jenis soalan

39
Ciri-Ciri Ujian Yang Baik Sesuatu ujian yang baik perlu mengandungi kesahan dan kebolehpercayaan Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu ujian ialah: Ujian hendaklah berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian Arahan cara calon patut bertindak balas terhadap sesuatu ujian / soalan hendaklah jelas Bilangan soalan hendaklah mencukupi Bahasa soalan mudah difahami Bentuk soalan yang sesuai dengan aras kemahiran yang dikehendaki / proses mental yang sesuai Petunjuk jawapan tidak diberikan dalam soalan Istilah hendaklah tekal, sempurna dan ejaan yang betul Indeks diskriminasi yang tinggi

Upload: pan-mee-yee

Post on 05-Jul-2015

1.142 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jenis Soalan

Ciri-Ciri Ujian Yang Baik • Sesuatu ujian yang baik perlu mengandungi

kesahan dan kebolehpercayaan• Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi kesahan

dan kebolehpercayaan sesuatu ujian ialah:– Ujian hendaklah berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian– Arahan cara calon patut bertindak balas terhadap

sesuatu ujian / soalan hendaklah jelas– Bilangan soalan hendaklah mencukupi– Bahasa soalan mudah difahami– Bentuk soalan yang sesuai dengan aras kemahiran

yang dikehendaki / proses mental yang sesuai– Petunjuk jawapan tidak diberikan dalam soalan– Istilah hendaklah tekal, sempurna dan ejaan yang

betul– Indeks diskriminasi yang tinggi

Page 2: Jenis Soalan

Ciri-Ciri Ujian Yang Baik• Sesuatu ujian yang baik perlu mengandungi

kesahan dan kebolehpercayaan• Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi kesahan

dan kebolehpercayaan sesuatu ujian ialah:– Ujian hendaklah berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian– Arahan cara calon patut bertindak balas terhadap

sesuatu ujian / soalan hendaklah jelas– Bilangan soalan hendaklah mencukupi– Bahasa soalan mudah difahami– Bentuk soalan yang sesuai dengan aras kemahiran

yang dikehendaki / proses mental yang sesuai– Petunjuk jawapan tidak diberikan dalam soalan– Istilah hendaklah tekal, sempurna dan ejaan yang

betul– Indeks diskriminasi yang tinggi

Page 3: Jenis Soalan

Pembina Soalan • Ciri-ciri pembina item / soalan yang baik:–Menguasai isi pelajaran– Pengetahuan mengenai ciri-ciri ujian yang baik– Pengetahuan tentang berbagai-bagai format

soalan ujian / item– Pengetahuan mengenai objektif pendidikan– Kebolehan berkomunikasi– Pengalaman membina soalan / item– Pengetahuan tentang psikologi kanak-kanak– Kreatif, tekun dan sabar–Mempunyai sikap terbuka dan sanggup dikritik

Page 4: Jenis Soalan

Jenis Soalan Secara umumnya, terdapat dua jenis

soalan, iaitu

– Soalan / Item Objektif

– Soalan / Item Subjektif

Page 5: Jenis Soalan

Jenis Soalan Definisi Soalan / Item Objektif

Grounlund, 1977 – item yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa-pemeriksa berlainan memperoleh skor yang sama ketika memeriksa jawapan yang serupa

Ciri serupa item-item objektif – menghidangkan kepada calon tugas yang sangat terkawal dan terbatas jenis tindak balas yang boleh dibuat

Untuk mendapat jawapan betul, calon perlu menunjukkan pengetahuan serta kefahaman khusus yang diperlukan.

Pemarkahan adalah objektif dan cepat, mudah serta jitu.

Gagal menguji kebolehan calon untuk memilih, menyusun dan menyatukan idea-idea

Page 6: Jenis Soalan

Bentuk Soalan/Item Objektif Terdapat dua kumpulan utama item objektif,

iaitu:

- jenis item / soalan yang memerlukan sumbangan jawapan daripada calon

- jenis item / soalan yang memerlukan calon membuat pilihan

Page 7: Jenis Soalan

Bentuk Soalan/Item Objektif Jenis item / soalan yang memerlukan sumbangan jawapan daripada calon terdiri daripada:(a) Item Jawapan Pendek

- Memerlukan jawapan pendek; mungkin berbentuk satu soalan atau pernyataan dan calon dikehendaki memberi jawapan.

- Contoh:(a) Namakan ibu negeri Sarawak

……………..(b) Siapakah pengarang buku Ranjau

Sepanjang Jalan? …………….

Page 8: Jenis Soalan

Bentuk Soalan/Item Objektif Jenis item / soalan yang memerlukan sumbangan jawapan daripada calon terdiri daripada:(b) Item Melengkapkan

- Item yang merupakan satu ayat yang tidak lengkap. Calon dikehendaki mengisi tempat kosong berkenaan.

- Contoh:(a) Negeri …….. Ialah pengeluar timah yang

terbesar di Semanjung Malaysia.(b) Malaysia menerima hujan sebanyak 2540

mm setahun dan suhunya ialah kira-kira 27OC. Jenis iklim yang dialaminya ialah iklim …………..

Page 9: Jenis Soalan

Bentuk Soalan/Item Objektif

Jenis item / soalan yang memerlukan sumbangan jawapan. Tindak balas item jenis pilihan telah diberikan. Calon hanya dikehendaki memilih jawapan yang betul atau paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan dan nama item adalah berdasarkan keadaan pilihan itu seperti format padanan, format Betul-Salah, dan format Aneka Pilihan.

Page 10: Jenis Soalan

Bentuk Soalan/Item Objektif (a) Item Betul-Salah

- Item ini merupakan item berbilang pilihan jenis dua pilihan. Calon dikehendaki menentukan betul atau salah pernyataan yang diberikan. Pilihan yang biasa digunakan ialah Ya-Tidak, Betul-Salah, Benar-Tidak Benar, Sama-Bertentangan, dan Tepat-Tidak Tepat.

- Item jenis ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis:(a1) Jenis Betul-Salah yang mudah

Calon diberikan pernyataan. Mereka dikehendaki menyatakan Betul-Salah pernyataan tersebut.

Contoh:Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang Benar dan ( x ) jika

pernyataan itu Salah. B S

(i) Kuala Lumpur dibuka oleh Yap Ah Loy. ( ) ( )

(ii) Mineral dalam diet menghasilkan haba dan tenaga kepada tubuh. ( ) ( )

Page 11: Jenis Soalan

Bentuk Soalan/Item Objektif (a) Item Betul-Salah

(a2) Jenis HimpunanDalam bentuk ini, terdapat pokok soalan (pernyataan yang belum lengkap) diikuti oleh beberapa jawapan. Calon-calon dikehendaki menentukan jawapan betul-salah. Dalam bentuk ini penulis item dapat bertanyakan beberapa soalan berdasarkan pokok soalan.

Contoh Min ialah

B S (a) ukuran kecenderungan memusatB S (b) markah lulus suatu ujianB S (c) korelasi antara dua pemboleh ubah

Page 12: Jenis Soalan

Bentuk Soalan/Item Objektif (a) Item Betul-Salah

(a3) Jenis PembetulanCalon dikehendaki menentukan betul-salah sesuatu pernyataan dan selepas itu pernyataan yang salah itu hendaklah diperbetulkan. Fakta yang hendak dipastikan betul-salahnya hendaklah digarisi.

ContohB S Punca ganda dua 64 ialah 9.B S Nenek ialah ibu kepada bapa.B S Kucing jenis binatang peliharaan.

Page 13: Jenis Soalan

Bentuk Soalan/Item Objektif (b) Item Padanan

- Item padanan menghidangkan masalah (premises atau stimuli) dan beberapa penyelesaian masalah (tindak balas). Tindak balas boleh digunakan lebih daripada sekali. Item ini mempunyai sifat homogen sama ada di bahagian masalah atau tindak balas.

- Contoh: Padankan item-item pada Ruang A dengan pilihan Acara-Acara pada Ruang B.

Ruang A Ruang B

Butir-Butir Mengajar Acara-Acara( ) 1. Bernafas melalui mulut (A) Lompatan( ) 2. Ayun Tangan (B) Lombol lalu( ) 3. Lonjakan dua belah kaki (C) Mendagu( ) 4. Lonjakan sebelah kaki (D) Berenang

(E) Lari pecut

Page 14: Jenis Soalan

Bentuk Soalan/Item Objektif (b) Item Padanan

- Dibahagikan kepada tiga jenis:(b1) Item Padanan Homogen Mudah

- Padanan jenis homogen termasuklah item yang memerlukan calon memadankan satu stimuli dengan pilihan yang sesuai.

(b2) Item Padanan Perhubungan Logik- Perhubungan logik, misalnya, sebab-akibat,

sebab-kesan, dan sebagainya. Calon dikehendaki memadankan sebab dengan akibat, atau sebab dengan kesan.

(b3) Item Padanan Jenis Klasifikasi- Klasifikasi seperti klasifikasi batu-batan dan jenis-

jenis perkataan diberikan dalam tindak balas, pelajar menjawab stimuli dengan cara memilih klasifikasi yang diberikan. Format ini merupakan cantuman antara padanan dan item berbilang pilihan dan sesuai dengan tugasan fahaman, penjelasan dan kritikan.

Page 15: Jenis Soalan

Bentuk Soalan/Item Objektif (b) Item Padanan

- Contoh b1:

- Contoh b2:

Peribahasa Makna

( ) 1. Buah Tangan (A) oleh-oleh

( ) 2. Tangkai Jering (B) kedekut

( ) 3. Otak Udang (C) Pintar

(D) Bodoh

Sebab Akibat

( ) 1. Hujan Selama 1 Minggu (A) banjir

( ) 2. Hujan tidak turun selama 1 minggu

(B) kemarau

(C) kebakaran

Page 16: Jenis Soalan

Bentuk Soalan/Item Objektif (b) Item Padanan

- Contoh b3:Direction: Item 1 – 7 each contains a complete sentence. Determine whether the sentence is simple, compound, complex or compound-complex. Using the key below, write the letter of the type of sentence in the blank to the left of the sentence.Key: (A) simple sentence

(B) compound sentence(C) complex sentence(D) compound-complex sentence

( ) 1. The teacher said that his answer is correct.

( ) 2. They made him chairman

( ) 3. After I had gathered the information, I turned it over to him and started the report.

( ) 4. I warned her, but she was persistent.

Page 17: Jenis Soalan

Bentuk Soalan/Item Objektif (c) Item Aneka Pilihan

Item aneka pilihan adalah dari golongan item jawapan tetap kerana telah disediakan tindak balas. Berlaku proses pilihan jawapan daripada beberapa pilihan. Item Aneka Pilihan terdiri daripada satu pokok soalan yang merupakan situasi masalah dan beberapa pilihan jawapan munasabah kepada masalah tersebut.Item ini dibahagikan kepada pokok soalan (stem), dan pilihan (option). Terdapat pokok soalan yang mempunyai rangsangan (stimulus). Satu daripada pilihan ialah jawapan (key) dan pilihan yang bukan jawapan dinamakan pengganggu (distractor).

Page 18: Jenis Soalan

Bentuk Soalan/Item Objektif (c) Item Aneka Pilihan

Pokok Soalan (Stem) sepatutnya mengandungi suatu masalah yang hendak dikemukakan. Stem mungkin berbentuk soalan atau kenyataan yang belum lengkap.

Rangsangan berbentuk perenggan, ayat, graf, jadual, gambar rajah dan lain yang wujudnya sebagai satu kemestian kepada sesuatu pokok soalan. Berfungsi sebagai pengenal, punca, penggerak dan pengawal dalam sesuatu soalan. TIDAK semua pokok soalan memerlukan rangsangan.

Pilihan terdiri daripada jawapan dan kemungkinan jawapan yang dinamakan pengganggu. Pengganggu merupakan jawapan yang mungkin diberikan oleh calon yang tidak mengetahui, kurang mengetahui atau ragu-ragu terhadap masalah yang dikemukakan.

Jawapan yang betul dinamakan jawapan (Key). Jawapan hendaklah tepat, tidak mengelirukan dan dipersetujui oleh pakar-pakar yang mahir dalam bidang berkaitan.

Page 19: Jenis Soalan

Bentuk Soalan/Item Objektif (c) Pengkelasan Item Aneka Pilihan

- Jawapan Betul- Jawapan Terbaik- Analogi- Antonim / Sinonim- Negatif [kecuali, bukan, paling, kurang]- Mencari Kesalahan- Jawapan Disenaraikan- Aturan Terbaik- Cantuman yang sesuai / sekuen- Item Interpretif- Kloz

Page 20: Jenis Soalan

Panduan Membina Item Objektif1. Item Jenis Jawapan Pendek

- Tugasan soalan seharusnya jelas dan jawapan yang diperlukan adalah ringkas dan tepat

- Elakkan daripada memetik perkataan dari buku teks secara terus-menerus. Ini untuk mengelakkan calon daripada menghafaz jawapan.

- Soalan langsung adalah lebih baik daripada bentuk pernyataan yang tidak lengkap

- Garis kosong hendak sama panjang dan terletak di sebelah kanan.

- Elakkan daripada menggunakan lebih daripada satu tempat kosong.

- Perkataan atau rangkai kata yang dikosongkan hendaklah merupakan isi penting.

Page 21: Jenis Soalan

Panduan Membina Item Objektif2. Item Betul-Salah

- Elakkan daripada menggunakan pernyataan soalan yang terlalu umum.

- Elakkan daripada menggunakan pernyataan yang kurang penting.- Elakkan daripada menggunakan pernyataan negatif atau dua negatif- Elakkan daripada menggunakan ayat yang panjang dan kompleks.- Elakkan daripada menggunakan pernyataan soalan yang terlalu

umum.- Elakkan daripada menggunakan pernyataan yang kurang penting.- Elakkan daripada menggunakan pernyataan negatif atau dua negatif- Elakkan daripada menggunakan ayat yang panjang dan kompleks.- Pastikan pernyataan (soalan) mengandungi satu idea utama sahaja

kecuali soalan yang bertanyakan hubungan “sebab-akibat”.- Pertanyaan benar/salah seharusnya sama panjang- Elakkan daripada menghidangkan pernyataan soalan secara terus

menerus daripada buku teks- Jumlah jawapan Betul dan Salah lebih kurang sama banyak

Page 22: Jenis Soalan

Panduan Membina Item Objektif3. Item Jenis Padanan

- Gunakan hanya isi pelajaran/bahan yang homogen bagi setiap kumpulan item

- Pastikan jumlah rangsangan dan tindak balas tidak sama bilangannya. Arahan hendaklah diberi sama ada tindak balas boleh digunakan sekali, lebih daripada sekali, atau tidak digunakan langsung jika perlu

- Aturkan senarai rangsangan dalam turutan yang logik- Pastikan semua item dalam set item padanan terletak

dalam muka surat yang sam

Page 23: Jenis Soalan

Panduan Membina Item Objektif4. Item Aneka Pilihan

Pokok Soalan- Pokok soalan (stem) mengandungi tugasan (task) atau

masalah yang spesifik sehinggakan calon boleh memahaminya dengan tidak payah membaca pilihan-pilihan. Item hendaklah mengikut JSU

- Pokok item berbentuk soalan atau pernyataan yang belum lengkap

- Jawapan bagi pernyataan yang belum selesai / lengkap diletakkan di hujung soalan / item

- Nyatakan item dalam bentuk positif (pokok item positif hendaklah diutamakan) kerana berupaya mengukur hasil-hasil penting pelajaran daripada item negatif.

- Pokok soalan /item beraras tinggi hendaklah ditutamakan

- Gunakan lebih perkataan dalam pokok item daripada perkataan dalam satu-satu pilihan

Page 24: Jenis Soalan

Panduan Membina Item Objektif4. Item Aneka Pilihan

Pilihan (Opsyen)- Semua pilihan hendaklah selaras dan selari dengan

pokok soalan / item- Semua pilihan hendaklah homogen- Semua pengganggu hendaklah munasabah sebagai

jawapan dan dalam lingkungan sukatan pelajaran; perlu kelihatan seolah-olah benar kepada calon yang tidak mengetahui supaya calon ini memilihnya daripada memilih jawapan yang betul. Antara caranya:- Menggunakan kesilapan yang sering dilakukan sebagai

pengganggu- Nyatakan pilihan dalam bahasa murid-murid- Gunakan perkataan yang sedap didengar seperti tepat,

paling dalam jawapan betul dan pengganggu- Tentukan pilihan-pilihan kelihatan seolah-olah serupa

Page 25: Jenis Soalan

Panduan Membina Item Objektif4. Item Aneka Pilihan

Pilihan (Opsyen)- Bilangan pilihan hendaklah sesuai dengan kematangan

calon. Biasanya antara 3 hingga 5 pilihan digunakan- Pilihan diatur mengikut sesuatu sistem tertentu: mengikut

abjad, panjang-pendek ayat, besar-kecil nombor- Pilihan sebaik-baiknya sama panjang- Pilihan yang berulang-ulang dimasukkan ke dalam pokok

soalan- Catatkan “unit” yang digunakan pada pilihan- Penggunaan “semua di atas” dan “bukan semua di atas”

hendaklah secara berhati-hati, di dalam pilihan atau jawapan betul. Penggunaan “kesemua di atas” menyebabkan calon menjawab dengan betul hanya berdasarkan kepada maklumat yang tidak lengkap. Calon boleh mengesan “kesemua di atas” sebagai jawapan betul dengan hanya memerhatikan dua pilihan adalah betul

Page 26: Jenis Soalan

Panduan Membina Item Objektif4. Item Aneka Pilihan

Pilihan (Opsyen)- Definisi ditempatkan di dalam pilihan- Pastikan jawapan yang dikehendaki ini “betul” atau

“paling baik” agar tidak mewujudkan kesangsian terhadapnya

- Pastikan tiada “petunjuk” atau perkataan yang boleh memberi petanda kepada calon mengenai jawapan betul atau mengetepikan pilihan-pilihan salah

Page 27: Jenis Soalan

Soalan SubjektifSoalan yang memberi kebebasan kepada calon

dalam memberi jawapannya. Calon dikehendaki menghasilkan jawapan mereka sendiri dan agak bebas untuk menentukan:- bagaimana mendekati sesuatu masalah- apakah maklumat dan fakta yang perlu digunakan- bagaimana mengelolakan jawapan- sejauh manakah penekanan yang perlu diberikan kepada sesuatu aspek

Jika soalan objektif boleh diperiksa secara tekal oleh pemeriksa berlainan, soalan subjektif kurang tekal dari segi pemeriksaan oleh pemeriksa berlainan. Maksudnya, biasanya terdapat perbezaan skor.

Page 28: Jenis Soalan

Soalan Subjektif

• Definisi- Satu pernyataan bersifat pertanyaan

dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respons secara tulisan

• Dua jenis item dalam soalan subjektif iaitu:i. item jenis strukturii. Item jenis esei

Page 29: Jenis Soalan

Soalan SubjektifITEM JENIS STRUKTUR• Item-item yang disusun & diatur secara sistematik

serta berkembang untuk menjadi rangka kepada satu persoalan yang lebih besar / berkaitan dengan satu-satu tema.

• Terbentuk daripada. Satu / dua bahagian, iaitu jawapan yg. mengandungi beberapa patah perkataan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan.

• Memberi panduan, bimbingan, kerangka, rangsangan & bahan asas kpd. pelajar utk. memulakan jawapan.

• Memberi tanda isyarat yg. tetap bagi bertindak balas thp. soalan berdasarkan petunjuk markah & ruang jawapan yg. disediakan.

Page 30: Jenis Soalan

Soalan SubjektifITEM JENIS STRUKTUR

• Beberapa item pendek boleh dihubungkan menjadi set item-item yang dibentuk dengan menggunakan rangsangan yang sama.

• Item struktur sebenarnya mengandungi elemen item objektif dan item esei.

• Soalan struktur mengehadkan isi dan bentuk jawapan seseorang calon.

• Jawapan yang diperlukan adalah pendek, iaitu satu atau dua ayat sahaja.

Page 31: Jenis Soalan

Soalan SubjektifContoh ITEM JENIS STRUKTUR

1. Nyatakan dua jenis pantun.

i) ____________________________________ii) ____________________________________

( 2 markah )

Page 32: Jenis Soalan

Soalan SubjektifPANDUAN PEMBINAAN SOALAN STRUKTUR

• Soalan struktur mengandungi elemen soalan objektif dan subjektif• Soalan struktur amnya berbentuk soalan esei terbuka tetapi

memerlukan jawapan pendek• Soalan-soalan dalam set secara umum bermula daripada mudah

berkembang kepada soalan yang lebih sukar di bahagian akhirnya. Kesukaran soalan dihubungkan kepada jawapan soalan yang panjang.

• Setiap soalan dalam set boleh berdiri dengan sendiri tidak bergantung pada kebolehan calon menjawab pada soalan lain atau sebelumnya.

• Jika diperlukan ruangan jawapan dalam soalan sediakan ruangan yang mencukupi dari segi bilangan jawapan atau panjang jawapan.

• Soalan-soalan hendaklah seberapa boleh berinteraksi dengan rangsangan.

• Skema pemarkahan hendaklah dibuat semasa membina soalan.

Page 33: Jenis Soalan

Soalan SubjektifITEM JENIS ESEI

• Item yang memberi peluang kepada pelajar melakukan gerak balas dalam tulisan dengan menggunakan perkataan sendiri.

• Gerak balas tersebut memerlukan jawapan yang meluas & bebas dari segi mengumpul fakta, menilai fakta, mengatur idea & mengembleng idea-idea secara logik hingga menghasilkan jawapan yang asli

• Boleh mengukur peringkat kognitif yang tinggi.

Page 34: Jenis Soalan

Soalan SubjektifITEM JENIS ESEI

• Item ini memberi peluang kepada calon membuktikan tindak balas yang lebih kompleks.

• Tindak balas yang diberikan itu bersifat subjektif dan hanya berbeza dari segi mutu atau merit.

• Kebolehpercayaan pemarkahannya adalah rendah.

Page 35: Jenis Soalan

Soalan SubjektifPRINSIP PEMBINAAN SOALAN ESEI

PRINSIP PENERANGAN

1 Penulis perlu menyemak sukatan pelajaran dan objektif pengajaran supaya soalan yang dihasilkan menepati sukatan pelajaran dan objektif pengajaran tersebut.

2 Arahan hendaklah jelas tentang panjang jawapan dan sama ada pelajar perlu menjawab dalam kertas soalan (mengisi ruang kosong) atau dalam kertas jawapan.

3 Soalan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga-bunga” supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.

4 Aras kesukaran setiap soalan perlu setara supaya setiap soalan yang diberi markah yang sama mempunyai aras kesukaran yang sama juga.

5 Soalan perlu ditulis supaya pelajar dapat membayangkan satu kerangka struktur yang akan memandu pelajar untuk menjawab soalan tersebut.

6 Tentukan terlebih dahulu perkara yang ingin diberi markah dan markahnya untuk penyediaan skema jawapan.

Page 36: Jenis Soalan

Soalan Subjektif• Dua jenis item esei, iaitu:

i. Item Tindak Balas Terhad (TBT )

ii. Item Tindak Balas Lanjutan (TBL)

Page 37: Jenis Soalan

Soalan SubjektifItem Tindak Balas Terhad (TBT )

• Item jenis ini membataskan isi dan bentuk tindak balas.

• Ini dihadkan kepada skop / topik tertentu.

• Berupaya mengukur aras kognitif isi yang terbatas. Batasan ini dapat mengurangkan masalah kebolehpercayaan pemarkahan.

• Contoh:Bagaimanakah bahan sosiobudaya dapat membantu untuk mewujudkan keharmonian pengajaran Bahasa Melayu di Malaysia?

(12 markah )

Page 38: Jenis Soalan

Soalan SubjektifItem Tindak Balas Lanjutan (TBL)

“ Membaca Kunci Kejayaan”

Cogan kata di atas menunjukkan bahawa betapa pentingnya membaca. Bincangkan cara-cara untuk menanam sikap suka membaca dalam kalangan pelajar hari ini.

( 25 markah )

Page 39: Jenis Soalan

Soalan Subjektif

Sekian, terima kasih.