isl rbt 2014

10
TEORI PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL Teori pembelajaran kontekstual menyatakan pembelajaran berlaku apabila pelajar (pembelajar) memproses maklumat baru atau pengetahuan yang relevan dalam rangka rujukan diri (center for Occupational Research and Development, 1999). Pendekatan pembelajaran dan pengajaran ini menganggap bahawa minda secara semualjadi akan mencari makna dalam konteks yang berkait dengan persekiataran seseorang pada masa itu. Ini dilakukan dengan mencari perhubungan yang berguna dan relevan. Justeru pensyarah/guru digalakkan untuk memilih atau mereka bentuk persekitaran pembelajaran yang menghubungkan sebaik mungkin pelbagai pengalaman kehidupan yang berkaitan dengan aspek-aspek sosial, budaya, fizikal dan fisiologi. Lima langkah yang boleh digunakan untuk melaksanakan pengajaran kontekstual ialah menghubungkait, mengalami, menggunakan, bekerjasama dan memindahkan. Menghubungkait Strategi menghubungkait adalah strategi pengajaran yang menggunakan pengalaman kehidupan pelajar atau pengetahuan sedia ada pelajar. Pengajaran yang baik biasanya bermula dengan soalan dan fenomena yang menarik dan meruSakan pengalaman biasa pelajar, bukan dengan pengabtrakan dan fenomena di luar lingkungan persepsi, kefahaman atau pengetahuan pelajar (American Association for the Advancement of Science Project 2061, 1993). Mengalami Strategi ini melibatkan murid dengan akiviti penerokaan, penemuan dan perekaan. Pengalaman hands-on ini termasuklah penggunaan manipulative, aktiviti penyelesaian masalah dan aktiviti makmal. Menggunakan Strategi menggunakan ialah strategi yang memberikan focus kepada penggunaan pengetahuan. Latihan-latihan yang relevan dan realistic member motivasi kepada pelajar mempelajari konsep-konsep akademik pada aras kefahaman yang lebih mendalam. Masalah yang mengandungi situasi kehidupan sebenar akan menggalakkan pelajar untuk menghubungkan kandungan pengetahuan sains dengan situasi kehidupan sebenar.

Upload: noor-ermizza

Post on 13-Jan-2017

152 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Isl rbt 2014

TEORI PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL

Teori pembelajaran kontekstual menyatakan pembelajaran berlaku apabila pelajar (pembelajar) memproses maklumat baru atau pengetahuan yang relevan dalam rangka rujukan diri (center for Occupational Research and Development, 1999).

Pendekatan pembelajaran dan pengajaran ini menganggap bahawa minda secara semualjadi akan mencari makna dalam konteks yang berkait dengan persekiataran seseorang pada masa itu.

Ini dilakukan dengan mencari perhubungan yang berguna dan relevan. Justeru pensyarah/guru digalakkan untuk memilih atau mereka bentuk persekitaran pembelajaran yang menghubungkan sebaik mungkin pelbagai pengalaman kehidupan yang berkaitan dengan aspek-aspek sosial, budaya, fizikal dan fisiologi.

Lima langkah yang boleh digunakan untuk melaksanakan pengajaran kontekstual ialah menghubungkait, mengalami, menggunakan, bekerjasama dan memindahkan.

Menghubungkait

Strategi menghubungkait adalah strategi pengajaran yang menggunakan pengalaman kehidupan pelajar atau pengetahuan sedia ada pelajar. Pengajaran yang baik biasanya bermula dengan soalan dan fenomena yang menarik dan meruSakan pengalaman biasa pelajar, bukan dengan pengabtrakan dan fenomena di luar lingkungan persepsi, kefahaman atau pengetahuan pelajar (American Association for the Advancement of Science Project 2061, 1993).

Mengalami

Strategi ini melibatkan murid dengan akiviti penerokaan, penemuan dan perekaan. Pengalaman ‘hands-on’ ini termasuklah penggunaan manipulative, aktiviti penyelesaian masalah dan aktiviti makmal.

Menggunakan

Strategi menggunakan ialah strategi yang memberikan focus kepada penggunaan pengetahuan. Latihan-latihan yang relevan dan realistic member motivasi kepada pelajar mempelajari konsep-konsep akademik pada aras kefahaman yang lebih mendalam. Masalah yang mengandungi situasi kehidupan sebenar akan menggalakkan pelajar untuk menghubungkan kandungan pengetahuan sains dengan situasi kehidupan sebenar.

Page 2: Isl rbt 2014

Bekerjasama

Tujuan murid-murid bekerja secara berkumpulan adalah untuk meningkatkan keyakinan dan motivasi murid dalam pembelajaran. Aktiviti kumpulan akan menstrukturkan suatu bentuk kebergantungan positif dan menggalakkan interaksi dan menimbulkan rasa tanggungjawab.

Pemindahan

Dalam kelas kontekstual peranan guru diperluaskan untuk merangkumi pencipataan pelbagai pengalaman pembelajaran dengan memberi focus kepada pemahaman berbanding penghafalan. Keupayaan murid menggunakan pengetahuan baru alam pelbagai konteks akan bertambah melebihi apa yang dipelajari di dalam kelas apabila gurumembuat generalisasi terhadap maklumat asas selepas menggunakan maklumat atau pengalaman di dalam konteks yang spesifik (Perfetto et al., 1983).

TEORI PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

Definisi :

Pembelajaran berasaskan projek adalah proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara terancang dalam jangka masa yang tertentu.

Kaedah pengajaran ini menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Proses pembelajaran ini juga biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul.

Murid-murid akan diberi tugasan yang merupakan masalah yang mungkin akan dihadapi dalam situasi harian. Masalah-masalah yang difikirkan dapat diselesaikan melalui kaedah pembelajaran berasaskan tugasan atau projek.

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui “Handbook- Project Based Learning” menekankan kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang membawa pelajar mempelopori ilmu keluar daripada tradisi bilik darjah lama yang memfokuskan guru sebagai pemberi ilmu.

Teknik ini hampir sama dengan teknik pembelajaran berasaskan masalah. Bezanya ialah teknik pembelajaran berasaskan projek biasanya melibatkan penghasilan sesuatu produk ataupun bahan.

Contohnya, mesin, peralatan, model dan lain-lain. Manakala pembelajaran berasaskan masalah lebih berfokus kepada masalah, punca dan penyelesaiannya.

Page 3: Isl rbt 2014

Kaedah pembelajaran :

1)Penyataan masalah atau isu

2)Idea pelajar

3)Pelaksanaan projek (pengumpulan bahan/maklumat/data, memproses maklumat/data)

4)Pembentangan projek/hasil tugasan

5)Penilaian

6)Laporan

Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Projek :

Beberapa ciri Pembelajaran Berasaskan Projek merangkumi:

•Kaedah ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.

•Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap.

•Interaksi guru dengan murid adalah berbentuk bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses (guru sebagai fasilitator)

•Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap.

•Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data, dan pelaporan hasil serta refleksi kendiri.

•Kaedah pembelajaran ini berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid.

•Berorientasikan dunia sebenar.

TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Literasi maklumat boleh dikelompokkan di bawah 3 kategori berikut:

o kemahiran megeluarkan semula maklumat

o kemahiran memproses maklumat

o kemahiran menyampaikan maklumat

Page 4: Isl rbt 2014

TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN:

KONSEP DAN KEGUNAAN.

Secara umumnya, penggunaan teknologi dalam pendidikan mempunyai pelbagkebaikan iaitu:

Memotivasikan pelajar.

Mengaitkan dengan kehidupan

Alat sokongan dan perkongsian

Memertabatkan profesion

Mengurangkan kos

Penggunaan ABM secara yang bijaksana dapat menjamin matlamat tercapai. Oleh itu, para guru dan pendidik mestilah mempunyai pemikiran yang kritis, inovatif dan kreatif dalam menyediakan ABM yang bersesuaian dan menarik.

KONSEP DAN KATEGORI BAHAN BANTU PENGAJARAN

Bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran.

Atan Long (1982) membahagikan bahan bantu mengajar kepada tiga kumpulan iaitu bahan pendengaran, pandangan dan bahan pandang- dengar.

Bahan- bahan bantu mengajar bukan elektronik

Bahan bantu mengajar asas seperti papan tulis, buku teks dan papan pamer.

Bahan bantu bukan elektronik seperti buku rujukan, grafik model, papan pengajaran dan lain- lain lagi.

Bahan bantu mengajar berbentuk elektronik seperti filem tayangan, filem jalur, filem jalur, piring hitam cakera padat audio, komputer dan disket komputer.

Bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar daripada alam sekitar seperti lakonan, pantomin, lawatan, projek pameran dan relia.

Page 5: Isl rbt 2014

PRINSIP DAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bahan bantu mengajar merangkumi alat, benda, perkakasan dan kelengkapan daripada sumber pendidikan.

Tujuan utama mengadakan bahan bantu mengajar dalam oengajaran adalah untuk memudahkan dan menjimatkan masa penyampaian isi pengajaran.

Ini akan menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna dan guru dapat menerangkan konsep dengan tepat.

KEPENTINGAN BBM TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Terdapat 10 kepentingan yang utama bahan bantu mengajar seperti berikut:

Bahan bantu mengajar dapat membnatu para guru dalam menyampaikan pengajarannya secara berkesan.

Dapat mempelbagaikan pendekatan pengajaraan yang mempunyai pelbagai corak interaksi antara objektif pengajaran, isi pengajaran, guru dan pelajar.

Guru dapat menyampaikan sesuatu konsep dengan lebih jelas

Penyampaian dan penerangan maklumat dapat dijalankan dengna lebih terperinci.

Dapat menarik dan memusatkan perhatian pelajar.

Dapat menjimatkan masa dan pelajar akan belajar lebih banyak dalam masa yang singkat.

Dapat memberi satu pengalaman baru kepada pelajar.

Melahirkan saru interaksi dan kerjasama antara pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar.

Penyebaran BBM boleh meluas kerana penggunaannya tidak terhad dan boleh digunakan oleh semua pelajar.

Bahan itu dapaat melahirkan dorongan daya kreativiti, baik kepada guru mahupun pelajar.

PENGHASILAN BUKAN BERCETAK

Page 6: Isl rbt 2014

Bahan pengajaran pembelajaran merupakan berbagai- bagai jenis alat dan bahan sumber yang telah sedia atau yang disediakan oleh guru untuk membantu dalam pembelajaran dan pengajaran .

PENERBITAN PITA- SLAID

o Pita- slaid adalah gabungan 2 media, iaitu pita rakaman audio dan slaid bersiri. Pita rakaman audio terdapat samaada dalam bentuk kaset lebih popular digunakan di sekolah- sekolah.

o Suara penyampaian, kesan bunyi dan muzik boleh dirakamkan bagi tayangan slaid bersiri.

o Skrip - Dalam konteks penerbitan pita- slaid, perancangnaa skrip bermula dengan proses merangka cerita.

PENYEDIAAN GRAFIK

o Grafik adalah satu usaha membentuk mesej melalui seni tulisan dan lukisan. Dalam bidang pendidikan, seni grafik amat berguna dalam menyediakan bahan- bahan visual.

FOTOGRAFI

o Untuk melaksanakan tugas mengambil gaambar, peralatan minimum yang diperlukan ialah kamera dan filem.

PENGGUNAAN VIDEO DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan banyak manfaat, antaranya seperti berikut:

Memberi khidmat bantu untuk memajukan proses pengajaran dan pembelajaran

Menunjukkan contoh dan pengajran yang baik.

Menolong memperkembangkan dan memperluaskan pengalaman dan pengetahuan murid- murid

Sebagai media bagi menyampaikan segala maklumat ilmu pengetahuan secara menyeluruh dan berkesan

Menghidupkan daya imaginasi dan menarik minat pelajar melalui visual, suara, dialog, muzik dan kesan bunyi

Page 7: Isl rbt 2014

Boleh menyampaikan perkara- perkara yang sukar hendak disampaikan oleh guru di dalam bilik darjah.

Membantu dalam latihan praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan

Membantu guru- guru dalam matapelajaran seperti sains, matematik, perdagangan dan lain- lain di luar bandar.

PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN:

PEMPROSESAN PERKATAAN, PANGKALAN DATA DAN LEMBARAN KERJA.

Di Malaysia, pada masa kini, sekolah- sekolah rendah dan menengah serta institusi- institusi pengajian tinggiawam telah banyak manerima peruntukan komputer dan internet daripada kerajaan secara berperingkat- peringkat. Hampir semua sekolah boleh dikatakan telah mempunyai komputer.

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN

o Penggunaan komputer di sekolah boleh dibahagikan kepada 3 domain

o Pentadbiran - analisis markah peperoksaan, penyimpanan rekod, penyediaan jadual dan sebagainya.

o Kurikulum - pengajaran kurikulum Literasi Komputer kepada pelajar

o Penyediaan Bahan Bantu Mengajar - integrasi antara pemprosesan perkataan, lembaran kerja, data base, grafik dan telekomunikasi

PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

o Pelajar akan berinteraksi dengan komputer melalui susunan pelajaran yang telah diprogramkan oleh guru, samaada dalam bentuk nota, tutorial, latihan dan juga simulasi.

o Penggunaan komputer dalam bidang pengajaran dan pembelajaran biasanya mengandungi:

Kemahiran

Permainan dan simulasi

Analisis statistik

Mendapatkan maklumat

Page 8: Isl rbt 2014

o Pengajaran Berbantukan Komputer ini boleh dilaksanakan di dalam beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah:

Tutorial

Latihtubi dan latihan

o Dengan ciri- ciri yang ada, seorang guru yang kreatif dapat memanipulasikannya dalam menghasilkan BBM.

o Sebelum kita melihat lebih jauh lagi contoh- contoh BBM yang boleh dihasilkan, terlebih dahulu kita mengkaji kelebihan penggunaan lembaran kerja kepada seseorang guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu:

Penjimatan masa

Pemaparan maklumat lebih menarik

Pemupukan budaya berfikir

Agen motivasi

PENGGUNAAN PERISIAN GRAFIK DAN ANIMASI

Penggunaan komputer yang meluas ini dapat diaplikasikan dalam bidang pendidikan.

MULTI MEDIA UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Multimedia boleh didefinisikan sebagai gabungan di antara visual, audio, grafik dan maklumat tektual dengan menggunakan teknologi unggul.

Penggunaan multimedia dalam pendidikan merupakan satu keperluan dalam era teknologi maklumat.

Multimedia merupakan rangsangan kepada perubahan dalam proses pengajaran berbanding dengan kaedah pengajaran tradisi.

Page 9: Isl rbt 2014

BAHAN- BAHAN MULTIMEDIA

Terdapat beberapa jenis bahan multimedia di dalam pasaran yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah iaitu:

Hypermedia

CD-ROM

Gabungan kamera video, perakam video dan perakam pita

Cakera video atau laser

Alat pengimbas grafik

FUNGSI TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN

Membuat pengajaran tersusun

Memperkayakan pengalaman

Memberi maklumat

Pengajaran lebih bersifat individu

Pembelajaran menjadi lebih dekat

Pendidikan boleh disebarkan

Pembelajaran lebih menarik

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Teknologi maklumat ialah proses pengolahan data untuk mendapatkan maklumat dengan menggunakan langkah mengutip. Menyimpan, memproses dan melaporkan maklumat.

Majlis Teknologi Pendidikan (CET) United Kingdom menyatakan teknologi seharusnya mengandungi 3 ciri utama yang boleh menghasilkan kekuatan teknologi maklumat tersebut. Ciri- ciri tersebut ialah;

Penggunaan dan penyimpanan maklumat

Teknologi komunikasi- penyebaran maklumat

Teknologi maklumat- pentafsiran maklumat

Page 10: Isl rbt 2014

PERANAN TEKNOLOGI DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Perkembangan teknologi maklumat yang berlaku kini memberikan peluang seluas- luasnya kepada pelajar meneroka ilmu mengikut kehendaknya

dan memberikan peluang yang seluasnya kepada mereka untuk melahirkan pendapat dan kreativiti.

Guru perlu tahu bagaimana hendak menggunakan audio- visual dengan betul supaya semua kemudahan yang ditawarkan oleh bahan audio- visual tersebut dapat dipergunakan sepenuhnya.

Dalam memilih bahan- bahan tersebut untuk digunakan dalam pembelajaran, guru perlu menyematkan dalam fikiran tentang perkara- perkara yang perlu dititikberatkan.

Antaranya ialah:

Sesuai dengan taraf pendidikan pelajar dan pengetahuan am pelajar

Dapat memperolehi maklumat dengan tepat

Kecemerlangan dari segi mekanikal seperti bunyi, perbendaharaan kata, warna dan lain- lain

Kombinasi pemilihan media yang hendak digunakan dalam pemgajaraan hendaklah tidak hanya berdasarkan kepada kesesuaian setiap media dengan tujuan pembelajaran tetapi juga bagaimana dan dengan cara apa ia dapat memberi maklumat dan kesannya ke atas proses pembelajaran.