isl 4 pkb 3103
TRANSCRIPT
-
8/8/2019 Isl 4 pkb 3103
1/24
Isl 4
Kaedah merekod
i. Perekodan Peristiwa
Perekodan peristiwa atau perekodan kekerapan bermaksud jumlah sesuatu
tingkah laku diperhatikan dalam tempoh masa yang telah diberikan direkod. Contohnya
jumlah berapa kali seorang murid bercakap-cakap dengan kawan semasa waktu mata
pelajaran Bahasa Malaysia selama 30 minit. Kita boleh merekod tingkah laku murid
berasaskan kekerapan sebenar, kadar kejadian atau kejadian tersebut dalam peratus
peluang sedia ada. Contohnya, Ali telah mengangkat tangan sebelum menjawab soalan
guru hanya sekali dalam waktu mata pelajaran Bahasa Malaysia selama 30 minit atau
kita boleh merekod sebagai Ali mengangkat tangannya 0.5 per 15 minit atau Ali
mengangkat tangannya sebanyak 5% daripada peluang sedia ada untuk menjawab
soalan guru (sekiranya guru telah menyoal sejumlah 20 soalan dalam kelas itu dan
murid semua termasuk Ali boleh sukarela mengangkat tangan untuk menjawab soalan
guru).
-
8/8/2019 Isl 4 pkb 3103
2/24
i) Lembaran data yang ringkas
Lembaran Data Perekodan Peristiwa atau Kekerapan (Event / Frequency
Recording Data Sheet)
Tarikh : 20 Ogos 2009 Penilai: Cik Faridah Ismail
Nama Murid : Aniq Afiqah Salleh
Kelas : 3 Sinar
Pemerhatian
Tingkah Laku
Murid
Kekerapan
Kejadian
Jumlah Masa Ulasan
Tambahan
Mengangkat
tangan untuk
menjawab
soalan
/ 1 30 minit kelas pada
waktu pagi
( 10.00 pagi-
10.30 pagi)
semasa sesi
bercerita Si
Kancil
Bercakap
sewaktu guru
mengajar
// 2
-
8/8/2019 Isl 4 pkb 3103
3/24
ii) Lembaran data kekerapan untuk merekod tingkah laku sasaran
Lembaran Data Perekodan Peristiwa atau Kekerapan (Event / Frequency
Recording Data Sheet)
Nama Murid : Ain Farhana binti Roslan Tarikh Lahir : 17.09.1999
Kelas : 3 Sinar
Penilai : En. Nadzrin bin Noordin
Definisi Tingkah Laku yang Direkod: Bertanya soalan
Tarikh Kekerapan
Jumlah
1
Harian
2 3 4 5 6 7 8 9
-
8/8/2019 Isl 4 pkb 3103
4/24
ii. Rekod anekdot
Rekod anekdot adalah penulisan yang ringkas, tepat dan padat mengenai
peristiwa dan perubahan yang signifikan yang berlaku pada seseorang murid. Guruboleh menerangkan peristiwa tingkah laku atau insiden dengan perkataan atau gambar.
Oleh itu, guru perlu sediakan buku kecil atau helaian kertas yang diletakkan di tempat
yang mudah dicapai. Maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot adalah nama
kanak-kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku. Ulasan guru dan tindakan
guru. Guru dapat mengambil tindakan susulan yang sesuai bagi membantu murid itu.
Kegunaan rekod anekdot:
Bagi merekod tingkah laku kanak-kanak yang khusus bagi tujuan perancangan
aktiviti individu dan bagi kes konferensi.
Kebaikan rekod anekdot:
y Pemerhati tidak memerlukan sebarang latihan bagi membuat rekod ini.
y Pemerhatian ini terbuka(tiada penutup. Pemerhati mencatatkan apa sahaja yang beliau
dapat saksikan dan tidak terhad kepada sejenis tingkah laku ataupun catatan.
y
Pemerhati boleh mencatat apa sahaja kejadian yang tidak diduga tidak kira di mana iaberlaku kerana pemerhati hanya perlu mencatatkannya kemudian.
y Pemerhati hanya perlu mencatat tingkah laku yang diperlukan sahaj dan melupakan
perkara atau tingkah laku lain.
Keburukan rekod anekdot:
y Rekod ini tidak memberi gambaran yang lengkap kerana ia hanya merekodkan kejadian
yang diperlukan oleh pemerhati sahaja.
y Ketetapan rekod ini sangat bergantung pada ingatan pemerhati kerana rekod ini dibuat
selepas kejadian itu berlaku. Selalunya catatan atau rekod adalah kurang mendalam.
y Kejadian mungkin berlaku diluar konteks dan ini menyebabkan interpretasi kurang tepat
ataupun digunakan secara berat sebelah.
y Sukar direkod atau dianalisis dan tidak sesuai digunakan dalam kajian saintifik.
-
8/8/2019 Isl 4 pkb 3103
5/24
Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh
Borang Rekod Anekdot
Pemerhati: ....................................................................................................
Tarikh pemerhatian :.....................................................................................
Masa pemerhatian : .....................................................................................
Nama pelajar : .............................................................................................
Penerangan tentang kejadian:
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
...................................................
Penerangan tentang lokasi/ latar belakang kejadian :
.................................................................................................................................
...........................................................................................................
Nota, cadangan dan langkah:
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
....................................................................................
Tandatangan: .........................................
-
8/8/2019 Isl 4 pkb 3103
6/24
iii. Persampelan masa
Rekod persampelan masa ini digunakan bagi mencatat pemerhatian ke atas
tingkah laku kanak-kanak dalam satu jangka masa. Guru mengenal pasti kanak-kanakyang akan diperhatikan dalam satu tempoh masa. Pemerhatian akan dibahagikan
kepada beberapa segmen masa dan kekerapan berlakunya tingkah laku itu dicatat
secara berterusan dan ambil tindakan. Tingkah laku yang hendak direkod ini perlu
nyata dan kerap dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam masa 15 minit.
Kebaikan rekod persampelan masa:
y Menjimatkan masa.
y Memberi maklumat berkenaanjangka masa tingkah laku itu berlaku.
y Maklumat kualitatif ini sesuai bagi analisis menggunakan statistic.
y Lebih objektif dan terkawal kerana tingkah laku adalah nyata dan terhad.
y Pemerhati dapat mengumpul data berkenaan beberapa orang kanak-kanak ataupun
beberapa jenis tingkah laku secara serentak.
Keburukan rekod persampelan masa:
y Ia merekod tingkah laku yang sudah ditetapkan sahaja dan mungkin akan tertinggal
tingkah laku yang berguna.
y Ia hanya merekod bila dan kekerapan tingkah laku itu berlaku sahaja. Catatan
berkenaan tingkah laku, sebab-sebab dan keputusan ia dilakukan tidak dinyatakan. Ini
menyebabkan penilaian menjadi berat sebelah.
-
8/8/2019 Isl 4 pkb 3103
7/24
Lembaran Data Persampelan Masa
Nama Murid : Mior bin Kamaruddin
Laila Syakira binti Yasin
Purnama Dewi a/p Balakrishnan
Persekitaran : Bahasa Melayu
Tingkah Laku Sasaran : Mengangkat tangan
Masa Mula : 8.00 pagi
Masa Tamat : 9.00 pagi
Tarikh : 20 Ogos 2009
8.00 8.05 8.10 8.15 8.20 8.25 8.30 8.35 8.40 8.45 8.50 8.55 9.00
Sela Masa
Nama murid
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Mior + + - - + - + + - - + -
Laila - - - + + - - + - + - +
Dewi + - + - - + - - + - - -
Petunjuk : + (Tingkah laku sasaran ditunjukkan)
- (Tingkah laku sasaran tidak ditunjukkan)
-
8/8/2019 Isl 4 pkb 3103
8/24
Ringkasan Pemerhatian:
a. Mior
Jumlah Interval : 12
Selaan di mana tingkah laku ditunjukkan : 6
Peratus tingkah laku sasaran ditunjukkan : 50%
Selaan di mana tingkah laku tidak ditunjukkan : 6
Peratus tingkah laku sasaran tidak ditunjukkan : 50%
b. Laila
Jumlah Interval : 12
Selaan di mana tingkah laku ditunjukkan : 5
Peratus tingkah laku sasaran ditunjukkan : 42%
Selaan di mana tingkah laku tidak ditunjukkan : 7
Peratus tingkah laku sasaran tidak ditunjukkan : 58%
c. Dewi
Jumlah Interval : 12
Selaan di mana tingkah laku ditunjukkan : 4
Peratus tingkah laku sasaran ditunjukkan : 33%
Selaan di mana tingkah laku tidak ditunjukkan : 8
Peratus tingkah laku sasaran tidak ditunjukkan : 67%
-
8/8/2019 Isl 4 pkb 3103
9/24
Rumusan:
Dewi hanya melakukan tugasan yang diberi sebanyak 4 kali dalam tempoh masa
sejam itu.
-
8/8/2019 Isl 4 pkb 3103
10/24
iv. Senarai semak
Walaubagaimanapun pemerhatian adalah lebih bermakna apabila guru dapat
mengaitkan perubahan tingkah laku kanak-kanak dengan hasil pembelajaran seperti
yang telah ditetapkan. Oleh itu, guru boleh menyediakan satu senarai hasil
pembelajaran dan digunakan sebagai alat atau instrument semakan semasa membuat
pemerhatian untuk setiap murid. Senarai hasil pembelajaran hendaklah mengambil kira
domain kognitif, afektif dan psikomotor.
Senarai semak ini dapat menyatakan samada murid boleh atau tidak boleh,
mencapai atau tidak mencapai hasil pembelajaran yang diingini. Gambaran yang
diperoleh ini tidak jelas bagi menggambarkan pencapaian murid itu. Ada juga dalam
kalangan guru menggunakan skala pengelasan iaitu belum menguasai, baik,
cemerlang bagi memberi gambaran yang lebih jelas berkenaan pencapaian murid itu.
-
8/8/2019 Isl 4 pkb 3103
11/24
Lembaran Data Senarai Semak (Check List Data Sheet)
BUTIR-BUTIR DIRI MURID
Nama Murid : .
Umur : .................Tarikh Lahir: .................. No. Surat Beranak :................
Kelas: ................. No Pendaftaran JKM: ..................................................
Jenis Kecacatan/ Tahap : ............................................................................
Jantina : L / P Kaum : .......................... Agama: .....................................
Bil. Adik Beradik: .............................. Anak ke- : ....................................
PENGESAHAN IBU BAPA/ PENJAGA
Nama : .............................................................................
No K/P : ...........................................................................
Alamat : ..........................................................................
...........................................................................
...........................................................................
Tandatangan: ....................... Tarikh: ..........................
PERLAKUAN YANGKETARA
Agresif ( )
Pasif ( )
Kognitif ( )
Emosi ( )
Negatif Sosial ( )
Motor Kasar ( )
Motor Halus ( )
Pertuturan ( )
Pengurusan Diri ( )
Tertib Makan ( )
-
8/8/2019 Isl 4 pkb 3103
12/24
Bil Keterangan Tingkah Laku Tunjuk Ulasan
Ya Tidak
1. Perlakuan Agresif
1.1 Merosakkan harta sendiri/ orang
lain
1.2 Selalu berkelahi/ bertindak
1.3 Cepat marah/ meradang
1.4 Mengacau/ Menguasai orang lain
1.5 Mencederakan diri
1.6 Mencederakan orang lain1.7 Panas baran
1.8 Perlakuan negatif berlaku dengan
tiba-tiba
1.9 Hiperaktif
2. Perlakuan Pasif
2.1 Memencilkan diri
2.2 Sugul
2.3Terlalu pendiam
2.4 Terlalu malas
2.5 Mudah terganggu perhatian
2.6 Terlalu malu
2.7 Lembab pergerakan
2.8 Lembab membuat sesuatu
3. Perlakuan Negatif Sosial
3.1 Mengusik
3.2 Bercakap bohong
3.3 Tidak menepati janji
3.4 Engkar/ tidak menurut perintah
3.5 Berbahasa Kasar
-
8/8/2019 Isl 4 pkb 3103
13/24
3.6 Terlalu suka bercakap
3.7 Selalu buang air dalam bilik darjah
3.8 Suka membuat bising
3.9 Mengambil tanpa meminta
3.10 Tidak bekerjasama
3.11 Tidak bertimbang rasa
4. Pemasalahan Emosi
4.1 Gelisah
4.2 Menggerakkan bahagian anggota
badan tanpa dapat dikawal
4.3 Bebal
4.4 Menipu / berbohong
4.5 Selalu mengadu sakit
4.6 Menangis dalam kelas
4.7 Memerlukan perhatian yang lebih
4.8 Risau
4.9 Berkhayal/ termenung
4.10 Membuat sesuatu tanpa tujuan
-
8/8/2019 Isl 4 pkb 3103
14/24
v. Duration recording
Merekodkan jangka masa mengenai tingkah laku dapat dibuat dengan
mencatatkan masa mula dan masa tamat tingkah laku itu terjadi. Teknik ini selalunya
digunakan bagi memerhatikan tingkah laku yang kurang terjadi dan diteruskan bagi
tempoh yang tertentu. Contoh merekodkan jangka masa adalah apabila seorang pelajar
kerap menangis di dalam kelas. Setiap kali pelajar itu menangis, anda mencatat masa
mula dan masa tamat serta membuat pengiraan jangka masa episod menangis tadi.
Contoh-contoh lain merekod jangka masa adalah berapa lama yang diperlukan
oleh seorang pelajar menyelasaikan kerja rumah matematiknya, tempoh masa yang
diambil membersihkan kelas ataupun berapa lama yang dihabiskan bagi pelajar
berkenaan mengetuk penselnya di atas meja secara berterusan. Jadual dibawah
menunjukkan borang jangka masa yang boleh digunakan dalam teknik ini.
-
8/8/2019 Isl 4 pkb 3103
15/24
Lembaran Data Perekodan Masa (Duration Recording Data Sheet)
Nama Murid : Dayang Sarah Awang Lah Tarikh Lahir : 12.08.1999
Siti Aisya Ali : 23.01.2000
Waqi ahmad : 07.09.2000
Kelas : 3 Sinar Penilai: Pn. Amnah Sarian
Definisi Tingkah Laku yang Direkod : Membuat tugasan
Tarikh : 21 0gos 2009
Tempoh masa : 30 minit
Onset offset onset offset onset offset onset offset
Nama Murid
Wati 9.00-
9.05
9.06-
9.15
9.16-
9.20
9.20-
9.30
Kumar 9.00-
9.08
9.09-
9.20
9.21-
9.25
9.26-
9.30
Firdaus 9.00-
9.04
9.05-
9.10
9.11-
9.15
9.16-
9.30
-
8/8/2019 Isl 4 pkb 3103
16/24
vi. Interval recording
Intervalrecording ataupun merekod jarak masa adalah teknik yang mngukur
samada tingkah laku itu berlaku ataupun tidak dalam jangka masa yang ditetapkan.Jumlah masa pemerhatian dibahagikan dengan jarak masa yang lebih kecil. Pemerhati
mencatatkan samada tingkah laku itu terjadi ataupun tidak dalam masa itu. Dengan
berpandukan pada teknik merekod jarak masa ini, guru dapat membuat anggaran
tentang kedua-kedua frekuensi dan jarak masa tingkah laku pada masa yang sama.
Pemerhati akan mencatat sekali sahaja sekiranya tingkah laku terbabit berlaku
pada bila-bila masa sepanjang jarak masa ini. Merekod jarak masa memerlukan
tumpuan yang tidak berbelah bahagi dari pemerhati memandangkan pemerhatiandilakukan secara berterusan bagi tempoh yang ditetapkan.
Teknik ini dapat dilakukan dalam beberapa perlakuan seperti ketika kanak-kanak
membaling permainan mereka ketika lapang. Apabila masa lapang ini adalah 15 minit,
bahagikan jarak masa ini kepada selang satu minat. Pada minit pertama, apabila
seorang kanak-kanak membaling alat permainannya, karak masa ditandakan.
Pada minit kedua, jika dia tidak membaling alat permainan itu, maka jarak masa
tidak ditandakan. Walaubagaimanapun apabila kanak-kanak ini membaling tiga alat
permainan yang berbeza pada minit ketiga, jarak masa ditandakan hanya sekali sahaja.
Borang bagi mengukur jarak masa boleh didapati pada jadual dibawah:
-
8/8/2019 Isl 4 pkb 3103
17/24
Lembaran Data Perekodan Interval (Interval Recording Data Sheet)
Nama Murid : Tarikh Lahir:
Kelas :
Penilai :
Definisi Tingkah Laku yang direkod (TL sasaran) :
Masa
Tingkah laku Lokasi
UlasanDuduk Berdiri Goyang Dapur Ruang
tamu
Bilik
Tidur
8.00 pg
9.00 pg
10.00 pg
11.00 pg
12.00 tgh
1.00 ptg
2.00 ptg
-
8/8/2019 Isl 4 pkb 3103
18/24
vii. Sekil kadar
Sekil kadar hampir sama dengan frekuensi. Merekodkan kadar tingkah laku
membabitkan pengumpulan maklumat tentang frekuensi tingkah laku yang diperhatikandan panjang tempoh pemerhatian itu. Kadar adalah nisbah bilangan tingkah laku
terbabit berlaku dalam masa yang ditetapkan dan tempoh masa.
Kadar dihitung dengan menbahagikan bilangan tingkah laku yang terjadi ini
dengan minit, jam ataupun hari ketika pemerhatian dibuat. Frekuensi ataupun berapa
kali seorag pelajar meninggalkan tempat duduknya ketika kelas matematik dijalankan
dapat dicatatkan sebagai kadar kija tempoh kelas dijalankan ataupun tempoh masa
pemerhatian diketahui.
Kadar tingkah laku dapat dikira purata sekiranya pemerhatian dibuat beberapa
kali sepanjang tempoh. Daripada beberapa siri pemerhatian ini, kadar purata pelajar
meninggalkan tempat duduknya dapat ditentukan. Jadual dibawah menunjukkan
bagaimana kita dapat mencatatkan tingkah laku meninggalkan tempat duduk sebagai
kadar.
-
8/8/2019 Isl 4 pkb 3103
19/24
Lembaran Data Sekil Kadar (Rate Scale Data Sheet)
BUTIR-BUTIR DIRI MURID
Nama Murid : .
Umur : .................Tarikh Lahir: .................. No. Surat Beranak :................
Kelas: ................. No Pendaftaran JKM: ..................................................
Jenis Kecacatan/ Tahap : ............................................................................
Jantina : L / P Kaum : .......................... Agama: .....................................
Bil. Adik Beradik: .............................. Anak ke- : ....................................
PENGESAHAN IBU BAPA/ PENJAGA
Nama : .............................................................................
No K/P : ...........................................................................
Alamat : ..........................................................................
...........................................................................
...........................................................................
Tandatangan: ....................... Tarikh: ..........................
PERLAKUAN YANGKETARA
Agresif ( )
Pasif ( )
Kognitif ( )
Emosi ( )
Negatif Sosial ( )
Motor Kasar ( )
Motor Halus ( )
Pertuturan ( )
-
8/8/2019 Isl 4 pkb 3103
20/24
Bil Keterangan Tingkah Laku Tahap Tingkah Laku Ulasan
1 2 3 4 5
1. Perlakuan Agresif
1.10 Merosakkan harta
sendiri/ orang lain
1.11 Selalu berkelahi/
bertindak
1.12 Cepat marah/
meradang
1.13 Mengacau/ Menguasai
orang lain
1.14 Mencederakan diri
1.15 Mencederakan orang
lain
1.16 Panas baran
1.17 Perlakuan negatifberlaku dengan tiba-tiba
1.18 Hiperaktif
2. Perlakuan Pasif
2.1 Memencilkan diri
2.2 Sugul
2.3Terlalu pendiam
2.4 Terlalu malas
2.5 Mudah terganggu
perhatian
2.6 Terlalu malu
2.7 Lembab pergerakan
2.8 Lembab membuat sesuatu
-
8/8/2019 Isl 4 pkb 3103
21/24
3. Perlakuan Negatif Sosial
3.1 Mengusik
3.2 Bercakap bohong
3.3 Tidak menepati janji
3.4 Engkar/ tidak menurut
perintah
3.5 Berbahasa Kasar
3.6 Terlalu suka bercakap
3.7 Selalu buang air dalam
bilik darjah
3.8 Suka membuat bising
3.9 Mengambil tanpa meminta
3.10 Tidak bekerjasama
3.11 Tidak bertimbang rasa
4. Pemasalahan Emosi
4.1 Gelisah
4.2 Menggerakkan bahagian
anggota badan tanpa dapat
dikawal4.3 Bebal
4.4 Menipu / berbohong
4.5 Selalu mengadu sakit
4.6 Menangis dalam kelas
4.7 Memerlukan perhatian
yang lebih
4.8 Risau
4.9 Berkhayal/ termenung
4.10 Membuat sesuatu tanpa
tujuan
-
8/8/2019 Isl 4 pkb 3103
22/24
Skala : 1- tidak memuaskan
2- kurang memuaskan
3- sederhana
4- baik
5- sangat baik
-
8/8/2019 Isl 4 pkb 3103
23/24
viii. Rekod berterusan
Ia adalah catatan lengkap berkenaan kejadian dan dicatat mengikut urutan masa
kejadian berlaku. Guru atau pemerhati akan duduk ataupun berdiri dari jarak beberapameter daripada murid dan mula mencatat apa sahaja kejadian yang berlaku dalam
masa yang telah ditetapkan. Masanya mungkin lima minit ataupun mungkin diulang
beberapa kali pada hari itu. Rekod ini berbeza daripada rekod anekdot kerana ia
merekod semua kejadian yang berlaku bukan hanya kejadian dipilih ataupun yang
diperlukan sahaja. Catatannya juga menggunakan ayat yang pendek dan ditulis dengan
menggunakan ayat yang pendek dan ditulis dengan menggunakan teknik penulisan
ringkas jika boleh.
Kebaikan rekod berterusan:
y Rekod yang lengkap, komprehensif dan tidak terhad kepada satu kejadian sahaja.
y Rekod ini terbuka dan membolehkan guru mencatat apa sahaja yang beliau lihat.
y Guru atau pemerhati tidak perlu mempunyai kemahiran pemerhati yang khusus.
Keburukan rekod berterusan:
y Memerlukan banyak masa.
y Sukar merekod semua kejadian dengan lengkap.
y Baik bagi merekod pemerhati individu tetapi sukar merekod pemerhatian secara
kumpulan.
-
8/8/2019 Isl 4 pkb 3103
24/24
ix. Rekod Spesimen
Hampir sama dengan rekod berterusan, tetapi ia lebih lengkap, lebih jelas dan
kriterianya sudah ditetapkan seperti masa dan kanak-kanak yng terlibat. Rekod iniselalu digunakan oleh penyelidik yang memrlukan catatan menyeluruh dan lengkap
berkenaan satu-satu tingkah laku. Kebaikan dan keburukannya juga hamper sama
dengan rekod berterusan.