industry report
TRANSCRIPT
LA
PO
RA
N L
AT
IH
AN
PR
AK
TI
KU
M D
I P
AI
DH
L
LAPORAN LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH HULU LANGAT
JALAN LOW TI KOK
HULU LANGAT 43000 KAJANG SELANGOR DARUL EHSAN
AMINAH BINTI HAJI ALBANI
DIPLOMA USULUDDIN 0904 2104
LAPORAN DIKEMUKAKAN UNTUK BAHAGIAN PENGAJIAN ISLAM
KOLEJ DAR AL-HIKMAH, KAJANG SELANGOR
LA
PO
RA
N L
AT
IH
AN
PR
AK
TI
KU
M D
I P
AI
DH
L
PERAKUAN
Laporan ini adalah hasil usaha saya sendiri kecuali pada bahagian-bahagian yang
dilampirkan atau sumber-sumber yang berkaitan
............................................................
( AMINAH BINTI HJ ALBANI ) Tarikh:
Pelajar Latihan Praktikum
Kolej Dar al-Hikmah, Kajang Selangor
Disahkan oleh :
.............................................................
( USTAZAH NORIYANTI BINTI MISNUN ) Tarikh:
Pegawai Unit Undang-undang Keluarga
Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat
LA
PO
RA
N L
AT
IH
AN
PR
AK
TI
KU
M D
I P
AI
DH
L
PENGHARGAAN
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarokatuh, Bersyukur saya ke hadrat Allah
s.w.t atas limpah kurniaNya akhirnya saya berjaya menghabiskan Latihan Praktikum saya di
Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat yang bermula pada 7 Mac dan berakhir pada 7 Mei
2011. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Kolej Dar
al-Hikmah kerana memberi keizinan kepada saya untuk menjalani Latihan Praktikum bagi
melengkapkan kredit pengajian dalam program diploma Usuluddin saya selama 2 tahun 6
bulan. Terima kasih juga saya ucapkan kepada pensyarah-pensyarah yang banyak memberi
tunjuk ajar selama ini kepada saya, tanpa kalian, saya pasti tidak mampu untuk berada dalam
keadaan seperti sekarang ini.
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada bahagian Pejabat Agama Islam
Daerah Hulu Langat kerana sudi menerima saya sebagai pelajar Praktikal di PAID, dengan
bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh pihak Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat
terutamanya di bahagian unit undang-undang keluarga dan semua kakitangan PAID tidak
mungkin saya lupakan. Kemesraan dan ukhwah yang terbina, meninggalkan kenangan yang
terindah dalam hidup saya.
Tidak dilupa setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan buat kedua ibu bapa saya
yang banyak membantu saya dari segi kewangan. Buat sahabat-sahabat seperjuangan yang
sentiasa berada di belakang saya, terima kasih dengan semangat yang kalian berikan akhirnya
saya berjaya menamatkan latihan Praktikum saya dan juga individu-individu yang telah
membantu saya terima kasih saya ucapkan.
LA
PO
RA
N L
AT
IH
AN
PR
AK
TI
KU
M D
I P
AI
DH
L
PENDAHULUAN
Latihan praktikum merupakan salah satu latihan yang diwajibkan ke atas semua
pelajar yang mengikuti program diploma dan persijilan di Kolej Dar al-Hikmah. Latihan
praktikum merupakan salah satu latihan yang mana memberi peluang kepada pelajar untuk
merasai alam pekerjaan. Kebiasaannya pelajar Kolej Dar al-Hikmah digalakkan menjalani
latihan praktikal pada semester akhir selama 2 bulan bagi pelajar Pengajian Islam dan
Psikologi. Manakala bagi pelajar program diploma Kauseling diwajibkan menjalani latihan
praktikal selama 4 bulan. Latihan praktikal diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada
para pelajar kepada agensi-agensi yang berkaitan dengan program pengajian yang mereka
pelajari. Ianya juga bertujuan untuk memberi pengalaman dengan lebih formal supaya pelajar
dapat memahami kegiatan-kegiatan yang biasa dijalankan di sesebuah agensi-agensi atau
organisasi.
Saya merupakan pelajar program diploma Usuluddin. Program pengajian yang saya
ikuti sangat berkaitrapat dengan agama, metod dakwah dalam masyarakat dipraktikkan hasil
daripada didikan pensyarah-pensyarah dan bentangan dari kitab-kitab yang menjadi rujukan
selama saya berada dalam program pengajian ini. ilmu Usuluddin kebiasaannya menerangkan
tentang metod dakwah, pemahaman berkenaan dengan agama-agama serta amalan ritual yang
dilakukan oleh setiap agama serta ibadah dan wasilah menuju kepada pencipta kita yanng
agung Allah s.w.t
Oleh kerana saya mengambil program diploma pengajian islam Usuluddin saya
mengambil keputusan untuk menjalani latihan praktikum di Pejabat Agama Islam Daerah
Hulu Langat. Ini kerana, di pejabat agama terdapat banyak bahagian yang berkait rapat
dengan program diploma yang saya ambil. Selain daripada itu juga, menjalani latihan
praktikum di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat sekaligus memberi peluang kepada
saya untuk berada lebih dekat dengan masyarakat dan dapat mempraktikkan apa yang saya
pelajari selama ini.
LA
PO
RA
N L
AT
IH
AN
PR
AK
TI
KU
M D
I P
AI
DH
L
SEJARAH JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)
Bermulanya sejarah penubuhan JAIS daripada keperihatinan Almarhum Sultan
Hisamuddin Alam Shah Alhaj terhadap nasib rakyat semasa zaman pemerintahan Jepun dan
penularan fahaman komunis yang mana banyak menjejaskan nilai akhlak serta kepercayaan
orang Melayu pada ketika itu. Baginda mengarahkan supaya kerajaan negeri Selangor
menubuhkan jabatan hal ehwal agama islam. Pada 1 Oktober 1945, Jabatan Hal Ehwal Islam
ditubuhkan. Pejabat sementara pentadbiran ini telah ditempatkan di pejabat Sultan yang
terletak berhampiran dengan Istana Kota Klang setelah mendapat restu dan keizinan Baginda.
Segala pembiayaan pengurusan adalah diperuntukkan oleh bahagian diraja.
Penubuhan Jabatan ini membantu usaha kerajaan dalam mengekang perkembangan
fahaman komunis di Tanah Melayu di samping memperbaiki akhlak dan kepercayaan orang
Melayu pada ketika itu. Setelah dirujuk susunan pentadbiran Jabatan Agama Islam Johor
berasaskan satu lawatan ke Jabatan Agama Islam Johor pada 1946, Undang-undang Tubuh
Negeri Selangor telah digubal pada tahun 1947 meliputi hal berkaitan dengan penubuhan
Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu. Hasil daripada perkembangan ini,
maka ditubuhkan secara rasminya Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam pada bulan Januari 1948
di bangunan lama kelab diraja Selangor.
LA
PO
RA
N L
AT
IH
AN
PR
AK
TI
KU
M D
I P
AI
DH
L
LATAR BELAKANG PAIDHL
Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat atau dikenali sebagai PAIDHL merupakan salah
satu pejabat agama yang beroperasi untuk sekitar Hulu Langat meliputi 7 daerah seperti
kajang, Ampang, Cheras, Semenyih, Bangi, Beranang dan seri kembangan. PAIDHL
merupakan salah satu pejabat agama yang paling tersibuk di Selangor kerana kepadatan
penduduk di mukimnya. PAIDHL menempatkan 9 unit, 2 daripadanya adalah unit yang
berada di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Selangor manakala 7 unit berada di bawah
Jabatan Agama Islam Selangor. Antara unit-unit yang terdapat di PAIDHL ialah unit
Pengurusan, unit Pengurusan Masjid, unit Wakaf, unit Undang-Undang Keluarga, Bahagian
Pembangunan Insan, unit Penguatkuasa, unit Dakwah, unit Penyelidikan dan unit Pendidikan.
Kesemua unit ini mempunyai peranan masing-masing.
Terletak di Jalan Low Ti Kok berhampiran dengan Mahkamah Syariah Kajang, kawasan yang
berhampiran dengan bandar memudahkan masyarakat untuk berurusan dengan PAIDHL.
PAIDHL sekarang diketuai oleh seorang Qadi’ gred s44, dibantu oleh 4 orang pegawai gred
41 dan beberapa kakitangan tetap, kontrak dan sambilan. PAIDHL berpeggang pada misi
untuk menjadikan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat sebagai pejabat yang terbaik,
menjadi contoh dunia dan disegani dan diredhai Allah serta melahirkan masyarakat Islam
yang maju,berjaya,progresif,dinamik dan diredhai Allah berlandaskan dengan al-Quran dan
as-Sunnah selaras dengan visi negeri selangor menjadi negeri maju. Visi ini menjadi sumber
kekuatan kepada para kakitangan PAIDHL untuk memberi khidmat yang terbaik kepada
semua masyarakat.
Dengan perkhidmatan yang cukup baik dikalangan kakitangan, PAIDHL mempunyai target
yang begitu besar untuk dicapai antaranya ialah Memastikan Pejabat Agama Islam Daerah
Hulu Langat sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik, cekap dan berkesan sejajar
dengan prosedur kualiti kerja MS ISO 9001 : 2000. Memastikan perancangan, pengurusan
dan perlaksanan program - program dakwah kepada masyarakat islam dan bukan islam
berjalan dengan lancar dan berkesan, memastikan penguatkuasaan dan pemantauan
perlaksanaan undang - undang kekeluargaan islam Selangor dan enakmen jenayah syariah
Selangor berjalan dengan berkesan dan berkhemah,
LA
PO
RA
N L
AT
IH
AN
PR
AK
TI
KU
M D
I P
AI
DH
L
untuk menjadikan masjid, surau, sekolah - sekolah agama sebagai institusi unggul islam dan
pemangkin kepada pembangunan ummah yang muttaqi, Memastikan perancangan dan
perlaksanaan program kekeluargaan dan sesi kaunseling berjalan dengan berkesan,
memastikan perlaksanaan projek - projek pembangunan fizikal JAIS berjalan dengan lancar,
memastikan aktiviti - aktiviti penyelewengan akidah dapat dibanteras, memastikan program -
program islam yang dianjur dan dijalankan oleh mana-mana isntitusi islam, agensi - agensi
kerajaan dan swasta dalam daerah dikawal dan dipantau, memastikan institusi - institusi
pendidikan islam swasta melaksanakan sistem pendidikan islam yang tidak bercanggah
dengan peraturan yang ditetapkan, memastikan sekolah - sekolah agama JAIS diselia dengan
berkesan dan memastikan setiap pertuduhan didaftar ke mahkamah serta penyediaan laporan
perbicaraan dengan berkesan.
LA
PO
RA
N L
AT
IH
AN
PR
AK
TI
KU
M D
I P
AI
DH
L
PENGALAMAN YANG DIPEROLEHI
Pada hari pertama berkunjung ke Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat saya
diberi taklimat oleh pihak Qadi’ selaku pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat
kemudian bertemu dengan Pegawai di bahagian Pengurusan untuk mengetahui di unit mana
kami akan diletakkan. Akhirnya saya bersama dengan saudara Muhammad Husaini Lasin
ditempatkan di unit Undang-Undang Keluarga PAIDHL.
Ketika berada di unit Undang-Undang Keluarga kami banyak menguruskan berkenaan
dengan kerja-kerja pengkeranian membntu menyediakan fail-fail aduan kes kekeluargaan dan
juga menyiapkan buku-buku rekod berkenaan dengan aduuan kes kekeluargaan, nikah luar
Negara, poligami dan berkenaan dengan wali hakim. Selain daripada itu, saya juga diminta
untuk membantu menyediakan statistik berkenaan dengan kes cerai, aduan kes
kekeluargaan,poligami dan wali hakim. Walaupun pada asalnya saya tidak memiliki sebarang
pengetahuan untuk menyediakan statistik, Alhamdulillah atas bantuan dari pegawai-pegawai
bahagian Unit Undang-Undang Keluarga saya akhirnya mahir untuk membuat statistik. Di
bahagian Unit Undang-Undang juga, saya di ajar untuk menyediakan surat-surat permohonan
berkenaan dengan cerai, wali hakim dan surat-surat panggilan untuk menghadiri sesi
kauseling kepada pasangan suami isteri yang bermasalah. Dan kebiasaannya surat-surat ini
ditujukan kepada pihak Mahkamah Syariah agar kes-kes berkenaan dapat dipanjangkan ke
Mahkamah.
Selama berada di unit Undang-Undang Keluarga, saya memperolehi beberapa
pengetahuan yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Antaranya ialah mereka memberi
tunjuk ajar kepada saya bagaimana membaca buku enekmen undang-undang. Kebiasannya
ilmu-ilmu seperti ini dipelajari oleh pelajar-pelajar yang mengambil jurusan undang-undang,
namun pada kali ini saya juga berpeluang sama seperti mereka ( pelajar undang-undang).
Berada di unit undang-undang juga memberi peluang kepada saya untuk mendengar
permasalahan-permasalahan yang berkaitan dengan rumahtangga, dan cara-cara untuk
mengatasinya mengikut apa yang diajar oleh Islam melalui khidmat nasihat yang diberikan
oleh pegawai-pegawai khidmat nasihat yang dilantik oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hulu
Langat. Dan adakalanya ianya menjadi satu cabaran terutamanya kepada Pegawai Khidmat
Nasihat kerana terpaksa berdepan dengan karenah pasangan yang pelbagai.
LA
PO
RA
N L
AT
IH
AN
PR
AK
TI
KU
M D
I P
AI
DH
L
Ada yang datang dalam keadaan marah dan ada juga yang datang dalam keadaan teresak-esak
menangis. Namun para Pegawai bijak dalam mengawal situasi seperti ini. pernah sekali saya
di beri peluang untuk berdepan dengan seorang klien yang mengadukan tentang masalah
rumahtangga beliau, namun, saya hanya mampu memberi nasihat kepada beliau seperti mana
yang dilakukan oleh pegawai-pegawai khidmat nasihat yang lain.
saya juga pernah diminta oleh pegawai untuk menerangkan kepada pasangan iran yang
berkahwin bagaimana untuk mengisi borang permohonan nikah bagi pihak lelaki dan wanita.
Ianya merupakan satu cabaran yang besar kepada saya kerana terpaksa bertutur dalam bahasa
inggeris. Namun Alhamdulillah atas bantuan dari kakitangan PAIDHL akhirnya pasangan
berkenaan dapat menyelesaikan segala prosedur perkahwinan dan melangsungkan pernikahan
di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat.
Saya juga pernah bertugas dibahagian kaunter unit undang-undang keluarga. Ianya
membantu klien-klien yang datang untuk menguruskan fail dan tarikh-tarikh temujanji
mereka bersama pegawai-pegawai khidmat nasihat. Selain daripada itu juga, di bahagian
kaunter, saya menguruskan berkenaan dengan proses pendaftaran kursus pra-perkahwinan
yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat.
Banyak pengalaman yang saya perolehi serta banyak benda baru yang saya belajar
selama berada di unit undang-undang keluarga Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat.
Terutamanya berkaitan pengkeranian, bahagian kaunter, dan juga mengetahui selok-belok
berkaitan prosedur urusan perkahwinan dan perkahwinan luar Negara. Selain daripada itu, di
unit ini juga kami diajar berkenaan dengan urusan rekod merekod data secara sistematik bagi
memudahkan Pejabat Agama Islam Selangor membuat semakan serta pihak audit dari Pejabat
pusat di Shah Alam Selangor. Dan kini, saya sudah mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan
urusan pengkeranian di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat.
LA
PO
RA
N L
AT
IH
AN
PR
AK
TI
KU
M D
I P
AI
DH
L
AKTIVITI YANG DISERTAI
Selama berada di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat saya telah menyertai 2
program besar yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat dan 1 program
yang dianjurkan oleh bahagian negeri Selangor. 2 program yang dianjurkan oleh Pejabat
Agama Islam Daerah Hulu Langat antaranya ialah program “ Karnival Maulidur Rasul” yang
bertempat di Masjid Jamek Pekan Kajang yang telah berlangsung selama tiga hari bermula
pada 25,26 dan 27 Mac, Program ini anjuran Unit Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah Hulu
Lanagt. Selama berlangsungnya karnival ini, kami berkampung di Masjid Jamek membantu
urusetia-urusetia program. Antara aktiviti yang berlangsung seperti forum keluarga bertajuk
“indahnya perkahwinan” yang dianjurkan oleh unit Undang-Undang Keluarga PAIDHL,
pertandingan mengubah bunga, persembahan silat dan seni mempertahankan diri,
pertandingan bercerita untuk kanak-kanak, pameran badan-badan amal dan banyak lagi.
Dengan semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan menjadikan program ini Berjaya
dilaksanakan. Program islamik seperti ini sebenarnya salah satu wasilah dakwah kerana
program sebegini dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat serta memperingati akan
peristiwa kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.
Seterusnya, program seterusnya yang saya sertai ialah program ziarah Muallaf
bersama dengan bahagian Pembangunan Insan. Kami menziarahi golongan Muallaf yang
miskin dan sakit. Sayu terasa melihat golongan Muallaf yang sakit dan ada juga diantara
mereka yang dipinggirkan oleh keluarga, namun lafaz Syahadah masih menyala di hati
mereka. Kami menziarahi dan menanyakan berkenaan barang-barang keperluan. Kemudian,
kami membeli barang-barang keperlukan dan diserahkan secara terus kepada mereka [
golongan Muallaf ]. Sepanjang perjalanan saya berfikir, bertapa bertuahnya kita sebagai umat
Islam dengan syariat dariNya mengajar kita agar saling bantu membantu dan mengasihi
saudara semuslim.
Kemudian program kem jati diri muslim yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam
Selangor yang telah berlangsung pada 23 sehingga 25 April 2011. Program ini di adakan di
FRIM [ Forest Research Institute Malaysia ] . seramai 65 orang peserta telah menyertai
program ini. saya dilantik menjadi salah seorang Fasilitator bagi mengemudi peserta-peserta
yang telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Sewaktu berada di proram ini, kami dibawa
untuk jungle tracking melihat keindahan ciptaan Allah s.w.t. kemudian program disusuli
dengan LDK [ Latihan Dalam Kumpulan ] dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik.
LA
PO
RA
N L
AT
IH
AN
PR
AK
TI
KU
M D
I P
AI
DH
L
Sekaligus program ini telah membina hubungan ukhuwah diantara kami.ianya
merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan, kesucian dan keikhlasan terpancar disetiap
wajah saudara-saudara baru kita dan keriuhan peserta menjadikan program ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
Dan program yang terakhir yang saya sertai ialah program lawatan ke Cameron
Hinghlands Pahang. Program ini telah dirancang sejak bulan April yang lalu namun ianya
dilaksanakan pada 20 Mei sehingga 22 Mei 2011. Program ini disertai seramai 106 orang
peserta serta 16 orang urusetia. Saya merupakan salah seorang urusetia yang telah dilantik
oleh Pejabat Agama Islam Hulu Langat. Kami bermalam di Country Lodge Hotel Brinchang.
Kami membawa peserta-peserta muallaf melawat ke tempat-tempat menarik sekitar Cameron
Highlands antaranya ialah Ladang Teh Cameron Bharat, MARDI [ Malaysian Argiculture
Reseach Development Institue ] di tanah rata Cameron Highland, Brinchang dan beberapa
tempat yang cantik. Selain daripada itu juga, pihak urusetia menganjurkan kuiz yang mana
soalannya berkisar dengan tempat-tempat yang kami lawati.
Pengalaman-pengalaman ini banyak melakarkan kenangan manis untuk saya. Selain
daripada itu peluang ini juga memberi kesempatan kepada saya untuk beramah mesra dengan
golongan muallaf dan membina hubungan dikalangan staf-staf Pejabat Agama Islam Daerah
Hulu Langat.
LA
PO
RA
N L
AT
IH
AN
PR
AK
TI
KU
M D
I P
AI
DH
L
CADANGAN
Saya mencadangkan kepada pihak kolej agar menambah bilangan hari praktikal
kepada para pelajar. Seperti saya, pelajar Diploma Pengajian Islam Usuluddin hanya
menjalani latihan praktikal selama 2 bulan ditukarkan kepada 4 bulan. Ini kerana, untuk
berada di sesebuah organisasi banyak benda yang harus dipelajari. Dengan masa yang singkat
kami hanya dapat mencerna sedikit. Berbanding jika tempoh latihan praktikal dipanjangkan.
Dengan masa itu, kami dapat mempelajari pelbagai benda baru. Selain daripada itu juga, saya
mencadangkan kepada pihak kolej untuk membuat program anjuran bersama antara organisasi
dan kolej untuk pelajar-pelajar Kolej Dar al-Hikmah yang berbentuk program ilmiah seperti
ceramah, kem serta program-program yang menarik. Ini kerana, menurut saya, pelajar-pelajar
yang dihantar ke sesebuah organisasi oleh pihak Kolej adalah merupakan jabatan penghubung
antara kolej dan sesebuah organisasi.
Semoga berkat usaha pihak kolej dan organisasi memberi seribu kebaikan untuk kami dalam
mencari pengalaman untuk dijadikan penguat menempuh masa akan datang InsyaAllah
LA
PO
RA
N L
AT
IH
AN
PR
AK
TI
KU
M D
I P
AI
DH
L
KESIMPULAN
Dapatlah saya simpulkan di sini bahawa menjalani latihan Prkatikal sangat membantu
kepada saya untuk mengumpul pelbagai pengalaman bekalan di hari muka. Dengan adanya
latihan praktikal seperti ini mengajar saya untuk lebih berdikari, fokus dengan tugas yang
diberikan, berdisiplin dan mahir dalam menguruskan masa serta bersiap sedia berhadapan
dengan masyarakat dan cuba memberikan khidmat yang terbaik kepada para pelanggan
Pejabat Agama Islam Dareah Hulu Langat.
Selama berada di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, saya berasa gembira kerana
pihak Jabatan menerima kami dengan tanggan terbuka, menegur jika terlupa, membantu
ketika susah. Suka dan duka dikongsi bersama. Oleh yang demikian, dapatlah saya simpukan
disini hampir ke semua objektif saya untuk menjalani latihan praktikal dapat saya capai
antaranya ialah:-
1) Saya mengetahui situasi tempat kerja dan memahami tugas-tugas yang berkaitan
Jabatan Agama Islam Daerah Hulu Langat
2) Saya berpeluang untuk merasai pengalaman dalam mengendalikan tugas-tugas yang
diberikan seperti contoh dalam urusan pengkeranian dan sesi khidmat nasihat di Unit
Undang-Undang Keluarga.
3) saya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim bersama kakitangan Pejabat Agama
Islam Daerah Hulu Langat.
4) Saya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan suasana alam pekerjaan.
LA
PO
RA
N L
AT
IH
AN
PR
AK
TI
KU
M D
I P
AI
DH
L
LAMPIRAN
Program Ramah Mesra bersama Menteri Besar Selangor
Program ramah mesra bersama Menteri Besar Selangor Dato’ Sri Khalid Ibrahim di Pejabat Daerah
dan Tanah Hulu Langat Selangor
Para hadirin terdiri daripada kakitangan kerajaan negeri Selangor
LA
PO
RA
N L
AT
IH
AN
PR
AK
TI
KU
M D
I P
AI
DH
L
Bahagian Unit Undang-Undang Keluarga PAIDHL
“Filling process” di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat
Keperluan untuk membuat surat-surat berkaitan NCR ( nikah, Cerai dan Ruju’)
LA
PO
RA
N L
AT
IH
AN
PR
AK
TI
KU
M D
I P
AI
DH
L
Ruangan bilik-bilik sesi kaunseling keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat
Ruangan bahagian “ pengkeranian” di bahagian ini kami menyimpan fail-fail dan ruangan ini tempat
untuk menyambut panggilan dari klien-klien yang bermasalah
LA
PO
RA
N L
AT
IH
AN
PR
AK
TI
KU
M D
I P
AI
DH
L
Lawatan ke Cameron Highland bersama Muallaf anjuran PAIDHL
LA
PO
RA
N L
AT
IH
AN
PR
AK
TI
KU
M D
I P
AI
DH
L
Program Kem Jati Diri Muslim PAIDHL
LA
PO
RA
N L
AT
IH
AN
PR
AK
TI
KU
M D
I P
AI
DH
L
LA
PO
RA
N L
AT
IH
AN
PR
AK
TI
KU
M D
I P
AI
DH
L