jurnal jawatankuasa gerakan membaca...
TRANSCRIPT
JURNAL JAWATANKUASA GERAKAN MEMBACA NEGERI PERLIS
Penggunaan
o Oleh Ramli Ismail
S ebut sahaja songkok, semua orang mengetahuinya.
Walaupun ianya kecil dan nngan, namun
peranannya cukup penting. Penggunaan songkok
sememangnya tidak aSlng lagi kepada masyarakat
Melayu di rantau ini, sarna ada di Malaysia, Indonesia,
Brunei Darulsalam, Singapura dan juga di selatan
Thailand.
Dari apa yang difahamkan pemakaian songkok sudah
lama diamalkan oleh masyarakat Melayu. Ada yang
mendakwa pemakaian songkok di rantau ini bermula
apabila ianya dibawa oleh pedagang-pedagang Islam
dari India. Ada juga yang menyatakan ia bermula
apabila Islam datang ke rantau ini.
Biar apapun yang diperkatakan, apa yang pasti, songkok
kini memainkan peranan penting dalam masyarakat
Melayu di Malaysia. Apa yang lebih membanggakan
apabila pemakaian songkok juga sudah dijadikan
keperluan protokol untuk seseorang menghadiri majlis
rasmi tertentu.
Songkok diperbuat daripada kertas yang disalut
dengan baldu. Kebanyakan songkok berwarna
hitam, walaupun terdapat juga sesetengah songkok
berwarna lain daripada hitam.
Bagi pengiktirafan protokol, setiap pemakai
dikehendaki memakai songkok berwarna hitam.
Contohnya mereka yang hendak menghadiri majlis
majlis rasmi di istana atau menghadiri perasmian
atau mesyuarat di Dewan Undangan Negeri,
semuanya mesti memakai songkok berwarna hitam.
Saiz setiap songkok adalah mengikut lilitan kepala
seseorang pemakai sementara ketinggiannya pula
terpulang kepada kehendak pemakainya sendiri .
... pemakaian songkok juga sudah dijadikan keperluan protokol untuk seseorang menghadiri majlis rasmi
tertentu ...
Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
JURNAL JAWATANKUASA GERAKAN MEMBACA NEGERI PERLIS
Sesetengah pemakai gemar memakai songkok
sederhana tinggi dan sesetengahnya pula
suka memakai songkok yang agak tinggi.
Kebanyakan songkok bersaiz tinggi dipakai
oleh pemakai-pemakai sebelum tahun enam
puluhan.
Sebab itulah jika dilihat kebanyakan songkok
yang dipakai oleh pejuang-pejuang
kemerdekaan dahulu tinggi sebagaimana
songkok yang dipakai oleh Almarhum
Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj, bapa
kemerdekaan negara.
Bagaimanapun akhir-akhir 1nl kebanyakan
pemakai songkok gemar memakai songkok
yang sederhana tinggi. Mereka boleh
memilih bentuk songkok yang hendak
dibeli di tempat-tempat penjualan songkok
yang banyak, atau paling sesuai membelinya
daripada tukang membuat songkok sendiri,
boleh membuat ukuran saiz dan bentuk
mengikut selera.
Pemakaian songkok selalunya dipasangkan
dengan baju Melayu lengkap bersampin.
Seseorang yang memakai pakaian kebangsaan
nampak janggal jika tidak memakai songkok.
Bagi umat Islam, mereka akan memakai
songkok jika hendak bersolat. Walaupun
ianya bukan sesuatu yang diwajibkan, tetapi
sudah tentu nampak lebih bersopan jika
bersembahyang dengan memakai songkok.
Sebab itulah, seringkali umat Islam membeli songkok baru
setiap kali tiba hari raya untuk dipakai semasa bersembahyang
sunat hari raya.
... Pemakaian songkok selalunya dipasangkan dengan baju
Melayu lengkap bersampin ...
Memandang kepada pemakaian songkok dimasukkan ke
dalam pemakaian protokol, tidak hairanlah jika ada di antara
mereka yang datang ke istana untuk menghadiri sesuatu
majlis rasmi tanpa memakai songkok, tidak dibenarkan masuk
ke dalam istana, kecuali selepas pulang mengambil songkok
dan memakainya.
Pemakaian songkok di kalangan masyarakat Melayu bermula
sejak peringkat kanak-kanak lagi. Bagi mereka yang dihantar
oleh ibu bapa untuk mengaji al-Quran kepada seseorang guru
Quran akan dibeli songkok baru untuk dipakai pada hari
pertama pengajian anak tersebut.
Sesetengah ibu bapa tidak mengisah sangat ten tang baju
dan kain pelekat untuk dipakai oleh anak-anak lelaki mereka
pada hari itu, asalkan bersih, walaupun lama, boleh dipakai,
tetapi lebih penting bagi mereka ialah menyediakan songkok
baru untuk anak mereka sebagai satu perangsang kepada
anak tersebut memulakan pengajian al-Quran mereka.
Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
JURNAL JAWATANKUASA GERAKAN MEMBACA NEGERl PERLlS
Semasa seseorang anak lelaki yang hendak
dikhatankan, juga dipakaikan pakaian Melayu baru
lengkap bersongkok. Sudah tentu anak-anak terse but
akan kelihatan lebih menarik dan bergaya sebelum
pakaian mereka ditanggalkan untuk dimandi dan
kemudian dikhatankan.
Apabila anak tersebut meningkat remaja dan teruna,
songkok juga tetap diperlukan. Di majlis akad nikah,
mereka perlu memakai songkok supaya kelihatan
lebih bersopan dan menarik.
Pemakaian songkok terus digunakan pada hari
perkahwinan. Bagi mereka yang tidak memakai
tengkolok, menggantikannya dengan memakai
songkok ketika pergi ke rumah pengantin
perempuan dan kemudian berada di atas pelamin .
... Para pemimpin pula akan nampak lebih anggun ketokohan kepimpinannya jika memakai songkok ...
Bagi menghiasi songkok terse but selalunya dilekatkan
kerongsang suasa atau kerongsang berwarna emas
berbentuk bintang, bunga dan seumpamanya supaya
kelihatan lebih menarik.
Penari-penari lelaki yang hendak menari tarian asli juga
seringkali memakai songkok bersama pakaian baju
Melayu mereka. Namun tidak semestinya songkok yang
dipakai oleh penari-penari atau para artis berwarna
hitam, sebaliknya ada yang memakai songkok
berwarna-warni. Para pemimpin pula akan nampak
lebih anggun ketokohan kepimpinannya jika memakai
songkok, walaupun bukan memakainya bersama baju
Melayu.
Sementara itu songkok juga dipakai dalam suasana
kesedihan atau kematian. Mereka yang hendak
menziarahi kematian adalah lebih bersopan jika
memakai songkok sama ada dengan pakaian berbaju
Melayu, berkain pelekat atau dengan pakaian seluar
berkemeja sahaja.
Pemakaian songkok Juga digunakan semasa berlaku
kemangkatan diraja. Sesetengah negeri mensyaratkan
rakyat memakai songkok berlilit kain putih selama
tujuh atau sepuluh hari sebagai menghormati
kemangkatan diraja tersebut.
Begitulah besarnya peranan songkok dalam masyarakat
Melayu di negara ini. Memang dirasakan wajar songkok
terus diberi peranan kerana ianya juga melambangkan
satu lagi identiti masyarakat Melayu dan kesopanan
seorang insan dari kalangan umat Islam.
Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis