isi kandungan

Upload: eunice-lim

Post on 10-Jul-2015

60 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Isi Kandungan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Isi Kandungan Pengenalan Sejarah Seni Tekat Fungsi Tradisional Tekat Jenis Tekat Contoh Motif Tumbuhan Bahan dan Alatan Rangka Lakaran Lakaran Sebenar Peranan Istana dan Institusi Tokoh Seni Tekat Kos Perbelanjaan Penghargaan Muka Surat 2 2 2 3 4 5 6 7 8 8 9 10

1

PengenalanSeni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat.

Sejarah dan Perkembangan Seni TekatAsal-usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan penggunaan sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka. Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang banyak sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Terdapat beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh pandai tukang menekat. Antaranya ialah tekat timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada.

Fungsi Tradisional TekatIa hanya digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu. Ia digunakan sebagai kelengkapan perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam Quran dan seumpamanya. Di kalangan kerabat diraja, tekat merupakan pakaian kebesaran dan hiasan seharian. Penggunaannya di kalangan masyarakat biasa agak terbatas kerana bahan asasnya merupakan bahan mewah. Penciptaannya juga memerlukan waktu yang lama dan hasilnya yang indah memerlukan penjagaan yang rapi apabila digunakan.

2

Jenis Tekat1. Tekat Timbul Bunga Emas Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif. Mempulur ialah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas akan menutupi mempulur di atas kain baldu. 2. Tekat Gubah Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan. Pandai tukang hanya menyulam dan membentuk corak motif melalui benang merah yang dipanggil benang untina. Hiasan corak tekat gubah diiringi dengan labuci dan manik-manik. Kain dasar tekat gubah adalah dari kain biasa. Kegunaan gubahan tekat ialah menghiasi tudung saji, tepak sirih, kasut pengantin, sejadah, penutup pahar, peralatan upacara perkahwinan, lemudi pintu, pakaian diraja dan sebagainya.

3

Contoh Motif Tumbuhan

4

Bahan dan Alatan1. Baldu 2. Kain putih 3. Mempulur 4. Benang emas atau benang perak 5. Benang ijuk 6. Benang putih 7. Manik dan labuci 8. Pemidang kayu 9. Cuban 10. Jarun

5

Rangka Lakaran

6

Lakaran Sebenar

7

Peranan Istana dan InstitusiPada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama pertumbuhan kraf seni tekat. Ramai pandai-pandai tukang tekat dijaga oleh pihak istana. Ini adalah kerana kelengkapan istana memerlukan tekat benang emas. Tekat benang emas menampakkan kemewahan dan keagungan. Ramai pandai tukang pada masa itu membuat tekat untuk kegunaan istana. Secara langsung istana telah menggalakkan kraf tangan seni tekat. Setelah wujudnya Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, perusahaan menekat dimajukan lagi dengan program-program latihan, promosi, ciptaan yang baru, galakan pengeluaran dan menjual hasil ke luar negara. Tekat terus berkembang dengan hasil mutunya yang terjamin. Promosi yang dijalankan pada masa sekarang oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan industri pelancongan telah mendorong tukang sebu untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan yang lebih bermutu dan berterusan. Secara langsung, kehalusan dan keunikan seni tekat dapat membantu memperkenalkan mutu seni tersebut kepada masyarakat tempatan dan pelancong luar.

Tokoh Seni Tekat1. Ahdijah bt. Hasim Ahdijah b. Hasim adalah seorang tokoh kraftangan tekat yang telah dipilih oleh Perbadanan Kraftangan Malaysia. Beliau juga dilantik sebagai Adiguru kerana kepakaran dalam bidang tekat. Beliau mula belajar menekat daripada Ibunya bernama Anatishaah bt. Bilai Din juga seorang tokoh tekat di Kuala Kangsar, Perak. Beliau juga banyak menerima tempahan tekat antaranya ialah daripada Sultan Perak, Sultan Johor, Sultan Selangor dan Baju penabalan Yang Di Pertuan Agong. 2. Hajah Azizah bt. Mohd Yusof Hajah Azizah berasal dari Kg. Panang Changkat, Bukit Candan, Kuala Kangsar Perak. Kemahiran menekat adalah di warisi dari ibu dan warisan keluarga sejak turun temurun. Sekarang beliau menumpukan sepenuh masa dalam perusahaan menekat. Sebelum ini beliau adalah seorang jurulatih di Perbadanan Kraftangan Cawangan Perak. Beliau pernah mewakili negara ke Jepun, Arab saudi dan Brunei untuk membuat demontrasi menekat.

8

Kos Perbelanjaan ALATAN : ALAT Pemidang Jarum Cuban KUANTITI 1 1 1 KOS SEUNIT (RM) 5.00 1.00 5.50 Jumlah HARGA (RM) 5.00 1.00 5.50 11.50

BAHAN : BAHAN Baldu Benang Emas Benang Hitam KUANTITI 1 1 1 KOS SEUNIT (RM) 1.00 5.00 1.00 Jumlah Kos Bahan + Kos Alat = RM 18.50 Kos Upah ialah Bilangan Pekerja X Masa X Harga = 1 Orang X 8 Jam X RM 3.00 = RM 24.00 Kos Projek = Kos Bahan + Kos Alat + Kos Upah = RM 7.00 + RM 11.50 + RM 24.00 = RM 42.50 HARGA (RM) 1.00 5.00 1.00 7.00

9

PenghargaanSaya, Eunice Lim Ann Chii, pelajar 2A2, mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa pihak yang telah membantu saya semasa membuat kerja kursus ini. Terlebih dahulu, saya ingin merakankan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua, guru Pendidikan Seni Visual saya, Encik Ismail yang telah meluangkan masanya memberikan tunjuk ajar dan membimbing dengan begitu dedikasi. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Johnny Lim Ah Teng (Bapa) dan Kelly Chong Mui Hian (Ibu) yang telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan tugasan ini. Tidak lupa kepada rakan-rakan saya. Mereka telah memberi maklumat yang amat berguna kepada saya. Di samping itu, mereka juga menolong saya menyelesaikan pelbagai masalah semasa saya membuat kajian ini.

10