jawapan aktiviti 7 dan 8

8
AKTIVITI 7 : MENGENALPASTI DAN MENGAWAL PEMBOLEHUBAH Bahan : 4 kiub gula Gula Kasar 4 bikar Tisu tandas atau span 2 sudu yang berbeza saiz Jam randik Kaedah : 1. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 4 kiub gula,4 bikar dan 2 sudu. 2. Tuangkan 100 ml air paip dalam setiap bikar 3. Larutkan setiap kiub gula dalam bikar. ( i ) Bikar pertama ada kiub gula dan air. ( ii ) Bikar kedua ada kiub gula,sudu untuk mengacau ( iii ) Bikar ketiga ada gula kasar dan air ( iv ) Bikar keempat ada gula kasar ,sudu untuk mengacau dan air. 4. Pelajar membuat ramalan dalam bikar manakah gula paling cepat larut 5. Bincangkan ramalan anda ( tidak menjadi masalah jika salah meramal-berlaku sepanjang masa ).Buat graf dari keputusan eksperimen. 1

Upload: amin

Post on 26-Jul-2015

1.099 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

memerhati, mengelas dan berkomunikasi

TRANSCRIPT

Page 1: Jawapan Aktiviti 7 Dan 8

AKTIVITI 7 : MENGENALPASTI DAN MENGAWAL PEMBOLEHUBAH

Bahan :

4 kiub gula

Gula Kasar

4 bikar

Tisu tandas atau span

2 sudu yang berbeza saiz

Jam randik

Kaedah :

1. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 4 kiub gula,4 bikar dan 2 sudu.

2. Tuangkan 100 ml air paip dalam setiap bikar

3. Larutkan setiap kiub gula dalam bikar.

( i ) Bikar pertama ada kiub gula dan air.

( ii ) Bikar kedua ada kiub gula,sudu untuk mengacau

( iii ) Bikar ketiga ada gula kasar dan air

( iv ) Bikar keempat ada gula kasar ,sudu untuk mengacau dan air.

4. Pelajar membuat ramalan dalam bikar manakah gula paling cepat larut

5. Bincangkan ramalan anda ( tidak menjadi masalah jika salah meramal-berlaku

sepanjang masa ).Buat graf dari keputusan eksperimen.

Ada atau tidak keputusan berbeza?Adakah kaedah eksperimen sama?

Bincangkan

Terdapat keputusan yang berbeza.Kaedah eksperimen adalah tidak

sama.Penggunaan sudu boleh membantu mempercepatkan kadar

keterlarutan gula.Penggunaan kiub gula yang lebih halus berbanding gula

kasar juga boleh mempengaruhi kadar keterlarutannya.

Buat sumbangsaran beberapa pembolehubah manipulatif yang akan memberi kesan terhadap

keputusan eksperimen(kadar kelarutan).Buat cadangan dalam carta.

1

Page 2: Jawapan Aktiviti 7 Dan 8

Pembolehubah bebas

Ramalan Catatan eksperimen Pemerhatian

Saiz sudu Tidak mempengaruhi

Amaun air Mempengaruhi

Perletakan

suduTidak mempengaruhi

Lama vs kiub

baruMempengaruhi

Pelarut

berbezamempengaruhi

Kamu akan dapati beberapa perkara yang tidak disangka-sangka berlaku dalam

eksperimen diatas.Bagaimanakah cadangan anda untuk memperbaiki

eksperimen ini?Bincangkan.

Eksperimen ini boleh ditambah baik dengan menggunakan bahan yang

sama contohnya menggunakan gula pasir sahaja tetapi ianya digunakan

dalam kuantiti yang berbeza.Gula kiub cepat larut dalam air dan masa

untuk gula melarut adalah cepat jika dibandingkan menggunakan gula

pasir.Isipadu air juga mempengaruhi masa untuk gula larut.Oleh yang

demikian untuk menjadikan eksperimen ini lebih berkesan,maka isipadu air

harus ditetapkan dalam menjalankan eksperimen.

AKTIVITI 8 : PENGHASILAN HELIKOPTER

Alatan :

2

Page 3: Jawapan Aktiviti 7 Dan 8

Gunting

Pembaris

Helaian Kerja

Bentuk helikopter di muka surat sebelah

Kaedah :

1. Dengan berhati-hati gunting untuk membentuk objek yang boleh berpusing

dan ikut arahan yang diberi

2. Uji alat tersebut untuk mengetahui bagaimana ia bekerja

Catatkan pemerhatian dan inferen anda

Kipas helikopter yang kecil berputar lebih laju dan banyak jumlah putaran

daripada kipas besar dari ketinggian 5 meter. Kipas kecil berputar lebih laju

dan lebih banyak putaran kerana menghadapi rintangan angin yang kecil

kerana luas permukaan yang kecil manakala kipas besar berputar lebih

perlahan dan sedikit bilangan putaran kerana menghadapi rintangan udara

yang besar kerana mempunyai luas permukaan yang besar.

Apakah pembolehubah yang memberi kesan bagaimana ia terbang

Lebar kertas yang digunakan. Semakin lebar kertas yang digunakan untuk

membina kipas, semakin besar rintangan yang perlu dihadapi oleh kipas.

Olehitu, kelajuan kipas dan jumlah putaran juga akan menurun.

GAMBARAJAH CARA UNTUK MENGHASILKAN HELIKOPTER KERTAS

3

Page 4: Jawapan Aktiviti 7 Dan 8

Penguasaan Ilmu

Pada akhir aktiviti ini,jawab soalan berikut:

1. Apakah yang anda pelajari dalam aktiviti ini?

4

CUT CUT

CUT

FOLD BACKFOLD

BACK

Page 5: Jawapan Aktiviti 7 Dan 8

Daripada aktiviti di atas, saya dapat memahami konsep perkaitan

antarapemboleh ubah manipulasi, pemboleh ubah dimalarkan dan

pembolehubah bergerak balas. Di dalam sesebuah eksperimen,

pembolehubah dimanipulasi adalah perkara yang sengaja diubah oleh

pengkaji dalam eksperimen atau penyiasatan yang dijalankan untuk

dikaji dan diperhatikan. Pembolehubah dimalarkan adalah perkara atau

faktor yang perlu disamakan supaya ia tidak akan mempengaruhi atau

menganggu keputusan penyiasatan manakala pemboleh ubah bergerak

balas adalah merupakan kesan atau keputusan kepada pembolehubah

dimanipulasi yang dikaji.

2. Manakah bahagian kursus yang terperinci yang mengajar topik ini dalam

kurikulum sains sekolah rendah?

Darjah 4: Menyiasat Alam Bahan: Mengawal pembolehubah

3. Bincangkan cara bagaimana anda akan menggunakan aktiviti ini dalam P& P

Aktiviti ini dapat digunakan sebagai eksperimen untuk membantu murid

memahami konsep perkaitan antara pemboleh ubah manipulasi,

pemboleh ubah dimalarkan dan pembolehubah bergerak balas.

Contohnya dalam aktiviti ini murid dapat memerhatikan perbezaan

antara lebar kertas yang digunakan. Semakin lebar kertas yang

digunakan semakin perlahan kelajuan kipas dan jumlah putaran   juga

akan menurun.

4. Unsur kreatif adalah penting dalam Berfikir dan Bekerja secara Saintifik.

Apakah ciri-ciri kreatif di dalam kemahiran proses mengiferens.

Ciri-ciri kreativiti di dalam proses menginferens ialah menghubungkait

iaitu kebolehan membuat perkaitan antara peristiwa untuk mencari

sesuatu struktur   atau gerak hubungan seperti dalam aktiviti ini iaitu

semakin lebar kertas yang digunakan semakin perlahan kelajuan kipas

dan jumlah putaran juga akan menurun

5. Dalam membina keupayaan kanak-kanak untuk berfikir dan bekerja secara

saintifik ada beberapa teknik yang boleh digunakan untuk menggalakkan

5

Page 6: Jawapan Aktiviti 7 Dan 8

daya kreativiti mereka.Bincangkan langkah atau kaedah yang boleh anda

lakukan.

Sebarang kesilapan dan mencapai objektif pembelajaran. Guru haruslah

memberi panduan yang jelas prosedur-prosedur menjalankan aktiviti

dan peka dengan setiap langkah yang dijalankan oleh murid-murid. Apa

yang lebih penting, guru memberi kebebasan yang secukupnya kepada

murid untuk memerhati, menaakul,berbincang dan membuat keputusan

agar pembelajaran lebih berkesan. Ini mebantu kemahiran sains mereka

lebih berkembang dan membantu pembelajaran. Perbincangan semula

bagi membetulkan sebarang kesilapan ataumemastikan murid telah

menjalankan praktikal dengan betul haruslah diadakan.Setelah praktikal

dijalankan guru haruslah meminta murid menulis laporan dan refleksi

agar mereka dapat mengulangkaji kembali ilmu yang dipelajari dan

mengesan sebarang kelemahan atau salah faham pelajar tentang

konsep yang telah dipelajari

6