istimewa edisi ini - rurallink.gov.my...oleh yang amat erbahagia tun dr. mahathir mohamad, perdana...
TRANSCRIPT
Diterbitkan Oleh BAHAGIAN AKAUN
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Istimewa Edisi ini
Dari Meja Editor 2
Pencapaian Aktiviti Perakaunan Akruan KKLW sehingga 31 Disember 2016 3
KPI Perakaunan Akruan: Bahagian Akaun Tahun 2016 5
Pembayaran Bil dan Tuntutan Dalam Tempoh 14 Hari 6
Punca Bil dan Tuntutan Dibayar Melebihi 14 hari 7
Pencapaian Aktivit Operasi Bahagian Akaun KKLW sehingga 31 Disember 2016 8
Prestasi Pengumpulan Data Aset dan Liabiliti KKLW sehingga 31 Disember 2016 9
Lawatan Kerja ke Muzium Orang Asli Gombak, Selangor 10
Kursus Pengurusan Perubahan “Expecting The Expected” 11
Program Naziran eSPKB bagi Tahun 2016 12
EDISI 2, DISEMBER 2016
Membandarkan Luar Bandar 2
Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia diucapkan
kepada para pembaca yang dikasihi. Bertemu
kita sekali lagi pada keluaran #eAKRUAN edisi
kedua terbitan bulan Disember 2016.
Sepintas kilat masa pergi meninggalkan kita.
Dalam menghambat tugasan seharian sedar tak
sedar kita telah berada di penghujung tahun
2016. Kami percaya anda semua telah berusaha
dengan gigih untuk mencapai sasaran tugasan
dan objektif jabatan yang telah ditetapkan.
Oleh itu, sebagai santapan minda edisi kali ini
akan mengupas tentang pencapaian aktiviti
perakaunan akruan di kementerian ini di
samping pencapaian aktiviti operasi Pejabat Pe-
rakaunan. Setinggi-setinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada
semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
aktiviti perakaunan akruan sama ada di
peringkat Kementerian, Jabatan dan juga Pusat-
Pusat Tanggungjawab di semua negeri.
Komitmen anda semua amatlah diperlukan da-
lam kita menjayakan pelaksanaan perakaunan
akruan dan juga dalam pelaksanaan 1GFMAS
yang dijangka dilaksanakan menjelang tahun
2017. Adalah diharapkan #eAKRUAN edisi ini
dapat meningkatkan momentum anda semua
menjelang Go Live Akruan. Akhir kata….. SELAMAT MEMBACA!
Membandarkan Luar Bandar 3
Bahagian Akaun KKLW bagi tahun 2016 telah
melaksanakan beberapa aktiviti Perakaunan Akruan
sehingga 31 Disember 2016. Mesyuarat Jawatankuasa
Pelaksanaan Perakaunan Akruan (JPPA) telah diadakan
sebanyak tiga (3) kali sepanjang tahun 2016. Selaras
dengan penangguhan pelaksanaan Perakaunan Akruan,
Mesyuarat JPPA Bil. 3 Tahun 2016 telah bersetuju agar
Mesyuarat JPPA Tahun 2016 hanya diadakan sebanyak 3
kali sahaja. Manakala Mesyuarat Kumpulan
Kerja Pengumpulan Data (KKPD) KKLWtelah berjaya di-
adakan sebanyak tiga (3) kali bagi tahun 2016. Sebagai
sebahagian daripada siri latihan dan pengurusan peru-
bahan ke arah pelaksanaan perakaunan akruan, sesi
Town Hall telah diadakan sebanyak dua (2) kali dan te-
lah dihadiri oleh wakil dari PTJ KKLW.
BIL. AKTIVITI TARIKH PERINCIAN AKTIVITI
SIRI TOPIK/ KERTAS KERJA
1.
MESYUARAT
JAWATANKUASA
PELAKSANAAN
PERAKAUNAN
AKRUAN (JPPA)
15 Mac 2016 BIL. 1
Laporan Kemajuan Pelaksanaan Perakaunan Akruan
Laporan Pengumpulan Data Aset/Liabiliti
Perancangan Latihan Perakaunan Akruan KKLW
Pengiktirafan data Aset Tak Alih (ATA) dan Aset Dalam
Pembinaan (AUC)
10 Jun 2016 BIL. 2
Laporan Kemajuan Pelaksanaan Perakaunan Akruan
Laporan Pengumpulan Data Aset/Liabiliti
Perancangan Latihan Perakaunan Akruan KKLW
Site Deployment
7 Oktober
2016 BIL. 3
Laporan Kemajuan Pelaksanaan Perakaunan Akruan
Laporan Pengumpulan Data Aset/Liabiliti
2.
MESYUARAT
KUMPULAN
KERJA
PENGUMPULAN
DATA
KEMENTERIAN
(KKPD)
15 Februari
2016 BIL. 1
Laporan Prestasi Pengumpulan Data Aset dan Liabiliti (ABB
& ABT)
13 Mei 2016 BIL. 2 Laporan Prestasi Pengumpulan Data Aset dan Liabiliti
(ABB, ABT, AA & ATA)
20 Septem-
ber 2016 BIL. 3
Laporan Prestasi Pengumpulan Data Aset dan Liabiliti
(ATA)
Membandarkan Luar Bandar 4
BIL. AKTIVITI TARIKH PERINCIAN AKTIVITI
SIRI TOPIK/ KERTAS KERJA
3.
LATIHAN
&
PENGURUSAN
PERUBAHAN
2 Februari 2016 Taklimat Activity Based Costing (ABC)
4 Februari 2016 Bengkel Penyelenggaraan Buku Vot Manual (Dummy Vot)
16-18 Mac 2016 Latihan Expert End User (EEU) 1GFMAS Bagi Modul Human Capi-
tal Management (HCM) Siri 1 Tahun 2016
22 Mac 2016 Sesi Town Hall Ketua Akauntan Kementerian Kemajuan Luar
Bandar Dan Wilayah (KKLW) Bersama Pegawai Skim Perkhid-
matan Perakaunan
4-6 Mei 2016 Latihan EEU 1GFMAS Bagi Modul HCM Siri 2 Tahun 2016
17-19 Mei 2016 Latihan EEU 1GFMAS Bagi Modul HCM Siri 3 Tahun 2016
24 Ogos 2016 Taklimat Authorization Matrix Dan User Mapping 1GFMAS An-
juran KKLW Bersama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Pe-
rumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
20 Oktober 2016 Sesi Town Hall Ketua Akauntan KKLW Bersama Pegawai Skim
Perkhidmatan Perakaunan
22-23 September 2016 Accounting for Non Accountants : “Increase Your Financial IQ :
Understanding Financial Statements”
4-6 Disember 2016 Change Management- ‘Expecting The Unexpected’
6 Disember 2016 Sesi Hot Coffee Bersama Ketua Akauntan KKLW Bersama Pega-
wai Skim Perkhidmatan Perakaunan
Membandarkan Luar Bandar 5
Tahun 2016 merupakan tahun kritikal bagi Bahagi-
an Akaun KKLW untuk memastikan semua
keperluan
pelaksanaan
1GFMAS ber-
jalan lancar.
Bahagian
Akaun KKLW
telah disasar-
kan dengan 6
aktiviti utama
kesinambun-
gan daripada
aktiviti tahun
2015.
Mesyuarat
JPPA dan
Mesyuarat
KKPD masing-
masing disasar-
kan sebanyak 4
kali iaitu bagi
setiap sukuan. Walau bagaimanapun Pengurusan
Tertinggi Kementerian telah memutuskan
mesyuarat hanya diadakan sebanyak 3 kali sahaja.
Manakala Mesyuarat KKPD telah diadakan
sebanyak 3 kali.
Sebanyak 1 latihan disasarkan pada tahun 2016
iaitu Taklimat Activity Based Costing (ABC) yang
telah disampaikan oleh Tuan Haji Husaini
Bin Abu dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia
(JANM) pada 02 Feb-
ruari 2016. Sesi
Town Hall bersama
Pegawai Perkhid-
matan Perakaunan
pula akan diadakan
sebanyak 3 kali yang
dipengerusikan oleh
Ketua Akauntan
KKLW, Puan Azida
Binti Abdul Aziz.
Aktiviti pengesahan
data baki awal aset
dan liabiliti disasar-
kan sebanyak 2 kali
iaitu pada 29 Julai
2016 dan 13 Januari
2017. Manakala ak-
tiviti pengumpulan
data baki awal aset
dan liabiliti diterus-
kan pada setiap bulan bagi Cut Off Date (COD) 25hb
pada setiap bulan.
Membandarkan Luar Bandar 6
Peraturan berkaitan pembayaran Bil dan Tuntutan
perlu diselesaikan dalam kadar segera adalah ber-
dasarkan Arahan Per-
bendaharaan (AP) 103
(a):
“Ketua Jabatan atau
Ketua Pejabat hen-
daklah meminta supaya
semua bil dan tuntutan disampaikan dengan
segera. Mereka hendaklah memastikan bahawa
bil dibayar dengan segera tidak lewat dari 14
hari dari tarikh ianya diterima dengan lengkap
dan sempurna”
Selain itu, setiap Kementerian/Agensi Kerajaan
telah diarahkan supaya mengemukakan Laporan
Prestasi Pembayaran Bil dan Tuntutan kepada
Ketua Setiausaha Negara (KSN). Laporan Prestasi
Pembayaran Bil oleh semua Pusat Tanggungja-
wab (PTJ) di bawah Kementerian perlu
dikemukakan sebanyak dua kali
setiap bulan iaitu Laporan Pem-
bayaran Bil/Tuntutan bagi tem-
poh 01hb sehingga 15hb dan
laporan bagi tempoh 01hb hingga 30/31hb.
Perkiraan tempoh bayaran 14 hari adalah seperti
Membandarkan Luar Bandar 7
PUNCA: PUNCA: PUNCA:
TINDAKAN: TINDAKAN: TINDAKAN:
TINDAKAN:
TINDAKAN:
TINDAKAN:
PUNCA: PUNCA:
TINDAKAN: TINDAKAN:
TINDAKAN:
Membandarkan Luar Bandar 8
Sehingga 31 Disember 2016, pencapaian aktiviti Operasi Bahagian Akaun KKLW sebagai Pejabat Perakaunan
adalah seperti berikut:
Membandarkan Luar Bandar 9
Aktiviti pengumpulan data ini melibatkan kesemua 53 PTJ KKLW. PTJ yang mempunyai liabiliti
dan aset seperti Aset Alih, Aset Tak Alih, Aset Dalam Pembinaan, Akaun Belum Bayar dan Akaun Belum
Terima dikehendaki untuk mengemukakan laporan ke Bahagian Akaun pada setiap bulan untuk dilaporkan
kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Sehingga 31 Disember 2016, sebanyak 454,147 aset bernilai RM1.079 bilion dan 773 akaun liabiliti ber-
jumlah RM141 juta telah dilaporkan seperti perincian di bawah:
BIL. JENIS DATA % NILAI
(RM)
BIL. ASET/
AKAUN NILAI (RM)
1 ASET ALIH (AA) 23.86% 452,491 257,649,073.37
2 ASET TAK ALIH (ATA) 63.29% 1,355 683,439,868.76
3 ASET DALAM PEMBINAAN (AUC) 0.32% 2 3,411,400.00
5 AKAUN BELUM TERIMA (ABT) 12.53% 299 135,355,032.81
454,147 1,079,855,374.94
4 AKAUN BELUM BAYAR (ABB) 773 140,996,338.82
BIL. JENIS
DATA
KEMENTERIAN/JABATAN JUMLAH
KKLW/PCN KEMAS JAKOA INFRA
(RM) (RM) (RM) (RM) (RM)
1 AA 35,006,442.16 174,583,730.83 42,025,536.77 6,033,363.61 257,649,073.37
2 ATA 62,618,794.76 493,812,360.00 75,382,400.00 51,626,314.00 683,439,868.76
3 AUC - 3,411,400.00 - - 3,411,400.00
4 ABT 135,001,290.87 352,684.63 1,057.31 - 135,355,032.81
232,626,527.79 672,160,175.46 117,408,994.08 57,659,677.61 1,079,855,374.94
5 ABB 135,605,036.08 1,061,887.15 4,313,561.65 15,853.94 140,996,338.82
Membandarkan Luar Bandar 10
Mesyuarat KKPD Bil 3/2016 telah
memutuskan agar satu lawatan
kerja Muzium Orang Asli di Gom-
bak diadakan untuk melihat arti-
fak yang terdapat di dalam Muzi-
um tersebut bagi tujuan
perekodan inventori perakaunan
akruan kelak. Lawatan kerja telah
diadakan pada 21 November
2016 yang disertai oleh pegawai
dari Bahagian Akaun, Ibu Pejabat JAKOA dan wakil dari
pihak Muzium Orang Asli.
Idea mewujudkan sebuah muzium bagi mengabdikan
sejarah silam serta memelihara warisan budaya
masyarakat Orang Asli telah dicetuskan oleh Dr Ba-
haron Azhar bin Raffie’I, bekas Ketua Pengarah Jabatan
Kemajuan Orang Asli (JAKOA) ke-4. Beliau men-
cadangkan agar kediaman bekas Ketua Pengarah JAKOA
dijadikan Muzium Orang Asli. Usaha untuk merealisasi-
kan ca-
dangan ini
mengambil
masa sela-
ma 6 bulan
bermula dengan kerja menaik taraf dan
mengubah suai bangunan serta
pengumpulan artifak.
Muzium Orang Asli telah dirasmikan
oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr.
Mahathir Mohamad, Perdana Menteri
ke-4 dan dibuka kepada orang ramai
pada 29 September 1987.
Melihat betapa pentingnya memelihara serta memulihara
warisan dan kebudayaan Orang Asli bagi tatapan generasi
akan datang, Muzium baharu telah dibina dan dirasmikan
pada 19 Jun 1998 oleh Yang di Pertuan Agong Ke -11,
Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni
Almarhum Sultan Hisamuddin Alam shah Alhaj.
Membandarkan Luar Bandar 11
KURSUS PENGURUSAN PERUBAHAN
“EXPECTING THE EXPECTED”
4 - 6hb Disember 2016
Bayou Lagoon Park Resort,
Melaka
D isember 04,2016(Ahad) - bertempat di Bayou Lagoon Park
Resort, Melaka, BA KKLW telah Berjaya melaksanakan kursus tera-
khir tahun ini yang juga merupakan Kursus Penutup bagi Tahun 2016.
Kursus Pengurusan Perubahan yang diberi tajuk “Expecting The Expected” di bawah
seliaan Encik Sivanesan N.Ragayan yang bertindak sebagai ketua dengan dibantu oleh tenaga
urusetia seramai 8 orang. Kursus ini berjaya menarik minat kehadiran seramai 40 orang peser-
ta. Kursus ini dianjurkan bertujuan menyampaikan maklumat baru serta memberi persediaan
mental kepada penjawat awam khususnya di bawah skim W dalam menghadapai perubahan
dan cabaran dalam pelaksananaan Sistem baru Perakaunan Kerajaan kelak.
Intipati kejayaan kursus ini terletak pada kekuatan tajuk serta isi ceramah yang disam-
paikan oleh para moderator hebat yang dijemput. Nama-nama seperti Coach Abd Aziz B. Kas-
sim dari Figure Dynamic Trainning Consultancy Sdn Bhd dan Dr. Mohd Fairuz Bin Md. Salleh,
Pensyarah Kanan Pengajian Perakaunan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM berjaya mem-
bangkitkan respon serta maklum balas yang positif daripada peserta yang hadir. .
Slot kursus ini juga diselitkan dengan sesi TownHall Ketua Akauntan KKLW dan Timba-
lan Pengarah, Unit Pengurusan Perubahan, Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA),
Puan Norlida Binti Mohd Khalid bersama para peserta. Dalam sesi ini selain beberapa amanat
serta nasihat yang disampaikan oleh beliau, peserta yang hadir juga dapat berdialog secara
langsung di samping sesi soal jawab berkaitan skim, perkhidmatan & kemuyskilan berkaitan
tugas dalam bidang perakuan dan hala tuju dan pendirian Jabatan Akauntan Negara dalam
merealisasikan Sistem Perakaunan Akruan.
JUMKLAH KURSUS SEPANJANG
TAHUN 2016
Latihan Expert End User (EEU)
Modul Human Capital
Management (HCM) bagi
SISTEM 1GFMAS : Siri 1 Tahun 2016 Siri 2 Tahun 2016 Siri 3 Tahun 2016
3
TOWN HALL :
Sesi Town Hall Ketua
Akauntan Kem. Kemajuan
Luar Bandar Dan Wilayah
(Kklw) Bersama Pegawai
Skim Perkhidmatan Pe-
rakaunan
1
LATIHAN-LATIHAN PENGURUSAN PRAKAUNAN AKRUAN: Taklimat Activity Based
Costing (ABC) Taklimat Authorization
Matrix Dan User Mapping Sistem 1GFMAS
Change Management- ‘Expecting The Unexpected’
3
LAIN-LAIN KURSUS :
Bengkel Penyelenggaraan Buku Vot Manual (Dummy Vot)
Accounting for Non Ac-countants Kursus “Increase Your Financial IQ : Understanding Financial Statements”
2
JUMLAH KURSUS
10
Membandarkan Luar Bandar 12
PTJ
TARIKH
NAZIRAN
MARKAH
SPPP
1 KEMAS WP 7-10 Mac 2016 92.71 (Cemerlang)
2 Bahagian Kewangan, KKLW 4-8 Apr 2016 96.10 (Cemerlang)
3 ILK WP KL 9-11 Mei 2016 87.35 (Baik)
4 KEMAS IP 30 Mei – 3 Jun 2016 88.02 (Baik)
5 INFRA 13-17 Jun 2016 82.43 (Baik)
6 JAKOA IP 18-22 Julai 2016 89.67 (Baik)
AKTIVITI UNIT PERUNDINGAN
Lawatan Naziran eSPKB dan KKWT oleh Unit
Perundingan dengan 6 PTJ di sekitar Lembah
Klang telah dilawati sepanjang 2016
PROGRAM NAZIRAN e-SPKB
BAGI TAHUN 2016
Membandarkan Luar Bandar 13
LATIHAN EXPERT END USER (EEU) MODUL HUMAN CAPITAL MANAGEMENT (HCM) BAGI SISTEM 1GFMAS :
SIRI 1 TAHUN 2016 SIRI 2 TAHUN 2016 SIRI 3 TAHUN 2016
KURSUS PENGURUSAN PERUBAHAN
“EXPECTING THE EXPECTED” 4 - 6hb Disember 2016
Bayou Lagoon Park Resort, Melaka
Membandarkan Luar Bandar 14
Bahagian Akaun Kementerian Kemajuan Lu-
ar Bandar Dan Wilayah (KKLW) telah
ditubuhkan secara rasminya mulai 01 April
2014. Penubuhan ini adalah selaras dengan Langkah Da-
sar Strategik (Strategy Policy Measure) untuk mengukuh-
kan sektor awam iaitu salah satu daripada 8 Inisiatif Pem-
baharuan Strategik (IPS) dalam merealisasikan Model
Ekonomi Baru (MEB).
Bahagian Akaun adalah bertanggungjawab terhadap pen-
gurusan perakaunan dan kewangan, pengurusan sistem
perakaunan dan penyediaan maklumat serta laporan
kewangan yang tepat. Bahagian Akaun juga diper-
tanggungjawabkan melaksanakan pengurusan perubahan
yang melibatkan perubahan budaya kerja, peningkatan
kemahiran dan kompetensi modal insan serta pemikiran
sebagai persediaan dalam memperkasakan pegawai
awam berikutan perubahan landskap perakaunan Kera-
jaan Persekutuan.
BAHAGIAN AKAUN
KEM. KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
ARAS 4, NO.47 PERSIARAN PERDANA
PRESINT 4 PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN
62100 PUTRAJAYA
Untuk maklumat lanjut berkenaan Perakaunan Akruan
Kerajaan Persekutuan sila layari web www2.anm.gov.my
ataupun emailkan ke [email protected]
Tel : 03-8891 5787
Faks : 03-8891 5861
E-mail: [email protected]
K EM ENT ER IAN KE MA JU AN L UA R B AND AR DA N WI LAY AH
Edisi ini juga boleh dicapai di pautan
http://www.rurallink.gov.my/info-korporat/media/penerbitan/e-learning-accrual-accounting