitar Pontian dan soal selidik dipilih sebagai instrument
untuk kajian ini.. Penyelidik hanya menggunakan perisian SPSS versi 15.0 untuk
menganalisis data kajian. Ujian diskriptif yang digunakan dalam kajian ini adalah
kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian ini menunjukkan, wujudnya pengetahuan
secara tidak langsung dalam aspek pengurusan am, projek dan kesan pembelajaran
berasaskan amali ini akan menjadikan mereka lebih bersedia dan yakin untuk menjadi
seorang jurutera yang baik. Kesan positif ini juga akan menyumbangkan kesan yang
sangat baik terhadap pembangunan negara pada masa akan datang.
vi
ABSTRACT
This study is to observe the implication study to the toward in formality to be
engineer. The samples were a may of thirty engineers in Pontian and questionnaires
were used as an instrument for the research. SPSS version 15.0 software has been used
for data analysis. Frequency, percentage and mean are used in this descriptive analysis.
The research also showed that there is a unintentional knowledge existed to perceptions
among criteria of management, project management and impacts practical based
learning which make them more confident and competence to be a good engineer. The
quality characteristics the positive impacts to the development of the country in the
future.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Rasional/Kepentingan Kajian 6
1.7 Skop Kajian 6
1.8 Definisi istilah
1.8.1 Implikasi 6
1.8.2 Pembelajaran 7
viii
BAB PERKARA MUKA SURAT
1.8.3 Amali 7
1.8.4 Kerjaya 7
1.8.5 Jurutera 8
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 9
2.2 Pendidikan Di Malaysia 11
2.3 Perhubungan pendidikan dengan kerjaya 13
2.4 Peranan pendidikan untuk kerjaya 15
2.5 Kepentingan jurutera 15
2.6 Pembentukan kerjaya jurutera 17
2.7 Projek amali pelajar 18
2.8 Mewujudkan perhubungan industri dan institusi 20
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 23
3.2 Reka Bentuk Kajian 23
3.3 Tempat Kajian 24
3.4 Populasi Kajian 24
3.5 Instrumen kajian 25
3.6 Operasi kajian 29
3.7 Kajian rintis 30
3.8 Jangka masa kajian 31
3.9 Analisis data 31
ix
BAB PERKARA MUKA SURAT
3.10 Kesimpulan 33
4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan 34
4.2 Profil responden 35
4.3 Analisis data Bahagian A 36
4.4 Analisis data Bahagian B
4.4.1 Analisis data persoalan kajian 1 39
4.4.2 Analisis data persoalan kajian 2 42
4.4.3 Analisis data persoalan kajian 3 44
4.4.4 Analisis keseluruhan 48
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 50
5.2 Perbincangan Latar Belakang Responden 50
5.3 Perbincangan dapatan kajian 51
5.3.1 Perbincangan ciri-ciri pengurusan am 52
5.3.2 Perbincangan ciri-ciri pengurusan projek 53
5.3.3 Perbincangan kesan pembelajaran 54
5.4 Rumusan 56
5.5 Cadangan 57
5.6 Cadangan kajian lanjutan 58
x
BAB PERKARA MUKA SURAT
BIBLIOGRAFI 60
LAMPIRAN 63
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan populasi. 25
3.2 Pembahagian item Bahagian A mengikut faktor
demografi responden 27
3.3 Skala likert. 28
3.4 Pembahagian item soalan Bahagian B berdasarkan
masalah pengurusan am, pengurusan projek dan kesan
pembelajaran 28
3.6 Analisis tentang skor min. 32
3.7 Pengkelasan bagi jenis-jenis skor. 33
4.1 Taburan bilangan responden mengikut jabatan-jabatan
yang terlibat. 35
4.2 Taburan bilangan dan peratus responden
mengikut jantina 36
4.3 Taburan bilangan dan peratus responden
mengikut bangsa 36
4.4 Taburan bilangan dan peratus responden
mengikut umur 37
4.5 Taburan bilangan dan peratus responden
mengikut taraf pendidikan 38
4.6 Taburan bilangan dan peratus responden
mengikut pendapatan 38
xii
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.7 Taburan responden mengikut kekerapan dan peratusan bagi
Aspek pengurusan am dalam pembelajaran berasaskan amali 40
4.8 Taburan responden mengikut kekerapan dan peratusan bagi
Aspek pengurusan projek dalam pembelajaran berasaskan
amali 42
4.9 Taburan responden mengikut kekerapan dan peratusan
bagi Aspek kesan pembelajaranberasaskan amali dalam
pembelajaran berasaskan amali di IPTA/IPTS. 45
4.10 Min untuk setiap persoalan kajian 49
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Carta alir operasi kajian 29
3.2 Analisis skor min 32
5.1 Perbandingan min bagi keseluruhan persoalan kajian 57
xiv
SENARAI SINGKATAN
FPN - Falsafah Pendidikan Negara
3M - Membaca, menulis, mengira
IEM - Institute of Engineers Malaysia
BEM - Board of Engineers Malaysia
BPTV - Bahagian Teknik dan Vokasional
FMM - Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia
ESDC - Pembangunan Kemahiran dan Keusahawanan.
TNB - Tenaga Nasional Berhad
ILSAS - Institut Kejuruteraan Teknologi Tenaga Nasional
JKR - Jabatan Kerja Raya
JPS - Jabatan Pengairan dan Saliran
MDP - Majlis Daerah Pontian
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal selidik 64
B Surat Pengesahan Soal Selidik 70
C Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan
Maklumat 74
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Malaysia kini sedang menuju ke arah sebuah negara perindustrian untuk
memenuhi matlamat sebagai salah sebuah nagara yang maju di dunia. Masyarakat
negara maju adalah masyarakat yang didokong oleh kemahiran dan kepakaran sains dan
teknologi yang tinggi, bukan setakat boleh mencedok atau mengubahsuai sahaja tetapi ia
mestilah boleh mencipta,menambah dan mempengaruhi. Sehubungan itu, bagi mencapai
taraf negara perindustrian, pertumbuhan ekonomi yang pesat amatlah penting.
Sebagai pelajar pula, mereka seharusnya sentiasa berusaha bersungguh-sungguh
untuk menguasai pengetahuan secukup-cukupnya sebelum memasuki alam pekerjaan.
Pelajar kejuruteraan khususnya seharusnya mempunyai kemahiran mengaplikasikan
pengetahuan dalam menjalankan kerja praktikal, bersikap positif terhadap pekerjaan,
mempunyai gaya pengurusan diri yang baik serta mempunyai keyakinan terhadap
tugasan dan segera mengambil tindakan secara rasional. Ciri-ciri yang demikian perlu
wujud pada diri setiap orang pelajar jika ingin meningkatkan imej dan mempertabatkan
profesion jurutera. Ini akan melahirkan jurutera yang berpotensi untuk negara maju serta
dapat menguasai teknologi tinggi.
Adalah menjadi harapan negara untuk mencapai taraf negara maju menjelang
tahun 2020. Kemajuan yang hendak dicapai itu adalah meliputi kesemua aspek
kehidupan secara seimbang. Tidak dinafikan bahawa pendidikan berteraskan amali
2
adalah suatu asa yang perlu di pandang berat jika ingin merealisasikan wawasan
tersebut.
1.2 Latarbelakang Masalah
Tentu sekali fokus kepada pembelajaran berasaskan amali terhadap wujudnya
perkembangan pengetahuan secara tidak langsung dalam pembentukan kerjaya jurutera.
Pendedahan amali dengan kerjaya jurutera akan membolehkan para pelajar meneliti
pelbagai opsyen yang terdapat dalam pasaran tenaga kerja, serta memahami keperluan-
keperluan industri untuk kemahiran dan tenaga kerja.
Pengajaran berasaskan amali membolehkan pelajar membuat dan mendapat
pengetahuan dan mempelajari sesuatu melalaui pengalaman dan pendedahan yang di
terima secara tidak langsung. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi daripada hasil
amali adalah secara tidak langsung ini kerana isi pembelajaran atau bahan pembelajaran
yang perlu dikuasai terlebih dahulu. Namun proses pembelajaran boleh berlaku secara
lebih luas, menyentuh semua bentuk pengetahuan berdasarkan pengalaman,persekitaran
yang mereka lalui sendiri. Hal ini dianggap penting kerana ia adalah sebahagian
daripada cara seseorang individu itu menjadi matang dan bijaksana.
Malaysia kini sedang menuju kearah sebuah negara perindustrian untuk
memenuhi matlamat sebagai salah sebuah negara yang maju di dunia, negara
memerlukan ramai tenaga pekerja dalam kemajuan dan perkembangan dalam sektor-
sektor dinamis negara, seperti sektor perkilangan, yang akan terus memerlukan tenaga
mahir dan khusus, seperti dalam bidang kejuruteraan dan lain-lain bidang teknikal.
Sektor perkilangan khususnya, seperti juga sektor-sektor lain, dengan pesat
beralih kepada pengeluaran yang berasaskan ilmu dan pengetahuan, dan didorongi oleh
3
kemajuan teknologi dan penyelidikan dan pembangunan atau R&D. Daya saing negara
dalam pasaran global juga akan banyak bergantung kepada kecekapan tenaga manusia
mengolah proses pengeluaran dalam industri, melalui daya kreatif dan inovasi.
Dalam suasana industri yang menyaksikan kemajuan-kemajuan terkini atau
kejayaan besar dalam pelbagai aspek teknologi, yang memberi kesan langsung kepada
proses, dan produk-produk, wajar bagi Institusi-institusi Pengajian Tinggi yang
melahirkan garduan dalam bidang seperti kejuruteraan, didedahkan secepat mungkin
kepada pembaharuan-pembaharuan dan kemajuan seawalnya. Ini sangat penting untuk
mengelakkan wujudnya jurang maklumat antara teori dan praktikal.
Seperti telah dikatakan, sektor perkilangan akan terus menjanakan kemajuan
ekonomi negara, disamping memberi peluang-peluang pekerjaan untuk mereka yang
berkamahiran dan mempunyai pengetahuan khusus, seperti dalam bidang kejuruteraan
dan teknikal. Antara Januari – November 2001, MITI telah meluluskan sebanyak 783
projek-projek perkilangan, dengan pelaburan berjumlah RM24,569.5 juta. Projek-projek
tersebut akan memberi 81,783 peluang-peluang pekerjaan yang mana antaranya:
Sektor Elektrik dan Elektronik 53.6% [43,849]
Produk Getah 6.5% [5,352]
Perkilangan Mesin 4.4% [3,608]
Produk Kayu 3.8% [3,064]
Pengeluaran Makanan 3.7% [3,058]
Dari segi jenis / kategori pekerjaan pula:
Pengurusan / Management 5.8% [4,775]
Teknikal & Penyeliaan /Supervisory 14.3% [11,667]
Mahir / skilled 40.2% [32,838]
Tidak Mahir 3.8% [3,064]
Lain-lain seperti kerani, jualan 5.8% [4,751]
4
Dengan industri menjadi semakin intensif modal, intensif teknologi dan intensif
ilmu / pengetahuan, maka faktor manusia yang berinteraksi dengan teknologi mesti
merupakan mereka yang dapat menyumbang kepada nilai tambah yang tinggi dengan
kecekapan masing-masing.
Mereka tidak boleh puas hati semata-mata dengan Ijazah yang diperolehi kerana
ijazah itu hanya menandakan fasa baru proses pembelajaran, dan penghayatan
kemajuan-kemajuan baru dalam bidang kejuruteraan, seperti yang terdapat dalam
realiti dunia industri.
1.3 Penyataan Masalah
Amali merupakan perkara penting yang boleh di klaskan sebagai suatu kaedah
pembelajaran di dalam bidang Kejuruteraan khususnya. Ia merupakan jambatan utama
yang menghubungkan konsep asas dalam bidang Kejuruteraan kepada bidang-bidang
yang lebih khusus dan kompleks dalam kerjaya jurutera. Penguasaan, pengetahuan
,pemahaman konsep yang jelas dan tepat dalam amali atau teori akan melahirkan bakal
jurutera yang mahir dan berkemahiran tinggi, pendedahan yang diterima secara tidak
langsung daripada pembelajaran amali bergantung kepada sejauhmana pelajar dapat
memilih dan menyerap pengetahuan itu secara bijaksana.
Amali merupakan jambatan utama yang menghubungkan konsep asas dalam
bidang Kejuruteraan kepada bidang-bidang yang lebih khusus dan kompleks dalam
kerjaya jurutera. Penguasaan, pengetahuan ,pemahaman konsep yang jelas dan tepat
dalam amali atau teori akan melahirkan bakal jurutera yang mahir dan berkemahiran
tinggi,pendedahan yang diterima secara tidak langsung daripada pembelajaran amali
bergantung kepada sejauhmana pelajar dapat memilih dan menyerap pengetahuan itu
secara bijaksana? (menurut Ahmad Baharuddin Abdullah,2003)
5
Berdasarkan fenomena ini, penyelidik mendapati kepentingan bagi menjalankan
satu kajian untuk mengenalpasti implikasi pengajaran berasaskan amali terhadap
pembentukan kerjaya jurutera.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut;
1. Mengenalpasti terdapat ciri-ciri pengurusan am dalam pembelajaran
berasaskan amali terhadap pembentukan kerjaya jurutera.
2. Menganalisis terdapat ciri-ciri pengurusan projek dalam pembelajaran
berasaskan amali terhadap pembentukan kerjaya jurutera.
3. Mengenalpasti kesan pembelajaran berasaskan amali terhadap
pembentukan kerjaya jurutera.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian adalah berpandukan kepada beberapa aspek tertentu seperti berikut :
1. Adakah ciri-ciri pengurusan am terdapat dalam pembelajaran berasaskan
amali terhadap perkembangan pengetahuan secara tidak langsung dalam
pembentukan kerjaya jurutera?
2. Adakah ciri-ciri pengurusan projek terdapat dalam pembelajaran
berasaskan amali terhadap perkembangan pengetahuan secara tidak
langsung dalam pembentukan kerjaya jurutera?
3. Apakah kesan pembelajaran berasaskan amali terhadap perkembangan
pengetahuan secara tidak langsung dalam pembentukan kerjaya jurutera?