interaksi 1

15
IPG KAMPUS SULTAN MIZAN 1 Topik 1 1.1 Tujuan rancangan pelajaran 1.2 Aspek yang perlu di pertimbangkan dalam rancangan pelajaran 1.3 Rancangan pelajaran - tahunan, mingguan dan harian INTERAKSI 1 Topik 2 2.1 Perbezaan antara objektif dan hasil pembelajaran 2.2 Objektif dan hasil pembelajaran dalam kurikulum sains sekolah rendah 2.3 Ciri-ciri hasil pembelajaran yang baik Topik 3 3.1 Penulisan Hasil Pembelajaran 3.2 Domain Kognitif 3.3 Domain Psikomotor 3.4 Domain Afektif Perbincangan meliputi topik 1 - 3

Upload: parkthe

Post on 02-Aug-2015

31 views

Category:

Government & Nonprofit


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Interaksi 1

IPG

KA

MP

US

S

ULTA

N M

IZA

N

1

Topik 11.1 Tujuan rancangan pelajaran1.2 Aspek yang perlu di pertimbangkan dalam rancangan pelajaran1.3 Rancangan pelajaran - tahunan, mingguan dan harian

INTERAKSI 1

Topik 22.1 Perbezaan antara objektif dan hasil pembelajaran  2.2 Objektif dan hasil pembelajaran dalam kurikulum sains sekolah rendah2.3 Ciri-ciri hasil pembelajaran yang baik

Topik 33.1 Penulisan Hasil Pembelajaran3.2 Domain Kognitif3.3 Domain Psikomotor3.4 Domain Afektif

Perbincangan meliputi topik 1 - 3

Page 2: Interaksi 1

IPG

KA

MP

US

S

ULTA

N M

IZA

N

2

“Maksud”Satu rancangan pengajaran yang mengandungi keputusan awal awal tentang apa, bagaimana. langkah dan peruntukan masa yang diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia bertujuan mengatur aktiviti pelajar dan guru yang merangkumi adunan arahan, sumber, pendekatan, kaedah dan teknik dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran.

Rancangan pelajaran perlu untuk kedua-dua guru permulaan atau guru yang berpengalaman. Walau pun persediaan yang baik bukanlah semestinya membuatkan pengajaran berjaya tetapi jika tidak bersedia langsung menyebabkan pengajaran terganggu tanpa objektif yang jelas, tidak bermakna dan tiada pemindahan pembelajaran berlaku. Oleh itu struktur rancangan pelajaran yang jelas adalah penting

RANCANGAN PELAJARAN

Page 3: Interaksi 1

IPG

KA

MP

US

S

ULTA

N M

IZA

N

3

“Tujuan menyediakan Rancangan Pelajaran”Diantara tujuan menyediakan rancangan pelajaran adalah untuk guru dan pelajar:

1.Mengenal pasti skop dan urutan proses pengajaran berdasarkan kurikulum.2.Persediaan pengajaran mengambil kira perbezaan pelajar.3.Memilih strategi pengajaran yang sesuai menyebabkan pelajar sibuk dengan aktiviti pembelajaran yang disediakan bagi memastikan pemindahan pembelajaran yang bermakna berlaku dan tiada masalah kawalan kelas.4.Memastikan penerusan pengajaran dan pembelajaran terus berlaku walau dengan guru ganti yang berlainan.5.Menolong guru menilai pengajaran mereka berdasarkan pencapaian pelajar.

RANCANGAN PELAJARAN

Page 4: Interaksi 1

IPG

KA

MP

US

S

ULTA

N M

IZA

N

4

“Organisasi Rancangan Pelajaran”

“petikan Surat Pekeliling Ikhtisas BIL. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3) yang menjadi satu arahan yang mesti bagi setiap orang guru di Malaysia untuk merancang dan menyediakan rancangan pengajaran bagi setiap mata pelajaran yang diajar. Para 3 menyatakan:

“…3. Dengan Surat Pekeliling lkhtisas ini, berkuatkuasakan pada tarikh ia dikeluarkan, Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja, iaitu (i) Rancangan Pelajaran Tahunan, dan (ii) Rancangan Pelajaran Harian. Pengetua, Guru Besar atau wakilnya hendaklah memastikan kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip-prinsip perancangan yang mutakhir”

RANCANGAN PELAJARAN

Page 5: Interaksi 1

IPG

KA

MP

US

S

ULTA

N M

IZA

N

5

“Organisasi Rancangan Pelajaran”

“(i) RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNANRancangan Pengajaran Tahuan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

(ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIANRancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.

RANCANGAN PELAJARAN

Page 6: Interaksi 1

IPG

KA

MP

US

S

ULTA

N M

IZA

N

6

“Organisasi Rancangan Pelajaran”4. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. la haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.

Petikan daripada SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999:

Penyediaan Rekod Pengajaran dan PembelajaranKP (BS) 8591/Jilid XV/ (3)

9 Mac 1999”

RANCANGAN PELAJARAN

Page 7: Interaksi 1

IPG

KA

MP

US

S

ULTA

N M

IZA

N

7

“Aspek Yang Perlu di Pertimbangkan Dalam Rancangan Pelajaran”

Penyediaan rancangan pengajaran memerlukan ketelitian dan kreativiti guru. Proses ini boleh dilakukan secara berkumpulan di dalam panitia mata pelajaran masing-masing. Model perancangan yang sesuai seperti plan, do, check and act boleh digunakan sebagai garis panduan penyediaan rancangan pengajaran.

RANCANGAN PELAJARAN

Page 8: Interaksi 1

IPG

KA

MP

US

S

ULTA

N M

IZA

N

8

“Aspek Yang Perlu di Pertimbangkan Dalam Rancangan Pelajaran”

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)Rancangan Pengajaran Tahunan adalah berdasarkan takwim minggu persekolahan. Rancangan Pengajaran Tahunan ini perlu disediakan pada awal tahun atau awal semester sebelum sesi persekolahan bermula dimana ia berfungsi sebagai panduan bagi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan ini perlu dibuat untuk tempoh satu tahun bagi setiap mata pelajaran yang diajar oleh setiap guru.

Rancangan Pengajaran Tahunan merangkumi skop berikut :

·         Kemahiran bagi setahun.·         Senarai kemahiran-kemahiran.·         Skop pelajaran yang perlu , untuk menguasai kemahiran-kemahiran tersebut.·         Rujukan sukatan pelajaran.

Rancangan Pengajaran Tahunan adalah sebagai satu panduan yang menyeluruh kepada semua guru dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Disamping itu RPT dapat mencegah daripada berlakunya pemesongan topik dalam sesuatu pengajaran demi mencapai matlamat mata pelajaran tertentu. Penyediaan RPT juga bertujuan untuk memastikan susunan topik-topik dalam sesuatu mata pelajaran teratur mengikut perkembangan dan kebolehan murid. Penyediaan RPT memudahkan guru pengganti menggambil alih tugas guru yang sebelumnya untuk meneruskan pengajaran. Selain itu RPT juga menjadi panduan kepada guru untuk menyelaras dan menyediakan soalan ujian bulanan dan peperiksaan. Guru dapat menyemak topik yang telah diajar dan topik yang akan diajar dengan lebih mudah sekiranya RPT disediakan dengan jelas dan lengkap.

RANCANGAN PELAJARAN

Page 9: Interaksi 1

IPG

KA

MP

US

S

ULTA

N M

IZA

N

9

“Aspek Yang Perlu di Pertimbangkan Dalam Rancangan Pelajaran”

Rancangan Pengajaran Tahunan merangkumi skop berikut :· Kemahiran bagi setahun.· Senarai kemahiran-kemahiran.· Skop pelajaran yang perlu , untuk menguasai kemahiran- kemahiran tersebut.· Rujukan sukatan pelajaran.

Rancangan Pengajaran Tahunan adalah sebagai satu panduan yang menyeluruh kepada semua guru dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Disamping itu RPT dapat mencegah daripada berlakunya pemesongan topik dalam sesuatu pengajaran demi mencapai matlamat mata pelajaran tertentu.

Penyediaan RPT juga bertujuan untuk memastikan susunan topik-topik dalam sesuatu mata pelajaran teratur mengikut perkembangan dan kebolehan murid. Penyediaan RPT memudahkan guru pengganti menggambil alih tugas guru yang sebelumnya untuk meneruskan pengajaran. Selain itu RPT juga menjadi panduan kepada guru untuk menyelaras dan menyediakan soalan ujian bulanan dan peperiksaan. Guru dapat menyemak topik yang telah diajar dan topik yang akan diajar dengan lebih mudah sekiranya RPT disediakan dengan jelas dan lengkap.

RANCANGAN PELAJARAN

Page 10: Interaksi 1

IPG

KA

MP

US

S

ULTA

N M

IZA

N

10

“Aspek Yang Perlu di Pertimbangkan Dalam Rancangan Pelajaran”

Penyediaan RPT juga bertujuan untuk memastikan susunan topik-topik dalam sesuatu mata pelajaran teratur mengikut perkembangan dan kebolehan murid. Penyediaan RPT memudahkan guru pengganti menggambil alih tugas guru yang sebelumnya untuk meneruskan pengajaran. Selain itu RPT juga menjadi panduan kepada guru untuk menyelaras dan menyediakan soalan ujian bulanan dan peperiksaan. Guru dapat menyemak topik yang telah diajar dan topik yang akan diajar dengan lebih mudah sekiranya RPT disediakan dengan jelas dan lengkap.

RANCANGAN PELAJARAN

Page 11: Interaksi 1

IPG

KA

MP

US

S

ULTA

N M

IZA

N

11

“Aspek Yang Perlu”

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu

rekod khas yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan kepada para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai objektif pengajaran.

Dokumen ini sangat penting dan berguna supaya guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada para murid dengan teratur. Selain itu RPH adalah bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di blik darjah.

RANCANGAN PELAJARAN

Page 12: Interaksi 1

IPG

KA

MP

US

S

ULTA

N M

IZA

N

12

“Aspek Yang Perlu di Pertimbangkan”Rancangan Pengajaran Harian yang dibina perlu

merujuk kepada Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Maklumat yang perlu dicatatkan dalam RPH adalah hari dan tarikh, masa, kelas, bilangan pelajar, mata pelajaran, tajuk, objektif, hasil pembelajaran, kemahiran sedia ada, kemahiran yang ingin dicapai, nilai murni, sumber pengajaran dan pembelajaran, Langkah-langkah dan aktiviti yang dijalankan serta impak atau refleksi. Guru boleh merujuk kepada SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999 bagi tujuan penyediaan RPH untuk memenuhi keperluan pekeliling tersebut.

Terdapat perbezaan format RPH yang perlu disediakan oleh Guru Pelatih dengan guru terlatih. Guru pelatih menggunakan format RPH yang lebih mendalam. Setiap institusi latihan perguruan mempunyai format yang tertentu bagi penyediaan RPH oleh guru pelatih masing-masing.

RANCANGAN PELAJARAN

Page 13: Interaksi 1

IPG

KA

MP

US

S

ULTA

N M

IZA

N

13

Kepentingan RPH

Penyediaan RPH dalam kalangan guru dapat mengelakkan penyelewengan atau terkeluar daripada topik atau sub topik semasa pengajaran dilakukan. Oleh kerana pengalaman dan penguasaan isi kandungan guru adalah berbeza antara satu sama lain maka dengan adanya RPH, persamaan daripada segi maklumat yang disampaikan akan dapat dilakukan. Guru dapat menggunakan kreativiti masing-masing semasa merancang aktiviti pembelajaran yang akan dilaksanakan. Siri aktiviti yang dirancang ini akan membolehkan perubahan tingkah laku dan penguasaan isi kandungan mata pelajaran yang disampaikan. Objektif atau hasil pembelajaran yang telah dirancang dalam RPH menjadikan pengajaran dan pembelajaran sentiasa tertumpu dan guru dapat melaksanakan penyampaian maklumat dan isi kandungan dengan lebih tersusun dan berfokus.

RANCANGAN PELAJARAN

Page 14: Interaksi 1

IPG

KA

MP

US

S

ULTA

N M

IZA

N

14

Pengurusan masa menjadi faktor yang penting dalam aktiviti pengajaran sebab jadual waktu pengajaran bagi setiap mata pelajaran adalah begitu terhad dan ketat. Oleh itu RPH akan membantu guru menguruskan masa dengan lebih cekap. Aktiviti pengajaran yang telah disusun dalam RPH membantu guru menyampaikan isi kandunag pelajaran dengan mudah. Penyusunan sub topik daripada mudah ke sukar membolehkan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan dengan mudah dan jelas.Penggunaan teknologi pendidikan juga dapat dimanfaat dengan optimum apabila perancangan dilakukan dengan baik. Guru boleh memikirkan apakah teknologi yang akan diintegrasikan dalam pengajaran semasa mereka menyediakan RPH. Guru boleh memeriksa sama ada media yang sesuai dapat diintegrasikan dalam pengajaran terdapat di Pusat Sumber Sekolah (PSS).

RANCANGAN PELAJARAN

Page 15: Interaksi 1

IPG

KA

MP

US

S

ULTA

N M

IZA

N

15

Pengurusan masa menjadi faktor yang penting dalam aktiviti pengajaran sebab jadual waktu pengajaran bagi setiap mata pelajaran adalah begitu terhad dan ketat. Oleh itu RPH akan membantu guru menguruskan masa dengan lebih cekap. Aktiviti pengajaran yang telah disusun dalam RPH membantu guru menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan mudah. Penyusunan sub topik daripada mudah ke sukar membolehkan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan dengan mudah dan jelas.Penggunaan teknologi pendidikan juga dapat dimanfaat dengan optimum apabila perancangan dilakukan dengan baik. Guru boleh memikirkan apakah teknologi yang akan diintegrasikan dalam pengajaran semasa mereka menyediakan RPH. Guru boleh memeriksa sama ada media yang sesuai dapat diintegrasikan dalam pengajaran terdapat di Pusat Sumber Sekolah (PSS).

OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN