jawapan latihan sintaksis bmm3110
TRANSCRIPT
Tajuk 1
1. Bina 5 ayat tunggal dan 5 ayat terbitan.
Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah, ayat dasar atau ayat selapis.
1. Pelajar itu mengulang kaji pelajarannya.
2. Adiknya sakit.
3. Rumah itu besar.
4. Kucing itu jinak
5. Gadis itu cantik
Ayat Terbitan.
Ayat terbitan boleh didefinisikan sebagai ayat yang mengalami proses perubahan atau
tranformasi daripada ayat dasar.Ayat terbitan boleh terhasil dengan tiga cara iaitu
penyusunan semula,peluasan dan pengguguran
Contoh Ayat Terbitan.
1. Bomba yang memadam kebakaran itu adalah abang saya.
2. Ali serta rakan-rakannya suka belajar.
3. Kerajaan memberitahu bahawa ekonomi Malaysia meningkat.
4. Ali boleh melompat dan menendang.
5. Ali menangkap dan membunuh ular itu.
3. Pola Ayat Dasar Bahasa Melayu
Ayat Dasar
1. Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.
2. Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi binaan dan susunannya, asas binaannya terdiri daripada beberapa pola tertentu, yang disebut pola ayat dasar sesuatu bahasa.
3. Daripada pola itulah terbit ayat yang lain , sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya.
4. Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis
dengan berpandu kepada jenis-jenis binaan subjek dan predikatnya.
i. Frasa Nama + Frasa Nama
FN FN
Contoh: Encik Baihaqi (FN) seorang guru (FN)
ii. Frasa Nama + Frasa Kerja
FN FK
Contoh: Aniza(FN) membaca buku (FK)
iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif
FN FK
Contoh: Rumah Intan (FN) besar (FA)
iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
FN FS
Contoh: Dia (FN) dari Jitra (FN)
TAJUK 2
1. Nyatakan empat jenis ayat dalam bahasa Melayu dengan memberikan contoh- contoh yang sesuai.
AYAT TANYA
1. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
2. Ayat ini dapat dikenali berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu.
3. Terdapat dua golongan ayat tanya.
i. Ayat tanya tanpa kata tanya.
1. Ayat ini tidak mempunyai kata tanya.
2. Ayat ini diucapkan dalam intonasi suara meninggi sebelum kesenyapan pada
akhir ayat.
3. Ayat ini dilambangkan dengan tanda ( ? ) di akhir ayat.
Contoh ;
1. Ayah mencuci kereta di hadapan rumah?
2. Rumah Liza terletak jauh dari sekolah?
ii. Ayat tanya dengan kata tanya.
1. Ayat ini disertai dengan kata tanya ‘apa’, ‘berapa’, ‘siapa’, ‘bila’, ‘mana’,
‘mengapa’ dan sebagainya.
2. Tanda soal diletakkan pada akhir ayat.
3. Kata tanya boleh juga diimbuhkan dengan partikel “-kah”.
4. Namun begitu, partikel “-kah” tidak boleh diletakkan di hujung ayat.
Contoh: Ayat tanya tanpa imbuhan partikel “-kah”.
1. Pemuda kacak itu siapa?
2. Ali belajar dengan siapa?
3. Benda itu apa?
4. Ani mengatasi masalah itu bagaimana?
Contoh: Ayat tanya dengan imbuhan partikel “-kah”.
1. Siapakah pemuda kacak itu?
2. Dengan siapakah Ali belajar?
3. Apakah benda itu?
4. Bagaimanakah Ani mengatasi masalah itu?
AYAT PENYATA.
Ayat penyata ialah ayat yang menerangkan atau menyatakan tentang sesuatu
hal.
Ayat ini juga dikenali sebagai ayat keterangan atau ayat berita.
Biasa ayat ini diakhiri dengan tanda noktah.
Contoh:
1. Perayaan Deepavali disambut oleh masyarakat India.
2. Tempat ini sangat kotor dan berbau busuk.
3. Bandar Tasik Selatan terletak di Cheras.
4. Koridor Raya Multimedia dilancarkan oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Muhamad.
AYAT PERINTAH.
Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
Empat Jenis Ayat Perintah:
1. Ayat suruhan.
Ayat ini digunakan untuk memberi arahan atau suruhan .
Contoh ayat:
i. Awak boleh mula sekarang.
ii. Buang sampah itu.
2. Ayat silaan.
Ayat ini digunakan untuk menjemput atau mempersilakan. Dalam ayat ini terdapat
perkataan silaan seperti sila dan jemput. Bahasanya lebih lembut daripada ayat
suruhan.
Contoh ayat:
i. Sila penuhkan kerusi di hadapan pentas itu.
ii. Jemputlah ke rumah.
3. Ayat permintaan.
Ayat ini digunakan untuk memohon pertolongan atau meminta tolong. Dalam ayat ini
terdapat perkataan seperti meminta, tolong atau harap.
Contoh ayat:
i. Tolong saya belikan buah limau.
ii. Harap anda semua bersabar.
iii. Minta kamu semua bertenang.
4. Ayat larangan.
Ayat ini digunakan untuk mencegah atau melarang seseorang melakukan sesuatu dan
menggunakan perkataan larangan seperti jangan, usah atau tak usah.
Contoh ayat:
i. Jangan melawan cakap orang tua.
ii. Usah besarkan yang remeh itu.
iii. Tak usah engkau kenang lagi peristiwa itu.
Ayat Seruan.
Ayat ini digunakan untuk melahirkan sesuatu perasaan seperti hairan, gembira,
marah, takut, sakit dan sebagainya. Intonasi ayat seruan digambarkan dengan tanda
seru ( ! ) Ayat seruan biasanya didahului oleh kata seru seperti aduh, oh, wah, cis, eh,
wahai dan sebagainya. Terdapat juga ayat seruan tanpa kata seru.
1. Ayat seruan dengan kata seru.
Contohnya:
i. Wah, cantiknya taman itu!
ii. Chis, bedebah kau Roy!
iii. Amboi, sedapnya masakan itu!
iv. Nah, ambil buku ini dan ulang kaji!
2. Ayat seruan tanpa kata seru.
Contohnya:
i. Cantiknya taman itu!
ii. Bedebah kau Roy!
iii. Sedapnya masakan itu!
iv. Ambil buku ini dan ulang kaji !
2. Bincangkan pola-pola ayat pasif dalam bahasa Melayu
Ayat pasif ialah ayat yang menekankan objek dan perbuatannya berbanding "ayat
aktif" yang menekankan si pelaku. Kedua-dua ayat tidak ada kelainan makna apa pun.
Bagaimanapun, sasterawan dan penulis yang baik sering menggunakan ayat aktif dan
ayat pasif secara sedar, bergantung kepada apa yang hendak ditekankan.
Pola Ayat Pasif I - ayat pasif dengan kata kerja.pasif
ii - ayat pasif dengan kata nama ganti nama diri pertama dan kedua
iii - ayat pasif dengan perkataan "Kena"
i. Ayat pasif dengan kata kerja pasif
Subjek Kata Kerja Pasif Oleh + Frasa Nama Keterangan
1. Buku itu Sudah diambil oleh Abu Pagi tadi.
2. Kucing terlanggar oleh basikal di kakinya.
3. Sampah sarap dipungut oleh pekerja setiap hari.
ii. Ayat pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kedua
Subjek
Frasa Kerja Pasif
dengan Kata Ganti
Nama Diri Pertama dan
Kedua
Keterangan
1. Tugasan itu sudah aku siapkan awal-awal lagi.
2. Hutang itu akan kami jelaskan segera.
3. Masakan itu belum engkau makan lagi.
4. Perkara tersebut harus awak putuskan segera.
iii. Ayat pasif dengan perkataan ‘kena’ yang hadir sebelum kata kerja
Subjek Kena Kata Kerja Dasar Oleh + Frasa Nama
1. Penagih itu kena tangkap oleh polis
2.Penyeludup itu kena tahan oleh pihak kastam
3. Budak itu kena kejar oleh orang jahat
4. Harimau itu kena tembak oleh pemburu
Oleh yang demikian, tatabahasa transformasi generatif melihat ayat sebagai
mengandungi dua peringkat. Pertama, peringkat struktur dalaman, iaitu struktur yang
biasanya mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk
membentuk asas makna ayat, atau dengan kata lain membentuk semantik ayat.
Kedua, peringkat struktur permukaan, iaitu struktur ayat yang biasanya telah
mengalami perubahan daripada struktur dalamannya, dan merupakan bentuk ayat
yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur, dan yang diperlukan untuk
ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa yang dinamai komponen fonologiChomsky
berpendapat bahawa manusia memperoleh bahasa daripada dua
komponen, iaitu komponen competence dan performance. Competence
merupakan
keupayaan manusia sejak lahir lagi untuk menguasai sejumlah peraturan yang
terkandung di dalam kepala penutur. Performance pula merupakan pewujudan
bahasa itu seperti yang dilihat dalam percakapan dan penulisan. Konsep
competence yang dikemukakan oleh Chomsky ini lebih memberikan penekanan
kepada penutur sebagai individu. Kenyataan yang berbunyi “Competence to mean
knowledge about cognitive and performative” bermakna sejak lahir lagi manusia
telah disediakan dengan peraturan-peraturan pembentukan ayat di dalam otaknya
(Ishak Ramly 1996).
Seperti yang dikatakan dalam Syntactic Structures (1957), terdapat tiga
bahagian atau komponen dalam pembentukan ayat, iaitu komponen struktur frasa,
komponen transformasi dan komponen morfofonemik. Setiap daripada
komponenkomponen
ini mengandungi satu set peraturan yang beroperasi terhadap beberapa
‘input’ untuk menghasilkan beberapa ‘output’. Gambaran mengenai struktur frasa
boleh dikaitkan secara sendirinya dengan organisasi dalam sistem yang lebih besar.
TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF
Pengenalan
Tatabahasa Transformasi Generatif mula diperkenalkan dalam bidang linguistik pada tahun
1957 oleh Avram Noah Chomsky. Beliau ialah seorang ahli linguistik , pendidik , aktivis politik
dan penulis Amerika Syarikat yang prolifik. Beliau dilahir dan dibesarkan di Philadelphia,
Pennsylvania. Beliau menamatkan ijazah pertamanya pada tahun 1945 dan pengajian sarjananya
pada tahun 1955 di Universiti Pennsylvania. Chomsky telah mencipta dan memperkenalkan satu
bidang linguistik baharu yang diberi nama tatabahasa generatif berdasarkan teori yang beliau
usahakan sepanjang tahun 1950- an. Beliau telah menerbitkan teori yang dipanggil tatabahasa
tranformasi generatif dalam bukunya yang bertajuk Syntactic Structures (1975) dan Aspects of
the Theory of Syntax (1965) iaitu buku yang telah menghuraikan nahu tranformasi dengan
eksplisit dan formal. Teori ini terkenal kerana kelainan yang ditonjolkan iaitu penggunaan rumus
semacam rumus matematik.
Tatabahasa Transformasi Generatif mendapat sambutan dan popular dalam kalangan para
linguistik antarabangsa termasuklah pakar-pakar bahasa di Malaysia. Pengaruh terhadap
tatabahasa Transformasi Generatif ini bukan hanya setakat di Amerika sahaja malah telah
menular ke negara-negara Eropah dan juga ke Asia Tenggara khususnya Malaysia. Antara tokoh-
tokoh bahasa Melayu yang sealiran dan seangkatan dengan tatabahasa ini ialah Lutfi Abas
melalui bukunya iaitu Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu yang ditulisnya pada tahun
1971 , Abdullah Hassan melalui bukunya iaitu Linguistik Am tahun 1980 , Nik Safiah Karim
melalui buku Tatabahasa Dewan (1991) dan Bahasa Malaysia Syntax (1978) dan beberapa orang
lagi ahli bahasa Transformasi Generatif Melayu.
Tatabahasa Transformasi Generatif (TG) merupakan satu aliran mazhab pengkajian
bahasa. TG memberi tumpuan terhadap bidang sintaksis serta mengutamakan bidang semantik.
Dasar utama teori ini ialah dengan menganggap bahawa setiap ayat yang dihasilkan sebenarnya
mengandungi dua peringkat. Peringkat-peringkat tersebut ialah struktur dalaman dan struktur
permukaan.
Struktur dalaman ialah struktur yang mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang
diperlukan untuk membentuk asas makna ayat atau membentuk semantik ayat. Struktur
permukaan ialah struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan daripada struktur
dalamannya. Ia juga merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur
untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa atau komponen fonologi.
Menurut Nik Safiah Karim (1993), teori TG mengandaikan adanya dua peringkat struktur
ayat iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan. Kedua-dua peringkat
struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. Rumus-rumus tersebut ialah
Rumus Struktur Frasa (RSF) dan Rumus Transformasi. RSF akan membentuk ayat pada struktur
dalaman manakala Rumus Transformasi akan menerbitkan ayat pada peringkat permukaan.
Ayat-ayat yang terhasil daripada kedua-dua bentuk tersebut biasanya tidak mempunyai
persamaan. Ayat yang terhasil daripada struktur dalaman akan menjadi input kepada
pembentukan ayat pada peringkat permukaan. Teori ini juga mengandaikan bahawa kedua-dua
jenis rumus tatabahasa ini menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang
individu.
Menurut Chomsky (1965), nahu terdiri daripada set rumus untuk menghasilkan ayat yang
tidak terhad jumlahnya. Nahu ini menganalisis bahasa berdasarkan himpunan-himpunan tulisan
dan bertujuan untuk memudahkan seseorang yang mempelajari sesuatu bahasa itu dapat
membentuk ayat-ayat baharu dan memahami pertuturan orang lain yang tidak pernah
didengarinya. TG juga dinyatakan bahawa nahu dibahagikan kepada tiga komponen iaitu
sintaksis, semantik dan fonologi.
Menurut Hashim Haji Musa (1993), komponen nahu mengikut aliran TG mengandungi
lima komponen iaitu komponen leksikon, komponen kategori atau struktur frasa, komponen
transformasi, komponen fonologi dan komponen semantik. Komponen leksikon dan komponen
struktur frasa sekaligus membentuk komponen dasar dan bergabung dengan komponen
transformasi untuk membentuk komponen sintaksis.
Rumusan
Kemunculan Tatabahasa Transformasi Generatif yang diasaskan oleh Chomsky memberi impak
kepada arus perkembangan tatabahasa sejagat. Aliran tersebut telah memberi satu dimensi baru
dalam suatu kesatuan tatabahasa dunia. Teori ini telah mengisi ruang kosong yang ditinggalkan
oleh aliran-aliran tatabahasa sebelumnya. Pendekatan tatabahasa transformasi generatif telah pun
diterapkan ke dalam pengajaran bahasa Melayu di Malaysia. Penerapan ini dilakukan dengan
beberapa pengubahsuaian dengan kehendak dan kriteria bahasa Melayu.
Tokoh-tokoh bahasa di Malaysia seperti Nik Safiah Karim, Arbak Othman, Asmah Hj
Omar dan Hashim Hj Musa telah menggunakan pendekatan Tatabahasa Transformasi Generatif
dalam penulisan buku teks dan pengajaran bahasa Melayu di peringkat universiti. Kemunculan
Tatabahasa Transformasi Generatif telah mempengaruhi senario penyelidikan bahasa dan
merancakkan lagi perkembangan tatabahasa Melayu di Malaysia.
Manakala ciri-ciri regular yang sistematis dikendalikan oleh rumus-rumus fonologi dalam komponen fonologi. Sehubungan ini, komponen fonologi mempunyai dua peringkat representasi iaitu -‘representasi dalaman’ (yang mengandungi semua maklumat idiosinkratik tentang penyebutan sesuatu morfem dalam ujaran
-’representasi permukaan’ (yang mempunyai maklumat idiosinkratik dan maklumat yang boleh diramalkan iaitu yang bersifat regular sistematis)
representasi dalaman - / / representasi permukaan - [ ]
Peranan rumus-rumus fonologi dalam komponen fonologi ialah untuk memerihalkan pertukaran bentuk dasar dalam representsi dalaman ke bentuk fonetik dalam representasi permukaan.
Dalam fonologi TG, huraian fonologi pada tahap fonemik dan fonetik serta pernyertaan rumus-rumus yang menghasilkan representasi fonetik daripada representasi fonemik dilakukan dengan menggunakan fitur-fitur distingtif. Dengan ini bermakna fonem tidak lagi dianggap sebagai unit dasar (terkecil) dan tempatnya diambil-alih oleh fitur distingtif.
Satu konsep penting berkaitan fitur distingtif ialah konsep ‘kelas natural’. Satu kumpulan segmen membentuk satu kelas natural sekiranya segmen-segmen itu dapat dinyatakan dengan menggunakan fitur-fitur yang sedikit (kurang) jika dibandingkan dengan fitur-fitur yang diperlukan untuk menyatakan mana-mana segmen dalam kelas itu secara individu. Konsep kelas natural ini penting dalam TG kerana biasanya proses-proses fonologi bertindak terhadap segmen-segmen dalam satu-satu kelas natural dan bukannya secara segmen-segmen dalam bentuk individu.
Konsep kelas natural ini digunakan dengan meluas untuk pernyataan rumus-rumus fonologi TG. Salah satu matlamat dasar fonologi TG ialah menyatakan proses-proses fonologi yang mengubah representasi dalaman dalam bentuk rumus-rumus. Apabila terdapat proses-proses fonologi maka segmen-segmen tertentu akan mengalami perubahan.
Rumus-rumus fonologi hendaklah menggambarkan tiga perkara asas ini (i) Segmen manakah yang berubah (ii) Apakah perubahan yang berlaku (iii) Apakah keadaan atau lingkungan yang menyebabkan perubahan itu berlaku
(iv) Fonologi TG mempunyai sistem notasi yang khusus untuk menyatakan proses-proses fonologi dan pernyataan rumus-rumus secara konsisten amat diutamakan. Perubahan daripada representasi dalaman kepada representasi permukaan bukanlah melalui satu proses fonologi atau satu rumus sahaja. Biasanya beberapa rumus bertindak untuk mengubah sesuatu representasi fonemik menjadi representasi fonetik. Setiap rumus hanya bertindak ke atas segmen-segmen tertentu sahaja dan membiarkan segmen-segmen yang lain untuk tindakan rumus-rumus yang lain.
(v) (Satu persoalan yang hangat diperdebatkan oleh ahli-ahli fonologi generatif ialah perlaksanaan aturan rumus-rumus fonologi fonlogi itu. Adakah rumus-rumus diaplikasikan mengikut aturan yang tetap dan teratur ataupun secara serentak.)
(vi) Teori Standard Fonologi TG mengusulkan bahawa rumus-rumus dilaksanakan mengikut aturan iaitu satu rumus harus mendahului rumus yang lain. Berdasarkan data-data bahasa yang berlainan, ahli-ahli fonologi generatif telah mengemukakan pelbagai pandangan tentang persoalan ini. Sesetengah perlaksanaan rumus dikatakan perlu diatur secara terikat iaitu rumus-rumus itu disusun mengikut aturan tertentu supaya output daripada rumus menjadi input kepada rumus yang lain. Namun, ada juga rumus yang dikatakan tidak terikat.
(vii) Rumus-rumus lain pula bersifat serentak perlaksanaannya. Apabila morfem digabungkan untuk membentuk kata-kata terbitan, segmen daripada morfem yang digabungkan itu terletak di sisi antara satu sama lain. Kadang-kadang segmen itu mengalami perubahan. Perubahan-perubahan juga boleh berlaku pada lingkungan-lingkungan selain daripada lingkungan kedua-dua morfem yang bergabung tersebut, misalnya pada awal kata dan akhir kata. Ia juga boleh berlaku akibat penggabungan morfem. Semua perubahan seperti ini dikenali sebagai ‘proses fonologi’
6.4.2 Struktur Dalaman dan Struktur Permukaan
Konsep kewujudan dua peringkat struktur ayat ini pertama kalinya diperkenalkan pada
tahun 1957 oleh seorang ahli bahasa Amerika, bernama Noam Chomsky. Beliau
mengemukakan suatu teori bahasa yang baharu yang dikenali sebagai teori tatabahasa
transformasi-generatif setelah beliau tidak berpuas hati dengan tatabahasa struktral.
Sebagaimana yang dinyatakan, teori TTG mengandaikan adanya dua peringkat struktur
ayat iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan.
Pertama, jenis rumus struktur frasa yang menerbitkan ayat-ayat pada peringkat
dalaman dan jenis kedua dikenali sebagai rumus transformasi yang berfungsi
menukarkan pola atau struktur ayat hingga membawa kepada peringkat permukaan.
Pada peringkat struktur dalaman, iaitu struktur yang biasanya mengandungi bentuk ayat
dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat, atau dengan
kata lain, membentuk semantik ayat.
Kedua, peringkat struktur permukaan, iaitu struktur ayat yang biasanya telah mengalami
perubahan (transformasi) daripada struktur dalamannya, dan merupakan bentuk ayat
yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur, dan yang diperlukan untuk ditafsirkan
oleh bahagian bunyi bahasa, yang dinamai komponen fonologi. Apabila terdapat suatu
ayat daripada jenis struktur permukaan yang berasal daripada dua struktur dalaman
atau lebih, maka akan wujud keadaan ketaksaan ayat. Apabila terdapat dua jenis ayat
permukaan yang berasal daripada hanya satu struktur dalaman, maka akan berlaku
pula ayat-ayat yang bersifat parafrasa.
Teori TG mengandaikan bahawa kedua-dua rumus nahu ini sebahagian daripada unsur
kecekapan berbahasa seseorang individu. Untuk memudahkan kefahaman kita
terhadap kedua-dua struktur ini, lihatlah contoh di bawah:
Ayat Dasar (struktur dalaman)
Encik Ali guru
Ayat Transformasi (struktur permukaan)
Encik Ali bukan guru.
Encik Alikah guru?
Siapakah Encik Ali?
Encik Ali ialah guru di Sekolah Menengah Ismail Petra.
Guru itu Encik Ali.
Struktur permukaan terhasil apabila kita mengujarkan sebutan untuk ayat berkenaan.
Ini meliputi representasi fonetik. Ayat transformasi terdiri daripada pelbagai bentuk
misalnya ayat penyata, ayat tanya, ayat penegas dan seumpamanya. Itulah sebab
mengapa TTG diperlukan kerana melalui ayat dasar kita dapat menerbitkan pelbagai
ayat. Untuk pemahaman lebih lanjut, kita perlu menguasai konsep ayat dasar dan ayat
terbitan kerana perkara ini membolehkan ayat digeneratif secara gramatis. Jika
penguasaan terhadap perkara ini diremehkan, justeru akan menjejas atau menjadi
bahasa itu kacau-bilau keadaannya. Contoh yang jelas apabila penutur asing cuba
menggunakan bahasa Melayu ketika berbicara dengan bangsa Melayu
TAJUK: PROSES PENERBITAN AYAT
PROSES PENGGUGURAN
v Pengguguran unsur-unsur daripada binaan ayat pada peringkat struktur permukaan
unsur yang digugurkan tidak lagi wajib.
Pengguguran FN sebagai subjek.
Kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah. Contoh,awak semua pergi dari
sini = pergi dari sini.
Pengguguran subjek serupa dalam kata majmuk.
Contoh,
Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar = dia sangat pandai kerana rajin belajar.
Pengguguran frasa predikat.
FK yang serupa. Contoh, Adik Ali belajar di England dan sepupunya belajar di
England.= Adik Ali dan sepupunya belajar di England.
FN yang serupa. Contoh, Bendera Malaysia lambing negara dan lagu kebangsaan
lambing Negara = Bendera Malaysia dan lagu kebangsaan lanbang Negara.
FA yang serupa. Contoh, Adik saya sangat rajin.Adik Ali sangat rajin = Adik saya dan
adik Ali sangat rajin.
Frasa Sendi Nama yang serupa. Contoh, Dua masih di kampung dan isterinya masih di
kampung = Dia dan isterinya masih di kampung.
Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat.
Pengguguran oleh FN dalam ayat pasif. Contoh, Dia dipukul oleh bapanya = Dia
dipukul.
Pengguguran kata bantu yang serupa. Contoh, Dia boleh menyanyi dan dia boleh
menari = Dia boleh menyanyi dan menari.
Penggunaan FN sebagai objek yang serupa. Contoh, Daud memukul penjahat itu dan
Daud menumbuk penjahat itu = Daud memukul dan menumbuh penjahat itu.
Penggunaan FN sebagai objek selepas KK yang membawa makna adjektif. Contoh,
kejadian itu sunguh menakjubkan kami = kejadian itu sunguh menakjubkan
Pengguguran FN yang menduduki frasa relatif.
Contoh,
Orang tua itu bapa saya.
Orang tua itu memakai serban = Orang tua yang memakai serban itu bapa saya.
Pengguguran KN yang berfungsi sebagai inti dalam FN
FN penerangan bukan daripada kelas KN.KN boleh digugurkan. Contoh, kegiatan
bersenam boleh menyihatkan badan = Bersenam boleh menyihatkan badan.
Proses Pengguguran.
Pengguguran unsur-unsur daripada binaan ayat pada peringkat struktur
permukaan unsur yang digugurkan tidak lagi wajib.
Pengguguran FN sebagai subjek. Kata ganti nama diri orang kedua dalam
ayat perintah. Contoh, awak semua pergi dari sini = pergi dari sini.
Pengguguran subjek serupa dalam kata majmuk. Contoh,Dia sangat pandai
kerana dia rajin belajar = dia sangat pandai kerana rajin belajar.
Pengguguran frasa predikat. FK yang serupa. Contoh, Adik Ali belajar di
England dan sepupunya belajar di England.= Adik Ali dan sepupunya belajar di
England.
FN yang serupa. Contoh, Bendera Malaysia lambing negara dan lagu kebangsaan lambing Negara = Bendera Malaysia dan lagu kebangsaan lambang Negara.
FA yang serupa. Contoh, Adik saya sangat rajin.Adik Ali sangat rajin = Adik
saya dan adik Ali sangat rajin.
Frasa Sendi Nama yang serupa. Contoh, Dua masih di kampung dan isterinya
masih di kampung = Dia dan isterinya masih di kampung.
Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat.
Pengguguran oleh FN dalam ayat pasif. Contoh, Dia dipukul oleh bapanya = Dia dipukul.
Pengguguran kata bantu yang serupa. Contoh, Dia boleh menyanyi dan dia boleh menari = Dia boleh menyanyi dan menari.
Penggunaan FN sebagai objek yang serupa. Contoh, Daud memukul penjahat itu dan Daud menumbuk penjahat itu = Daud memukul dan menumbuh penjahat itu.
Penggunaan FN sebagai objek selepas KK yang membawa makna adjektif. Contoh, kejadian itu sunguh menakjubkan kami = kejadian itu sunguh menakjubkan
Pengguguran FN yang menduduki frasa relatif. Contoh, Orang tua itu bapa saya.Orang tua itu memakai serban = Orang tua yang memakai serban itu bapa saya.
Pengguguran KN yang berfungsi sebagai inti dalam FN
FN penerangan bukan daripada kelas KN.KN boleh digugurkan. Contoh,
kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan = Bersenam boleh menyihatkan
badan.
KONSEP AYAT TERBITAN
1. Struktur permukaan berpunca daripada suatu ayat yang lain kecuali menyerupai ayat dasar.Wujud pada peringkat struktur dalaman dan wujud dalam bentuk yang serupa.
2. Proses gramatis melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah struktur memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.
3. Proses transformasi mengakibatkan pengguguran,penyusunan dan perluasan.
TAJUK: PROSES PENERBITAN AYAT PROSES PENGGUGURAN
1. Pengguguran unsur-unsur daripada binaan ayat pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan tidak lagi wajib.
Pengguguran FN sebagai subjek1. Kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah.
Contoh: Awak semua pergi dari sini = pergi dari sini.2. Pengguguran subjek serupa dalam kata majmuk.
Contoh: Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar = Dia sangat pandai kerana rajin belajar.
Pengguguran frasa predikat.
1. FK yang serupa. Contoh: Adik Ali belajar di England dan sepupunya belajar di England. = Adik Ali dan sepupunya belajar di England.2. FN yang serupa. Contoh: Bendera Malaysia lambang negara dan lagu kebangsaan lambang negara. = Bendera Malaysia dan lagu kebangsaan lambang negara.3. FA yang serupa. Contoh: Adik saya sangat rajin, Adik Ali sangat rajin = Adik saya dan adik Ali sangat rajin.4. Frasa Sendi Nama yang serupa. Contoh: Dia masih di kampung dan isterinya masih di kampung = Dia dan isterinya masih di kampung.5. Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat.(i) Pengguguran oleh FN dalam ayat pasif. Contoh: Dia dipukul oleh bapanya =
Dia dipukul.(ii) Pengguguran kata bantu yang serupa. Contoh: Dia boleh menyanyi dan dia boleh
menari = Dia boleh menyanyi dan menari.(iii) Penggunaan FN sebagai objek yang serupa. Contoh: Daud memukul penjahat itu dan Daud menumbuk penjahat itu = Daud memukul dan menumbuh penjahat itu.(iv) Penggunaan FN sebagai objek selepas KK yang membawa makna adjektif. Contoh: Kejadian itu sunguh menakjubkan kami = Kejadian itu sunguh menakjubkan(v) Pengguguran FN yang menduduki frasa relatif.Contoh: Orang tua itu datuk Azmi .Orang tua itu memakai songkok = Orang tua yang memakai serban itu datuk Azmi.vi) Pengguguran KN yang berfungsi sebagai inti dalam FNFN penerangan bukan daripada kelas KN.KN boleh digugurkan. Contoh : kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan = Bersenam boleh menyihatkan badan.