isu berkaitan program pendidikan khas

22
1.0. PENGENALAN Program inklusif telah dimasukkan dalam sasaran kerja utama Kementerian Pendidikan. Menjelang tahun 2000, salah satu sasaran kementerian ialah untuk mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di sekolah biasa . Langkah sedemikian menunjukkan dengan jelas bahawa program inklusif akan menjadi sebahagian daripada proses pendidikan penting pada masa akan datang. Murid berkeperluan khas dapat menikmati segala peluang dan pembelajaran sebagaimana yang dirasai, dialami dan dinikmati oleh rakan sebaya mereka yang normal. Dalam dunia pendidikan pada hari ini, terdapat banyak isu-isu yang diketengahkan samada melalui media cetak dan elektronik serta media massa. Pendidikan di Malaysia juga tidak terkecuali namun tidak ramai yang tahu atau tidak mahu ambil tahu tentang isu-isu yang terdapat dalam pelaksanaan program Pendidikan Khas di sekolah. Oleh itu, setiap dari kita perlu segera membuka mata dan minda supaya kita dapat memberikan tumpuan sejenak untuk menyelami dunia kecil pendidikan di Malaysia iaitu Pendidikan Khas. 2.0. ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS: Dalam bahagian bab 2 ini akan membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan program Pendidikan Khas khususnya program Pendidikan Khas yang dilaksanakan di negara ini. Isu-isu ini merangkumi perkara-perkara berikut: i. Pihak pengurusan sekolah ii. Guru Pendidikan Khas iii. Murid Pendidikan Khas iv. Ibu bapa atau waris Hala tuju pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas pada masa kini ialah ke arah mengintegrasikan mereka dengan murid-murid normal. Untuk itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi merealisasikan matlamat berkenaan. Namun, berdasarkan beberapa kajian mendapati terdapat beberapa faktor yang menghalang kepada kejayaan dan keberkesanan program-program Pendidikan Khas. Laporan kajian Mohd

Upload: afiqah-nooh

Post on 12-Aug-2015

164 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: isu berkaitan program pendidikan khas

1.0. PENGENALAN

Program inklusif telah dimasukkan dalam sasaran kerja utama Kementerian

Pendidikan. Menjelang tahun 2000, salah satu sasaran kementerian ialah untuk

“mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di sekolah biasa”. Langkah

sedemikian menunjukkan dengan jelas bahawa program inklusif akan menjadi

sebahagian daripada proses pendidikan penting pada masa akan datang. Murid

berkeperluan khas dapat menikmati segala peluang dan pembelajaran sebagaimana

yang dirasai, dialami dan dinikmati oleh rakan sebaya mereka yang normal.

Dalam dunia pendidikan pada hari ini, terdapat banyak isu-isu yang diketengahkan

samada melalui media cetak dan elektronik serta media massa. Pendidikan di Malaysia

juga tidak terkecuali namun tidak ramai yang tahu atau tidak mahu ambil tahu tentang

isu-isu yang terdapat dalam pelaksanaan program Pendidikan Khas di sekolah. Oleh

itu, setiap dari kita perlu segera membuka mata dan minda supaya kita dapat

memberikan tumpuan sejenak untuk menyelami dunia kecil pendidikan di Malaysia iaitu

Pendidikan Khas.

2.0. ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS:

Dalam bahagian bab 2 ini akan membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan

program Pendidikan Khas khususnya program Pendidikan Khas yang dilaksanakan di

negara ini. Isu-isu ini merangkumi perkara-perkara berikut:

i. Pihak pengurusan sekolah

ii. Guru Pendidikan Khas

iii. Murid Pendidikan Khas

iv. Ibu bapa atau waris

Hala tuju pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas pada masa kini ialah ke arah

mengintegrasikan mereka dengan murid-murid normal. Untuk itu, pelbagai usaha telah

dilaksanakan oleh kerajaan bagi merealisasikan matlamat berkenaan. Namun,

berdasarkan beberapa kajian mendapati terdapat beberapa faktor yang menghalang

Page 2: isu berkaitan program pendidikan khas

kepada kejayaan dan keberkesanan program-program Pendidikan Khas. Laporan

kajian Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya (1997) yang bertajuk “Bias Pengajaran

Guru Dalam Pelajaran Khas dan Pelajaran Normal” oleh Ysseldyke dan Alozzine

(1982), menyatakan antara faktor-faktor tersebut ialah;

Sumber yang terhad

Sikap yang negatif dan;

Kurangnya guru-guru terlatih dalam melaksanakannya.

2.1 PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH

Pihak Pengurusan

Sekolah

isu layanan kelas kedua

isu elaun guru pendidikan khas

isu peperiksaan awam

isu peruntukan kewangan isu

aspek pembangunan

fizikal

isu pengasingan aktiviti antara murid aliran perdana dan

murid pendidikan khas

Page 3: isu berkaitan program pendidikan khas

isu layanan kelas kedua

isu layanan kelas kedua yang diterima oleh guru-guru pendidikan khas dan murid –

murid pendidikan khas sudah menjadi kebiasaan di setiap sekolah. Ini kerana

kebanyakan guru aliran perdana sering memperlekehkan golongan pendidikan khas

kerana kurangnya pendedahan terhadap golongan ini. Guru aliran perdana sering

menggangap tugas sebagai guru pendidikan khas merupakan kerja yang enteng

memandangkan bilangan murid yang tidak ramai di dalam sesebuah kelas disamping

dibantu oleh pembantu pengurusan murid. Ini menyebabkan pihak pengurusan sekolah

sering mengambil kesempatan dengan memberi tugas tambahan melebihi guru aliran

perdana dengan alasan bahawa guru pendidikan khas tidak mempunyai kerja yang

banyak seperti menanda buku dan sebagainya.

Isu elaun guru pendidikan khas

Guru-guru dari aliran perdana menganggap tugas mengajar murid-murid ini tugas yang

sia-sia dan tidak kurang juga yang merasa jijik. Selain itu, isu elaun yang diterima oleh

guru Pendidikan Khas turut menjadi pertikaian kerana melalui anggapan mereka

mengajar murid-murid khas lebih senang berbanding mengajar murid aliran perdana.

Malah terdapat juga segelintir guru aliran perdana yang menganggap bahawa elaun

yang diberikan tidak adil memandangkan beban kerja guru aliran perdana lebih berat

jika dibandingkan dengan guru pendidikan khas jika dikira dari faktor bilangan murid

yang terdapat di dalam sesebuah kelas.

Isu peruntukan kewangan

Setiap sekolah akan mendapat peruntukan dimana peruntukan ini merupakan salah

satu perkara utama yang dirancang dalam Rancangan Malaysia sejak dari Rancangan

Malaysia pertama bertujuan menaiktaraf kemudahan sekolah serta bantuan kepada

murid-murid yang memerlukan. Namun begitu, peruntukan kewangan yang diterima

tidak disalurkan dengan betul kepada program pendidikan khas. Terdapat sesetengah

Page 4: isu berkaitan program pendidikan khas

sekolah yang menggunakan peruntukan kewangan tersebut bagi kepentingan sekolah

seperti membeli barang keperluan sekolah dan bukannya kepada program pendidikan

khas sekolah tersebut. Ini menyebabkan perancangan aktiviti program tersebut

terbantut dan tidak dapat dijalankan kerana kewangan yang tidak mencukupi. Malah

fasiliti kelas program tersebut tidak dapat ditingkatkan memandangkan kekurangan atau

ketiadaan peruntukan kewangan yang diturunkan kepada program tersebut. Ini

menyebabkan kelas berada dalam keadaan yang teruk seperti bilik yang sempit, tidak

kondusif, tidak ceria dan tidak sesuai dengan murid pendidikan khas.

Isu peperiksaan awam

Ari (2008) menyatakan bahawa pihak pentadbiran sekolah berasa kurang senang

apabila murid daripada pendidikan khas mengambil peperiksaan awam seperti Ujian

Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil pelajaran Malaysia (SPM). Pihak

pentadbiran tidak begitu menggemari situasi ini kerana mereka takut perkara ini akan

menjatuhkan graf peperiksaan sekolah memandangkan prestasi murid pendidikan khas

yang lemah sedangkan mereka juga layak diberikan peluang seperti kanak-kanak

normal yang lain.

Isu aspek pembangunan fizikal

Kelas bagi program pendidikan khas biasanya didirikan di bangunan yang terpinggir

atau lama. Malah ruang yang disediakan juga terhad dan sempit. Ini amatlah tidak

sesuai untuk digunakan oleh murid pendidikan khas yang memerlukan kawasan yang

lebih luas dan kondusif supaya memudahkan pergerakan murid untuk melakukan

sebarang aktiviti. Isu ini sering dipandang remeh oleh pihak pengurusan sekolah kerana

mereka menganggap mereka hanya merupakan golongan minoriti di dalam kawasan

sekolah tersebut dan kewujudan mereka tidak dipedulikan sekolah. Selain itu, kurang

komunikasi berlaku di antara guru pendidikan khas dan guru aliran perdana kerana

faktor penempatan yang berasingan memandangkan guru aliran perdana ditempatkan

Page 5: isu berkaitan program pendidikan khas

di dalam bilik guru manakala guru pendidikan khas pula ditempatkan di bangunan

pendidikan khas yang terasing daripada bangunan utama sekolah.

Isu pengasingan aktiviti antara murid aliran perdana dan murid pendidikan khas

Seperti yang dapat dilihat di setiap sekolah, murid pendidikan khas akan diasingkan

atau dikecualikan daripada sebarang aktiviti di sekolah dengan alasan murid pendidikan

khas tidak dapat mengawal diri dengan baik dan akan menggangu kelancaran aktiviti

tersebut.

Page 6: isu berkaitan program pendidikan khas

2.2 GURU PENDIDIKAN KHAS

Isu kesediaan guru

Sebagai seorang guru pendidikan khas, penting bagi guru tersebut untuk bersedia dari

segala segi bagi menghadapi murid-murid pendidikan khas. Ini kerana mengajar murid

istimewa memerlukan kesabaran dan persediaan dari segi fizikal dan mental dalam

melayani karenah mereka yang pelbagai.

Dalam mendidik murid istimewa, guru perlu membuat persediaan yang lebih berbanding

mengajar murid aliran perdana. Persediaan tersebut merangkumi bahan bantu

mengajar dan kreativiti semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Namun terdapat sesetengah guru yang hanya mengajar sambil lewa. Malah terdapat

guru yang langsung tidak mengajar dengan alasan bahawa murid-murid pendidikan

khas tidak boleh diajar. Sedangkan mereka berhak untuk menerima pendidikan seperti

murid normal yang lain.

Terdapat guru yang tidak bersedia secara mental untuk mengajar murid ini. Kecacatan

murid yang pelbagai dianggap menyusahkan dan suatu yang menjengkelkan. Sikap

isu sikap profesionalisme

guru

isu kekurangan guru

pendidikan khas

isu kesediaan

guru

Page 7: isu berkaitan program pendidikan khas

guru yang tiada kesediaan dari segi mental akan mewujudkan jurang di mana guru tidak

mesra dengan muri. Oleh itu, guru tidak akan memahami apa yang dihadapi oleh murid

dan kekurangan murid tersebut dijadikan alasan untuk guru tidak mengajar dengan

baik.

Segelintir guru mengajar kelas pendidikan khas kerana terpaksa sedangkan opsyen

mereka adalah mata pelajaran lain di aliran perdana. Ini menjadikan mereka tidak dapat

menerima hakikat dan tidak mempunyai ilmu dan kemahiran dalam mendidik murid

istimewa ini. Ini kerana mereka tidak mempunyai kemahiran psikologi dan mengajar

yang cukup. Guru ini akan menghaapi kesukaran kesukaran kerana mereka tidak dapat

mengagak apa yang perlu dilakukan bagi mengajar murid ini, cara menangani sebarang

masalah yang timbul dan sebagainya.

Isu kekurangan guru Pendidikan Khas

Seperti yang kita sedia maklum, program Pendidikan Khas ini masih dikira program

yang baru dilaksanakan oleh kerajaan. Dengan itu, sudah tentu masalah kekurangan

guru terlatih bagi program ini menjadi satu masalah yang belum selesai

memandangkan semakin banyak program pendidikan khas dibuka di sesebuah sekolah

sedangkan penempatan yang sedia ada masih mempunyai masalah kekurangan guru.

Dengan itu, guru daripada aliran perdana terpaksa diserap masuk ke dalam program

ini.

Apa yang menjadi masalah ialah guru-guru ini tidak mempunyai asas yang kukuh dalam

pendidikan khas yang dikira jauh berbeza dari apa yang mereka pelajari. Malah

terdapat persepsi yang mengatakan bahawa guru-guru yang bermasalah dan teruk

akan dihantar ke program pendidikan khas. Ini sekaligus menjadikan guru tersebut

berasa tertekan dan rendah diri sehingga prestasi guru menurun. Malah guru juga tidak

bersemangat kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka ditempatkan bagi

mengajar murid pendidikan khas sehingga murid istimewa ini menjadi mangsa.

Page 8: isu berkaitan program pendidikan khas

Kekurangan guru pendidikan khas juga menyukarkan sesebuah program menjalankan

aktiviti P&P mereka kerana kurangnya tenaga pengajar. Guru yang sedia ada perlu

mengambil alih kesemua murid-murid sehingga guru sukar untuk menumpukan

perhatian khusus kepada murid tersebut. Ini juga merupakan satu faktor utama

mengapa murid sukar dikawal dan diajar.

Isu sikap profesionalisme guru

Guru merupakan tunggak utama dalam sesebuah institusi. Guru, murid dan waris

merupakan hubungan yang saling berkaitan dalam memastikan perkembangan

pendidikan murid di sekolah. Sebagai guru pendidikan khas, hubungan di antara guru

dan waris sangatlah penting kerana mereka perlu saling berhubung jika terdapat

sebarang masalah yang berkaitan dengan murid.

Namun terdapat segelintir guru yang tidak profesional dalam menjalinkan hubungan

dengan ibu bapa. Terdapat guru yang mempunyai masalah untuk berinteraksi dengan

ibu bapa dan sebagainya. Ini hanya akan menyukarkan kedua-dua belah pihak. Selain

itu, terdapat guru yang melepaskan kemarahan peribadi terhadap murid-murid

pendidikan khas. Ini sepatutnya tidak berlaku walaupun murid tersebut tidak tahu untuk

melawan.

Sebagai guru pendidikan khas juga, penting bagi guru untuk melindungi maklumat

peribadi murid. Guru tidak boleh bercerita sewenangnya kepada orang lain maklumat

peribadi murid mahupun memburukkan diri murid di hadapan orang lain.

Walaupun mengajajar kelas pendidikan khas, guru sepatutnya memastikan setiap tugas

dilaksanakan dengan baik daripada segi menyediakan rancangan pengajaran harian

(RPH), menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) dan mengajar murid-murid ini. Guru

tidak boleh menganggap bahawa tiada bezanya jika guru mengajar atau tidak. Apa

yang penting ialah setiap guru perlu menonjolkan sikap profesionalisme dalam

profesion perguruan ini.

Page 9: isu berkaitan program pendidikan khas

2.3MURID PENDIDIKAN KHAS

Isu kehadiran murid

Dalam program pendidikan khas, kehadiran murid menjadi satu masalah yang dapat

dilihat dengan jelas. Ramai murid yang mempunyai masalah kehadiran. Terdapat murid

yang mempunyai masalah kesihatan sehingga memaksa mereka untuk tidak hadir ke

sekolah. Murid pendidikan khas ini biasanya mempunyai tahap imuniti yang lemah yang

menyebabkan mereka mudah jatuh sakit seperti selsema, demam dan batuk.

Namun terdapat juga murid yang sengaja tidak hadir ke sekolah kerana malas

mahupun sengaja tidak dihantar oleh waris ke sekolah. Memandangkan murid ini sering

membuat perangai apabila ingin ke sekolah, ini menyebabkan ibu bapa mereka

mengambil jalan untuk tidak menghantar mereka ke sekolah. Malah cuaca yang tidak

baik juga merupakan salah satu faktor mengapa waris tidak menghantar mereka ke

sekolah.

isu kehadiran murid

isu kesediaan murid

isu pelabelan dan pengasingan

isu kepelbagaian potensi murid

Page 10: isu berkaitan program pendidikan khas

Isu kesediaan murid

Murid-murid pendidikan khas terdiri daripada pelbagai kecacatan yang menyebabkan

mereka sukar untuk menerima pengajaran guru dengan sempurna. Kepelbagaian

kecacatan dan kekurangan ini sangat mempengaruhi kesediaan murid dan ianya

merangkumi masalah sensori, neorologi, psikologi dan tingkah laku  murid.

Dalam pendidikan khas, isu kesediaan murid ini sering timbul kerana setiap murid

menunjukkan tahap kesediaan yang berbeza untuk belajar. Perbezaan tahap dan jenis

kesediaan yang bergantung kepada kecacatan ini menyebabkan penyediaan sumber

pengajaran yang disediakan oleh guru adalah berbeza-beza mengikut kategori murid.

Isu ini turut menjadi permasalahan utama kerana kesukaran guru untuk memahami dan

mengendalikan tingkah laku murid yang pelbagai. Pembelajaran juga menjadi lebih

sukar kerana guru perlu mengawal ramai murid yang terdiri daripada pelbagai

kecacatan pada satu masa yang sama.

Isu pelabelan dan pengasingan

Pelabelan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 862) bermaksud perbuatan

membubuh label pada sesuatu. Manakala pengasingan pula menurut sumber yang

sama mendefinisikan kata pengasingan perihal mengasingkan atau memisahkan,

pemisahan, menyisihkan dan memencilkan diri. Namun, pelabelan yang saya

maksudkan ini bukanlah perbuatan membubuhkan label pada sesuatu barang atau

yang lainnya tetapi perbuatan atau pandangan negatif masyarakat termasuk komuniti di

sekolah seperti guru-guru aliran perdana, rakan-rakan sebaya yang biasa atau normal,

pihak pentadbir yang prejudis, memandang rendah akan kelemahan dan kekurangan

yang dimiliki murid khas, menganggap murid khas tidak memberi sebarang sumbangan

kepada sekolah dan sebagainya.

Anggapan mereka ‘bodoh’ dan seumpanya sering kali berlaku terhadap mereka.

Mereka juga dipandang sinis oleh sesetengah pihak yang tidak mempunyai hati dan

Page 11: isu berkaitan program pendidikan khas

perasaan. Tindakan pelabelan seperti ini semestinya menyebabkan murid-murid khas

hilang keyakinan diri dan tidak mahu hadir ke sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan

yang sempurna yang lain sama ada di sekolah mahupun di rumah.

Isu kepelbagaian kompotensi murid

Murid pendidikan khas mempunyai pelbagai tahap kecerdasan dan keupayaan yang

berbeza di antara satu sama lain. Isu kepelbagaian kompetensi murid ini bertambah

rumit lagi kerana wujudnya penempatan yang tidak sesuai berdasarkan kebolehan dan

keupayaan murid-murid di sekolah. Misalnya, terdapat murid yang mempunyai

keupayaan IQ yang terlalu rendah dicampurkan bersama dengan murid yang

mempunyai keupayaan yang sederhana. Hal ini boleh menyebabkan murid yang IQ

rendah itu akan lebih ketinggalan semasa mengikuti proses pembelajaran dan

pengajaran di dalam kelas. Akibatnya kanak-kanak tadi tidak lagi berminat untuk

menumpukan perhatian di dalam kelas. Proses P&P sedikit sebanyak akan terganggu

kerana murid yang tidak dapat memberikan tumpuan akan mengganggu rakan-rakan

lain.

Page 12: isu berkaitan program pendidikan khas

2.4IBU BAPA/WARIS

Isu keprihatinan ibu bapa

Ibu bapa merupakan tunggak penting kepada anak istimewa memandangkan mereka

lebih mengenali anak mereka sendiri melebihi orang lain. Namun terdapat ibu bapa

yang bersikap lepas tangan dengan melepaskan semua tanggungjawab tersebut

kepada guru. Ibu bapa mengharapkan guru untuk menguruskan segala hal anak

mereka di sekolah.

Sebagai ibu bapa yang prihatin, mereka seharusnya memastikan anak mereka terurus

sebelum diserahkan kepada guru. Namun terdapat sesetengah ibu bapa yang

menghantar anak mereka ke sekolah dalam keadaan tidak terurus seperti tidak mandi,

tidak membawa wang saku, tidak memakai kain lampin jika tidak dapat menguruskan

diri dan sebagainya. Sikap seperti ini hanya akan menyusahkan guru untuk mengurus

keseluruhan kelas.

IBU BAPA/WARIS

isu keprihatinan ibu bapapenyalahgunaan elaun murid

Page 13: isu berkaitan program pendidikan khas

Selain itu, terdapat ibu bapa yang tidak prihatin terhadap sebarang aktiviti anak di

sekolah seperti cuti, aktiviti luar dan sebagainya sedangkan surat pemberitahuan telah

diberikan kepada waris sehingga menyukarkan proses aktiviti dijalankan.

Isu penyalahgunaan elaun

Seperti yang diketahui umum, murid pendidikan khas akan menerima elaun bulanan

lebih kurang RM150. Elaun ini sedikit sebnayak dapat membantu waris yang

kebanyakannya terdiri daripada orang yang susah. Elaun yang diberikan kepada murid

ini seharusnya digunakan bagi tujuan perubatan, pendidikan, program sekolah dan sara

hidup murid.

Malangnya terdapat sesetengah ibu bapa yang menyalahgunakan elaun yang diberikan

bagi tujuan peribadi. Kerap terjadi ibu bapa datang meminta buku akaun murid dengan

alasan untuk membeli barang keperluan murid tetapi murid tersebut tetap ke sekolah

dalam keadaan yang tidak terurus. Malah ibu bapa juga enggan memberikan anak

mereka menyertai aktiviti atau program yang dianjurkan oleh program pendidikan khas

di sekolah yang memerlukan duit dengan alasan bahawa aktiviti yang dijalankan

memerlukan duit dan mereka tidak mampu. Ini menjadikan anak mereka terlepas

peluang untuk mencuba sesuatu perkara baharu dan tidak dapat menjalankan aktiviti

tersebut bersama rakan.

Page 14: isu berkaitan program pendidikan khas

3.0. CADANGAN-CADANGAN UNTUK MENGATASI ISU-ISU DALAM

PENDIDIKAN KHAS

3.1 PIHAK SEKOLAH

Bagi mengatasi isu sokongan pihak sekolah yang sering berlaku di mana-mana

program pendidikan khas ini, semua guru Pendidikan Khas mestilah tabah dan tidak

mudah berputus asa. Guru-guru Pendidikan Khas perlulah menganggap apa sahaja

persepsi negatif pihak sekolah sebagai satu cabaran. Guru-guru Pendidikan Khas juga

perlu melakukan tugas dan tanggungjawab dengan penuh komited dan ikhlas supaya

mereka menyedari bahawa guru-guru Pendidikan Khas lebih cemerlang dalam segala

aspek.

Pihak sekolah memainkan peranan penting dalam membangunkan sesebuah sekolah.

Dalam usaha mengatasi masalah yang timbul berkaitan hubungan pihak pentadbir

sekolah dengan program Pendidikan Khas ini sebenarnya amat bergantung kepada

kredibiliti seorang Guru Besar atau Pengetua untuk mewujudkan suasana persekitaran

sekolah yang harmoni antara aliran biasa dan program Pendidikan Khas.

Jika Guru Besar sendiri mewujudkan jurang dan menerapkan elemen negatif di dalam

diri warga sekolah, sudah tentu keseluruhan warga sekolah akan memandang serong

kepada program pendidikan khas tersebut.

Justeru, apa yang boleh dilakukan oleh pihak pentadbir untuk memantapkan lagi

program Pendidikan Khas di sekolah mereka ialah:

Mendalami dan memahami dunia Pendidikan Khas dengan menambah

pengetahuan mengenainya melalui kursus-kursus, seminar dan bengkel yang

disediakan atau dianjurkan oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian

Pelajaran Malaysia.

Page 15: isu berkaitan program pendidikan khas

Membina jati diri yang positif sebagai ketua yang berkaliber dalam sesebuah

organisasi dengan tidak mengamalkan nilai-nilai yang tidak patut dimiliki oleh

seseorang ketua seperti berburuk sangka dan memandang ringan terhadap

profesion guru Pendidikan Khas dengan menganggap guru-guru Pendidikan

Khas tidak ada kerja berat dengan hanya ‘mengasuh’ murid-murid itu di sekolah

sahaja, meletakkan perspektif negatif lain dan sebagainya.

Sebagai ketua atau guru biasa sekalipun, perlu disedari setiap bidang yang

diceburi mempunyai cabaran yang perlu digalas sendiri dan ianya pasti tidak

sama antara satu sama lain.

Sentiasa mengambil berat akan perkembangan program Pendidikan Khas di

sekolah seperti kewangan, peralatan dan bahan bantu mengajar, aktiviti-aktiviti

yang boleh meningkatkan kemahiran sosial serta urus diri murid Pendidikan

Khas dan sebagainya.

3.2 GURU PENDIDIKAN KHAS

Sebagai seorang guru pendidikan khas, guru perlu sentiasa mempunyai nilai-nilai murni

dan sikap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas. Nilai-nilai murni dan

sikap profesionalisme ini dapat dipupuk apabila guru ikhlas dalam mendidik dan

menggunakan kewarasan akal apabila bertindak. Guru perlu sentiasa berusaha untuk

menambahkan ilmu tidak kira pengetahuan asas, pedagogi mahupun ilmu berkaitan

bidang pendidikan khas sebagai persediaan mengajar murid istimewa ini.

Sebelum mengajar, penting bagi guru untuk membuat persediaan mengajar seperti

merancang P&P dan menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dengan

tahap murid. Ini sekaligus dapat membantu murid memahami dengan lebih baik setiap

apa yang diajar oleh guru. Malah guru juga perlu sentiasa membimbing dan memantau

murid semasa mereka menjalankan sebarang aktiviti.

Bagi mengatasi masalah kekurangan guru pendidikan khas, kerajaan perlu mengambil

inisiatif menambah bilangan guru pelatih yang memohon untuk mengambil bahagian

Page 16: isu berkaitan program pendidikan khas

pendidikan. Ini kerana pendedahan dari awal guru pelatih kepada bidang ini akan

memudahkan mereka untuk lebih bersedia apabila diserapkan ke dalam program

pendidikan khas. Ini berbeza dengan guru daripada bidang yang berlainan dan

diserapkan ke dalam pendidikan khas. Mereka tidak betah dan tidak dapat menghayati

dengan baik berbanding mereka yang sudah berkecimpung dari awal dalam bidang

tersebut.

3.3 MURID PENDIDIKAN KHAS

Terdapat banyak cara yang boleh digunakan bagi mengatasi setiap isu yang berkaitan

dengan pendidikan khas. Kesemua pihak boleh berganding bahu bagi membantu murid

ini dari pelbagai segi.

Dari sudut ibu bapa, mereka memainkan peranan yang paling besar dalam mengurus

kehidupan anak mereka. Ibu bapa perlu sabar dalam mendidik dan menjaga murid

istimewa ini. Setiap keperluan anak mereka perlu diurus dengan baik dan murid ini juga

layak diberikan peluang seperti peluang belajar, bersosial, rawatan dan sebagainya

supaya mereka dapat membesar seiring dengan kanak-kanak normal yang lain. Ibu

bapa seharusnya menonjolkan anak mereka di khalayak ramai supaya anak mereka

lebih mudah diterima disamping meningkatkan keyakinan anak itu sendiri.

Sebagai seorang guru, guru perlu memfokuskan atau mengenal pasti kemahiran utama

dan minat murid Pendidikan Khas. Hal ini kerana terdapat murid yang menunjukkan

tingkah laku agresif di dalam bilik darjah adalah kerana tidak berminat dengan

pembelajaran formal, mereka sebenarnya menggemari aktiviti ‘hands-on’ seperti

pertukangan, perkebunan dan menghasilkan kraftangan. Justeru, guru-guru boleh

memperbanyakkan aktiviti yang sesuai berdasarkan minat dan kemahiran utama murid

tersebut. Apa yang penting ialah mereka diberi peluang untuk mencuba perkara baharu.

Guru juga perlu memastikan bahawa murid diberi latihan yang sesuai dengan tahap

pemikiran mereka bagi mengelakkan mereka berasa rendah diri.

Page 17: isu berkaitan program pendidikan khas

3.4 IBU BAPA ATAU WARIS

Isu penyalahgunaan elaun murid-murid pendidikan khas sering wujud kerana tiadanya

kesedaran di kalangan ibu bapa murid. Bagi mengatasi masalah penyalahgunaan elaun

ini, pemantauan oleh pihak Jabatan Kebajikan masyarakat perlulah diwujudkan supaya

setiap ibu bapa tidak menggunakan wang yang diperuntukkan untuk murid sewenang-

wenangnya. Dengan adanya pihak yang bertanggungjawab, masalah penyalahgunaan

elaun ini mungkin dapat dibendung seikit demi sedikit.

Selain itu, ibu bapa perlulah diberikan taklimat mengenai elaun yang diperuntukkan

untuk anak-anak mereka. Sesi perbincangan dan kaunseling mengenai pengurusan

elaun boleh diadakan. Jadi, ibu bapa akan mendapat gambaran sebenar mengenai

tujuan sebenar elaun diperuntukkan kepada anak mereka.

Sehubungan itu, pihak sekolah juga boleh memainkan peranan untuk mengelakkan

penyalahgunaan elaun murid khas ini. Buku akaun murid dikendali dan dipegang oleh

penyelaras pendidikan khas supaya elaun yang masuk setiap bulan tidak digunakan

sesuka hati oleh ibu bapa. Kawalan yang dibuat oleh guru bukanlah bertujuan untuk

mengawal setiap perbelanjaan murid, tetapi lebih bersifat menjaga supaya tidak berlaku

penyelewengan yang tidak sepatutnya.

Dalam menentukan hala tuju murid-murid Pendidikan Khas, ibu bapa perlu menjadi

tunjang untuk menyokong apa yang anak mereka lakukan. Ibu bapa perlu sedar

bahawa sokongan dari pihak keluarga terutama ibu bapa sangat penting kepada murid-

murid khas ini. Ibu bapa perlu didedahkan mengenai pengetahuan dan maklumat yang

berkaitan Pendidikan Khas. Maklumat yang diperolehi bukan sahaja untuk mengenali

masalah murid-murid khas tetapi lebih bersifat membantu ibu bapa supaya dapat

menguruskan anak-anak istimewa ini dengan cara yang betul dan terbaik. Sehubungan

itu, kelas kaunseling dan bimbingan perlu dilaksanakan oleh pihak berkenaan seperti

Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga Pusat Pemulihan dalam Komuniti untuk

memberi maklumat yang berguna mengenai keupayaan dan juga kelebihan yang ada

Page 18: isu berkaitan program pendidikan khas

pada murid-murid khas ini supaya mereka tidak disisihkan dan sentiasa diterima oleh

masyarakat.

Bagi ibu bapa yang tidak dapat menerima kenyataan, sesi kaunseling boleh

dilaksanakan oleh kaunselor yang profesional agar jiwa ibu bapa ini tenang dan boleh

menerima kekurangan dan kelebihan anak mereka. Murid-murid khas ini jika diajar dan

dibimbing seperti anak-anak normal yang lain, berkemungkinan besar mereka juga

boleh berjaya. Sekiranya mereka tidak mendapat kemewahan dalam kehidupan,

kebolehan menguruskan diri sendiri pun susah memadai bagi murid-murid berkeperluan

khas ini.

Page 19: isu berkaitan program pendidikan khas

4.0 KESIMPULAN

Pendidikan Khas ini memberi satu cabaran kepada guru Pendidikan Khas untuk

membentuk murid yang dari tiada apa-apa menjadi murid dan insan yang boleh

dibanggakan dan diharapkan. Sebagai guru, didikan yang ikhlas perlulah diberikan

kepada murid-murid berkeperluan khas ini kerana mereka juga sama seperti murid-

murid yang memerlukan sokongan dan perhatian daripada pelbagai pihak. Murid

pendidikan khas perlulah dilayan sama rata seperti murid-murid lain supaya tiada lagi

isu-isu negatif dibangkitkan.

Oleh hal yang demikian, semua pihak sama ada kerajaan, badan bukan kerajaan

(NGO), guru-guru Pendidikan Khas, guru-guru aliran perdana/ biasa, pihak pentadbiran

sekolah, ibu bapa dan juga masyarakat Malaysia amnya perlu lebih prihatin terhadap

nasib golongan ini. Mereka juga mempunyai hak untuk menikmati segala kemudahan

yang ada termasuk keperluan pendidikan yang sama rata selaras dengan hasrat

kerajaan untuk menyediakan pendidikan yang sama rata kepada semua atau disebut

sebagai ‘education for all’.

Page 20: isu berkaitan program pendidikan khas

5.0 RUJUKAN

Buku

Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan Kaedah Penganjaran Dengan Penekanan

Pendidikan Inklusif. Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

K.A. Razhiyah. (2006). Anak Istimewa Panduan Bagi Ibu Bapa Membesarkan Anak

Istimewa. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

K.A. Razhiyah. (2008). Apa Itu Autisme. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing

Sdn. Bhd.

K.A. Razhiyah. (2008). Menjadi Guru Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: PTS

Professional Publishing Sdn. Bhd.

Kamaruddin Hj. Husin. (1988). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur : longman

Sdn. Bhd

Mohd Sharani Ahmad. (2006). Mengurus Kanak-kanak Susah Belajar. Kuala Lumpur:

PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2010). Perkembangan kanak-Kanak. Selangor: Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2011). Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku. Selangor:

Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Omardin Ashaari. (2009). Pengurusan Sekolah Suatu Panduan Lengkap. Kuala Lumpur

: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Sheila Devaraj, Samsilah Roslan. (2006). Apa Itu Disleksia? Panduan Untuk Ibu Bapa,

Guru dan Kaunselor. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Page 21: isu berkaitan program pendidikan khas

Internet

http://yushazwani.blogspot.com/2011/09/updates-isu-isu-dalam-pendidikan-khas.html

(dilayaripada 24/9/12)

http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/02/isu-profesionalisma-guru-pendidikan.html

(dilayaripada 25/9/12)

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gurusekolahrendahkecewa (dilayaripada

25/9/12)

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/OKUmatikenaderadipercayaikenaliwat

(dilayaripada 25/9/12)

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/

TPMserahbantuanpersekolahanRM2_49bilion (dilayaripada 25/9/12)

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Wujudsekolahkhasmuridlemah

(dilayaripada 25/9/12)

Page 22: isu berkaitan program pendidikan khas

LAMPIRAN