internet maksud integriti dan perlaksanaannya
TRANSCRIPT
Maksud Integriti Dan Perlaksanaannya
Ismail N
Perkataan ‘integriti’ menjadi salah satu istilah yang paling kerap digunakan sebaik
sahaja pengumuman oleh kerajaan bahawa beberapakertas soalan UPSR 2014 didapati
telah bocor dan calon-calon diarahkan mengambil semula kertas-kertas tersebut.
Peristiwa yang amat mendukacitakan dan memalukan ini memberi impak yang amat
berbeza kepada anak-anak kita yang masih di sekolah rendah ini.
Pada tahap umur ini, mereka seharusnya belajar tentang “usaha”
dan “kesungguhan” akan membuahkan hasil yang membanggakan,
namun kini mereka awal-awal lagi dikejutkan dengan realiti sebenar
dunia yang penuh dengan tipu-helah dan penipuan.
Gambar kredit: eng.mynewshub.cc
Ini secara tidak langsung mendedahkan mereka kepada maksud integritidan para
pendidik kini harus berusaha mengembalikan keyakinan anak-anak ini bahawa integriti
wujud dalam masyarakat dan setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan
juga.
Maksud Integriti
Menurut Kamus Dewan (Edisi Ke-4) Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP), integriti
diberi maksud:
(intégriti) 1. kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan; 2.
keadaan sempurna dan utuh, keutuhan; berintegriti mempunyai
integriti (kejujuran, ketulusan dsb): pengarah yg ~ pasti akan
mempertahankan nama baik mereka drpd sebarang bentuk
penyelewengan.
Wikipedia pula menyatakan bahawa perkataan ini berasal dari istilah bahasa Inggeris
yang membawa maksud:
“keutuhan dari semua segi yang baik”.
Maksud integriti dalam bahasa Inggeris, sebagaimana yang dinyatakan
dalam Dictionary.Com pula adalah:
1. adherence to moral and ethical principles; soundness of moral character; honesty.
2. the state of being whole, entire, or undiminished: to preserve the integrity of the
empire.
3. a sound, unimpaired, or perfect condition: the integrity of a ship’s hull.
Walau apa pun pengertiannya, apa yang pasti, maksud integriti merujuk kepada sifat-
sifat yang baik dan positif. Sifat-sifat baik ini merangkumi sifat-sifat seperti:
Amanah
Bertanggungjawab
Telus
Ikhlas
Berdedikasi
Keterbukaan.
Mereka yang mengamalkan sifat-sifat ini bolehlah disifatkan sebagai
insan yang BERINTEGRITI dan wajar dihormati.
Ketiadaan sifat-sifat yang baik ini dalam individu dan masyarakat boleh menyebabkan
wujudnya jenayah dan tingkah laku moral yang salah umpamanya:
rasuah
pecah amanah
mencuri
menindas
menipu
dan sebagainya
Gambar kredit: www.suaragenerasibaru.com
Oleh itu, tidak salah jika kita katakan juga kebocoran dalam kertas soalan UPSR ini ada
kaitan dengan kurangnya INTEGRITI di kalangan masyarakat kita amnya dan dikalangan
penjawat awam khasnya.
SPRM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Pecah Amanah Dan Rasuah
Amnya apabila kita membicarakan tentang soal integriti, kita akan lebih tertumpu pada
kes-kes pecah amanah dan rasuah.
Harus diingat bahawa skop integriti adalah lebih luas. Amalan budaya kerja juga
menuntut integriti. Integriti dalam ketepatan waktu, integriti dalam menyampaikan
maklumat, integriti dalam memberi perkhidmatan terbaik, integriti dalam berhubung
dengan ketua jabatan, rakan sekerja dan juga kakitangan sokongan.
Namun kayu pengukur kejayaan penerapan budaya berintegrasi ini boleh dilihat dengan
berkurangnya kes-kes rasuah dan pecah amanah.
Atas sebab itulah kerajaan telah mewujudkan badan khas bagi memerangi masaalah ini
dan badan tersebut adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kewujudan SPRM adalah selaras dengan hasrat masyarakat yang mahukan entiti
pencegahan rasuah yang lebih bebas, telus dan profesional.
SPRM ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
2009 (Akta 694) dan semenjak ditubuhkan telah berjaya membuat pelbagai siasatan
dan tangkapan bagi membendung gejala rasuah dan pecah amanah.
Untuk tahun 2014 (setakat 11 September 2014) sahaja sebanyak 277 tangkapan dibuat
oleh SPRM. Kebanyakkan hasil tangkapan akan berakhir dengan tertuduh didakwa di
mahkamah dibawah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) atau akta-
akta lain yang berkaitan.
Untuk memastikan SPRM berfungsi dengan berkesan, diwujudkan satu makanisme yang
dipanggil sebagai ‘check and balance‘. Terdapat 5 entiti yang ditubuhkan dengan fungsi
untuk memantau, menasihati serta memastikan fungsi dan tanggungjawab Suruhanjaya
ini dilaksanakan dengan cekap, berkesan, bebas dan telus.
Lima entiti tersebut adalah:
1. Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR)
2. Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR)
3. Jawatankuasa Aduan (JA)
4. Panel Penilaian Operasi (PPO)
5. Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR)
Keanggotaan bagi kelima-lima entiti bebas ini dipilih dari kalangan individu berintegriti
yang cemerlang dalam perkhidmatan dan profesion masing-masing.
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan adalah sebuah Badan Berkanun
Persekutuan yang ditubuhkan melalui Akta Parlimen: Akta Suruhanjaya Integriti Agensi
Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] yang diwartakan pada 3 September 2009. Akta 700
kemudian dikuatkuasakan pada 1 April 2011.
Fungsi utama Suruhanjaya ini adalah:
menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap pegawai
penguatkuasa atau agensi penguatkuasaan secara amnya; dan
menyiasat serta mengadakan pendengaran berhubung dengan aduan yang
diterima.
Bidangkuasa suruhanjaya ini harus dibezakan dengan SPRM.
Sisatan SPRM adalah tertumpu pada kes-kes RASUAH dan PECAH AMANAH!
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan pula menyiasat pengawai/agensi
penguatkuasaan yang tidak menjalankan tugas dengan betul (bermakna ia boleh
juga menyiasat pegawai SPRM yang gagal menjalankan tugas mereka).
Menurut seksyen 24(1) Akta 700, SALAH LAKU pegawai penguat kuasa dan agensi
penguatkuasaan bermaksud:
Contoh salah laku yang diadukan kepada Suruhanjaya:
Aduan pengadu tidak diambil dengan betul di mana pegawai yang menerima aduan
pengadu gagal mencatatkan butiran yang diberikan oleh pengadu.
Siasatan yang mengambil masa yang terlalu lama dan pengadu tidak dimaklumkan
mengenai status siasatan walaupun berkali-kali menghubungi Pegawai Penyiasat.
Pegawai penyiasat melengah-lengahkan siasatan.
Dan sebagainya.
Perlaksanaan Integriti Dalam Agensi/Jabatan Kerajaan
Harus diingatkan bahawa bagi membudayakan dan menerapkan integriti dalam
masyarakat, tumpuan tidak harus diberikan pada SPRM, SIAP dan PENGUATKUASAAN
UNDANG-UNDANG sahaja.
Malah, penulis berpendapat penguatkuasaan seharusnya adalah JALAN TERAKHIR dalam
membasmi masaalah ini. Ingat:
PREVENTION IS BETTER THAN CURE!
Oleh itu usaha-usaha PRA-penguatkuasaan perlu dilaksanakan dan pergiatkan bagi
memastikan gejala seperti rasuah, tidak amanah dan tidak berintegriti dapat
dibendung. Dengan itu, jentera pentadbiran negara akan menjadi lebih effisien dan
rakyat akan menikmati faedah darinya.
Antara perkara-perkara yang boleh dilaksanakan dan telah pun dilaksanakan oleh
kerajaan termasuklah:-
Membuat perancangan, polisi dan kajian mengenai masalah ini
Mendidik (educate) penjawat awam agar menjadi lebih berdisiplin dan berintegriti
Memantau (monitoring) penjawat awam menerusi agensi-agensi pemantauan dan
penubuhan unit-unit integriti
Menerima aduan dan membuat sisatan dalaman
Mengambil tindakan segera dan melaporkan kesalahan pada agensi
penguatkuasaan
Membuat perancangan, polisi dan kajian mengenai masaalah iniSebelum sesuatu tindakan hendak diambil, pelan tindakan hendaklah dibuat dahulu.
Perancangan dan kajian awal perlu dibuat agar apabila diimplimentasikan, ia berjalan
secara teratur dan berkesan.
Kerajaaan menerusi SPRM dan Institut Integriti Malaysia telah dari semasa ke
semasa cuba memperbaiki budaya kerja, etika dan integriti pejawat awam.
Hasil kajian diedarkan untuk digunapakai di agensi-agensi dan
jabatan-jabatan kerajaan dan penambaik dibuat dari semasa ke
semasa.
Selain dari itu, jabatan-jabatan dan agensi kerajaan juga melakukan perancangan dan
kajian di peringkat agensi/jabatan secara dalaman (internal) agar polisi atau pelan
tindakan boleh disesuaikan dengan tempat kerja masing-masing.
Mendidik (educate) penjawat awam agar menjadi lebih berdisiplin dan berintegritiProses mendidik bukanlah suatu yang amat mudah. Lebih-lebih lagi terdapat ramai
penjawat awam yang telah lama atau senior yang sukar untuk dilenturkan lagi. Namun,
usaha-usaha ini perlu dilaksanakan dengan mengambil pendekatan terbaik dan sesuai
dengan setiap agensi atau jabatan kerajaan terbabit. Antara cara-cara yang boleh
dilaksanakan termasuklah:-
mengadakan kursus dan seminar
memberikan “reward” atau ganjaran bagi kakitangan yang mengamalkan integriti
dan budaya kerja yang baik
meletakkan poster-poster yang memberi peringatan tentang isu ini di pejabat
memanggil dan memberi kaunseling kepada pegawai-pegawai atau kakitangan
yang bermasaalah
Memantau (monitoring) penjawat awam menerusi agensi-agensi pemantauan dan penubuhan unit-unit integritiUntuk memantau penjawat awam secara berkualiti dan lebih effisen, pemantauan
sebaiknya dibuat di peringkat dalaman (internal). Oleh itu perlu wujud satu unit yang
bebas dalam sesuatu jabatan/agensi kerajaan bagi menjalankan fungsi ini. Ia bertindak
antara lain untuk memastikan:-
implementasikan budaya kerja yang baik dan “good governance” di tempat kerja
menyemai dan menerapkan konsep integriti dalam organisasi
memantau dan mengenal pasti jika ada perlanggaran moral, etika mahupun
budaya kerja yang tidak baik dalam jabatan/agensi
menerima aduan dan menyiasat aduan
memastikan pematuhan undang-undang dan peraturan
mengambil tempat sebagai sekretariat dalam Lembaga Disiplin
Di bawah satu sekular yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri pada tahun 2009, semua
agensi dan jabatan kerajaan hendaklah menubuhkan unit integriti masing-masing. Ia
diketuai oleh seorang Pegawai Integriti Bertauliah yang dilatih oleh SPRM dan bebas
dari pengaruh mana-mana unit lain dalam agensi/jabatan.
Menerima aduan dan membuat sisatan dalamanTugas ini akan dilakukan oleh unit integriti. Orang awam diberi akses dan kemudahan
untuk berhubung dan membuat laporan dan identiti akan dirahsiakan.
Mengambil tindakan segera dan melaporkan kesalahan pada agensi penguatkuasaanMana-mana kesalahan yang serius dan jatuh pada agensi penguatkuasaan yang
berkaitan hendaklah dilaporkan dan diambil tindakan sewajarnya. Sebarang kesalahan
atau perlanggaran undang-undang/peraturan tidak boleh disembunyikan demi menjaga
imej dan KPI agensi/jabatan. Oleh itu, unit integriti akan memainkan peranan penting
agar hal sebegini dapat ditangani dan masaalah ini dapat diselesaikan dengan baik.
Kesimpulan
Penulis menyambut baik cita-cita dan hasrat kerajaan bagi menerapkan nilai-nilai murni
di tempat kerja dan membasmi gejala rasuah dan pecah amanah. Budaya yang tidak
sihat ini akan menyebabkan antara lain:
melemahkan kecekapan dan servis yang diberikan oleh jabatan/agensi kerajaan
mengurangkan keyakinan dan sokongan orang awam terhadap mereka
menambahkan kos dalam transaksi-transaksi awam sekaligus menambahkan kos
kerajaan keseluruhannya
Oleh itu, usaha-usaha ini wajar disokong dan dijayakan dengan sebaik mungkin. Semua
pihak (penjawat awam terutamanya) perlu memberikan kerjasama sepenuhnya dalam
meningkatkan integriti di tempat kerja masing-masing. Orang awam juga perlu
membantu dengan tidak berkrompromi dalam isu ini dan membuat aduan pada pihak-
pihak berkenaan. Jika ini semua dapat dijayakan dengan sempurna, nescaya
produktiviti dan kualiti dapat ditingkatkan. Rakyat pun akan mendapat
menafaat. Insya-allah…
– Maksud Integriti Dan Perlaksanaannya
About
Latest Posts
Ismail N
I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
Powered by Starbox
Articles{ 23 comments… add one }
Hilmi Hasan October 6, 2014, 5:19 am
Pecah amanah kerana godaan wang ringgit biasa terjadi. Tapi ianya boleh lagi diatasi
aku rasa….jika ada semangat yg kuat dan sedar akan kesalahan tersebut. Yang susah
nak elak adalah bila “arahan” datang dari orang atasan atau boss kita. Kerana ianya
bukan sahaja libatkan wang ringgit tapi kesannya kepada sumber rezeki dan keluarga
kita. Apa yang penting kita kena takutkan Allah lebih drp takut kpd manusia.
Nauzubillah.
Reply
o Ismail N October 7, 2014, 6:28 am
Setuju sangat.
Malahan dalam banyak hal, pecah amanah ini melibatkan satu pejabat dan bukan
satu dua individu sahaja. Maka, lebih susah hendak dibenteras.
Reply
Hairul Azni October 4, 2014, 5:33 am
Perlu lebih lagi penekanan terhadap aspek integriti ni..nampak dah semakin teruk bila
soalan UPSR pun bocor..
Reply
o Ismail N October 7, 2014, 6:13 am
Ya. perlu diterapkan pada pejawat awam dan pekerja swasta juga.
Reply
zik October 3, 2014, 2:01 pm
Godaan wang ringgit..susah woo, bila pengurusan wang yang diuruskan banyak
sangkut..
Reply
o Ismail N October 7, 2014, 6:04 am
Kena kuat iman..
Reply
Hazmin Hamudin October 1, 2014, 6:48 am
Masalah integriti ni memang menjadi isu hangat sekarang ni. Yang paling ketara apabila
melibatkan sektor kerajaan. Memang memalukan.
Reply
o Ismail N October 3, 2014, 6:57 am
Bukan sahaja memalukan tetapi merugikan negara…
Reply
ema October 1, 2014, 3:34 am
sifat sesseorang itu sendiri…sama ada mempunyai sifat yang baik atau tidak baik..
barulah wujudnya integriti di dalam sesebuah jabatan.
Reply
o Ismail N October 3, 2014, 6:44 am
Kalau semua ada integriti yg baik, maka tiada masaalah la kan? Namun, kalau
ramai yang tidak, maka kenalah ada unit untuk memantaunya.
Reply
akubiomed September 30, 2014, 3:20 pm
Membenteras rasuah dan kurang integriti satu proses yang panjang dan tanpa henti.
Reply
o Ismail N October 1, 2014, 1:16 am
dan juga menjadi tanggunjawab bersama.
Reply
suri September 30, 2014, 3:09 pm
perkara bagus baik di ketengahkan..yang kurang baik elok bawa ke pihak pengadilan
Reply
o Ismail N October 1, 2014, 1:16 am
setuju..
Reply
azlanvai September 30, 2014, 7:58 am
Waktu kerja gov dulu kerap aku kena hantar kursus integriti ni..
Reply
titan September 30, 2014, 7:37 am
bab integriti ni..susah nak amal.
hoho..
Reply
o Ismail N October 1, 2014, 1:08 am
jika ada kemahuan, insya-allah ada jalan….
Reply
Denaihati September 30, 2014, 6:20 am
Harap langkah menubuhkan unit integriti ni dapat mengurangkan rasuah dinegara kita,
mungkin dalam organisasi swasta pun elok ada.
Reply
o Ismail N October 1, 2014, 12:50 am
Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; EnsiklopediaMalaysia ;Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;Khidmat Nasihat
Soalan JawapanJenis Soalan
Tarikh Soalan
Pengunaan perkataan teguh: Teguh ingatan - betul atau salah penggunaannya
Mengikut Kamus Dewan teguh bermaksud tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dan lain-lain). Sinonim bagi teguh ialah kukuh: kuat, utuh"> utuh , dan stabil. Teguh berantonim dengan lemah. Maka istilah teguh ingatan tidak digunakan, sebaliknya istilah yang digunakan ialah kuat ingatan dan kukuh ingatan.
Istilah11.03.2014
apa itu keutuhan wacana?
Keutuhan bermaksud perihal (sifat, keadaan) utuh, kebulatan, kesempurnaan dan wacana bermaksud keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. Keutuhan wacana boleh dikatakan sebagai kesempurnaan keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan, perbincangan atau pertukaran idea secara lisan.
Makna27.02.2007
maksud perkataan 'intregriti'
Integriti ialah kejujuran, keadaan sempurna dan utuh. Makna11.06.2008
maksud integriti.Integriti bermaksud : i.kejujuran atau ketulusan, ii. keadaan sempurna dan utuh atau keutuhan.
Makna08.01.2008
Selamat sejahtera. Adakah ayat berikut betul? Dadanya sangat tegap. Terima kasih.
Tegap bermaksud teguh, kuat dan utuh dan tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.
Tatabahasa
14.08.2012
maksuk integriti institusi kehakiman
Integriti institusi kehakiman bermaksud institusi kehakiman yang lengkap, kejujuran, keadaan sempurna dan utuh.
Makna27.09.2009
Salam. boleh tolong jelaskan maksud 'integriti', 'luwes','delegasi', 'provokasi', 'premis'? Terimakasih.
Integriti ialah kejujuran, keadaan yang sempurna atau utuh; luwes ialah tidak terlalu ketat, mudah disesuaikan, dapat diubah suai; delegasi ialah rombongan yang mewakili sesebuah negara dalam perundingan atau tindakan mengamanahkan atau menurunkan hak kepada seseorang lain; provokasi ialah perbuatan membangkitkan kemarahan, minat dan sebagainya; premis ialah sesuatu pernyataan dan sebagainya yang diandaikan sebagai sesuatu yang benar untuk tujuan membuat huraian yang membawa kepada sesuatu kesimpulan kelak; atau bangunan / kawasan tempat diuruskan perniagaan.
Makna23.02.2008
Apakah maksud terperinci mengenai perkataan Intergriti?
Mengikut makna Kamus Dewan, Integriti bermaksud kejujuran atau keadaan yang sempurna dan utuh.
Makna22.08.2006
apakah yang dimaksudkan dengan integriti?
Integriti mempunyai dua makna iaitu makna pertama - kejujuran; dan makna kedua - keadaan sempurna dan utuh. Untuk maklumat lanjut tuan boleh merujukhttp://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=integriti
Makna09.01.2013
APAKAH MAKSUD INTERGERITI , KOMITED , SIASAH MENGIKUT KAMUS DEWAN
1. ejaan sebenar ialah integriti - kejujuran: mencemarkan nama baik - keadaan sempurna dan utuh. 2.komited - mempunyai atau menunjukkan komitmen (terhadap sesuatu) 3. siasah - pengetahuan yang bersangkutan dengan hal-hal kenegaraan atau pemerintahan
Makna01.08.2007
12 3 4 5 6 Selepas >
mudah-mudahan, insya-allah…
Reply
Hafizul September 30, 2014, 4:42 am
Betul kan bro..semoga mereka integriti anak-anak kita tidak dicemari dengan anasir
sebegini…terima kasih kongsikan..barulah tahu maksud sebenar integriti..kalau tak,
pandai sebut aje la..haha
Reply
o Ismail N October 1, 2014, 12:42 am
welcome…
Reply
hafidzramli September 30, 2014, 3:18 am
Salam Hormat.
Rasanya baik semak secara teliti pengambilan calon-calon penjawat awam degan lebih
telus agar tak berlaku perkara-perkara yang ke arah pecah amanah dan rasuah.
Reply
o Ismail N October 1, 2014, 12:41 am
Ya, proses awal memilih pekerja juga penting dalam memastikan hanya mereka
yang berintegriti sahaja dipilih ke dalam jawatan.