jabatan akauntan negara malaysia prosedur kerja
TRANSCRIPT
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : GANJARAN KONTRAK
RUJUKAN DOKUMEN :
MUKASURAT : 1/9
KELUARAN :
PINDAAN :
TARIKH UBAHSUAI :
PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN
Ganjaran
Kontrak
Ganjaran merupakan salah satu faedah tamat
perkhidmatan yang dibayar kepada pegawai yang telah
menamatkan perkhidmatan dengan memuaskan.
1. Pegawai yang meletakkan jawatan atas apa sebab
sekalipun tidak layak dibayar ganjaran kecuali
perletakan jawatan kerana mendapat tawaran
perlantikan dalam sektor awam, termasuk pegawai
yang disyaratkan untuk mengikut kursus pra
perkhidmatan dalam sektor awam sebelum dilantik
secara tetap.
2. Pegawai layak dibayar ganjaran jika
perkhidmatannya ditamat atau dipendekkan oleh
agensi sebelum cukup tempoh yang di
tetapkan,dan tidak layak dibayar apabila
penamatan atau pemendekan kontraknya dibuat
atas sebab tatatertib atau prestasi kerja yang tidak
memuaskan
TAKRIFAN
Pegawai Kontrak
Seorang pegawai yang dilantik oleh pihak berkuasa
melantik (PBM) untuk berkhidmat dengan agensi awam
yang di uruskan mengikut pek.perkhd. bil.2/2008 bagi
tempoh tertentu berasaskan kepada syarat
perkhidmatan seperti yang di persetujui dalam perjanjian
kontrak yang ditandatangani oleh calon atau pegawai
dengan pihak berkuasa melantik .Tempoh kontrak
sesuatu kontrak tidak melebihi 3 tahun.
Pekeliling
Perkhidmatan
Bilangan 2 Tahun
2008.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : GANJARAN KONTRAK
RUJUKAN DOKUMEN :
MUKASURAT : 2/9
KELUARAN :
PINDAAN :
TARIKH UBAHSUAI :
PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN
Ganjaran
Kontrak
Contract Of Service (COS)
Mengguna pakai skim perkhidmatan, gred dan kadar gaji
sebagaimana yang ditetapkan di dalam Perkhidmatan
Awam. Kaedah pembayaran dibuat dengan
menggunakan peruntukan OS11000 / OS29000.
Ketua Perwakilan
Dalam konteks Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia di
Luar Negeri adalah merujuk kepada:
1) Duta Besar Malaysia atau Pesuruhjaya Tinggi
Malaysia yang di tauliah oleh Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong ke negara berkenaan;
2) Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Antarabangsa
dan
3) Serantau yang mendapat surat lantikan daripada YB
Menteri Luar Negeri dan diperkenan oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong;
a) Wakil Tetap Malaysia ke PBB bagi New York;
b) Wakil Tetap Malaysia ke PBB bagi Geneva;
dan
c) Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN.
4) Presiden Pusat Persahabatan dan Perdagangan
Malaysia di Taipei yang memperolehi surat lantikan
daripada YB Menteri Luar Negeri;
5) Konsul Jeneral yang memperolehi surat lantikan dari
YB Menteri Luar Negeri; dan
6) Konsul yang memperolehi surat lantikan dari YB
Menteri Luar Negeri.
Bukan Warganegara
1. Seseorang bukanlah seorang warganegara
menurut kuasa perenggan (b) Fasal (1) jika, pada
masa dia lahir;
Surat Pekeliling Am
Bilangan 2 Tahun
2009
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : GANJARAN KONTRAK
RUJUKAN DOKUMEN :
MUKASURAT : 3/9
KELUARAN :
PINDAAN :
TARIKH UBAHSUAI :
PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN
Ganjaran
Kontrak
2. Bapanya, yang bukan seorang warganegara
Persekutuan, mempunyai apa-apa kekebalan
daripada guaman dan proses undang-undang
sebagaimana yang diberikan kepada utusan
sesuatu kuasa berdaulat yang diwatikahkan
kepada Yang di-Pertuan Agong; atau
3. dalam hal kelahiran yang berlaku di suatu tempat di
bawah pendudukan musuh, bapanya ialah seorang
orang asing musuh; atau
4. kedua-dua ibu bapanya bukan warganegara
Persekutuan dan kedua-duanya bukan
pemastautin tetap di dalam Persekutuan.
Pihak Berkuasa Melantik
Pihak Berkuasa Melantik adalah pegawai yang diberi
kuasa menimbang perlantikan secara kontrak bagi
gred-gred tertentu seperti di Lampiran A
Penamatan Kontrak
1. Penamatan kontrak seseorang pegawai boleh
dipendekkan atau ditamatkan oleh pihak berkuasa
melantik mengikut kategori pegawai atau pegawai
itu sendiri mengikut peruntukan dalam perjanjian
kontrak atau peraturan lain yang dikuatkuasakan
dari semasa ke semasa seperti lampiran B.
2. Ketua Jabatan atau pegawai boleh menamatkan
perkhidmatan kontrak ini dengan memberi notis
30 hari atau pun membayar sebulan gaji bagi
menggantikan notis.
Perlembagaan
Malaysia Para 14
Pekeliling
Perkhidmatan
Bilangan 2 Tahun
2008.
Lampiran A
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : GANJARAN KONTRAK
RUJUKAN DOKUMEN :
MUKASURAT : 4/9
KELUARAN :
PINDAAN :
TARIKH UBAHSUAI :
PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN
Ganjaran
Kontrak
3. Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan
permohonan pemendekan notis penamatan
kontrak, di mana pegawai boleh dikecualikan
membayar sebulan gaji sebagai ganti notis jika
ditawarkan perlantikan lain dalam sektor awam
atau ditawar kursus pra-perkhidmatan dalam sektor
awam seperti tertakluk dalam kontrak perjanjian.
Takrifan Kuasa Penamatan Kontrak
Kuasa penamatan kontrak bagi gred-gred tertentu
dilakukan oleh pegawai-pegawai yang diberi kuasa oleh
(PBM) seperti Lampiran A
1.0 Pastikan Permohonan Faedah Faedah
Persaraan/Elaun Kecederaan/Pencen Tanggungan
dan dokumen sokongan berikut disertakan;-
i. Perakuan Perlantikan
ii. Borang Perjanjian Kontrak
iii. Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan
Seseorang Pegawai.
iv. Kenyataan Cuti
v. Penyata Dividen KWSP berhung dengan syer
Kerajaan bagi Pegawai Konterak.
vi. Borang Permohonan Sijil Penyelesaian Cukai
Pendapatan/Penyata Cukai Pendapatan untuk
bayaran ganjarana Pegawai Kontrak
vii. Sijil Penyelesaian Cukai Pendapatan/Penyata
Cukai Pendapatan untuk bayaran ganjarana
Pegawai Kontrak
Pekeliling
Perkhidmatan
Bilangan 2 Tahun
2008.
Lampiran A
Lampiran B
Lampiran B1 Lampiran B2 Lampiran B3 Lampiran B4 Lampiran B5 Lampiran B6 Lampiran B7
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : GANJARAN KONTRAK
RUJUKAN DOKUMEN :
MUKASURAT : 5/9
KELUARAN :
PINDAAN :
TARIKH UBAHSUAI :
PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN
Ganjaran
Kontrak
2.0 Semak bulan dan tahun kewangan, jika bukan tahun
semasa pastikan Sijil AP58(a) disertakan & memenuhi
syarat berikut :-
a. Tuntutan hendaklah dibayar dalam tahun kewangan
semasa.
b. Baki peruntukan dalam tahun perbelanjaan dan
semasa adalah mencukupi
3.0 Sekiranya syarat AP58(a) tidak dipatuhi, pastikan surat
kelulusan perbendaharaan disertakan. Sila semak
kelayakan penuntut.
4.0 Terdapat 3 cara pengiraan Ganjaran Kontrak
1) Pegawai yang mencarum KWSP
(17.5% − caruman majikan dalam KWSP) x (gaji
akhir x jumlah genap bulan perkhidmatan yang
boleh dimasuk kira) − (jumlah faedah ke atas
caruman majikan dalam KWSP). Jika jumlahnya
negatif (-) pegawai tidak dikehendaki membayar
balik jumlah tersebut.
2) Pegawai yang Tidak Mencarum KWSP
(17.5% x gaji akhir x jumlah genap bulan
perkhidmatan yang boleh dimasuk kira)
3) Ketua Perwakilan Di Seberang Laut
3.1 Pegawai Yang Mencarum KWSP
(18.5% − caruman majikan dalam KWSP) x (gaji
akhir x jumlah genap bulan perkhidmatan yang
boleh dimasuk kira) − (jumlah faedah ke atas
caruman majikan dalam KWSP).Jika jumlahnya
Contoh pengiraan adalah seperti di Lampiran C
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : GANJARAN KONTRAK
RUJUKAN DOKUMEN :
MUKASURAT : 6/9
KELUARAN :
PINDAAN :
TARIKH UBAHSUAI :
PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN
Ganjaran
Kontrak
negatif (-) pegawai tidak dikehendaki membayar
balik jumlah tersebut
5.0 Segala tanggungan kewangan dengan kerajaan
hendaklah di tolak daripada ganjaran kontrak
pegawai berkenaan. Perkara yang perlu ditolak
/disemak sebelum pembayaran ganjaran kontrak
dibuat adalah seperti berikut:-
5.1 Syer Majikan Pegawai.
a) Bagi pegawai-pegawai yang mencarum,
,jumlah syer majikan hendaklah ditolak
daripada jumlah Ganjaran kontrak yang
diluluskan.
(b) Bagi mendapatkan syer majikan, KetuaJabatan
perlu mendapat maklumat daripada pihak
KWSP terlebih dahulu.
5.2 Cuti yang tidak layak diberikan
ganjarankontrak.
5.2.1 Cuti rehat yang berlebihan daripada
tempoh perkhidmatan kontrak.
a) Pegawai kontrak tidak layak di berikan
kemudahan cuti tanpa gaji. Sekiranya
pegawai tidak hadir bertugas untuk
sesuatu tempoh, tempoh pegawai
tidak hadir bertugas ini tidak
melayakkan beliau dibayar gaji.
Tempoh ini perlu ditolak daripada
tempoh perkhidmatan kontrak.
Walaubagamanapun pegawai boleh
dipertimbangkan tidak lebih 30 hari
setelah menggenapkan tiga (3) tahun
perkhidmatan.
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : GANJARAN KONTRAK
RUJUKAN DOKUMEN :
MUKASURAT : 7/9
KELUARAN :
PINDAAN :
TARIKH UBAHSUAI :
PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN
Ganjaran
Kontrak
Cuti Tanpa Gaji ini hanya untuk tujuan
mengerjakan fardhu haji bagi pegawai
beragama slam yang tidak layak
mendapat Cuti Haji. Cuti Tanpa Gaji atas
sebab yang lain tidak dibenarkan.
b) Sekiranya pegawai layak diberikan cuti
rehat dan jumlah cuti rehat yang
diambil melebihi jumlah yang
dibenarkan dalam kontrak maka
jumlah yang berlebihan itu perlu ditolak
daripada tempoh perkhidmatan
kontrak dan jumlah ganjaran kontrak
akan dikurangkan
5.2.2 Cuti Sakit yang berlebihan daripada
cuti sakit yang ditetapkan.
a) Pegawai layak diberi cuti sakit tidak
melebihi 15 hari setahun. Kemudahan
ini diluluskan oleh ketua jabatan
dengan syarat sijil cuti sakit
dikemukakan dengan disahkan oleh
pegawai perubatan yang sah, yang
mengesahkan bahawa pegawai tidak
sihat menjalankan tugas.
b) Sekiranya dalam tempoh 15 hari cuti
sakit telah tamat, tetapi pegawai
masih lagi tidak sihat pegawai boleh
dipertimbangkan oleh Ketua Jabatan
untuk tidak hadir bertugas tidak
melebihi 75 hari cuti sakit atas sebab
kesihatan setahun dengan
mengemukakan sijil sakit yang
disahkan oleh pegawai perubatan
yang sah dan berdaftar.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : GANJARAN KONTRAK
RUJUKAN DOKUMEN :
MUKASURAT : 8/9
KELUARAN :
PINDAAN :
TARIKH UBAHSUAI :
PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN
Ganjaran
Kontrak
c) Ketidak hadir bertugas dalam cuti
sakit ini kontrak tidak putus tetapi
pegawai tidak dibayar sebarang
emolumen bagi tempoh tersebut.
d) Apabila selepas 75 hari cuti sakit
pegawai masih lagi tidak dapat
bertugas maka kontrak pegawai
hendaklah ditamat.
e) Bayaran ganjaran akan diambilkira
sebagai tempoh perkhidmatan.
5.2.3 Cuti Haji Yang Diambil Sebelum Perkhidmatan Pegawai Mencapai Tempoh 5 tahun atau Pegawai yang telah menikmati kemudahan ini semasa dalam perkhidmatan.
a) Cuti Haji boleh diberikan kepada pegawai pegawai Warganegara Malaysia yang telah berkhidmat secara kontrak bagi tempoh tidak kurang 5 tahun dan sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatan kontraknya dengan Kerajaan.
b) Bagi pegawai kontrak yang belum menggunakan kemudahan Cuti Haji bergaji penuh ketika dalam perkhidmatan tetap sebelum bersara wajib, mereka layak diberikan kemudahan Cuti Haji bergaji penuh dalam perkhidmatan kontrak.
c) Bagi mereka yang telah menggunakan
kemudahan ini ketika dalam perkhidmatan
tetap, dan menunaikan Haji dalam tempoh
berkhidmat secara kontrak, tempoh ini
dianggap pegawai tidak hadir bertugas dan
pegawai tidak layak dibayar gaji. Tempoh
tidak hadir bertugas ini perlu ditolak
daripada tempoh perkhidmatan kontrak.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : GANJARAN KONTRAK
RUJUKAN DOKUMEN :
MUKASURAT : 9/9
KELUARAN :
PINDAAN :
TARIKH UBAHSUAI :
PERKARA MAKLUMAT YANG PERLU DISEMAK RUJUKAN
Ganjaran
Kontrak
5.2.4 Cuti Bersalin yang diambil berserta dengan cuti menjaga anak.
Bagi pegawai lantikan kontrak (contract of service), kelayakan mereka adalah sepertimana yang ditetapkan dalam perenggan 6, 7 dan 8. Walau bagaimanapun, mereka tidak layak mengambil Cuti Menjaga Anak bagi menggantikan kelayakan Cuti Bersalin. Kemudahan Cuti Bersalin Tanpa Gaji yang diambil tidak menjejaskan kemudahan Cuti Tanpa Gaji sepertimana yang diperuntukkan dalam perenggan 54.4 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 dan peraturan lain yang berkuat kuasa. Kemudahan Cuti Bersalin Tanpa Gaji ini juga tidak menyebabkan tempoh kontrak yang berkuat kuasa terputus.
5.3 Sebarang tunggakan hasil yang belum diselesaikan termasuk cukai pendapatan. Sijil Penyelesaian Cukai Pendapatan hendaklah diperolehi daripada LHDN untuk memastikan tiada sebarang tunggakan hasil yang belum diselesaikan atau yang dikenakan potongan cukai pendapatan supaya ianya boleh ditolak daripada bayaran ganjaran kontrak. Borang ini perlulah terlebih dahulu diperolehi daripada Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.
6.0 Kod objek pembayaran ialah:-
47401 – bayaran ganjaran kontrak
82205 - bayaran yang terhutang (KWSP)
Pekeliling Perbendaharaan (1PP) PS 1.1
LAMPIRAN A
PIHAK BERKUASA MELANTIK / MENAMATKAN PEGAWAI KONTRAK
Kuasa Kategori Pegawai
1 Ketua Setiausaha Negara Pegawai kontrak kumpulan pengurusan tertinggi
2 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Pegawai kontrak kum. pengurusan dan profesional:- (i) yang dilantik oleh Jab. Perkhidmatan Awam melalui penurunan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau (ii) Yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di mana Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam menjadi Ketua Perkhidmatan
3 Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Pegawai kontrak kumpulan sokongan Gred 27 dan ke atas di mana Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam menjadi Ketua Perkhidmatan
4 Pengarah Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam
Pegawai Kontrak kumpulan sokongan gred 26 dan ke bawah di mana Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam menjadi Ketua Perkhidmatan
5 Ketua Setiausaha Kementerian (di Jab.Perdana Menteri kuasa di beri kepada Tim. Ketua Setiausaha Kanan)
Pegawai kontrak kumpulan Pengurusan dan Profesional di kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya
6
Timbalan Ketua Setiausaha (di jab.Perdana Menteri kuasa di beri kepada Setiausaha Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Sumber Manusia)
Pegawai kontrak kump. Sokongan di kementerian dan jabatan di bawahnya.
7 Pegawai kontrak kump. Sokongan di kementerian dan jabatan di bawahnya.
Pegawai kontrak semua kumpulan bagi perkhidmatan di mana Akauntan Negara adalah Ketua Perkhidmatan
8 Ketua Peguam Negara
Pegawai kontrak Perkhidmatan Perundangan yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
9 Ketua Pengarah Pelajaran
Pegawai kontrak Perkhidmatan Pendidikan semua Kumpulan yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
10 Ketua Polis Negara
Pegawai kontrak Perkhidmatan Polis semua kumpulan yang dilantik oleh Suruhanjaya Pasukan Polis
LAMPIRAN B
LAMPIRAN B1
LAMPIRAN B2
LAMPIRAN B3
LAMPIRAN B4
LAMPIRAN B5
LAMPIRAN B6
LAMPIRAN B7
LAMPIRAN C CONTOH PENGIRAAN GANJARAN Pegawai Yang Mencarum Kepada KWSP (17.5% – caruman majikan dalam KWSP) x (gaji akhir x jumlah bulan perkhidmatan) – (jumlah faedah ke atas caruman majikan dalam KWSP). Jika jumlahnya negatif (–), pegawai tidak dikehendaki membayar balik jumlah tersebut. Contoh pengiraan: Pegawai Perubatan Gred U41 yang dilantik kontrak selama dua (2) tahun mulai 1 Januari 2000 hingga 31 Disember 2001 dengan ditawarkan gaji permulaan P1T6. Gaji - RM 2,137.73 (bagi tahun pertama) RM 2,217.59 (bagi tahun kedua) Tempoh kontrak - 24 bulan Caruman majikan - Tahun 1 = RM256.53 sebulan (RM3,078.36 setahun) dalam KWSP (12%) - Tahun 2 = RM266.11 sebulan (RM3,193.32 setahun) Faedah atas caruman - Tahun 1 = 6 % x RM3,078.36 = RM184.70 majikan (tahun 2000: 6%; tahun 2001: 5%) - Tahun 2 = 5 % x RM3,193.32 = RM159.67 ________________ Jumlah = RM344.37 Ganjaran yang dibayar ialah: = (17½ % - 12%) x RM2,217.59 x 24 bulan – RM344.37 = (5½ % x RM2,217.59 x 24 bulan) – RM344.37 = RM2,927.22 – RM344.37 = RM2,582.85 Pegawai Yang Tidak Mencarum Kepada KWSP 17.5% x gaji akhir x jumlah bulan perkhidmatan Contoh pengiraan: Pegawai Perubatan Gred U41 yang dilantik kontrak selama dua (2) tahun mulai 1 Januari 2000 hingga 31 Disember 2001 dengan ditawarkan gaji permulaan P1T24. Gaji - RM4,107.61 (bagi tahun pertama) RM4,107.61 (bagi tahun kedua) Tempoh kontrak - 24 bulan Ganjaran yang dibayar ialah: = 17½ % x RM4,107.61 x 24 bulan = RM17,251.96
Penjelasan kepada formula tersebut: i. kadar caruman majikan adalah seperti yang telah ditetapkan melalui Akta KWSP. Jumlah caruman
majikan ini ialah sepanjang tempoh kontrak; ii. gaji akhir ialah gaji di mata gaji yang diterima oleh pegawai di akhir kontrak; iii. jumlah bulan perkhidmatan ialah tempoh kontrak sebagaimana yang ditetapkan dalam perjanjian kontrak
antara pegawai dengan majikan tidak termasuk tempoh cuti tanpa gaji; dan iv. faedah atas caruman majikan kepada KWSP ialah faedah atau dividen yang diisytiharkan oleh pihak
KWSP setiap tahun didarab dengan jumlah caruman majikan kepada KWSP pada tahun berkenaan.