isu pembaziran makanan di malaysia - ifolio ... · 4.0 refleksi ... menjelang tahun 2020, ... lebih...
TRANSCRIPT
2016
LMCK 1621 SET 8 ETIKA DAN PROFESIONAL
SEMESTER 1 SESI 2016/2017
ISU PEMBAZIRAN MAKANAN DI MALAYSIA
WONG YIK CHUN (A151621)
PENSYARAH: DR. MARINA BINTI ZAHARI
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI
2
Isis Kandungan
1.0 Pengenalan ...................................................................................................................... 3
2.0 Contoh Kes Pembaziran Makanan .................................................................................. 5
2.1 Penemuan Situasi Dan Tindakan Yang Diambil ............................................................ 6
2.2 Usaha Kerajaan ............................................................................................................... 8
4.0 Refleksi ......................................................................................................................... 10
5.0 Kesimpulan ................................................................................................................... 12
6.0 Rujukan ......................................................................................................................... 12
3
1.0 PENGENALAN
Etika ialah satu prinsip kelakuan individu-individu yang boleh diterima dari segi akhlak. Dari
segi etika individu pula, sama ada betul atau salah adalah berbeza untuk setiap individu.
Manakala etika professional adalah penilaian prinsip moral terhadap sesuatu kumpulan di mana
direka untuk mengawal prestasi dan kelakuan mereka dalam pelaksanaan sesuatu tugas atau
penggunaan sumber yang sedia ada.
Etika amat penting bagi memberi impak kepada perkembangan kualiti kehidupan manusia.
Etika memberi orientasi bagaimana kita menjalani hidupnya melalui rangkaian tindakan
sehari-hari. Hal ini bermakna sebagai seorang manusia yang bertamadun perlu bersikap baik
dan bertindak secara tepat dalam menjalani hidup ini. Pada akhirnya kita dapat mengambil
keputusan tentang tindakan apa yang perlu kita lakukan serta bersama bahawa apa yang kita
faham mengenai etika dapat diterapkan dalam segala aspek atau sisi kehidupan kita.
Malaysia merupakan negara yang kaya dengan sumber alam dan merangkumi hampir
segalanya bagi keperluan rakyat. Kita dapat menikmati pelbagai jenis makanan tradisional
yang enak seperti lemang, nasi lemak, tosai, kari, nasi ayam, char kuey teow hampir di mana-
mana sahaja. Makanan memang mudah didapati dan dinikmati pada bila masa sahaja.
Walaubagaimanapun, pernahkah kita berfikir bahawa mana datangnya makanan-makanan itu?
Kita dididik sejak kecil untuk makan dan elakkan pembaziran. Ada katanya nasi mungkin
menangis namun emosi dimainkan agar kita makan nasi tersebut sampai habis. Itulah hebatnya
para ibu bapa kita dahulu mendidik kita. Namun kenapakah zaman sekarang kata-kata ibu bapa
tersebut tidak kita ikut sekarang?
Isu ini bukan sahaja cakap kosong malah disokong dengan statistik iaitu kira-kira 15, 000 tan
metrik sisa makanan dibuang penduduk negara ini setiap hari. Daripada jumlah tersebut, 8,000
tan metrik adalah sisa makanan dan kira-kira 900 tan metrik pula adalah sisa makanan yang
tidak diusik dan boleh dimakan semula.
4
Tahukah anda, jumlah sisa makanan itu sebenarnya boleh menampung makanan untuk
10 juta orang sebanyak tiga kali sehari? Menjelang tahun 2020, sisa makanan yang dihasilkan
di Semenanjung Malaysia sahaja mampu mengisi hampir 16 buah Menara Berkembar Petronas.
Jumlah tersebut sebenarnya sangat membimbangkan kerana semakin banyak sisa makanan
dibuang, maka kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang semakin tinggi untuk
menguruskannya.
Bukan itu sahaja, kerajaan juga terpaksa berbelanja lebih banyak untuk menghasilkan
makanan atau mengimport makanan, dan sebagai pengguna, membuang makanan bermakna
kita telah membuang duit kita.
5
2.0 CONTOH KES PEMBAZIRAN MAKANAN
Suatu artikel telah dipaparkan oleh themalaymailonline dengan tajuknya ”Selepas cipta rekod
negara, 1,500 mangkuk laksa dibuang sia-sia”. Pada hakikatnya, sebanyak 1500 mangkuk
dimasak dan dibuang untuk mecipta rekod Malaysia Book of Records adalah sikap yang kurang
timbang rasa dan tidak bertanggungjawab. Laksa Sarawak yang mencipta rekod tersebut telah
dibuang atas sebab tidak sihat untuk dimakan seperti mana yang dilaporkan oleh The Borneo
Post.
Tujuan aktiviti ini dilancarkan tercapai dan berjaya direkodkan dalam Malaysia Book of
Records, juadah tersebut yang dimasukkan dalam mangkuk sedalam 1.3 meter mengandungi
bahan asas hidangan popular itu. Ia mengandungi 100kg rencah laksa Sarawak, 225kg laksa
beras, 90kg udang, 1,008 biji telur dan 80kg ayam. Laksa Sarawak terbesar mengambil masa
18 jam untuk disediakan oleh 15 tukang masak. Persoalannya saya adalah wajarkah sebarang
kelakuan tersebut yang menggalakkan pembaziran semata-mata untuk mendapat rekod dalam
buku?
Chef Wan hadir pada sebuah acara yang menyaksikan sebuah pusat membeli-belah tempatan di
Sarawak semalam mencipta rekod dengan mangkuk terbesar Sarawak Laksa tetapi menerima kritikan
selepas terdapat pendedahan mengenai makanan itu yang dibuang.
6
2.1 PENEMUAN SITUASI DAN TINDAKAN YANG DIAMBIL
Saya pernah menemui kes-kes di mana pelajar tidak dapat menghabiskan makanan yang dibeli
dari kafeteria kolej atau di mana-mana sahaja. Jumlah makanan yang banyak yang bakal
dituang ke dalam tong sampah adalah masih elok dan boleh dimakan. Saya berasa amat sayang
terhadap makanan dan duit yang dibelanja untuk membeli makanan tersebut.
Pada pandangan saya, saya berasa kami perlu memikirkan sesuatu untuk
mendepani isu ini. Kami perlu bertindak dengan sikap positif dan proaktif terhadap isu
pembaziran makanan yang berlaku saban hari ini. Konsep keserdahanaan dan berfikiran
terbuka supaya nilai adil dapat ditanam kepada orang lain. Sebagai contoh, saya menjadikan
diri sendiri sebagai contoh yang baik dengan menghabiskan jumlah amaun makanan yang saya
ambil. Saya juga menolong rakan-rakan untuk menghabiskan amaun makanan lebihan kepada
mereka. Hal ini adalah penting disebabkan kami perlu bertanggungjawab terhadap setiap
tindakan yang kami melakukan termasuklah pengambilan makanan secara sederhana.
Penyelesaian yang tepat dan professional perlu diterapkan dan bukan sahaja mengenakan
dendaan kewangan atau menegur kepada pihak-pihak(pelajar) yang terlibat dengan isu tersebut.
Kami perlu memaafkan kesalahan orang lain jika bertemu dengan pihak yang gagal
menghabiskan makanan sendiri. Lebih kurang dua tahun yang lepas, saya makan malam
dengan seorang rakan di Kolej Keris Mas. Didapati dia tidak dapat menghabiskan Chicken
Chop yang dipesan. Saya berasa aneh dan bertanya kepada rakan saya. Rakan saya
memberitahu bahawa dia bukan sengaja nak meninggalkan sisa tersebut tetapi tidak selesa
dengan lemak yang berlebihan dan kulit ayam yang tebal. Saya bersetuju dengan rasional rakan
saya dan memberi sedikit cadangan yang sesuai kepada dia jikalau dia mengunjungi lagi
kafeteria di Kolej Keris Mas. Iktibarnya, saya mempelajari bahawa kita perlu mendengar
fikiran dan pandangan orang lain sebelum melakukan sebarang tindakan. Oleh itu, kita harus
mendengar dahulu dan mengamalkan sikap bertimbang rasa dan hormat-menghormati
perlu kita terapkan agar sebarang perselisihan dapat ditangani secara berhemah.
Terdapat situasi yang lain berlaku di kafeteria Kolej Ungku Omar. Nasi ayam madu dan nasi
lemak di kolej tersebut terkenal dengan jumlah amaun nasi dan saiz ayam diberi. Makanan
yang dibekalkan terlalu banyak untuk tabiat makan individu, terutamanya pelajar perempuan.
Maka, terdapat banyak makanan tidak dapat dihabiskan dan dibuang ke dalam tong sampah.
Walaubagaimanapun, terdapat juga sekumpulan pelajar yang bersikap prihatin dengan
7
memberitahu kurangkan nasi yang diberi. Selain itu, ada juga pelajar-pelajar yang membawa
kotak makanan untuk menyimpan amaun berlebihan untuk mengelakkan pembaziran.
Pemerhatian ini telah mendorong saya mengucapkan terima kasih kepada mereka lalu kami
dapat mengenal antara satu sama lain. Pokoknya, kami harus menghargai orang yang berusaha
untuk menjadikan persekitaran kita lebih baik.
8
2.2 USAHA KERAJAAN
Sebuah inisiatif di bawah naungan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Pertubuhan
Bangsa Bangsa Bersatu yang berhasrat menjayakan program yang mampu mengubah dan
mendidik masyarakat iaitu Save Food Campaign. Inisiatif ini telah dilaksanakan di peringkat
global sejak tahun 2011, kini terdapat lebih 350 organisasi di lebih 50 buah negara yang sudah
bersama-sama berganding bahu menjayakannya, manakala Save Food Campaign Malaysia
(My Save Food) pula bermula pada tahun 2015.
Timbalan Pengarah Program Jaringan Antarabangsa Pusat Komunikasi Korporat dan Kualiti
MARDI, Dr. Ainu Husna M. S. Suhaimi berkata, kepentingan inisiatif ini adalah untuk
mengurangkan kehilangan dan pembaziran makanan. “Kehilangan dan pembaziran ini
merangkumi apa-apa sahaja makanan yang hilang dari ladang, kemudian kedai, rumah dan
termasuklah makanan yang dimasak dan dibuang. Pihak yang terlibat pula termasuklah
kesemuanya bermula dari petani, pembekal, peniaga sehingga pengguna. “Oleh itu, kami telah
menyasarkan keseluruhan rantaian makanan bermula di ladang hingga ke isi rumah yang
merupakan pengguna untuk sama-sama memainkan peranan agar dapat mengawal kesan yang
lebih buruk akibat daripada kehilangan dan pembaziran makanan,” katanya letika ditemui di
ibu pejabat MARDI, Serdang baru-baru ini.
Jelasnya, statistik dunia menunjukkan berlaku pembaziran sehingga mencecah 1.3 bilion tan
metrik setahun, tetapi senario pembaziran dan kehilangan makanan itu berbeza-beza mengikut
negara. “Menerusi kempen ini, kami berharap dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan
masyarakat mengenai kehilangan dan pembaziran makanan dengan adanya jaringan MY Save
Food Ini,” katanya. Kemudian, pada bulan April 2016 akan diadakan sebuah forum Save Food
Malaysia bagi membincangkan inisiatif untuk mengurangkan kehilangan dan pembaziran
makanan di negara ini selain penyebaran bahan kesedaran kepada orang awam menerusi media
sosial, penambahan keahlian dan aktiviti jaringan My Save Food.
9
Agensi kerajaan telah melaksanakan beberapa dasar bagi membendungkan isu pembaziran
makanan yang semakin ketara pada hari ini. Namun begitu, penyelesaian masalah ini tidak
harus menjadi tanggungjawab kerajaan sahaja tetapi punca bagi isu tersebut adalah bermula
dalam diri kita sendiri. Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama berganding bahu bagi
mengatasi masalah ini dengan mengamalkan sikap menghargai makanan dan mendidik anak-
anak agar tidak membazirkan makanan. Kita boleh memberi ilmu dan sumber maklumat
bahawa betapa susah untuk menyediakan makanan yang kita nikmati pada hari ini, maka kanak
dan remaja dapat berfikir sebelum bertindak. Secara amnya, kita perlu menanamkan sikap
berjimat cermat dengan mengambil makanan dalam jumlah yang diperlukan, kesederhanaan
adalah diperlukan untuk mengambil amaun makanan yang cukup sahaja. Selain itu,
perancangan dan penyenaraian pembelian barangan dapur adalah penting supaya tiada
sebarang makanan dibuang kerana tidak segar. Pengetahuan mengenai recipe kitar semula
adalah penting bagi menguruskan makanan yang lebihan atau digalakkan untuk mendermakan
makanan yang berlebihan kepada pihak kebajikan dan golongan yang memerlukan seperti fakir
miskin dan sebagainya.
Pembaziran makanan boleh berlaku di mana-mana sahaja. Saya hendak menekankan bahawa
kita tidak harus mempunyai prejudis terhadap orang yang terlibat. Disebabkan kita sebagai
manusia, insan yang tidak sempurna pernah membuat kesilapan dalam kehidupan seharian.
Kita perlu bertimbang rasa dan memberi cadangan atau nasihat yang sesuai dimana lebih
bermanfaat daripada mengkritik dan memberi komen yang negatif. Saya juga sentiasa
mengingatkan diri sendiri supaya tidak melakukan sebarang pembaziran dalam kehidupan
seharian. Ingatan dan pedoman dapat membantu kita untuk mengaudit diri serta merenung
kembali apa yang telah kita lakukan kepada alam selama ini. Selain itu, saya juga memuji
rakan-rakan yang dapat menghabiskan makanan sampai habis. Perancangan yang rapi perlu
dibuat sebelum memesan sebarang makanan. Sebagai contoh, jumlah makanan yang diberi oleh
Kolej Ungku Omar adalah banyak (kira-kira dapat dihidangkan kepada 2 orang dewasa). Saya
memberi cadangan kepada kawan supaya menyimpan sebahagian makanan tersebut di kotak
untuk kemudian.
10
4.0 REFLEKSI
Secara amnya, “budaya” tersebut adalah berpunca daripada sikap masyarakat yang suka
berbelanja besar ketika membeli barang-barang makanan dan beranggapan bahawa tiada
ruginya sekiranya makanan tersebut dibuang. Kegagalan untuk merancang bagi membeli
barangan dapur mengakibatkan sesetengah barangan makanan yang dibeli tidak digunakan
sehinggakan ianya terpaksa dibuang kerana telah luput. Sifat tamak haloba juga mendorong
kepada pembaziran makanan terutamanya berlaku sempena majlis-majlis jamuan terbuka dan
majlis berbuka puasa. Pengambilan juadah yang banyak gara-gara mengikut hawa nafsu dan
perut yang lapar mengakibatkan makanan diambil dalam kuantiti yang banyak dan akhirnya
tidak habis dimakan dan seterusnya dibuang ke dalam tong sampah. Ini menyebabkan
pembaziran apabila makanan terpaksa dibuang kerana tiada siapa yang mahu makan lebihan
makanan orang lain.
Pada pandangan saya, saya berpendapat bahawa tiada satu takrif piawai bagi perkataan
“pembaziran” yang dapat dipersetujui oleh orang ramai. Misalkan terdapat suatu gelas kaca
yang diisi penuh dengan air. Jika kita menuangkan setitis air ke gelas tersebut, dan adakah itu
perlakuan membazir? Jika tidak, bagaimana jika dua titis air berikut dan seterusnya? Hal ini
adalah sukar untuk menentukan sempadan bagi pembaziran namun kita boleh mengurangkan
sebarang pembaziran dengan sedaya upaya.
Isu ini tidak akan ditangani dengan mengadakan kempen kesedaran sahaja malah kita perlu
berfikir dan meluaskan lingkaran pengaruh (circle of influence). Saya percaya bahawa setiap
tindakan dan tutur kata dilakukan oleh seseorang akan memberi kesan kepada fikiran atau
tindakan orang lain. Intipatinya, jika kita mengamalkan nilai keserdahanaan dan mengurangkan
pembaziran, maka impak akan diberi kepada orang sekeliling.
Pada realitinya, negara Malaysia memang kaya dengan sumber makanan tetapi hal ini bukan
faktor yang menyumbang kepada pembaziran dan sikap boros pengguna. Isu-isu yang
dibincangkan telah memberi impak terhadap perlakuan saya dalam kehidupan seharian.
Kadang-kala saya akan terfikir nasib golongan miskin yang hidup merempat, susah tanpa
makanan sedangkan hidup kami yang berlebih-lebihan. Berhemah dengan menghindari diri
daripada pengambilan makanan yang berlebih-lebihan sehingga tidak dapat dihabiskan. Bak
kata pepatah perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah, Isu-isu tersebut telah memberi
11
inspirasi kepada saya bahawa sikap sederhana terhadap makanan diamalkan bermula daripada
diri kita.
Dengan kadar pembaziran makanan yang berterusan, jikalau isu ini terus berkembang akan
menjejaskan jaminan bekalan makanan negara. Memandangkan negara kami terlalu
bergantung kepada import makanan. Hal ini telah mendedahkan kami kepada ancaman
keselamatan makanan. Sisa makan dan bahan buangan daripada makanan yang tertinggal
menyebabkan berlakunya wabak jangkitan penyakit. Kami perlu mengetahui bahawa tapak
pelupusan sampah di Malaysia semakin berkurangan dan tidak harus kami menjadikan
makanan-makanan sebagai sampah. Sikap membazir makanan akan menjadi sekatan bagi
pembangunan Malaysia dan negara Malaysia dipandang rendah oleh negara luar jika sikap
tidak sihat ini terus diamalkan.
Pokoknya, sikap membazir perlu dikikis dari amalan kehidupan kerana faktor utama yang
membawa kepada pembaziran adalah di dalam kehidupan kita. Jika setiap individu berfikir
bahawa pembaziran dalam kehidupan harian mereka adalah sedikit sahaja, maka sikap
sedemikian akan menyumbang kepada statistik yang signifikan. Amalan kehidupan dapat
membasmi sikap membazir dengan memupuk suatu fahaman dogmatis yang terjalin erat
dengan adat istiadat hidup, suatu kepercayaan yang dapat diwarisi dan disebarkan secara
berterusan. Maka setiap individu dapat menghayati segala sumber yang dimiliki dan
menjadikan amalan yang mulia ini sebahagian daripada hidup kita.
12
5.0 KESIMPULAN
Kita perlu mengingatkan diri untuk mengelakkan pembaziran kerana ianya merupakan
tanggungjawab terhadap masyarakat dan sebarang pembaziran memberi kesan kepada
masyarakat. Kita perlu memainkan peranan dengan betul supaya dan menekankan etika
tanggungjawab dan profesion kita terhadap negara. Akhirnya, menghayatilah dan berbelanja
sumber yang kita ada secara hemat untuk menjana nilai yang maksimum.
6.0 RUJUKAN
1. NUR FATIEHAH ABDUL RASHID. 2016. Bazir 15,000 tan makanan.
https://www.utusan.com.my/sains-teknologi/sains/bazir-15-000-tan-makanan-
1.208530 [19 November 2016]
2. 10 October 2016. Selepas cipta rekod negara, 1,500 mangkuk laksa dibuang sia-sia.
http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/selepas-cipta-rekod-
negara-1500-mangkuk-laksa-dibuang-sia-sia. [19 November 2016]
3. Azran Jaffar. 23 September 2014. Ubah minda rakyat elak pembaziran makanan.
http://www.bharian.com.my/node/7350. [19 November 2016]