jangkaan isu-isu berbangkit -...

10
1 JANGKAAN ISU-ISU BERBANGKIT DARIPADA PELAKSANAAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI PP 33/2007 Bil. ISU BERBANGKIT ULASAN PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN 1. Sekiranya saya menolak opsyen skim perkhidmatan PPPT adakah saya akan ditukarkan ke agensi di bawah KPM? Ya. 2. Sekiranya saya memilih skim perkhidmatan PPPT, adakah saya akan ditukarkan ke politeknik atau kolej komuniti? Ya. Tuan/puan boleh ditukarkan ke mana-mana Bahagian/institusi di bawah KPT. 3. Apakah kelebihannya sekiranya saya menerima opsyen ke skim perkhidmatan PPPT? Faedah kenaikan pangkat tanpa kekosongan jawatan sehingga ke Gred DH54. Ini bermakna, tuan/puan berpeluang untuk berpencen pada Gred 54 sekurang- kurangnya berbanding dengan skim perkhidmatan lama. 4. Apakah kebaikan/faedah skim perkhidmatan baharu ini untuk saya berbanding dengan skim PPPS? Kenaikan pangkat tanpa kekosongan jawatan sehingga gred DH54. Bagi DH29, DH32, DH34 jika memiliki ijazah akan dinaikkan pangkat ke DH42. Ini bererti anda boleh memohon untuk dinaikkan pangkat setelah memenuhi kriteria kecemerlangan dan syarat-syarat perkhidmatan awam yang lain seperti lulus Ujian PTK dan sebagainya. 5. Sekiranya saya membuat opsyen bersetuju menerima perubahan ke skim perkhidmatan PPPT, adakah tarikh pergerakan gaji saya turut berubah? Ya. Tarikh pergerakan gaji tuan/puan pada tahun 2009 akan bertukar kepada 1 Januari. Contoh : Pegawai DG41 (P1T10) TPG : 1 Oktober KGT : RM90.45

Upload: hadung

Post on 05-Feb-2018

242 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: JANGKAAN ISU-ISU BERBANGKIT - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/17371857/1634462631/name/Jangkaan+Isu2+B... · 1 jangkaan isu-isu berbangkit daripada pelaksanaan skim perkhidmatan

1

JANGKAAN ISU-ISU BERBANGKIT DARIPADA PELAKSANAAN SKIM PERKHIDMATAN

PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI PP 33/2007

Bil. ISU BERBANGKIT ULASAN PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN 1. Sekiranya saya menolak opsyen skim

perkhidmatan PPPT adakah saya akan ditukarkan ke agensi di bawah KPM?

Ya.

2. Sekiranya saya memilih skim perkhidmatan PPPT, adakah saya akan ditukarkan ke politeknik atau kolej komuniti?

Ya. Tuan/puan boleh ditukarkan ke mana-mana Bahagian/institusi di bawah KPT.

3. Apakah kelebihannya sekiranya saya menerima opsyen ke skim perkhidmatan PPPT?

Faedah kenaikan pangkat tanpa kekosongan jawatan sehingga ke Gred DH54. Ini bermakna, tuan/puan berpeluang untuk berpencen pada Gred 54 sekurang-kurangnya berbanding dengan skim perkhidmatan lama.

4. Apakah kebaikan/faedah skim perkhidmatan baharu ini untuk saya berbanding dengan skim PPPS?

Kenaikan pangkat tanpa kekosongan jawatan sehingga gred DH54. Bagi DH29, DH32, DH34 jika memiliki ijazah akan dinaikkan pangkat ke DH42. Ini bererti anda boleh memohon untuk dinaikkan pangkat setelah memenuhi kriteria kecemerlangan dan syarat-syarat perkhidmatan awam yang lain seperti lulus Ujian PTK dan sebagainya.

5. Sekiranya saya membuat opsyen bersetuju menerima perubahan ke skim perkhidmatan PPPT, adakah tarikh pergerakan gaji saya turut berubah?

Ya. Tarikh pergerakan gaji tuan/puan pada tahun 2009 akan bertukar kepada 1 Januari. Contoh : Pegawai DG41 (P1T10) TPG : 1 Oktober KGT : RM90.45

Page 2: JANGKAAN ISU-ISU BERBANGKIT - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/17371857/1634462631/name/Jangkaan+Isu2+B... · 1 jangkaan isu-isu berbangkit daripada pelaksanaan skim perkhidmatan

2

Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) pegawai pada tahun 2009 akan bertukar kepada 1 Januari (dianjak 9 bulan ke hadapan). Maknanya, tuan/puan akan menerima keuntungan sebanyak RM90.45 x 9 bulan = RM814.05 setahun. Ini merupakan keuntungan berbanding tidak memilih untuk bersetuju dengan skim perkhidmatan ini.

6. Apakah rasionalnya diwujudkan skim perkhidmatan PPPT ini?

i. Mengikut Akta Pendidikan, pendidikan di peringkat Politeknik dan Kolej Komuniti adalah dikategorikan sebagai lepasan sekolah menengah. Sehubungan itu, adalah wajar skim perkhidmatan yang berbeza daripada skim perkhidmatan guru sekolah rendah dan sekolah menengah diperkenalkan dengan mengkhusus kepada kelompok yang lebih mirip kepada pendidikan tinggi.

ii. Untuk memartabatkan institusi pengajian politeknik dan kolej komuniti

di pesada pendidikan negara. 7. Apakah skim perkhidmatan PPPT turut

memperuntukkan pensyarah cemerlang seperti Guru Cemerlang?

Tidak. Sebaliknya skim ini memperuntukkan kenaikan pangkat tanpa kekosongan jawatan yang jauh lebih baik daripada sistem Guru Cemerlang. Ini kerana tiada had yang ditetapkan bergantung kepada kekosongan jawatan seperti mana yang diguna pakai dalam sistem Guru Cemerlang. Nota: Guru Cemerlang hanya dikhaskan kepada jawatan akademik dan bukannya pentadbiran dan minimum tempoh berkhidmat adalah seperti berikut: DH41 � DH44 – 7 tahun DH44 � DH48 – 3 tahun DH48 � DH52 – 2 tahun DH52 � DH54 – 2 tahun DH54 � JUSA C – 3 tahun

Page 3: JANGKAAN ISU-ISU BERBANGKIT - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/17371857/1634462631/name/Jangkaan+Isu2+B... · 1 jangkaan isu-isu berbangkit daripada pelaksanaan skim perkhidmatan

3

8. Adakah skim perkhidmatan PPPT memperuntukkan Hadiah Pergerakan gaji (HPG) seperti mana dalam skim perkhidmatan PPPS?

Buat masa ini tidak. Walau bagaimanapun, skim perkhidmatan ini memperuntukkan kelayakan masuk pelbagai di mana pegawai yang meiliki Ph.D akan diberi gaji permulaan yang lebih tinggi. Bagi pegawai sedia ada yang memiliki sarjana/Ph.D dan gajinya sekarang belum melepasi gaji permulaan sarjana/Ph.D akan diselaraskan kepada matagaji sewajarnya di sarjana/Ph.D.

9. Adakah skim perkhidmatan PPPT masih lagi mengekalkan bidang-bidang teknik, umum dan pendidikan Islam sebagaimana yang terdapat dalam skim perkhidmatan PPPS?

Bidang-bidang teknik, umum dan pendidikan Islam boleh diambil kira bagi tujuan kesesuaian penempatan pegawai. Walaubagaimanapun, memandangkan skim perkhidmatan PPPT memang memperuntukan kenaikan pangkat tanpa kekosongan, dengan adanya bidang-bidang tersebut tidak akan menghalang seseorang itu daripada dinaikkan pangkat ke gred yang lebih tinggi.

10. Jika saya telah memasuki skim perkhidmatan PPPT, bolehkah saya memasuki skim perkhidmatan DS?

Boleh. Tuan/puan perlu mendapatkan pelepasan dengan izin daripada Ketua Perkhidmatan dan memohon untuk dilantik ke skim perkhidmatan Pensyarah Universiti DS di IPTA berkenaan.

11. Siapakah yang akan diberi kertas pemilihan opsyen untuk skim perkhidmatan PPPT?

Semua PPPS dan PPPLD yang sedang berkhidmat di KPT akan diberi opsyen pertukaran pelantikan.

12. Bagaimana pula dengan pegawai yang sedang cuti belajar sama ada secara cuti bergaji penuh/ separa gaji/ tanpa gaji? Adakah turut diberi kertas pemilihan opsyen untuk skim perkhidmatan PPPT?

Sekiranya, penempatan pegawai tersebut semasa cuti belajar adalah di KPT, maka pegawai-pegawai tersebut layak dan perlu diberi opsyen pertukaran pelantikan.

13. Adakah pemegang kelayakan sarjana dan kedoktoran mendapat tanggagaji permulaan yang berbeza di bawah skim perkhidmatan

Ya. Skim perkhidmatan ini memperuntukan Kelayakan Masuk Pelbagai (KMP).

Page 4: JANGKAAN ISU-ISU BERBANGKIT - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/17371857/1634462631/name/Jangkaan+Isu2+B... · 1 jangkaan isu-isu berbangkit daripada pelaksanaan skim perkhidmatan

4

ini? Sekiranya tuan/puan mempunyai ijazah sarjana muda kepujian, gaji permulaan tuan ditetapkan pada P1T3. Manakala ijazah sarjana pada P1T8 dan Ph.D pada P1T11.

14. Adakah skim perkhidmatan ini menawarkan faedah skim pencen atau KWSP/

Ya. Sekiranya tuan/puan belum diberi taraf berpencen, tuan/puan layak dipertimbangkan taraf berpencen mengikut peraturan pencen yang sedang berkuat kuasa.

15. Adakah umur berpencen wajib bagi skim perkhidmatan ini berbeza dengan skim perkhidmatan PPPS?

Tidak. Umur berpencen sama seperti skim perkhidmatan awam lain.

16. Adakah peluang untuk menyambung pengajian lanjutan di skim perkhidmatan PPPT sama atau lebih baik daripada skim perkhidmatan PPPS?

Pegawai PPPT sepatutnya mempunyai peluang untuk menyambung pengajian di peringkat pasca siswazah yang lebih baik berbanding perkhidmatan terdahulu kerana persaingan untuk mendapatkan penajaan adalah lebih baik. Ini adalah selaras dengan objektif KPT yang menetapkan sekurang-kurangnya 30% pensyarah di Politeknik dan Kolej Komuniti memiliki ijazah sarjana/ kelayakan yang lebih tinggi.

17. Apakah akan terjadi kepada seseorang pegawai PPPS di KPT sekiranya beliau tidak memilih opsyen tukar lantik ini?

Beliau akan dipindahkan semula ke KPM.

18. Adakah ketua unit saya akan memperakukan saya ke gred jawatan yang lebih tinggi daripada gred beliau?

Ya. Perkara ini telah berlaku di IPTA dan Institut Penyelidikan Awam (IPA). Ketua Jabatan boleh memperakukan pegawai ke gred jawatan yang lebih tinggi sekiranya pegawai telah memenuhi kriteria kenaikan pangkat.

19. Siapakah Ketua Perkhidmatan untuk skim perkhidmatan baharu ini?

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti

20. Adakah opsyen skim perkhidmatan PPPT in ditawarkan kepada pegawai-pegawai PPPS yang berkhidmat di Jabatan atau Bahagian lain di KPT?

Ya.

21. Sekarang ini saya ditukar sementara sebagai Penetapan gaji pertukaran pelantikan adalah berdasarkan gaji hakiki tuan/puan dan

Page 5: JANGKAAN ISU-ISU BERBANGKIT - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/17371857/1634462631/name/Jangkaan+Isu2+B... · 1 jangkaan isu-isu berbangkit daripada pelaksanaan skim perkhidmatan

5

pegawai kaunseling dan bimbingan kerjaya di politeknik. Adakah gaji tukar lantik saya berdasarkan gaji pertukaran sementara?

bukannya gaji pertukaran sementara ataupun peminjaman.

PERKHIDMATAN 1. Kakitangan awam kumpulan P&P yang

telah berkhidmat melebihi 10 tahun adalah layak mendapat cuti rehat tahunan sebanyak 35 hari setahun. Adakah kami layak mendapatkan kemudahan tersebut selepas ini?

Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil 20 Tahun 2005, Pegawai Awam di Gred 31 dan ke atas (yang dilantik sebelum 1 September 2005) yang telah berkhidmat lebih 10 tahun layak mendapat cuti rehat tahunan sebanyak 35 hari setahun. Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun 2005, PPPS dan PPPLD yang berkhidmat di KPM, diperuntukkan cuti rehat khas selama 7 hari bagi tempoh 1 tahun perkhidmatan. Berkaitan perbezaan cuti ini, KPT sedang berbincang dengan JPA untuk memuktamadkan kelayakan cuti PPPT.

2. Berapakah kenaikan gaji yang akan saya perolehi apabila saya memilih opsyen skim perkhidmatan PPPT?

Sekiranya tuan/puan memilih opsyen skim perkhidmatan PPPT, penetapan gaji secara tukar lantik adalah tidak kurang daripada satu pergerakan gaji biasa di gred asal bagi pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan gaji tertinggi berhampiran jika pegawai belum disahkan dalam perkhidmatan.

3. Gaji saya sekarang ini berada di tangga gaji maksimum. Apabila saya menerima opsyen, berapakah gaji baharu saya?

Sekiranya tuan memilih untuk menerima opsyen penetapan gaji tukar lantik tuan ialah tidak kurang daripada satu pergerakan gaji biasa di gred asal. Ini bermakna sekiranya gaji di P1 tidak dapat menampunng gaji tukar lantik ini, ianya akan dipindahkan ke P2. Sekiranya gaji maksimum di P2 masih tidak menampung, maka gaji tuan akan dipindahkan ke P3 dan sekiranya masih tidak dapat menampung jumlah gaji pertukaran pelantikan ini, maka satu jadual gaji Khas Untuk Penyandang (KUP) akan diwujudkan.

Page 6: JANGKAAN ISU-ISU BERBANGKIT - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/17371857/1634462631/name/Jangkaan+Isu2+B... · 1 jangkaan isu-isu berbangkit daripada pelaksanaan skim perkhidmatan

6

4. Sekarang ini saya GSTT/GST. Selepas pelaksanaan skim perkhidmatan PPPT, adakah saya dikekalkan pada GSTT/GST?

Bagi pegawai-pegawai yang berstatus GST, urusan perlantikan tetap ke skim perkhidmatan DH akan diselesaikan oleh SPP dalam tempoh 1 bulan. Bagi pegawai-pegawai yang berstatus GSTT pada tahun 2007, urusan perlantikan tetap ke skim perkhidmatan DH akan diselesaikan oleh SPP dalam tempoh 6 bulan. Dalam pada itu, pelantikan GSTT akan diteruskan sehingga pelantikan tetap ke skim perkhidmatan DH dibuat.

5. Saya GSTT yang sedang mengikuti KDC. Perlukah saya meneruskan KDC?

Ya. Ini kerana kelayakan ikhtisas yang diperolehi akan ditawarkan gaji lebih tinggi daripada calon tanpa kelayakan ikhtisas. Kelayakan ikhtisas akan diambil kira bagi tujuan kenaikan pangkat.

6. Adakah kekananan saya sebagai GSTT diambil kira apabila saya ditukar lantik ke skim perkhidmatan ini?

GSTT tidak layak diberi opsyen pertukaran pelantikan dalam urusan ini. Oleh itu isu kekananan adalah tidak berbangkit.

7. Saya adalah GST. Apakah status saya setelah berkuat kuasanya skim perkhidmatan PPPT?

Sama juga sehingga tuan/puan dilantik secara rasmi.

8. Saya adalah GSTT. Apakah status saya setelah berkuat kuasanya skim perkhidmatan PPPT?

Sama juga sehingga tuan/puan dilantik secara rasmi.

9. Saya memiliki Sarjana Pendidikan daripada UTHM. Adakah saya layak diberi gaji permulaan yang lebih tinggi?

KPT sedang dalam proses perbincangan dengan JPA berkaitan pengiktirafan Sarjana Pendidikan UTHM.

10. Saya memiliki Sarjana Pendidikan daripada UTHM. Adakah saya masih boleh dipertimbang biasiswa untuk mengikuti sarjana di IPTA?

Nota: Sarjana Pendidikan di UTHM sebenarnya memenuhi kelayakan perkhidmatan PPPS dan ia setaraf dengan diploma ikhtisas.

Page 7: JANGKAAN ISU-ISU BERBANGKIT - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/17371857/1634462631/name/Jangkaan+Isu2+B... · 1 jangkaan isu-isu berbangkit daripada pelaksanaan skim perkhidmatan

7

11. Bolehkah saya memohon berpindah ke Sekolah Menengah Teknik atau sekolah harian lain selepas memilih skim perkhidmatan PPPT?

Tidak. Ini kerana hubungan anda dengan perkhidmatan terdahulu (PPPS) adalah terputus kecuali bagi tujuan persaraan dan faedah-faedah perkhidmatan.

12. Adakah kelulusan ikhtisas seperti Diploma Pendidikan menjadi syarat pelantikan ke PPPT?

Tidak. Walau bagaimanapun, mereka yang memiliki kelulusan ikhtisas akan mendapat gaji permulaan 1 tangga lebih tinggi berbanding mereka yang tidak memiliki kelayakan ikhtisas. Kursus-kursus seperti pedagogi dan kemahiran lain akan dilaksanakan secara latihan dalam perkhidmatan dan akan menjadi sebahagian daripada kriteria kecemerlangan untuk tujuan kenaikan pangkat.

13. Siapakah yang mempunyai kuasa dalam hal-hal berkaitan dengan pelantikan dan pengesahan perkhidmatan PPPT?

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

14. Saya sekarang mendapat Bayaran Insentif Subjek Pendidikan. Adakah sebagai PPPT saya masih layak mendapat bayaran tersebut?

BISP dibayar mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil 15 Tahun 2002 di mana ianya dibayar kepada PPPLD dan PPPS yang berkhidmat di KPM yang mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris atau Bahasa Inggeris. Di Politeknik, pegawai yang layak adalah yang mengajar program teknologi maklumat, teknologi petroleum, teknologi makanan dan reka bentuk (diajar dalam bahasa Inggeris). Dengan ketetapan yang sedemikian, PPPT adalah TIDAK layak dibayar BISP. Walaubagaimanapun, KPT akan memohon dengan JPA pemanjangan Pekeliling Perkhidmatan Pembayaran BISP (PP Bil. 15 Tahun 2002) kepada skim perkhidmatan DH.

15. Apakah elaun-elaun yang diterima oleh pegawai dalam skim perkhidmatan PPPT?

Sama seperti skim perkhidmatan lain iaitu ITKA/ITK, ITP, EBSH, BIPK (bagi yang berkelayakan).

Page 8: JANGKAAN ISU-ISU BERBANGKIT - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/17371857/1634462631/name/Jangkaan+Isu2+B... · 1 jangkaan isu-isu berbangkit daripada pelaksanaan skim perkhidmatan

8

ISU KENAIKAN PANGKAT 1. Saya telah 9 tahun berkhidmat sebagai PPPS

Gred DG41 dan layak dinaikkan pangkat secara time-based pada tahun hadapan. Apakah yang berkemungkinan berlaku sekiranya saya menerima opsyen ini?

Sekiranya tuan/puan telah memenuhi semua kriteria kenaikan pangkat, tuan/puan akan diperakukan kenaikan pangkat oleh Kementerian kepada Lembaga Kenaikan Pangkat.

2. Sekarang ini saya memangku DH52. adakah pemangkuan saya itu diteruskan sekiranya saya menerima opsyen skim perkhidmatan PPPT ini?

KPT akan memperakukan penyambungan pemangkuan pegawai yang sedang memangku. Perlu dijelaskan bahawa kuasa kenaikan pangkat adalah kuasa mutlak Lembaga Kenaikan Pangkat.

3. Adakah peluang kenaikan pangkat PPPT adalah lebih baik daripada PPPS?

Ya kerana skim perkhidmatan PPPT memperuntukkan kenaikan pangkat tanpa kekosongan jawatan sehingga ke Gred DH54.

4. Saya telah menduduki PTK di skim perkhidmatan PPPS. Adakah keputusan PTK tersebut diambil kira untuk kenaikan pangkat dalam skim perkhidmatan baharu ini?

Boleh digunakan.

5. Apakah skim perkhidmatan PPPT masih mengekalkan kenaikan pangkat secara time-based?

Tidak. Skim perkhidmatan PPPT tidak memperuntukkan kenaikan pangkat secara time-based tetapi memperuntukkan kenaikan pangkat tanpa kekosongan jawatan sehingga ke Gred DH54.

6. Adakah skim perkhidmatan baharu ini membenarkan kenaikan pangkat secara time-based?

Tidak. Skim perkhidmatan ini tidak memperuntukkan kenaikan pangkat secara time-based.

7. Saya telah layak untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat secara time-based pada Oktober 2007. Sekiranya saya memilih opsyen PPPT, adakah kenaikan pangkat

Tarikh kuat kuasa adalah apada 1.1.2008. Apa jua faedah sebelum 1.1.2008 adalah di bawah skim perkhidmatan PPPS dengan tertakluk kepada kuasa KPM. Sekiranya tuan diluluskan kenaikan pangkat

Page 9: JANGKAAN ISU-ISU BERBANGKIT - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/17371857/1634462631/name/Jangkaan+Isu2+B... · 1 jangkaan isu-isu berbangkit daripada pelaksanaan skim perkhidmatan

9

secara time-based itu akan di’back-dated’ ke tahun 2007?

secara back-dated, pelarasan seterusnya akan dibuat.

8. Bolehkan seseorang pegawai yang masuk zon untuk time-based diberi kenaikan pangkat sebelum tarikh kuat kuasa skim baharu ini?

Kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi bukan hak seseorang pegawai itu tapi ia merupakan kuasa penuh Lembaga Kenaikan Pangkat. Sekiranya kenaikan pangkat diluluskan secara back-dated oleh Lembaga Kenaikan Pangkat, pelarasan akan dibuat.

9. Adakah peluang kenaikan pangkat yang saksama diberi kepada semua pegawai daripada bidang teknikal dan bukan teknikal?

Ya. Skim perkhidmatan PPPT memang memperuntukan kenaikan pangkat tanpa kekosongan jawatan. Dengan itu, walaupun ada bidang-bidang teknikal dan bukan teknikal, ia tidak memberi kesan terhadap peluang kenaikan pangkat asalkan kriteria kecemerlangan dan syarat-syarat lain dipenuhi.

10. Sekiranya saya bertugas di Kementerian, adakah kenaikan pangkat saya juga tanpa kekosongan jawatan?

Ya. Peruntukan kenaikan pangkat tanpa kekosongan tersebut diguna pakai oleh semua pegawai PPPT tetapi jawatan-jawatan di Kementerian telah ditetapkan pada gred-gred tertentu. Oleh itu, sekiranya tuan/puan telah diluluskan kenaikan pangkat tetapi tiada jawatan kosong yang sesuai dengan gred tuan/puan di Kementerian, maka tuan/puan akan ditempatkan di mana-mana jawatan yang sesuai dengan gred tuan/puan.

11. Adakah Ketua Bahagian saya boleh memperakukan kenaikan pangkat saya walaupun ke gred yang lebih tinggi daripadanya?

Ya. Perkara ini telah berlaku di IPTA dan Institut Penyelidikan Awam (IPA). Ketua Jabatan boleh memperakukan pegawai ke gred jawatan yang lebih tinggi sekiranya pegawai telah memenuhi kriteria kenaikan pangkat.

12. Sekiranya saya memilih skim perkhidmatan PPPT, adakah peruntukan membenarkan saya dinaikkan pangkat ke Gred DH38 seperti mana dalam skim perkhidmatan PPPS?

Tidak. Ini kerana skim perkhidmatan PPPT hanya menetapkan gred-gred berikut: DH29, DH31/32, DH33/34, DH41/42, DH43/44, DH47/48, DH51/52, DH53/54. Gred DH38 tiada dalam peruntukan.

Page 10: JANGKAAN ISU-ISU BERBANGKIT - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/17371857/1634462631/name/Jangkaan+Isu2+B... · 1 jangkaan isu-isu berbangkit daripada pelaksanaan skim perkhidmatan

10

Nota: Untuk makluman DG38 adalah khusus untuk Guru Besar Cemerlang dan Guru Besar Kluster sahaja.

13. Apakah akan terjadi kepada saya sekiranya prestasi saya tidak cemerlang?

Peluang kenaikan pangkat anda akan tergantung sehingga anda mempamerkan prestasi yang diiktiraf cemerlang. Kriteria kecemerlangan mudah dipenuhi sekiranya seseorang pegawai menjalankan tugas hariannya dengan cemerlang.

14. Sekarang ini saya sedang memangku Gred 54. Adakah saya akan diberi opsyen di Gred 54?

Opsyen pertukaran pelantikan akan diberi pada gred hakiki tuan/puan. Dalam kes ini memandangkan gred hakiki tuan/puan adalah pada gred 52, maka tuan/puan akan ditawarkan opsyen pada gred 52. Walau bagaimanapun, KPT akan memperakukan penyambungan pemangkuan pegawai yang sedang memangku. Perlu dijelaskan bahawa kuasa kenaikan pangkat adalah hak mutlak Lembaga Kenaikan Pangkat.