isi kandungan utama unit ini ialah mendefinisikan apa itu geometri

Upload: andy-peter

Post on 06-Oct-2015

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

h

TRANSCRIPT

Matematik adalah satu mata pelajaran teras di peringkat sekolah rendah dan menengah dan mencakupi banyak aspek. Mata pelajaran ini bertujuan untuk melahirkan individu yang berketrampilan serta mengaplikasikan pengetahuan matematik dalam kehidupan harian secara berkesan dan bertanggungjawab semasa menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Dengan itu, penguasaan ilmu Matematik perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan untuk membentuk negara maju.Perkataan geometri berasal daripada perkataan Greek iaitu geo dan metria di manageo bermaksud bumi dan metria bermaksud ukur. Ini adalah kerana pada asasnya, geometri adalah berkaitan dengan pengukuran bumi. Geometri merangkumi pengajian tentang bentuk, saiz, kedudukan dan ruang dan ia sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia. Kefahaman yang jelas tentang topik geometri atau bentuk dan ruang dapat mengekalkan pengalaman yang dapat membantu murid membina kefahaman terhadap bentuk, ruang, garisan serta fungsi setiap bentuk, ruang dan garisan tersebut. Ia membolehkan pelajar menyelesaikan masalah dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka.Bentuk dan ruang atau geometri diaplikasikan secara meluas dalam bidang kejuruteraan, seni bina, sains dan teknologi. Aplikasi geometri yang paling ketara boleh dilihat pada bentuk binaan dan susunan bangunan. Atas keperluan yang jelas itu, topik bentuk dan ruang diterapkan dalam kurikulum sekolah di negara kita bermula seawal di tahun 1 lagi hinggalah ke tahun 6 dan peringkat pengajian yang lebih tinggi menjurus kepada bidang-bidang tertentu seperti rekaan dan senibina. Justeru itu, guru bertanggungjawab untuk merealisasikan kepentingan geometri dalam kehidupan. Murid haruslah difahamkan dengan konsep geometri dari yang paling asas iaitu pengetahuan tentang bentuk-bentuk 2D dan 3D sehinggalah kepada konsep geometri yang lain sehinggalah mereka faham mengapa setiap bangunan yang dibina dengan bentuk-bentuk yang berlainan tetapi masih mempunyai fungsi yang sama. Nasional Consul of Supervisor of Mathematics, NCTM (1989) mengesahkan bahawa kemahiran dalam bidang geometri adalah salah satu kemahiran asas daripada sepuluh kemahiran asas Matematik. Seharusnyalah kemahiran ini dapat disampaikan kepada murid dengan cara yang betul. Namun begitu, dalam situasi sebenar di sekolah, seringkali terjadi kegagalan dalam kurikulum Matematik terutama dalam topik geometri bagi pelajar rendah dan sekolah menengah. Ini kerana berlaku salah faham konsep atau miskonsepsi dalam konsep geometri semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Bertitik tolak daripada kesukaran dan miskonsepsi inilah timbulnya cabaran bagi guru-guru untuk menangani permasalahan tersebut. Guru-guru perlu mencari kaedah dan strategi pembelajaran yang sesuai dengan aras kematangan murid supaya mereka boleh menguasai konsep geometri, lebih berminat dan seronok semasa belajar dan tidak lagi beranggapan subjek Matematik adalah susah.

Isi Kandungan utama unit ini ialah mendefinisikan apa itu geometri, apakah yangdikatakan bentuk dan ruang dan perkaitannya dengan geometri, sejarah perkembangangeometri dan tokoh-tokoh geometri terulung serta sumbangan mereka, keperluan bentuk dan ruang dimasukkan dalam sukatan pelajaran dan kepentingan mempelajari geometri.Perkataan geometri berasal daripada perkataan Greek iaitu geo dan metria di manageo bermaksud bumi dan metria bermaksud ukur. Ini adalah kerana pada asasnya, geometri adalah berkaitan dengan pengukuran bumi. Geometri merangkumi pengajian tentang bentuk, saiz, kedudukan dan ruang dan ia sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia.Sejarah perkembangan geometri bermula di tamadun-tamadun awal iaitu Mesir Kuno, Lembah Sungai Indus dan Babylon. Tokoh-tokoh ulung dalam bidang geometri pula ialah Euclid dan Pythagoras selain Descartes, Al Jabar dan Gauss yang telah memperkenalkan pelbagai konsep dan kefahaman berkaitan bidang geometri.Atas keperluan yang jelas, bidang bentuk dan ruang diterapkan dalam kurikulum sekolah di negara kita bermula seawal di tahun 1 lagi hinggalah ke tahun 6 dan peringkat pengajian yang lebih tinggi. Ini adalah berdasarkan kepentingan mempelajari geometri di mana ia diaplikasikan secara meluas dalam kehidupan harian manusia, sebagai asas untuk memilih kerjaya masa hadapan dan berupaya untuk menikmati keindahan dan nilai estetika geometri, meningkatkan kepekaan individu terhadap bentuk dan ruang serta menjadi asas dalam menggambar dan memanipulasi bentuk.Geometri diaplikasikan secara meluas dalam bidang kejuruteraan, seni bina, sains dan teknologi. Aplikasi geometri yang paling ketara boleh dilihat pada bentuk binaan dan susunan bangunan.