isu isu pendidikan khas

33
su-Isu Dalam Pendidikan Khas 1.1 Isu: Program Intergrasi/ Pelabelan dan Pengasingan Program intergrasi dalam pendidikan khas telah pun dijalankan di Malaysia sejak tahun 1997. Program Pendidikan Khas Intergrasi adalah istilah baru bagi Program Pendidikan Khas Percantuman. Program ini menempatkan murid kelas khas di kelas khas di dalam sebuah sekolah biasa (Dr Abdullah Yusoff,2007). Kebiasaannya intergrasi yang berlaku adalah pada peringkat fizikal di mana murid dengan keperluan khas dan murid biasa berkongsi padang sekolah, bangunan dan kantin. Walaupun harapan kerajaan semasa mewujudkan intergrasi ini adalah untuk mengintergrasikan murid khas dan murid normal, namun kajian Zarin Ismail, Safani Bari dan Soo Boon Seng (2004) mendapati intergrasi sosial di kalangan murid khas dan murid normal berada pada tahap yang rendah atau minima. Program ini juga masih lagi mempunyai kekurangannya kerana terdapat beberapa isu yang timbul. Melalui pemerhatian di Sekolah A, didapati terdapat beberapa isu yang boleh dikupaskan dalam program intergrasi yang dijalankan di sekolah ini. Antara contoh-contoh isu yang berbangkit dalam program intergrasi ini ialah murid-murid berkeperluan khas ini diasingkan daripada kelas normal. Waktu rehat yang berlainan daripada murid-murid aliran normal juga menyebabkan wujudnya jurang sosial antara murid-murid berkeperluan khas dengan normal ini. Murid-murid berkeperluan khas ini juga hanya berinteraksi antara satu sama lain mereka sahaja. Hal ini menyebabkan kanak-

Upload: rosida-ida

Post on 24-Dec-2014

10.005 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Isu isu pendidikan khas

su-Isu Dalam Pendidikan Khas

1.1 Isu: Program Intergrasi/ Pelabelan dan Pengasingan

Program intergrasi dalam pendidikan khas telah pun dijalankan di Malaysia sejak

tahun 1997.  Program Pendidikan Khas Intergrasi adalah istilah baru bagi Program

Pendidikan Khas Percantuman. Program ini menempatkan murid kelas khas di kelas

khas di dalam sebuah sekolah biasa (Dr Abdullah Yusoff,2007). Kebiasaannya

intergrasi yang berlaku adalah pada peringkat fizikal di mana murid dengan keperluan

khas dan murid biasa berkongsi padang sekolah, bangunan dan kantin. Walaupun

harapan kerajaan semasa mewujudkan intergrasi ini adalah untuk mengintergrasikan

murid khas dan murid normal, namun kajian Zarin Ismail, Safani Bari dan Soo Boon

Seng (2004) mendapati intergrasi sosial di kalangan murid khas dan murid normal

berada pada tahap  yang rendah atau minima.

Program ini juga masih lagi mempunyai kekurangannya kerana terdapat 

beberapa isu yang timbul.  Melalui pemerhatian di Sekolah A, didapati terdapat

beberapa isu yang boleh dikupaskan dalam program intergrasi yang dijalankan di

sekolah ini. Antara contoh-contoh isu yang berbangkit dalam program intergrasi ini ialah

murid-murid berkeperluan khas ini diasingkan daripada kelas normal. Waktu rehat yang

berlainan daripada murid-murid aliran normal juga menyebabkan wujudnya jurang

sosial antara murid-murid berkeperluan khas dengan normal ini.

Murid-murid berkeperluan khas ini juga hanya berinteraksi antara satu sama lain

mereka sahaja. Hal ini menyebabkan kanak-kanak yang normal tidak dapat mengenali

dan memahami murid-murid yang istimewa ini.  Akibatnya murid-murid yang normal ini

tidak mampu memahami murid-murid bekerpeluan khas ini dengan sebaiknya.

Isu mengenai pelabelan pada hari ini masih ketara terutama pada golongan anak

kurang upaya ini. Definisi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, pelabelan

bermaksud mengecap seseorang sbg (mempunyai sesuatu sifat yg tidak baik seperti

jahat, suka menipu dan sebagainya. Pelabelan juga diertikan sebagai satu tanggapan

atau penilaian yang dibuat berdasarkan pandangan individu itu sendiri terhadap

sesuatu perkara.

Isu pelabelan terhadap kanak-kanak khas agak ketara di negara kita. Perkara

sedemkian juga wujud di sekolah yang saya telah jalani praktikum yang lalu. Hal ini

Page 2: Isu isu pendidikan khas

kerana terdapat murid-murid normal yang memanggil kanak-kanak sindrom down

sebagai orang yang cacat yang mempunyai mata yang sepet. Mereka menggelarnya

sebagai “orang sepet”. Keadaan ini boleh menyebabkan kanak-kanak sindrom down

tadi berasa rendah diri dan tidak akan selesa berada di persekitaran sekolah.

Berkenaan dengan isu pengasingan pula terdapat pelbagai jenis pengasingan

yang berlaku terhadap kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah. Mereka seringkali

diletakkan sebagai kumpulan yang asing di sekolah. Menurut kamus Dewan dan

Bahasa dan Pustaka ,pengasingan bermaksud perihal atau perbuatan yang

mengasingkan  atau pun melibatkan pemisahan.(edisi keempat). Pengasingan dalam

Pendidikan Khas bermaksud kanak-kanak pendidikan khas diasingkan dari kanak-

kanak normal di dalam sistem pendidikan dan juga dari aspek pengajaran dan

pembelajaran

Selain itu juga, mengenai isu pengasingan pula terdapat kanak-kanak

berkeperluan khas di program intergrasi ini diasingkan. Mohd X misalnya telah pun

diasingkan daripada rakan-rakan semasa berada di dalam kelas. Walaupun sebenarnya

tindakan guru adalah untuk memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran yang

dikehendaki oleh beliau namun beliau harus sedar akan kesan buruk terhadap kanak-

kanak berkenaan. Menurut guru di situ, tujuan kanak-kanak itu diasingkan adalah bagi

mengelakkan kanak-kanak itu mengganggu rakan sekelasnya. Disebabkan itulah

kanak-kanak itu diasingkan jauh daripada meja rakan-rakan yang lain.

1.2 Isu: Penglibatan Ibu Bapa

Dari aspek penglibatan ibu bapa, didapati di Malaysia tahap kesedaran ibu bapa

mengenai masa depan anak-anak yang berkeperluan khas masih berada dalam

keadaan yang minima. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di kalangan ibu bapa yang

mempunyai anak istimewa yang tinggal di luar bandar. Hal ini kerana terdapat setengah

ibu bapa yang beranggapan anak yang istimewa ini tidak layak dan tidak berkeupayaan

untuk mendapat pendidikan yang seimbang dan sempurna. Disebabkan anggapan

sedemikian maka wujudlah keciciran murid-murid berkeperluan khas daripada alam

persekolahan. Perkara ini terus menyebabkan kanak-kanak istimewa ini tidak

Page 3: Isu isu pendidikan khas

mempunyai kemahiran hidup yang baik dan akhirnya memberi bebanan kembali

kepada keluarga masing-masing.

Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang masih kurang sedar mengenai

betapa pentingnya memberi pendidikan atau pun kemahiran mengurus diri atau

kemahiran hidup kepada anak-anak yang istimewa. Faktor utama yang menyebabkan

perkara ini berlaku disebabkan kurangnya keyakinan akan kebolehan anak-anak

istimewa mereka ini.  Sebagai contoh, pengajaran amali kemahiran memasak dan

menjahit, mungkin boleh menyebabkan timbulnya perasaan risau  ibu bapa terhadap

anak-anak mereka berada di dapur. Hal ini mungkin disebabkan memikirkan keadaan

yang mungkin boleh mengundang bahaya semasa di dapur dan semasa menggunakan

jarum untuk menjahit. Disebabkan sikap yang terlalu obses akan perkara negatif inilah

menyebabkan mengapa kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia agak ketinggalan.

Isu ini juga berkait dengan isu yang melanda di sek A ini. Melalui pemerhatian

didapati penglibatan ibu bapa dalam apa jua aktiviti yang dilakukan oleh pihak sekolah

masih dalam tahap sederhana. Hal ini kerana masih terdapat ibu bapa yang tidak yakin

dan tidak mahu memberi peluang kepada anak mereka ini mencuba sesuatu yang baru.

Sebagai contohnya, aktiviti renang yang dijalankan pada hari Jumaat ( 2 kali sebulan)

ini tidak mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada pihak ibu bapa.

Disebabkan itulah hanya sedikit ibu bapa yang membayar yuran untuk aktiviti renang

ini. Apabila perkara ini berlaku maka program terapi berenang yang sepatutnya

dijalankan untuk semua murid tidak dapat dijalankan. Maka murid-murid akan tidak

mempunyai keseronokan untuk mengikuti aktiviti luar.

Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang hanya bergantung kepada pihak

sekolah semata-mata sahaja dalam usaha memberi didikan kepada anak mereka

terutama dalam aspek pengurusan diri. Disebabkan itulah terdapat murid-murid yang

masih tidak tahu untuk membuang air kecil atau besar di tempat yang sepatutnya iaitu

tandas. Perkara ini sedikit sebanyak agak mengganggu proses pembelajaran dan

pengajaran di dalam kelas. Akibatnya guru sendiri terpaksa membantu menguruskan

kanak-kanak tersebut semasa berada di dalam kelas.

1.3 Isu: Stigma Masyarakat (Isu Sistem Sosial)

Page 4: Isu isu pendidikan khas

Negara kita sememangnya mempunyai beberapa kelas lapisan sosial yang

tertentu. Walaupun wujudnya jurang sosial antara golongan berada dan golongan

pertengahan, masing-masing masih dapat berinteraksi dengan baik dan hidup dengan

hormone. Namun begitu, bagi golongan yang tidak berkeupayaan atau pun dikenali

sebagai orang kurang upaya, masyarakat di negara kita masih lagi memandang rendah

dan mendiskriminasi golongan berkenaan.

Di sekolah ini misalnya, masih wujud pandangan negatif mengenai kanak-kanak

berkeperluan khas ini. Perkara ini dapat dibukti dengan wujudnya ejekan yang

mengatakan budak kanak-kanak khas ini sebagai budak lembam dan bodoh. Malah

terdapat murid-murid normal yang tidak mahu berkawan dengan kanak-kanak

sedemkian disebabkan dikhuatiri menjadi seperti kanak-kanak berkeperluan khas ini.

1.4   Kepelbagaian Kompetensi Murid

Setiap murid berkeperluan khas sudah pastilah mempunyai kepelbagaian

kecerdasan dan keupayaan yang berbeza antara satu sama lain. Hal ini jelas seperti

yang diterangkan oleh Howard Garner (1983) yang mengatakan setiap manusia ini

mempunyai 9 kecerdasan yang pelbagai. Menurut Gardner, kaedah lama untuk

mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad.

Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai

satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa.

Bagi kanak-kanak khas sudah pastilah mereka mempunyai kepelbagaian

kompetensi tersendiri. Sebagai contohnya, kanak-kanak autism selalunya mempunyai

IQ yang sederhana berbanding dengan kanak-kanak sindrom down yang mempunyai

IQ yang rendah. Hal ini adalah disebabkan kebiasaannya kanak-kanak sindrom down

mengalami kerencatan akal sejak lahir lagi.

Melalui pemerhatian saya ialah, di Program Pendidikan Khas Intergrasi Sekolah

A wujudnya penempatan yang tidak sesuai berdasarkan kebolehan dan keupayaan

murid-murid. Sebagai contohnya, terdapat murid yang mempunyai keupayaan IQ yang

terlalu rendah dicampurkan bersama dengan murid yang mempunyai keupayaan yang

sederhana. Hal ini boleh menyebabkan murid yang IQ rendah itu akan lebih ketinggalan

semasa mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Akibatnya

Page 5: Isu isu pendidikan khas

kanak-kanak tadi tidak lagi berminat untuk menumpukan perhatian dan belajar dengan

baik di dalam kelas. Maka dengan disebabkan itulah terdapatnya murid yang tidak

menumpukan perhatian dan mengganggu rakan disebelahnya.

1.5 Isu: Pelaksanaan Pengajaran dan Pengajaran.

Pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan perkara yang sangat berkaitan

dalam aspek pendidikan. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

akan mencapai matlamat pembelajaran atau hasil pembelajaran seperti yang

dihasratkan.(Noriati Abd Rashid & etc, 2011).  Definisi bagi pengajaran menurut Kamus

Dewan dan Bahasa Pustaka edisi keempat ialah berkaitan dengan perihal mengajar

dan segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar. Manakala menurut 

(Slavin ,1997) pembelajaran  biasanya didefinisikan sebagai perubahan individu yang

disebabkan oleh pengalaman. Perubahan akibat perkembangan (seperti mengalami

pertambahan ketinggian) bukanlah pengajaran. Manakala menurut (Crow &

Crow ,1983) pembelajaran adalah pemerolehan tabiat dan sikap. Pembelajaran

melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia berkait percubaan individu untuk

mengatasi rintangan atau menyesuaikan diri kepada situasi baru.

Sebagai guru kita hendaklah bijak memilih strategi pengajaran dan pembelajaran

yang sesuai dengan tahap murid. Hal  ini adalah demikian bagi memastikan  guru

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran  yang berkesan di sekolah. Isu yang

seringkali timbul semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah

metodologi dan pedagogi yang digunakan oleh pihak guru dalam memastikan murid-

murid dapat mencapai matlamat objektif yang telah ditetapkan.

Berdasarkan artikel Perancangan Pengurusan Kakitangan Profesional

Pemangkin Kejayaan oleh En Mohd Isa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan

ketidakberkesanan pengajaran. Antaranya adalah disebabkan sikap oleh guru sendiri.

Ini kerana guru tidak mempamerkan sikap profesionalisme sebagai input yang

menjamin kejayaan aktiviti akedemiknya. Akibatnya wujud segelintir guru yang tidak

mahu meningkatkan ilmu dan disiplin yang diajar serta memperbaiki kaedah dan teknik

pengajaran. Maka kesannya teknik pengajaran yang dilakukan tidak berjaya menarik

perhatian murid. Akibatnya murid menjadi bosan dan tidak berminat terhadap proses

pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Page 6: Isu isu pendidikan khas

Penggunaan secara kekerasan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

terhadap murid-murid berkeperluan khas juga perlu diambil kira. Perkara ini sepatutnya

tidak boleh diamalkan oleh. Sepanjang pengalaman saya di situ, saya dapati wujud

unsur kekerasan yang digunakan oleh guru semasa mengajar murid. Murid-murid

berkeperluan khas ditakutkan dengan rotan dan mereka juga dipukul kerana tidak

mendengar arahan guru. Isu ini sangat serius kerana boleh menyebabkan murid

menjadi takut dan menjadi lebih degil dan tidak mendengar kata.

Apa yang diperhatikan, terdapat satu ketika di mana pembantu pengurusan

murid (PPM) menakutkan murid yang nakal dengan besi yang panas. Walaupun niat

beliau mungkin hanya untuk memberitahu bahawa besi itu panas namun tidak

seharusnya beliau membiarkan kanak-kanak berkeperluan khas yang nakal tadi

menyentuh besi tersebut. Perkara yang lebih membimbangkan seperti kecederaan

boleh berlaku. Ini sekaligus akan memberi kesan yang lebih buruk terhadap sekolah.

1.6 Isu: Profesionalisme   Guru

Dewasa kini, isu hangat yang seringkali diutarakan mengenai profesionalisme

guru. Perkara ini berkaitan dengan sikap guru yang tidak bermoral, malas dan tidak

mempunyai kemahiran pedagogi yang baik semasa mengajar di dalam kelas. Sebagai

guru sepatutnya, perlu sedar bahawa pentingnya menjaga profesionalisme guru. Ini

kerana profesion keguruan bukanlah satu profesion yang tidak tinggi malah telah pun

diiktirafkan sebagai professional.

Dalam pendidikan khas, isu yang berkaitan guru ialah kekurangan guru khas

yang terlatih. Akibatnya pihak kerajaan termasuk menerima masuk permohonan guru

aliran perdana ke dalam aliran pendidikan khas. Apabila ini berlaku maka sudah

pastilah akan wujud pertentangan kaedah pengajaran guru tadi terhadap kanak-kanak

khas. Kesannya guru atau murid tadi akan mengalami tekanan dan tidak mampu

menghayati dengan perasaan gembira semasa melakukan proses pembelajaran dan

pengajaran di dalam kelas.

Pemilihan kriteria guru yang tidak telus semasa temuduga juga boleh

menyebabkan masalah dalam mendidik bakal guru yang betul-betul layak menjadi guru

Pendidikan Khas kelak. Kesannya mungkin hanya dipandang sebelah mata oleh

sesetengah pihak namun hakikatnya kesannya boleh menyebabkan nasib yang malang

Page 7: Isu isu pendidikan khas

kepada murid-murid. Cuba bayangkan sikap guru yang tidak bertanggungjawab dalam

mendidik anak didiknya. Maka sudah tentulah akan menyebabkan murid-murid tadi

terabai dan sekaligus mendorong masalah yang lain seperti masalah keciciran dan

sosial.

Isu Guru Sandaran Tidak Terlatih juga seringkali hangat disebut dalam kalangan

pendidik dan juga golongan akademik yang lain. Di sebabkan itulah kerajaan telah pun

mengambil beberapa langkah seperti mengadakan Kursus Dalam Cuti untuk Guru

Sandaran Tidak Terlatih (akhbar utusan,27/07/2011). Namun apa yang menjadi

persoalan di sinikah apakah kesan terhadap murid-murid yang menerima pengajaran

dan pembelajaran daripada guru yang tidak terlatih tadi semasa mereka dalam proses

pembelajaran. Seperti sedia maklum guru yang tidak terlatih ini langsung tidak

mempunyai kemahiran dan pengetahuan mengenai ilmu perguruan maka sudah

tentulah akan berlaku juga kepincangan dan kelemahan dalam mendidik anak-anak

murid. Dalam Pendidikan Khas misalnya, kurangnya pengetahuan mengenai kanak-

kanak berkeperluan khas boleh menyebabkan guru menggunakan kaedah dan teknik

yang salah. Disebabkan itulah wujudnya guru Pendidikan Khas yang merotan dan

memukul murid. Perkara ini sangatlah memalukan golongan guru kerana guru tidak

mampu memahami keperluan dan ketidakupayaan murid-murid berkeperluan khas itu

tadi

Kejadian sebegini juga sebenarnya berlaku di sekolah yang saya jalani praktikal

yang lalu. Terdapat murid yang dipukul dan dirotan oleh guru semasa guru mengajar di

dalam kelas. Pada pandangan saya tindakan ini tidak sesuai kerana murid

berkeperluan khas adalah murid yang istimewa. Maka sudah tentulah layanan yang

diberikan kepada mereka sepatutnya lebih istimewa dan bukannya dikasari dengan

sewenang-wenangnya.

1.7 Isu: Ujian pentaksiran

Pentaksiran adalah merupakan satu pembelajaran yang merangkumi aktiviti

menghurai, mengumpul, merekod , memberi skor dan menterjemah maklumat tentang

pembelajaran seseorang murid bagi tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan

Malaysia,2000). Segala maklumat yang diperolehi yang diperolehi oleh pentaksiran

akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya.

Page 8: Isu isu pendidikan khas

Pentaksiran yang dilakukan mestilah mengikut peringkat kebolehan dan standard

perkembangan murid tersebut.

Ujian pentaksiran  juga seringkali dilakukan terhadap kanak-kanak berkeperluan

khas. Pentaksiran dilakukan bagi mengukur tahap kebolehan murid-murid berkeperluan

khas. Tujuan pentaksiran juga adalah untuk memberi pengetahuan akan kebolehan

murid-murid berkeperluan khas. Disinilah guru-guru, ibu bapa dan pihak sekolah dapat

mengenalpasti daya dan kompentensi murid-murid berkenaan.

Di Malaysia, ujian pentaksiran kebiasaanya dijalankan bagi tujuan membantu

murid untuk penempatan kelas khas atau pun sebagai salah satu cara untuk

mengetahui tahap kebolehan murid-murid tersebut. Apa yang menjadi isu di sini ialah,

keberkesanan pentaksiran yang dilakukan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas ini.

Kebanyakan ujian pentaksiran yang diberikan kepada murid-murid berkeperluan khas

ini adalah secara umum dan bersifat meluas. Hal ini mungkin disebabkan kita banyak

mengambil contoh-contoh ujian pentaksiran daripada negara luar untuk dilaksanakan

kepada murid-murid di sini. Akibatnya mungkin setengah ujian yang diberi sebenarnya

tidaklah bersesuaian dengan pengetahuan murid-murid di Malaysia.

 Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ketidaksesuaian itu , antaranya

adalah disebabkan persekitaran yang berbeza. Persekitaran yang berlainan

sememangnya mampu memberi impak yang besar terhadap kebolehan dan

pengetahuan kanak-kanak berkeperluan khas. Selain itu persekitaran yang berbeza

juga akan memberi perbezaan mengenai bagaimana murid itu mengurus diri.

Contohnya di negara beriklim sejuk, cara membersihkan diri mungkin berbeza dengan

cara membersihkan diri di iklim negara panas. Maka ujian yang ingin dilaksanakan

mestilah bersesuaian dan dapat diterima secara universal oleh murid-murid

berkeperluan khas.

Kekurangan bahan yang mencukupi semasa melakukan pentaksiran juga

mampu menjejaskan kepercayaan hasil pentaksiran yang dijalankan. Bahan yang baik

perlulah disediakan bagi membantu ibu bapa, guru atau pihak sekolah yang ingin

melakukan pentaksiran terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Sebagai contoh,

untuk mentaksir kemahiran membaca, selain daripada mempunyai buku-buku yang

bersesuaian guru juga sepatutnya memerlukan bilik atau ruang yang sesuai untuk

Page 9: Isu isu pendidikan khas

menjalankan ujian terhadap murid. Keadaan yang tidak sesuai atau buku yang tidak

sesuai dengan tahap pengetahuan murid akan menjejaskan sedikit hasilnya nanti.

Isu yang berkaitan pentaksiran di sekolah saya ialah mengenai ujian bulanan

yang dilakukan oleh pihak sekolah. Apa yang saya dapati, pihak sekolah membuat ujian

bulanan terhadap murid istimewa ini berdasarkan Rancangan Pengajaran Tahunan.

Pada pandangan saya seharusnya ujian ini perlulah dilakukan berdasarkan

pengetahuan sedia ada murid dab bukannya berdasarkan Rancangan Pengajaran

Tahunan yang telah disediakan oleh pihak sekolah.  Kesannya keputusan pentaksiran

nanti mungkin tidak dapat memberi gambaran kebolehan  yang sebenar murid-murid

berkeperluan khas. Jadi ketidakjituan dalam memperolehi keputusan pentaksiran hasil

penilaian boleh menyebabkan guru salah merancang strategi yang sesuai bagi

meningkatkan kebolehan murid itu lagi.

Selain itu, Ujian Penilaian Sekolah Rendah juga menjadi masalah kepada kanak-

kanak yang berkeperluan khas ini. Terdapat ibu bapa yang beranggapan bahawa

dengan mengambil ujian ini anak mereka mungkin dapat berjaya dan menjadi lebih

bijak. Memang benar terdapat murid istimewa memperolehi keputusan yang baik

namun hanya beberapa bilangan sahaja. Sepatutnya ujian ini harus dikaji semula untuk

kanak-kanak khas. Walaupun ujian ini boleh dipilih sama ada hendak menduduki atau

tidak namun kesan pandangan ibu bapa terhadap Ujian Penilaian Sekolah Rendah ini

hendaklah diubah dengan cara yang lain.

1.8   Isu: Bahasa dan Komunikasi.

Bahasa dan komunikasi memainkan peranan penting dalam menjalankan

interaksi antara dua pihak. Bahasa juga digunakan sebagai medium untuk

menyampaikan ilmu dengan baik disamping berkongsi maklumat Bahasa ialah

kebolehan semulajadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi yang arbitrari,

yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi.

Abdullah Hassan (1998) berpendapat  dalam memberi definisi bahasa ini, pentinglah

kita kita mengetahui ciri-ciri bahasa tersebut. Ciri-ciri bahasa tersebut akan hanya

menjadi jelas apabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai alat

perhubungan”.Dengan itu bahasa dan komunikasi menjadi tautan yang perlu dijalani

bersama.

Page 10: Isu isu pendidikan khas

Isu yang seringkali menjadi perhatian dalam bahasa dan komunikasi ialah

kesukaran untuk berhubung dan berkomunikasi dengan murid-murid berkeperluan

khas. Murid yang kategori autism misalnya sangat sukar untuk berinteraksi dengan guru

atau rakan sebaya yang lain. Hal ini adalah disebabkan kanak-kanak autism ini lebih

cederung untuk berada dalam dunia mereka sendiri. Selain itu mereka juga mempunyai

bahasa sendiri seperti ekolalia yang bersifat pengulangan dan juga nada yang sterotaip.

Kesan daripada itu, guru dan rakan sebaya sangat sukar memahami mereka.

Apa yang saya perhatikan di dalam kelas khas Sekolah A, isu yang berkaitan

bahasa dan komunikasi adalah berkaitan dengan pembantu murid dengan kanak-kanak

berkeperluan khas ini. saya dapati pembantu murid tidak dapat memahami dengan

jelas mengenai bahasa isyarat tangan yang ditunjukkan oleh sesetengah murid. Hal ini

menyebabkan murid-murid seringkali menjerit atau menangis sekiranya ingin ke tandas.

Selain itu juga, terdapat murid-murid yang langsung tidak boleh berkomunikasi

disebabkan masalah aphasia yang dihadapi. Aphasia adalah disebabkan kecederaan

atau pun kecacatan pada otak yang menyebabkan seseorang itu tidak mampu untuk

berbahasa. Akibat daripada itu, murid yang mengalami Aphasia iaitu D seringkali

ditinggalkan dan agak ketinggalan di dalam kelas. Murid-murid lain juga sukar

memahami dan berinteraksi dengan beliau. Keadaan ini sekaligus boleh memberi

kesan yang lebih buruk kepada kanak-kanak ini.

1.9 Isu:Kemudahan Fizikal

Kemudahan fizikal memainkan peranan yang penting dalam membantu proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.  Menurut Woolfolk (200:427) persekitaran

bilik darjah yang melibatkan ruang, susun atur bilik darjah dan dimensi sosial

mempengaruhi pembinaan budaya sesebuah bilik darjah. Semua faktor tersebut perlu

diambil kira oleh guru dalam menyediakan pelan bilik darjah lantai. Di negara kita, isu

yang seringkali timbul mengenai kemuddahan bilik darjah adalah seperti kelas yang

sempit, bahan kemudahan fizikal yang digunakan dan kedudukan ruang fizikal yang

diguna pakai dalam system bilik darjah.

Perkara sedemikian juga berlaku  di Sekolah A Masih banyak kemudahan yang

perlu ditingkatkan.  Kemudahan jalan kerusi roda masih belum dibina dan disediakan di

sekolah ini.  Seharusnya pihak sekolah perlu peka akan keperluan murid-murid

Page 11: Isu isu pendidikan khas

berkeperluan khas yang menggunakan kerusi roda. Akibatnya akan menyusahkan

pembantu murid dan juga murid itu sendiri.

Keadaan kelas yang sempit dan tidak selesa menggangu proses pembelajaran

dan pengajaran guru. Sepatutnya bilik dan kelas perlu dibina secara berasingan. Akan

tetapi disebabkan kurangnya kemudahan kelas yang kosong maka satu bilik yang besar

itu telah pun dipisahkan dengan hanya menggunakan papan lembut sebagai

pembahagi bagi setiap kelas. Hal ini jelas tidak mampu mengawal kelantangan suara

yang dilontarkan oleh guru atau pun murid di kelas yang bersebelahan. Akibatnya murid

kelihatan terganggu dan terpinga-pinga untuk mendengar maklumat yang disampaikan

oleh guru.

Selain itu  saya juga dapati bahawa sekolah ini sangat kekurangan alatan

permainan yang sesuai untuk diberikan kepada murid-murid berkeperluan khas.

Seharusnya alatan permainan untuk kanak-kanak istimewa ini mestilah bersifat lebih

selamat dan tidak merbahaya. Alatan itu mestilah lebih bersifat ringan dan lembut. Akan

tetapi saya dapati, guru di sekolah berkenaan menggunakan alatan bola yang keras

dan berat. Bola sebegini jelas tidak memenuhi spesifikasi keselamatan untuk kanak-

kanak berkeperluan khas. Kita sedia maklum bahawa murid-murid berkeperluan khas

tidak semuanya mampu menggunakan alatan yang serupa dengan murid yang normal.

Sebagai contoh murid B  yang mempunyai kemahiran motor halus yang rendah tidak

mampu menangkap bola yang keras dan kasar. Jadi ini akan menyebabkan

kecederaan kepada murid-murid berkeperluan khas.

1.10 Isu: Kewangan

Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun memberi peruntukan sebanyak rm150

sebulan kepada setiap kanak-kanak berkeperluan khas. Elauan yang diberi ini adalah

bertujuan untuk membantu golongan kanak-kanak berkeperluan kanak-kanak yang

tidak berkeupayaan ini untuk menampung kos hidup mereka. Selain itu elaun ini juga

bertujuan untuk meringankan bebanan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang

kurang upaya ini. Seperti yang sedia maklum perbelanjaan untuk menampung kanak-

kanak berkeperluan khas sebenarnya agak memerlukan jumlah wang banyak. Hal ini

termasuklah kos perubatan dan juga terapi yang melibatkan pertuturan atau pun

fisioterapi.

Page 12: Isu isu pendidikan khas

Namun begitu, apa yang menjadi isu di sini ialah penyalahgunaan wang elaun

yang diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini oleh ibu bapa. Ada ibubapa

yang menggunakan wang elaun tersebut untuk urusan peribadi dan kemudahan

keluarga masing-masing. Seharusnya perkara itu tidak harus berlaku dan perkara ini

seharusnya menjadi tanggungjawab ibu bapa sendiri untuk menjaga wang saku yang

diberi oleh kerajaan dengan sebaiknya.

Elaun yang hangat diperkatakan dalam dunia Pendidikan Khas juga ialah

berkaitan dengan elaun khas yang diberikan oleh kerajaan kepada guru-guru

pendidikan khas. Tujuan elaun ini diberikan adalah sebagai ganjaran kepada guru-guru

pendidikan khas yang bersabar dan tabah menghadapi karenah murid-murid khas di

sekolah. Namun elaun yg diberikan ini seringkali diambil oleh kesempatan oleh pihak

tertentu. Misalnya wujud guru-guru aliran perdana yang memohon masuk ke aliran khas

dengan bertujuan untuk mendapatkan elaun khas itu bagi kepentingan diri. Akibat

daripada itu, maka akan wujudlah kurangnya kualiti dalam proses pembelajaran dan

pengajaran yang dikehendaki beliau. Disebabkan itulah terdapat pengabaian terhadap

murid-murid khas ini disebabkan oleh sikap guru yang sedemikian. Jelas di sini

membuktikan bahawa pemberian elaun khas kepada guru juga boleh menyebabkan

guru-guru bekerja semata-mata untuk mendapatkan elaun sahaja.

Perkara yang berkaitan kewangan juga seringkali dikaitkan peruntukan yang

diberikan kepada sekolah dalam menjayakan program di sekolah bagi membantu

golongan kanak-kanak berkeperluan khas. Misalnya penggunaan terapi di sekolah

masih lagi tidak meluas disebabkan kekurangan wang atau bajet untuk menampung

tenaga pakar daripada ahli terapi yang berkebolehan. Disebabkan itulah murid-murid di

sekolah terutama di luar bandar kurang memperoleh peluang untuk mengikuti mana-

mana terapi kerana desakan wang atau pun peruntukan.

Kemudahan yang tidak lengkap disebabkan kekurangan wang juga sering

menghantui mana-mana sekolah yang mempunya program intergrasi di sekolahnya.

Jika kita lihat di kebanyakan sekolah yang mempunyai program pendidikan khas,

kebanyakannya mempunyai kemudahan fizikal yang asas sahaja. Keperluan fizikal

yang berbentuk sampingan seperti bilik terapi, bilik snoozlen dan kolam mini renang

tidak dapat disediakan akibat bajet yang kurang dan tidak mencukupi.

Page 13: Isu isu pendidikan khas

Hal ini juga dapat dilihat dengan jelas di sekolah yang pernah saya menjalani

praktikal yang lalu iaitu Sek A. Di dapati di sekolah itu, kemudahan bilik terapi, bilik

mainan dan bilik snoozlen masih tidak disediakan. Apabila disoal penyelaras disitu,

belia mengatakan bahawa peruntukan tidak mencukupi. Selain itu kewangan daripada

pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga berada dalam keadaan minima. Maka banyak

program bagi membantu murid-murid berkeperluan khas ini tidak dapat dilaksanakan

dengan sepenuhnya.

Akibat daripada itu, maka kebanyakan program yang dijalankan adalah bersifat

dalaman sahaja kerana memerlukan belanjawan yang  rendah. Namun kesan kepada

murid pula mungkin murid akan mudah bosan dengan kaedah yang sama sahaja

digunakan oleh pihak guru di sekolah berkenaan.

1.11 Isu:Pentadbir dan Pentadbiran Sekolah

Pentadbir adalah merupakan orang yang mentadbir dan mengurus sekolah atau

pun sesuatu institusi. Dalam bidang pendidikan pentadbir adalah seperti guru besar

atau pun pengetua. Manakala pentadbiran pula melibatkan delegasi tugas yang

bersangkutan dengan tanggungjawab kesemua kakitangan yang berada di sekolah

atau pun institusi.

Dalam bidang Pendidikan Khas pentadbir memainkan peranan penting dalam

menyediakan pelbagai program dan rancangan yang menarik untuk disediakan kepada

Program Intergrasi Pendidikan Khas di sesuatu sekolah. Walaupun begitu terdapat

beberapa isu yang seringkali berkait rapat dengan pentadbir dan pentadbiran sekolah

dengan dunia Pendidikan Khas hari ini.

Antara isu yang hebat diperkatakan di kebanyakan sekolah ialah mengenai isu

petempatan kanak-kanak berkeperluan khas ini ke dalam system Pendidikan Khas di

sekolah. Hal ini adalah kerana terdapatnya murid yang tidak layak dimasukkan ke

dalam program intergrasi di sekolah namun atas dasar peribadi antara ibu bapa dan

pihak tertinggi pengurusan di sekolah (sama ada di aliran perdana atau aliran khas) ,

murid ini diberi peluang untuk mendudukan Program Pendidikan Khas di sekolah.

Kesannya akan menyusahkan guru terutama dalam menyediakan Pengurusan Tingkah

Laku dan merancang intervensi kepada murid berkenaan. Selain membebankan guru

Page 14: Isu isu pendidikan khas

sudah pastilah guru juga akan mengeluh dan tidak akan memberi komited sepenuhnya

kepada murid sedemikian rupa. Jadi kesan buruk akan berlaku kepada murid itu dan

juga guru.

Kesilapan  penempatan murid  dalam pembahagian kelas juga misalnya mampu

kesan buruk kepada murid berkenaan. Sebagai contoh murid yang mengalami masalah

pendengaran dimasukkan bersama dengan murid masalah pembelajaran. Akibatnya

murid sudah pasti ketinggalan dan tidak mengikuti proses pembelajaran dan

pengajaran dengan sempurna.

Menurut temuramah dengan guru Pendidikan Khas di sekolah yang saya jalani

praktikum itu iaitu Puan B, beliau mengatakan bahawa pentadbiran di sekolah ini tidak

begitu membantu program  Pendidikan Khas di situ. Hal ini mungkin disebabkan pihak

pentadbiran beranggapan bahawa murid-murid ini tidak pun mampu menyumbang

kepada peratus kenaikan sekolah. Di sebabkan itulah kurangnya pemerhatian dan dana

diberikan kepada program Pendidikan Khas di sekolah berkenaan.

.

Page 15: Isu isu pendidikan khas

PENGENALAN

Dalam dunia pendidikan pada hari ini, terdapat banyak isu-isu yang diketengahkan

samada melalui media cetak dan elektronik serta media massa. Pendidikan di Malaysia

juga tidak terkecuali namun tidak ramai yang tahu atau tidak mahu ambil tahu tentang

isu-isu yang terdapat dalam pelaksanaan program Pendidikan Khas di sekolah. Oleh

itu, setiap dari kita perlu segera membuka mata dan minda supaya kita dapat

memberikan tumpuan sejenak untuk menyelami duania kecil pendidikan di Malaysia

iaitu Pendidikan Khas.

2.0  ISU DALAM PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS DI SEKOLAH

2.1  PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH

Pihak pengurusan merupakan tunjang kepada sesebuah organisasi termasuklah di

sekolah-sekolah. Malang jika sesebuah program yang diadakan di sekolah tidak

mendapat sokongan daripada pihak pengurusan khususnya program seperti

Pendidikan Khas. Masalah ini merupakan masalah utama yang boleh terdiri daripada

beberapa isu berbangkit iaitu isu pertama: isu layanan kelas kedua yang diterima oleh

guru-guru dan murid Pendidikan Khas daripada pihak pentadbir. Kenapa guru

Pendidikan Khas? Jawapannya kerana mereka tidak menerima layanan yang

sepatutnya apabila sering diperkecilkan oleh guru-guru daripada aliran perdana.

Contohnya, guru Pendidikan Khas diperlekeh kerana mengajar murid-murid yang rata-

rata terencat akal, mempunyai masalah tingkahlaku dan masalah pengurusan diri.

Guru-guru dari aliran perdana menganggap tugas mengajar murid-murid ini tugas yang

sia-sia dan tidak kurang juga yang merasa jijik. Selain itu, isu elaun yang diterima oleh

guru Pendidikan Khas turut menjadi pertikaian kerana melalui anggapan mereka

mengajar murid-murid khas lebih senang berbanding mengajar murid aliran perdana.

Manakala murid-murid khas pula dipinggirkan dan tidak diberikan perhatian dimana

Guru Besar sekolah tidak mengamalkan pendemokrasian pendidikan. Contohnya Md

Aziz B. Haji Lani (n.d.) melalui dapatan yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan

Negara, mendapati terdapat Guru Besar yang merasakan tumpuan perlu diutamakan

kepada murid aliran perdana yang ramai berbanding murid-murid khas yang sedikit.

Page 16: Isu isu pendidikan khas

Isu kedua berkaitan pihak pengurusan sekolah ialah dari aspek peruntukan kewangan.

Setiap sekolah akan mendapat peruntukan dimana peruntukan ini merupakan salah

satu perkara utama yang dirancang dalam Rancangan Malaysia sejak dari Rancangan

Malaysia pertama bertujuan menaiktaraf kemudahan sekolah serta bantuan kepada

murid-murid yang memerlukan. Namun, adakah semua pihak mendapat manfaat

daripada peruntukan yang diberikan ini terutamanya program Pendidikan Khas?.

Perkara begini menyulitkan para guru Pendidikan Khas untuk menjalankan pelbagai

aktiviti untuk murid-murid khas seperti aktiviti lawatan sambil belajar kerana kekurangan

sumber kewangan. Selain kesulitan menjalankan aktiviti-aktiviti, kemudahan yang

terdapat di program Pendidikan Khas juga tidak dapat dibaikpulih. Rata-rata kelas yang

digunakan untuk Program pendidikan Khas mempunyai ruang yang sempit dan tidak

kondusif yang akan mempengaruhi proses pembelajaran murid-murid.

Isu ketiga pula adalah berkaitan dengan peperiksaan yang diambil oleh murid-murid

Pendidikan Khas. Ari (2008) menyatakan Isu ini timbul kerana rasa kurang senang

pihak pentadbiran apabila murid khas mengikuti peperiksaan umum di negara kita

seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil pelajaran Malaysia(SPM).

Pihak pentadbiran tidak begitu menggemari situasi ini kerana mereka takut perkara ini

akan menjatuhkan graf peperiksaan sekolah.

Isu keempat  pula merupakan isu berhubung aspek pembangunan fizikal sekolah.

Fokus isu keempat ini adalah kepada program Pendidikan Khas terutamanya program

Integrasi dimana aspek pembangunan fizikalnya tidak mengikut keperluan murid-murid

khas. Secara umumnya berdasarkan pengalaman semasa menjalankan Pengalaman

Berasaskan sekolah(PBS) dan praktikum, kebanyakan kelas-kelas di program

Pendidikan Khas mempunyai ruang yang terhad dan keadaan biliknya pula sangat uzur.

Ruang yang terhad menyekat pergerakan murid untuk melakukan aktiviti dan masalah

yang serupa berlaku kepada guru Pendidikan Khas. Sedangkan murid-murid normal

pun berasa tidak selesa belajar di kelas yang sempit, apatah lagi mereka yang terdiri

dari murid khas. tambahan lagi, program pendidikan Khas selalunya ditempatkan di

Page 17: Isu isu pendidikan khas

blok bangunan-bangunan lama yang keadaannya teruk dan uzur, tidak kondusif untuk

sesi pengajaran dan pembelajaran.

Isu kelima ialah isu berkenaan mencipta rangkaian perhubungan dengan pihak yang

sepatutnya berkenaan program Pendidikan Khas. Pihak pentadbiran sekolah

khususnya guru-guru daripada program Pendidikan Khas tidak mengetahui saluran

yang perlu dirujuk bagi mendapatkan bantuan berkenaan murid-murid khas.

Kadangkala guru buntu dan tidak tahu alternatif lain bagi menambahkan dana supaya

dapat melakukan penambahbaikan kepada program Pendidikan Khas sendiri walaupun

terdapat banyak saluran yang boleh dirujuk dan sedia membantu guru-guru.

2.2  GURU KHASGuru khas juga mempunyai isu-isu yang mengganggu tugas mereka bagi

membolehkan anak-anak khas menerima pendidikan seperti murid-murid lain. Isu yang

pertama ingin diketengahkan merupakan isu berkaitan bebanan tugas semasa di

sekolah. Menjadi seorang guru memerlukan kesabaran dan ini merupakan perkara

yang seharusnya diketahui oleh guru-guru sejak dari mula menjejakkan kaki ke bidang

ini lebih-lebih lagi mereka yang terlibat dengan program Pendidikan Khas, namun setiap

perkara ada batasannya kerana guru juga manusia biasa dengan keperluan sama

seperti orang lain. Guru Khas selalunya diberikan dibebankan dengan waktu ganti

(relief class) kelas perdana. ini akan mengganggu perjalanan sesi pengajaran guru

pendidikan Khas yang terpaksa meninggalkan kelas kerana menggantikan kelas guru

aliran perdana yang tidak hadir ke sekolah. Selain itu, guru Pendidikan Khas juga

dibebankan dengan tugas-tugas bukan mengajar kerana dilantik memegang

jawatankuasa yang mempunyai tugasan berat seperti setiausaha sukan di sekolah.

melalui jawatankuasa seperti ini, guru pendidikan Khas perlu guru sentiasa

meninggalkan kelas untuk bermesyuarat dan menjalankan menghadiri aktiviti luar yang

akan menyebabkan murid-murid khas terabai.

Isu kedua yang membabitkan guru-guru khas ialah berkenaan sikap dan minat mereka

sendiri. Sikap guru Pendidikan Khas yang negatif membawa kesan buruk kepada

Page 18: Isu isu pendidikan khas

murid-murid khas dan sekolah itu sendiri. Seorang guru Pendidikan Khas yang tidak

berminat selalunya menjalankan tanggungjawabnya dengan tidak komited. Bak kata

pepatah, seperti melepaskan batuk di tangga. Malang bagi murid-murid khas yang

mendapat guru seperti ini. Contohnya, mengajar tanpa menggunakan rancangan

pengajaran harian, tiada inisitif menggunakan bahan bantu mengajar semasa mengajar

dan lain-lain.

Isu ketiga pula merupakan isu kemahiran guru Pendidikan Khas sendiri. Kebanyakan

guru-guru yang mengajar di Program Pendidikan Khas adalah tidak terlatih untuk

mengajar murid-murid Pendidikan Khas. Melalui kajian yang dilakukan oleh Aliza Alias

dan Mohd Mokhtar Tahar dari fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

melalui petikan akhbar Utusan Malaysia (2007), menyatakan bahawa :

 “Hanya 13.3 peratus sahaja guru yang terlibat dalam kajian ini mempunyai bidang

pengkhususan masalah pembelajaran. Secara keseluruhannya 86.7 peratus guru yang

mengajar dalam program ini adalah guru yang tidak dilatih mengajar kanak-kanak

masalah pembelajaran,” menurut kajian itu.

Ini bermaksud bilangan guru yang mengajar pendidikan Khas pada waktu itu bukanlah

guru yang datang dari opsyen Pendidikan Khas yang mana mereka ini tidak terlatih.

Contohnya terdapat segelintir manusia memasuki Pendidikan Khas sebagai batu

loncatan untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi dengan mudah, ada yang memasuki

bidang khas ini kerana mereka tidak mendapat pekerjaan lain setelah menamatkan

pengajian di universiti. Menurut kajian itu lagi, guru perlulah mempunyai ilmu dan

kemahiran tentang ciri kanak-kanak supaya perhatian terhadap keperluan mereka

dapat ditumpukan dengan berdasarkan keupayaan murid untuk belajar. Kekurangan

ilmu dan kurangnya latihan pedagogi untuk mengajar murid-murid khas akan

mencetuskan rasa tidak puas hati oleh ibu bapa yang terdiri daripada golongan

berpendidikan.

Isu keempat adalah isu berhubung kemahiran bersosial guru Pendidikan Khas. Melalui

pengalaman praktikum semasa berada di sekolah, didapati kebanyakan guru yang

berada di program Pendidikan Khas tidak mempunyai hubungan interpersonal yang

rendah dengan guru-guru daripada aliran perdana. Sudahlah blok bangunan program

Pendidikan Khas terletak berasingan dengan bangunan lain, guru-gurunya pula tidak

Page 19: Isu isu pendidikan khas

bercampur gaul dengan guru-guru lain walaupun mereka boleh memilih untuk tidak

berbuat demikian. Contohnya, mereka lebih selesa makan di bilik rehat yang terdapat di

bilik program Pendidikan Khas daripada makan di kantin. Melalui sikap dan tindakan

sebegini, mereka akan mengundang persepsi negative dari guru-guru lain.

Isu kelima ialah isu kekurangan guru-guru Pendidikan. Guru Pendidikan Khas

menghadapi masalah untuk cuba menyelaraskan pelajaran apabila murid-muridnya

terdiri daripada pelbagai jenis kecacatan malah akan menjadi lebih sukar sekiranya

menerima murid-murid yang dalam kategori berat seperti autisme dan hyperaktif. Pada

hari ini, seorang guru akan mengajar enam hingga lapan orang murid khas di sebuah

kelas dan untuk menjalankan satu sesi pengajaran. Masalah ini boleh diatasi jika

terdapat guru Pendidikan Khas yang terlatih dalam bilangan yang ramai.

2.3  MURID KHASSelain isu yang melibatkan pihak pengurusan sekolah dan guru Pendidikan Khas

terdapat juga isu-isu yang datang daripada murid-murid khas sendiri. Isu pertama ialah

isu kehadiran murid. Murid-murid khas ini didapati kerap tidak hadir ke sekolah. Antara

faktor penyebab kepada masalah ini ialah masalah pengangkutan dan masalah

kesihatan. Terdapat Ibu  bapa yang tidak berkemampuan serta tidak memiliki

kenderaan yang menyukarkan mereka untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

Pernah saya lihat seorang tua yang menghantar cucunya ke sekolah dengan menaiki

basikal setiap hari, namun apabila dia jatuh sakit maka cucunya tidak dapat hadir.

Namun perkara ini adalah satu masalah kerana kehadiran merupakan salah satu

perkara penting yang termaktub dalam undang-undang sekolah dan menjadi perhatian

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah.

Isu kedua merupakan isu komunikasi. Kebanyakan murid-murid khas mempunyai

masalah komunikasi yang menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran terjadi

diantara guru dengan murid. Contohnya masalah tiada nahu tentang bahasa yang

mana mereka menghasilkan bunyi yang tidak mempunyai sebarang makna.

Page 20: Isu isu pendidikan khas

Isu ketiga pula ialah dari segi Rancangan Pengajaran Individu (RPI). Isu ini berkenaan

keberkesanan pelaksanaan RPI terhadap murid-murid khas di sekolah. Rancangan

pengajaran Individu yang terdapat disekolah kurang berkesan dalam membantu murid-

murid. Ini kerana bagi seorang pelajar, harus ada seorang penilai supaya

perkembangan murid dapat lebih diperhatikan dan dilaksanakan.

Isu keempat yang melibatkan murid adalah berkenaan pelabelan murid semasa berada

di program Pendidikan Khas. murid-murid khas sering dilabel dengan panggilan-

panggilan yang buruk. Ini membuatkan mereka tertekan secara emosi. Kadangkala ia

akan menimbulkan masalah tingkahlaku seperti bersembunyi bagi mengelakkan

daripada diejek oleh murid-murid lain ataupun terdapat murid yang bertindak lebih

ganas sehingga memukul.

Isu kelima pula merupakan isu gangguan seksual dan ketidakseimbangan hormone

yang berlaku kepada murid-murid khas. Murid-murid khas yang tidak mengerti apa-apa

selalu dijadikan mangsa gangguan seksual oleh rakan-rakan malah guru Pendidikan

Khas sendiri. Isu ini merupakan isu serius yang perlu diberikan perhatian kerana ia

merupakan satu jenayah pedofilia. Lain pula dengan ketidakseimbangan hormone yang

berlaku sesama murid-murid Pendidikan Khas. Murid-murid khas juga manusia yang

diciptakan oleh tuhan dan mempunyai keinginan untuk berpasangan seperti orang lain,

namun mereka tidak pandai mengawal keterujaan mereka sekiranya mereka menyukai

seseorang. Contohnya, murid daripada kategori sindrom Down. Isu-isu seperti ini akan

membawa kepada masalah-masalah lain jika tidak dibendung seperti hubungan jenis

sesame murid.

2.4  IBU BAPA/ WARISAntara isu-isu yang melibatkan ibu bapa atau waris dalam pelaksanaan program

Pendidikan Khas di sekolah-sekolah ialah : isu pertama, kerjasama oleh pihak ibu bapa

kepada pihak sekolah. Melalui isu ini, pihak ibu bapa didapati tidak memberikan

kerjasama kepada pihak sekolah khususnya program Pendidikan Khas. Terdapat ibu

bapa yang enggan membenarkan anak-anak mereka mengikut program yang

dianjurkan oleh pihak program Pendidikan Khas untuk anak-anak mereka. Sebagai

Page 21: Isu isu pendidikan khas

contoh, aktiviti luar kelas seperti lawatan sambil belajar dan aktiviti-aktiviti yang

melibatkan unsure-unsur terapi seperti terapi renang dan terapi berkuda kerana khuatir

keselamatan anak-anak mereka. Malah ada yang tidak membenarkan anak anak

mereka mengikuti aktiviti yang diadakan kerana takut jika pihak sekolah meminta

bayaran daripada mereka. Selain itu, ibu bapa mahupun waris juga tidak memberikan

kerjasama apabila tidak hadir ke program bersama yang dianjurkan di sekolah

terutamanya yang berkaitan dengan Pendidikan Khas seperti perbincangan Rancangan

Pengajaran Individu (RPI).

Isu kedua pula merupakan isu tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

Maksud tanggungjawab ibu bapa di sini menjadi isu apabila mereka kurang

memberikan perhatian terhadap pelajaran, pemakanan dan kesihatan anak-anak

mereka sebaliknya melepaskan tanggungjawab tersebut kepada guru Pendidikan Khas.

Antara contoh yang boleh diperhatikan ialah apabila ibu bapa tidak mengambil inisiatif

untuk melakukan tindakan susulan dirumah seperti aktiviti berbentuk intervensi ataupun

bagi yang ibu bapa yang berkemampuan, mereka boleh mendapatkan khidmat

daripada pakar-pakar terapi untuk membantu mengurangkan masalah anak-anak

mereka. Selain daripada contoh di atas, terdapat ibu bapa yang menganggap program

Pendidikan Khas di sekolah sebagai pusat asuhan apabila menghantar anak-anak pada

awal pagi tetapi lewat mengambil mereka.

Isu seterusnya ialah jangkaan atau harapan ibu bapa yang tinggi terhadap anak-anak

dan guru-guru. Isu ini terjadi apabila ibu bapa mendatangkan tekanan ke atas guru-guru

Pendidikan Khas kerana inginkan peningkatan dalam pencapaian anak-anak dalam

masa yang singkat. Melalui isu ini, ibu bapa akan sentiasa memberikan komen-komen

yang negatif kerana apa yang mereka harapkan tidak menjadi.

Isu keempat merupakan isu penyalahgunaan bantuan murid-murid khas. terdapat ibu

bapa yang menyalahgunakan bantuan yang diterima oleh anak-anak mereka

terutaamanya ibu bapa yang tidak bekerja. Contoh penyalahgunaan yang melabtkan

bantuan kepada murid-murid khas ialah elaun murid-murid khas dan elaun Orang

Kurang Upaya (OKU).

Page 22: Isu isu pendidikan khas

Isu yang kelima merupakan isu ibu bapa yang tidak mengetahui jenis bantuan dan

saluran yang perlu dirujuk bagi membantu anak-anak mereka. Terdapat ibu bapa yang

prihatin terhadap keadaan anak-anak mereka dan mereka ingin membantu anak-anak

mereka namun mereka tidak mengetahui kemanakah hala yang patut ditujui dan

apakah jenis bantuan atau khidamat yang boleh diberikan kepada anak-anak mereka

selain daripada sekolah. ini juga merupakan isu yang dihadapi oleh segelintir pihak

waris atau ibu bapa.

3.0  CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAHMasalah yang banyak mempengaruhi seorang guru Pendidikan Khas ialah masalah

dari aspek pihak pengurusan sekolah. Oleh itu, saya ingin memberikan cadangan untuk

mengatasi isu layanan kelas kedua yang diterima oleh guru-guru dan murid Pendidikan

Khas daripada pihak pengurusan sekolah.

Terdapat beberapa cadangan bagi mengatasi isu yang tedapat dalam masalah ini, yang

memerlukan penglibatan beberapa pihak seperti Kementerian Pelajaran Malaysia dan

guru Pendidikan Khas sendiri. Melalui pihak Kementerian Pelajaran Malaysia,

cadangan yang diberikan supaya boleh dilaksanakan ialah dengan mengeluarkan

pekeliling  ataupun peringatan kepada sekolah tentang kepentingan program

Pendidikan Khas. Pekeliling yang dikeluarkan oleh Pihak Kementerian harus dipatuhi

oleh semua guru dan mampu menjadi titik tolak kepada perubahan pemikiran prejudis

terhadap guru-guru dan murid Pendidikan Khas.

Cadangan kedua ialah berkaitan tindakan yang boleh diambil oleh guru Pendidikan

Khas untuk mengatasi isu ini. Guru-guru pendidikan Khas perlu mengadakan sebuah

ceramah pendedahan tentang program pendidikan Khas di kalangan pihak pengurusan

pentadbiran dan guru-guru aliran perdana terutamanya jika sekolah tersebut baru

sahaja membuka program Pendidikan Khas.

Adalah diharapkan melalui kedua-dua cadangan seperti ini mampu membuka mata dan

minda guru-guru lain tentang kepentingan program Pendidikan Khas di sekolah.

Page 23: Isu isu pendidikan khas

4.0  KESIMPULANKesimpulannya, setiap pihak mempunyai isu yang perlu diketengahkan dalam

pelaksanaan program Pendidikan Khas di sekolah. Maka, pihak tersebut iaitu pihak

pengurusan pentadbiran, guru Pendidikan Khas dan ibu bapa perlu menjalankan

peranan masing-masing dan melalui kerjasama yang dibentuk, segala isu yang timbul

diharapkan dapat diselesaikan.