jpbdbuletin perak2012 2nd draf - jpbd.perak.gov.my · pokok getah (hevea brasiliensis) yang tertua...
TRANSCRIPT
Menarik di dalam
Garis Panduan Perancangan ‘Gated Community and Guarded Neighbourhood’Garis Panduan PerancanganPembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah TinggiGaris Panduan PerancanganPapan Iklan Luar
PERANCANGAN
JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI, PERAK DARUL RIDZUAN • EDISI 1-2012
Penasihat Y.Bhg. Dato’ DR Dolbani bin MijanPengarahJabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul RidzuanKetua EditorPn. Syazlina binti BahariEditorEn. Mohamad Sabri bin Ahmad En. Abd. Rahim Syah bin KhalibPn. Norazila binti Ahmad HamdiEn. Mohd Ariffin bin AhmadPn. Hartini binti Hamad
Editorial
Sekapur SirehSyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya sekali lagi Jabatan dapat merealisasikan penerbitan PERANCANGAN PERAK bagi Edisi 1 2012 ini. Terbitan dalam bentuk Buletin ini adalah bagi memenuhi komitmen Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan selaku penasihat utama dalam perancangan fizikal yang bertanggungjawab memperjuangkan perancangan bandar yang mampan di negeri ini. Selain itu, keluaran ini juga adalah sebagai satu bentuk perkongsian ilmu dan maklumat terkini berkaitan bidang perancangan bandar di antara Jabatan ini dengan pihak luar samada Jabatan dan agensi kerajaan yang lain, pihak swasta, mahupun orang awam. Pelbagai informasi dan teknologi terkini serta isu- isu relevan yang sentiasa berkembang di dalam bidang perancangan bandar dewasa ini haruslah sentiasa disampaikan dan dikongsi bersama semua pihak terutamanya bagi pihak yang berkepentingan di negeri ini. Edisi pertama Buletin Perancangan Perak bagi tahun ini membawakan artikel- artikel yang berkait rapat dan signifikan dengan bidang perancangan bandar di mana ianya telah dibincangkan secara terperinci melalui medium- medium perbincangan peringkat negeri seperti Mesyuarat Penyelarasan Perancangan dan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN). Artikel- artikel ini termasuklah Garis Panduan Perancangan ‘Gated Community and Guarded Neighbourhood’; Garis Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi; dan Garis Panduan Perancangan Papan Iklan Luar. Turut dimuatkan di dalam edisi ini ialah satu ulasan buku yang bertajuk Ecocities- Rebuilding Cities in Balance with Nature hasil tulisan Richard Register. Buku ini mengupas pelbagai isu dan turut mengutarakan idea- idea yang positif berkaitan bidang perancangan bandar dan hubungkaitnya dengan alam semulajadi.
Adalah menjadi harapan pihak Jabatan agar dengan terbitnya buletin ini, semua pihak dapat mengambil pelbagai manfaat dan ilmu dari maklumat yang dipaparkan dan seterusnya dapat menyumbang secara berterusan ke arah bidang perancangan bandar yang cemerlang.
DATO’ DR DOLBANI BIN MIJANPengarahJabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan
3 Garis Panduan Perancangan ‘Gated Community and Guarded Neighbourhood’
7 Garis Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi
10 Garis Panduan Perancangan Papan Iklan Luar
15 Ulasan Buku: Ecocities- Rebuilding Cities in Balance with Nature
Kandungan
Pokok Getah (Hevea brasiliensis) yang tertua di Malaysia terdapat di Kuala Kangsar, Perak. Merupakan
pokok getah pertama yang ditanam di Tanah Melayu pada tahun 1877
oleh H.N. Ridley dengan benih yang dibawa dari Brazil. Dua warna berbeza
bermaksud peredaran masa dari dahulu hingga kini dengan
nilai-nilai kemampanan yang sentiasa dipelihara.
2 perancangan PERAK | 2012
‘Gated Community and Guarded Neighbourhood’
Garis Panduan Perancangan
DEFINISI GATED COMMUNITY (GC)
Kumpulan penduduk yang tinggal di kawasan berpagar dan berpengawal sama ada di kawasan kediaman berbilang tingkat atau di kawasan kediaman bertanah.Tafsiran `gated community’ lebih tertumpu kepada kumpulan penduduk yang tinggal di kawasan kediaman bertanah berhakmilik strata (yang dibangunkan mengikut peruntukan Seksyen 6(1A) Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318)).
3perancangan PERAK | 2012
Ciri-ciri GC:
i. Pembangunan hartanah kediaman bertanah (landed) yang meliputi rumah banglo, berkembar, teres dan sebagainya yang dibangunkan di atas satu lot tanah utama dengan pecahan kepada petak tanah (landed parcel) kecil dengan pemilikan tanah secara hakmilik strata.
ii. Pembangunan yang eksklusif dikelilingi oleh pagar atau tembok yang dijadikan sempadan dengan kawasan pembangunan atau kediaman bersebelahan.
iii. Mempunyai akses keluar-masuk yang terhad dan sistem kawalan keselamatan 24 jam sama ada menggunakan pengawal keselamatan atau penggunaan CCTV atau kedua-duanya.
iv. Mempunyai beberapa komponen kemudahan harta bersama seperti rumah kelab, kolam renang dan kawasan rekreasi / taman permainan yang hanya boleh digunakan oleh penghuni skim berkenaan.
v. Mempunyai sistem pengurusan dan penyelenggaraan sendiri yang diselia oleh badan pengurusan (management corporation) yang dilantik oleh penghuni selaras dengan peruntukan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663).
DEFINISI GUARDED NEIGHBOURHOOD (GN)
GN boleh didefinisikan sebagai satu kawasan kediaman terkawal secara keseluruhan atau sebahagian di dalam skim-skim perumahan sedia ada atau baru yang pegangan tanahnya berhakmilik individu (individual land title).
Skim GN menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan sama ada dengan atau tanpa pondok pengawal. Dari segi undang-undang, ia tidak boleh mempunyai halangan fizikal di atas jalan awam dan menguatkuasakan sebarang sekatan keluar-masuk kepada penghuni dan orang ramai.
Kewujudan GN adalah tidak berdasarkan kepada peruntukan mana-mana undang-undang atau peraturan. Ia hanya wujud secara `ad-hoc’ berdasarkan persetujuan penghuni-penghuni di sesebuah kawasan kejiranan untuk menjadikan kediaman mereka sebagai kawasan berpengawal (guarded).
4 perancangan PERAK | 2012
ISU PEMBANGUNAN GATED COMMUNITY DAN GUARDED NEIGHBOURHOOD
i. Kewujudan skim GC dan skim GN boleh memberi implikasi negatif kepada pengasingan kelompok masyarakat dan pemupukan interaksi sosial penduduk khususnya di antara penghuni yang tinggal di kawasan berpagar dengan penghuni yang tinggal di kawasan kediaman biasa.
ii. Pembinaan pondok pengawal yang tidak terancang, pemasangan sekatan dan halangan fizikal serta keperluan menyerah dokumen pengenalan diri secara tidak sah, khususnya di kawasan GN boleh menghalang daya aksessibiliti dan menimbulkan kesukaran kepada pihak berkuasa dan orang ramai untuk keluar-masuk ke skim-skim kediaman.
iii. Rekabentuk, ketinggian dan saiz pagar yang dibina, khususnya di sekeliling kawasan skim GC telah menghalang pandangan (permeability) daripada luar. Keadaan ini menyukarkan pemantauan keselamatan serta mencacatkan pemandangan dan estetika keseluruhan kawasan pemajuan.
i. Pembangunan GC hanya dibenarkan di lokasi-lokasi tertentu dan hanya terhad di kawasan bandar.
ii. Cadangan membangunkan skim GC perlu ditentukan di dalam pelan susunatur pembangunan, khususnya bagi cadangan pemajuan kediaman berskala besar dan tertakluk kepada kelulusan kebenaran merancang oleh pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT).
iii. Luas minimum kawasan yang boleh dipertimbangkan untuk pembangunan skim GC ialah 1.0 hektar. Bagi pembangunan skim GC yang mempunyai banyak skim, luas maksimum bagi setiap skim adalah 10.0 hektar.
iv. Kemudahan-kemudahan harta bersama (common property) termasuk jalan dalam skim GC adalah milik komuniti skim tersebut dan ianya perlu diselenggara sendiri oleh penghuni melalui perbadanan pengurusan yang dilantik.
v. Pembinaan sebarang tembok atau pagar yang mengasingkan sepenuhnya di antara penduduk GC dan bukan GC adalah tidak dibenarkan.
vi. Penilaian Impak Sosial (SIA) sebagaimana yang diperuntukkan di dalam subseksyen 21A(1A) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) perlu disediakan sebelum pemajuan GC diberi pertimbangan oleh PBPT.
GARIS PANDUAN UMUM GATED COMMUNITY (GC)
Pembangunan skim GC perlu mematuhi kawalan am perancangan sebagaimana berikut:
5perancangan PERAK | 2012
GARIS PANDUAN SKIM GUARDED MEIGHBOURHOOD (GN)
Penubuhan skim GN adalah tidak tertakluk kepada mana-mana peruntukan undang-undang. Bagi tujuan pemantauan dan pengawalseliaan oleh pihak berkuasa, khususnya Kementerian Dalam Negeri, PBT, Pejabat Tanah Daerah dan PDRM, terdapat beberapa syarat dan kawalan yang perlu dipatuhi oleh persatuan penduduk kejiranan sedia ada atau kejiranan baru di dalam menubuh dan menjalankan operasi GN.
Skim 1
1 hektar – 10 hektar
Skim 3
1 hektar – 10 hektar
Skim 2
1 hektar – 10 hektar
Skim 4
1 hektar – 10 hektar
Perletakankemudahan
awam
Saiz Keluasan skim gated community
Jalan dalaman 12 m
20 m
6 m
Jalan Awam
PondokPengawal
Contoh hierarki jalan dalam guarded community
Syarat Asas Penubuhan GN
Skim GN hanya dibenarkan di kawasan bandar (di dalam kawasan operasi PBT), khususnya di kawasan yang kurang selamat (mempunyai kadar jenayah yang tinggi berdasarkan rekod pihak polis). PBT dicadangkan mendapat pandangan daripada pihak PDRM dalam meneliti sebarang cadangan penubuhan GN oleh persatuan penduduk.
Cadangan menubuhkan GN perlu dimaklumkan kepada PBT yang berkenaan melalui persatuan penduduk (RA) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Cadangan untuk mewujudkan GN perlu mendapat persetujuan majoriti penduduk (ketua isi rumah), tertakluk kepada tiada sebarang paksaan dan tekanan kepada penduduk yang tidak bersetuju.
Pondok pengawal hanya dibenarkan disedia atau dibina di kawasan bahu jalan (road shoulder) dan perlu dipastikan tidak menghalang lalulintas. Amalan pembinaan pondok pengawal di atas atau di kawasan tengah jalan adalah tidak dibenarkan.
Pembinaan pagar (perimeter fencing) mengelilingi kawasan sempadan skim kejiranan adalah tidak dibenarkan.
6 perancangan PERAK | 2012
Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi
Garis Panduan Perancangan
Garis panduan ini digubal berdasarkan kepada lima (5) prinsip iaitu: KESELAMATAN, PEMELIHARAAN KESENSITIFAN ALAM SEKTAR,PRODUKTIF, BERFUNGSI dan UNDANG-UNDANG BERKAITAN
KSAS Tahap 1: Kawasan berkonturmelebihi 1,000 meter
Tiada pembangunan, pertanian atau pembalakanakan dibenarkan kecuali bagi aktiviti
pelancongan alam semulajadi berimpak rendah,penyelidikan dan pendidikan
KSAS Tahap 2: Kawasan berkontur300 meter hingga 1,000 meter
Tiada pembangunan, pertanian atau pembalakanmampan dan pelancongan alam semulajadi
berimpak rendah akan dibenarkanbergantung kepada halangan setempat
KSAS Tahap 3: Kawasan berkontur150 meter hingga 300 meter
Pembangunan terkawal di mana jenisdan intensiti pembangunan akan dikawal
bergantung kepada ciri-ciri halangan
Tanah-tanah yang mempunyaikedudukan lebih dari 1,000 meter
dari paras laut
LERENG/CERUN
GUNUNG
Kawasan yang melibatkan lerengbukit berkecerunan lebih atau samadengan 15 darjah (KSAAS, 2005)
TANAHRENDAH(Pamah)
Kawasan yang berada di bawah150 meter dari aras laut (EPU, 2002)
TANAHBUKIT
Kawasan yang berada pada ketinggiandi antara 150 meter hingga 100 meter
dari aras laut (EPU, 2002)
TANAHTINGGI
Tanah-tanah yang mempunyaikedudukan lebih dari 300 meter dan
kurang dari 1,000 meter dari aras laut
KAWASANSENSITIF
ALAM SEKITAR(Tanah Tinggi)
Dasar 18 Rancangan Fizikal Negara telah menetapkanmengenai pemeliharaan Kawasan Sensitif Alam Sekitar
melalui Pengurusan KSAS berpandukan kepadakriteria-kriteria berikut:
KAWASANSEKITAR
Merupakan kawasan bersebelahantanah bukit, tanah tinggi, gunung
dan lereng/cerun bukit yang dijangkamenerima dan memberi kesan
secara langsung olehpembangunan berkenaan
7perancangan PERAK | 2012
Secara umum, pembangunan di kawasan tanah bukit, tanah tinggi, lereng bukit dan puncak bukit serta sekitarnya perlu mematuhi garis panduan umum meliputi tiga (3) aspek iaitu: i. Kawasan Berkecerunan yang
perlu dipelihara ii Kawasan Warisan Kebangsaan iii Pemeliharaan Topografi
GARIS PANDUAN UMUM
Kawasan tadahan air perlu dipelihara kerana merupakan sumber bekalan air bersih negara disamping menjamin kemampanan alam sekitar
Kawasan tanah tinggi yang mempunyai nilai sejarah daya tarikan pelancong perlu dipelihara
Pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi perlu memelihara topografi semulajadi bagi mengelak kejadian yang tidak diingini
Susun atur bangunan perlu dipelbagaikan dengan mengambilkira aspek kecerunan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku
8 perancangan PERAK | 2012
ANJAKAN BANGUNAN
Anjakan bangunan yang terletak di tepi tebing hendaklah mempunyai jarak minimum seperti berikut:
Struktur berhampiran kaki bukit dan rabungStruktur yang dibina berhampiran kaki cerun yang dipotong atau cerun semulajadi yang menegak atau hampir menegak (melebihi 70°) di mana tidak ada sebarang langkah kejuruteraan yang memperbaikinya diambil untuk menstabilkan cerun itu atau menebat kesan-kesan gelongsoran tanah, hendaklah tidak terletak di dalam zon sekurang-kurangnya dua (2) kali ganda ketinggian cerun.
Struktur yang dibina di atas rabung cerun yang dipotong atau cerun semulajadi yang menegak atau hampir menegak (melebihi 70°) di mana terdapat langkah kejuruteraan bagi penstabilan cerun dijalankan hendaklah tidak terletak di dalam zon sekurang-kurangnya sekali (1) ganda ketinggian cerun itu.
A
B
KawasanCerun
Semulajadi
KawasanPemuliharaan
Cerun
Pembangunan di atas puncak bukitPembangunan hanya sesuai untuk aktiviti eko pelancongan dan rekreasi yang tidak melibatkan kerja tanah berkaitan.
TinggiCerun (H)
100m
Jarak Zon Penampan = 2H (200m)
KERATAN RENTAS A
Kerja-kerjaPemeliharaan Cerun
Tidak Dijalankan(Cerun Semulajadi)
Puncak Bukit
150m-300m
Pembangunan dikecerunan 15-25 darjah
Pembangunan dikecerunan 15-25 darjah
Sekiranya pembangunan di bahagian puncak bukit dilaksanakan ia akan mengganggu keseimbangan ekologi dan kesensitifan alam sekitar serta memberi impak kepada pembangunan di kawasan bawah dan sekitarnya )keselamatan, kestabilan cerun, pencemaran dan sebagainya).
TinggiCerun (H)
100m
Jarak Zon Penampan = 1H (100m)
Kerja-kerjaPemeliharaan CerunDijalankan MelaluiPenyediaan Teres
KERATAN RENTAS B
Sumber: Adaptasi daripada Garis Panduan Zon Bahaya bagi Bukit Batu Kapur, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) (2003)
Puncak Bukit
150m-300m
Jalan
Pembangunan dikecerunan 15-25 darjah
Pembangunan dikecerunan 15-25 darjah
9perancangan PERAK | 2012
Definisi papan iklan luar ialah paparan besar yang
mengiklankan barangan, aktiviti atau perkhidmatan yang tidak
semestinya di jual dimana pengiklanan itu ditempatkan.
(Wikipedia Encyclopedia)
Garis Panduan Papan Iklan Luar
Kategori papan iklan luar:
• Free-Standing Billboard• Iklan Dinding• Iklan Bumbung• Spectacular Gantry• Gantry (Gantri)• Iklan Jejantas• Iklan Jejambat• Pillar/Column Wrap• Iklan Pagar
• Projecting Sign• Iklan Mekanikal Trivision• Iklan Mekanikal Scrolling Board• Iklan Mekanikal Elektronik• Iklan Kain Rentang (Poster)• Iklan Bergerak• Building Wrap• Iklan Perabot Jalan
LATAR BELAKANG
Pada 1 Ogos 2007, Jemaah Menteri telah mengarahkan satu jawatankuasa Penyeragaman Garis Panduan Papan Iklan dan Keputusan asal Jemaah Menteri adalah ke atas isi kandungan bagi papan iklan sahaja. Namun, pada 31 Oktober 2008 Jemaah Menteri bersetuju Garis Panduan Papan Iklan Luar (GP PIL) dibentangkan di Mesyuarat Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) dan pada 2 Disember 2008 Mesyuarat MNKT yang bersidang bersetuju bahawa cadangan pemakaian GP PIL yang seragam bagi semua PBT, Negeri yang telah menandatangani perjanjian konsesi boleh meneruskan pemasangan mengikut perjanjian. Bagaimanapun PBN boleh berunding dengan operator untuk mematuhi cadangan GP PIL dan Permohonan baru hendaklah mengikut garis panduan ini.
10 perancangan PERAK | 2012
Iklan Jejantas
Iklan Pagar
Iklan Projecting Sign
Iklan Mekanikal Elektronik
Iklan Mekanikal Elektronik
Iklan Mekanikal Trivision
Iklan Pillar/Column Wrap
Iklan Spectacular Gantry
11perancangan PERAK | 2012
9m(30´)
6m(22´)
3m(10´)
HornsbyTown Centre
UK
AucklandNew Zealand
USA MalaysiaSaiz dan ketinggian billboard sedia ada
3m(10´)3m(10´)3m(10´)
4m(14´)
1.5m(5´)
8m(26´) 6m(20´)
13m(43´)
12m(40´)
12m(40´)
24m(80´)
9m(30´)
27m(90´)7m(24´)24m(80´)
18m(60´)
3m(10´)
9m(30´)
6m(20´)
12m(40´)9m(30´)
6m(20´)
14m(48´)
PERBANDINGAN SAIZ DAN KETINGGIAN PAPAN IKLAN LUAR
Dalam menangani permohonan Papan Iklan Luar tiga prinsip keutamaan perlu diikuti:
Keutamaan 1: Papan LalulintasKeutamaan 2: Mesej KerajaanKeutamaan 3: Papan Iklan Swasta
Terdapat dua aspek utama Garis Panduan Papan Iklan Luar (GP PIL) iaitu Struktur dan Kandungan. Dari segi struktur, perletakan dan reka bentuk adalah dua elemen yang perlu dititikberatkan. Manakala dari aspek kandungan, penggunaan Bahasa Malaysia,
papara mesej dan imej bersesuaian dan reka bentuk. Dari aspek perletakan, papan iklan tidak boleh diletakkan di tempat yang merupakan traffic hazard kepada pengguna jalan raya seperti kawasan cerun tinggi, terowong dan selekoh merbahaya. Selain itu, perletakan papan iklan luar ini mestilah bersesuaian dengan hierarki jalan dan mengikut had kelajuan pada jalan terbabit. Perletakan papan iklan luar mestilah mengikut saiz yang telah ditetapkan, anjakan yang sesuai dari bahu jalan dan jarak papan iklan antara satu sama lain.
Saiz dan Ketinggianbillboard sedia ada
Saiz dan Ketinggian billboardmengikut Garis Panduan Papan Iklan Luar
6m(22´)
12m(40´)
3m(10´)
9m(30´) 6m(22´)
12m(40´)
3m(10´)
9m(30´)
24m(80´)
9m(30´)
27m(90´)
6m(20´)
3m(10´)
9m(30´)
12m(40´)
18m(60´)
6m(20´)
12m(40´)
18m(60´)
6m(20´)12m(40´)
9m(30´)
6m(20´)
6m(20´)
4.5m(15´)
4.5m(15´)
3m(10´)
6m(20´)
12m (40´)
18m (60´)
9m (30´)
12 perancangan PERAK | 2012
ASPEK STRUKTUR PERLETAKAN PAPAN IKLAN
Billboard bersaiz besar
Di jalan pengagih utama (Lebuhraya/Jalan Utama) berkelajuan 80-110 km/j
i. Keluasan : 111.5 mp (1.200 kp)ii. Ukuran : 18 6 m (60 20 kaki)iii. Ketinggian : 9 12 m (30 40 kaki)iv. Anjakan dari : 9 m (30 kaki) dari tiang bahu jalan iklan dan 3 m (10 kaki) dari penghujung struktur iklanv. Jarak antara : 1 km iklan
Billboard bersaiz kecil
Di jalan berkelajuan kurang 40 km/j
i. Keluasan : 5 mp (50 kp)ii. Ketinggian : 6 m (20 kaki)iii. Anjakan dari : 3 m (10 kaki) dari tiang laluan iklan pejalan kaki iv. Jarak antara : 0.3 km iklan
Billboard bersaiz sederhana
Di jalan berkelajuan kurang 40-80 km/j
i. Keluasan : 27-36 mp (300-400 kp)ii. Ukuran : 12 3 m (40 10 kaki) 9 3 m (30 10 kaki) 4 6 m (15 20 kaki)iii. Ketinggian : 9 12 m (30 40 kaki)iv. Anjakan dari : 7-9 m (27-30 kaki) dari bahu jalan tiang iklan dan 3 m (10 kaki) dari penghujung struktur iklanv. Jarak antara : 0.5 km iklan
18m (60´)
18m (60´)
12m (40´)
6m (20´) 9m (30´)
9m (30´) 4m (15´)
3m (10´)
6m (20´)
Melintang
Menegak
12m (40´)
4m (15´)
6m (20´)
3m(10´)
6m(20´)
12m (40´)
18m (60´)
9m (30´)
6m(20´)
4m (15´)
7m (27´)
3m (10´)
3m (10´)
6m (20´)
5m² (50kp)
5mm (50kp)
4m (15´)
3m (10´)
13perancangan PERAK | 2012
AKTA/PERUNDANGAN BERKAITAN
1. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) Membolehkan PBT membuat Undang-
undang Kecil Iklan dan mengawal dari segi Struktur dan Kandungan
2. Kanun Tanah Negara (Akta 56) S65, S115, S1243. Akta Perancangan Bandar dan Desa
1976 (Akta 172) ss 21(1)4. Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974
(Akta 133) S355. Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta
333) ss 85 (A)
Totally BAN on Billboard
1. Soa Paolo, Brazil2. State of Hawaii3. Alaska4. Vermont, Maine5. Rhobe Island6. Oregon USA7. Filipina8. Kunming, China
PENGUATKUASAAN KAWALAN PAPAN IKLAN HARAM
1. Kawalan papan iklan luar berasaskan Garis Panduan Papan Iklan Luar2. Pemasangan papan iklan pada masa hadapan adalah melalui permohonan Kebenaran
Merancang kepada OSC di PBT3. PBT menyediakan kaedah inbventori dan mengenalpasti papan iklan haram4. Tindakan pemulihan dilaksanakan bagi: a. Yang haram tetapi dapat memenuhi garis panduan - 3 bulan diberi untuk mendapat
kelulusan sebelum tindakan meroboh b. Yang haram dan tidak dapat memenuhi garis panduan - 12 bulan diberi untuk
berpindah sebelum tindakan meroboh
Bagi Negeri Perak, semakan dan penambahbaikan bagi Garis Panduan Papan Iklan Luar ini telah dilakukan bermula dari bulan Januari 2012.
PAPAN IKLAN YANG DIBENARKAN DENGAN KAWALAN DAN TIDAK DIBENARKAN
BIL KATEGORI PAPAN IKLAN LUAR
DIBENARKAN DENGAN
KAWALANTIDAK
DIBENARKAN PENERANGAN
1. Free-Standing Billboard
Dikategorikan dalam tiga saiz iaitu saiz besar, sederhana dan kecil. Dibenarkan dipasang mengikut hierarki jalan dan zon guna tanah
2. Iklan Dinding Dibenarkan pada dinding yang tiada permukaan terbuka dan pada struktur yang dijarakkan pada dinding
3. Iklan Bumbung Dibenarkan pada bumbung yang telah ada in-built structure dan yang boleh kompromi dengan rootscape persekitaran
4. Building Wrap Dibenarkan sekiranya menggunakan bahan yang membolehkan pengudaraan dan pencahayaan bangunan seperti yang disyaratkan oleh UBBL
5. Spectacular Gantry Dibenarkan sekiranya tidak menutup garisan langit dan rupa bentuk bandar serta berada di luar koridor scenic. Mesej-mesej kerajaan dibenarkan pada tempoh-tempoh tertentu
6. Gantri Tidak dibenarkan dipasang iklan kecuali papan tanda lalu lintas dan mesej kerajaan
7. Iklan Jejantas Tidak dibenarkan dipasang iklan
8. Iklan Jejambat Dibenarkan sekiranya tidak menutup garisan langit dan rupa bentuk bandar
9. Pillar/Column Wrappada LRT
Dibenarkan sekiranya kandungan iklan ringkas, menarik dan tidak menjejaskan keberkesanan peralatan kawalan lalulintas serta melindungi papan tanda lalulintas
10. Iklan Pagar Digalakkan bagi menutup visual tertentu
11. Projecting Sign Dibenarkan sekiranya kandungan iklan ringkas dan menarik
12. Iklan Kain RentangPoster
Dibenarkan di kawasan berorientasikan pejalan kaki
13. Iklan Mekanikal Trivision
Digalakkan kerana dapat mengoptimumkan ruang
14. Iklan Mekanikal Scrolling
Digalakkan kerana dapat mengoptimumkan ruang
15. Iklan Elektronik Digalakkan kerana dapat mengoptimumkan ruang
16. Iklan Perabot Jalan Digalakkan di kawasan pusat perdagangan dan institusi yang berorientasikan pejalan kaki
17. Iklan Bergerak Di bawah bidang kuasa Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan, Jabatan Perdana Menteri
14 perancangan PERAK | 2012
Ulasan BukuEcocities - Rebuilding Cities in Balance with Nature
PengarangRichard Register
PenerbitNew Society Publishers, Canada
Kemodenan dan taraf hidup yang lebih baik mendorong manusia memilih untuk tinggal dan bekerja di kawasan bandar. Faktor- faktor seperti peluang pekerjaan, kemudahan awam dan persekitaran yang aktif (vibrant) antara sebab perkara ini berlaku. Gaya hidup dan nilai perhubungan yang sofistikated di bandar mengakibatkan kehendak individu dan masyarakat semakin meningkat dan perlu dipenuhi. Jenis kediaman, tempat bersosial, kenderaan untuk bergerak; semuanya dilihat sebagai keperluan asas untuk memenuhi tuntutan penduduk urban. Demi kehendak yang sedemikian maka alam sekitar dimusnahkan setiap masa untuk memberi laluan kepada pembangunan.
15perancangan PERAK | 2012
Ecocities, hasil penulisan Richard Register ini telah menyatakan dengan jelas bahawa betapa pentingnya sesuatu reka bentuk alam bina dalam meningkatkan kualiti dan taraf hidup penduduk dengan mewujudkan bandar hijau yang mampan untuk didiami.
Beliau secara dasarnya telah mengenal pasti beberapa masalah utama dalam rekabentuk sesebuah bandar dan corak guna tanah pada masa kini yang tidak dapat dikekalkan untuk jangka masa yang panjang.
Sebagai seorang yang mengutamakan aspek kemampanan dan pemuliharaan alam sekitar, beliau telah mencadangkan rekabentuk bandar yang berasaskan konsep serta prinsip pembangunan berterusan yang dapat menampung pertambahan penduduk pada masa hadapan; dan dalam masa yang
http://jpbd.perak.gov.myJabatan Perancangan Bandar dan
Desa Perak Darul RidzuanTingkat 3 & 7, Bangunan Seri Perak,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30646 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
sama memulihara keseimbangan ekologi. Beliau percaya kaedah ini amat penting bagi memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan peluang dan hak generasi akan datang. Buku ini juga memberi gambaran yang lebih jelas tentang sesebuah landskap bandar yang praktikal dan kaya dengan biodiversiti.
Selain itu, penulis turut membincangkan mengenai cadangan pembangunan bercampur (mixed-use development) dalam rekabentuk sesebuah bandar yang dikelompokkan di dalam pusat kejiranan dan pusat wilayah untuk menggalakkan penduduk setempat berjalan kaki, berbasikal, dan menggunakan kemudahan transit bagi mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan bermotor ke arah membentuk persekitaran yang bebas kereta. Susun atur
kemudahan dan perkhidmatan awam di dalam kejiranan hijau pula perlulah berada dalam jarak pejalan kaki. Contohnya, kawasan perumahan dengan tempat kerja adalah berhampiran dan mempunyai tahap aksesibiliti yang tinggi untuk dihubungi melalui berjalan kaki, berbasikal atau kenderaan awam.
Secara ringkasnya buku ini mampu menarik minat pembaca, khususnya pelajar yang sedang mengikuti jurusan perancangan bandar dan juga pentadbir-pentadbir bandar yang ingin menambah ilmu di dalam bidang ini. Penggunaan teks yang mudah serta diselitkan dengan pelbagai contoh dan ilustrasi membantu pembaca melihat sesebuah bandar dari perspektif yang berbeza.