jual beli

6
January 30, 2012 [MUAMALAT JUAL BELI(DARI SEGI MASALAH)] JUAL-BELI Jual beli :Pertukaran harta dengan harta Harta :Barang yang berharga/ bernilai dan diingini dan di sukai oleh orang ramai contohnya: emas/ tanah/ binatang ternakan Jual beli ini tentu ia ada akad jual beli, akad ini terbahagi kepada 2: 1. Jual beli yang sah akadnya 2. Jual beli yang tidak sah akadnya(fasid) Apakah yang dikatakan akad yang sah jual beli? ada ijap Kabul, ada barang nya..ia memenuhi rukun dan syarat jual beli Apa erti rukun? Sesuatu yang mesti ada pada sesuatu perkara(asas) mesti wujud dengan suatu amalan atau perbuatan.

Upload: ezzally

Post on 28-May-2015

557 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: jual beli

January 30, 2012 [ ]

JUAL-BELI

Jual beli :Pertukaran harta dengan harta

Harta :Barang yang berharga/ bernilai dan diingini dan di sukai oleh orang ramai

contohnya: emas/ tanah/ binatang ternakan

Jual beli ini tentu ia ada akad jual beli, akad ini terbahagi kepada 2:

1. Jual beli yang sah akadnya

2. Jual beli yang tidak sah akadnya(fasid)

Apakah yang dikatakan akad yang sah jual beli?

ada ijap Kabul, ada barang nya..ia memenuhi rukun dan syarat jual beli

Apa erti rukun?

Sesuatu yang mesti ada pada sesuatu perkara(asas) mesti wujud dengan suatu

amalan atau perbuatan.

Apa syarat?

Ialah suatu sifat yang menentukan sah atau tidaknya sesuatu

Sudah tentu suatu barang itu ia akan menjadi milik kepada pembeli dan penjual

memiliki harta.

Rukun jual beli ada berapa? Ada 5:

1. Penjual

2. Pembeli

3. Barang

Page 2: jual beli

January 30, 2012 [ ]

4. Harga

5. Ijab Kabul

Macam mana kalau kita membeli barang melalui internet?dimana terletaknya

sighah?

Syarat bagi penjual dan pembeli:

syaratnya hukum jual beli adalah halal dalam islam selagi ia sempurna rukun dan

tiap rukun sempurna syaratnya.

Syarat bagi penjual dan pembeli ada 2 syarat:

1. boleh di pertanggungjawabkan(sempurna akalnya, baligh, cukup umur, …)

2. mestilah ia bukan di paksa

syarat bagi barang yang hendak dijual:

1. barang yang dijual mestilah hak sendiri

2. mempunyai nilai/ harga

3. penjual berkuasa memberikan barang tersebut kepada pembeli

4. barang yang dijual mestilah diketahui(jelas) oleh pembeli

5. barang hendaklah halal dan suci

syarat bagi harta:

1. hendaklah disebutkan harganya

2. hendaklah wang yang boleh diterima(diguna pakai pada tempat tersebut)

3. boleh dijual barang dengan harga yang di tangguh

syarat bagi sighah:

1. samaada dengan lafaz

2. atau dengan persetujuan

Page 3: jual beli

January 30, 2012 [ ]

perlukan akad jual beli ini ada didalam suatu majlis?

tidak perlu..

Dalil2 mengenai jual beli:

surah baqarah ayat: 16

16. mereka itulah orang-orang Yang membeli kesesatan Dengan

meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka

dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.

surah at-taubah ayat: 111

111. Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman

akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa

mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan

Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh.

Page 4: jual beli

January 30, 2012 [ ]

(balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang

ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-

Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada

Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-

belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah

kemenangan Yang besar.

surah jumaat ayat: 10

10. kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di

muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa

Yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah

banyak-banyak (dalam Segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia

dan di Akhirat).