interaksi 2

31
TEORI PEMEROLEHAN TEORI PEMEROLEHAN BAHASA BAHASA BEHAVIOURISME KOGNITIF/MENTALIS SOSIALIS kONSTRUKTIVISME ROZITA BUYOH

Upload: pei-yiing

Post on 18-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pengurusan bilik darjah

TRANSCRIPT

  • TEORI PEMEROLEHAN BAHASABEHAVIOURISMEKOGNITIF/MENTALISSOSIALISkONSTRUKTIVISME

    ROZITA BUYOH

  • ALIRAN BEHAVIOURISMEDiasaskan oleh Ivan Parlov( gunakan anjing sebagai subjek penyelidikan), dan Leonard Bloomfield.Dikembangkan oleh Watson, Skinner dan ThorndikePembelajaran telah berlaku melalui perubahan tingkah laku manusia.Pemerolehan sesuatu perlakuan terjadi melalui ulangan dan latih tubi.Semua bentuk pembelajaran tidak ada kaitan dengan keupayaan mental.Tingkah laku manusia adalah ditentukan oleh persekitaran dan pengalaman lampau mereka

  • Dalam proses pembelajaran, aliran ini menekankan kepentingan rangsangan dan tindak balas.Penekanan kepada latihan yang berulang perlu diberikan perhatian.Dalam P & P bahasa, aliran ini satu latihan.Bahasa merupakan sesuatu yang hidup dan berubah, perlu dipelajari dalam suasana lisan.Latihan adalah perlu untuk membentuk kebiasaan dalam berbahasaPenggunaan bahan sokongan adalah penting untuk mendapatkan gerak balas yang sempurna

  • PEMBELAJARAN ADALAH SATU TABIATPembelajaran adalah untuk membentuk kebiasaan.Ia memerlukan latihan dan ulangan yang kerap.Perlu dijalankan secara intensif.Bilangan pelajar tidak terlalu besar.Guru harus merancang P & P dengan rapiPembelajaran harus bermula daripada yang mudah kepada yang kompleks.Kesilapan yang berlaku hendaklah dibetulkan diperingkat awal agar tidak kekal sebagai kebiasaan yang negatif

  • PENGUKUHAN ADALAH SATU SYARAT PENTING DALAM PEMBELAJARANPengukuhan penting untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki.Gerak balas yang betul perlu diteguhkan dengan memberikan pengukuhan yang memberansangkan.Pengukuhan yang positif yang boleh dilakukan ialah pujian, pameran hasil kerja, pengiktirafan, dorongan dsb.

  • LATIHAN PEMBELAJARAN ADALAH LATIHAN YANG DIKUKUHKANUlangan sesuatu gerak balas dengan sesuatu rangsanganIa dilakukan untuk membiasakan diri pelajar dengan sesuatu tabiat yang telah terbina supaya ia kekal.Guru perlu bijak mengurus dan menyebarkan latihan dengan sempurna agar menghasilkan keberkesanan dan minat terhadap pembelajaran akan dapat dikekalkan sepanjang masa.

  • MENGUTAMAKAN MODEL-MODEL TERBAIKKanak-kanak mempelajari sesuatu berdasarkan apa yang telah dipelajari secara berkesan.Mereka akan meniru secara berulang apa yang dilihat dan didengar daripada orang yang berada di sekeliling mereka.Model yang baik akan menghasilkan pembelajaran yang baik dan begitulah sebaliknya

  • MEWUJUDKAN OPERASI RANGSANGAN DAN TINDAK BALASBertujuan untuk menghasilkan satu pembentukan tingkah laku yang baru yang berkesan.Ia bertindak sebagai daya penggerak serta meningkatkan minat dan motivasi pelajar.Ia boleh dilakukan dengan mempelbagai pola interaksi guru dan muridMempelbagaikan bahan sumber p & pMempelbagaikan pendekatan, kaedah dan teknik

  • ALIRAN MENTALISTeori dipelopori oleh Noam ChoamskyAhli-ahli psikologi yang sealiran dengan fahaman ini ialah Jean Piaget, Robert Glazer, John Anderson, David Ausaubel, Bruner, Gagne, dan lain-lain.Fahaman ini menekankan kepentingan keupayaan berfikir secara memproses dan menilai data tindakan dapat dilakukan.Menurut mereka lagi, manusia adalah haiwan, tapi bersifat lebih rasional dan aktif dalam menyelesaikan masalah.Sistem pengolahan informasi dapat dikawal dengan baik oleh fikiran dan pengetahuan yang sentiasa dalam berada dalam keadaan sedar.

  • Dalam pdp bahasa, fahaman ini berpendapat kanak-kanak sejak dilahirkan lagi mempunyai satu alat di dalam otak yang memudahkan mereka memahami bahasa yang didengar dengan mudah.Alat ini disebut alat pemerolehan/penguasaan bahasa (Language Acquisition Device @ LAD)Pembelajaran bahasa mementingkan kesedaran pola-pola sintaksis dan bukan satu pembentukan kebiasaan yang mementingkan latihan dan ulangan semata-mata.

  • CIRI ASAS LAD (Choamsky)Kemampuan untuk membezakan bunyi ucapan dari bunyi di persekitaran yang lain.Kemampuan untuk menyenaraikan linguistik kepada beberapa kategori.Kemampuan untuk membuat penilaian yang berterusan dalam membina sistem linguistik untuk mencipta satu sistem yang lebih mudah berdasarkan data linguistik yang ditemui.

  • Penguasaan bahasa kanak-kanak (Jean Piaget)2 4 tahun kanak-kanak suka bermain sambil bercakap seorang diri.Pada peringkat ini kanak-kanak belum boleh memahami perasaan, keperluan dan kehendak orang lain.5 7 tahun kanak mula menggunakan bahasa untuk berinteraksi dengan orang lain.Kebolehan berbahasa akan meningkatkan kebolehan untuk berfikir, menyoal, dan menambah perbendaharaan kata.

  • PERKEMBANGAN KOGNITIF BERLAKU SECARA BERPERINGKAT-PERINGKATPeringkat awal adalah penting dan merupakan asas kepada perkembangan kognitif yang selanjutnya.Dalam proses pembelajaran, guru harus menyedari bahawa perkembangan diri kanak-kanak adalah tidak serupa.Setiap pelajar harus dilayan mengikut keperluan psikologi mereka yang melibatkan aktiviti, pemilihan bahan, strategi pengajaran dan sebagainya.Mengajar seseorang pelajar sesuatu yang belum sampai masanya akan memakan masa yang panjang daripada mengajar mereka tentang sesuatu yang bersesuaian dengan kemampuannya.

  • Pembelajaran harus berasaskan minat, umur, kecenderungan, keupayaan mental, emosi dan sosial pelajar.Isi kandungan perlu disusun secara berperingkat-peringkat.Prinsip yang mudah kepada yang kompleks.

  • PEMBELAJARAN IALAH PROSES CUBA JAYADalam menyelesaikan masalah kita akan memikirkan sesuatu yang terbaik untuk menyelesaikannya.Tiada masalah yang dapat diselesaikan tanpa percubaan-percubaan mengatasinya terlebih dahulu.Dalam proses pdp, pelajar akan berpeluang menggunakan idea sendiri untuk mengatasi sesuatu masalah.Dalam menyelesaikan masalah itu, celik akal akan terhasil dan pengalaman-pengalaman itu merupakan pembelajaran bagi mereka

  • PEMBELAJARAN MERUPAKAN SATU PROSES MENTALPelajar akan berfikir untuk menyelesaikan masalahMereka harus disogok dengan pengalaman tertentu untuk menghasilkan gerak balas yang tertentu.Mereka harus diberi peluang berfikir dan menganalisis sesuatu data sebelum bertindak.Ini akan memberi kesan kepada kebolehan intelektual, ingatan, membina persepsi dan proses-proses lain yang terlibat dengan aktiviti mental.

  • PEMBELAJARAN IALAH SATU PENYIASATANDalam proses p & p pelajar akan meneliti, memerhati, menganalisis, membuat perbandingan, dan sebagainya.Guru boleh menggunakan teknik inkuiri penemuan, menyelesaikan masalah, dan sebagainya.Pelajar boleh mengadakan sesi perbincangan dan membentangkan laporanSituasi ini memberi mereka ruang dan peluang untuk bertukar-tukar fikiran dan menilai kerja yang telah dihasilkan

  • PEMBELAJARAN MEMENTINGKAN PENGALAMAN DAN KESEDIAAN BELAJARIni akan memudahkan guru merancang dari segi penyediaan bahan dan memilih strategi pengajaran yang sesuai.Pelajar berpeluang mengikuti pembelajaran yang lebih bermakna yang telah disediakan mengikut tahap kemampuan intelektual dan pengalaman mereka

  • Teori InteraksionalismeTeori turut dikenali sbg Teori Halliday. Kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya dpt mempelajari mggambarkan makna dlm bentuk linguistik yang jelas & tepat .Perkembangan bhs melibatkan proses kognitif & proses interaksi bahasa.

  • Dalam konteks pengajaran,aliran ini berpendapat sekolah ialah satu kumpulan sosial dan pelajar harus mengembangkan kapasiti sosial mereka semaksima mungkin.Dalam proses pembelajaran, pelajar harus dapat belajar dalam situasi dan konteks sosial yang sebenar, yang memberi peluang mereka berinteraksi, kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, bertanggungjawab dan penuh keyakinan diri.Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan mereka bebas untuk membuat pilihan. Pengaruh persekitaran tidak berupaya untuk mempengaruhi mereka.Manusia saling memerlukan pengaruh antara satu dengan lain

  • PEMBELAJARAN ADALAH SATU PROSES INTERAKTIFPembelajaran yang berkesan harus dapat memperkembangkan kapasiti sosial pelajar ke peringkat yang paling maksimum.Pengajaran bukan sahaja tertumpu pada penyampaian maklumat, tapi mampu menggunakan bahasa dengan baik (kesantunan berbahasa) untuk menjadikan proses interaksi menjadi lebih berkesan dan pelajar dapat menyalurkan pendapat mereka secara lebih mudah

  • INTERAKSI IALAH SATU KEMAHIRAN SOSIALPembelajaran bertujuan mendidik pelajar mencapai kematangan dari segi hidup bermasyarakat dan mampu menguasai diri serta persekitaran.Manusia harus boleh mengawal diri menghadapi persekitaran.Dalam proses p & p pelajar harus mempelajari situasi sebenar, menggunakan persepsi dan kognisi mereka untuk menerima dan menghadkan aktiviti tertentu, boleh membuat pilihan yang tepat serta mampu meramal masa depan mereka tanpa dibendung oleh pengalaman-pengalaman yang lampau

  • PEMBELAJARAN IALAH PEMERHATIAN DAN PENIRUANMenurut prinsip aliran ini, kita sentiasa mencari dan memikirkan cara-cara yang termudah dan ringkas untuk mendapatkan pengetahuan dan maklumat yang akan dipelajari.Dalam pembelajaran, peniruan tidak dianggap sebagai satu kelemahan tapi ia boleh dilakukan untuk tujuan pembelajaran yang berkesan.Apa yang penting, model atau contoh-contoh yang menjadi tumpuan pembelajaran haruslah terdiri daripada model-model yang mampu mempamerkan idea baru dan daya kreativiti pelajar.

  • TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISMEDiasaskan oleh Lev Semenovich Vygotsky.Memberi penekanan khusus kepada perbezaan individu.Mengaitkan pengaruh budaya dengaqn proses p & p.Pengalaman pelajar menjadi perkara pokok dalam pembelajaranCara berfikir kanak-kanak dipengaruhi oleh unsur alam seperti sikap, kemahiran,idea dan sebagainya.Pelajar harus mengeksploitasi unsur alam tersebut demi pembelajaran mereka.Kanak-kanak mempunyai pandangan yang berbeza dengan orang dewasa mengenai unsur

  • Guru boleh membantu pelajar mengurangkan jurang perbezaan antara pandangan pelajar dengan orang dewasa.Guru akan bertindak sebagai pemudah cara. Antara konsep yang penting dalam teorinya ialah:Zon perkembangan proksimal (kuasa)Perancah (rangka)Perantaraan semiotik (kajian ttg tanda & lambang)Peraturan batin

  • ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL.Ia merujuk kepada kawasan yang mana kemahiran masih belum dikuasai sepenuhnya oleh pelajar.Kanak-kanak memerlukan orang dewasa bagi membantunya menguasai kemahiran tersebut.Zon perkembangan proksimal boleh dikategorikan kepada:Berada dibawah zon perkembangan proksimal.Berada di dalam zon perkembangan proksimal.Berada di atas zon perkembangan proksimal

  • Konsep di bawah zon perkembangan proksimal bermaksud kanak-kanak boleh mempelajari sesuatu tanpa bantuan orang lain.Individu yang berada dalam zon perkembangan proksimal mempelajari sesuatu kemahiran dengan bantuan orang lain.Individu yang berada di atas zon perkembangan proksimal dikatakan tidak berjaya langsung menguasai sesuatu kemahiran yang sepatutnya mereka kuasai

  • PERANCAHBantuan yang diberikan kepada pelajar-pelajar bagi membolehkan mereka menggunakan keupayaan mereka.Dengan bantuan yang diberikan akan memudahkan mereka menyiapkan tugasan pembelajaran yang dikehendaki.Dengan bantuan yang diberikan meeka boleh berada dalam zon perkembangan proksimal.Guru boleh bertindak sebagai pemberi tindak balas kepada keperluan pelajar.Tujuannya ialah pelajar dapat menyesuaikan tugasan dengan kemahiran yang sedia ada.Guru boleh boleh memberikan bantuan sehingga pelajar bersediakan tugasan dengan sempurna tanpa bantuan orang lain

  • PERANTARAAN SEMIOTIKMenurut Vygotsky, terdapat perbezaan tingkah laku budaya peringkat rendah dan peringkat tinggi.Tingkah laku budaya peringkat rendah tidak membezakan manusia dengan binatang dari segi persepsi asas, perhatian, dan ingatanTingkah laku budaya peringkat tinggi dapat membezakan manusia dengan haiwan. Manusia dapat mendemonstrasikan ingatan, perhatian berpilih dan membuat keputusan.

  • Semiotik bertindak sebagai perantara kepada tingkah laku budaya peringkat tinggi, manakala bahasa bertindak sebagai penyampai maksud semiotik tersebutBahasa merupakan medium komunikasi pelajar dan alam sekitar khasnya guru-guru dan rakan sebaya.Penguasaan sesuatu bahasa membolehkan penyaluran ilmu pengetahuan akan berlaku dengan lebih cepat

  • PERTUTURAN BATINKanak-kanak dikelompokkan sebagai pengamal budaya peringkat rendah.Proses perkembangan yang pesat akan menyebabkan kanak-kanak berhijrah ke kelompok peringkat tinggi.Pada peringkat ini peranan bahasa lebih terserlah dan ia tidak lagi berfungsi sebagai komunikasi luaran tapi menjadi sebahagian besar daripada komunikasi dalaman.Selain menggunakan komunikasi luaran untuk menyelesaikan masalah harian, kanak-kanak juga boleh menggunakan komunikasi dalaman untuk tujuan itu.