jenis-jenisujiandalampemulihan

Upload: joe-tsen

Post on 10-Apr-2018

261 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Jenis-JenisUjiandalamPemulihan

    1/6

    1

    JENIS-JENIS UJIANDALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

    1. Ujian Saringan (IPP2M/IKAMR)

    2. Ujian Diagnostik Bahasa Melayu

    LisanBertulis

    3. Ujian Diagnostik Matematik

    3. Ujian Pencapaian Bahasa Melayu dan Matematik

    Formatif (Dijalankan berterusan secara formal atau tidak)Sumatif (Ujian Pelepasan)

    Ujian-ujian dalam pemulihan khas membolehkan seseorang guru :-

    1. Menapis sejumlah murid untuk memastikan kemasukan dalam kelaspemulihan.

    2. Menentukan punca-punca kelemahan murid.3. Menilai pencapaian murid setelah dijalankan P&P pemulihan.

    UJIAN SARINGAN

    1. Ujian saringan adalah satu instruman pengukuran yang menyeluruh terhadapkekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asasoleh murid secara individu untuk dicalonkan mengikuti program pemulihankhas. Ianya dapat mengenalpasti murid-murid yang lemah dan memerlukanbantuan pemulihan.

    2. Bahan / topik dalam ujian saringan merangkumi hanya kerja yang telah diajaroleh guru kelas sehingga masa saringan diberi. Oleh itu senarai kemahiranyang diuji hendaklah ditentukan dalam Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ).

    3. Ujian saringan perlu dilaksanakan berdasarkan bilangan murid yangdicalonkan untuk mengikuti program pemulihan khas yang ramai.

    4. Ujian ini dijalankan selepas pencalonan diterima daripada guru matapelajaran,darjah, guru besar dan ibu bapa.

    5. Ujian dijalankan secara individu atau kumpulan kecil dan direkodkan kedalam borang rekod ujian untuk difailkan.

  • 8/8/2019 Jenis-JenisUjiandalamPemulihan

    2/6

    2

    6. Bilangan murid yang diterima masuk ke kelas pemulihan bergantung kepadabeberapa faktor :

    Skor yang lemahJumlah murid yang dapat diselenggarakan oleh guru pemulihan.Ruang yang ada untuk kelas pemulihan.

    IPP2M DAN IKAMR

    IPP2M dan IKAMR adalah satu alat untuk mengesan dan mengenal pasti sama

    ada seseorang murid itu memerlukan bantuan atau perkhidmatan tambahan dari guru di

    Kelas Program Pemulihan Khas atau Program Pemulihan Dalam Bilik Darjah (KBSR).

    IPP2M dan IKAMR ini akan diguna pakai oleh Guru Pemulihan Khas bagi menyaring

    murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (IPP2M) dan Matematik(IKAMR) di Tahun 2 dan Tahun 3.

    Kaedah Pelaksanaan IPP2M

    Tahun Dua Dan Tahun Tiga

    a. Murid pemulihan khas Tahun 2 akan menduduki ujian IPP2M pada bulan

    Januari.

    b. Murid Tahun 3 yang menduduki IPP2M sekiranya ada pencalonan baru.

    c. Bagi murid yang gagal dalam ujian IPP2M akan diberikan pendidikan

    pemulihan khas mulai bulan Januari.

    d. Bagi murid yang lulus dalam IPP2M akan belajar di kelas KBSR .

    CadanganUntuk

    Penempatan

    Cadangan KePendidikan Khas

    ProgramPemulihan Khas

    PemulihanKBSR

    (dalam bilikdarjah)

    SKOR 0 10 11 44 44 65

  • 8/8/2019 Jenis-JenisUjiandalamPemulihan

    3/6

    3

    Kaedah Pelaksanaan IKAMR

    Tahun Dua Dan Tahun Tiga

    a. Murid pemulihan khas Tahun 2 akan menduduki ujian IKAMR pada bulan

    Januari.

    b. Murid Tahun 3 yang menduduki IKAMR sekiranya ada pencalonan baru.

    c. Bagi murid yang gagal dalam ujian IKAMR akan diberikan pendidikan

    pemulihan khas.

    d. Bagi murid yang lulus dalam IKAMR akan belajar di kelas KBSR

    Skor IKAMR

    Tahun Skor yang perlu dicapai oleh murid

    Tahun Dua 76

    Tahun Tiga 92

    UJIAN DIAGNOSTIK

    1. Ujian diagnostik memainkan peranan yan penting dalam program pemulihankhas. Ia dapat membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh murid.

    2. Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untukmengesan masalah yang dialami ketika belajar. Juga mengenal pasti puncakegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran.

    3. Keputusan analisis ujian diagnostik akan menunjukkan kawasan-kawasankelemahan dan kekuatan seseorang murid dalam sesuatu kemahiran. Caraini dapat mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dankawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi.

    4. Dari analisis kesalahan ujian tersebut, dapat membantu guru merancang satuprogram pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebihtepat dan sistematik.

  • 8/8/2019 Jenis-JenisUjiandalamPemulihan

    4/6

    4

    Membina Ujian Diagnostik

    1. Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perluditentukan :

    Objektif ujian

    Perkara yang hendak diuji

    Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan.

    Siapa yang hendak diuji sasaran.

    2. Ujian yang dirancang dengan teliti, cermat dan sempurna dapat memberikanpenilaian yang lebih adil terhadap murid pemulihan. Oleh itu, borang JPUperlu disediakan.

    3. Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yangdihadapi oleh murid dalam pembelajaran.

    4. Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia diuji. Kemahiran tersebuthendaklah disusun dari senang ke susah.

    Pelaksanaan

    1. Ujian diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah guru mengenal pasti murid-murid yang dipilih mengikuti program pemulihan Bahasa Melayu.

    2. Ujian diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostikbertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalamsatu masa.

    3. Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendahkepada yang paling tinggi pengetahuan, pemahaman, penggunaan, makahendaklah dimulakan dengan ujian lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis.

    4. Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang yang di uji itu didapatigagal menjawab semua item dengan betul dalam TIGA kemahiran berturut-turut.

    5. Setiap jawapan murid hendaklah direkodkan dalam Borang Rekod UjianDiagnostik.

  • 8/8/2019 Jenis-JenisUjiandalamPemulihan

    5/6

    5

    UJIAN PENGAMATAN

    1. Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melaluipancaindera setelah berlakunya proses dalam mental.

    2. Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia. Pengamatan

    merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugaspancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu.

    3. Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh dikembang dan dipelajari.Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapatmembantu mereka dalam pembelajaran.

    4. Mengikut pendapat Ruth Srang dalam bukunya Reading Diagnosis andRemediation beliau mengatakan pengamatan merupakan satu proses yangbergantung kepada kognitif dan kederaan. Proses ini penting kepadapembelajaran terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak-

    kanak.

    5. Janet W Learner(1971) dalam bukunya Children With Learning Disabilitiestelah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenalmaklumat daripada tindak balas pancaindera ataupun mekanisma yangmentafsirkan sesuatu pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek.

    UJIAN FORMATIF

    PengenalanUjian formatif merupakan ujian yang dilakukan secara berterusan sepanjang

    pengajaran dan pembelajaran. Ia juga merupakan instrumen pengukuran pencapaiandalam menguasai kemahiran asas dalam Bahasa Melayu dan Matematik setelah selesaisetiap tajuk/kemahiran/pelajaran. Tujuan ujian formatif ini adalah untuk menilaikeberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

    Pelaksanaan.Ujian formatif hendaklah dilaksanakan setelah pengajaran

    dan pembelajaran selesai dilaksanakan. Ujian ini boleh dilakukan secara lisan ataubertulis. Bahan-bahan ujian formatif ini hendaklah disediakan oleh guru sendiri.

    UJIAN PENCAPAIAN / PELEPASAN (SUMATIF)

    1. Pengenalan

    Ujian Pencapaian / Pelepasan ini merupakan ujian sumatif setelah murid-muridmengikuti program aktiviti pembelajaran dalam Kelas Pemulihan Khas. Ia jugamerupakan instrumen pengukuran pencapaian dalam menguasai kemahiran asasdalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Penggubalan soalan bagiujian ini adalah berasaskan unit-unit pembelajaran.

  • 8/8/2019 Jenis-JenisUjiandalamPemulihan

    6/6

    6

    2. Pelaksanaan.

    Ujian Pencapaian ini hendaklah dilaksanakan setelah murid-murid mengikutiprogram pemulihan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik dalam Kelas

    Pemulihan Khas. Ujian ini boleh dijalankan secara individu atau secara kumpulan.Walau bagaimanapun ia bergantung kepada pencapaian setiap murid. Sekiranyaterdapat sekumpulan murid yang menguasai kemahiran yang sama pada sesuatumasa, maka ujian ini boleh dijalankan secara kumpulan.

    Instrumen yang digunakan untuk ujian pencapaian / pelepasan Bahasa Melayu ialahset ujian IPP2M. Sementara Matematik pula instrumen yang digunakan ialah setujian pelepasan IKAMR.

    Pencapaian setiap murid hendaklah direkodkan dalam Borang Rekod UjianPencapaian Bahasa Melayu dan Matematik seperti contoh pada bahagian akhirsesuatu set ujian. Penggunaan sesuatu set ini bergantung kepada tahap pencapaian

    murid pada sesuatu peringkat kemahiran yang tersenarai dalam Set Kemahiran.

    Skor Pelepasan Bahasa Melayu.

    Cadangan KePendidikan Khas

    MeneruskanPembelajaran

    Di KelasPemulihan Khas

    Masuk Ke KelasBiasa

    SKOR 0 10 11 44 44 65

    Skor Pelepasan Matematik.

    Kelas Skor yang perlu dicapai

    Tahun 2 dan 3 92