jadual penentuan ujian
TRANSCRIPT
KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME KEGURUAN
OLEH :HJH RUKIAH BT AHMAD TABONPENSYARAH JABATAN ILMU PENDIDIKANIPTI,JBPada : 19 Julai 2008
KONSEP PENGUJIAN
SATU TEKNIK UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT TENTANG PERUBAHAN TINGKAH LAKU SESEORANG
UJIAN - SATU SET SOALAN ATAU TUGASAN YANG MEMERLUKAN SESEORANG BERTINDAK BALAS
TUJUAN PENGUJIAN
Mengesan hasil pembelajaran yang patut dikuasai
Mengesan kemajuan yang telah diperolehi
Menentukan penempatan murid ikut kebolehan
Tindakan susulan yang boleh diambil oleh guru dan murid dalam proses p&p
PRINSIP PEMBINAAN DAN PENTADBIRAN UJIAN
Tentukan tujuan ujianTentukan isi kandungan ujianMembentuk Jadual Penentuan UjianMenulis item/soalanMenyemak item/soalanTadbirkan ujian
Pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU)
Pengukuran adalah satu proses yang penting ketika membuat sesuatu penilaian khususnya dalam proses p&p
Alat pengukuran yang kurang berkualiti akan menghasilkan penilaian yang meragukan
Pembinaan JPU untuk memastikan pembinaan alat pengukuran yang sah dan boleh dipercayai
Jadual Penentuan Ujian (JPU)
Dikenali juga sebagai jadual spesifikasi ujian (JSU)
Satu blue print ujian / test specification Satu matrik yang terdiri dua paksi iaitu paksi
kandungan dan paksi aras kemahiran Kandungan merupakan topik dalam sukatan
pelajaran manakala aras kemahiran merupakan taksonomi penguasaan
Dibina setelah penguji dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian
Membantu penggubal membina item soalan
Tujuan JPU
Ujian tidak dibina secara sembaranganDapat menjamin kesahan dan
kebolehpercayaan ujianPanduan kepada penggubal soalanMenstabilakan taraf dan aras kesukaran
ujian dari semasa ke semasaMenentukan bidang dan pemberatan
ujian yang seimbang
Siapa yang membuat JPU
Penggubal kurikulum dan sukatan pelajaran
Guru-guru yang mengajar mata pelajaran
Ciri-ciri Utama JPU
Ada tajuk yang hendak diuji Senaraikan aras kemahiran yg hendak diuji Paksi menegak mengandungi tajuk yang
hendak diuji dan paksi mendatar , jenis kemahiran yang diuji
Gambaran tentang bilangan soalan dan aras kesukaran dalam satu ujian
Merangka secara nyata bidang yang akan diuji
Langkah-langkah Pembinaan JPU
Pilih hasil pembelajaran yang hendak diuji Senaraikan isi atau kandungan pembelajaran Bina carta dua hala Tentukan nombor item yang akan dibina
mengikut aras kemahiran Tentukan bilangan item soalan mencukupi
untuk mengukur pencapaian murid Semak semula jenis item/soalan yang telah
ditetapkan samada menepati kehendak objektifkurikulum
Contoh JPU
Lihat contoh
DIMENSI DALAM JPU
Kandungan ujian – berdasarkan sukatan pelajaran atau huraian sukatan pelajaran dan buku teks yang digunakan, meliputi i – skop atau kedalamannya ii – bilangan item untuk setiap tajuk iii – wajaran
Kemahiran – meliputi aras kemahiran yang diuji ( selalunya menggunakan teksonomi Bloom)
Jenis dan jumlah item – berdasarkan tujuan ujian, kegunaan ujian, siapa yang mengambil ujian, jenis soalan ( samada item objektif, struktur atau esei ) dan aras kesukran
Wajaran – peratusan item ikut bahagian atau tajuk berdasarkan masa pengajaran bagi setiap tajuk
Dalam konteks pendidikan di Malaysia kebanyakan ujian bilik darjah adalah berbentuk pencapaian iaitu ujian untuk menentukan setakat mana murid telah menguasai apa yang telah diajar. Oleh itu ujian mestilah bersifat ‘representative’ kurikulum sekolah
aktiviti
Berdasarkan mata pelajaran tertentu bina JPU untuk ujian bulanan, ujian akhir semester dan ujian akhir tahun
Jenis Item Ujian
Ujian objektif
Ujian subjektif / esei
Item Ujian Objektif
Calon dibekalkan dengan satu tugasan berstruktur yang menghadkan tindak balas dengan cara menanda, membulat atau menggaris gerak balas (respons) yang tepat
Jawapan pendek berbentuk perkataan, angka atau frasa.
Hanya satu jawapan yang betul Mengikut Gronlund ujian terbahagi kepada
item yang memerlukan calon membuat pilihan yang diberi dan memberi jawapan yang diperlukan
Jenis-jenis item ujian objektif
Item pilihan jawapan bebasItem pilihan jawapan tetap
Item pilihan jawapan bebas
Memerlukan murid memberi jawapan bukan memilih jawapan yang diberikan
Soalan boleh berbentuk soalan atau pernyataan tergantung
Soalan berbentuk item jawapan pendek atau item melengkapkan
Arahan yang diberi seperti isikan tempat kosong dengan …
lenkapkan pernyataan berikut
contoh
Item jawapan pendeki. Tuliskan dengan perkataan nombor 23ii. siapakah empat golongan yang dikecualikan daripada kewajipan menunaikan solat Jumaat?
i. ____________ Item jawapan melengkapkan
i. Haiwan yang memakan daging dinamakan __________
ii Tuliskan nama tarian tradisional negeri berikuta. Johor __________b. Perlis __________
Item pilihan Jawapan Tetap
Item betul/salahItem memadankanItem pengelasanItem susun semulaItem aneka pilihan
Item Aneka Pilihan
Bentuk soalanAyat tidak lengkapJenis jawapan terbaikJenis negatifInterpretifCantuman
Soalan Objektif Aneka Pilihan
Mengandungi dua bahagian- Stem – pokok soalan / tugasan soalan- Opsyen - pilihan jawapan yg diberi Pilihan mengandungi : Kunci – jawapan yang betul Pengganggu (distracktor) – bukan jawapan
Con: Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses A pemeluwapan B penyulingan C pendidihan D elektrolsis
Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses – stemA,B,C,dan D – opsyenA,B, dan C – penggangguD - jawapan
Stem Soalan
Mungkin dalam bentuk soalan atau ayat tidak lengkap
Jelas tugasan yang diperlukan/yang perlu dijawab oleh calon
Tidak mengandungi sebarang bayangan (clues) jawapan
Tidak mengandungi maklumat yang tidak berkaitan dengan tugasan soalan
Opsyen, Pengganggu dan Kunci
Pilihan jawapan sama dengan stem soalan Tiap pengganggu mempunyai hubungan atau
seragam Elakan memberi bayangan Elakan guna perkataan seperti semua di atas,
tiada satu pun Elak mengulang maklumat yang sama Pastikan satu sahaja jawapan Susun kunci secara rawak dan bilangan
seimbang untuk tentukan A,B,C/D
Jenis soalan Aneka pilihan -Bentuk soalan
Setiap pokok soalan berbentuk soalan diikuti dengan beberapa pilihan jawapan hanya satu daripada pilihan itu betul
Contoh: Apakah alat yang digunakan untuk menentukan pH tanah?A AmmeterB VoltmeterC Meter pHD Multi meter
Ayat tidak lengkap
Setiap ayat yang tidak lengkap diikuti dengan beberapa pilihan. Satu sahaja pilihan yang betul.
Contoh :Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British memberi kesan terhadapA kemasukan buruh asing beramai-ramaiB industri membuat kereta berkembang pesatC migrasi penduduk dari luar bandar ke badarD industri perlombongan bijih timah berkembang pesat
Jenis Jawapan Terbaik
Setiap pokok soalan diikuti dengan beberapa pilihan. Semua pilihan ada kebenarannya tetapi bukan semuanya tepat. Hanya satu sahaja pilihan yang paling tepat atau terbaik
Contoh: Apakah cara pemarkahan yang paling sesuai untuk memastikan ujian tersebut mempunyai unsur keobjektifan yang tinggi?A. Memeriksa soalan demi soalanB Menanda kertas jawapan dengan berhati-hatiC memeriksa kertas jawapan demi kertas jawapanD Menanda kertas jawapan berdasarkan Peraturan Memberi Markah
Soalan Item Negatif
Kesemua pilihan adalah betul keuali satu yang salah. Yang salah inilah yang tidak dikehendaki. Pokok soalan biasanya mengandungi perkataan seperti ‘kecuali’, ‘yang tidak benar’, ‘bukan’, dan ‘tidak’
Contoh:Kelebihan ujian bentuk objektif adalah seperti berikut kecualiA sesuai digunakan untuk ujian sumatifB dapat menguji bidang kognitif yang lebih tinggiC jawapan dapat diterima dengan cepat, tepat dan objektifD boleh menguji bidang kognitif di peringkat pengetahuan dan fahaman dengan berkesan
Soalan Item Interpretif
Soalan adalah berdasarkan rangsangan yang mungkin berupa peta, gambar rajah, jadual, graf atau petikan karangan
Contoh:Berdasarkan rajah1 di atas, X adalah merujuk kepadaA internetB perdaganganC telekomunikasiD pengangkutan
Jenis Cantuman/Gabungan
Soalan jenis ini mengandungi lebih daripada satu jawapan yang betul. Murid dikehendaki mencantumkan jawapan menjadi satu sahaja jawapan yang betul
Contoh:Antara berikut, manakah alat pengangkutan jalan air pada zaman dahulu?
I. JongII. RakitIII. PerahuIV. Kapal layar
A. I, II dan IIIB I, II dan IVC I, III dan IVD II, III dan IV
Cara Menulis item Aneka Pilihan
Pokok soalan boleh ditulis dalam bentuk pertanyaan, atau ayat tidak lengkap
Soalan hendaklah ringkas tetapi padat Pilihan jawapan juga perlu ringkas Pilihan jawapan hendaklah dinyatakan dalam
struktur atau bentuk yang sama Pilihan jawapan tidak bertindih atau diulang Elakkan daripada menggunakan pilihan
jawapan, semua di atas, tiada satu pun yg betul
Pokok soalan tidak membayangkan jawapan
Aras Item Objektif
Item-item objektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang berbeza
Mengikut Bloom Teksonomi ada 6 aras, iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintisis dan penilaian
Item Aras Pengetahuan
Soalan yang menguji kebolehan calon mengingat semula fakta, istilah, konsep dsb
Soalan berbentuk mudah spt apa, siapa, di mana, labelkan, dan bila
Con: Bilakah Malaysia merdeka? (A) 1957 (B) 1964
(C) 1967 (D) 1969
Item Aras Kefahaman
Menguji kebolehan calon untuk memahami, menterjemah dan menginterpretasi fakta atau konsep atau prinsip
Bentuk soalan seperti asingkan, terangkan, bezakan Con: Pokok padi tidak mati walaupun akarnya
tenggelam dalam air kerana (A) akarnya panjang
(B) batangnya lembut (C) pokoknya ada pelampung (D) ada ruang udara dalam batangnya
Item Aras Aplikasi
Menguji kebolehan calon menggunakan konsep, prinsip, hukum atau fakta asas
Bentuk soalan seperti kirakan, gunakan, selesaian dsb Con: Hakim mempunyai wang sebanyak RM10.00, bapa saudara m emberinya RM 2.00,
manakala kakaknya memberinya RM5.00. Cari jumlah wang Hakim.
(A) RM17.00
(B) RM19.00 (C) RM 21.00
(D) RM 23.00
Item Aras Analisis
Menguji kebolehan calon untuk mencerakinkan idea besar kepada bahagian-bahagian kecil, membuat perbandingan dan menghuraikan perhubungan
Bentuk soalan seperti bezakan, hubungkan dsbnya Con: Semasa tumbuhan hijau melakukan
proses fotosintis apakah bahan yang diperlukan
A air dan cahaya B air dan karbon dioksida C air, oksigen dan cahaya D air, karbon dioksida dan cahaya
Item Aras Sintesis
Menguji kebolehan calon untuk menggabungkan idea-idea kecil, mentafsir dan membuat satu rumusan.
Con: Dalam satu eksperimen, seketul batu kapur dimasukkan ke dalam bikar yang mengandungi asid. Gas yang terhasil boleh memadamkan api. Gas itu terdiri daripada gas
(A) oksigen (B) hidrogen (C) nitrogen (D) karbon dioksida
Item Aras Penilaian
Menguji kebolehancalon untuk membuat pertimbangan nilai bagi sesuatu fikiran, tugasan atau kaedah.
Con : Langkah yang paling berkesan untuk mengatasi masalah salah laku di kalangan murid-murid ialah
(A) merujuk setiap kes salah laku kepada guru
disiplin (B) meletakan seorang pegawai polis di setiap
sekolah (C) mengenakan tindakan keras ke atas setiap kes
salah laku (D) memupuk nilai-nilai murni serta menekankan
khidmat bimbingan dan kaunseling
Ujian Esei/Subjektif
Soalan yang memerlukan calon memberi tindak balas sama ada lisan/bertulis
Tindak balas berbentuk terhad atau lanjutan
Memerlukan calon menulis jawapan berbentuk satu ayat, perenggan (terhad) atau esei penuh (lanjutan)
Jenis soalan subjektif
Jawapan pendekSoalan berstrukturSoalan esei
Soalan pendek/respon terhad
Terhad apa yang harus dijawabContoh soalan
- senaraikan lima komponen utama …
- nyatakan tiga kelebihan …
- apakah definisi … mengikut …?
Soalan Esei Tindak Balas Lanjutan
Membolehkan calon memilih, menyusun dan menyampaikan jawapan yang difikir kan sesuai
Soalan jenis ini dapat menguji kebolehan calon mengemukan pendapat, idea dan membuat penilaian secara bebas
Soalan ini dapat menguji peringkat kem. Soalan yang lebih tinggi seperti aras sintisis, analisis dan penilaian
Contoh; Huraikan peranan sektor swasta dalam usaha memajukan ekonomi negara Sejauhmanakah anda setuju dengan
kenya- taan kenaikan harga minyak boleh menye- babkan inflasi
Aras Item Subjektif
Mengingat semulaCon: Berikan definisi … Siapakah …
Apakah … Fahaman
Con: Bandingkan … Huraikan … Apakah tujuan …
Aplikasi
Con: Bagaimanakah …
Terangkan cara …Analisis
Con: Mengapakah / apakah punca …
Terangkan sejauh mana …
Sintisis Con: Jelaskan
Berdasarkan, huraikan
PenilaianCon: Nilaikan idea
Mengikut …, apakah pendapat anda
Panduan Menulis Soalan Esei
Tetapkan dahulu tugasan soalan yang hendak dibina
Mulakan setiap tugasan dengan perkata an seperti: huraikan, bandingkan dsb
Tentukan setiap tugasan soalan jelas dan tidak mengelirukan
Sebaiknya soalan dapat membezakan calon yang benar-benar belajar dapat faedah
kesimpulan
JPU perlu disediakan oleh guru bila ingin membuat satu-satu ujian untuk menentu kan sama ada ujian itu sah atau boleh dipercayai
Pembinaan item soalan yang teliti mengelakan keputusan ujian yang diragui
Setiap guru yang mengajar dalam satu- satu mata pelajaran perlu bertanggung jawab memastikan pencapian murid setara dengan apa yang diharapkan
Sekian Terima Kasih
Burung jelatik, burung jeladan, Membuat sarang di rumpun
pandan, Yang baik jadikan teladan, Yang kurang jadikan sempadan.
Gunung daik sudah terbelah,
Didaki orang sambil berlari,
Yang baik datang dari Allah,
Yang kurang saya sendiri.