jose rizal

35
Pengenalan Umumnya, perkataan atau istilah Asia Tenggara telah mula digunakan secara meluas dalam masa Perang Dunia Kedua. 1 Kawasan ini meliputi negeri di sebelah timur tanah besar Asia yang merangkumi kawasan semenanjung Indo-China, gugusan kepulauan Indonesia serta Filipina. Melihat kepada Asia tenggara itu sendiri, ianya merupakan kawasan yang sangat strategik dalam kegiatan perdagangan timur dan barat. Kawasan ini kaya dengan hasil bumi yang menjadi rebutan para pedagang dari seluruh pelusuk dunia untuk memilikinya. Sehubungan dengan itu, perkara ini telah membuka mata pihak barat untuk melihat dan seterusnya menguasai kawasan-kawasan di Asia Tenggara. Kawasan Asia Tenggara yang strategik dan sumber hasil bumi yang banyak juga telah menarik minat pihak barat untuk menguasai serta mengaut keuntungan kawasan ini untuk dibawa pulang ke negara asal kerana pada waktu itu barat sedang mengalami satu anjakan paradigma iaitu kepesatan dalam Revolusi Industri. 2 Begitu juga dengan Filipina dimana Sepanyol telah menjajah Filipina selama 333 tahun dan pemerintahan Sepanyol di Filipina telah mengubah banyak perkara iaitu dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Motif utama sepanyol menjajah Filipina adalah untuk menyebarkan agama Kristian dan meluaskan aktiviti perdagangan 1 D.G.E. Hall .1981. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 3. 2 Wan Abdul Rahman Latif et. al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 285. 1

Upload: nurul-afzan-ahmad

Post on 08-Jul-2016

141 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

kiki

TRANSCRIPT

Page 1: Jose Rizal

Pengenalan

Umumnya, perkataan atau istilah Asia Tenggara telah mula digunakan secara meluas dalam

masa Perang Dunia Kedua.1 Kawasan ini meliputi negeri di sebelah timur tanah besar Asia yang

merangkumi kawasan semenanjung Indo-China, gugusan kepulauan Indonesia serta Filipina.

Melihat kepada Asia tenggara itu sendiri, ianya merupakan kawasan yang sangat strategik dalam

kegiatan perdagangan timur dan barat. Kawasan ini kaya dengan hasil bumi yang menjadi

rebutan para pedagang dari seluruh pelusuk dunia untuk memilikinya. Sehubungan dengan itu,

perkara ini telah membuka mata pihak barat untuk melihat dan seterusnya menguasai kawasan-

kawasan di Asia Tenggara. Kawasan Asia Tenggara yang strategik dan sumber hasil bumi yang

banyak juga telah menarik minat pihak barat untuk menguasai serta mengaut keuntungan

kawasan ini untuk dibawa pulang ke negara asal kerana pada waktu itu barat sedang mengalami

satu anjakan paradigma iaitu kepesatan dalam Revolusi Industri.2

Begitu juga dengan Filipina dimana Sepanyol telah menjajah Filipina selama 333 tahun

dan pemerintahan Sepanyol di Filipina telah mengubah banyak perkara iaitu dari aspek politik,

ekonomi dan sosial. Motif utama sepanyol menjajah Filipina adalah untuk menyebarkan agama

Kristian dan meluaskan aktiviti perdagangan mereka.3 Disebabkan kekejaman yang dilakukan

oleh Sepanyol, maka wujudlah semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Filipina iaitu

yang dipimpin oleh Jose Rizal melalui gerakan Liga Filipina pada tahun 1880 dan 10 tahun

kemudian, wujud pula gerakan yang lebih bersifat radikal.4 Umumnya, nasionalisme membawa

maksud semangat cinta akan tanah air sendiri. Beliau juga telah bergiat aktif untuk menyebarkan

semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Filipina iaitu melalui penulisan dan karya

yang telah berjaya dihasilkannya. Jose Rizal yang mempunyai latar belakang pendidikan yang

baik telah banyak memberi sumbangan terhadap masyarakat dan negara Filipina terutamanya

dalam membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat.5

Latar Belakang1 D.G.E. Hall .1981. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 3.2 Wan Abdul Rahman Latif et. al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 285.3 Anggita Tiana et.al. 2013. Perjuangan Jose Rizal Menuntut Reformasi Kebijakan Sepanyol di Filipina tahun 1883 Hingga 1896. Tesis Sarjana. Jakarta: Fakulti Ilmu Sosial. Hlm. 1.4 A. Kardiyat Wiharyanto. 1996. Pembentukan Negara-Negara Nasional di Asia Tenggara. Jakarta: Universitas Sanarta Dharma. Hlm. 21.5 Niels Mulder. 2005. Wacana Publik Asia Tenggara: Menuju Masyarakat Madani. Yogjakarta: Penerbit Kanisius. Hlm. 100.

1

Page 2: Jose Rizal

Umumnya, sebelum melihat dengan lebih mendalam mengenai sumbangan yang telah dilakukan

oleh Jose Rizal di Filipina, maka perlulah dilihat terlebih dahulu mengenai latar belakang beliau.

Nama asal Jose Rizal ialah Jose Prota Rizal Mercado dan beliau telah dilahirkan pada 19 Jun

1861. Sebenarnya, terdapat banyak gelaran yang telah diberikan kepada Jose Rizal iaitu yang

pertama ialah beliau telah dikenali sebagai Rizal iaitu nama yang diberikan oleh bapanya

Fransisco kerana perkataan Rizal adalah berasal daripada perkataan “Ricial” iaitu yang

membawa maksud medan hijau.6 Nama samaran yang diberikan oleh bapanya kepada Rizal

adalah kerana pada tahun 1849, Gabenor Janeral iaitu Fransisco Claveria telah mengeluarkan

arahan kepada semua rakyat Filipina untuk menukar nama yang digunakan sebelum ini kepada

nama keluarga yang telah diberikan oleh Sepanyol.

Oleh hal yang demikian, bapa Jose Rizal terpaksa mengikut perintah gabenor jeneral

untuk menukar nama Jose Rizal kepada Rizal.7 Namun begitu, berlaku sedikit masalah iaitu Jose

Rizal kurang bersetuju namanya digelar Rizal sahaja kerana nama gelaran yang digunakan oleh

beliau dalam perniagaan adalah Rizal Mercado. Jika beliau menggunakan nama yang lain beliau

bimbang masyarakat tidak mengetahui perniagaannya. Oleh sebab tiada pilihan, maka Rizal

mengambil keputusan untuk menerima kedua-dua gelaran tersebut iaitu demi menjaga

kepentingan keluarga dan perniagaannya.8

Bapanya iaitu Fransisco Mercado merupakan individu yang berketurunan Tionghoa dan

ibunya pula bernama Teondora Alonzo serta kedua-dua ibu bapa Jose Rizal ini telah berkahwin

pada tahun 1848. Perkahwinan ibu bapa Jose Rizal ini telah dikurniakan 11 orang cahaya mata

iaitu 2 orang adalah lelaki dan 9 orang adalah perempuan. Jose Rizal merupakan anak yang

ketujuh di dalam keluarga tersebut dan maknanya Jose Rizal mempunyai seorang sahaja abang

iaitu Paciano dan saudara yang lain ialah Narcisa, Saturnina, Maria, Lucia, Olimpia, Conception,

Soledad, Trinidad, dan Josefa. Namun begitu, adiknya yang bernama Conception telah

meninggal dunia sejak kecil lagi iaitu pada umur 3 tahun dan Jose Rizal sangat sedih dengan

pemergian adiknya.9 Jose Rizal sebenarnya mempunyai darah kacukan iaitu kacukan Sepanyol

6 Ma. Dominga B. Padilla. 2011. Perspective Yes, Dr. Jose Rizal was a Real Ophthalmologist. Philippine Journal of Ophthalmologist, 36 (2). Hlm. 84.7 Leon Ma Gufrrero. 1974. The First Filipino: A Biography of Jose Rizal. Manila: National Historical Commision. Hlm. 19.8 Ma. Dominga B. Padilla. Perspective Yes, Dr. Jose Rizal was a Real Ophthalmologist. Hlm. 84.9 Anggita Tiana et.al. Perjuangan Jose Rizal Menuntut Reformasi Kebijakan Sepanyol di Filipina Tahun 1883 Hingga 1896. Hlm. 26.

2

Page 3: Jose Rizal

dan Jepun disebabkan oleh ibunya adalah berdarah kacukan Jepun dan Sepanyol dan ibunya

sebenarnya merupakan seorang guru sehinggakan rumah Jose Rizal mempunyai sebuah

perpustakaan yang dimuatkan dengan 1000 buah buku. Manakala, Jose Rizal pula merupakan

seorang anak yang suka membaca dan oleh sebab itulah apabila dewasa beliau menjadi pintar.10

Tambahan pula, ibunya merupakan seorang yang mahir dalam bidang mengarang sajak dan

beliau sering membaca sajak kepada anak-anaknya termasuklah Jose Rizal sehinggakan apabila

dewasa, Jose Rizal mengikut jejak ibunya dan telah memenangi pelbagai pertandingan.11

Buktinya, di awal umur 3 tahun, Jose Rizal telah mengenali huruf dan sudah boleh

membaca kitab injil pada umur 5 tahun. Pada umur 8 tahun pula beliau telah memasuki satu

pertandingan dan beliau menang pertandingan drama tersebut manakala, pada umur 18 tahun

beliau telah memenangi pertandingan mengarang puisi peringkat antarabangsa. Yang paling

menakjubkan ialah beliau dikatakan telah berjaya menguasai lebih kurang 21 bahasa iaitu semasa

beliau belajar di Eropah dan oleh sebab itulah, kebanyakan masyarakat sangat menghormati

beliau sehinggakan ada sesetengah masyarakat yang mengatakan bahawa Jose Rizal ini telah

mendapat mukjizat.12

Selain itu, dari segi pendidikan pula, Jose Rizal telah mendapat pendidikan awal di

rumahnya sendiri iaitu diajar oleh ibu dan bapanya cara menulis dan membaca kerana ibunya

merupakan seorang guru dan bapanya juga telah mengupah guru peribadi untuk mengajar Jose

Rizal di Rumah. Namun begitu, selepas guru peribadinya iaitu Leon Monroy telah meninggal

dunia maka, bapanya mengambil keputusan untuk menghantar Jose Rizal tinggal bersama bapa

saudaranya iaitu Jose Alberto dan bersekolah di sekolah swasta di Binan. Jose rizal

sememangnya merupakan anak yang baik walaupun beliau berjauhan dengan keluarga tetapi

beliau pandai berdikari sendiri tetapi pengajiannya di Binan hanya selama setahun sahaja kerana

kemudian keluarganya menghantarnya untuk bersekolah di Manila pula.13 Beliau berpindah

sekolah ke Manila iaitu Ateneo Municipal de Manila iaitu semasa berumur 10 tahun. Namun

begitu, nasibnya semasa mendapat pendidikan di sekolah tersebut adalah kurang bernasib baik

dan disisihkan kerana peristiwa ibunya yang telah ditangkap tersebut. Buktinya, beliau telah 10 Ma. Dominga B. Padilla. Perspective Yes, Dr. Jose Rizal was a Real Ophthalmologist. Hlm. 84.11 Anggita Tiana et.al. Perjuangan Jose Rizal Menuntut Reformasi Kebijakan Sepanyol di Filipina tahun 1883 Hingga 1896. Hlm. 28.12 Shafie Abu Bakar. 1972. Jose Rizal dalam Nasionalisme Filipina. JEBAT, 2, 7. Hlm. 8.13 Anggita Tiana et.al. Perjuangan Jose Rizal Menuntut Reformasi Kebijakan Sepanyol di Filipina tahun 1883 Hingga 1896. Hlm. 29.

3

Page 4: Jose Rizal

ditempatkan di kelas yang paling bawah sekali kerana peraturan di sekolah tersebut adalah

mengikut pangkat keluarga tersebut. Walaupun beliau disisihkan namun beliau tetap berusaha

untuk belajar bersunguh-sungguh sehinggakan beliau berjaya dalam pelajaran. Apabila beliau

telah berjaya membuktikan bahawa beliau boleh cemerlang dari orang lain walaupun berasal dari

kalangan orang bawahan maka, orang sekelilingnya yang sebelum ini memandang rendah

kepadanya telah berubah.14 Salah satu bukti bahawa beliau merupakan pelajar yang pintar ialah

beliau telah berjaya memenangi satu pertandingan mengarang sajak pada tahun 1875 yang

bertajuk “Por La Educación Recibe Lustre La Patria” atau dalam bahasa inggerisnya membawa

maksud “Through Education Our Motherland Receives Light”.

Sajak yang dikarang oleh beliau ternyata berjaya menarik perhatian masyarakat di

sekelilingnya kerana makna tersirat yang terkandung dalam setiap bait sajaknya adalah sangat

bermakna. Hal ini demikian kerana, sajak tersebut telah menerangkan mengenai kepentingan

pendidikan iaitu dengan pendidikan sahaja, rakyat Filipina dapat membebaskan diri mereka

daripada cengkaman musuh iaitu Sepanyol. Sajak tersebut adalah selari dengan masa tersebut

iaitu Filipina dijajah oleh Sepanyol dan rakyat Filipina terpaksa mengikut segala peraturan yang

telah ditetapkan oleh Sepanyol. Oleh sebab itulah, Jose Rizal telah menulis sajak tersebut

dengan tujuan rakyat Filipina membuka mata dan menuntut ilmu bersungguh-sungguh kerana

dengan cara tersebut mereka dapat membebaskan negara mereka daripada penjajah.

Selain itu, Jose Rizal juga telah membuktikan bahawa beliau cemerlang dalam

pendidikan walaupun beliau datang dari kalangan orang bawahan dan buktinya, beliau telah

berjaya memperoleh ijazah dalam bidang kesenian pada tahun 1877.15 Kemudian, beliau telah

melanjutkan pelajaran ke Universiti Santo Tomas sehingga pada tahun 1879 iaitu selama dua

tahun dan beliau telah mengambil kursus doktor mata. Keputusan Jose Rizal untuk mengambil

kursus doktor mata adalah kerana ibunya sendiri mempunyai masalah penglihatan dan pada masa

tersebut juga, kebanyakan masyarakat Filipina mengalami masalah penglihatan. Jadi, beliau

berniat untuk membantu masyarakat Filipina iaitu dengan cara mempelajari bidang ini dan

membuka klinik untuk masyarakat Filipina. Tujuan Jose Rizal tersebut adalah sangat mulia

namun, beliau telah berhenti dari Universiti Santo Tomas dan kemudian menyambung pelajaran

dalam bidang kedoktoran di Madrid pula. Ilmu perubatan yang dipelajari olehnya ternyata telah

14 Ibid. Hlm. 30.15 Ibid. Hlm. 31.

4

Page 5: Jose Rizal

membuahkan hasil sehinggakan masyarakat telah memuji tindakan beliau iaitu beliau telah

menjalankan pembedahan mata ibunya sendiri dan akhirnya penglihatan ibunya berjaya

dipulihkan. Itu adalah merupakan kejayaan besar yang dilakukan dalam hidupnya kerana dapat

berjasa kepada ibunya sendiri. 16 Selain itu, Jose Rizal juga telah menulis sebuah drama yang

bertajuk “Ditepi Kali Pasig” dan drama tersebut telah menceritakan mengenai pemerintah Sepanyol yang kejam dan peristiwa tersebutlah yang telah menyebabkan Sepanyol marah kepada Jose Rizal.17

Kemudian, beliau telah memenangi lagi satu pertandingan iaitu yang dianjurkan oleh Lyceum Seni Sastera dimana dalam pertandingan tersebut, Jose Rizal telah menulis satu penulisan yang bertajuk “Dewan Dewa-Dewa” dan bermula saat itulah beliau ingin meneruskan pengajian ke Madrid, Sepanyol. Namun begitu, disebabkan tindakan beliau telah mengkritik Sepanyol maka mustahil beliau dapat menyambung pelajaran ke Sepanyol. Disebabkan Jose Rizal mempunyai ramai kawan rapat dan keluarga yang sentiasa menyokongnya maka, beliau berjaya juga menjejakkan kaki di Madrid dan menyambung pelajarannya di Universiti Madrid pada tahun 1882.

Di universiti tersebut beliau telah menyambung pelajarannya dalam bidang doktor falsafah perubatan dan beliau juga mengambil lagi satu kursus iaitu kesusasteraan. Beliau juga telah menggunakan peluang semasa berada di Sepanyol dengan sepenuhnya iaitu beliau telah mempelajari banyak bahasa misalnya, bahasa Tagalog, Bisaya, Melayu, Ilokano, Subanon, Cina, Jepun, Rusia, Sepanyol, Inggeris, Swedia, Portugis, Perancis, Latin, Arab, Belanda, Gatalan, Itali, Sanskrit dan Yunani. Akhirnya iaitu pada tahun 1885, beliau telah berjaya menamatkan pelajarannya dan kemudian beliau telah mengikut Profesor De Wecker ke Paris pula iaitu dengan tujuan menyambung lagi pelajarannya. Kesannya, beliau telah berjaya membuka klinik mata sendiri iaitu hasil berkat usahanya selama ini.18 Selepas di Paris,

16 Ma. Dominga B. Padilla. Perspective Yes, Dr. Jose Rizal was a Real Ophthalmologist. Hlm. 85.17 Anggita Tiana et.al. Perjuangan Jose Rizal Menuntut Reformasi Kebijakan Sepanyol di Filipina Tahun 1883 Hingga 1896. Hlm. 33.18 Ibid. Hlm. 36.

5

Page 6: Jose Rizal

beliau melanjutkan pelajarannya pula di Jerman iaitu di Universiti Hiedelberg dan kemudian berhijrah pula ke Leipzig iaitu untuk mempelajari ilmu sejarah dan psikologi pula. Berdasarkan latar belakang pendidikannya, jelas menunjukkan bahawa Jose Rizal memang merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan sangat berdedikasi semasa menuntut ilmu.19

Sumbangan Jose Rizal

Penyebaran Idea Motherland

Salah satu sumbangan Jose Rizal ialah penyebaran idea motherland. Perkembangan nasionalisme

di Filipina merujuk kepada idea-idea yang dibangkitkan terhadap cinta kepada motherland.

Konsep motherland dalam perkembangan nasionalisme Filipina amat berkait rapat dengan idea

nasionalisme yang dicetuskan. Konsep motherland membawa maksud perasaan cintakan negara

dan ibu negara. Idea motherland ini menjadi unsur penyatuan penduduk Filipina yang disebarkan

oleh Jose Rizal.20 Tujuan penyebaran idea motherland adalah untuk menyebarkan semangat cinta

kepada negara bagi menyatukan penduduk Filipina dan berjuang menentang penjajah Sepanyol.

Selain itu, Jose Rizal juga menyatakan bahawa penyebaran idea ini juga adalah untuk

membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Filipina.21 Dalam

penyebaran idea motherland ini, Jose Rizal melihat Sepanyol sebagai motherland dan Filipina

sebagai anak jajahan kepada Sepanyol.

Dengan penyebaran idea motherland ini telah menyebabkan satu gerakan ditubuhkan

setelah dapat memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Filipina. Gerakan

yang ditubuhkan ialah Gerakan Propaganda atau Propaganda 1872 yang menjadi simbol

kebangkitan rakyat. Peristiwa pembunuhan tiga orang paderi Filipina telah menyebabkan

semangat kebangsaan semakin kuat. Paderi Filipina yang mempunyai semangat kebangsaan telah

dilarang sembahyang dan dasar De la Torre digantikan dengan dasar yang keras. Penderhakaan

200 orang askar Filipina di Cavite dalam bulan Januari 1872 telah ditindas dengan pantas tetapi

penderhakaan ini telah menjadi percubaan kepada pemberontakan. Kesannya membawa kepada

orang-orang awam yang menyokong untuk menggulingkan kerajaan dan setelah dibicarakan

19 Ibid. Hlm. 37. 20 Mohd Janan Ahmad. 1969. Sejarah Nasionalisme di Tenggara Asia. Kelantan: Pustaka Aman Press. Hlm 118.21 Ibid. Hlm. 117.

6

Page 7: Jose Rizal

golongan tersebut telah dijatuhkan hukuman bunuh di antaranya ialah tiga orang paderi Filipina

yang tidak bersalah iaitu Father Bungos, Gomez dan Zamora.22 Ketiga-tiga paderi yang dibunuh

itu digelar sebagai pejuang kebangsaan dan semangat mereka telah berlanjutan kepada

pemimpin-pemimpin baru seperti Jose Rizal untuk menghapuskan penindasan dan kejahilan

penjajah Sepanyol. Dengan penderitaan dan kepercayaan yang sama, mereka telah melancarkan

gerakan bagi mendedahkan kepada kerajaan Sepanyol dan dunia tentang kezaliman

pemerintahan dan nasib rakyat yang ditindas. Gerakan Propaganda ini dijalankan dengan aman

melalui alat sebaran am dan berdialog. Keadaan ini bermula pada tahun 1872 dan menandakan

kebangkitan semangat kebangsaan di Filipina dan berakhir pada tahun 1892 apabila Bonifacio

membentuk persatuan revolusi Katipunan setelah bubarnya Liga Filipina.23

Dalam Gerakan Propaganda ini, Jose Rizal telah menuntut Sepanyol dan Filipina

disatukan sebagai satu wilayah. Selain itu, Jose Rizal juga mendesak supaya Filipina diberi

persamaan hak dengan orang Sepanyol. Antara hak-hak yang dituntut oleh Jose Rizal dalam

Gerakan Propaganda iaitu persamaan di antara orang Sepanyol dengan orang Filipina dari segi

undang-undang, asimilasi (penyamaan) negeri Filipina sebagai wilayah biasa di bawah

pemerintahan Sepanyol, pengembalian perwakilan Filipina dalam Cortes Sepanyol, dasar

mengasingkan mukim Filipina dan kebebasan perseorangan untuk orang Filipina seperti

kebebasan bercakap, kebebasan mencetak dan kebebasan berjumpa serta membuat rayuan.24

Gerakan Propaganda ini dilancarkan dengan cetakan hasil penulisan yang ditulis oleh Jose Rizal

bagi menyedarkan masyarakat Filipina dan mendedahkan sifat sebenar penjajah Sepanyol.

Golongan yang menyokong idea Jose Rizal mengenai motherland ialah golongan

Ilustrado. Golongan Ilustrado merupakan golongan bangsawan atau golongan terpelajar yang

telah dihantar untuk belajar di luar negara bagi mempelajari mengenai nasionalisme di negara

luar. Golongan ini memberi sokongan yang sepenuhnya kepada Jose Rizal dalam penyebaran

idea motherland dan gerakan propaganda.25 Golongan Ilustrado ini bertindak sebagai penggerak

dan penyebar idea dalam Gerakan Propaganda 1872. Golongan ini juga telah menyebarkan idea

berkaitan dengan penindasan yang dilakukan oleh penjajah Sepanyol kepada semua masyarakat

22 D.G.E. Hall. Sejarah Asia Tenggara. Hlm 882.23 Gregorio F. Zaide. 1980. Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 181.24 Ibid. Hlm. 182.25 Onofre D. Corpuz. 1973. Filipina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 110.

7

Page 8: Jose Rizal

Filipina. Ahli-ahli propaganda yang utama iaitu seorang sarjana muda yang bijaksana Dr. Jose

Rizal, Marcelo del Pilar dan Graciano Lopez Jaena.26 Perjuangan gerakan propaganda ini

dijalankan secara pasif oleh Jose Rizal. Hal ini menunjukkan idea Jose Rizal ini bersamaan

dengan ideologi Mahatma Gandi yang memegang prinsip-prinsip anti keganasan atau

Sathyagraha iaitu berpegang kepada kebenaran. Dalam penulisan Mahatma Gandi yang bertajuk

“Hind Swaraj”, beliau menekankan bahawa dalam menjadi pejuang yang pasif, seorang pejuang

itu perlu mengamalkan kesucian, menjalani kehidupan miskin, mengikuti jalan benar dan

menyesuaikan rasa tidak takut dalam diri mereka. Perjuangan turut dijalankan secara pasif

kerana Jose Rizal mahu perjuangannya bermula daripada minda bukannya daripada kekerasan.

Hal ini juga untuk mengelakkan Sepanyol menafikan Filipina sebagai anak jajahannya.

Setelah golongan Ilustrado menjadi penggerak dalam menyampaikan idea penindasan

kepada masyarakat, kaedah perjuangan pada masa tersebut adalah masih berbentuk pasif.

Namun, setelah perjuangan golongan Ilustrado diambil oleh golongan massa, keadaan ini telah

berubah kerana perjuangan tersebut telah bertukar kepada corak perjuangan aktif.27 Walau

bagaimanapun, keadaan ini dihalang oleh Jose Rizal kerana beliau mengetahui bahawa

perjuangan secara aktif akan mendatangkan masalah bagi pihak Filipina untuk menuntut hak

sebagai anak jajahan Sepanyol. Hal ini amat penting bagi Jose Rizal kerana beliau ingin

Sepanyol mengakui Filipina sebagai anak jajahan dan memberi keistimewaan kepada rakyat

Filipina.

Walau bagaimanapun, gerakan propaganda telah gagal kerana Filipina tidak diberikan

pengiktirafan sebagai salah satu anak jajahan kepada Sepanyol. Hal ini kerana penjajah Sepanyol

tidak boleh menganggap Filipina sebagai anak jajahan dan Sepanyol menegaskan bahawa

Filipina tidak layak menerima segala keistimewaan yang diberikan seperti masyarakat

Sepanyol.28 Keadaan ini menyulitkan bagi Filipina kerana idea motherland untuk menganggap

Sepanyol sebagai motherland dan Filipina sebagai anak jajahan telah gagal. Namun begitu,

Filipina tidak menganggap itu sebagai satu masalah kerana mereka gagal untuk memperoleh

pengiktirafan daripada Sepanyol tetapi penyebaran idea motherland ini telah berjaya menyatukan

penduduk di Filipina dengan semangat nasionalisme. Dengan kekuatan semangat nasionalisme

26 D.G.E. Hall. Sejarah Asia Tenggara. Hlm 883.27 Onofre D. Corpuz. Filipina. Hlm. 119.28 Mohd Janan Ahmad. Sejarah Nasionalisme di Tenggara Asia. Hlm. 120.

8

Page 9: Jose Rizal

dalam kalangan rakyat Filipina, pemimpin-pemimpin menggunakannya sebagai satu langkah

untuk bergerak ke hadapan bagi memperjuangkan hak-hak masyarakat Filipina.

Karya dan Penulisan

Noli Me Tangere

Karya dan penulisan merupakan salah satu sumbangan Jose Rizal dalam menegakkan rakyat

Filipina daripada penguasaan penjajahan Sepanyol. Idea penyebaran karya dan penulisan

bermula selepas pemerintah Gabenor Jeneral De La Torre digantikan dengan dasar yang keras

oleh Rafeal de Izquierdo. Filipina di bawah pemerintah Gabenor Jeneral De La Torre adalah

berasaskan ideologi liberal, iaitu merujuk kepada suatu ideologi yang merupakan asas kepada

pembentukan sistem demokrasi. Melalui sistem pemerintahan demokrasi, rakyat Filipina dapat

disatukan serta membawa kepada idea-idea perubahan dan perbincangan masalah rakyat.

Menurut penulis yang telah memetik pandangan dari Abraham Lincoln iaitu beliau mengatakan

bahawa demokrasi ialah “kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat”, iaitu kerajaan bagi

pihak rakyat, kerajaan yang berdasarkan perwakilan dari rakyat dan kerajaan yang memerintah

untuk kepentingan rakyat29.

Walau bagaimanapun, penganti Gabenor Liberal Torre, Rafeal de Izquierdo telah

membawa kepada satu dasar pemerintahan yang kasar dan bertindak menentang rakyat Filipina

yang mengikuti ideologi liberal. Tindakan Rafeal de Izquierdo yang menangkap orang-orang

awam dan paderi-paderi Filipina yang penyokong pemerintahan liberal, berserta pembunuhan

tiga orang paderi Filipina Father Bungos, Gomez, dan Zamor telah membawa kepada satu era

penentangan terhadap kezaliman penjajahan Sepanyol di Filipina.30 Hal ini sekaligus telah

membawa kepada kempen ‘Gerakan Propaganda’ iaitu yang telah dilancarkan oleh beberapa

orang cendekiawan termasuklah Jose Rizal. Selanjutnya, Jose Rizal telah berjaya menerbitkan

tiga karya dan penulisan yang terkenal seperti Noli Me Tanggere, El Filibusterismo dan La

Solidaridad. Ketiga-tiga karya dan penulisan ini menjadi satu sandaran utama sumbangan Jose

Rizal dalam mempertahankan rakyat Filipina daripada kezaliman kekuasaan Sepanyol.

Penghasilan karya ini juga bertujuan untuk menaikkan semangat nasionalisme dalam kalangan

masyarakat Filipina. Noli Me Tanggere merupakan novel terulung yang diterbitkan oleh Jose

29 Syed Ahmad Hussein. 1996. Pengantar Sains Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 95.30 D.G.E. Hall. Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 882.

9

Page 10: Jose Rizal

Rizal di Berlin pada tahun 1887. Noli Me Tanggere juga dikenali sebagai Touch Me Not iaitu

tajuk novel yang menjadi satu gambaran penderitaan yang dialami oleh rakyat Filipina. Noli Me

Tanggere diterbitkan dengan tujuan untuk mendedahkan penderitaan rakyat Filipina di bawah

pemerintahan Sepanyol di samping untuk membentuk negera Filipina yang bebas daripada

kezaliman dan kekejaman pemerintahan Sepanyol.31 Jose Rizal meluahkan perasaan anti-

Sepanyol iaitu dengan cara mendedahkan beberapa isu tentang paderi-paderi Sepanyol yang

menyalahgunakan kuasa sehingga membawa kepada penindasan dalam kalangan rakyat Filipina.

Keseluruhan novel ini akan mempamerkan plot perjalanan cerita yang mewakili beberapa watak

penting sebagai Crisostomo Ibarra, Paderi Damaso dan Paderi Salvi, Maria Clara dan Kapten

Tiago. Watak-watak ini akan menonjolkan sikap dan perkara-perkara yang memberi gambaran

secara jelas tentang keadaan rakyat Filipina yang ditindas di bawah pemerintahan Sepanyol dan

kekuasaan paderi-paderi Sepanyol.

Walau bagaimanapun, edaran Noli Me Tanggere adalah terlalu terhad berikutan terdapat

penentangan hebat oleh pemerintahan Sepanyol sendiri. Begitu juga dengan golongan paderi-

paderi Sepanyol yang mendakwa bahawa Noli Me Tanggere sebagai buku yang membawa ajaran

sesat dan bertentangan dengan agama. Secara tidak langsung edaran Noli Me Tanggere adalah

terhad di beberapa tempat sahaja berikutan terdapat pengawasan yang ketat oleh paderi-paderi

dan pemerintahan Sepanyol sendiri. Hal ini demikian kerana, novel Noli Me Tanggere adalah

menjiwai kehidupan dan keadaan masyarakat Filipina yang ditindas sama ada dari aspek

kebebasan bersuara, keadilan undang-undang serta kebebasan agama daripada kongkongan

paderi Sepanyol.32

Akhbar La Solidaridad

Di samping itu, gerakan propaganda yang disertai oleh Jose Rizal juga memperlihatkan

sumbangan dalam penerbitan akhbar La Solidaridad. La Solidaridad diibaratkan sebagai lidah

pergerakan propaganda anti-Sepanyol di Filipina. La Solidaridad diasaskan oleh Graciona Lopez

Jeana pada tahun 1889 di Barcelona. Kemudian De Pilar bertindak sebagai pengarang

mengantikan Lopez Jeana setelah berpindah ke Madrid. La Solidaridad merupakan saluran utama

dalam menyuarakan propaganda anti-Sepanyol dan akhbar ini diterbitkan dua minggu sekali iaitu

untuk membuka minda rakyat di Filipina. Penerbitan akhbar La Solidaridad telah menggariskan 31 Paul Rodell. 2002. Culture and Customs of Philippines. London: Greenwood Press. Hlm. 64.32 D.G.E. Hall. Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 883.

10

Page 11: Jose Rizal

tujuan seperti berusaha secara aman untuk mendapatkan pemulihan politik dan sosial,

menggambarkan keadaan rakyat di Filipina supaya menggalakkan Sepanyol mengambil langkah

memperbaiki keadaan, menentang pengaruh buruh yang berupa tindak balas dan unsur

pertengahan, menganjurkan fikiran liberal dan kemajuan, dan membela cita-cita rakyat Filipina

dalam mengecapi demokrasi dan kebahagiaan.33 Penerbitan akhbar La Solidaridad hanya

bertahan selama tujuh tahun sahaja kerana faktor kekurangan dana. Penerbitan terakhir adalah

pada 15 November 1895. Justeru, penerbitan akhbar ini telah membawa beberapa kesan terhadap

rakyat Filipina serta pemerintahan Sepanyol ketika itu. Antara kesan-kesan penerbitan akhbar La

Solidaridad adalah termasuk membawa kepada perselisihan faham antara De Pilar dan Jose

Rizal, termeterainya “Surat Rayuan 1888”, dan timbulnya kekacauan berkaitan tanah di Calamba

pada tahun 1887-1992.

Perselisihan faham antara De Pilar dan Jose Rizal berlaku apabila De Pilar mula

menunjukkan keinginan untuk menentang pemerintahan kolonial Sepanyol secara agresif,

manakala prinsip penentangan Jose Rizal masih lagi secara aman iaitu dengan menggunakan

karya dan penulisan. Surat Rayuan 1888 pula telah mendedahkan perbuatan curang yang

dilakukan oleh paderi Biskop besar Pedro Payo terhadap hal ehwal awam awam serta halangan-

halangan yang mereka timbulkan untuk menghalang penyatuan antara Sepanyol dan Filipina.34

Seterusnya, kekacauan tanah di Calamba pada tahun 1887 hingga 1992 pula mempamerkan

penindasan pentadbir estet terhadap bayaran sewa kepada penghuni estet-estet di Calamba.

Dalam erti kata lain, keseluruhan penerbitan akhbar ini telah membawa kesan dan sedikit

sebanyak telah mempengaruhi pemikiran rakyat Filipina untuk bersatu menentang kezaliman

penguasaan golongan paderi serta pemerintahan Sepanyol.

Novel El Filibusterismo

Selain itu, pada tahun 1891 Jose Rizal telah menerbitkan novel kedua yang bertajuk El

Filibusterismo iaitu sambungan daripada novel Noli Me Tanggere.35 El Filibusterismo diterbitkan

di Gent selepas empat tahun penerbitan Noli Me Tanggere. Penerbitan novel kedua ini adalah

bertujuan untuk menggambarkan kekejaman pemerintahan Sepanyol dan penderitaan rakyat

33 Gregorio F. Zaide. Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid 2. Hlm. 190.34 Ibid. Hlm. 192.35 Onofre D. Corpuz. 2002. Saga and Triumph: The Filipino Revolution Against Spain. Philippines: Universtiy of The Philippines Oress and Cavite Historical Society. Hlm. 22.

11

Page 12: Jose Rizal

Filipina dengan lebih terbuka. Dengan erti kata lain, penerbitan El Filibusterismo mempamerkan

penulisan yang menentang anti-Sepanyol dengan kata-kata yang lebih tajam dan mendalam iaitu

plot penceritaan yang lebih agresif dengan menjiwai keadaan sebenar penderitaan rakyat Filipina

ketika itu. Di samping itu, penerbitan El Filibusterismo sekaligus mempamerkan plot penceritaan

yang lebih menarik iaitu sambungan daripada watak-watak penting dalam novel Noli Me

Tanggere dan dijelaskan dengan terperinci watak utama Simoun dalam membalas dendam demi

menuntut kebebasan dan keadilan terhadap kependudukan sosial rakyat di Filipina di bawah

penguasaan pederi serta pemerintah Sepanyol. Keseluruhan novel El Filibusterismo turut

menghubungkaitkan peringatan Jose Rizal kepada kematian pejuang kebangsaan tiga orang

paderi Filipina yang telah dihukum bunuh ketika dasar pemerintahan Rafeal de Izquierdo. Di sini

jelas menunjukkan bahawa penghasilan karya oleh Jose Rizal ini adalah bertujuan untuk

menanamkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Filipina.36

Penubuhan Liga Filipina

Liga Filipina merupakan satu pertubuhan yang diasaskan oleh Jose Rizal. Beliau telah

menubuhkan Liga Filipina untuk memperjuangkan nasib rakyat Filipina dan seterusnya

membebaskan Filipina daripada penjajahan Sepanyol. Penubuhan Liga Filipina adalah pada

tarikh 3 Julai 1892 iaitu di Tondo, Manila. Tujuan awal penubuhan Liga Filipina adalah

menyatukan rakyat Filipina untuk menentang penjajahan Sepanyol di Filipina. Jose Rizal

sebelum ini merupakan seorang perancang, penyair dan ahli falsafah yang tidak menyertai mana-

mana pertubuhan. Tidak lama kemudian barulah beliau telah mula menyedari akan kepentingan

perpaduan lalu pulang ke Filipina untuk menubuhkan Liga Filipina.

Jose Rizal telah mula sedar bahawa penulisan sahaja tidak cukup untuk mengubah

pemikiran rakyat Filipina. Beliau sedar perlunya kewujudan sebuah organisasi yang dapat

menuntut pembaharuan daripada Sepanyol dan menyuarakan pendapat rakyat Filipina. Apabila

wujudnya perpaduan, maka kerajaan Sepanyol akan terpaksa melaksanakan pembaharuan.37 Oleh

kerana itu, Jose Rizal telah mengambil keputusan untuk menubuhkan Liga Filipina bagi

memperjuangkan nasib rakyat Filipina dan menuntut pembaharuan daripada Sepanyol. Liga

Filipina juga dilihat akan dapat menyuarakan pendapat rakyat Filipina secara kolektif. Ketika

36 Ibid. Hlm. 31.37 Krishna Murthy. 2002. Perkembangan Idea Nasionalisme di Filipina Sehingga Pembentukan Republik Malolos: Suatu Perjuangan daripada Pasif ke Aktif. Tesis Sarjana. Kuala Lumpur. Universiti Malaya. Hlm. 66.

12

Page 13: Jose Rizal

penubuhan Liga Filipina, beliau telah memberikan ucapan berunsurkan patriotisme dan

nasionalisme kepada sekumpulan setianegarawan iaitu mengenai kepentingan bersatu untuk

mencapai kemerdekaan di Filipina. Jose Rizal juga telah berkesempatan untuk menyerahkan

sebuah perlembagaan yang digubal di Hong Kong. Perlembagaan ini adalah bertujuan untuk

penubuhan Persatuan Liga. Perlembagaan tersebut mengandungi beberapa perkara iaitu yang

pertama ialah menyatukan seluruh gugusan kepulauan Filipina menjadi satu badan yang teguh,

kuat dan mempunyai satu keturunan bangsa, lindungan bersama bagi setiap kehendak dan

keperluan, pertahanan menentang semua kekerasan dan aniaya, menggalakkan pengajaran,

pertanian dan perdagangan dan yang terakhir ialah mengkaji dan mengamalkan pemulihan.38

Selain itu, Liga Filipina yang ditubuhkan pada tahun 1892 juga mempunyai cogan katanya yang

tersendiri iaitu Unus Instar Omnium yang membawa maksud “setiap orang adalah sama.” Pada

peringkat awal penubuhannya, Ambrosio Salvador telah dilantik sebagai Presiden pertama Liga

Filipina. Manakala Agustin de la Rosa sebagai Pegawai Kehakiman, Bonifacio Arevalo sebagai

Bendahari dan Deodato Arellano sebagai Setiausaha. Tambahan pula, terdapat beberapa orang

ahli lain antaranya Andres Bonifacio, Domingo Franco, Mamerto Natividad, Numeriano

Adriano, Timoteo Lanuza, Arcadio del Rosario, Jose A. Dizon, Timoteo Paez, Ambrosio

Rianzares Bautista, Doroteo Ong-Juco dan Apolinario Mabini.

Tuntutan Liga Filipina

Pada asalnya, Liga Filipina adalah merupakan sebuah pertubuhan yang bersifat sosial dan

reformasi politik. Jose Rizal dan Liga Filipina telah bertindak untuk menuntut perubahan dan

pembaharuan daripada kerajaan Sepanyol dari segi politik, ekonomi dan sosial. Antara tuntutan

Liga Filipina terhadap Sepanyol adalah supaya institusi kerajaan bersifat lebih liberal dan

pemerintahan yang lebih mementingkan kebajikan dan mengutamakan kepentingan rakyat

diwujudkan. Liga Filipina juga telah menggalakkan perkembangan dalam bidang pendidikan dan

ekonomi di Filipina. Liga Filipina juga telah merancang untuk menubuhkan majlis mesyuarat

untuk membincangkan pelbagai permasalahan rakyat Filipina. Majlis mesyuarat yang dirancang

mempunyai dua peringkat iaitu Majlis Wilayah yang mewakili setiap wilayah, manakala yang

kedua ialah Majlis Rakyat iaitu untuk peringkat bandar. Majlis mesyuarat ini ditubuhkan untuk

berbincang dan memastikan bahawa pemerintah sentiasa menjaga kebajikan rakyat. Penyertaan

38 Gregorio F. Zaide. Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid 2. Hlm. 195.

13

Page 14: Jose Rizal

majlis mesyuarat ini pula adalah terbuka untuk seluruh rakyat Filipina yang mengambil berat

akan negara mereka.39 Liga Filipina juga mementingkan pendidikan rakyat Filipina. Hal ini

sesuai dengan pendapat pengasasnya iaitu Jose Rizal bahawa pendidikan sangat penting untuk

Filipina merdeka. Menurut Jose Rizal, rakyat Filipina haruslah mempunyai latar pendidikan yang

tinggi supaya mereka bersedia untuk memerintah Filipina. Selain itu juga, apabila mempunyai

pendidikan tinggi maka mereka dapat melontarkan pendapat yang bernas serta menarik perhatian

rakyat Filipina selain merupakan persediaan baik untuk menguruskan negara.

Pembubaran Liga Filipina

Walaupun Liga Filipina bukanlah merupakan pertubuhan yang bersifat revolusioner,40 namun

segala tuntutan dan rancangan Liga Filipina telah menggugat kedudukan Sepanyol di Filipina.

Liga Filipina hanyalah sebuah pertubuhan bersifat sosial dan separa politik. Liga Filipina

menekankan aspek pembaharuan dari segi sosial, ekonomi dan politik untuk kepentingan rakyat

Filipina. Namun tuntutan Liga Filipina seperti penubuhan majlis mesyuarat, persamaan hak,

penyatuan rakyat Filipina, membangunkan aspek pendidikan dan ekonomi rakyat Filipina telah

menyebabkan Sepanyol berasa kedudukan mereka di Filipina terancam. Liga Filipina yang

bergerak secara rahsia sebelum ini telah diketahui oleh Sepanyol. Pergerakan Liga Filipina ini

telah dicurigai oleh Sepayol. Mereka telah menyiasat pergerakan Liga Filipina dan telah

menemui beberapa tulisan yang berbaur hasutan seperti El Filibusterismo.41

Disebabkan itu, Jose Rizal telah ditangkap pada tarikh 7 Julai 1892 dan dibuang negeri ke

Dapitan iaitu merupakan sebuah kawasan yang terletak di Mindanao.42 Sepanyol menggangap

bahawa Jose Rizal merupakan ancaman mereka dan oleh sebab itulah Sepanyol membuat

keputusan untuk menghentikan gerakan reformasi Liga Filipina yang mengancam kedudukan

mereka di Filipina. Apabila Jose Rizal ditangkap, Liga Filipina menjadi lemah dan perjuangan

nasionalisme juga semakin lemah. Hal ini adalah kerana mereka telah kehilangan seorang tokoh

dan pemimpin nasionalisme yang berpengaruh dan apabila Jose Rizal ditangkap maka kesannya

telah menyebabkan perjuangan mereka menjadi semakin lemah. Namun begitu, perjuangan

39 Ibid. 198.40 David Joel Steinberg David K. Wyatt. 1981. Mengenali Sejarah Asia Tenggara Moden. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 357.41 Teodoro A. Agoncillo. 1969. A Short History of Philippines. New York: The American Library. Hlm. 75.42 Gregorio F. Zaide. Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid 2. Hlm. 198.

14

Page 15: Jose Rizal

menentang Sepanyol telah diteruskan oleh Andres Bonifacio dan pengikut Jose Rizal yang lain

iaitu menerusi penubuhan Katipunan yang lebih radikal.43

Gerakan Katipunan

Perjuangan yang dibawa oleh Jose Rizal tidak terhenti walaupun beliau telah ditangkap dan

dibuang negeri ke Dapitan. Semangat yang dibawa oleh beliau kepada masyarakat Filipina masih

dirasai oleh mereka. Penulisannya yang berpengaruh dan pengorbanannya yang berani telah

menyemarakkan api semangat kebangsaan yang dinamik dalam hati rakyat Filipina yang

akhirnya membawa kepada perjuangan seterusnya iaitu Gerakan Katipunan.44 Katipunan

ditubuhkan dengan nama penuhnya iaitu Kataastaasan Kagalanggalangang Katipunan nemga

Anak ng Bayan (Highest and most Respected Association of the Sons of the Country) dengan

ringkasnya dikenal dengan huruf K.K.K ataupun Katipunan.45 Gerakan Katipunan telah

ditubuhkan pada 7 Julai 1892 oleh Andres Bonifacio yang merupakan salah seorang daripada

ahli Liga Filipina.

Katipunan merupakan satu gerakan yang bersifat radikal berbanding perjuangan yang

dibawa oleh Jose Rizal yang sebelumnya bersifat pasif dan tidak mencetuskan revolusi. Jika

dilihat dari segi perjuangan dalam Liga Filipina dan Gerakan Katipunan, kedua-duanya

mempunyai tujuan dan matlamat yang sama iaitu kebahagian dan kebajikan rakyat Filipina.46

Namun begitu, cara yang dilakukan bagi mencapai matlamat tersebut adalah berbeza kerana Liga

Filipina mendapatkan pemulihan secara aman manakala Gerakan Katipunan mencapai matlamat

melalui revolusi. Justeru, kebangkitan ini menandakan berakhirnya perjuangan secara aman

dalam mendapatkan pemulihan daripada Sepanyol. Gerakan ini dimulakan sebagai gerakan yang

radikal dan menggunakan kekerasan dalam mencapai kemerdekaan bagi Filipina.

43 Ibid. Hlm. 198.44 Shafie Abu Bakar. Jose Rizal dalam Nasionalisme Filipina. JEBAT, 2, 7. Hlm 13.45 Gregorio F. Zaide. Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid 2. Hlm. 199.46 Ibid. Hlm. 200.

15

Page 16: Jose Rizal

Pemimpin Katipunan

Antara pemimpin dalam Gerakan Katipunan yang mendapat pengaruh daripada perjuangan Jose

Rizal ialah Andres Bonifacio dan Emilio Jacinto. Andres Bonifacio merupakan pengasas gerakan

ini dan beliau mendapat galakan dan dorongan dalam menubuhkan persatuan ini oleh Jose Rizal

sendiri. Bonifacio merupakan seorang rakyat Filipina yang berketurunan bawahan namun

mempunyai semangat cintakan tanah air. Beliau terkenal sebagai seorang perwira yang agung di

Filipina sehinggakan mendapat gelaran sebagai ‘Plebeian yang Agung’ dan ‘Bapa Katipunan’.

Semangat dan kecekalan yang beliau miliki sejak kecil menjadikan beliau seorang yang gigih

dan berani dalam menempuh dugaan. Hal ini demikian kerana, semenjak kecil lagi, beliau

menjalani kehidupan yang agak sukar.

Bapanya iaitu Santiago Banifacio merupakan seorang tukang jahit manakala ibunya

hanyalah seorang suri rumah. Semasa beliau berumur 14 tahun, beliau menjalani kehidupan

sebagai anak yatim. Namun begitu, dengan semangat dan kecekalan yang beliau peroleh, beliau

rajin bekerja dan membuat segala jenis pekerjaan untuk hidup seperti menjual rotan semambu

dan kipas kertas di tepi jalan bandar raya.47 Beliau turut menjalankan pekerjaan sebagai orang

suruhan bagi syarikat asing Fleming & Company dan bekerja sebagai penjaga stor bagi Fressel &

Company. Beliau tidak mempunyai peluang untuk belajar di kolej dan hanya belajar membaca

daripada ibu saudaranya. Beliau banyak berusaha belajar sendiri dan membaca bahan bacaan

yang memberikan semangat kepada beliau. Antara bahan bacaan yang dibaca oleh beliau ialah

akhbar dan novel yang ditulis oleh Jose Rizal seperti Noli Me Tanggere, El Filibusterismo dan

La Solidaridad.

Buku yang disukai oleh beliau ialah The History of French Revolution yang memberi

inspirasi dan rangsangan kepada beliau untuk menubuhkan persatuan revolusi serta

merancangkan revolusi untuk menentang Sepanyol. Pemimpin Katipunan yang seterusnya ialah

Emilio Jacinto yang merupakan pembantu Bonifacio. Beliau digelar ‘pemimpin yang bijaksana

dalam Katipunan’. Jika dilihat dari latar belakang dirinya, beliau juga berasal daripada keturunan

rakyat yang biasa seperti Bonifacio. Namun, beliau berpeluang untuk melanjutkan pelajarannya

di kolej walaupun serba kekurangan dan kemiskinan. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda

Sastera dari Kolej San Juan de Letran dan mendapat sedikit pengetahuan mengenai undang-

47 Gregorio F. Zaide. Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid 2. Hlm. 200.

16

Page 17: Jose Rizal

undang di Universiti Santo Tomas. 48 Pada tahun 1894, beliau telah menjadi ahli Gerakan

Katipunan dan memegang jawatan sebagai setiausaha dan pegawai kehakiman serta menjadi

penasihat Bonifacio. Beliau meninggal dunia kerana demam dan ketika itu beliau sedang

melaksanakan gerakan bawah tanah bagi menghidupkan cita-cita Katipunan di Laguna.

Pengaruh Jose Rizal dalam Keanggotaan Katipunan

Pada mulanya, keanggotaan dalam Katipunan diperkenalkan oleh Bonifacio iaitu dengan cara

‘sistem segi tiga’. Namun begitu, disebabkan sistem ini agak rumit, ia telah ditukarkan kepada

sistem penerimaan ahli baru yang mengikut contoh istiadat Masonic.49 Terdapat tiga peringkat

ahli dalam gerakan Katipunan. Peringkat yang pertama ialah Katipunan (associate) yang

memakai tengkolok hitam dan senjata seperti pistol atau bolo. Semboyan yang digunakan ialah

Anak ng Bayan (son of the people). Ahli pada peringkat kedua pula dinamakan sebagai kawal

(askar) yang memakai tengkolok hijau dan selepang hijau. Semboyan yang digunakan ialah

Gom-Bur-Za iaitu suku kata dari nama paderi Gomez, Zamora dan Burgos.

Manakala ahli dalam peringkat yang ketiga dinamakan sebagai bayani (setia negarawan)

yang memakai tengkolok dan selendang berwarna merah dan kedua-duanya bertepikan warna

hijau iaitu lambang peperangan dan harapan. Semboyannya ialah Rizal iaitu perwira Filipina

yang agung dan merupakan yang dipertua Katipunan yang terhormat. Keanggotaan dalam

Gerakan Katipunan ini turut disertai oleh kaum wanita Filipina. Wanita pertama yang menjadi

ahli Katipunan ialah isteri Bonifacio iaitu Gregoria de Jesus. Ahli lain turut disertai oleh ahli

keluarga Jose Rizal iaitu Trinidad (kakak Jose Rizal), Angelica Lopez dan Delfina Herbosa

(saudara perempuan Jose Rizal) dan Carmen de Rodriguez, Marta Saldana serta Macaria

Pangilinan (saudara karib Jose Rizal).

Pengaruh Jose Rizal dalam Kesusasteraan Katipunan

48 Ibid. Hlm. 201.49 Ibid. Hlm. 206.

17

Page 18: Jose Rizal

Gerakan Katipunan ini juga turut menghasilkan karya-karya kesusasteraan yang ditulis oleh

Bonifacio, Jacinto dan Dr. Valenzuela.50 Karya yang dihasilkan merupakan inspirasi daripada

karya-karya Jose Rizal untuk membangkitkan semangat cintakan tanah air dan melahirkan darah

perjuangan. Bonifacio berjaya menghasilkan syair yang bersifat politik iaitu ‘Pagibig sa

Tinubuang Bayan’ (Love of Fatherland) dan ‘Pahimakas (Farewell) yang merupakan terjemahan

Tagalog daripada epik perpisahan Rizal. Jacinto merupakan penulisan agung dalam gerakan

Katipunan. Beliau berjaya menghasilkan karya seperti ‘A La Patria’ (To my Fatherland) iaitu

sebuah lagu yang mendatangkan ilham yang sebanding dengan Altimo Adios yang dihasilkan

oleh Jose Rizal. Antara karya lain ialah A Mi Marde (To My Mother) merupakan karya yang

menyayat hati dan hasilnya yang sangat indah dalam bentuk prosa iaitu ‘Kartilla’ menjadi kitab

dalam Gerakan Katipunan. Manakala, Dr. Valenzuela berperanan dalam membantu Bonfacio dan

Jacinto untuk menyunting akhbar ‘Kalayaan’ (Liberty) yang merupakan akhbar dalam Gerakan

Katipunan. Beliau juga turut menghasilkan karya beliau yang tersendiri iaitu ‘Catwiran?’ (is it

fair?) karangan yang ditujukan kepada negara khususnya. Antara lain, beliau juga turut

membantu Bonifacio dalam menghasilkan rencana dan nama pena beliau iaitu ‘Madlang Away’.

Pengaruh Jose Rizal dalam Gerakan Revolusi Katipunan

Bonifacio bertindak untuk memulakan revolusi ke atas Sepanyol namun, sebelum menjalankan

revolusi tersebut, beliau telah mengirimkan Dr. Valenzuela sebagai utusan untuk menyampaikan

hasrat dan meminta sokongan Jose Rizal untuk melancarkan revolusi.51 Justeru, dalam hal ini,

jelas menunjukkan bahawa idea dan sokongan Jose Rizal dalam gerakan Katipunan ini amat

penting bagi mereka. Namun begitu, hasrat mereka untuk melancarkan revolusi dan

pemberontakan tidak dipersetujui oleh Jose Rizal.52 Bagi Jose Rizal, beliau tidak menolak untuk

melakukan pemberontakan namun beliau lebih khuatir jika pemberontakan tersebut gagal

dilakukan. Hal ini kerana kurangnya persediaan daripada rakyat untuk melakukan

pemberontakan.53 Jika dilihat secara logiknya, kelengkapan senjata dan dana yang dimiliki oleh

pihak Sepanyol lebih kuat dan besar berbanding rakyat Filipina. Bonifacio yang telah menerima

perkhabaran daripada Jose Rizal tetap dengan pendiriannya untuk melakukan pemberontakan

50 Ibid. Hlm. 207.51 Raul. J. Bonoan. 1998. Jose Rizal and The Asian Renaissance. Hlm. 107.52 Shafie Abu Bakar. Jose Rizal dalam Nasionalisme Filipina. JEBAT, 2, 7. Hlm 14.53 Gregorio F. Zaide. Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid 2. Hlm. 210.

18

Page 19: Jose Rizal

terhadap Sepanyol namun pemberontakan ini gagal disebabkan terbukanya rahsia mengenai

Gerakan Katipunan kepada pihak Sepanyol.

Sumbangan Lain

Semenjak tahun 1892 iaitu selepas ditangkap oleh pihak Sepanyol, Jose Rizal hidup sebagai

‘orang buangan’ di Dapitan. Terdapat banyak peluang untuk beliau melarikan diri daripada

tawanan Sepanyol, bahkan pengikutnya sendiri menawarkan bantuan untuk melarikan beliau dari

bandar Dapitan tersebut. Namun begitu, Jose Rizal amat berpegang teguh pada janji beliau

terhadap pihak Sepanyol. Selama beliau berada di Dapitan, beliau telah memberi banyak

sumbangan kepada penduduk di Dapitan. Antaranya ialah beliau memberi perkhidmatan

perubatan, membina sebuah sekolah dan kolam air, membuat kerja-kerja pertanian dan

mengusahakan projek untuk memperbaiki bandar tersebut. Di samping itu juga, beliau turut tidak

ketinggalan dalam menghasilkan beberapa karya penulisan serta melakukan penyelidikan

saintifik. Karya penulisan yang dihasilkan oleh beliau kebanyakannya menceritakan tentang

keadaan beliau semasa dalam tahanan Sepanyol. Beliau banyak menghabiskan masa di Dapitan

dengan membantu kanak-kanak di Dapitan iaitu dengan cara mendidik mereka melalui ilmu

pengetahuan.

Beliau mengajar kanak-kanak di Dapitan membaca, mengajar bahasa Sepanyol, bahasa

Inggeris, ilmu kira-kira dan ilmu ukur.54 Di samping itu juga, beliau menerapkan sifat keberanian

dalam diri kanak-kanak tersebut dan salah satunya adalah melalui pencarian nafkah atau sumber

makanan dalam kehidupan seharian. Hal ini mendatangkan kepuasan bagi beliau kerana mampu

mendidik kanak-kanak tersebut berjiwa besar dan berani dalam menempuh kehidupan mereka.

Selain itu, beliau juga membantu masyarakat di Dapitan untuk memperoleh kehidupan yang

lebih baik dari segi keperluan asas. Beliau menggunakan ilmu yang beliau perolehi untuk

memajukan daerah Dapitan. Salah satu usaha yang telah beliau lakukan ialah melalui pembinaan

‘Waterworks’ iaitu satu sistem tata air di Dapitan. Sistem ini dibina untuk memastikan

masyarakat Dapitan memperoleh air yang bersih untuk digunakan dalam kehidupan seharian

mereka. Walaupun ketika itu beliau tidak mempunyai peralatan dan dana yang mencukupi,

namun sistem tata air ini berjaya dihasilkan. Dari segi perubatan pula, beliau mempraktikkan

kepakaran yang beliau miliki dalam bidang perubatan untuk membantu masyarakat di Dapitan.

54 Ibid. Hlm. 217.

19

Page 20: Jose Rizal

Perkhidmatan perubatan yang diberikan ialah perubatan mata, pembedahan kecil atau umum,

ginekologi, obstetrik dan pergigian. Salah seorang yang mendapat bantuan daripada Jose Rizal

ialah Taufar iaitu seorang lelaki tua yang buta yang telah dibawa oleh anak tirinya Josephine

Bracken untuk mendapatkan rawatan mata. Terdapat juga masyarakat Filipina dan orang luar

yang datang ke Dapitan untuk mendapatkan rawatan mata daripada Jose Rizal setelah

mengetahui reputasi dan kepakarannya dalam bidang Ophthalmologist. Beliau juga telah

memohon jawatan sebagai doktor bedah dalam Tentera Sepanyol di Cuba yang ketika itu sedang

mengalami revolusi. Tambahan pula, ketika itu beliau telah mendapat surat daripada Profesor

Blumentritt yang memberitahu mengenai jangkitan kolera di Cuba dan masalah doktor yang

tidak mencukupi. Justeru, Jose Rizal diberi keizinan untuk menjadi doktor sukarela dan beliau

dihantar ke Manila pada tahun 1896. Namun begitu, beliau telah ditangkap sekali lagi di Manila

kerana dituduh terlibat dalam pemberontakan dan revolusi di Cuba.55

Penutup

55 Ma. Dominga B. Padilla. Perspective Yes, Dr. Jose Rizal was a Real Ophthalmologist. Hlm. 91.

20

Page 21: Jose Rizal

Kesimpulannya, Jose Rizal sememangnya merupakan seorang reformis yang sangat disegani dan

dihormati oleh masyarakat Filipina. Hal ini demikian kerana, beliau banyak memberi sumbangan

terhadap masyarakat Filipina terutamanya dalam menyuntik semangat nasionalisme dalam

kalangan masyarakat untuk membebaskan diri daripada cengkaman penjajah iaitu Sepanyol. Hal

ini demikian kerana, penjajahan Sepanyol di Filipina telah meninggalkan kesan yang mendalam

terhadap masyarakat Filipina dan oleh sebab itulah, apabila Jose Rizal berusaha

memperjuangkan untuk membebaskan Filipina dari Sepanyol maka mereka telah memberi

sokongan yang sepenuhnya. Buktinya, terdapat pelbagai usaha yang dilakukan oleh Jose Rizal

untuk menyebarkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Filipina dimana salah

satunya ialah beliau telah menggunakan penulisan sebagai medium untuk menentang Sepanyol.

Salah satu penulisan beliau yang terkenal di Filipina ialah “Noli Me Tangere” dimana

melalui penulisan tersebut, beliau telah mendedahkan mengenai penindasan yang telah dilakukan

oleh Sepanyol terhadap masyarakat Filipina dan beliau menyeru agar masyarakat Filipina

bangkit untuk menegakkan keadilan dan hak mereka. Namun begitu, kaedah penulisan tersebut

adalah bersifat tidak radikal dan kemudian, barulah Jose Rizal mengambil tindakan yang lebih

efisien iaitu dengan cara melancarkan Liga Filipina pada tahun 1892. Melalui liga tersebut, dapat

dilihat bahawa Jose Rizal bersungguh-sungguh untuk membebaskan Filipina daripada Sepanyol

namun, tidak lama kemudian, beliau telah dijatuhkan hukuman mati iaitu pada 30 Disember

1896. Kematian beliau adalah merupakan kehilangan yang paling besar dalam kalangan

masyarakat Filipina kerana beliau merupakan seorang reformis yang sangat komited untuk

membebaskan Filipina daripada Sepanyol. Walaupun beliau telah meninggal dunia namun

usahanya selama ini tidak sia-sia iaitu perjuangannya telah diteruskan pula oleh Andres

Bonifacio iaitu dalam Revolusi Kantipunan.

BIBLIOGRAFI

21

Page 22: Jose Rizal

A. Kardiyat Wiharyanto. 1996. Pembentukan Negara-Negara Nasional di Asia Tenggara.

Jakarta: Universitas Sanarta Dharma.

Anggita Tiana et.al. 2013. Perjuangan Jose Rizal Menuntut Reformasi Kebijakan Sepanyol di

Filipina tahun 1883 Hingga 1896. Tesis Sarjana. Jakarta: Fakulti Ilmu Sosial.

D.G.E. Hall .1981. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

David Joel Steinberg David K. Wyatt. 1981. Mengenali Sejarah Asia Tenggara Moden. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gregorio F. Zaide. 1980. Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid 2. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka

Krishna Murthy. 2002. Perkembangan Idea Nasionalisme di Filipina Sehingga Pembentukan

Republik Malolos: Suatu Perjuangan daripada Pasif ke Aktif. Tesis Sarjana. Kuala

Lumpur. Universiti Malaya.

Leon Ma Gufrrero. 1974. The First Filipino: A Biography of Jose Rizal. Manila: National

Historical Commision.

Ma. Dominga B. Padilla. 2011. Perspective Yes, Dr. Jose Rizal was a Real Ophthalmologist.

Philippine Journal of Ophthalmologist, 36 (2), 83-91.

Mohd Janan Ahmad. 1969. Sejarah Nasionalisme di Tenggara Asia. Kelantan: Pustaka Aman

Press.

Niels Mulder. 2005. Wacana Publik Asia Tenggara: Menuju Masyarakat Madani. Yogjakarta:

Penerbit Kanisius.

Onofre D. Corpuz. 1973. Filipina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

_______________ 2002. Saga and Triumph: The Filipino Revolution Against Spain. Philippines:

Universtiy of The Philippines Oress and Cavite Historical Society.

Paul Rodell. 2002. Culture and Customs of Philippines. London: Greenwood Press.

Raul. J. Bonoan. 1998. Jose Rizal and The Asian Renaissance.

Shafie Abu bakar. 1972. Jose Rizal dalam Nasionalisme Filipina. JEBAT, 2, 7-15.

22

Page 23: Jose Rizal

Syed Ahmad Hussein. 1996. Pengantar Sains Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Teodoro A. Agoncillo. 1969. A Short History of Philippines. New York: The American Library.

Wan Abdul Rahman Latif et. al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

23