judul : pembangunan dan penggunaan modul … filekasih di atas segala pengorbanan dan dorongan yang...
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦♦♦♦
JUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN MODUL STATISTIK
BERASASKAN ANALISIS NOTASI YANG MELIBATKAN
KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF
SESI PENGAJIAN : 2010 / 2011
Saya _______________ NGOO CHOON SERN________________________
(HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi
Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( 4 )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan
Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________________________ ____________________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
11, JLN BISTARI 16, PROF. DR. ISMAIL BIN KAILANI
BANDAR BARU KANGKAR PULAI, Nama Penyelia
81110 KANGKAR PULAI,
JOHOR BAHRU, JOHOR.
Tarikh: 16 NOVEMBER 2010 Tarikh: 16 NOVEMBER 2010
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini
perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Pendidikan Matematik”
Tandatangan : ………………………………………
Nama Penyelia : Prof. Dr. Ismail Bin Kailani
Tarikh : 16 November 2010
i
Pembangunan Dan Penggunaan Modul Statistik Berasaskan Analisis Notasi
Yang Melibatkan Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif
NGOO CHOON SERN
Laporan disertasi ini dikemukakan
Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan ( Pendidikan Matematik )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER 2010
ii
Saya akui karya ini yang bertajuk “Pembangunan Modul Statistik Berasaskan
Analisis Notasi Yang Melibatkan Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif”
adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya
telah saya perjelaskan sumbernya.
Tandatangan :…………………….......
Nama Penulis : NGOO CHOON SERN
Tarikh : NOVEMBER 2010
iii
DEDIKASI
Khas buat isteri tercinta, Pn. Teh Swee Lan; anak, Vivian Ngoo Jian Ying. Terima
kasih di atas segala pengorbanan dan dorongan yang diberikan.
Buat keluarga yang disayangi terutama ayah yang tidak jemu-jemu mendoakan
kejayaan ini, terima kasih di atas segala-galanya.
Untuk kakak-kakak dan abang-abang yang dikasihi, terima kasih di atas sokongan
dan dorongan kalian.
iv
PENGHARGAAN
Sesungguhnya saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izinnya
laporan kajian ini berjaya disempurnakan.
Setinggi-tinggi penghargaan ingin saya tujukan kepada Penyelia saya, Prof.
Dr. Ismail bin Kailani di atas segala tunjuk ajar,bimbingan, nasihat, ilmu
pengetahuan serta dengan dorongan berterusan sepanjang saya menyempurnakan
disertasi ini.
Tidak ketinggalan ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada semua
pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan yang telah memberi bimbingan dan banyak
membantu sepanjang pengajian saya di UTM ini.
Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung atas bantuan dan kerjasama yang telah diberikan di
sepanjang kajian ini dijalankan.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul Statistik yang berasaskan
analisis notasi dalam permainan badminton yang melibatkan kemahiran berfikir kritis
dan kreatif (KBKK) oleh pelajar tingkatan 2 yang menggunakan modul tersebut.
Pembangunan modul ini adalah berpandukan kepada rekabentuk pengajaran Model
ADDIE iaitu fasa analisis, fasa rekabentuk, fasa pembangunan, fasa perlaksanaan
dan fasa penilaian. Dalam fasa pembangunan, sebuah modul pembelajaran Statistik
tingkatan dua yang berasaskan analisis notasi dalam permainan badminton dibina. Isi
kandungannya adalah berdasarkan kepada aras-aras hasil pembelajaran yang
ditetapkan dalam huraian sukatan pelajaran matematik KBSM tingkatan dua. Dalam
fasa pelaksanaan, modul tersebut kemudiannya digunakan oleh 33 orang pelajar
tingkatan dua yang terlibat dalam kajian ini. Hasil kerja modul dianalisis untuk
mengenalpasti tahap pencapaian pelajar dalam Statistik. Selain itu, hasil kerja pelajar
juga dianalisis untuk mengenalpasti jenis-jenis kemahiran berfikir kritis dan kreatif
(KBKK) yang telah digunakan. Petunjuk KBKK yang dicadangkan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum dirujuk bagi tujuan pengenalpastian KBKK. Hasil dapatan
menunjukkan penggunaan modul pembelajaran ini mampu membantu penguasaan
pelajar dalam Statistik. Di samping itu, hasil dapatan juga menunjukkan pelbagai
jenis KBKK telah digunakan oleh pelajar semasa mereka menyelesaikan masalah
dalam aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam modul.
vi
ABSTRACT
The aim of this research is to develop the Statistics Module based on the
Notation Analysis in badminton game involving critical and creative thinking skills
by Form 2 students who used the above module. This module was based on the
Model ADDIE instructional design; consisting of the analysis phase, design phase,
development phase, implementation phase and evaluation phase. In development
phase, a learning module Statistics was developed based on notational analysis in
badminton. The content was developed based on the levels as specified in the
Curriculum Specifications for Secondary Schools Mathematics Form 2. In
implementation phase, the developed module was then used on 33 Form Two
students involved in this research. The completed students’ work was analyzed to
determine the levels of understanding and mastering for the topic. Besides, the
students’ work was analyzed to determine the types of critical and creative thinking
skills used by the students. The critical and creative thinking indicators as suggested
by the Curriculum Development Center were referred. The findings showed that this
module is able to improve the mastering of Statistic. In addition, the findings also
showed that the students were able to apply various types of critical and creative
thinking skills while doing the activities in the module.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.2.1 Aktiviti Dalam Pembelajaran Statistik 4
1.2.2 Pembelajaran Matematik dan Statistik
Berdasarkan Data Sukan 6
1.2.3 Analisis Notasi Dalam Pembelajaran Matematik 8
1.3 Pernyataan Masalah 10
1.4 Objektif Kajian 11
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Kerangka Teori Kajian 12
viii
1.7 Kepentingan Kajian 14
1.7.1 Bidang Matematik 14
1.7.2 Guru 14
1.7.3 Pelajar 15
1.8 Skop Dan Batasan Kajian 15
1.9 Definisi Istilah 16
1.10 Penutup 19
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan 20
2.2 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 20
2.3 Model Pembangunan Modul 24
2.4 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif 26
2.5 Media Video Dalam Pendidikan 29
2.6 Hubungan Antara Matematik Dan Sukan 30
2.7 Kemahiran Asas Dalam Permainan Perseorangan
Badminton 33
2.8 Analisis Notasi Dari Perspektif Matematik 40
2.9 Analisis Notasi Dalam Permainan Badminton 41
2.10 Penutup 45
3 METODOLOGI
3.1 Pendahuluan 46
3.2 Rekabentuk Kajian 46
3.3 Sampel Kajian 51
3.4 Instrumen Kajian 52
3.4.1 Modul Pembelajaran Topik Statistik 52
3.4.2 Kesahan Modul Pembelajaran Topik Statistik 52
3.4.3 Fail Sampel Perlawanan Video 53
3.5 Kajian Rintis 53
3.6 Prosedur Kajian 54
ix
3.7 Analisis Data 57
3.7.1 Analisis Tahap Penguasaan Hasil Pembelajaran 57
3.7.2 Analisis Tahap Penguasaan KBKK 58
3.8 Penutup 59
4 PEMBANGUNAN MODUL
4.1 Pendahuluan 60
4.2 Modul Pembelajaran Topik Statistik 60
4.3 Modul Pembelajaran Statistik Berlandaskan
Hasil Pembelajaran 62
4.4 Kesahan Modul Pembelajaran Statistik 77
4.5 Penutup 78
5 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN
5.1 Pendahuluan 79
5.2 Analisis Penguasaan Hasil Pembelajaran Topik Statistik 79
5.3 Analisis Penggunaan KBKK Dalam Modul
Pembelajaran Statistik 81
5.4 Analisis Jenis-jenis KBKK Yang
Dikenalpasti Dalam Modul 97
5.5 Analisis Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir
Kritis Mengikut Item 99
5.6 Analisis Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir
Kreatif Mengikut Item 103
5.7 Analisis Penguasaan Keseluruhan KBKK Dalam Modul 108
5.8 Penutup 109
x
6 KESIMPULAN DAN CADANGAN
6.1 Pendahuluan 110
6.2 Perbincangan 110
6.2.1 Modul Pembelajaran Dalam Membantu
Menguasai Hasil Pembelajaran Statistik 111
6.2.2 Modul Pembelajaran Dalam Mempelbagaikan
Penggunaan KBKK 114
6.3 Kesimpulan Kajian 117
6.4 Implikasi Kajian 118
6.5 Cadangan Kajian Lanjutan 119
6.6 Penutup 121
RUJUKAN 122
LAMPIRAN A - G 129-156
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Jangka masa kajian 51
3.2 Pelaksanaan Modul Pembelajaran Statistik 54
3.3 Tahap pencapaian prestasi akademik pelajar 57
3.4 Julat markat bagi penentuan tahap
penguasaan KBKK 58
4.1 Subtopik-subtopik di dalam Modul
Pembelajaran Statistik 61
4.2 Penerangan hasil pembelajaran dalam aktiviti 1 62
4.3 Penerangan hasil pembelajaran dalam aktiviti 2 65
4.4 Penerangan hasil pembelajaran dalam aktiviti 3 68
4.5 Penerangan hasil pembelajaran dalam aktiviti 4 70
4.6 Penerangan hasil pembelajaran dalam aktiviti 5 74
xii
4.7 Peratus pendapat guru terhadap modul
yang dibangunkan 77
4.8 Ulasan-ulasan guru terhadap modul
yang dibangunkan 78
5.1 Tahap pencapaian pelajar dalam topik Statistik 80
5.2 Penerangan penggunaan KBKK dalam aktiviti 1 82
5.3 Penerangan penggunaan KBKK dalam aktiviti 2 86
5.4 Penerangan penggunaan KBKK dalam aktiviti 3 89
5.5 Penerangan penggunaan KBKK dalam aktiviti 4 92
5.6 Penerangan penggunaan KBKK dalam aktiviti 5 95
5.7 Jenis-jenis Kemahiran Berfikir Kritis mengikut item 97
5.8 Jenis-jenis Kemahiran Berfikir Kreatif mengikut item 98
5.9 Tahap penguasaan kemahiran membanding
dan membeza 99
5.10 Tahap penguasaan kemahiran mengumpul
dan mengelas 100
5.11 Tahap penguasaan kemahiran membuat urutan 100
5.12 Tahap penguasaan kemahiran menyusun
mengikut keutamaan 101
xiii
5.13 Tahap penguasaan kemahiran mengesan
kecondongan 101
5.14 Tahap penguasaan kemahiran menilai 102
5.15 Tahap penguasaan kemahiran membuat
kesimpulan 102
5.16 Tahap penguasaan kemahiran menjana idea 103
5.17 Tahap penguasaan kemahiran membuat inferens 104
5.18 Tahap penguasaan kemahiran menghubung kaitkan 104
5.19 Tahap penguasaan kemahiran meramal 105
5.20 Tahap penguasaan kemahiran mensintesis 105
5.21 Tahap penguasaan kemahiran menganalogi 106
5.22 Tahap penguasaan kemahiran membuat
gambaran mentah 107
5.23 Tahap penguasaan kemahiran mereka cipta 107
5.24 Tahap penguasaan pelajar untuk setiap
kemahiran berfikir 108
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka teori kajian 13
2.1 Implikasi daripada pengertian Konstruktivisme 23
2.2 Aliran kerja berdasarkan model ADDIE 25
2.3 Model kemahiran berfikir 28
2.4 Corak pergerakan bulu tangkis mengikut servi
pendek (a) dan servis tinggi (b) 35
2.5 Corak pergerakan bulu tangkis mengikut pukulan
Clear pertahanan (ai), pukulan Clear serangan (aii),
Smesy (b) dan pukulan Junam (c) 36
2.6 Corak pergerakan bulu tangkis mengikut pukulan
Push (a), pukulan Dab (b) dan pukulan Net (c) 37
2.7 Corak pergerakan bulu tangkis mengikut pukulan
Deras (a) dan pukulan Block (b) 38
2.8 Corak pergerakan bulu tangkis mengikut pukulan
Lob (a) dan pukulan Junam bawah pinggang (b) 39
xv
3.1 Rangka kerja pembinaan modul 47
3.2 Carta alir perjalanan kajian 50
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Kelulusan Menjalankan Kajian 129
B Pengesahan Instrumen Kajian 132
C Petunjuk Kemahiran Kritis 135
D Petunjuk Kemahiran Kreatif 139
E Analisis Penggunaan KBKK Mengikut Item
Dalam Modul 143
F Skema Jawapan Modul Pembelajaran Statistik 149
G Modul Pembelajaran Statistik 156
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Berdasarkan sejarah perkembangan pendidikan matematik di Malaysia,
kandungan kurikulum matematik telah beberapa kali mengalami perubahan.
Perubahan kurikulum tidak dapat dielakkan dan sebenarnya perlu berlaku, kerana
melalui perubahan kita boleh berkembang. Kemampuan kita untuk memberi reaksi
yang sesuai dengan perubahan yang berlaku selalu menjadi asas untuk maju dan
berkembang. Menurut Ahmad Zanzali (1996) kurikulum matematik seharusnya
membantu melahirkan seorang insan syumul yang menganggap bahawa pendidikan
adalah satu proses yang berterusan, bertanggungjawab kepada masyarakat dan
keluarga. Selain dari itu, kurikulum matematik juga harus menghasilkan pelajar yang
berkemampuan untuk meneroka ilmu, membuat adaptasi, modifikasi dan inovasi
dalam menghadapi atau menangani perubahan cabaran masa depan (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1991). (Nik Aziz Nik Pa, 1992; Nor Azlan Ahmad Zanzali,
1996)
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam matematik adalah berbeza dengan
mata pelajaran lain. Di samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran
dan kreativiti yang tinggi, ianya juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan
tepat dan menyeluruh (Nik Azis, 1992). Yakni, kurikulum matematik dalam KBSM
2
yang digubal bukan sahaja membekalkan pendidikan matematik yang umum,
menyeronok dan mencabar bagi semua pelajar, tetapi memberi fokus kepada
keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran,
penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan masalah,
serta cara pemikiran logik, kritis dan bersistem (Kementerian Pendidikan Malaysia,
1988).
(Hanapi Misman, 2008; Ibrahim Md. Noh, 1995)
Kurikulum matematik dalam KBSM memberi tumpuan kepada penyelesaian
masalah dan pemikiran kritis. Para guru dikehendaki membimbing pelajar membina
konsep sendiri (Konstruktivisme) dalam minda dengan bantuan bahan-bahan
manipulatif. Bahan-bahan dalam pelajaran konstruktivis adalah unsur-unsur untuk
dilakukan tindakan, bukannya bahan paparan maklumat. Bukan untuk mengira, tetapi
untuk membina pengetahuan dan kemahiran (Ibrahim, 1995). Dalam sistem
pendidikan matematik di Malaysia misalnya, persoalan utama yang dihadapi oleh
seseorang tenaga pengajar ialah sering kali berhadapan dengan masalah dimana
pelajar mengalami kesukaran untuk memahami sesuatu konsep dalam matematik dan
mengaplikasikannya dalam soalan berbentuk penyelesaian masalah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (Hanapi, 2008). Keadaan sedemikian bukan sahaja
berlaku dalam P&P topik seperti Kebarangkalian atau Set malahan topik Statistik
juga tidak berkecuali.
Menurut laporan prestasi Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2001
pencapaian pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan tepat khusus untuk topik
Statistik bagi kertas satu adalah dalam lingkungan 46.1 peratus manakala untuk
kertas 2 adalah dalam lingkungan 48.5 peratus (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2001). Dalam laporan prestasi PMR 2003 juga menunjukkan bahawa prestasi
keseluruhannya ramai calon tidak memahami kehendak beberapa soalan terutama
dalam soalan statistik dan kerap memberi jawapan yang tidak begitu tepat
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003). Dalam pada itu, Kupasan Mutu Jawapan
PMR 2007 turut menunjukkan bahawa masih terdapat ramai pelajar yang mengalami
kesukaran untuk menyelesaikan soalan untuk topik Statistik seperti tidak dapat
3
mengira nilai daripada jadual kekerapan yang diberikan atau tidak mampu melukis
graf palang dengan tepat (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2007).
Menyedari hakikat ini, cadangan penggunaan teknologi yang bersesuaian dan
berkesan dijangkakan dapat membantu meningkatkan pencapaian dan penguasaan
hasil pembelajaran yang dikehendaki dalam Statistik. Keberkesanan teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik bergantung kepada cara penggunaannya
untuk membantu pelajar memahami konsep-konsep matematik secara mendalam,
bermakna dan tepat serta membolehkan pelajar meneroka idea-idea matematik
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991). Khususnya, media video perlu
dimanfaatkan sepenuhnya dan digunakan sebagai alat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi topik yang berkenaan. Penggunaan video dalam pendidikan yang
paling awal telah dibincangkan oleh Moore (1993) dimana rumusan kelebihan
pengunaan video dalam pengajaran Statistik banyak dibincangkan dalam artikalnya.
(Moore, 1993)
Dalam pada itu, Deluca (1991) turut menyatakan bahawa media video
merupakan alat bantu mengajar alternatif yang penting dan bersesuaian untuk semua
peringkat umur pelajar dalam kebanyakkan masa malahan mereka dapat memahami
paparan dan suara sesuatu program video ditayangkan kerana mereka sudah biasa
dan selesa dengan medium tersebut sejak kecil lagi. Wood dan Petocz (1999) pula
menyatakan bahawa media video berupaya untuk memotivasi pembelajaran,
bertindak sebagai rol model dan memupuk sikap positif pelajar terhadap subjek
matematik. Kajian oleh Petocz (1998) juga menyatakan bahawa para pelajar dan
guru bersetuju bahawa penggunaan contoh sebenar kehidupan harian daripada video
dapat merangsang minat pelajar untuk mempelajari idea-idea statistik dan
meningkatkan sikap positif mereka terhadap subjek berkenaan. (Deluca, 1991)
(Petocz, 1998; Wood & Petocz, 1999)
4
1.2 Latar Belakang Masalah
1.2.1 Aktiviti Dalam Pembelajaran Statistik
Perkataan Statistik asalnya daripada perkataan Itali statista yang bermaksud
“orang berpangkat” (Levin & Rubin, 2000). Statistik merupakan satu bidang
pengajian yang melibatkan proses mengumpul, memerihal dan menganalisis
maklumat yang boleh membantu kita dalam membuat keputusan (Tan & Halimah
Awang, 1994). Dalam Statistik, data adalah pengumpulan sebarang jumlah cerapan
yang berkait. Punca sumber data boleh datang daripada cerapan yang sebenar atau
dari rekod-rekod yang disimpan untuk tujuan biasa. Maklumat yang belum disusun
dan dianalisis disebut data mentah. Ia adalah “mentah” kerana ia belum diproses
melalui kaedah-kaedah statistik. Apabila data disusun dalam bentuk yang padat dan
mudah digunakan, pembuat keputusan boleh memperolehi maklumat-maklumat yang
boleh dipercayai daripada persekitaran dan menggunakannya untuk membuat
keputusan-keputusan bijak.
Hari ini, komputer membolehkan ahli-ahli statistik mengumpul cerapan yang
amat banyak dan segera disembahkan dalam bentuk jadual, graf dan nombor.
Kesemua ini adalah dalam bentuk yang padat dan mudah digunakan. Boleh
dikatakan statistik digunakan dalam semua lapangan hidup kita (Chang & Halimah,
1994). Namun begitu, istilah statistik memberi makna yang berbeza kepada setiap
kumpulan orang. Kepada peminat bola sepak, statistik adalah aksi berebut,
menghantar bola dan memperolehi mata; kepada jurulatih, statistik adalah
kemungkinan pasukannya melakukan hantaran pendek di tengah padang. Kepada
pengurus stesen janakuasa, statistik adalah aras pencemaran yang dikeluarkan ke
dalam atmosfera dan sebagainya. Setiap daripada mereka di atas menggunakan
statistik dengan tepat, meskipun setiap cara penggunaannya berbeza (Levin & Rubin,
2000).
5
Sebagai contoh, permainan ragbi pusingan terakhir sedang berlangsung dan
pasukan Giant ketinggalan sebanyak 4 mata; bola berada di tangan mereka pada
garisan 20-ela pasukan Charger. Penyelaras benteng pertahanan pasukan Charger
meminta masa rehat dan menuju ke garisan tepi untuk berbincang dengan jurulatih.
Jurulatih mengetahui bahawa oleh kerana jaringan gol padang tidak akan
menamatkan permainan dengan keputusan seri, pasukan Giant akan sama ada
melakukan penghantaran bola antara sesama mereka atau akan cuba membuat larian
terus ke garisan penamat.
Berdasarkan rujukan komputer, pembantu statistiknya menyatakan bahawa
dalam 50 situasi yang serupa sebelum ini, pasukan Giant telah melakukan
penghantaran bola sebanyak 35 kali dan dua per tiga (2/3) daripada penghantaran
tersebut merupakan hantaran pendek, betul-betul di tengah padang. Jurulatih Charger
mengarahkan penyelaras pertahanannya untuk menjangkakan hantaran pendek,
betul-betul di tengah padang. Bola direbut, pemain apit kanan pasukan Giant
melakukan apa yang dijangkakan dan pasukan Charger berusaha dengan gigih untuk
menghalang penghantaran bola tersebut. Dalam hal ini, statistik telah memberikan
cadangan pertahanan yang betul (Levin & Rubin, 2000). Oleh itu, adalah penting
untuk setiap orang, tanpa mengira pekerjaan masing-masing mahupun pelajar,
memahami ilmu statistik, iaitu cara data dikumpul dan ditafsirkan.
1.2.2 Pembelajaran Matematik dan Statistik Berdasarkan Data Sukan
Secara umumnya, masih ramai orang yang bertanggapan bahawa matematik
dan sukan merupakan bidang yang jauh berbeza ataupun tidak mempunyai sebarang
perkaitan di antara satu sama lain. Kesilapan tanggapan ini menjadi lebih ketara di
kalangan remaja sekolah kerana kurangnya pendedahan dan faktor pihak sekolah
yang menitikberatkan pembelajaran matematik dan sains tetapi mengabaikan
pendidikan fizikal (Sadovskil & Sadovskil, 1993). Sebaliknya, seorang ahli
matematik yang terkenal, iaitu Emanuel Lasker dan juga merupakan pemain catur
6
(chess) handalan atau pemain nombor satu dunia telah membuktikan perkaitan
pengetahuan matematik yang dimilikinya untuk menguasai permainan catur selama
27 tahun (Sadovskil & Sadovskil, 1993).
Dalam pada itu, buku yang bertajuk “Mathematics and Sports” dan
“Mathematics and Science for Exercise and Sport : The Basics” juga menjelaskan
bahawa matematik dan sukan mempunyai perkaitan yang sangat rapat, terutamanya
penggunaan statistik dan aplikasi prinsip kebarangkalian dalam memahami tentang
sukan dan membantu dalam meningkatkan prestasi sukan mahupun penggunaannya
dalam pengajaran idea-idea matematik dalam kelas (Sadovskil & Sadovskil, 1993;
Williams, James, & Wilson, 2008). Dalam jurnal yang bertajuk “ Uses and
Limitations of Mathematics In Sport” turut menjelaskan pendekatan matematik
seringkali digunakan dalam membantu menentukan objektif sesuatu sukan melalui
kaedah mengenalpasti fungsi bahagian-bahagian tertentu dalam sukan yang
berpotensi untuk diperbaiki atau dipertingkatkan demi mendapatkan hasil yang lebih
baik (Haigh, 2008).
Dalam kurikulum matematik, peluang untuk membuat kaitan perlu
diwujudkan supaya pelajar dapat mengaitkan pengetahuan konseptual dan prosedural,
serta dapat mengaitkan topik-topik dalam matematik khususnya dan bidang lain
secara amnya seperti bidang sukan. Apabila idea matematik ini dikaitkan dengan
bidang sukan, pelajar dijangkakan lebih menyedari kegunaan matematik. Secara
amnya mengaplikasikan penggunaan contoh sukan dalam P&P matematik bukan
sahaja dapat meningkatkan minat pelajar terhadap matematik malahan mampu
membantu mereka lebih memahami konsep-konsep dalam matematik
memandangkan ramai pelajar pada masa kini yang begitu berminat dengan sukan
(Shi, 2003).
7
Menurut Noubary (2009) penggunaan contoh sukan dalam pengajaran kelas
statistiknya memberi peluang yang memberangsangkan untuk menarik perhatian
pelajar dan mereka berasa lebih seronok untuk menghabiskan masa berjam-jam
dalam menganalisis data daripada sukan kegemaran mereka tanpa berasa jemu.
Beliau telah menyenaraikan sebab-sebab sukan dipilih sebagai alat yang praktikal
dalam pengajarannya, antara termasuklah :
• Kepelbagaian dalam bidang sukan. Contohnya, sukan individu, sukan
berpasukan, sukan kombat, sukan skor dan sebagainya.
• Sukan dimainkan tanpa mengira jantina, bangsa, tahap kecergasan fizikal
mahupun taraf ekonomi yang berbeza.
• Sukan merupakan sebahagian daripada kehidupan harian terutamanya bagi
golongan muda.
• Secara biasanya, kebanyakkan pelajar seronok dengan sukan dan
menunjukkan minat yang mendalam apabila pembelajaran matematik
dikaitkan dengan bidang sukan.
Dalam pada itu, terdapat beberapa kajian lain yang turut menunjukkan bahawa
penggunaan data statistik sukan yang bersesuaian dapat memotivasikan pelajar dan
mereka lebih berminat untuk mempelajari subjek statistik. Maklum balas daripada
kelas menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar berseronok dengan penggunaan
contoh sukan untuk mempelajari konsep yang abstrak dengan menggunakan
pendekatan yang lebih dikenali oleh mereka (Kvam & Sokol, 2004; Lock, 2006;
Reiter, 2006). Jadi boleh dikatakan bahawa aplikasi penggunaan contoh sukan dalam
pembelajaran matematik merupakan senapang dua mata yang berupaya memberi
peluang kepada pelajar untuk menggunakan ilmu matematik secara kontektual dalam
bidang ilmu sukan dan mempelajari kedua-dua ilmu secara serentak.
8
1.2.3 Analisis Notasi Dalam Pembelajaran Matematik
Analisis notasi dalam sukan yang paling awal dibangunkan oleh Fullerton
pada tahun 1912 dan digunakan untuk mentukan kebarangkalian seseorang pemain
baseball dalam melakukan aksi batting, pitching dan fielding. Akan tetapi, sistem
notasi buat pertama kalinya dicipta khas untuk analisis sukan adalah dihasilkan oleh
Messersmith dan Bucher (1939) dalam usaha menotasi jarak liputan bagi pemain
tertentu dalam perlawanan bola keranjang. Pada tahun 1973, Sistem analisis notasi
secara manual (hand analysis system) buat pertama kalinya digunakan oleh Downey
ke atas permainan raket tenis di Britain. Skuasy dan bola sepak merupakaan antara
sukan yang paling awal digunakan untuk dianalisis secara notasi dengan bantuan
sistem komputer di Britain (Hughes, Hughes, & Behan, 2007).
Dari perspektif matematik, sistem analisis notasi mempunyai hubungkait
yang sangat rapat dengan prinsip-prinsip matematik, iaitu statistik dan
kebarangkalian. Pengiraan statistik (mathematical statistics) menjadi prinsip utama
dalam analisis notasi dimana pelbagai tingkah laku (pembolehubah) dalam sesuatu
sukan diteliti dan dicatat dalam bentuk taburan kekerapan sebelum analisis data
dilakukan. Contohnya, bilangan pukulan dalam sesuatu rali permainan, taburan jenis
pukulan mengikut lokasi gelanggang, jenis pukulan yang mempunyai kekerapan
yang tertinggi, taburan jenis pukulan untuk mematikan rali permainan mahupun
taburan jenis pukulan yang menyebabkan kesilapan dan kekalahan rali dalam sesuatu
permainan sukan (Hughes & Bartkett, 2004).
Menurut Hughes (2004) peranan seorang penganalisis notasi dikatakan
menyerupai seorang ahli matematik. Ini kerana proses analisis notasi memerlukan
sejumlah kemahiran matematik yang sangat penting dalam usaha mengutip data,
memproses data dan menganalisis data yang dikutip. Misalnya, pensyarah Matematik
Noubary (2009) telah menggunakan kutipan statistik hasil analisis notasi dalam
lontaran percuma bagi permainan bola keranjang dan permainan tenis sebagai alat
pedagogi dalam pengajaran kelas statistiknya.
9
Secara amnya, isi kandungan dan aktiviti pembelajaran dalam Statistik
sekolah menengah bermula dengan contoh-contoh sumber data yang sedia ada dan
biasanya tugas pelajar adalah melakukan tindakan ke atas data yang sedia ada seperti
membentuk jadual kekerapan dan seterusnya melukiskan graf yang dikehendaki
tanpa memahami makna atau ciri-ciri disebalik data yang telah dikumpulkan.
Berdasarkan objektif tertentu yang terkandung dalam kurikulum KBSM, satu inisiatif
perlu dilakukan dimana pelajar sendiri seharusnya melakukan proses memungut data
dan mengendalikan data agar dapat membolehkan mereka melihat dengan segera
sebahagian ciri-ciri data yang telah dikumpulkan. Dengan kata lain, komunikasi
dalam matematik melalui proses visualisasi dikatakan telah berlaku dimana pelajar
membuat pemerhatian, menganalisis, mentafsir dan mensintesis maklumat ke atas
program video dan membuat perwakilan dalam bentuk jadual dan graf (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1991).
Dalam konteks ini, penggunaaan pendekatan sistem analisis notasi
dijangkakan dapat memikul tugas penting ini dimana peluang sentiasa terbuka
kepada pelajar untuk mendapatkan sumber data sebenar melalui pemerhatian atau
cerapan pada sesuatu bidang disiplin khususnya bidang sukan. Istilah “notasi” dalam
sukan merupakan prosedur yang digunakan untuk merekodkan pergerakan atau
perlakuan dalam bentuk penulisan atau elektronik dengan menggunakan simbol yang
dipersetujui. Justeru analisis notasi merupakan prosedur pengumpulan data yang
sistematik dan analisis maklumat yang terperinci terhadap prestasi dalam sesuatu
bidang sukan (Hughes & Franks, 2004). Yakni sistem berkenaan mempunyai potensi
yang tinggi dalam membantu pembelajaran Statistik malahan mampu
memperluaskan penggunaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK) di
kalangan pelajar.
10
1.3 Pernyataan Masalah
Penggunaan data statistik sukan dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik telah mendapat perhatian di kalangan pendidik dan terdapat banyak
laporan mengenainya dalam literasi. Sebagai contoh, analisis data statistik dalam
permainan tenis dan lontaran percuma dalam permainan bola keranjang telah
digunakan dalam aktiviti pembelajaran statistik di sekolah (Noubary, 2009). Dalam
sesuatu pertandingan, statistik mengenai pemain merupakan maklumat yang
dipaparkan dan diberi perhatian oleh pelbagai pihak yang berkepentingan. Misalnya
jurulatih akan menggunakan hasil analisis statistik untuk membantu pemain
memperbaiki corak permainan dan seterusnya meningkatkan prestasi pemain (Levin
& Rubin, 2000).
Dalam pada itu, kajian-kajian lepas turut memberi saranan bahawa penggunaan
data statistik sukan dalam pembelajaran matematik khususnya Statistik berupaya
untuk membantu pelajar dalam proses pembinaan struktur kognitif bagi memahami
matematik malahan mampu memupuk minat dan motivasi mereka terhadap subjek
matematik (Kvam & Sokol, 2004; Lock, 2006; Reiter, 2006). Walaubagaimanapun,
terdapat beberapa masalah yang menjadi persoalan pokok yang mesti dikaji iaitu,
adakah modul pembelajaran yang dibina berasaskan analisis notasi dalam permainan
badminton dapat membantu pelajar dalam pembelajaran Statistik? Dan adakah modul
tersebut dapat memperlbagaikan penggunaan kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif (KBKK) di kalangan pelajar.