instrumen pembiayaan peribadi tunai islam di...
TRANSCRIPT
138
INSTRUMEN PEMBIAYAAN PERIBADI TUNAI ISLAM DI MALAYSIA: SATU
SOROTAN LITERATUR
Amir Fazlim Yusoff1,
Muhammad Shahir Ridzuan Md Radzi2
Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi,
Selangor, Malaysia
Abstrak
Instrumen-instrumen pembiayaan peribadi tunai Islam di Malaysia amat kontroversi kerana
diharamkan oleh institusi-institusi fatwa terkemuka dunia seperti Akademi Fiqh Islam OIC, Liga
Muslim Dunia, AAOIFI, al-Azhar dan Majlis Fatwa Daimah Arab Saudi. Hal ini secara amnya
memberi kesan negatif pada industri pembiayaan Islam di Malaysia. Justeru, kajian bertujuan
untuk menyoroti kajian lepas berkaitan aplikasi instrumen-instrumen pembiayaan peribadi tunai
Islam. Analisis literatur dibuat untuk mengenalpasti isu-isu yang wujud dalam instrumen-
instrumen tersebut serta langkah menanganinya. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan pendekatan
kajian analisa kandungan. Hasil sorotan literatur ini mendapati bahawa instrumen-instrumen
seperti bay’ al-‘inah dan tawarruq munazzam3 mengandungi unsur-unsur yang menyalahi nas-nas
hadis serta objektif Syarak. Instrumen-instrumen tersebut boleh dipraktikkan dan dihukumkan
harus jika unsur-unsur yang mengharamkannya dikeluarkan daripada instrumen-instrumen
tersebut.
Kata kunci: bai’ al-‘inah, tawarruq munazzam, qard berasaskan al-rahn
PENGENALAN
Perbankan islam menawarkan produk-produk pembiayaan yang mampu menyaingi produk-produk
pinjaman di perbankan konvensional. Produk-produk ini telah diperkenalkan seterusnya diinovasi
dan diubah mengikut ketetapan undang-undang islam hasil perkembangan institusi kewangan
islam di Malaysia. Produk pembiayaan yang ditawarkan mengikut keperluan yang dikehendaki
antaranya pembiayaan perumahan, pembiayaan peribadi, pembiayaan kenderaan, pembiayaan kad
139
kredit dan lain-lain pembiayaan lagi. Setiap produk mempunyai akad-akad yang berbeza seperti
produk Ijarah (prinsip sewa), Murabahah, Salam (prinsip tempahan), Istisna’, Qard,’Inah,
Tawarruq dan sebagainya.
Artikel ini membincangkan mengenai produk pembiayaan peribadi yang digunakan di
institusi perbankan Islam. Pembiayaan peribadi yang dimaksudkan adalah kemudahan pembiayaan
kewangan dengan pembayaran balik pada jumlah yang tetap setiap bulan bagi sesuatu tempoh
yang telah ditetapkan. Pemohon akan memperoleh wang secara tunai setelah pembiayaan tersebut
diluluskan. Antara produk yang digunakan dalam kaedah pembiayaan peribadi adalah bai’ al-‘inah
dan tawarruq.
SOROTAN KAJIAN
Bai’ Al-‘Inah
Bai’ al-‘inah tidak diharuskan menurut kebanyakan ulama’ Islam seperti Akademi Fiqh Islam dan
AAOIFI yang telah mengharamkan konsep itu. Tetapi jawatankuasa undang-undang di Malaysia
seperti MPS BNM dan Suruhanjaya Sekuriti terus menyokong keharusannya.
Takrifan Majlis Penasihat Syariah di Suruhanjaya Sekuriti (2007), bai’ al-‘inah ialah
transaksi yang melibatkan seorang penjual menjual asetnya kepada seorang pembeli dengan harga
yang dipersetujui secara harga tangguh. Seterusnya penjual membeli semula aset tersebut daripada
pembeli dengan harga tunai dan lebih rendah daripada harga tangguh. Majlis Penasihat Syariah
Bank Negara Malaysia (2010), menjelaskan bahawa bai’ al-‘inah ialah kontrak jualan dan
pembelian semula suatu aset oleh penjual. Berdasarkan definisi-definisi yang dijelaskan oleh dua
institusi besar kewangan islam islam di Malaysia tidak menunjukkan bahawa bai’ al-‘inah
merupakan instrumen pembiayaan. Istilah bai’ al-‘inah perlu dijelaskan dalam bentuk intrumen
pembiayaan yang berasaskan jual beli supaya perbincangan-perbincangan tidak keliru dan tidak
menyimpang dalam penetapan hukum.
Aplikasi bai’ al-‘inah memerlukan perjanjian pra kontrak antara pihak bank dan pelanggan
dalam proses pembelian semula aset yang terlibat. Ini kerana kebanyakan pelanggan tidak arif
tentang instrumen bai’ al-‘inah. Justeru, pelanggan perlu dibimbing oleh pihak bank sebelum
memulakan sesuatu transaksi. Pembeli perlu menerima transaksi jualan yang pertama berasaskan
140
harga tangguh. Kemudian, pembeli diarahkan supaya menjual semula aset tersebut kepada pihak
bank dengan harga tunai yang lebih rendah. Kontrak ini dikenali juga sebagai kontrak dua jualan
atau jualan dengan belian semula (Ray, 1997)
Terdapat banyak kajian yang dilakukan mengenai instrument bai’ al-‘inah sebagai salah
satu mekanisma pembiayaan peribadi di Malaysia. Kajian-kajian lepas yang lebih menumpukan
kepada kesahihan pendapat dan pandangan pakar-pakar perundangan islam mengenai instrumen
ini. Untuk menjadikannya patuh syariah, ulama’ khususnya daripada kalangan mazhab Shafie
membenarkan mekanisma bai’ al-‘inah sebagai alternatif kepada pinjaman konvensional yang
berasaskan bunga (Mahmoud, 2008). Sebagai contoh, kajian (Rosly & Sanusi, 2001) yang
menggunakan pandangan al-shafi’iy yang membenarkan instrument bai’ al-‘inah sekalipun
pandangan-pandangan mazhab lain melarang amalan bai’ al-‘inah. Walaubagaimanapun hujah itu
tidak membuktikan kontrak jual beli yang berasaskan instrumen ini dibenarkan. Ini kerana menurut
al-shafi’iy, jual beli yang berasaskan bai’ al-inah ini sebenarnya tidak membatalkan kontrak jual
beli melainkan telah disyaratkan dua transaksi jual beli dalam satu kontrak (Arabi, 1997).
Pengkaji lain seperti Anwar (2003) berpandangan bahawa larangan itu disebabkan (time
value of money) konsep nilai matawang yang berbeza dari semasa ke semasa. Ia menunjukkan
konsep ini seperti pinjaman duit dengan kadar bayaran yang lebih tinggi. Beliau melihat instrumen
bai’ al-‘inah sebagai medium pertukaran wang dengan nilai yang berbeza tetapi diikat pada dua
kontrak jual beli (Anwar, 2003). Shaharuddin (2012) menyimpulkan bahawa intrumen ini tidak
berbeza dengan perbankan konvensional yang mana ia bercanggah dengan pendirian Majlis
Penasihat Syariah BNM. Walau bagaimanapun, sekiranya bai' al-'inah dilarang berdasarkan
pertukaran wang melalui dua kontrak jual beli, maka instrumen lain yang dibenarkan dalam
syariah seperti bai' al-'inah yang tidak dirancang juga dilarang kerana ia melibatkan pertukaran
wang melalui dua kontrak jualan.
. Analisis bai’ al-‘inah hendaklah berdasarkan kepada kaedah dan juga hasil daripada
transaksi yang dijalankan kerana kedua-dua elemen ini yang menentukan sesuatu transaksi itu
patuh syariah atau tidak. Sebagai contoh, berkenaan dengan hadis yang melarang bai’ al-‘inah,
Farooq (2007) melihat larangan jualan itu bergantung pada penetapan jualan kedua dalam kontrak
tetapi dia tidak menerangkan perkara ini secara terperinci. Ini bermakna bahawa larangan itu bukan
sahaja yang berkaitan dengan bai’ al-‘inah semata-mata, tetapi melibatkan larangan dua jual beli
141
dalam satu kontrak. Yusoff (2014) pula menjelaskan larangan bai’ al-‘inah adalah disebabkan
penyimpangan dari objektif asal jual beli dan kontrak pinjaman. Bukti-bukti ini menunjukkan
keperluan MPS untuk menilai semula keharusan instrumen bai 'al-'inah kerana resolusi mereka
tidak mencerminkan penerangan sebenar tentang instrumen bai' al-'inah yang digunakan.
Kajian semasa mengenai keharusan bai’ al-’inah seperti yang dibincangkan sebelum ini
gagal untuk memasukkan faktor luaran seperti larangan menyediakan qard untuk jual beli, jual
beli atas jual beli dan menjual barangan yang tidak wujud yang mana ia telah dikaitkan dengan
aplikasi semasa bai’ al-‘inah. Yusoff (2014) telah menunjukkan faktor-faktor luaran yang
dinyatakan dalam tulisannya yang berkaitan dengan larangan bai’ al-‘inah. Fokus utama mereka
adalah penumpuan terhadap pendapat para fuqaha Islam silam tanpa banyak pertimbangan
terhadap dalil-dalil syariah mengenai perkara itu. Lebih-lebih lagi, secara praktikalnya bai’ al-
‘inah tidak sepenuhnya berkaitan dengan pendapat ulama’ silam kerana pelaksanaan yang berbeza.
Hasilnya, instrumen bai’ al-‘inah ini tidak sepenuhnya menunjukkan realiti dalam industri
perbankan dan kewangan semasa di Malaysia. Oleh itu, penyelidikan lanjut mengenai hukum bai
'al-'inah adalah penting dalam menyelesaikan masalah tersebut.
Tawarruq
Al-Hanabilah memperkenalkan tawarruq sebagai istilah baru iaitu versi yang telah diubahsuai
daripada bai’ al-‘inah sebagai alternatif kepada intrumen itu (al-Mardawi, t.th). Mazhab lain tidak
mengiktiraf istilah ini kerana perbincangan mengenai instrumen ini terletak di dalam perbincangan
bai’ al-‘inah. Konsepnya sama seperti bai’ al-‘inah melainkan komoditi yang digunakan dalam
instrumen itu dijual kepada pihak ketiga dan bukannya kepada pihak bank. Pelanggan mendapat
wang dengan menjual komoditi kepada pihak ketiga dan pada masa yang sama perlu membayar
nilai jualan tertunda kepada pihak bank (Shanmugam & Zahari, 2009).
Akademi Fiqh Islam OIC Fiqh mendefinisikan tawarruq sebagai “seseorang yang membeli
barang secara pembayaran tangguh dengan tujuan menjual barang tersebut dengan harga yang
rendah untuk mendapatkan tunai”. AAOIFI menyimpulkan dengan mendefinisikan tawarruq
adalah kontrak pembelian komoditi secara pembayaran tangguh samada melalui jualan terus atau
kontrak muarabahah. Komoditi tersebut kemudiannya dijual semula secara tunai kepada pihak lain
142
selain penjual asal.. Pelanggan mendapat wang dengan menjual komoditi tersebut kepada pihak
ketiga dan kekal perlu membayar nilai jualan tertunda kepada pihak bank.
Menurut Zaharuddin Ab Rahman (2010), konsep tawarruq atau komoditi murabahah
diguna pakai dalam perbankan Islam iaitu untuk menyediakan pembiayaan untuk mendapatkan
tunai atau kecairan kepada pelanggan dengan lebih efektif, menawarkan instrumen pendapatan
tetap kepada pengguna dan mempelbagaikan produk pembiayan berteraskan patuh syariah bagi
menyaingi produk perbankan konvensional di pasaran. Instrumen yang digunakan ini diharuskan
mengikut kebanyakan ulama’ Islam termasuk al-Hanafiyah, al-Malikiyah, al-Shafi'iyah, al-
Hanabilah, al-Ja'fariyah, al-Zaidiyah, al-Zahiriyah dan al-Ibaḍiyah. Majlis Fiqh Liga Muslim
Dunia di Makkah, Arab Saudi yang mengeluarkan fatwa pada tahun 1998 membenarkan instrumen
ini sebagai alternatif kepada pinjaman berasaskan faedah (El-Gamal, 2008). Tawarruq dibenarkan
dengan syarat penghutang tidak menjual balik barang perdagangan atau komoditi kepada
pemiutang seperti bank (Robbins, 2010). Konsep ini digunakan secara meluas dan semakin
popular di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Majlis Kerjasama Teluk (GCC) sejak
kebelakangan ini (Lubetsky, 2010).
Konsep tawarruq sebagai alternatif kepada bai’ al’inah ini telah dijelaskan secara
terperinci oleh El-Gamal (2008) dan Robbins (2010). Mereka menegaskan bahawa syariah
membenarkan pengamalan instrumen ini dengan syarat yang ketat kerana kedua-dua instrumen
tawarruq dan bai’ al-'inah ini sangat berkait rapat. Walaupun kajian mereka berkaitan dengan
pendapat-pendapat silam tentang tawarruq, tetapi penerangan mereka lebih menfokuskan kepada
tawarruq moden tanpa menumpukan perhatian kepada model pembiayaan tawarruq fardi4.
Penggunaan tawarruq fardi tidak menarik minat bank-bank Islam moden. Malah, tidak ada model
yang diterapkan pada masa ini. Walaupun syariah membenarkan instrumen ini, bank Islam
mengetepikan konsep asal dengan menghasilkan instrumen tawarruq dalam bentuk yang lain iaitu
tawarruq munazzam. Instrumen itu telah diubah suai dan kini tidak menepati tawarruq fardi iaitu
konsep tawarruq yang asal. Isu tersebut telah memberikan kajian ini kesempatan untuk mengkaji
kemungkinan tawarruq fardi sebagai alternatif kepada bai 'al-'inah dengan menghasilkan satu
mekanisme baru bagi instrumen pembiayaan.
Akhirnya selepas kajian menyeluruh dijalankan, Akademi Fiqh Islam OIC pada 2009
melalui deklarasi no. 179 (5/19) dan Akademi Fiqh Liga Muslim Dunia pada tahun 2003 deklarasi
143
no. 2 pada sesi yang ke 17, melarang aplikasi tawarruq yang sedang digunakan kerana ia tidak
dilaksanakan mengikut landasan syariah (Muslim World League, 2016 Konsep ini disalahgunakan
secara meluas apabila bank itu sendiri sebagai wakil yang melaksanakan jualan kepada pihak
ketiga yang sepatutnya dijalankan oleh pelanggan. Oleh sebab itu, ia sama sahaja seperti instrumen
bai’ al-‘inah yang dilarang sama sekali (Robbins, 2010; Warde, 2009). Konsep ini diubahsuai dan
dikenali sebagai tawarruq munazzam (Shinsuke, 2012). Walaupun telah diharamkan, MPS BNM
terus menyokong instrumen ini melalui resolusi mesyuarat yang ke-51 pada 28 Julai 2005, yang
memutuskan bahawa produk pembiayaan yang berasaskan konsep tawarruq munazzam ini
dibenarkan (Bank Negara Malaysia, 2010).
Terdapat banyak kajian semasa yang menyokong pernyataan OIC, AAIOFI, Liga Muslim
Dunia, mengenai larangan instrumen tawarruq munazzam. Justifikasi mereka adalah berdasarkan
kepada persamaan antara bai’ al-‘inah dan tawarruq munazzam, salahguna hilah dan kontrak
jualan yang tidak sah (Shinsuke, 2012). Sebagai contoh, beberapa broker Bursa Logam London
(LME) menjual komoditi yang sama kepada beberapa pembeli, yang boleh menyebabkan jual beli
itu tidak sah (Khnifer, 2010). Konsep tawarruq dan bai’ al-‘inah mempunyai persamaan daripada
aspek matlamat dan tujuan kontrak itu digunapakai. Institusi kewangan Islam menggunapakai
kontrak bai’ al-‘inah dan tawarruq ini bagi tujuan yang sama iaitu untuk mendapatkan tunai dan
keperluan kecairan. (Nooraslinda Abdul et. al, 2012).
Menurut Kahf, sekiranya ia mematuhi kehendak syariah, instrumen ini mungkin sah
dengan sedikit penyesuaian dan perubahan pada konsep atau modus operandi (Shinsuke, 2012).
Walau bagaimanapun, beliau tidak menyebut secara terperinci reka bentuk model tertentu untuk
memperbaiki instrument ini. Yusoff (2016) mencadangkan tawarruq fardi sebagai alternatif
kepada tawarruq munazzam kerana ianya berbentuk serahan fizikal dan pemilikan yang
konstruktif yang lebih patuh syariah.
Al-Rahn5
Selain bai’ al-'inah dan tawarruq, beberapa perbankan Malaysia dan institusi pembiayaan
kewangan menggunakan aplikasi qard6 sebagai alat pembiayaan Islam. Konsep qard telah diubah
suai untuk menjadi produk pembiayaan yang lebih menguntungkan. Qard gabungan al-rahn telah
menghasilkan qard yang berasaskan al-rahn dengan mengenakan bayaran sebagai caj
penyimpanan al-rahn. Sejak tahun 1992, Muassasah Gadaian Islam Terengganu dan Permodalan
144
Kelantan Berhad telah melaksanakan konsep ini dan diikuti oleh Bank Rakyat Malaysia pada tahun
1993, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) pada tahun 1997 dan Agrobank pada tahun 2002.
Walaupun produk ini mengikut piawaian syariah, ia juga tidak terlepas daripada terlibat dengan
isu-isu kontroversi.
Kajian-kajian Khan (2004), Naim (2004), Khir (2011) dan Sharif et. al (2013)
mendedahkan bahawa amalan qard yang berasaskan al-rahn masih terdapat unsur riba pada modus
operandinya. Instrumen itu menggambarkan kontrak qard sebenarnya dibenarkan, tetapi
dikenakan bayaran sebagai simpanan al-rahn dan apabila ditambah ke dalam kontrak itu, ia seolah-
olah mengenakan faedah ke atas pembiayaan pokok tadi. Masalah ini menjadi lebih teruk apabila
bayaran yang dikenakan dikaitkan dengan jumlah pembiayaan. Berlawanan pula dengan Sabri et.
al (2013) menegaskan bahawa bayaran yang dikenakan itu tidak menggambarkan faedah
pembiayaan kerana ianya berdasarkan kepada upah caj perkhidmatan penjagaan al-rahn yang
dibenarkan dalam syariah. Sebagai alternatif, Khir (2011) telah mencadangkan penggunaan
wadi'ah bi ajr (simpan dan upah) dan tawarruq-al-rahn (gabungan tawarruq dan al-rahn), tetapi
instrumen itu juga mungkin mengandungi unsur riba secara tidak langsung. Gabungan murabahah
dan al-rahn boleh menjadi alternatif kepada konsep seperti yang dicadangkan oleh Mukhlas
(Sharif et. al, 2013). Walaubagaimanapun, model itu jelas merupakan riba kerana jongkong emas
yang digunakan sebagai medium pertukaran dalam pembayaran tertunda. Mungkin dengan
menggunakan barangan bukan berkaitan riba seperti platinum boleh menyelesaikan masalah ini.
Instrumen pembiayaan Islam berasaskan al-rahn adalah produk yang tidak mesra
pelanggan kerana pelanggan harus memiliki aset yang ketara sebagai jaminan untuk mendapatkan
pembiayaan. Perkara ini merupakan kekangan terbesar kepada mereka yang tidak memiliki
sebarang harta(Abdouli, 2009). Produk ini sukar untuk direalisasikan kecuali disediakan melalui
konsep murabahah dan penggunaan al-rahn yang bukan diambil daripada harta pelanggan.
Berkenaan dengan kritikan upah menyimpan harta al-rahn, ianya tidak disokong oleh mana-mana
bukti dari dalil yang sahih. Unsur persamaan semata-mata tidak cukup untuk membatalkan
instrumen itu. Oleh itu, Yusoff (2016) telah menilai semula konsep itu dan mengkaji kemungkinan
untuk mengubahsuai model bagi menghapuskan unsur riba jika dakwaan itu terbukti benar.
Bayaran tempat simpanan barang al-rahn itu tidak perlu bersandarkan kepada jumlah pinjaman
ataupun nilai barang.
145
Caj Perkhidmatan
Idea caj perkhidmatan telah diperkenalkan pada tahun 1976 di Persidangan Antarabangsa Ekonomi
Islam yang pertama yang diadakan di Makkah. Uzair (1980) menekankan bahawa institusi
perbankan Islam merupakan sebuah institusi perniagaan yang perlu dilihat berdaya maju dan
pelanggan perlu membayar caj perkhidmatan di atas bantuan dan usaha pihak bank dalam
menyediakan pembiayaan. Bank boleh mengenakan jumlah yang kecil sebagai bayaran
perkhidmatan daripada pelanggan untuk menampung perbelanjaan pentadbiran yang dalam
aktiviti tersebut. Gafoor (1995) menyokong idea dengan mencadangkan konsep qard beserta caj
perkhidmatan. Caj perkhidmatan tersebut diambil daripada deposit akaun simpanan dan semasa.
Dia mendakwa kaedah ini boleh mendatangkan banyak manfaat dari sudut jaminan kepada
pelanggan dan caj yang yang lebih rendah yang dikenakan berbanding bank konvensional.
Di Iran, caj perkhidmatan yang dikenakan adalah berasaskan kepada arahan yang
dikeluarkan oleh Bank Markazi Jomhouri Islami Iran dan ianya dikutip daripada pelanggan.
Manakala di Pakistan caj perkhidmatan paling maksimum yang boleh dikenakan oleh bank
ditentukan oleh Bank Negara Pakistan (Gafoor 1995). Siddiqui mencadangkan bahawa caj
perkhidmatan haruslah sama dan tetap tanpa mengira jumlah pembiayaan sekalipun ia berbentuk
qard atau permohonan pelanggan itu diluluskan atau tidak. Beliau menambah lagi caj
perkhidmatan itu haruslah menggambarkan kos per kepala yang sebenar dan tidak sepatutnya
menjadi sumber pendapatan kepada bank. Institusi perbankan Islam di Malaysia telah
menggunakan caj perkhidmatan ini melalui upah pemprosesan kontrak qard (Gafoor, 1995).
AAOIFI menyatakan bahawa caj perkhidmatan tidak boleh berubah mengikut jumlah qard
atau pembiayaan kerana ia merupakan salah satu bentuk riba. Abdus-Shahid berpendapat
sekalipun caj perkhidmatan itu tidak berubah mengikut jumlah pembiayaan, ia tetap dianggap
sebagai riba. Hal ini kerana ia seolah olah dikenakan faedah terhadap pinjaman yang dibuat. Caj
perkhidmatan dibenarkan untuk dikenakan terhadap pembiayaan sebagai upah mendapatkan
pinjaman. Tetapi ianya tidak boleh dilaksanakan dalam jumlah yang besar (Qasmi, 2008). Secara
keseluruhannya ianya merupakan idea yang bagus namun realitinya kebanyakan bank-bank tidak
sanggup untuk mengorbankan sejumlah besar modal bagi tujuan itu. Adalah lebih baik bagi bank
untuk melabur di portfolio atau tempat yang lebih menguntungkan. Oleh itu, sebuah mekanisma
baru harus dicadangkan supaya dapat memberi keuntungan kepada pihak bank dan pelanggan.
146
Hibah7
Kebelakangan ini, idea pembiayaan yang berasaskan hibah muncul sebagai alternatif kepada
instrumen bai’ al-‘inah dan tawarruq. Mengikut modus operadi, pelanggan memberikan asset
kepada bank atas dasar hibah bersyarat. Setelah selesai serahan pelanggan membeli semula aset
tersebut daripada bank dengan bayaran bertangguh. Setelah pelanggan memiliki semua aset
tersebut, bank membeli semula dari pelanggan dengan bayaran tunai. Melalui cara ini, tujuan
pelanggan untuk mendapatkan pembiayaan tercapai (El-Seodi et. al, 2012). Yusoff (2016) telah
mengkaji idea ini dan kepatuhannya terhadap syariah. Oleh kerana idea ini masih baru, kajian-
kajian berkenaannya tidak banyak lagi dijalankan. Pendekatan El-Seoudi mendapati ianya tidak
dapat dilaksanakan. Kontrak hibah bersyarat itu adalah konrak di mana pelanggan memberikan
barang kepada bank untuk mendapat pembiayaan.
Berdasarkan pendapat majoriti ulama’ usul al-fiqh, hibah bersyarat tidak menggambarkan
hibah yang sebenar (al-Sarakhsiyy, t.th.). Bentuk akad hibah bersyarat yang diharuskan ini akan
bertukar menjadi akad jual beli. Dalam kontrak hibah bersyarat, pemberi hibah tidak berhak untuk menarik
balik hibahnya sekiranya syarat balasan atau gantian yang disyaratkan dalam kontrak telah dilaksanakan
atau telah berlaku penerimaan gantian (Said et. Al, 2012). Ia lebih menyerupai kontrak jual beli kerana
mempunyai elemen pertukaran iaitu memberi sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lain.
Contohnya A memberikan laptop kepada B atas dasar hibah tetapi dengan syarat B perlu memberi
telefon pintar kepada A sebagai ganjaran hibah yang dilakukan oleh A. jika ganjaran itu mewakili
kontrak jual beli maka ianya diibaratkan seperti jual beli dan jual beli yang mana dilarang oleh
syariah. Sebagai contoh jika A memberikan laptop kepada B atas dasar hibah dengan syarat B
perlu menjual telefon pintar kepunyaannya kepada A. Dalam kes ini, kebanyakan ulama’ usul al-
fiqh berpendapat bahawa jika laptop itu digunakan sebagai barang tukaran kepada telefon pintar
maka ianya menyerupai dua kontrak jual beli dalam satu kontrak atau menyerupai kontrak jual beli
dengan jual beli yang diharamkan.
Sebagai alternatif, yusof (2016) mencadangkan instrumen pembiayaan hibah berasaskan
ganjaran yang menggunapakai mekanisma hibah bersyarat. Melalui model ini, bank akan
bertindak sebagai kreditor yang memberikan bayaran tunai sebagai hibah kepada pelanggan
dengan tukaran bayaran bertangguh yang perlu dibayar oleh pelanggan kepada bank. Hakikatnya
ia merupakan bentuk kontrak jual beli. Walaupun ganjaran itu tidak dinyatakan secara spesifik,
147
Institusi Perbankan Islam boleh meminta ganjaran berbentuk spesifik seperti platinum untuk
mengelakkan pertelingkahan.
METODOLOGI
Kajian ini merupakan sebuah kajian berbentuk kualitatif yang menggunakan deskriptif analisis
kandungan kajian-kajian lepas. kajian-kajian lepas diperolehi daripada sumber primer dan
sekunder melalui analisis undang-undang berdasarkan disiplin usul al-fiqh (prinsip perundangan
islam) kerana kajian ini merupakan kajian yang berdasarkan syariah sepenuhnya. Antara tujuan
kajian ini untuk mengkaji kesahihan bai’ al-‘inah dan tawarruq. Di samping itu, kajian ini juga
mengkaji bahan-bahan lain seperti jurnal, fatwa, resolusi, dokumen undang-undang, dokumen-
dokumen perbankan Islam, laman web, risalah, laporan dan lain-lain komponen yang berkaitan
dengan amalan kontemporari pembiayaan peribadi Islam.
KESIMPULAN
Institusi perbankan islam semakin berkembang sama ada di Malaysia atau di peringkat
antarabangsa. Walaupun begitu, ianya tidak lekang daripada kritikan-kritikan untuk
penambahbaikan institusi itu sendiri. Instrumen-instrumen yang ada di dalam institusi perbankan
islam di Malaysia telah diinovasikan bermacam-macam bentuk supaya lebih patuh syariah dan
memenuhi keperluan semasa. Institusi perbankan Malaysia sangat komited untuk mengikuti
piawaian antarabangsa yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, tawarruq munazzam sebagai
alternatif kepada bai’ al-‘inah membuktikan usaha institusi perbankan islam untuk memenuhi
piawaian semasa. Walaupun instrumen-instrumen ini menjadi kontroversi, kajian demi kajian
dijalankan untuk menghasilkan satu produk yang patuh syariah supaya dapat mengekalkan negara
Malaysia sebagai peneraju utama dalam institusi kewangan islam di dunia. Konsep dan instrumen
baru yang dicadangkan perlu dikaji dengan lebih mendalam untuk memastikan keberkesanannya
dalam institusi perbankan islam.
148
Pengiktirafan
Penulisan ini sebahagian daripada penyelidikan yang ditaja oleh Kementerian Pengajian Tinggi
di bawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental FRGS/1/2015/SS01/UKM/03/1.
Rujukan
AAOIFI, (2010). Al-Macayir al-sharciyyah. Al-Manamah: AAOIFI.
Abdouli, A. (1991). Access to finance and collaterals: Islamic versus western banking. Islamic
Economics.
Anwar, M. (2003). Islamicity of banking and modes of Islamic banking. Arab Law Quarterly, 18(1),
291–308.
Arabi, O. (1997). Intention and Method in Sanhūrī’s Fiqh: Cause as Ulterior Motive. Islamic
Law and Society, 4(2), 200-223.
Abdus-Shahid, T.S. (1984) Interest, usury and the Islamic development bank: Alternative, non-
interest financing. Law And Policy In International Business, 16(4), 1095-1136
Al-Mardawiyy, A.S. (n.d.). Al-Insaf li al-Mardawiyy. Beirut: Dar Ihya` al-Turath al-cArabiyy.
Al-Sarakhsiyy, M.A. (n.d.). Al-Mabsut. Beirut: Dar al-Macrifah
Bank Negara Malaysia. (2010). Sharia resolutions in Islamic finance (2nd ed.). Kuala Lumpur:
Bank Negara Malaysia.
El-Gamal, M. (2003). Interest and the paradox of contemporary Islamic law and finance.
Fordham International Law Journal, 27(1), 108-149.
El-Gamal, M.A. (2008). Incoherence of contract-based Islamic financial jurisprudence in the age
of financial engineering. Wisconsin International Law Journal, 25(4), 605-623.
El-Seoudi, A.W.M.M. et. al. (2012). Gift of the compensation conditioned used in Islamic
financing instruments. Advances in Natural and Applied Sciences, 6(7), 1075-1079.
Farooq, M.O. (2007). Stipulation of excess in understanding and misunderstanding riba: The Al-
Jassas link. Arab Law Quarterly,21(4), 285-316
Gafoor, A.L.M.A. (1995) Interest-Free commercial banking. Groningen: Apptec.
Khan, J.A., & Nisar, S. (2004). Collateral (al-rahn) as practised by Muslim Funds of North India.
Journal of King Abdulaziz University, 17(1), 17-34.
149
Khir, M.F.A. (2011). Revisiting the fiqh characterisatics of the rahn-based Islamic microcredit
product. ISRA International Journal of Islamic Finance, 3(2), 151-157.
Khnifer, M. (2010). Maslaha and the Permissibility of Organized Tawarruq. Opalesque Islamic
Finance Intelligence, 6-11.
Lubetsky, M.H. (2010). Losing interest: Financial alchemy in Islamic, Talmudic, & Western law.
Transnational Law & Contemporary Problems 19(1), 231-260.
Muslim World League. 2003. Persidangan ke 17. www.themwl.org/Fatwa/default.aspx?d=1&cidi=155&l=AR&cid=10 [22 september 2016]
Naim, A.M. (2004). Islamic pawn broking system (original text: Sistem Gadaian Islam).
Islamiyyat, 26(2), 39-57
Nagaoka, S. (2012). Critical overview of the history of Islamic economics: formation,
transformation, and new horizons.
Qasmi, M.M.I. (2008). Islamic banking and finance. Kuala Lumpur: A.S. Noordeen 2008.
Ray, N. (1997). The medieval Islamic system of credit and banking: legal and historical
considerations. Arab Law Quarterly 12(1), 43-90. Doi: 10.1163/026805597125825681.
Robbins, H.E. (2010). Soul searching and profit seeking: Reconciling the competing goals of
Islamic finance. Texas Law Review, 88(5), 1125-1150.
Nooraslinda Abdul, A., Othman, R., Azli, R. M., ARshad, R., Sahri, M., & Yaakub, A. R. (2012).
Islamic house financing: Comparison between Bai’ Bithamin Ajil (BBA) and Musharakah
Mutanaqisah (MM). African Journal of Business Management, 6(1), 266–273.
doi:10.5897/AJBM11.2042
Rosly, S.A., & Sanusi, M. (2001). Some issues of bay’ al-‘inah in Malaysian Islamic financial
markets. Arab Law Quarterly, 16(3), 263-280.
Sabri, H. et. al. (2013) The concept and challenges of Islamic pawn broking (ar-rahnu). Middle-
East Journal of Scientific Research, 13, 98-102.
Shaharuddin, A. (2012). The bay al-inah controversy in Malaysian Islamic banking. Arab Law
Quarterly, 26(4), 99-511.
Shanmugan, B., & Zahari, Z.R. (2009). A primer on Islamic finance. The Research Foundation
of CFA Institute.
Sharif, D. et. al. (2013). The improvement of ar-rahn (Islamic pawn broking) enhanced product in
Islamic banking system. Asian Social Science, 9(2), 36-47.
Shinsuke, N. (2012). Critical overview of the history of Islamic economics: Formation,
150
transformation, and new horizons. Asian and African Area Studies, 11(2), 114-136.
Uzair, M. (1980). Some conceptual and practical aspects of interest-free banking. Studies in
Islamic Economics. Leicester: The Islamic Foundation.
Warde, I. (2009). Relevance of Contemporary Islamic Finance, The. Berkeley Journal of Middle
Eastern & Islamic Law, 2(6), 159-171.
Yusoff, A.F. (2014). Modern application of bay’ al-‘inah (same-item sale-repurchase) in the
Malaysian banking and finance industries: An analysis on Islamic personal finance. In
Proceeding of International Conference of Global Islamic Studies (ICGIS14).
Yusoff, A.F. (2016). Alternatives to bay’ al-‘inah with special reference to maslahat mursalah in
the Malaysian banking and finance industries (unpublished doctoral dissertation). University
of Aberdeen, Scotland.
Zaharuddin Ab Rahman.(2010). Contracts & The Products of Islamic Banking, Kuala Lumpur:
CERT Publication
1 Pensyarah Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi,
Selangor, Malaysia. Email: [email protected]
2 Pembantu Penyelidik Siswazah juga merupakan pelajar sarjana dari Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia. [email protected]
3 Tawaruq munazzam adalah “seseorang pembeli(mutawarriq) membeli barang secara tangguh di pasaran dalam
negara mahupun luar negara dan institusi kewangan bertindak menguruskan atau mengatur perjanjian samada oleh
institusi kewangan itu sendiri atau melalui agen dan secara langsung diantara pembeli dan institusi kewangan pada
harga yang lebih rendah.
4 Tawarruq al fardi merupakan konsep dimana pembeli pertama membeli barangan secara ansuran daripada penjual
pertama dan menjualnya kepada pihak ketiga secara tunai dengan harga yang rendah dengan tujuan untuk
mendapatkan tunai dengan segera atau memenuhi keperluan kecairan.
5 Al-rahn merupakan satu makanisme dimana satu barang yang berharga yang mempunyai nilai di sisi syarak
dijadikan cagaran atau sandaran yang terikat dengan pinjaman secara bercagar yang boleh dibayar dengannya
dengan cara menjual atau melelong barang tersebut bagi mendapatkan kembali hutang yang diberikan, ini terjadi
sekiranya pihak yang berhutang tidak dapat menjelaskan hutangnya itu pada masa yang dijanjikan.
6 Perjanjian pinjaman antara pihak yang memberi pinjaman dan pihak yang meminjam
7 akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang
lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad).