jerebu dan kesannya
TRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
Sejak zaman dahulu lagi isu jerebu yang berpunca daripada pencemaran alam
sekitar ini telah menjadi bahan wacana masyarakat. Hal ini disebabkan oleh impak
pembangunan dari segi kualiti hidup dan ia sering dikaitkan dengan faktor pencemaran,
contohnya kajian impak pembangunan terhadap kualiti kehidupan di bandar Kuala
Lumpur. Hal ini kerana proses kehidupan di bandar lebih terdedah kepada risiko impak
pembangunan yang negatif berbanding di kawasan luar bandar. Malah, bandar merupakan
pusat tamadun manusia yang memerlukan pemantauan tahap kualiti hidup yang berterusan
kerana terdapat pelbagai masalah alam sekitar yang mengiringi setiap pembangunan, salah
satunya ialah masalah jerebu.
Jerebu boleh didefinasikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing di dalam udara
selain daripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk
kepada manusia dan juga tumbuhan termasuk berbagai jenis binatang. Keadaan atmosfera
dikatakan berjerebu sekiranya terdapat partikulat terampai di dalamnya dalam kepekatan
yang tinggi dan kandungan kelembapan yang rendah . Ini menyebabkan jarak penglihatan
menjadi kabur atau kurang jelas. Di kawasan tropika, kelajuan angin biasanya perlahan.
Bagi tempoh-tempoh tertentu, keadaan atmosfera sangat stabil dan peredaran udara sangat
berkurangan. Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif dan menyebabkan cuaca
kering. Tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan pelepasan bahan
pencemaran ke udara sama ada daripada punca tempatan atau luar negara akan
menyumbang kepada pembentukan jerebu (Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber
Asli dan Alam Sekitar Malaysia).
1
Hal ini termasuklah kandungan udara tulen yang wujud dalam keadaan yang lebih
dari kandungan sepatutnya. Jerebu ini merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud
secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang,
asap kenderaan dan asap pembakaran juga adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu.
Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung
di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke
permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan
kadar penglihatan.
Jerebu telah menjadi satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika
dahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara.
Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar. Kilang dan jumlah kenderaan yang banyak
menjadi penyumbang utama kepada fenomena ini. Selain daripada itu keadaan cuaca juga
memburukkan lagi keadaan, dimana pada tahun 1997, negara telah dilanda fenomena El-
Nino yang membawa cuaca kering dan panas berpanjangan. Jumlah hujan menurun dan
negara mengalami masalah bekalan air dan penurunan tekanan air. Antara daerah yang
mengalami masalah ini di Sabah ialah daerah Kota Merudu, Kota Belud dan Kudat.
2
2.0 PUNCA-PUNCA JEREBU /PENCEMARAN UDARA
2.1 Pembakaran
kejadian jerebu yang paling teruk dialami pada tahun 1997 adalah
disebabkan oleh pembakaran terbuka oleh negara jiran. Negeri Sabah telah terjejas
teruk akibat daripada fenomena ini. Pembakaran terbuka di Kalimantan nyata telah
membawa padah apabila api sukar dikawal dan menjilat sebahagian besar kawasan
hutan. Oleh kerana Kalimantan agak berdekatan dengan Sabah maka penduduk
semakin cemas dan langkah berjaga-jaga telah dilakukan. Asap akibat daripada
pembakaran tersebut telah meliputi negeri Sabah dan menyebabkan keadaan
semakin teruk. Negeri tersebut terpaksa menghantar bantuan kepada Kalimantan
dan Indonesia untuk memadam kabakaran. Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri
telah menghantar 80 orang anggotanya untuk tujuan tersebut. Pembakaran ini bukan
sahaja menimbulkan masalah kepada negara kita malah negara-negara lain yang
berdekatan seperti Thailand, Singapura, Brunai dan Filipina juga tercemar dengan
teruk. Hasil pembakaran ini telah menghasilkan gas Karbon Monoksida iaitu gas
yang sangat merbahaya dan boleh membawa maut jika dihidu dalam suatu jangka
masa yang panjang.
3
Sumber: Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak Darul Ridzuan
2.2 Pembakaran Bahan Api
Pembakaran bahan api seperti arang dan minyak juga adalah punca utama
pencemaran udara Bahan api juga adalah bahan organik dan mempunyai unsur karbon.
Oleh itu, pembakaran yang kurang lengkap akan menghasilkan karbon monoksida. Arang
adalah suatu bahan yang mengandungi sulfur. Apabila terbakar sulfur akan berpadu dengan
oksigen di sekeliling menghasilkan sulfur dioksida melalui persamaan:
S + 2O2-----------SO4
Sulfur dioksida ini kemudian akan berpadu dengan ion hidrogen dalam wap di udara dan
membentuk asid sulfurus. Selain itu, karbon dioksida juga berpadu dengan ion hidrogen
dan membentuk asid karbonat.
4
Sumber: Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan
2.3 Proses Perbandaran
Selain itu, wujudnya masalah jerebu ini adalah ekoran daripada proses urbanisasi
yang telah menggalakkan perkembangan sesebuah bandar dan wujudnya lokasi-lokasi
perindustrian yang menyediakan peluang pekerjaan. Masalah ini wujud ekoran daripada
proses pertambahan penduduk samada secara semulajadi atau migrasi. Jadi pertambahan
bilangan perindustrian yang terdapat di sesebuah bandar akan menghasilkan impak positif
dan negatif terhadap kehidupan masyarakat moden kini ( Tuan Pah Rokiah Syed Husin,
2003: 102).
5
Pelepasan Asap HitamDari Cerobong Kilang
Sumber: Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan
Selain itu, pertambahan perindustrian juga banyak membawa bahan pencemar yang
akan dilepaskan oleh industri melalui proses pembakaran bahan api. Sekiranya bahan
pencemar ini tidak dikawal, kehidupan manusia akan terjejas kerana manusia berada di
sekeliling kehidupan alam sekeliling yang tercemar seperti pengeluaran asap dari kilang,
gas beracun, asap, debu dan sebagainya. Oleh yang demikian, hasil daripada keadaan ini
akan membahayakan kesihatan manusia kerana bahan pencemar tersebut boleh
menyebabkan sesak nafas di kalangan penyakit asma, gatal hidung, pedih mata dan
sebagainnya (Mohmadisa Hasyim dan Mohamad Suhaily Che Ngah, 1997: 147-148).
6
3.0 KESAN-KESAN JEREBU
3.1 Kesihatan
Komponen-komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur
dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk
pada kesihatan manusia terutama kepada golongan kanak-kanak, warga tua dan juga
kepada mereka yang menghidapi penyakit-penyakit tertentu seperti asma, alahan,
pneumonia dan penyakit paru-paru. Perokok dan para pekerja di kawasan terbuka juga
mempunyai risiko yang tinggi dalam kesihatan mereka. Jadual 1 di sebelah menunjukkan
kesan jerebu kepada kesihatan manusia.
Jadual 1: Kesan pencemaran udara/jerebu terhadap kesihatan manusia.
Bahan Pencemar
Punca Kesan
a)Asap
- Pembakaran bahan api -Pembakaran sampah sarap -Cerobong asap kilang -Ekzos kenderaan bermotor
-Menggangu pernafasan normal - Pembentukkan asbut yang mengganggu penglihatan
b) Debu
-Kilang papan, kuari, simen,asbestos,batu kapur
-Serangan lelah pada pesakit asma -Batuk-batuk - Sesak nafas
c) Plumbum
-Petrol berplumbum -Pembakaran bahan bercat
- Menggangu keupayaan badan membina Sel darah baru - Kerencatan dan kecacatan otak pada kanak-kanak
7
d)Karbon monoksida
-Pembakaran bahan api yang tidak lengkap - Ekzos kenderaan
-Menghalang pembentukan oksihemoglobin Berpadu dengan hemoglobin untuk membentuk karboksihemoglobin yang akan menggantikan oksigen dalam darah -Melembabkan otak -Boleh membawa maut sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak
e) Oksida nitrogen
-Pembakaran bahan api pada suhu tinggi dalam kenderaan berat atau kilang - Tindakan bakteria dalam tanah
-Menurunkan rintangan badan kanak-kanak terhadap selsema -Mengganggu tisu peparu dan menyebabkan bronkitis serta kanser -Bertindak balas dengan hidrokarbon untuk membentuk pengoksida fotokimia yang memedihkan mata dan merosakkan tisu peparu
3.2 Sektor Ekonomi
Apabila masalah jerebu ini semakin meruncing, ia mula memberi kesan yang lebih
besar pula. Ia boleh mangacam pendapatan negeri apabila mula menjejaskan sektor
ekonomi negeri Sabah. Industri pelancongan misalnya adalah punca pendapatan yang
paling berpotensi di Sabah, industri ini teruk terjejas kerana para pelancong bimbang
dengan keselamatan mereka.
8
Sumber : New Straits Times, 25/9/1997, 4/8/1997 & 2/9/1997
4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
4.1 Melalui Pendidikan
Pengurusan alam sekitar boleh juga dilakukan melalui program pendidikan alam
sekitar iaitu samada secara formal atau tidak formal. Program pendidikan ini juga boleh
dijalankan oleh JAS dan lain-lain agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan ditujukan
kepada setiap peringkat masyarakat iaitu pentadbir, orang ramai dan juga kanak-kanak
sekolah. Aktiviti ini dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar
serta tanggungjawab bagi memperbaiki dan menjaganya. Aktiviti ini dianggap penting
kerana ia merupakan satu strategi pencegahan dan pengurusan alam sekitar (Department of
Invironment, 1989).
Selain itu juga melalui pendidikan ini kita dapat memperluaskan tahap kesedaran
orang ramai kerana pengetahuan terhadap isu alam sekitar dari segi pemuliharaan alam
sekitar atau terhadap implikasi sosial dan ekonomi dalam mempengaruhi keputusan
mengenai soal alam sekitar adalah didapati kurang maju jika dibandingkan dengan rakyat
di negara lebih maju. Bahagian Alam Sekitar memainkan peranannya sebagai kuasa
9
perimbangan, antaranya ialah dengan berusaha memberi pendidikan yang mana boleh
dilakukan melalui sebaran am seperti surat khabar, penerbitan Bahagian Alam Sekitar,
‘Sekitar’ dan penubuhan Unit Maklumat dan Pendidikan Bahagian Alam Sekitar, sebaran
radio, televisyen, kursus dan seminar (Sham Sani, Abdul Samad Hadi, 1990: 402).
4.2 Larangan Pembakaran Terbuka
Untuk mengelakkan fenomena jerebu ini semakin menular dan berulang semula,
kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan menggariskan beberapa peraturan yang
harus diikuti kepada semua warganegara Malaysia. Kerajaan telah melarang pembakaran
terbuka kerana asap adalah penyumbang utama kepada jerebu. Selain daripada itu
pembakaran terbuka juga boleh menyebabkan kebakaran yang tidak dapat dikawal
contohnya seperti yang berlaku di hutan Indonesia yang berpunca daripada aktiviti
pembakaran hutan oleh golongan petani sara diri da ia telah merebak ke Malaysia dibawa
oleh angin lazimnya monson barat daya (Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, 2003: 120).
Sikap golongan yang dinyatakan di atas ini telah mewujudkan masalah kepada alam
persekitaran sehinggakan Malaysia terpaksa mengisytiharkan darurat jerebu pada 23-24
September 1997.
4.3 Pembenihan Awan
Akibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah melanda
negara. Keadaan ini telah memburukkan lagi keadaan, oleh yang demikian kerja
pembenihan awan terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering,
suhu awan menjadi tinggi, titisan air menjadi ringan, titisan yang sangat ringan ini tidak
10
dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh yang demikian iodin perak ataupun ais kering
akan ditabur untuk menurunkan suhu awan tersebut. Ais kristal akan terbentuk dan
semakin membesar lalu ditarik oleh graviti, ia akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi
titisan air apabila cair akibat daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh membantu
keadaan apabila ia membawa bersama jerebu jatuh ke bumi.
4.4 Kempen Hijau
Kerajaan juga menjalankan kempen hijau dan menggalakkan penanaman pokok di
rumah, pejabat, sekolah mahupun di tempat membeli-belah. Pokok-pokok hijau mambantu
menyerap karbon dioksida di udara. Hutan mempunyai nilai yang amat besar kepada alam
sekitar kita kerana ia mempunyai fungsi-fungsi yang amat penting seperti dapat
mengukuhkan tanah, membenarkan peredaran air, berfungsi mengawal komposisi
atmosfera, menghadkan perubahan iklim serta melindungi flora dan fauna. Namun kerana
proses urbanisasi yang tidak terkawal menyebabkan berlakunya kemusnahan alam sekitar
yang serius pada masa kini. Justeru itu pihak kerajaan sepatutnya mengambil inisiatif
dengan melakukan penggezetan hutan yang sedia ada (Sham Sani, Abdul Samad Hadi,
1990: 442).
Contoh hutan simpan yang telah di gezetkan ialah Taman Negara, Hutan Belum,
Taman Endau Rompin, dan Hutan Simpan di Cameron Higlands mestilah di luaskan dan
digezetkan untuk memelihara dan mengekalkannya. Contohnya seperti yang dilakukan oleh
Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menggezetkan hutan simpan Pantai Aceh sebagai
Taman Negara untuk tujuan menebat banjir (Chan dan Wan Ruslan, 2000).
11
4.5 Penggunaan CFC
Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am
Freon dan pemusnahan lapisan ozon ini adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahan-bahan
aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi. Kloroflorokarbon
(CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu. Selain itu, CFC digunakan dalam peti
sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan rejan(propellant), pembentukan
buih, dan alat pemadam api. Sebenarnya, pemusnahan lapisan ozon dilakukan oleh atom
klorin. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000 molekul ozon. Oleh itu,
sumber alternatif harus digunakan untuk menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan
hidrokloroflorokarbon (HCFC) (Abdul Latif Ibrahim, 1992: 57) .
4.6 Perundangan Dan Dasar Kerajaan
Semua agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan, pihak swasta dan sebagainya boleh
memainkan peranan yang berkesan dalam menangani masalah jerebu. Jabatan Alam
Sekitar ( JAS) telah menjalankan program pengawasan kualiti udara di seluruh Negara.
Parameter yang diawasi termasuklah Karbon Monoksida, Sulfur Dioksida, Nitrogen
Dioksida, ozon dan habuk terampai (PM10). Selain itu, pelbagai undang undang digubal
dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar.
Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah, Peraturan Kenderaan
Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar. Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan
perlepasan asap,1977)
Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU.
12
Seterusnya, Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978) Di bawah
peraturan ini, Jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada 1000 meter (Chan
Ngai Weng, 2002: 43). Jabatan Alam Sekitar juga telah merancang satu Indeks Pencemar
Udara yang juga dekenali sebagai (IPU). IPU adalah satu sistem yang dibangunkan bagi
memaklumkan kepada orang awam tentang tahap kualiti udara dan impaknya terhadap
kesihatan mereka dengan cara yang termudah. lanya juga suatu sistem kepekatan pencemar
yang diukur pada skala antara 0-500.
Sumber: Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan
Selain itu, menurut bab X1 dalam Rancangan Malaysia Ketiga berdasarkan satu
kenyataan yang telah di buat secara ringkas oleh kerajaan, satu dasar kerajaan Malaysia
berkaitan pembangunan dan alam sekitar telah ditetapkan. Kualiti hidup rakyat dapat di
tingkatkan dengan adanya pembangunan yang pesat dalam sektor perindustrian dan
pertanian, malah secara tidak langsung dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan
sosial. Walau bagaimanapun aktiviti-aktiviti ini sebenarnya boleh menyebabkan
kemerosotan kualiti alam sekitar. Oleh itu yang paling penting sekali dalam dasar ini ialah
13
keseimbangan dalam kedua-dua proses tersebut iaitu wujudkan “Pembangunan Tanpa
Kemusnahan”. Untuk mencapai matlamat ini kerajaan Malaysia telah menetapkan bahawa
Dasar Alam Sekitar Malaysia yang bersifat pragmatik dan bertujuan untuk mengurangkan
kesan-kesan buruk alam sekitar dan memelihara berbagai-bagai ekologi1 (Sham Sani,
Abdul Samad Hadi, 1990: 398).
4.7 Tanggungjawab Orang Ramai
Selain daripada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan dan pihak berkuasa, orang
awam haruslah bertangungjawab dan sama-sama menjaga alam sekitar ini. Antara tindakan
yang boleh dibuat ialah elakan mengunakn kenderan persendirian sebaliknya gunakan
kenderaan awam atau berkongsi kereta dan pada masa yang sama juga pemilik kenderaan
tersebut hendaklah memastikan kenderaan mereka tidak melepaskan asap hitam dengan
mengambil langkah-langkah yang ideal contohnya hantar kereta ke bengkel untuk
pemeriksaan dan penyelenggaraan terutama bagi karburetor dan pam minyak supaya
berada dalam keadaan baik. Orang awam juga boleh membuat aduan kepada Polis DiRaja
Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pihak Berkuasa Tempatan yang terdekat
jika terdapat pembakaran sisa pepejal dan laporan juga boleh dibuat kepada JAS mengenai
sebarang pembakaran terbuka yang dilakukan oleh industri, tred dan ladang-ladang.
1 “Adalah amat penting bagi pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar diimbangkan supaya faedah-faedah yang didapati dari pembangunan tidak disia-siakan oleh kos-kos bagi mengatasi pencemaran alam sekitar”.
14
5.0 CARA MENCEGAH PENYAKIT AKIBATJEREBU
Perkara utama yang harus diambil berat ialah dengan menjaga system pernafsan
iaitu penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang
motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan
juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi. Bagi prerokok ynag mempunyai anak
kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit, jangan merokok di dalam rumah
kerana orang yang menghidu akan menghadapi kesan yang lebih buruk berbanding dengan
perokok tersebut. Selain itu, aktiviti sukan di luar rumah haruslah dikurangkan dan orang
ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah
kepada jerebu dengan air bersih. Bagi mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti
batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik
hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk. Mereka
yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya
keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
15
6.0 PENUTUP
Secara amnya masalah alam sekitar dan khususnya jerebu ini bukan lagi menjadi
isu di peringkat sesebuah negara tetapi sudah menjadi isu di peringkat global. Masalah
alam sekitar yang terbit daripada proses urbanisasi perlu di pandang serius oleh pihak-
pihak tertentu dalam cuba mengawal dan merancang supaya aktiviti-aktiviti yang dilakukan
tidak merosakkan alam sekitar. Dalam mengejar arus pembangunan manusia tidak
searusnya mengorbankan alam sekitar untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Tanpa
mereka sedar di sebalik arus pembangunan tersebut tersirat kesan yang amat menakutkan
iaitu impak negatif terhadap kualiti hidup mereka berdasarkan pencemaran-pencemaran
dan bencana yang telah di nyatakan. Manusia perlu sedar ada cara yang lebih baik untuk
berinteraksi dengan alam sekitar dalam membentuk satu ikatan yang harmoni di antara
manusia dan alam sekitar. Manusia perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan yang telah
dilakukan oleh mereka sendiri. Hal ini disebabkan tidak akan wujud lagi satu alam sekitar
fizikal yang baru sekiranya alam sekitar yang ada terus di musnahkan. Setiap kata-kata
Mahatma Gandhi haruslah dihayati dengan seadanya iaitu “kita bukan mewarisi alam ini
daripada datuk nenek kita tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita”.
16
LAMPIRAN 1
Gambarajah 1: Seluruh kawasan dilanda jerebu
Gambarajah 2: Jerebu di Kuala Lumpur pada 2006
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Jerebu
17
LAMPIRAN 2
PEMBAKARAN SAMPAH SARAP
Sumber: Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan
18
LAMPIRAN 3
Firman Allah:
“Berlakulah kerosakan (bencana) di daratan dan di lautan oleh kerana usaha manusia sendiri, sehingga Allah menimpakan pada mereka sebahagian azab daripada perbuatan mereka itu, agar mereka kembali ke jalan yang benar (bertaubat).”
( Surah Ar Rum ayat 41)
Gambarajah 3 : Manusia seharusnya menghargai anugerah alam
19
BIBLIOGRAFI
Ab. Latif Ibrahim (1992). Pembangunan dan Kesannya Terhadap Alam Sekitar diMalaysia: Satu Pendekatan Geografi, Bahagian Geografi Pusat Pengajian Ilmu
Kemanusiaan, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Chan Ngai Weng (2002). Pembangunan, Pembandaran dan Peningkatan Bahaya dan Bencana di Malaysia, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Department of Environmental (1989). Environmental Quality Report 1988. Kuala Lumpur: Ministry of Sciences, Technology and the Environment.
Mohmadisa Hashim dan Mohamad Suhaily Che Ngah (2005). Pembangunan dan Alam Sekitar Di Malaysia, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Sham Sani, Abdul Samad Hadi (1990). Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia Isu dan Pengurusannya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tuan Pah Rokiah Syed Hussain (2003), Masalah Pembangunan Industri di
Malaysia, Selangor: Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.
Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia
Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan
New Straits Times, 25/9/1997, 4/8/1997 & 2/9/1997
http://members.tripod.com/lttan/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jerebu
20