jenayah siber karangan
DESCRIPTION
Tingkatan 1TRANSCRIPT
Pengenalan:
Ruang Siber boleh diertikan sebagai suatu ruang maya yang menyediakan
komnukasi tanpa sempadan. Komunikasi melalui ruang siber ini mudah, pantas dan
bebas serta menjadi satu yang popular dewasa ini. Jenayah siber merupakan satu
jenayah yang baharu pada abad ini. Jenayah ini mempunyai modes operandi yang
berbeza daripada jenayah-jenayah yang lain. Jenayah ini tercetus akibat daripada
kemunculan capaian Internet sebagai alat komunikasi terkini yang menjanjikan satu
wadah penyebaran maklumat bagi memantapkan lagi ilmu dan maklumat. Oleh sebab
yang demikian, maka tiada sesiapa pun yang dapat mengawal perjalanan maklumat di
dunia siber. Ini adalah disebabkan oleh berjuta-juta laman sesawang mahupun media
sosial yang ada dan ia semakin bertambah saban waktu. Melalui laman sesawang serta
media-media sosial seperti facebook dan twitter telah menyebarkan bermacam-macam
maklumat tanpa dapat disahkan kesahihan maklumat tersebut. Antara yang sering
disebarkan melalui medium-medium ini termasuklah idealogi, propaganda serta bahan
pornografi. Jenayah ini siber juga dikenali sebagai jenayah maya merangkumi aspek
yang luas bentuknya. Penggodaman simpanan maklumat dalam komputer, pencurian
butiran fail peribadi untuk penipuan traksaksi perbankan internet, penyebaran virus dan
penyebaran fitnah.
Punca-punca Jenayah Siber
Antara salah satu punca jenayah siber berlaku ialah sukar untuk dikenalpasti
siapakah penjenayahnya. Menurut Michael A. Vatis dari FBI, "Satu masalah utama
untuk membezakan ancaman siber dengan ancaman fizikal adalah susah untuk
menentukan siapa yang menyerang sistem kita, mengapa, bagaimana, dan dari mana".
Umur penjenayah siber biasanya adalah golongan berpengetahuan ataupun
profesional. Berkemungkinan kawan kita , mungkin pelajar, ataupun profesor atau siapa
sahaja. Mereka akan melakukan jenayah siber terhadap institusi pesaing atau mereka
diupah oleh pihak tertentu , dan biasanya mereka susah untuk ditangkap.
Selain itu , Sikap manusia yang negatif juga antara salah satu punca jenayah siber
tersebar,kerana jenayah siber sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai sikap
yang negatif. Mereka menyerang sistem hanya sekadar suka-suka ataupun mencuba
ilmu baru yang mereka pelajari. Kebanyakan mereka ini adalah remaja.Golongan
remaja ini mempunyai sikap yang sukar diramal. Mereka belum cukup matang untuk
berfikir tentang akibat jenayah yang mereka lakukan.
Tambahan pula , sifat ketamakan manusia juga punca tersebut. Antaranya
keinginan untuk menjadi kaya dalam masa yang singkat dengan menggunakan kaedah
alternatif. Sesetengah manusia hanya mementingkan hasilnya dan mereka tidak ambil
peduli akan cara mereka mendapat hasil tersebut,oleh itu mereka sanggup melakukan
jenayah siber semata-mata untuk mendapatkan hasil dengan cepat kerana jenayah
siber tidak perlu melibatkan tenaga fizikal seperti jenayah-jenayah lain , contohnya
merompak.
Langkah-Langkah Jenayah Siber
Antara langkah yang paling efeektif ialah melindungi sistem komputer
sendiri.Undang-undang siber tidak boleh kita harapkan untuk melindungi kita dari
ancaman jenayah siber .Walau bagaimanapun kita kena mengambil langkah untuk
melindungi sistem komputer kita sendiri dengan lengkapkan diri kita dengan ilmu
tentang komputer. Contohnya kita boleh lindungi sistem komputer kita dengan perisian
yang ada di pasaran seperti anti-virus, firewall, pop-up blocker, anti-spyware dan apa-
apa saja perisian keselamatan yang lain
Kerajaan juga patut mewajibkan pelajaran komputer dan kursus komputer di
kalangan pelajar. Semua pelajar tidak kira umurnya harus menghadiri kelas komputer
ini dan mereka diajar tentang ancaman jenayah siber ini. Selain itu,kerajaan juga patut
menyediakan lebih banyak kursus komputer kepada semua pegawai kerajaan ataupun
pekerja yang terlibat dalam transaksi di internet supaya mereka boleh tingkatkan
keselamatan siber.