institusi pentadbiran petempatan
TRANSCRIPT
-
8/6/2019 Institusi Pentadbiran Petempatan
1/24
Institusi Pentadbiran Petempatan
Matlamat FELDA
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di
bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance) 1956. Terdapat beberapa
fungsi FELDA. Antaranya ialah FELDA menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan
tanah. Selain itu, FELDA memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan
perkhidmatan ekonomi, sosial,pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti
sampingan yang lain di kawasan dimana FELDA diberi kuasa melaksanakan projek
pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya.FELDA juga
melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan dimana
FELD diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran,
pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan. Tidak lupa juga, FELDA
Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial
penempatan,pertanian, industri dan komersial dalam kawasan FELDA.
Mulai bulan April 2004, FELDA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan menteri yang
bertanggungjawab ke atas FELDA ialah Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia
-
8/6/2019 Institusi Pentadbiran Petempatan
2/24
-
8/6/2019 Institusi Pentadbiran Petempatan
3/24
Visi, Misi dan Teras FELDA
FELDA mempunyai visi dan misinya yang tersendiri. Visi FELDA iialah FELDA sebagai
peneraju industri sawit dan warga peneroka berpendapatan tinggi.
Manakala, antara misi-misi FELDA ialah menghasilkan kebun yang tinggi, menyediakan
kemudahan infrastruktur moden, meningkatkan potensi dan kualiti modal insan. Selain itu,
misinya adalah untuk meningkatkan budaya inovasi dan kreativiti, mempelbagaikan sumber
ekonomi bagi menjana pendapatan tinggi, memperkasakan pembangunan generasi baru,
memantapkan pengurusan FELDA bertaraf dunia dan memupuk budaya kecemerlangan.
Teras FELDA bermaksud perkara yang diutamakan. Terdapat 5 teras FELDA, iaitu komuniti
contoh luar Bandar, peneroka berpendapatan pertengahan, FELDA menjadi pelaku Global,
membangunkan generasi baru FELDA dan memperkukuhkan budaya FELDA sebagai institusi.
-
8/6/2019 Institusi Pentadbiran Petempatan
4/24
Sejarah Penubuhan FELDA
FELDA atau dikenali sebagai Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Land
Development Authority adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan
semula penduduk luar Bandar yang miskin ke kwasan-kawasan yang baru dibangun agar
meningkatkan taraf ekonomi mereka. FELDA diasaskan pada 1 Julai 1956 apabila Akta
Pembangunan Tanah(1956) dikuatkuasakan. Sebab-sebab ditubuhkan FELDA ialah kerana
sebelum merdeka, pemimpin yang terdahulu telah ada melihat lebih jauh ke hadapan serta
berwawasan; MALAYA mempunyai kawasan hutan yang luas terbentang, tanah yang subur
yang boleh dimajukan untuk pertanian. Selain itu, antara sebab-sebab lain ialah kerana keperluan
untuk mengadakan pembangunan tanah yang teratur di seluruh negeri-negeri Tanah Melayu
disedari sejak Parti Perikatan membentuk kerajaan pada tahun 1955. Nasib penduduk luar
Bandar khususnya orang Melayu tidak terbela dan rata-ratanya hidup dibelenggu kemiskinan.
Sektor swasta tidak memainkan peranan membangunkan sector pertanian secara menyeluruh dan
memperlihatkan kepincangan dari segi faedah yang dinikmati penduduk luar Bandar. Kerajaan
berpendapat satu langkah pragmatic perlu diambil dengan mengadakan projek pembangunan luar
Bandar melalui pembukaan tanah secara besar-besaran dan penempatan penduduk di kawasan
baru. Cadangan membentuk Jawatankuasa khas untuk mengkaji keperluan menubuhkan sebuah
lembaga dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman. Justeru itu, kerajaan
telah mengarahkan supaya ditubuhkan satu jawatankuasa yang kemudiannya dinamakan
Jawatankuasa Kerja Kerajaan.
-
8/6/2019 Institusi Pentadbiran Petempatan
5/24
Modal permulaannya ialah sebanyak RM10 juta dan petempatan sulung yang terdiri daripada
16.2 kilometer persegi pokok getah dibuka di Ayer Lanas pada 1957. Pada tahun 1958, lima
skim yang serupa dibuka. Ianya ditadbir oleh sebuah Lembaga yang bertanggungjawab kepada
Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri.
FELDA bertumpu di kawasan Semenanjung Malaysia, manakala agensi-agensi kerajaan yang
lain bertanggungjawab kepada pembangunan tanah di negeri-negeri Sabah dan Sarawak yang
membentuk Malaysia Timur.
-
8/6/2019 Institusi Pentadbiran Petempatan
6/24
Carta Organisasi FELDA
-
8/6/2019 Institusi Pentadbiran Petempatan
7/24
Cara Perlantikan Pentadbir Tempatan
Pejabat dirancangan merupakan tempat Pentadbiran di Rancangan FELDA. Jawatan Pengurus
adalah lantikan yang dibuat oleh Jabatan Sumber Manusia FELDA begitu juga dengan
perlantikan kakitangan-kakitangan yang lain.
Terdapat beberapa jawatankuasa FELDA. Pengurus merupakan Ketua Pentadbir. Di rancangan
FELDA, terdapat Pengurus, Penolong Pengurus, Kerani Kewangan, Kerani Stor dan Pemandu
Rancangan. Terdapat juga kakitangan lain, iaitu Penyelia Ladang, Pegawai Pembantu
Pembangunan Masyarakat. Tugas Penyelia Ladang adalah memastikan hasil ladang peneroka
produktif dan penjagaan kebun. Manakala Pegawai Pembantu Pembangunan Masyarakat adalah
menjalankan tugas yang berkaitan dengan kemasyarakatan peneroka seperti dalam aktiviti sosial,
belia, keagamaan, kesihatan dan lain-lain.
-
8/6/2019 Institusi Pentadbiran Petempatan
8/24
Peranan FELDA
a) EKONOMI
FELDA memberi banyak peranan kepada ekonomi seperti perindustrian kraf. Tumpuan program
pembangunan industri kraf adalah untuk pembangunan produk baru, menaik taraf produk yang
sedia ada, menyediakan premis/bengkel/pusat latihan bagi kemudahan pengusaha dan
meningkatkan pendapatan jualan di Outlet FELDA dan jualan korporat. Setakat ini, seramai 57
pengusaha kraf telah berjaya dinaik taraf dari segi kualiti, reka bentuk dan kuantiti pengeluaran.
Projek tumpuan semasa ialah pembangunan Projek Kraf Tenun Pahang di Chini dan
pembangunan Pusat Kraf di Lurah Bilut, Pahang. Tumpuan-tumpuan program pembangunan
industri makanan ialah menyediakan premis perniagaan yang mematuhi persijilan halal dan
GMP. Pembinaan Pusat Pembungkusan Makanan Setempat di Pasak dan Chini serta Pusat
Industri Ringan FELDA di Pasak, Sungai Sibol, Jengka 2, Redong, Tenggaroh 2, Chini dan
Trolak Utara. Dua dalam perancangan di Lepar Hilir 2 dan Besout 1. Selain itu, tumpuannya
adalah untuk meningkatkan keperluan logistik bagi memberi perkhidmatan lebih cekap dan
meluas. Ia juga meningkatkan kecekapan dan kapasiti penghantaran dan memperluaskan
pengedaran produk Makanan F Best Foods dan SAWARI ke hipermarket, pasar raya dan
pelanggan-pelanggan lain. Tidak lupa juga, ia memperkemas aktiviti promosi bagi meningkatkan
jualan dan meningkatkan jenama F Best Foods dan SAWARI dalam pasaran produk makanan
tempatan. Ia menjalankan Program Geran Meningkatkan Kualiti Pembungkusan Bersama
SMIDEC. Melalui program ini, usahawan berpotensi diberi bantuan pembungkusan.
-
8/6/2019 Institusi Pentadbiran Petempatan
9/24
b)PENDIDIKAN
FELDA juga berperanan dalam bidang pendidikan. Pelbagai program yang telah disediakan oleh
pihak FELDA kepada generassi FELDA seperti Insentif untuk nak-anak Peneroka Genereasi
Baru, Program Latihan Kemahiran Generasi Baru terutamanya untuk lepasan SPM yang
menggangur, Pusat Dalam Komuniti(PLK) kepada anak-anak yang berumur 3 hingga 5 tahun.
Selain itu, diadakan juga Kelas Prep khusus untuk pelajar yang bakal menduduki UPSR, Pusat
Permata untuk mengasah potensi dan bakat kanak-kanak di peringkat umur 5 tahun ke bawah.
Seterusnya, FELDA juga telah menyediakan Skim Tuisyen FELDA khas bagi pelajar tahun 5
dan 6 UPSR serta pelajar tingkatan 3 dan 5. Pembangunan Usahawan Siswazah(Tunas Mekar)
turut disediakan untuk mewujudkan usahawan di kalangan siswazah anak peneroka.
-
8/6/2019 Institusi Pentadbiran Petempatan
10/24
c)KEMASYARAKATAN
Selain itu, FELDA turut memberi peranan yang penting dari segi Kemasyarakatan. Pelbagai
prasarana yang telah disediakan oleh pihak FELDA untuk generasi peneroka FELDA.
Antaranya:
Kompleks Sukan Komuniti(KSK) Semai Bakti
Kompleks Sukan Komuniti dikenali sebagai Gelanggang Sukan Komuniti(GSK) dibina
bertujuan untuk memberikan kemudahan dan galakan kepada warga peneroka bergiat dalam
bidang sukan. Penyediaan kemudahan sedemikian juga dapat membantu memupuk minat
bersukan yang tinggi melalui pelbagai aktiviti dan program sukan dan rekreasi di kalangan
masyarakat rancangan. Selain itu, GSK ini mampu menjadi tempat untuk masyarakat rancangan
dan sekitar melaksanakan aktibiti sukan dan riadah secara teratur dan sempurna. Sehingga tahun
2009, FELDA telah membina sebanyak 17 GSK di seluruh kawasan rancangan FELDA.
Daripada jumlah ini, sebanyak 14 buah GSK telah siap dibina dan beroperasi manakala bakinya
iaitu di FELDA Selasih, FELDA Kemahang 2 dan FELDA Sahabat masih dalam pembinaan.
Dewan Semai Bakti
Pembinaan dewan serba guna di rancangan FELDA bertujuan menyediakan kemudahan
rancangan menjalankan aktiviti kemasyarakatan, kebudayaan, perjumpaan dan lain-lain sebagai
salah satu usaha mengeratkan perpaduan di kalangan warga rancangan FELDA. Sehingga akhir
-
8/6/2019 Institusi Pentadbiran Petempatan
11/24
tahun 2008, sebanyak 47 buah dewan serba guna telah siap dibina di rancangan FELDA
melibatkan peruntukan sebanyak RM32.2 juta. Dua buah dewan serba guna jenis B di
Rancangan Palong 11 dan Rancangan Sg Tiang masih dalam pembinaan. Peningkatan bahan
binaan menjadikan kos bagi pembinaan dewan serba guna jenis A dianggarkan
RM800,000.00seunit dan dewan serba guna jenis B pula adalah RM600,000.00. Daripada
sebanyak 47 buah dewan serba guna yang siap dibina, sebanyak 37 unit adalah dewan serba guna
jenis A dan 10 unti lagi adalah dewan serba guna jenis B.
Gelanggang Sukan Terbuka Semai Bakti
Mulai tahun 2008, FELDA membina gelanggang Sukan Terbuka Semai Bakti untuk faedah
warga FELDA di tanah rancangan. Gelnanggang terbuka dibina di tanah rancangan FELDA
termasuk rancangan terpencil dan pedalaman. Sebagai permulaan mulai 2008, gelanggang
terbuka ini akan dibina di beberapa buah rancangan di seluruh negara. Konsep gelanggang ini
adalah sama dengan kompleks sukan yang mana kos pembinaannya adalah sekitar
RM500,000.00 dan perbelanjaan penyelenggaraan yang lebih murah. Reka bentuk Gelanggang
Sukan Terbuka ini berbentuk marchy tent dan mengandungi kemudahan bilik air dan persalinan.
-
8/6/2019 Institusi Pentadbiran Petempatan
12/24
d)KEBAJIKAN
Kebajikan juga merupakan salah satu peranan FELDA yang utama. Pelbagai program kebajikan
yang telah dilaksanakan melaluii Yayasan FELDA. Antara salah satunya ialah:
Yayasan Felda Tubuh Rumah Kasih Tun Rabah
Yayasan FELDA menubuhkan pusat perkhidmatan dan rawatan sementara untuk warga tua
FELDA yang uzur dikenali sebagai Rumah Kasih Tun Rabah atau Tun Rabah Green Home.
Pengerusinya, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor berkata, pusat yang dibina di Hot Spring, Felda
Trolak, Perak itu kini hampir siap dengan kos pembinaan sebanyak RM1 jua. Katanya, pusat itu
adalah seperti sebuah rumah rehat eksklusif yang menyediakan penginapan selesa lengkap
dengan bilik tidur, bilik air, ruang rehat, perkhidmatan penjagaan yang rapi, pemeriksaan
perubatan dan kemudahan rawatan hemodialisis untuk pesakit buah pinggang.
Objektif utama penubuhannya bagi memberi kemudahan perkhidmatan kepada warga berkenaan
untuk tinggal sementara dan menerima rawatan daripada pasuka perubatan yang dilantik oleh
yayasan.
Pembinaan rumah itu adalah tanggungjawab sosial korporat FELDA dan pihaknya tidak
bercadang mengkomersialkan rumah itu, sebaliknya hanya memberi perkhidmatan percuma
kepada warga FELDA yang memerlukannya. Rumah itu boleh menempatkan sehingga 12
pesakit atau penghuni pada satu-satu masa dan setiap mereka boleh tinggal di situ sehingga
sebulan bergantung pada keadaan. Fungsi rumah itu berbeza daripada rumah-rumah orang tua
-
8/6/2019 Institusi Pentadbiran Petempatan
13/24
atau rumah kebajikan kerana penghuni di sini hanya tinggal dalam tempoh masa tertentu sahaja
iaitu untuk berehat seta menerima rawatan dan bukan menetap selama-lamanya di situ.
-
8/6/2019 Institusi Pentadbiran Petempatan
14/24
Logo FELDA
-
8/6/2019 Institusi Pentadbiran Petempatan
15/24
Menteri-Menteri FELDA
Y.B. ENCIK BAHAMAN BIN SAMSUDIN
(31.08.1957 - 16.11.1959)
-
8/6/2019 Institusi Pentadbiran Petempatan
16/24
Y.A.B. TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN
(17.11.1959 - 22.09.1970)
Y.B. ENCIK ABDUL GHAFAR BIN BABA
(23.09.1970 - 31.12.1972)
Y.B. DATUK HAJI MOHD ASRI BIN HAJI MUDA
(01.01.1973 - 09.11.1977)
-
8/6/2019 Institusi Pentadbiran Petempatan
17/24
Y.B. TAN SRI DATUK HAJI ABDUL KADIR BIN YUSUF
(01.01.1978 - 15.09.1980)
Y.B. DATO'SHARIFF BIN AHMAD
(16.09.1980 - 28.04.1982)
-
8/6/2019 Institusi Pentadbiran Petempatan
18/24
Y.B. DATO' SERI RAIS BIN YATIM
(29.04.1982 - 16.07.1984)
Y.B. DATUK SERI ADIB BIN ADAM
(17.07.1984 - 11.08.1986)
-
8/6/2019 Institusi Pentadbiran Petempatan
19/24
Y.B. DATUK DR. SULAIMAN BIN HAJI DAUD
(12.8.1986 - 14.6.1989)
Y.B. DATUK KASITAH GADDAM
(14.6.1989 - 26.10.1990)
-
8/6/2019 Institusi Pentadbiran Petempatan
20/24
Y.A.B. ENCIK ABDUL GHAFAR BABA
(27.10.1990 -15.10.1993)
Y.B. DATO' ANUAR MUSA
(11.12.1993 - 27.12.1993)
-
8/6/2019 Institusi Pentadbiran Petempatan
21/24
Y.B. TAN SRI DATUK SAKARAN BIN DANDAI
(28.12.1993 - 16.03.1994)
Y.B. DATUK OSU HAJI SUKAM
(27.05.1994 - 08.06.1998)
-
8/6/2019 Institusi Pentadbiran Petempatan
22/24
Y.B. SENATOR TAN SRI DATUK KASITAH GADDAM
(26.06.1998 - 05.01.2004)
Y.A.B DATO' SRI MOHD. NAJIB TUN ABDUL RAZAK
(06.01.2004 - HINGGA KINI)
-
8/6/2019 Institusi Pentadbiran Petempatan
23/24
Penghargaan
Bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurnianya saya telah menyiapkan kerja kursus Sejarah
ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada beberapa pihak yang tertentu.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru mata pelajaran saya, iaitu Cik
Bahiyah bt Jaafar kerana telah mendidik dan membimbing saya dalam menghasilkan folio ini.
Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya, iaitu Noraini bt
Mohamed Sani dan Rizlan Izhar b Mohd Zain kerana telah membantu saya dalam bentuk
kewangan untuk membeli barang folio ini.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya iaitu, Maryam bt Zulkhairi, Nur Arissha
Soraya bt Azmi dan Noor Syahirah bt Nazor Ilahi. Tanpa mereka, saya percaya tidak dapat
menyiapkan folio ini dengan sempurna.
Jasa-jasa kalian amat dihargai. Sekian, terima kasih.
-
8/6/2019 Institusi Pentadbiran Petempatan
24/24