jurnal 1

1
Tidak boleh menguasai kemahiran asas dalam pembelajaran seperti membaca, menulis dan mengira adalah merupakan masalah yang sering berlaku di mana-mana sekolah terutamanya sekolah di pinggir bandar. Maka, kelas pemulihan diwujudkan bagi membantu murid-murid yang berdepan dengan masalah ini. Menurut Mook Soon Sang (2003) dalam penulisannya menyatakan: Mengikut kajian pakar-pakar pendidik, kanak-kanak pada keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuat kesimpulan dan kurang memahami tentang pelajaran yang abstrak. Oleh itu, ramai murid yang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran mereka. Bagi membantu murid-murid mengatasi masalah ini, program pemulihan merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan.Murid-murid ini sememangnya memerlukan perhatian dan bimbingan berterusan dari pihak guru. Sekiranya dibiarkan, mereka akan mencetus satu demi satu masalah bagi mendapatkan perhatian. Murid- murid dalam golongan ini biasanya tidak bermotivasi untuk belajar, tidak tahu cara belajar dan cara menyelesaikan masalah serta tidak berdisiplin ketika belajar. Mereka mudah terganggu dan mudah berputus asa. Murid-murid ini memerlukan banyak perhatian dan bimbingan guru samada secara kumpulan kecil atau individu . (Mook Soon Sang, 2003) Oleh demikian, langkah-langkah pencegahan masalah tingkahlaku serta penambahbaikan pada proses P&P perlu diambil utnuk mengatasi sekaligus membendung masalah ini daripada berulang pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

Upload: kiki-lala

Post on 07-Dec-2015

214 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

perkembangan murid

TRANSCRIPT

Page 1: jurnal 1

Tidak boleh menguasai kemahiran asas dalam pembelajaran seperti membaca,

menulis dan mengira adalah merupakan masalah yang sering berlaku di mana-mana

sekolah terutamanya sekolah di pinggir bandar. Maka, kelas pemulihan diwujudkan

bagi membantu murid-murid yang berdepan dengan masalah ini. Menurut Mook

Soon Sang (2003) dalam penulisannya menyatakan:

”Mengikut kajian pakar-pakar pendidik, kanak-kanak pada keseluruhannya

mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan

menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuat

kesimpulan dan kurang memahami tentang pelajaran yang abstrak. Oleh itu, ramai

murid yang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran mereka. Bagi

membantu murid-murid mengatasi masalah ini, program pemulihan merupakan satu-

satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan.”

Murid-murid ini sememangnya memerlukan perhatian dan bimbingan

berterusan dari pihak guru. Sekiranya dibiarkan, mereka akan mencetus satu demi

satu masalah bagi mendapatkan perhatian. ”Murid-murid dalam golongan ini

biasanya tidak bermotivasi untuk belajar, tidak tahu cara belajar dan cara

menyelesaikan masalah serta tidak berdisiplin ketika belajar. Mereka mudah

terganggu dan mudah berputus asa. Murid-murid ini memerlukan banyak perhatian

dan bimbingan guru samada secara kumpulan kecil atau individu”. (Mook Soon

Sang, 2003)

Oleh demikian, langkah-langkah pencegahan masalah tingkahlaku serta

penambahbaikan pada proses P&P perlu diambil utnuk mengatasi sekaligus

membendung masalah ini daripada berulang pada sesi pengajaran dan

pembelajaran yang seterusnya.