isu-isu dan trend terkini dalam teknologi pendidikan

14
ISU-ISU DAN TREND TERKINI DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN HAK CIPTA TERPELIHAR A KESELAMATA N KERAHSIAAN KAWALAN KENDIRI

Upload: fajrinahasbullah

Post on 31-Dec-2015

41 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

isu dan trenda terkini tmk dalam bentuk ppt

TRANSCRIPT

Page 1: Isu-Isu Dan Trend Terkini Dalam Teknologi Pendidikan

ISU-ISU DAN TREND TERKINI

DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN

HAK CIPTA TERPELIHARA

KESELAMATAN

KERAHSIAAN

KAWALAN KENDIRI

Page 2: Isu-Isu Dan Trend Terkini Dalam Teknologi Pendidikan

HAK CIPTA TERPELIHARA (COPYRIGHT)

• Hak eksklusif yang diberikan kepada pemilik bahan berhakcipta dan terdapat panduan yang mengehadkan serta mengiktirafkan hak undang-undang untuk menggunakan bahan yang berhakcipta.

• Contoh:

Cetakan Pertama 2005@ Raja Masitah Raja Ibrahim 2005Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga sama ada secara elektronik, fotokopi, makanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

Page 3: Isu-Isu Dan Trend Terkini Dalam Teknologi Pendidikan

• Di Malaysia : Akta Hak Cipta 1987. Melindungi karya sastera, muzik, seni, filem, rakaman bunyi, siaran dan terbitan dengan pemenuhan 3 syarat:

- usaha yang cukup untuk menjadikannya karya asli- karya tersebut tertulis atau direkod dan penciptanya

merupakan orang yang berkelayakan- karyanya telah dianut di Malaysia atau karyanya

mula- mula diterbitkan di Malaysia

• Akta Hak Cipta 1987 memberikan perlindungan kepada pemiliknya agar tidak dieksploitasi dengan bebas tanpa kebenaran pemiliknya.

Page 4: Isu-Isu Dan Trend Terkini Dalam Teknologi Pendidikan

PERATURAN HAK CIPTA:• Pemilik mengawal penggunaan karya, bahan cetak, filem

dan klip video bagi satu tempoh yang ditetapkan daripada pemiliknya untuk apa jua cara pun (KPM, 2008).

• Dalam konteks ini, pengguna harus meminta kebenaran daripada tuan punya bahan yang dihakciptakan. Ada ketikanya, bayaran harus dikemukakan kepada pemilik bagi menggunakan bahan.

• Dalam proses pemohonan, kita perlu spesisfik dari segi memberikan halaman dan perenggan yang ingin digunakan. Maklumat terperinci mengenai bagaimana dan di mana bahan itu digunakan perlu dikemukakan.

Page 5: Isu-Isu Dan Trend Terkini Dalam Teknologi Pendidikan

• Terdapat juga koleksi bahan media dalam CD-ROM yang “bebas daripada royalti” dan boleh digunakan untuk persembahan.

• Pengguna harus memahami istilah ini kerana ia berbeza daripada satu koleksi dengan yang lain.

• Ada yang tiada had penggunaan, dan ada yang mengehadkan penggunaan bahan dalam apa jua bentuk elektronik.

Page 6: Isu-Isu Dan Trend Terkini Dalam Teknologi Pendidikan

PATEN

• Satu set perlindungan oleh kerajaan kepada individu atau pertubuhan bagi reka cipta terbaru; untuk menghalang pihak lain meniru, mengguna atau menjual sesuatu rekaan dalam jangka masa 20 tahun dari tarikh perakuan diberi.

• Contoh :

No pendaftaran: PI 20023973Tajuk rekaan : Intelligent Traffic Light SystemPereka : Prof. Madya r. Dr. Riza Atiq Abullah O.K. RahmatStatus: Filing Certificate (24/10/2002)

Page 7: Isu-Isu Dan Trend Terkini Dalam Teknologi Pendidikan

• Di Malaysia, permohonan paten dibuat kepada Pendaftar, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; mematuhi syarat dan bayaran mengikut Akta Paten 1986.

Page 8: Isu-Isu Dan Trend Terkini Dalam Teknologi Pendidikan

HAK EKSKLUSIF PEMILIK HAK CIPTA

• Pemilik hak cipta berhak membuat pengeluaran semula karya dalam sebarang bentuk bahan.

• Pemilik hak cipta berhak menjalankan pertunjukan, tayangan dan penyampaian kepada awam hasil karyanya.

• Pemilik hak cipta berhak membuat pengedaran salinan kepada awam melalui jualan secara langsung atau pemindahan pemunyaan kepada sebuah syarikat yang dilantiknya.

Page 9: Isu-Isu Dan Trend Terkini Dalam Teknologi Pendidikan

• Pemilik hak cipta berhak menyewakan secara komersial hasil karyanya kepada orang awam.

Page 10: Isu-Isu Dan Trend Terkini Dalam Teknologi Pendidikan

Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332)

• Undang-undang berhubung hak cipta digunakan untuk melindungi karya-karya yang dicipta oleh seseorang individu.

• Walau bagaimanapun, mengikut akta ini perpustakaan dan arkib adalah dibenarkan untuk membuat salinan atau menghasilkan semula salinan sesuatu karya selagi tidak melanggar syarat berikut:

Page 11: Isu-Isu Dan Trend Terkini Dalam Teknologi Pendidikan

i) Pihak perpustakaan tidak menjual atau menyewakan karya tersebut.ii) Pihak perpustakaan tidak mendedahkan karya tersebut kepada risiko dijual atau disewa.

• Dan Akta Hak Cipta dalah bertujuan untuk memberi hak cipta kepada karya-karya dan melindungi hak eksklusif tuan punya hak cipta daripada diceroboh oleh pihak tertentu.

Page 12: Isu-Isu Dan Trend Terkini Dalam Teknologi Pendidikan

PENGUATKUASAAN HAK CIPTA

• Akta hak cipta 1987 memberi kuasa kepada bahagian penguatkuasa, kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna (KPDNHEP) dan pihak polis untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut.

• Memberi kuasa yang perlu kepada agensi penguatkuasa untuk melaksanakan langkah anti-cetak rompak dengan berkesan.

• Pemilik hak cipta perlu mengemukakan aduan rasmi yang disokong oleh dokumen perlu kepada Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, jika mereka mengesyaki berlaku perlanggaran.

Page 13: Isu-Isu Dan Trend Terkini Dalam Teknologi Pendidikan

• Tindakan yang sewajarnya akan diambil oleh pihak berkuasa terbabit iaitu: - Perbadanan Harta Intelek Malaysia- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal

Ehwal Pengguna Malaysia

Page 14: Isu-Isu Dan Trend Terkini Dalam Teknologi Pendidikan

PERLAKUAN MELANGGAR HAK CIPTA

• Seseorang individu atau syarikat mengeluarkan semula salinan karya dalam sebarang bentuk tanpa kebenaran pemilik hak cipta termasuklah mengimport apa-apa karya bagi tujuan perdagangan atau untuk mendapat keuntungan.

• Seseorang individu atau syarikat mendedahkan, menawarkan, membuat untuk jualan, mengedarkan atau menyewa apa-apa salinan langgaran.