jurnal penterjemahan
TRANSCRIPT
1
BEBERAPA MASALAH PENTERJEMAHAN GANTI NAMA BAHASA ARAB
KEPADA BAHASA MELAYU
Oleh Awang Mohamad Amin
PENDAHULUAN
PENTERJEMAHAN kalau dilihat secara “mudah” ialah perbuatan “mengalih bahasa”, misalnya
daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu atau sebaliknya; atau, daripada bahasa Arab
kepada bahasa Melayu atau sebaliknya. Semua bahasa yang ada di muka bumi ini
berkemungkinan dapat dialihbahasakan dengan syarat orang yang melakukannya berupaya
melaksanakannya, maksudnya orang itu hendaklah berkemahiran dalam bahasa sumber dan juga
bahasa sasaran. Bahasa sumber bermaksud bahasa asal dan bahasa sasaran pula ialah bahasa
yang mengungkapkan hasil terjemahan. Istilah bahasa asal yang semaksud dengan bahasa
sumber mungkin tidak begitu sesuai jika berlaku penterjemahan atas hasil terjemahan. Misalnya,
sebuah buku yang berjudul XYZ yang berupa hasil terjemahan dalam bahasa Inggeris, bermaksud
bahawa bahasa sasarannya ialah bahasa Inggeris sedangkan bahasa sumbernya ialah bahasa
Rusia. Jadi, dalam keadaan sedemikian itu, bahasa Rusia adalah bahasa sumber yang betul-betul
menyamai istilah “karya asal” sedangkan buku XYZ yang dalam bahasa Inggeris itu adalah
bahasa sasaran tetapi apabila dijadikan sumber untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu,
akan kelihatan seperti “bahasa sumber” juga. Perkara ini bukan merupakan masalah besar
sebaliknya sekadar penerangan mengenai penterjemahan sahaja.
Ada penterjemahan yang senang dan ada pula yang sukar; dan, yang sukar pula berbeza-
beza darjah kesukarannya. Dengan hal yang demikian itulah agaknya, kadar upah untuk para
penterjemah pun turut berbeza-beza hingga berkemungkinan bahawa tangga gaji para
penterjemah harus berbeza-beza juga mengikut jenis-jenisnya dengan mengambil darjah-darjah
kesukaran pekerjaan menterjemah. Misalnya, kalau seorang itu mahir dalam bahasa Melayu dan
mahir dalam bahasa Jawa juga, maka darjah kesukarannya juga tentu berbeza daripada seorang
yang mahir berbahasa Arab dan mahir pula berbahasa Melayu. Mungkin penterjemahan Jawa-
Melayu atau sebaliknya amat jauh bezanya dari segi darjah kesukaran, jika dibandingkan dengan
penterjemahan Arab-Melayu. Hal ini disebabkan bahasa Jawa dan bahasa Melayu datangnya
daripada bahasa serumpun walaupun dari segi sosiolinguistiknya masih ada perbezaan yang
2
ketara; tetapi, jarak perbezaannya tidaklah sejauh antara bahasa Arab dengan bahasa Melayu
yang datangnya daripada rumpun yang berlainan dan sudah tentu daripada sosiobudaya yang
juga berlainan. Hanya dalam konteks Malaysia misalnya, bahasa Arab itu agak “dekat” juga
dengan orang Melayu (Islam) yang pernah mempelajarinya di samping pernah pula mendalami
selok-belok bahasa sendiri. Dalam hal ini ada kemungkinannya darjah kesukaran
penterjemahannya itu dapat diturunkan, namun kesukaran tetap berlaku juga.
Oleh itu, penterjemahan tidaklah sekadar “mengalih bahasa” sahaja bahkan ada banyak
aspek lain yang terbabit seperti masalah-masalah sosiobudaya, sosiopolitik, dan falsafah bahasa.
Jika bahasa sumber itu menyampaikan bahan atau kandungan mengenai kepercayaan atau
“aqidah” seperti al-Quran, maka penterjemahan sahaja tidaklah memadai malah akan
menyangkut pula aspek-aspek lain yang termasuk dalan kegiatan pentafsiran.
Apa-apa yang telah dihuraikan di atas ada lah berupa pernyataan masalah secara am
sahaja sedangkan masalah-masalah khusus yang akan dimuatkan dalam tulisan ini seterusnya
adalah menganai beberapa contoh “kesukaran” menterjemah daripada bahasa Arab kepada
bahasa Melayu. Oleh sebab bahasa Arab adalah bahasa al-Quran, kitab suci bagi agama Islam,
dan agama Islam serta nilai-nilai murninya hendak dicubaterapkan ke dalam kehidupan
sosiobudaya dan sosiopolitik rakyat Malaysia. Dengan yang demikian sudah semestinya
sebarang hasil terjemahan daripada bahasa Arab kepada bahasa Melayu hendaklah mudah
difahami secara umum dan bukanlah bahasa Melayu ala Arab seperti yang terdapat dalam
sebahagian kitab-kitab mengenai agama, budaya, dan falsafah Islam, serta bahan-bahan lain yang
masih banyak digunakan di Malaysia, terutamanya di tempat-tempat pengajian Islam (pengajian
lanjutan) yang strategi, seperti di masjid-masjid dan juga di surau-surau di negara ini. Adakah
banyaknya jumlah wanita Melayu (beragama Islam) yang masih tidak menutup aurat sewaktu
berada di khalayak umum disebabkan perutusan daripada Allah tidak sampai dengan jelas
kepada mereka ada kena-mengenanya dengan perantaraan bahasa Melayu ala Arab yang sukar
difahami itu? Jawabnya, yang paling mudah diucapkan, ialah: “Wallahu-a’lam”! (Allah Yang
Maha Mengetahui).
MASALAH MENTERJEMAHKAN GANTI NAMA BAHASA ARAB KEPADA BAHASA
MELAYU
3
DALAM bahasa Arab terdapat empat belas ganti nama terpisah dan yang berdiri sebagai morfem
bebas atau kata yang tidak dicantumkan kepada kata lain dari segi penulisannya dalam ayat.
Ganti nama itu diistilahkan sebagai:
المنفصلة > <الضماءر
iaitu:
Ganti Nama bagi Orang ke-3 Lelaki
Dia/ia seorang lelaki (Inggeris: he/it) هو
Mereka dua orang lelaki (Inggeris: they) هما
Mereka orang lelaki (melebihi dua orang) (Inggeris: they) هم
Ganti Nama bagi Orang ke-3 Perempuan
Dia/ia seorang perempuan (Inggeris: she) هى
Mereka dua orang perempuan (Inggeris: they) هما
Mereka orang perempuan (melebihi dua orang) (Inggeris: they) هن
Ganti Nama bagi Orang ke-2 Lelaki
Kau/awak/anda (Inggeris: you) انت
Kamu/awak/anda dua orang (Inggeris: you) انتما
Kamu/awak/anda (melebihi dua orang) (Inggeris: you) انتم
Ganti Nama bagi Orang ke-2 Perempuan
Kamu/awak/anda (Inggeris: you) انت
Kamu/awak/anda dua orang (Inggeris: you) انتما
Kamu/awak/anda (melebihi dua orang) (Inggeris: you) انتن
4
Ganti Nama bagi Orang Pertama (Sama bagi lelaki dan perempuan)
Saya/aku seorang (Inggeris: I) انا
Kami/kita dua orang (Inggeris: we) نخن
Kami/kita (melebihi dua orang) (Inggeris: we) نحن
Yang mendatangkan masalah dalam penterjemahan Arab-Melayu, khususnya mengenai
ganti nama/kata ganti, adalah tentang banyaknya ganti nama Arab berbanding dengan jumlah
yang ada dalam bahasa Melayu (malah bilangan ganti nama dalam bahasa Inggeris tidaklah
sebanyak yang ada dalam bahasa Arab). Masalahnya mungkin dapat diperhatikan dalam contoh
–contoh terjemahan ayat –ayat Arab-Melayu seperti yang berikut:1
Arab: أمينا شرطيان هما
Melayu: Mereka dua orang polis yang jujur.
(Inggeris: The two of them are honest policemen).
Arab: النسيج مصنع فى عامالت هؤالء
Melayu: Mereka ini adalah pekerja wanita di kilang tenun.
(Inggeris: These are female workers in the spinning factory).
Arab: جميلتان وردتان هاتان
Melayu: Ini dua kuntum bunga ros yang cantik.
(Inggeris: These are two beautiful roses).
Tiga contoh di atas tidak banyak mempunyai masalah, dengan syarat penterjemah tahu
benar tentang selok-belok penggunaan ganti nama bahasa Melayu yang bilangannya amat kurang
berbanding dengan yang ada dalam bahasa Arab. Tetapi, bagaimana pula halnya dengan sebuah
contoh hasil terjemahan Arab-Melayu seperti yang pernah dipaparkan oleh Ali Audah (1993):
1 Dipetik daripada Syed Ali, 1990
dikira satu sahaja
5
“mereka dan teman-teman mereka menemui mereka di rumah mereka”
(teks Arabnya tidak dipaparkan).
Yang pastinya ialah contoh di atas adalah hasil terjemahan ganti nama bahasa Arab ke bahasa
Melayu yang dapat digolongkan ke dalam “bahasa Melayu ala Arab” seperti yang telah disentuh
dalam Pendahuluan makalah ini.
Selain ganti nama Arab jenis المنفصلة المتصلة terdapat juga jenis الضمائر , الضمائر
iaitu yang dalam penulisan, masing-masing ganti namaitu dicntumkan atau tersembunyi pada
kata lain (khususnya kata kerja). Usaha menterjemahkan kata-kata yang di dalamnya terkandung
ganti nama jenis ini pun bermasalah juga dan lebih sukar lagi jika dibandingkan dengan yang
pertama tadi. Contoh-contohnya adalah seperti yang berikut:
1. Dia (L = Lelaki) telah menulis كتب
2. Mereka dua orang (L) telah menulis كتبا
3. Mereka (L) melebihi dua orang, telah menulis كتبوا
4. Dia (P = Perempuan) telah menulis كتبت
5. Mereka dua orang (P) telah menulis كتبتا
6. Mereka (P) melebihi dua orang, telah menulis كتبن
7. Kamu (L) telah menulis كتبت
8. Kamu (L) dua orang telah menulis كتبتما
9. Kamu (L) melebihi dua orang, telah menulis كتبتم
10. Kamu (P) telah menulis كتبت
11. Kamu (P) dua orang telah menulis كتبتما
12. Kamu (P) melebihi 2 orang, telah menulis كتبتن
13. Saya (L atau P) telah menulis كتبت
14. Kami/Kita (L atau P) telah menulis كتبنا
Demikianlah ganti nama Arab yang terdiri daripada 14 jenis seperti contoh di atas, yang
masing-masingnya sama ada tercantum pada kata kerja atau tersembunyi dalam kata kerja kata
6
lampau. Untuk menterjemahkan ganti nama seperti di atas, penterjemah hendaklah mempelajari
cabang Ilmu Nahu Arab, iaitu Ilmu Sorof
الصرف > < علم
yang bermaksud ilmu yang berkaitan dengan perubahan bentuk kata (berdasarkan perubahan
bunyi) yang berakarkan kata yang asalnya sama (kata yang menjadi induk). Dalam contoh di
atas, kata induknya (bukan istilah yang sebenar) ialah:
< كتب >
yang bererti: Dia/ia seorang lelaki telah menulis. Satu kata yang terdiri daripada tiga huruf, iaitu:
ب , , ت ك
dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dengan lima kata: “Dia seorang lelaki telah
menulis” atau dengan empat kata sahaja: “Dia seorang lelaki menulis” (dengan membuang kata
“telah” pada tempat-tempat yang tidak memerlukannya, menurut kaedah nahu bahasa Melayu)
atau hanya dengan dua kata sahaja: “Dia menulis” menurut kesesuaian sintaksis bahasa Melayu.
Oleh sebab kata jamak bahasa Arab bermula pada bilangan 3 ke atas, dan bilangan 2 pula ada
ciri-ciri tersendiri (termasuk ke dalam jamak juga jika dilihat dari segi nahu bahasa Inggeris
misalnya), maka memanglah banyak masalah yang dihadapi penterjemah Arab-Melayu.
Misalnya dalam ayat berikut:
مدرسهما إال رسالة كتبا واحمد على
(Ali dan Ahmad telah menulis sepucuk surat kepada guru mereka)
Dalam contoh ini, Ali dan Ahmad adalah dua orang lelaki dan mereka berdua telah
menulis secara bersama. Untuk maksud itu, satu kata Arab
< كتبا >
digunakan, dan dalam kata tersebut sudah tersembunyi ganti namanya yang diselaraskan dengan
kata kerja lampau atau dalam bahasa Arab (Nahu Arab) yang diistilahkan sebagai
الماضى > < الفعل
Jika dua pucuk surat yang ditulis mereka (oleh Ali dan Ahmad) maka bentuk kata
< رسالة >
menjadi atau bertukar dari segi sorofnya kepada
< رسالتان >
7
Demikianlah jika guru yang ditujukan surat itu adalah dua orang, maka kata,
< مدرسهما>
menjadi atau bertukar dari segi sorofnya kepada
< مدرساهما >
sedangkan terjemahannya dalam bahasa Melayu tetap menurut nahu dan gaya bahasa Melayu.
Yang menjadi masalahnya ialah apabila penterjemah mencuba mamaksakan terjemahan dalam
bahasa Melayunya betul-betul mengikut kata demi kata dalam bahasa sumber (Arab) tanpa
menghiraukan ciri-ciri linguistik dan sosiolingguistik bahasa sasaran (Melayu).
Ganti nama Arab yang tercantum pada kata kerja kini dan juga kala depan tidaklah begitu
sukar untuk dikenal pasti dan oleh itu usaha-usaha menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu
agak kurang bermasalah (patut diperhatikan juga bahawa kala kini dan kala depan dalam bahasa
Arab serta kata kerja + ganti namanya tidak berbeza dari segi bentuk kata atau sorofnya).
Contoh-contohnya adalah seperti yang berikut:
1. Dia (L) sedang/akan menulis يكتب
2. Mereka (L) dua orang sedang/akan menulis يكتبان
3. Mereka (L) melebihi dua orang, sedang/akan menulis يكتبون
4. Dia (P) sedang/akan menulis تكتب
5. Mereka (P) dua orang sedang/akan menulis تكتبان
6. Mereka (P) melebihi dua orang, sedang/akan menulis تكتبن
7. Kamu (L) sedang/akan menulis تكتب
8. Kamu (L) dua orang sedang/akan menulis تكتبان
9. Kamu (L) melebihi dua orang, sedang/akan menulis تكتبون
10. Kamu (P) sedang/akan menulis تكتبين
11. Kamu (P) dua orang sedang/akan menulis تكتبان
12. Kamu (P) melebihi dua orang, sedang/akan menulis تكتبن
13. Saya (L atau P) sedang/akan menulis اكتب
14. Kami/kita (L atau P) sedang/akan menulis نكتب
8
Demikianlah contoh-contoh ganti nama bahasa Arab yang dicantumkan dengan kata kerja
“menulis” yang tergolong ke dalam kata kerja kala kini atau istilah Arabnya
المضارع > < الفعل
yang menunjukkan sama ada perbuatan itu “sedang” atau “akan” dilakukan. Lazimnya untuk
kala depan, imbuhan س dan سوف diletakkan di hadapan kata kerja (dalam penulisan, س itu
dicantumkan dengan kata kerja, manakala سوف dianggap sebagai morfem bebas dan ditulis
terpisah). Bagi kata kerja yang didahului سseperti سيذهب, maksudnya perbuatan itu “akan”
berlaku dalam sedikit masa lagi manakala سوف “akan” berlaku dalam waktu yang lebih lama
lagi (akan datang), misalnya:
قادم سوفاحمد شهر فى جاكرتا إلى يذهب
(Ahmad akan pergi ke Jakarta bulan hadapan) sedangkan ayat berikut:
قليل سأ بعد المدرسة إلى ذهب
(Saya akan pergi ke sekolah sebentar lagi).
Nampaknya, tiada perbezaan dari segi bentuk kata atau sorof (kata kerja) yang dikenal sebagai
“Present Tense” dan “Present Continuous Tense” dan juga “Future Tense” dalam bahasa
Inggeris. Oleh sebab hal ini seolah-olah ada persamaannya dengan aspek nahu bahasa Melayu,
maka agak mudah untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu, iaitu dalam konteks
penterjemahan Arab-Melayu (penggunaan bahasa Inggeris di sini dan di mana-mana sahaja
dalam makalah ini, adalah untuk penerapan dan perbandingan sepintas lalu sahaja.
رأ على فأرومشى فأتى نأيما االءسد سهكان .
واراد الفأر على وغبض النوم من األسد ي فهب لهقتأن .
و في الفأر سبي له رقحتى تضرعبكى وخلى األسد لهقلب .
* نص شرك في األسد وقع مدة الصيادون له بهبعد .
سمع حتى عظيم الفأر هفزأرااألسدبصوت لهسا فأسرعذلك
فأ : " لهوقال هعدت كأخلص ناالتخف ".
بأسنا أذيثم الحبل قط نهقرض حتى األسدسالما خرج عهالحادة
. هوشكر قال ثم لهكشيرا :
مثل حسبأ كنتما " ضعيفا حيوانا أن يق كأن مال يفدر اندرأاأقعل .
شرك) = dipasang (Perangkap = نصبه*
9
Untuk melihat kedudukan beberapa contoh fungsi ganti nama bahasa Arab dan
terjemahannya ke dalam bahasa Melayu, petikan yang berikut mungkin berfaedah untuk diteliti:2
(Terjemahannya berbunyi: Seekor singa (jantan) telah tertidur (dalam sebuah hutan - Penulis),
datang seekor tikus (jantan) (lalu - Penulis) berjalan di atas kepalanya (nya = singa – Penulis)
maka terjagalah si singa itu dengan marahnya kepada si tikus itu lalu hendak dibunuhnya.
Dengan menangis si tikus itu meminta ampun daripada singan hingga lembut hati singa itu, maka
tikus itu dibebaskannya. Selang tidak lama kemudian, singa itu (tersilap) langkah lalu
terperangkap ke dalam jaring yang dipasang oleh para pemburu. Meraunglah si singa itu dengan
suara yang kuat hingga dapat didengfar si tikus (yang pernah hendak dibunuhnya dahulu –
Penulis). Setelah mendengar raungan singa itu, si tikus bergegas untuk menolongnya (nya =
singa – Penulis). (Sesampai sahaja tikus itu di tempat kejadian- Penulis) ia pun berkata: “Jangan
kamu takut, aku hendak membebaskan kamu”. Kemudian, ia (ia = tikus –Penulis) menggigit tali
jaring itu dengan giginya (nya = tikus – Penulis) yang tajam hingga terputusnya (nya = tali jaring
– Penulis) lalu singa itu pun keluar denga selamat. Ia berterima kasih banyak-banyak kepada
tikus itu dan berkata: “Aku tidak menyangka bahasa seekor binatang yang lemah sepertimu (mu
= tikus – Penulis) berupaya melakukan apa yang aku (sendiri) tidak terupaya”).
Demikianlah satu terjemahan lakar yang belum diperhalus seperti contoh di atas
(terjemahan dicuba oleh penulis sendiri dengan pertolongan kamus).3
Dalam contoh petikan di atas, terdapat banyak ganti nama bahasa Arab, sama ada
daripada jenis yang terpisah sebagai morfem bebas atau yang tercantum-tersembunyi sebagai
morfem terikat. Dalam contoh tersebut, belum ada lagi morfem jenis terikat-terbahagi (khusus
mengenai imbuhan Arab) kerana taraf bahasa dalam petikan itu adalah pada peringkat sederhana
kesukarannya.
PENUTUP
2 Sila lihat Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi, 13503 Ibid
10
BIDANG terjemahan ganti nama itu merupakan suatu tajuk perbincangan yang telah lama ingin
diketengahkan oleh penulis. Sebagai percubaan pertama, memadailah buat sementara waktu
dipaparkan aspek ganti nama Arab untuk dijadikan mauduk perbincangan seperti yang tersiar di
sepanjang tulisan ini. Mudah-mudahan akan menjelang beberapa buah tulisan lain mengenai
masalah penterjemahan arab-Melayu atau sebaliknya (jika perlu) seperti masalah penterjemahan
kata kerja, kata sifat, kata bilangan dan banyak aspek lain lagi yang perlu dibincangkan secara
ilmiah tetapi ringkas supaya mudah difahami pembaca umum.
11
Bibliografi
Ali Audah 1993. “Beberapa Masalah Penterjemahan Arab-Indonesia”. Kertas kerja untuk Seminar Terjemahan Arab-Melayu anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka di Bangi, Selangor, Malaysia pada 27-29 Ogos.
Ariffin Jami’an M. 1986. Kursus Cepat Bahasa Arab Buku 1,2,3,4 dan 5. Surabaya: CV. Bintang Pelajar.
“Cerita Singa dan Tikus” dlm. Bahasa dan Tatabahasa Arab 1978. Pelajaran Bahasa Arab untuk Madrasah Aliyah, Jakarta; naskhah stenselan: 985 halaman.
David Cowan 1968. Modern Literary Arabic (ulang cetak). Cambrige University Press.
Dja’far Amir 1970. Nahwu dan Shorof (Bahasa Arab) Jilid 1-6. Semarang: CV. Tohaputra.
El-Ezabi, Hornby dan Parnwell 1980. English_arabic Readers Dictionary. Oxford University Press.
El-Sayed Yacoub Bakr et al. 1976-1979. Arabic By Radia, buku 1 (3), buku 4 (2), buku 3 (2), buku 2 (2), buku 1 (2), dan buku 2 (3). The Republic of Egypt Broadcasting Corporation, Kaherah, Mesir.
H. Chatibul Umam et al. (Penterjemah) 1989. Pedoman Ilmu Nahwu (Arab). Kuala Lumpur: Victory Agency.
H. Mahmud Yunus, Kamus Arab-Indonesia 1973M/1393M. Jakarta: Yayasan Penyelenggara Penterjemah/Penafsiran al-Quran.
Hifni Bek DAyyad et al. 1987. العربية .Jakarta: Darul Ulum Press , قواعداللغة
Ishak Mohd. Rejab 1987. Kursus Bahasa Arab Buku 1 dan 2. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi 1350H, Kamus al-Marbawi (tulisan Arab-Jawi), al-Juzu’-Awwal. Mesir: Muhammad Amin Imran.
Syed Ali 1990. Arabic Far Beginners. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.
12
PENTERJEMAHAN TEKS AGAMA MEMPERKASA BAHASA MELAYU
Oleh MUHAMMAD FAUZI JUMINGAN
Penterjemahan merupakan satu aktiviti ilmiah yang telah berlaku sejak ribuan tahun dahulu.
Sejak manusia mampu berkomunikasi secara sistematik, maka sejak itulah konsep
penterjemahan sering dilakukan, khususnya apabila manusia ingin berkomunikasi dengan orang
atau bangsa lain.
Pada mulanya, penterjemahan berlaku secara lisan. Seterusnya, apabila manusia mampu
menghasilkan kertas maka mereka mula menterjemahkan bahasa yang telah ditulis. Sejak itulah
kegiatan penterjemahan teks bermula.
Dalam konteks Islam, kegiatan penterjemahan lisan bermula sejak zaman Nabi
Muhammad s.a.w. lagi. Pada waktu itu, baginda telah mengarahkan para sahabatnya mempelajari
bahasa asing, khususnya bahasa Ibrani (Yahudi) dan bahasa Parsi (Iran) agar umat Islam mudah
menyampaikan dakwah kepada golonbgan sasaran selain tidak mudah ditipu oleh bangsa lain.
Konsep penterjemahan teks Islam bermula sejak zaman keintelektualan Islam mencapai
kemuncaknya zaman Dinasti ‘Abbasiyyah’ yang berpusat di kota Baghdad. Pada zaman tersebut,
banyak buku asing dalam bidang sains tulen seperti kejuruteraan dan perubatan serta bidang
sains social seperti geografi dan sejarah telah dihasilkan oleh penterjemah yang berkaliber seperti
Yuhana, Ibn Maskawayh, dan Ibn Rushd.
Kegiatan penterjemahan inilah yang menjadikan umat Islam pada masa tersebut begitu
dihormati oleh seluruh masyarakat dunia. Ketika itu, mereka dianggap sebagai umat yang
mempunyai ketamadunan bangsa yang paling unggul di dunia.
Penterjemahan teks agama khususnya penterjemahan Arab-melayu bermula sejak
kedatangan Islam ke Nusantara. Lebih tepat lagi kalau dikatakan bahawa kegiatan itu bermula
sejak Islam tersebar luas pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1400
hingga tahun 1511.
13
Kegiatan penterjemahan agama mula menampakkan kesannya ketika era pemerintahan
kerajaan Islam Aceh di Sumatera. Pada masa tersebut, lahirlah tokoh-tokoh ilmuwan Melayu-
Islam tersohor seperti Daud Fatani, Hamzah Sumateraʻi, dan Abd. Rauf al-Singkel. Mereka
inilah yang telah banyak menterjemahkan karya Islam dari bahasa Arab ke bahasa Melayu
khususnya dalam bidang fikah, tasawuf, tauhid, dan nahu.
Menurut Muheram Ahmad dalam kajian sarjananya Terjemahan Arab-Melayu dalam
Teks-teks Melayu lama: Satu Kajian dari Sudut Terjemahan (1997). Disertasi M.A. Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi. Beberapa karya klasik arab telah diterjemahkan oleh para ilmuwan
tadi. Antara contoh karya penterjemahan tersebut termasuklah Kitab Tasawuf, Sifat 20, dan al-
Burdah. Kitab-kitab terjemahan tersebut banyak mengandungi banyak kosa kata Melayu klasik.
Melalui karya klasik, banyak kata serapan Arab yang menjadi kosa kata Melayu telah digunakan
oleh penduduk Malaysia kontemporari, khususnya kosa kata yang terdapat dalam Kamus Dewan.
Menurut Noresah Baharom dalam kata pengantar Kamus dewan Edisi Ketiga, terdapat
hamper 1175 kosa kata Arab yang menjadi kata entri atau subentry bahasa Melayu dalam Kamus
Dewan (Ibrahim Ahmad, 1994).
Kata serapan ini menduduki tangga kedua selepas bahasa Inggeris dari segi jumlah kata
serapan asing dalam Kamus Dewan. Semua ini bertitik-tolak daripada kegiatan penterjemahan
teks agama yang telah dilakukan oleh para ilmuan tersebut.
Sesungguhnya, kegiatan penterjemahan teks agama telah menjadi salah satu wahana
penting dalam kemajuan bahasa Melayu kerana sumbangan kosa kata pinjaman asing ke dalam
bahasa Melayu.
PENTERJEMAHAN
Menurut Ainon Muhammad dalam bukunya Panduan Menterjemah (1985), penterjemahan
bermaksud mengalihkan satu bahasa ke bahasa yang lain. Pengalihan ini merangkumi warta
(mesej) teks sumber, gaya bahasa, dan tindak balas yang sama daripada pembaca sasaran.
14
Untuk menjadi penterjemah yang berkualiti, seseorang itu mesti tahu tentang bahasa
sumber, bahasa penerima (sasaran), bidang yang ingin diterjemahkan serta teori dan teknik
penterjemahan. Berdasarkan takrifan ini, maka kegiatan penterjemahan bukanlah satu kerja yang
mudah.
Selama ini, banyak penterjemah yang mempunyai stigma negatif tentang ilmu
penterjemahan. Bagi mereka, jika mereka tahu bahasa sumber dan menjadi penutur jati bahasa
sasaran, maka mereka boleh menterjemah. Tanggapan begini salah kerana menurut takrifan para
ilmuan disiplin penterjemahan, penguasaan bahasa sumber dan bahasa sasaran masih tidak
memadai. Justeru, penguasaan bidang dan kemahiran dalam teknik menterjemah harus diambil
kira.
Malah, ada sesetengah sarjana disiplin penterjemahan berpendapat bahawa
penterjemahan merupakan bakat semula jadi yang tidak boleh dibentuk atau diajar. Bagi sarjana
seperti ini, penterjemahan ialah satu seni dan bukan bersifat saintifik. Maksudnya, aktiviti
penterjemahan ialah bakat yang tidak boleh diajar tetapi memang sudah sedia ada di dalam jiwa
seseorang.
Kesenian ini disamakan dengan seni-seni lain seperti seni lukis, seni lagu, dan seni ukir.
Dengan kata lain, seni penterjemahan ialah bakat semula jadi yang bukan ada pada semua orang.
Pendapat yang agak kontroversi ini memang ada kerasionalannya kerana penterjemahan sama
seperti berkarya atau menulis.
Bahkan, aktivi menterjemah lebih sukar daripada menulis karya asli, kerana
penterjemahan melibatkan dua bahasa sedangkan menulis hanya melibatkan satu bahasa sahaja.
Biasanya, bahasa penulisan yang digunakan ialah bahasa ibunda. Oleh itu, penterjemah layak
digelar seniman atau artis yang sama keadaannya seperti seniman lain dalam bidang lakonan,
muzik, dan kaligrafi.
TEKS AGAMA
Teks agama yang dimaksudkan ialah teks yang bersumberkan bahasa Arab. Banyak karya atau
kitab agama Islam dinukilkan dalam bahasa Arab. Hal ini sesuai dengan sumber ilmu Islam yang
berprimer dan terunggul, iaitu al-Quran dan al-Hadis yang berteraskan bahasa Arab.
15
Penterjemahan teks agama lebih menjurus kepada kegiatan penterjemahan tejs agama
Arab-Melayu. Berbanding teks Arab-Melayu, teks-teks lain seperti penterjemahan teks Inggeris-
Melayu agak kurang digunakan meskipun ada usaha ke arah itu.
Lantaran itu, topic utama yang difokuskan dalam makalah ini ialah penterjemahan teks
agama Arab-Melayu. Teks seumpama inilah yang dominan semasa era kebangkitan Islam di
Nusantara sehingga ada sesetengah penahu Melayu mampu menhasilkan kitab nahu bahasa Arab
dalam bahasa Melayu.
Perkara ini melambangkan bahawa, bahasa Melayu mampu mengungkapkan sebarang
ilmu pengetahuan yang ada hatta nahu bahasa Arab pun masih mampu ditulis dalam bahasa
Melayu, termasuklah kesusasteraan dan kebudayaan Arab yang banyak diterjemahkan ke bahasa
Melayu khususnya oleh sasterawan Melayu Indonesia.
BAHASA MELAYU
Menurut nik Safiah Karim et al. dalam buku, Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1994), bahasa
Melayu dikategorikan sebagai bahasa Austronesia yang tersebar luas di Asia Tenggara dan
pesisir Lautan Pasifik.
Bahasa Melayu telah digunakan oleh generasi pertama, iaitu Melayu Proto sejak 2500
tahun sebelum Masihi. Secara umumnya, bahasa Melayu boleh diklasiffikasikan mengikut
beberapa tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu pada batu bersurat, bahasa Melayu
zaman Kesultanan Melayu Melaka, dan bahasa Melayu baharu (moden) yang bermula pada era
kemunculan penjajah Belanda dan British.
Walau bagaimanapun, topik perbincangan makalah ini hanya menyentuh penggunaan
bahasa Melayu pada zaman baharu, iaitu zaman selepas Kesultanan Melayu Melaka. Hal ini
kerana, pada masa itulah kegiatan penterjemahan teks agama ke bahasa Melayu berlaku secara
besar-besaran. Kegiatan secara besar-besaran ini bermula pada era pemerintahan Kesultanan
Melayu islam Aceh, di Sumatera.
16
WAHANA
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, wahana bermaksud saluran atau perantaraan yang
memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai. Wahana itu merupakan satu alat
atau wasilah yang digunakan dalam mencapai sesuatu perkara.
Maka, kegiatan penterjemahan teks agama yang telah berlaku ratusan tahun dahulu,
merupakan salah satu alat atau cara yang menjadikan bahasa Melayu lebih mapan dan berdaya
saing.
Selain faktor penggunaan yang meluas dalam pelbagai sektor, kegiatan penterjemahan
juga merupakan salah satu cara untuk memantapkan kemajuan bahasaMelayu, khususnya dari
segi penggunaan dalam pertuturan harian, perbincangan ilmiah, serta urusan ekonomi dan
politik.
PEMERKASAAN
Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga, leksikal pemerkasaan berakar umbi daripada perkataan
perkasa yang bermaksud berkuasa, hebat, dan kuat. Pemerkasaan bermaksud menjadikan
sesuatu itu lebih berdaya saing. Kegiatan penterjemahan mampu menjadikan bahasa Melayu
lebih berdaya saing dan kuat dimata penggunanya sendiri dan juga masyarakat antarabangsa.
Melalui penterjemahanlah, banyak istilah dan kosa kata asing diterima nasuk sebagai
kosa kata bahasa Melayu. Kerana ketelusan bahasa Melayu yang boleh menerima kemasukan
kosa kata asing, maka bahasa Melayu mampu hidup lebih lama dan seiring dengan bahasa utama
dunia yang lain. Bahkan, ada seorang ahli sosiolinguistik tersohor dunia dari Australia yang
mengatakan bahawa bahasa Melayu akan menjadi salah satu bahasa utama dunia dan mampu
hidup lebih seratus tahun lagi.
Hal ini kerana keanjalan bahasa Melayu yang membenarkan kemasukan kosa kata asing
yang telah diasimilasikan mengikut sistrem nahu bahasa Melayu seperti ejaan dan morfologi.
Justeru, bahasa Melayu sudah boleh dianggap sebagai bahasa moden kerana salah satu syarat
utama penerimaan menjadi bahasa moden ialah sesuatu bahasa itu boleh menerima kosa kata
asing serta bahasa itu sendiri mampu mengungkapkan sebarang ilmu pengetahuan kontemporari.
17
SITUASI SEMASA PENTERJEMAHAN TEKS AGAMA
Dalam konteks bahasa Melayu moden, khususnya selepas era kemerdekaan, banyak kegiatan
penterjemahan Arab-Melayu dilakukan. Kegiatan penterjemahan meliputi bidang keagamaan
seperti syariah, tauhid tasawuf, akhlak, politik, pemikiran, dan kewangan Islam seperti
perbankan Islam.
Jumlah penterjemahan menurut Muhammad Bukhari Lubis dalam bukunya, menjangkau
600 judul. Kegiatan golongan sasaran yang menjadi pembaca utama kerya penterjemahan ialah
masyarakat awam yang tidak berkemampuan memahami bahasa Arab.
Mereka terdiri daripada golongan bawahan dan profesional seperti jurutera dan doktor
perubatan. Secara umumnya, kegiatan penterjemahan diuruskan oleh syarikat swasta dan badan
berkanun yang bernaung di bawah kerajaan. Antara penerbit swasta yang terlibat aktif
menerbitkan karya penterjemahan teks agama ialah Syarikat Hizbi, Fajar ulung Sdn. Bhd.,
Pustaka Antara, Syabab Media, dan Syarikat Nu’man Sdn. Bhd.
Manakala, badan berkanun yang terlibat aktif ialah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),
penerbit-penerbit universiti tempatan (IPTA), dan jabatan-jabatan Agama Negeri yang bernaung
di bawah negeri masing-masing seperti JabatanAgama Islam Selangor (JAIS).
Dewan Bahasa dan Pustaka misalnya, merupakan badan berkanun yang palinbg aktif
menerbitkan teks agama. Bahkan, DBP juga menerbitkan terjemahan koleksi dan antologi cerita
kanak-kanak dan siri tokoh ilmuan Arab-Islam ke bahasa Melayu.
Sesungguhnya, kegiatan sebegini amat diperlukan kerana masyarakat Malaysia rata-
ratanya tidak tahu berbahasa Arab amat memerlukan maklumat dan ilmu pengetahuan seperti
ini. Melalui penterjemahan siri tokoh ilmuan Arab-Islam misalnya, pembaca dapat mengetahui
bahawa ramai perintis ilmu saintifik moden terdiri daripada orang Islam seperti Khwarizmi, Ibnu
Sina, dan Ibnu Rushd yang pernah mencipta pelbagai peralatan sains seperti stetoskop kaji
bintang, alkohol, algebra, dan logaritma.
Sesungguhnya, kemampuan menterjemah buku-buku teks sains Islam, dapat memperkasa
bahasa Melayu kerana terdapat istilah-istilah penting dalam hal ehwal agama selain pembaca
sasaran sendiri dapat meraih ilmu yang dicari.
18
Sungguhpun kegiatan penterjemahan dalam bidang ilmiah banyak dibuat oleh pengamal
penterjemah Arab-Melayu, tetapi yang menjurus kepada bidang penterjemahan karya kreatif
amatlah berkurangan.
Karya agung dalam bahasa Arab seperti novel dan cerpen amat jarang-jarang
diterjemahkanke bahasa Melayu. Sebenarnya, karya kreeatiflah yang dapat memajukan lagi
budaya bahasa sesuatu bangsa. Yang ada hanya usaha sasterawan Melayu Indonesia yang rajin
dan gigih menterjemahkan karya agung sastera Arab ke dalam bahasa Melayu; antaranya
termasuklah karya Naguib Mahfouz, Tawfik Hakim, Taha Husayn, Ahmad Bahjat, dan
Manfaluti. Sasterawan Naguib Mahfouz misalnya, merupakan penerima Hadiah Nobel.
Seharusnya, karya beliau sudah diterjemahkan ke bahasa Melayu Malaysia. Lantaran itu,
sewajarnya ada penterjemah atau sasterawan tempatan yang mampu berbahasa Arab
menterjemahkan karya agung tersebut.
Namun begitu, tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir sasterawan Melayu tempatan
yang agak aktif menterjemahkan karya sastera Arab ke bahasa Melayu seperti Nahmar Jamil
yang pernah menterjemahkan karya Ahmad Bahjat, Masrur wa Makrur (Masrur dan Makrur)
dan Layla (Laila).
Sebenarnya, kemampuan bahasa seniman seperti sasterawan inilah yang mampu
memperkasakan bahasa Melayu kerana nilai puitika dan estetika sasterawan menghasilkan karya.
Sementara itu, satu fenomena yang agak kurang diberikan perhatian oleh pengamal dan penteori
disiplin penterjemahan ialah penterjemahan teks kudus seperti al-Quran dan al-Hadis.
Sesungguhnya, kedua-dua teks ini merupakan sumber primer dalam Islam.
Meskipun ada usaha menterjemahkan kedua-dua teks ini tetapi hasilnya agak
membimbangkan. Maksudnya, kedua-dua teks kudus ini hanya diterjemahkan oleh “orang lama”
yang pastinya menggunakan bahasa “lama”. Yang menggunakan bahasa moden sebenarnya ada,
tetapi dalam bahasa Melayu Indonesia yang kurang difahami oleh orang Melayu Malaysia.
Oleh itu, sepatutnya sudah ada usaha tertentu oleh pihak yang berkenaan menterjemahkan
teks kudus ke dalam bahasa Melayu yang lebih gramatis. Melalui kegramatisan nahu,
penterjemahan akan dianggap sahih dan bermutu. Oleh itu, mutu dan nilai penterjemahan teks
19
kudus akan meningkatkan pemerkasaan bahasa Melayu tempatan yang mampu mengungkapkan
idea dan warta teks kudus meskipun ia dianggap sebagai teks paling sukar untuk diterjemahkan.
KEPERLUAN TEKS AGAMA TERJEMAHAN
Terdapat banyak umat Islam di Malaysia, khususnya bangsa Melayu yang tidak tahu berbahasa
Arab. Mereka hanya tahu membaca teks Arab yang lebih bersifat teks kudus seperti bacaan al-
Quran dalam sembahyang. Itupun hanya menyebut dan melafazkan sebutan al-Quran tadi tanpa
mengetahui makna secara mendalam. Yang tahu tentang bahasa Arab, ialag graduan universiti
Islam dalam pengajian Islam atau pengajian Arab.
Walaubagaimanapun, jumlah mereka adalah terlalu sedikit berbanding umat Melayu
Islam yang menguasai hampir 55 peratus jumlah penduduk Malaysia. Untuk mengharapkan
lepasan sekolah menengah aliran Arab, sekolah pondok, atau ma’ahad tahfiz juga tidak memadai
kerana tahap penguasaan dan pengajaran bahasa Arab di institusi-institusi tersebut, lazimnya,
masih di tahap sederhana. Umat Melayu Islam di Malaysia, rata-ratanya, masih belum menguasai
bahasa Arab dengan sebaik-baiknya.
Lantaran kelemahan yang disebutkan, maka keperluan mendesak terhadap gerakan
penterjemahan teks agama amatlah dirasakan. Hal ini kerana perkara yang berikut:
1. Umat Melayu Islam masih memerlukan maklumat dan ilmu pengetahuan yang
kebanyakan sumbernya daripada bahasa Arab. Golongan ini kebanyakannya, merupakan
umat Islam yang masih kurang memahami bahasa Arab secara mendalam, untuk
khususnya mengetahui makna dan maksud sebenar teks berbahasa Arab.
2. Ilmu pengetahuan tentang Islam banyak mengandungi konsep dan istilah yang sukar
difahami oleh pembaca umum. Oleh itu, aktiviti penterjemahan terhadap konsep dan
istilah amatlah diperlukan demi kepentingan masyarakat Melayu Islam di Malaysia.
3. Teks kudus versi terjemahan seperti al-Quran dan al-Hadis yang dibaca sekarang oleh
majoriti umat Melayu Islam masih lagi berbentuk bahasa Melayu Klasik. Bahasa Melayu
yang agak ‘lama’ ini haruslah dimurnikan semula agar selari dengan perkembangan dan
kemajuan bahasa Melayumoden yang semakin pesat membangun. Tambahan pula,
kebanyakan teks kudus berbentuk terjemahan banyak disadur daripada versi bahasa
20
Melayu Indonesia yang kebanyakannya masih kurang difahami secara tuntas oleh umat
Melayu Islam Malaysia.
4. Pengekalan status bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa umat Islam yang tersebar dan
utama di dunia Islam. Berdasarkan deklarasi dalam persidangan Negara-negara Islam
sedunia (OIC), terdapat beberapa bahasa di beberapa buah negara Islam yang dituturkan
secara meluas. Antaranya ialah bahasa Urdu di India, Pakistan, dan Bangladesh, bahasa
Parsi di Iran dan Afghanistan, bahasa Melayu di Nusantara seperti di Malaysia,
Indonesia, Brunei, dan selatan Negara Thai. Berdasarkan senario geografinya, sudah pasti
bahasa Melayu digunakan oleh hampir 250 juta umat Melayu Islam. Oleh itu, gerakan
penterjemahan teks agama akan menyemarakkan lagi penggunaan dan penguasaan
bahasa Melayu.
5. Teks agama agak kurang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu khususnya di Malaysia,
berbanding bidang lain seperti sains dan teknologi, serta bahasa dan kesusasteraan. Yang
ada pun hanyalah teks agama yang diadaptasi dan disadur daripada versi penterjemahan
bahasa Indonesia. Lantaran itu, penterjemahan terus daripada teks sumber yang asal oleh
rakyat Malaysia sendiri haruslah diadakan kerana proses adaptasi dalam penterjemahan
akan menghilangkan banyak maklumat dan stilistik teks sumber.
Keperluan penterjemahn teks agama ke dalam bahasa Melayu mewujudkan keperluan
mendesak umat Melayu Islam khususnya di Malaysia untuk memperoleh maklumat dan ilmu
pengetahuan yang mendalam tentang Islam. Untuk membaca terus teks asal berbahasa Arab
adalah sesuatu yang agak mustahil. Oleh itu, sebagai penawar terhadap masalah tersebut, maka
teks pen terjemahanlah menjadi galang gantinya yang paling sesuai.
Berdasarkan situasisemasa yang rata-ratanya mengakui status bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia, maka sewajarnya pelbagai aspek harus diambil
kira dalam memantapkan kedudukan istimewa bahasa Melayu yang sedia ada. Salah satu usaha
untuk memantapkan kedudukan ini lagi ialah menyambung semula tradisi ulama silam
menterjemahkan teks agama. Melalui usaha ulama silam, bahasa Melayu pernah menjadi lingua
franca di Kepulauan Nusantara, khususnya pada era kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan
Melayu Aceh. Dengan mengambil kira umat Melayu sebagai bangsa majoriti di Malaysia, maka
kegiatan penterjemahan teks agama akan meningkatkan proses pemerkasaan bahasa Melayu
21
sebagai bahasa pemersatu di Malaysia dan sebagai bahasa rasmi di persidangan negara-negara
ASEAN, pada suatu hari nanti.
Berdasarkan faktor politik dan sosioekonomi maka kedudukan bahasa Melayu sepatutnya
menjadi identiti negara Malaysia apatah lagi Malaysia sendiri diiktiraf sebagai negara Islam
contoh di dunia Islam. Kejayaan ini pastinya akan lebih bermakna sekiranya kemajuan dan
pembangunan malaysia berdasarkan pada kekuatan bahasa Melayu. Jika dilihat sebagai
perbandingan, kejayaan tamadun Islam silam di Timur Tengah, berpaksikan bahasa ibunda
bangsanya sendiri, iaitu bahasa Arab. Lantaran itu, Malaysia harus mencontohi kejayaan
tamadun Islam silam menggunakan bahasa ibunda dalam membangunkan kejayaan tamadun
bangsa.
Oleh itu, kegiatan penterjemahan teks agama ke dalam bahasa Melayu perlu diberi
perhatian, kerana melalui penterjemahan ke bahasa Arab, tamadun Islam Timur tengah,
khususnya Dinasti ‘Abbasiyyah, berjaya menjadi negara yang paling maju di dunia pada masa
tersebut.
22
MENTERJEMAHKAN IDIOM BAHASA ARAB KE DALAM BAHASA MELAYU:
BEBERAPA PENGAMATAN4
Oleh Muhammad Bukhari Lubis
PENDAHULUAN
Dalam proses penterjemahan, ada kalanya penterjemahan berhadapan dengan paduan beberapa
perkataan yang kelihatan “tidak dapat diterjemahkan”. Akibatnya, kerja terjemahannya akan
terhenti atau terhalang buat beberapa ketika, atau usaha terjemahannnya itu terus terbengkalai.
Menurut J.C Catford (1965: 94-99), paduan perkataan-perkatan yang barangkali tidak dapat
diterjemahkan itu dapat dibezakan menurut sumber masalahnya dan digolongkan ke dalam apa-
apa yang disebut sebagai “ketidakdapatterjemahan dar segi budaya” (culturalunstranslatability)
dan “ketidakdapatterjemahan dari segi linguistik” (linguistic unstranslatability). Turut
ditegaskannya juga ialah “ketidakdapatterjemahan dari segi budaya” itu selalunya kurang mutlak
daripada “ketidakdapatterjemahan dari segi linguistik”
Bertolak daripada “ketidakdapatterjemahan dari segi budaya” itu, penulis tertarik untuk
mengemukakan beberapa pengamatan terhadap terjemahan idiom bahasa Arab ke dalam Melayu.
IDIOM
Banyak definisi yang diutarakan tentang perkataan idiom ini. Harimurti Kridalaksana (1984: 72)
menyatakan bahawa idiom ialah ‘konstruksi yang maknanya tidak sama dengan gabungan makna
anggota-anggotanya”. Harimurti memberikan contoh kambing hitan dalam ayat dalam
periostiwa kebakaran itu Hansip menjadi kambing hitam, padahal mereka tidak tahu apa-apa.
Di sini makna kambing hitam secara keseluruhannya tidak sama seperti kambing ataupun seperti
hitam. Daripada contoh ini, jelas apa-apa yang ditegaskan oleh catford tadi, iaitu betapa makna
yang dikehendaki dalam ayat berkenaan sangat rapat kaitannya dengan latar belakang budaya.
Bagi Robert J. Dixson (1971: iii-iv), idiom ialah satu ungkapan yang mempunyai
pengertian yang berbeza daripada erti sepatah demi sepatah perkataan atas setiap komponennys.
4 Makalah ini asalnya kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Terjemahan Arab-Melayu, di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Arab dan tamadun Islam dan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 27-29 Ogos, 1993. Penulis makalah ini, Muhammad Bukhari Lubis adalah pengerusi seminar dan pensyarah di JPATI.
23
Kerana inilah idiom tidak dapat diterjemahkan secara katawi daripada bahasa sumber kepada
bahasa sasaran tanpa adanya beberapa perubahan baik dalam permaknaan mahupun konotasinya.
Sementara Beekman dan Callow mengatakan bahawa idiom ialah ungkapan untuk dua perkataan
atau lebih yang tidakdapat dimengertikan secara katawi dan yang secara semantis berfungsi
sebagai satu kesatuan.5
Daripada takrif-takrif tadi dapatlah dirumuskan bahawa idiom ialah gabungan beberapa
perkataan yang mengemukakan satu makna tersendiri, maksudnya makna satuan semantiknya
tidaklah akan sama seperti makana hasil terjemahan katawinya.6
Dalam makalah ini penulis membahagikan idiom kepada dua bahagian yang terbesar:
Frasa idiomatik dan peribahasa.
TEKNIK MENTERJEMAHKAN IDIOM
Memang tidak dapat dinafikan bahawa untuk menyampaikan maksud idiom dengan tepat dalam
bahasa sasaran, pertama-pertamanya penterjemah haruslah menguasai bahasa sumber sebaik dan
seluas mungkin. Jika penterjemah itu bukan penutur bahasa sumber berkenaan, maka dia
mestilah mampu mengenal pasti idiom dalam bahasa sumber itu biarpun idiom (frasa
idiomatik/peribahasa) itu kadangkala “terselindung”.
Yang dimaksudkan dengan frasa idiomatik di sini ialah paduan dua atau tiga perkataan
dan salah satu perkataannya berupa kata depan (harf al-jarr). Antara contohnya termasuklah
paduan kata depan dengan kata kerja. Kita tahu makna umum kata-kata depan ini: fi (di, di
dalam, pada), ‘an (dari, daripada); la/li (untuk, bagi, kerana); dan ‘ala (atas, di atas). Bayangkan
jika kita melaksanakan terjemahan katawi terhadap frasa-frasa ini:
, فى, رغب عن رغب على dan دعال 7 دعا
Demikian juga halnya dengan frasa yang tidak mengandung kata kerja, tetapi masih
mengutarakan kata depan. Misalnya frasa yang berikut:
5 John Beekman and John Collow 1974. Translating the World of God. Grand Rapids, MI: Zondervan hlm. 121; dikutip daripada Miildred L. Larson, 1989, Penerjemahan Berdasarkan makna: pedoman untuk Pemadanan Antarabangsa (Jakarta: Penerbit Arcan), terjemahan Kencanawati Taniran hlm. 120
6 Lihat juga Webster’s New Collegiate Dictionary. 1977, hlm. 568.7 Makna dan frasa-frasa berkenaan menurut urutannya; suka akan/ menyukai; benci pada/ membenci; berdoa baik
kepada seseorang; akan mendoakan sesuatu yang buruk/ tidak baik bagi seseorang.
24
ذلك من هذا أين
Kita mengetahui erti umum perkataan min, iaitu (dari, daripada). Jika diterjemahkan
secara katawi, frasa tadi bererti: “di mana (yang) ini daripada (yang ) itu?”. Selangkah baik
sedikit terjemahannya lantas menjadi: “Di mana yang ini apabila dibandingkan dengan yang
itu?”. Akhirnya terjemahan yang sebaik-baiknya ialah: “Yang ini tidak berbeza daripada yang
itu” (Beeston, 1970: 58).
Ada beberapa kaedah yang dianjurkan dalam menterjemahkan idiom dari sudut
peribahasa:
1. Digantikan peribahasa dalam bahasa sumber itu dengan peribahasa yang seerti dalam
bahasa sasaran. Terdapat banyak contoh yang agak menarik yang dapat diperlihatkan.
(i) سنمار جزاء جزاه
Terjemahan katawinya ialah pembalasannya adalah seperti pembalasan (yang diterima oleh)
Sinimmar. Di sini, seperti yang ditegaskan oleh Catford, kita perlu menoleh ke latar belakang
budaya peribahasa ini. Sinimmar ialah ahli seni bina berbangsa Romawi. Dia diminta oleh
Raja Nu’man ibn Imri’ al-Qays agar membina istana untuknya. Sinimmar berjaya dengan
ketrampilannya itu membina sebuah istana yang menarik, diberi nama Istana Khawarnaq, di
luar kota Kufah. Sinimmar yang bernasib malang akhirnya dilempar dari atas istana itu dan
meninggal dunia semata-mata kerana baginda tidak mahu Sinimmar membina istana yang
cantik juga untuk raja lain dan dengan itu akan menjadi saingan kepada baginda pula (Muh.
Abdai Rathomy, 1982: 110).
Peribahasa Melayu yang sesuai dengan peribahasa di atas ialah “susu dibalas tuba”.
(ii) السهم يراش الرمى قبل
Terjemahan katawinya berbunyi: Sebelum memanah, anak panahnya diberi bulu dahulu.
Untuk padanan peribahasa Melayunya, disarankanlah “sediakan payung sebelum hujan” dan
“memancing berlandasan, melompat bersetumpu, menjunjung bersenggulung”.
(iii) والتقطع تشجذ المسن كصفحة
25
Daripada apa-apa yang tersurat, peribahasa ini dialihbahasakan menjadi: Bagai permukaan
pengasah, dapat mempertajam tetapi tidak dapat memotong.
Dalam budaya kita, peribahasa “bagai ketam menyuruh anaknya berjalan betul” dapat
diketengahkan
(iv) مشقة بغير الربح
Diterjemahkan menjadi “tiada keuntungan tanpa susah payah”.
Peribahasa ini dapat kita padankan menjadi “jika tidak dipecah ruyung di mana boleh
mendapat sagu”.
(v) تمرة لسانه على خاطب كل
Maknanya: Ada tamar di atas lidah setiap peminang (Arab).
Buah tamar memang lazim dalam budaya Arab. Kita pun ada benda untuk tujuan yang sama.
Lantas orang melayu mengatakan “menanam tebu di tepi bibir’. Padanan yang lain ialah
“telunjuk lurus kelingking berkait”.
(vi) كالوطن المكان
Secara katawinya dapat kita fahami peribahasa Arab ini sebagai: tiada tempat seperti tanah
air (sendiri).
Untuk maksud itu kita pun ada ungkapan yang sama juga: “besar-besar istana raja, kecil-kecil
pondok sendiri” dan “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendir, lebih baik
negeri sendiri.
(vii) فماظلم أباه اشبه من
Peribahasa ini dapat dialihbahasakan menjadi: Barang siapa yang menyerupai ayahnya, dia
tidak akan menindas.
Ternyata peribahasa di atas menyentuh si ayah. Perkara ini menjadi perkara yang sejagat.
Kerana itu kita mengolah peribahasa kita sendiri: “Bagaimana acuan begitulah kuihnya,
bagaimana contoh begitulah gubahnya” dan “bapa borek anaknya rintik”.
26
(viii) بحجرواحد عصفورين يصيب
Peribahasa ini diterjemahkatawikan sebagai membunuh dua ekor burung dengan
(menggunakan) seketul batu. Jika dilihat dari segikata demi katanya, peribahasa ini sama
dengan peribahasa Inggeris to kill two birds with one stone. Adakah secara kebetulan sahaja
kedua-dua peribahasa itu sama, atau ada yang mengambil secara pinjam-terjemah daripada
yang lain, tidak dapat dipastikan.
Yang ketara dalam budaya kita, peribahasa di atas dapat kita padankan menjadi “sambil
menyelam minum air”.
2. Menggunakan teknik pinjam-terjemah, iaitu bukan saja kita meminjam terus kata demi
kata, malah meminjam pengertiannya sekali (semantic borrowing). Antara contohnya
termasuklah:
(i) الوجه ماء
Kita terjemahkanterus menjadi air muka. Begitu juga halnya yang berlaku dalam bahasa-
bahasa Islam yang lain seperti ab-i ruy dalam bahasa Parsi, dan yuzsuyu dalam bahasa Turki.
(ii) القلب عين
Kita menggunakan “mati hati”, yakni basirah yang terbuka apabila kalbu cukup bersih
daripada kekotoran dosa.
Tentang contoh yang berikut, penulis berkecenderungan untuk mengatakan bahawa kita
mengambilnya lebih awal daripada bahasa Inggeris meskipun “pinjam-terjemah” itu terjadi
juga dalam bahasa Arab.
(iii) العسل شهر
Kita meminjamterjemahkannya sebagai “bulan madu”. Yang ketara, sesuai dengan
perkembangan budayanya, orang Inggerislah yang cukup peka terhadap kegiatan ini. Mereka
menggelarnya honeymoon. Demikian juga halnya yang berlaku dalam bahasa lain seperti ماه
dalam bahasa Parsi dan (mah-i ‘asal) عسل balayi dalam bahasa Turki (bal = madu, ay =
bulan).
27
(iv) باردة حرب
Kita memperkenalkan ungkapan ‘perang dingin” dalam perbendaharaan kata kita. Dalam
bahasa Inggeris, ungkapannya ialah cold war.
(v) الكتب دودة
Menurut proses pinjam-terjemah yang kita laksanakan, peribahasa di atas menjadi “ulat
buku”; sementara dalam bahasa Inggeris kita lazim mendengar perkataan bookworm.
3. Memperjelas makna
Sukar bagi penulis, setakat ini, untuk memberi contohnya. Yang dapat diberikan ialah
bagaimana proses ini terjadi daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dan Arab.
Perkataan sweetheart dalam Inggeris diperjelas menjadi “kekasih” dalam bahasa Melayu, dan
habib/habibah dan ma’shuq/ma’shuqah dalam bahasa Arab. Demikian juga dengan perkataan
airline (bahasa Inggeris) yang diperjelas menjadi “syarikat penerbangan” (Melayu) dan sharikat
khutut hawaiyah (Arab).
4. Proses penggantian peribahasa. Maksudnya dalam bahasa sumber kita menemukan
ungkapan yang tidak figuratif, lalu kita menggantikannya dengan peribahasa atau
ungkapan yang figuratif. Antara contohnya termasuklah:
(i) تذكارية هدية
Peribahasa yang kita kemukakan untuk gantinya ialah “tanda mata”. Kini ada orang
menyebut “cendera hati” pula.
(ii) حيض
Memang kita menggunakan terjemahan katawinya: Haid. Namun tidak kurang yang
menggunakan peribahasa sebagai gantiannya, iaitu ‘datang bulan”.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK TIDAK TERJEBAK
Pada umumnya, permasalahan terjemahan idiom ini tidaklah ditemukan dalam setiap bidang
ilmu Islam. Hal ini demikian kerana permasalahan ini lebih menjurus kepada bidang
kesusasteraan, bahasa, sejarah, dan sosiologi. Terlalu sedikit idiom yang didapati dalam teks-teks
28
yang berhubungan dengan akidah, syariah, tasawuf dan sebagainya (memang ada, khususnya
yang menyentuh bidalan-bidalan yang dipetik daripada al-Quran dan al-Sunah).
Setiap penterjemah berusaha agar tidak terjebak ke dalam kancah silap terjemah idiom
Arab ini. Ada beberapa langkah yang dapat diambil untuk menghidarkan kesalahan terjemahan
ini.
1. Bertanya terus kepada penutur asli bahasa sumber itu. Langkah ini mudah jika otang arab
jati dapat terus kita hubungi.
2. Ganti bagi penutur asli ini ialah penutur asing, dengan syarat mereka ini sudah lama
tinggal dalam persekitaran kebudayaan Arab. Pengaruh alam persekitaran itu dijangka
sedikit banyak dapat membantu menjelaskan setengah-setengah idiom Arab.
3. Bertanya kepada rakan yang tidak pernah marah, iaitu buku atau kamus tertentu.
Sehubungan dengan kamus ini, bukan semua kamus yang dapat membantu kita
menyekesaikan permasalahan ini. Jadi hal ini mendorong kita bersikap berhati-hati supaya
memilih buku atau kamus yang paling sesuai. Untuk mendapatkan penjelasan tentang peribahasa
Arab, antara rujukan yang disarankan termasuklah seperti yang berikut:
1. ‘Abidin, ‘Abd al-Majid [1956?] al-Amthal fi al-‘Arabi al-Qadim. Cairo: Dar Misr lil-
tiba’ah.
2. Abu Humadah, Muhammad ‘Ali 1404/1984 al-Amthal al-‘ammiyah al-Filastiniyah. T.tp:
Maktabat al-muhtasb.
3. al-Ahdab al-Tarabulsi al-Hanafi, al-Shaykh Ibrahim ibn al-Sayyid ‘Ali. T.th. Faraid al-la’
al fi majma’ al-amthal. J.I. T.tp: t.p.
4. Ahmed, M. Ashiurakis. 1975. Libyan Proverbs. Tripoli: dar Al-Farjani.
5. ‘Ata ‘LIah, Samiyah. 1987. al-Amthal al-sha’biyah al-Misriyah. Beirut: al-Watan
al-‘Arabi.
6. Burckhardt, J.L. 1984. Arabic Provebs: the Manners and Customs of the Modern
Egyptians. Introduction by C.E. Bosworth. London: Curzon Press.
7. Dihkhuda, ‘Ali akhbar 1363HS. Amthal u hikam J. I-IV. Tehran Chap-khana-yi Sipahr.
8. Faraid al-adab fi al-amthal wa al-aqwal al-sa’irah ‘ind al-‘Arab. Dalam al-Munjid fi al-
Lughah wa al-a’lam. 1974. Beirut: Dar al-mashriq. Hlm. 970-1014.
29
9. Goitein, S.D. 1952. “The Origin and Historical Significance of the Present-Day Arabic
Proverb” dalam Islamic Culture. Januari hlm. 169-179.
10. Hajji, Muhammad dan al-Akhdar, Muhammad. Edit. 1401/1981. Zahr al-akam fi al-
amthal wa al-hikam lil-hasan al-Yusi. J.I. as-Dar al-Bayda’, Maghribi: Dar al-thaqafah.
11. Haqqi, Mamduh 1973. Al-Mathal al-muqaran bayn al-‘Arabiyah wa al-Inkliziyah. Beirut:
Dar al-najah.
12. Husayn, ‘Abd al-Razzaq. Edit. 1406/1986. Kitab al-amthal wa al-hikam li-Muhammad ibn
Abi Bakr ibn ‘Abd al-Qadir al-Razi. Amman: Dar al-bashir.
13. Al-Jamili, al-Sayyib. Edit. 1407/1987. al-Amthal min al-Kitab wa al-Sunnah li-abi
‘Abdi’Llah Muhammad ibn ‘Ali al-Hakim al-Tirmidhi. Beirut: Dar Ibn Zaydun.
14. Lunde, Paul dan Wintle, Justin. 1984. A Dictionary of Arabic and Islamic Proverbs.
London: Routledge &Kegal Paul.
15. M. Said. T.th. [cetakan ke-3]. Pepatah Persamaan Indonesia-Arab. Bandung: N.V.
Alma’arif.
16. Al-Maydani (Abu al-Fadl Ahmad ibn Muhammad al-Nisaburi-m. 518H). 1366HS.
Majma’ al-amthal. J. I-II. Tehran: al-Mu’awaniyah al-thaqafiyah lil-astanah al-ridawiyah
al-muqaddasah.
17. Muh. Abdai Rathomy. 1982. Peribahasa Bahasa Arab. Bandung: N.V. Alma’arif.
18. Qabbash, Ahmad 1401/1981. Majma’ al-hikam wa al-amthal fi al-shi’r al-‘Arabi. Beirut:
Dar al-jil.
19. Sabbagh, Isa Khalil, 1983 & 1985. As the Arabs Say…Arabic Quotations Recalled and
Interpreted. Washington D.C: Sabbagh Management Corporation.
20. Singer, A.P. (Mrs.) Pengumpul 1913 Arabic Proverbs. Diedit oleh Enno Littmann. Cairo:
F Diemer.
21. Sini, Mahmud Ismail; ‘Abd al-‘Aziz, Nasif Mustafa; dan Sulayman Mustafa Ahmad.
1992. Mu’jam al-amthal al-Arabiyah. J.I. Baghdad: Maktabat Lubnan.
22. Al-Tikriti, ‘Abd al-Rahman. 1391/1971. Jamharat al-aamthal al-Baghdadiyah. J.I.
Baghdad: Matba’at al-irshad.
23. Webster, Sheila Krieg. 1984. “The Shadow of a Noble Man: Honor and Shame in Arabic
Proverbs”. Disertasi Ph.D Universiti of Indiana.
30
24. Westermarck, Edward. 1930. Wit and Wisdom in Moroco: A Study of Native Proverbs.
London: George Routledge & Sons, Ltd.
25. Wortabet, John T.th. Arabian Wisdom. Lahore: Sh. Muhammad Ashraf.
26. Yetiy, Isaac. 1987. 1001 Proverbs from Tunisia. Preface by Hedi Bouraoui. Washington
D.C.: Three Continents Press, Inc.
Tentang terjemahan frasa idiomatik, penterjemahan perlulah melihat kamus – baik
ekabahasa mahupun dwibahasa – dengan teliti. Tidak semua kamus yang menyenaraikan
penggunaan satu-satu kata depan (harf al-jarr) untuk semua konteks. Ada beberapa kamus yang
baik (dwibahasa) yang menjelaskan ungkapan-ungkapan idiomatik dalam bahasa Arab, seperti:
1. Wehr, Hans. 1976. A Dictionary of Modern Written Arabic. Diedit oleh J. Milton Cowan.
Ithaca, NY: Spoken Language Services, Ins.
2. Ma’an Zalfu Madinah 1973. Arabic-English Dictionary of the Modern Literary
Language: New York: Pocket Books.
Untuk membantu bakat penterjemah dalam hal frasa idiomatik ini, Jabatan Pengajian
Arab dan tamadun Islam telah pun mengorak langkah. Pada sesi 1992/93 seorang mahasiswa
dibenarkan mengemukakan letihan ilmiah dengan memilih dan menterjemahkan frasa idiomatik
yang dimuatkan dalam kamus susunan Madinah di atas (b agi kata dasar yang berpangkalan
huruf hamzah hingga ra’). Untuk sesi 1993/94 ini, dua orang mahasiswa lagi menyambung usaha
tersebut untuk diselesaikan. Kami bercadang untuk mengedit semula latihan ilmiah itu dan
menerbitkannya bagi kemudahan para peminat bahasa Arab, khasnya yang berkecimpung dalam
bidang terjemahan.
Di samping kamus-kamus yang dinyatakan di atas, ada pula buku yang secara tidak
langsung dapat membantu para penterjemah mengatasi kebuntuan menterjemahkan setengah-
setengah frasa idiomatik Arab. Buku-buku yang dimaksudkan ialah:
1. Mu’jam al-ta’abir al-istilahiyah. 1985. Beirut: Maktabat Lubnan.
2. Yasin, ‘Abd al-Qadir Husayn. 1993. Mu’jam al-mufradat wa al-ta’abir al-ajnabiyah.
Beirut: Maktabat Lubnan.
31
PENUTUP
Daripada perbincangan ini dapat disimpulkan bahawa walaupun bahasa sumber (Arab) dan
bahasa sasaran (Melayu) tidak berkerabat atau tidak datang daripada keluarga bahasa yang sama,
malah bernaung di bawah payung budaya yang agak berbeza, namun masih dapat dicari padanan
idiom bahasa Arab dalam bahasa kita. Hal ini demikian kerana setiap bahasa mempunyai
lambang kias yang pada asasnya memiliki inti yang universal kerana bahasa berkembang
daripada hal-hal yang pokok juga, misalnya pengamatan persekitaran, pengalaman hidup, dan
sikap hidup orang yang menuturkannya. Dalam mencari padanan itu, sering diutamakan kaedah
ini: Tidak selalu serupa namun maknanya sama.
Moda-moga buat masa mendatang, dengan sumbangan daripada peminat terjemahan
Arab-Melayu ini, bakal penterjemah tidak lagi sering terhalang atau tersekat dalam kegiatan
mengerjakan terjemahan semata-mata kerana paduan beberapa perkataan yang kelihatannya
‘tidak dapat diterjemahkan”.
Bibliografi
Beeston, A.F.L. 1970. The Arabic Today. London: Hutchinson University Library.
Catford, J.C. 1965. A linguistic Theory of Translation. Oxford dan lain-lain: Oxford University Press.
Dixson, Robert J. 1971. Essential Idioms in English. London: Regents Publishing Co.
Kridalaksana, Harimurti 1984. Kamus Linguistik. Jakarta: PT Gramedia.
Korah, Elisabeth 1990. “Menerjemahkan Idiom”. Kertas kerja Seminar Terjemahan I, anjuran Fakultas Sastra, Universitas Indonesia pada 4-5 September, 1990.
Larson, Mildred L. 1989. Penerjamahan Berdasar Makna: Pedoman untuk Pemadanan Antarabangsa. Diterjemahkan oleh Kencanawati Taniran. Jakarta: Penerbit Arcan.
Muh. Abdai Rathomy 1982. Peribahasa Bahasa Arab. Bandung: N.V Alma’arif.
Nurachman Hanafi 1986. Teori dan Seni Menerjemahkan. Jakarta: Penerbit Nusa Indah.
Webster’s New Collegiate Dictionary 1977. Springfield, MA: G c. Merriam Company.
Beberapa buku tentang peribahasa Melayu.
32
PANDUAN MENERJEMAH (ARAB-MELAYU): KATA NAMA
Oleh Muhammad Fauzi Jumingan
PENGENALAN
Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama.
Lazimnya, perkataan tersebut menamakan orang, tempat, benda atau konsep (Nik Safiah Karim
el al. 1994). Misalnya, kata nama seperti Muhammad (nama), Kuala Lumpur (tempat), buku
(benda), dan keadilan (konsep). Dalam konteks terjemahan Arab-Melayu, menterjemahkan kata
nama bukanlah suatu kerja yang mudah. Walau bagaimanapun, penterjemahan kata nama
tidaklah sukar sehingga melemahkan penterjemah meneruskan usahanya (Muhammad Bukhari
Lubis et al. 1988). Oleh hal yang demikian, makalah ini mencuba menghuraikan beberapa
panduan dan teknik penterjemahan kata nama Arab-Melayu.
KATA NAMA KHAS
Kata nama khas lazimnya, merujuk kepada perkataan yang mengandungi makna nama orang,
haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, dan seumpamanya (Nik
Safiah Karim et al. 1994). Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf
besar. Misalnya, perkataan Fatimah (nama orang), Belang (haiwan), Arab (bangsa). Dan
Universiti Putra Malaysia (institusi). Sehubungan dengan itu, penterjemah Arab-Melayu mestilah
mengikuti teknik-teknik berikut sebagai pedoman untuk menterjemahkan kata nama khas Arab-
Melayu:
(1) Menukarkan huruf Arab ke huruf Rumi melalui satu proses yang diberi nama transliterasi
(Muhammad Bukhari Lubis et al. 1998). Transliterasi ialah pedoman khusus menulis
bahasa Arab dengan huruf Latin. Kaedah penulisan ini dipersetujui bersama oleh
Kerajaan Malaysia dan Pemerintahan Republik Indonesia serta menepati piawaian
transliterasi peringkat antarabangsa, antaranya termasuklah American Library
Association, Canadian Libraru Association, dan The Library of Congress (Ali Hj.
Ahmad 1981).
33
(2) Memulakan setiap nama khas yang telah diterjemahkan (atau ditransliterasikan ) dengan
huruf besar (capital letter). Hal ini bertujuan membezakannya daripada kata nama am
yang lazimnya ditulis dengan huruf kecil.
(3) Menggunakan padanan kata nama khas yang sudah ada dan yang lazim digunakannya
dalam bahasa Melayu. Biasanya, penggunaan kata nama khas seperti ini telah lama
mantap dan diterima pakai oleh orang ramai. Teknik yang ketiga boleh silih berganti
dengan kaedah transliterasi tadi. Antara contoh kata nama khas yang menepati teknik dan
padanan di atas termasuklah:
Transliterasi Arab – Rumi (Nama Orang)
ابن الخطاب عمر - ‘Umar ibn al-Khattab
األيوبي - الدين Salah al-Din al-Ayyubiy صالح
سينا - Ibn Sina ابن
رشد - Ibn Rusyd ابن
الخراساني - مسلم Abu Muslim al-Khurasani ابو
الصديق - بكر Abu Bakr al-Siddiq ابو
Umumnya, konsonan huruf Arab mempunyai padanannya dengan konsonan huruf rumi
(lihat Lampiran 1). Walau bagaimanapun, tidak semua konsonan tersebut bersamaan dan
sepadan. Jadi, beberapa tambahan terpaksa dilakukan seperti yang terdapat dalam Lampiran 1.
Sementara itu, sistem vokal bahasa Arab mempunyai vokal pendek, vokal panjang, dan
diftong (lihat Lampiran 2P. lantaran itu, penterjemah Arab-Melayu mestilah mengetahui dan
menguasai sistem transliterasi ini, sama ada konsonan mahupun vokal (termasukdiftong) dengan
baik.
Huruf Besar (Capital Letter)
Selain itu, penulisan kata nama khas mestilah ditulis dengan huruf besar (huruf pertama), pada
setiap leksikal kata, selepas ditransliterasikan. Antaranya termasuklah:
34
Nabil – نبيل
ربه Abd. Rabbih‘ – عبد
Abd. Al-‘Alim‘ – عبدالعليم
Kata nama khas ini mestilah ditulis dengan huruf besar (huruf pertama pada setiap
leksikal); tidak kira di mana kedudukannya, baik pada pangkalan ayat, pertengahan, mahupun
akhir ayat. Misalnya ayat:
المسجد إلى نبيل ذهب
(1) Nabil pergi ke masjid. (pangkal)
المسجد في ونبيل عبدالعليم صلى
(2) ‘Abd. Al-‘Alim dan Nabil bersembahyang di masjid itu.
(pertengahan)
نبيال عبدالعليم ضرب
(3) ‘Abd. Al-‘Alim telah memukul Nabil. (akhir)
Kata Nama khas (Nama Orang) yang Sudah Mantap
Dalam bahasa Melayu, terdapat juga kata nama khas yang sudah sedia mantap dan lazim
digunakan. Oleh itu, penterjemah Arab-Melayu bolehlah menggunakan teknik ini dalam
terjemahan. Misalnya:
Sulaiman (ataupun Sulayman) – سليمان
Daud (ataupun Dawud) – داود
فوزي Mohd. Fauzi (ataupun Muhammad Fauzi) – محمد
Anuar (ataupun Anwar) – أنوار
Zainab (ataupun Zaynab) – زينب
35
Penterjemah janganlah “terperangkap” untuk menterjemah maknma leksikal kata nama
orang tadi meskipun kata nama itu mendukung sesuatu makna. Tindakan penterjemah
mencuba menterjemah makna leksikal setiap perkataan kata nama orang tadi adalah
kesalahan besar. Misalnya:
Kejayaanku (sepatutnya Fawzi/Fauzi)فوزي -
األعلى Cahaya tertinggi/agung (sepatutnya: Nurulakla/Nurul al-‘Ala) - نور
Hamba yang pengasih (sepatutnya: Abd. Rahman/ʻAbd al-Rahman) - عبدوالرحمن
Kata Nama Khas (Tempat dan Bandar)
Dalam penterjemahan kata nama tempat dan bandar, penterjema Arab-Melayu boleh menerapkan
ketiga-tiga teknik sebelum ini (kata nama orang), antaranya termasuklah:
Transliterasi Arab-Rumi (Nama Tempat dan Bandar)
Terdapat beberapa contoh yang boleh diterapkan melalui teknik ini. Misalnya:
الحرام Masjid al-Haram - مسجد
النهضه Maktabat al-Nahdah - مكتبة
المصرية Al-Maktabah al-Misriyyah - المكتبة
المنورة Al-madinah al-Munawwarah - المدينة
اللحم Bayt a-Lahm - بيت
Al-Jaza’ir - الجزائر
Kata nama khas di atas, setelah ditrasliterasikan, mestilah ditulis dengan huruf besar
(huruf pertama leksikal), bagi membezakannya daripada kata nama am. Misalnya:
1. مصر فى المكتبة تقع
Al-Maktabah al-Misriyyah terletak di Mesir. (awal)
36
2. المصرية المكتبة إلى الطالبة من كتير ذهب
Ramai pelajar datang berduyun ke al-Maktabah al-Misriyyah. (hujung)
Kata Nama Khas (Nama Tempat) yang Telah Mantap
Dalam bahasa Melayu, terdapat juga kata nama khas yang bermaksud tempat dan digunakan
sejak sekian lama. Dalam hubungan ini, penterjemahan Arab-Melayu boleh menggunakan kata
nama khas tersebut sebagai padanan yang sejadi dalam terjemahannya. Misalnya seperti:
Kaherah (ataupun al-Qahirah) – القاهرة
Algeria (ataupun al-Jazai’r) – الحزائر
England (ataupun Injitra) – انجلترا
السعودية العربية Arab Saudi (ataupun al-Mamlakah al-Arabiyyah al-Saudiyyah) - المملكة
Tripoli (ataupun Tarablus) – طرابلس
Jordon (ataupun al-Urdun) – األردان
Walau bagaimanapun, satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian oleh penterjemah
ialah kesilapan menterjemah maksud kata nama khas tersebut. Hal ini demikian kerana terdapat
kata nama tempat, bandar, dan negara dalam bahasa Arab yang mengandungi makna leksikalnya.
Oleh itu, penterjemah tidak perlu “terjebak” untuk menterjemah makna leksikal kata nama khas
tersebut. Misalnya:
الحم Bayt al-Lahm (*rumah daging) – بيت
Algeria/ al-Jazai’r (*gugusan kepulauan) – الجزائر
Khartum/ al-Khartum (*belalai gajah) – الخرطوم
Riyadh/ al-Riyad (*taman bunya/syurgawi) – الرياض
Kata Nama Am
37
Kata nama ialah perkataan yang merujuk kepada benda, perkara, dan konsep yang umum
sifatnya (Nik Safiah karim et al. 1994). Misalnya, perkataan seperti kasut, pen (benda), iklim,
udara, panas (perkara), kedamaian, dan kesejahteraan (konsep). Dalam konteks terjemahan Arab-
Melayu, ada teknik tertentu untuk menterjemahkan kata nama am ini. Antaranya termasuklah:
(1) Menterjemahkan makna leksikal bahasa sumber ke bahasa sasaran secara langsung.
Penterjemahan kata nama am ini mestilah berdasarkan kesepadanan ataupun keserupaan
yang paling hampir dan yang sejati mungkin (Ainon Muhammad 1985). Dalam mencari
kesepadanan yang paling hampir, teori analisis komponen makna dapat diterapkan (Nida
1964). Dalam konteks ini, penggunaan tesaurus amatlah digalakkan. Misalnya, perkataan
,yang mempunyai komponen makna dalam bahasa/budaya Melayu seperti masjid المصلى
surau, bilik sembahyang, musolla, balai sah (dialek Terengganu).
(2) Menulis huruf awal setiap perkataan yang telah diterjemahkan dengan huruf kecil bagi
membezakannya daripada kata nama khas.
(3) Memastikan partikel yang lazimnya bermaksud kata nama khas (alif lam ma’rifat) ال
diterjemahkan menjadi kata nama. Walau bagaimanapun, perkara ini didasarkan pada
konteks dan situasi ujaran ayat.
Antara contoh yang dapat diterapkan berdasarkan teknik di atas termasuklah:
(i) المصلى فى صليت
Aku bersembahyang di surau/musolla/bilik sembahyang/masjid.
Dalam bahasa Arab, perkataan المصلى secara harfiah, bermaksud, tempat sembahyang.
Oleh itu, kata ini mempunyai komponen makna seperti surau, musolla, bilik sembahyang, dan
masjid. Oleh itu, penterjemah bertanggungjawab memilih kesepadanan yang paling hampir dan
yang paling tepat bagi perkataan المصلى berdasarkan konteks dan situasi ujaran ayat.
(ii) العمارة فى ساكنا كنت
Saya tinggal di pangsapuri/apartmen/kondominium/rumah pangsa.
Dalam budaya/ bahasa Arab, العمارة bermaksud rumah ataupun tempat tinggal yang
bertingkat-tingkat struktur binaanya. Oleh itu, perkataan العمارة mempunyai komponen makna
seperti pangsapuri, apartmen, kondominium, rumah pangsa, flat, dan seimpamanya. Penterjemah
38
Arab-melayu hendaklah memilih kesamaan (equivalence) dan keserupaan (resemblance) yang
paling hampir dan yang sejadi mungkin dalam bahasa Melayu.
Setelah leksikal kata teks sumber diterjemahkan, maka padanannya dalam teks sasaran
(bahasa Melayu) mestilah ditulis dengan huruf kecil. Antaranya termasuklah:
(iii) ذكي طالب علي
Ali pelajar pintar. (pelajar ditulis dengan huruf kecil).
(iv) جديدة سيارة اشتريت
Aku membeli kereta baru. (kereta ditulis dengan huruf kecil).
Kata Sandang
Dalam bahasa Arab terdapat perkataan yang didahului oleh kata sandang al-(ال) tetapi bukan
bermaksud kata nama khas. Lazimnya perkataan tersebut mengandungi makna konsep atau
dengan kata lain dikenal sebagai kata nama abstrak (mujarad) (Asmah Hj. Omar 1993).
Misalnya, sila lihat ayat yang berikut
(1) األنسان فى الصفات أفضل من العدل
(Berlaku adil (keadilan) adalah satu sifat yang mulia bagi manusia).
(2) للحياة ضرورية األنسانية
(Sifat manusiawi (kemanusiaan) perlu dalam kehidupan).
(3) االسالم فى مذمومة األنننية
(Sifat keakuan (individualistik) dikeji oleh Islam).
(4) والرحمن األنسان من الخطاء
(Kesilapan itu daripada manusia; kemaafan itu daripada Allah).
Kata Nama Kelompok
Kata nama jenis ini ialah salah satu aspek penting dalam sintaksis bahasa Arab. Kata nama ini
tidak banyak mempunyai persamaan dengan kata nama jamak dalam nahu Melayu khususnya
dari segi bilangan. Walau bagaimanapun, kata nama ini, dalam nahu Melayu tetap digolongkan
sebagai kata nama am. Misalnya, perkataan جمهرة (rakyat jelata), جمهور (orang ramai), جيش
(tentera), dan حيوان (haiwan) (Muhammad Bukhari Lubis et al. 1998).
39
Dari segi terjemahan, penterjemah masih boleh menggunakan teknik terjemahan kata
nama am yang diterangkan sebelum ini. Antaranya termasuklah menterjemah makna leksikal
sasaran teks sumber ke bahasa sasaran secara langsung serta menulis huruf awal leksikal yang
telah diterjemahkan dengan huruf kecil. Contohnya ayat yang berikut:
1. هنالك إلى الناس من جمهرة ذهبت
Rakyat jelata pergi ke sana.
2. األستاذ داخل إلى الجمهور اندفع
Orang ramai menyerbu masuk ke stadium.
3. عظيما نصرا الشعب جيش أحرز
Angkatan tentera telah mencapai kejayaan yang cemerlang.
Kata Nama Terbitan
Kata nama terbitan ialah kata nama yang terhasil daripada proses menggandingkan imbuhan-
imbuhan kata nama pada kata-kata dasar. Kata nama ini tergolong dalam kategori kata nama am
(Nik Safiah Karim et al. 1993). Misalnya, perkataan yang berikut:
Tawa – Tertawa (ter+tawa)
Ikut – Ikutan (Ikut+an)
Berangkat – keberangkatan (ke+berangkat+an)
Ibu bapa – keibubapaan (ke+ibu bapa+an)
Dalam nahu bahasa Arab, kata nama inidikenal sebagai al-Masdar ( (المصدر yang
lazimnya terdiri daripada kata nama am seperti (penulisan) الكتابة (pembacaan) القراءة dan
.(Hassan 1966) .(penyaksian) المشاهدة
Dalam konteks terjemahan Arab-Melayu, kata sandang al- (ال) seperti pada الكتابة (al-
kitabah) tidak perlu diterjemahkan menjadi kata nama khas, meskipun al- adalah penanda kata
nama khas . Sila lihat ayat yang berikut:
(1) النجاح مفتاحا هما والقراءة الكتابة
(Pembacaan dan penulisan itu kunci kejayaan.)
40
(2) الجهود بذل إلى يحتاج النجاح
(Kejayaan itu memerlukan pengorbanan)
(3) إجباريا المحاضرة إلى الحضور
(Kehadiran dalam kuliah adalah wajib.)
Walau bagaimanapun, ada stu perkara yang menarik perhatian. Dalam nahu Melayu,
terdapat kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama, iaitu apabila kata kerja tersebut menjadi
subjek ayat. Oleh itu, ayat di atas tadi dapat diterjemahkan menjadi:
1-a. Membaca dan menulis itu (subjek) kunci kejayaan.
2-a. Menghadiri kuliah (subjek) adalah wajib.
3-a. Mencari kejayaan itu (subjek) memerlukan pengorbanan.
KESIMPULAN
Sebenarnya, penterjemahan kata nama Arab-Melayu tidak terlalu sukar. Penterjemah Cuma perlu
berhati-hati agar tidak tersilap. Kesilapan sering terjadi apabila transliterasi dilakukan. Hal ini
demikian kerana banyak penulis (termasuk penterjemah) terikut-ikut bunyi sebutan asal
perkataan Arab. Oleh itu, buku pedoman transliterasi Arab-Rumi terbitan DBP dapat digunakan
sebagai rujukan.
41
LAMPIRAN 1
HURUF ARAB HURUF LATIN HURUF ARAB HURUF LATIN
ا -
ب b ط t
ت t ظ z
ث th ع c
ج j غ gh
ح h ف f
خ kh ق q
د d ک k
ذ dh ل l
ر r م m
ز z ن n
س s و w
ش sy ه h ھ
ص s ء ٬
ض d ى y
ة t
LAMPIRAN 2
VOKAL PENDEK VOKAL PANJANG DIFTONG
a — a —
i — i — ay —
u — u — aw —
42
LAMPIRAN 3
Laras Bahasa Sastera (Karya Kreatif)
Teks sumber:
! " : ألجب دمي؟ على وتحرض تحقرنى أن وعندك أبيك عند ونفعهم آبائي وحق عليك حقي من أكان فضل له قال األمين أخاه به أغرى وكان ربيع بن بالفضل المأمون ظفر لما
فأنت " منك غيري ماوسع عفوك من عنى يضيق فال الذنوب؟ وقبحته العيوب أخفته إذا فكيف جليا واضحا كان إذا بحقك عذري إن ياأميرالمؤمنين فقال بي؟ فعلته ما بك أفعل
" : مجرما العفوالناس من كأنه حتى األجرام عن صفح فيك الشاعر قال "كما
Teks Sasaran (Terjemahan):
Tatkala al-Ma’mun menangkap al-Fadl bin Rabi, beliau telah menggunakan al-Fadl
sebagai bahan hasutan (provokasi) terhadap saudara kandungannya al-Amin dengan berkata:
“Wahai al-Fadl! adakah patut kau menghina dan mencaciku. Malah lebih daripada itu kau sanggup untuk membunuhku;meskipun keturunanku membuat kebaikan
kepada ayahmu dan dirimu juga? adakah kau juga mahu aku melayani karenahmu sama seperti kau melayani karenah musuhmu?” al-Fadl segera menjawab: “Wahai
Tuanku (amir al-Mu’minin)! Keampunanmu (kebaikan) boleh membuatkan kuiri hati. tapi bagaimana kalau kemaafan itu diselaputi dosa dan noda? Jadi, ampunilah
daku wahai Tuanku; sebagaimana kau mengampuni kesalahan orang selainku. Kau ibarat madah pujangga: “Kau sungguh pemaaf; meskipun kau tidak pernah
mengenali musuhmu???”.
Kosa Kata
menghasut; provokasi; membangkitkan rasa marah; على أغرى؛حرض
mencaci; menghina; mencela; تسبني حقر تحقرنى
membunuh; menumpahkan darah; rدمي على حرض
dipaliti; disaluti; diselaputi; dicemari; وقبحته أخفته
Laras Bahasa Akhbar (ekspositori)
Teks Sumber:
السياحة معمد
يناير يضم ١٩٦٢فى سياحي معمد أول كما ٣٠أنشئ الوافدينز استقبال في يكون مثقف جيل لتخريج عامين لمدة واللغات العامة والعالقات الجامعات خريجي من طالبة
السائحين ... من المذيد واجتذاب السياحية الخدمة مستوى لرفع خريجيالجامعات من والمرشدات المرشدين من محموعة ألعداد تدريبية دارسة نظمت
43
Teks Sasaran
Pada Januari 1962, buat pertama kalinya, sebuah institut pelancongan telah ditubuhkan.
Institut tersebut mengandungi seramai tiga puluh siswazah universiti yang berdaftar dengan
tujuan untuk mempelajari subjek yang berkaitan dengan pelancongan seperti komunikasi umum,
pengiklanan, dan komunikasi bahasa. Kursus tersebut dijalankan selama dua tahun. Antara
objektif penubuhannya adalah untuk melahirkan generasi yang berbudaya yang mampu
menyambut kehadiran pelancongan asing dengan mesra.
Di samping itu, beberapa kursus latihan telah direncanakan dengan tujuan untuk
menyediakan sekumpulan pelatih (pemandu pelancong), khususnya siswazah universiti, yang
mampu mengangkat taraf perkhidmatan pelancong. Selain itu juga, kumpulan perintis ini nanti
dapat menarik minat lebih ramai pelancong datang melawat.
Kosa Kata
Terdiri daripada; mengandungi; يضم
Generasi madani; generasi berbudaya/berilmu; مثقف جيل
Siswazah/graduan universiti; الجامعات خريجي
Menyambut kehadiran pelancong asing/orang luar/pelawat; الوافدين استقبال
Laras Bahasa Iklan (Ekonomi)
Teks Sumber:
( ) : الحاويات لتداول شركة البحري للنقل العام الققطاع هيئة البحري والنقل والمواصالت النقل وزارة
الشركة مع للتعاقد بعروضها بالتقدم العالمية بالمواني الحاويات وتداول تسويق مجال فى المتخصصة العالمية الخبرة وبيوت الشركات الحاوويات لتداول دمياط شركة تدعو
رات عما الكائن ومقرها الشركة إدارة من والمواصفات الشروط كراسة على الحصول للمتقدم ويمكن دمياطز دمياء بميناء لحاوياتالترائزيت التويقية القيامبالعملية على
رقم الموافق ٤٩العرايس األشنين يوم تحدد وقد راميكي دوآل مائة مبلغ سداد مقابل وذلك دمياط البرمحافظة المظاريف ١٣الساعة ١٩٨١ينايرا ١٩رأس لفتح موعدا ظهرا
44
Teks Sasaran:
Kementerian Pengangkutan, Perhubungan Awam, dan Maritim:
Firma Pengangkutan Kargo Dimyat
Firma pengangkutan kargo Dimyat menjemput syarikat dan firma antarabangsa
yang berpengalaman luas dalam bidang p[emasaran dan pengendalian kargo di pelabuhan untuk
mengemukakan tawaran (permohonan) tender kepada bahagian operasi, transit, dan
pengendalian kontena yang berpusat di Pelabuhan Dimyat.
Semua dokumen tender boleh didapati di pejabat pentadbiran syarikat yang
terletak di No. 49, Ra’s al-Bar, wilayah Dimyat. Setiap permohonan mestilah disertakan bayaran
sebanyak USD 100. Permohonan sebut harga boleh dibuat di pejabat syarikat pada hari Isnin
bersamaan 19 januari 1981, tepat jam 12 tengah hari.
Kosa Kata
Menjemput; mempelawa; mengajak; تدعو
Pengendalian kargo/kontena; الحاويات تداول
Firma syarikat antarabangsa yang berpengalaman luas; وبيوت الشركات
Dokumen tender; surat tawar-menawar; العالمية الخبرة
Sebut harga; المظاريف فتح
45
Bibliografi
Asmah Hj. Omar 1993. Nahu Melayu Mutakhir (edisis keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Masi, ‘Abd. ‘Alim al-Sayyid dan ‘Abdullah Abd. Raziq Ibrahim t.t. al-Tarjamah: Usuluha wa mabadiu’ha wa tatbiqatuha. Riyad: Dar al-Marikh.
Muhammad Bukhari Lubis et al. 1998. Penterjemahan Arab Melayu-Arab: Peraturan dan Dasr (Terjemahan dan Adaptasi). Serdang: Penerbit UPM.
Nik Safiah Karim et al. 1994. Tatabahasa Dewan (Edisi Baharu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
__________________1998. Pedoman Transliterasi Huruf arab ke Huruf Rumi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hassan, Muhammad ‘Abd. Raziq 1996. Dirasattaqabudiyyah bayna al-‘Arabiyyah wa al-Malayuwiyyah. Kuala Lumpur: Penerbit A.S. Noordeen.
Ainon Muhammad 1985. Panduan Menterjemah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nida, Eugene A. 1964. Toward A Science of Translating. Leiden: E.J. Brill.
All Hj. Ahmad 1981 (cetakan ke-2). Kaedah Transliterasi Huruf Arab ke huruf Latin. Bangi: Perpustakaan UKM.
Ainon Muhammad dan Abdullah Hassan 1996. Kamus Terjemahan Inggeris-Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications Distributors Sdn. Bhd.
46
PENTERJEMAHAN KATA GANTI NAMA ARAB-MELAYU SATU PANDUAN.
Oleh Muhammad Fauzi Jumingan
Pengenalan
Salah satu aspek nahu yang mempunyai kesan yang besar dalam terjemahan ialah penggunaan
kata ganti nama (seterusnya KGN). Baik dalam nahu Melayu mahupun nahu Arab, KGN ini
mempunyai rumus tersendiri yang perlu diketahui oleh penterjemah. Oleh itu, dalam mekalah
ini, beberapa teknik asas penterjemahan KGN Arab-Melayu akan cuba dijelaskan bagi
memudahkan penterjemahan Arab-Melayu.
Definisi Kata Ganti Nama
Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am
(Nik Safiah Karim et al. 1994: 103). Manakala Asmah Hj. Omar mentakrifkan KGN sebagai
kata yang berdiri di tempat kata nama. Dengan hal yang demikian, KGN boleh berfungsi sebagai
subjek dan objek ayat (Asmah Hj. Omar 1993: 77).
Secara umumnya, KGN nahu Melayu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu KGN tunjuk dan
KGN dirir. Ganti nama diri pula terbahagi dua; KGN orang dan KGN tanya. Manakala KGN
orang terbahagi kepada tiga; diri kedua dan diri ketiga. Yang berikut ini diperincikan
pembahagian KGN tersebut:
KGN tunjuk
Kata Ganti Nama (KGN) KGN diri tanya
KGN diri pertama
KGN diri orang kedua
ketiga
Keadaan yang sama terdapat juga dalam nahu Arab. Dalam nahu Arab, ada tiga KGN yang
mempunyai konsep dan bentuik yang sama seperti dalam rumus nahu Melayu. Ganti nama
47
tersebut ialah KGN diri ( ,(الضمائر KGN tunjuk ( ءشارة اآل ,(اسم dan KGN tanya ( ضمير
:Misalnya, KGN seperti yang berikut .(al-Muallifun, t.th: 16) (اآلشفهام
KGN diri
Mereka (maskulin) هم - saya أنا -
Kami/kita dia (maskulin) نحن - هو-
dia (feminin) هي-
KGN tunjuk
Itu (maskulin) ini (maskulin) ذلك- هذا -
Itu (feminin) ini (feminin) تلك - هذه -
KGN tanya
Siapa (orang) من-
Apa (benda) ما-
Di mana (tempat) أين-
Kata Ganti Nama Diri (Orang)
Kata ganti nama diri (KGN diri) ialah ganti nama yang menggantikan ataupun mewakilkan diri
tertentu. KGN diri ada tiga: diri pertama, diri kedua, dan diri ketiga. KGN diri pertama ialah
orang yang sedang bercakap seperti saya dan kami. KGN diri kedua pula ialah diri orang yang
dilawan atau diajak bercakap seperti awak, kamu, anda. Sementara KGN diri ketiga ialah diri
orang atau sesuatu perkara yang diperkatakan/ dibualkan seperti dia, mereka, dan ia (benda tidak
bernyawa) (Muhammad Bukhari Lubis, Mohd. Fauzi, Khairunnawa 1998: 40)
Oleh hal yang demikian, kaedah penterjemahan KGN diri ini, dalam konteks terjemahan Arab-
Melayu, adalah seperti yang berikut:
1. Terjemahan sahaja secara langsung maksud yang terkandung dalam KGN diri teks
sumber, sama ada bermaksud diri pertama, kedua, ataupun ketiga.
48
2. Perhatikan juga (perlu diambil kira) gender KGN diri berkenaan sama ada maskulin atau
feminin. Dalam hal ini, teks sasaran perlu menyebut gender KGN diri tersebut.
3. Tekankan konsep bilangan KGN diri berkenaan, sama ada kata mufrad, duaan, mahupun
kata jamak (lebih daripada dua orang/benda).
4. Tulis perkataan KGN diri tadi dengan huruf kecil (melainkan pada pengkal ayat) kerana
ia tergolong dalam kata nama am (Nik Safiah Karim et al., 1994: 103). Walau
bagaimanapun, perkara ini tertaluk pada konteks sesuatu ayat itu diujarkan. Sekiranya
teks sumber (bahasa Arab) bermaksud kata nama khas, maka KGN tersebut perlu ditulis
dengan huruf besar (huruf pertama sahaja) dalam teks sasaran (bahasa Melayu).
Perhatian:
Teknik yang kedua dan ketiga perlu ditekankan kerana bahasa Arab sememangnya bersifat
demikian. Jika perkara ini tidak dilakukan, maka kesetiaan penterjemah terhadap teks sumber
telah diabaikan . Dan jika berlaku, maka ia adalah satu “jenayah” yang besar dalam disiplin
terjemahan. Hal ini demikian kerana penterjemah tidak setia dan amanah terhadap teks sumber.
Antara contoh yang dapat diperhatikan, berdasarkan teknik di atas, adalah seperti yang berikut:
1. البيت إلى أذهب أنا
Saya pergi ke rumah itu.
2. المدرسة ألى يذهب هو
Dia (maskulin) pergi ke sekolah (itu).
3. غدا ستسافر هي
Dia (feminin) akan berangkat esok.
4. الشيء عن تنحدث أنت
Kamu (maskulin) ada mengatakan sesuatu (perkara).
5. الرسالة تسلموا هم
Mereka (maskulin) menerima sepucuk surat.
6. اليء عن ثان تتحدو أنتما
Kamu (maskulin/derbua) ada mengatakan sesuatu (perkara).
49
Perhatian:
Kesemua KGN diri di atas (teks Arab) berada dalam kasus nominatif (مرفوع) . Ia boleh menjadi
subjek ayat.
Contoh yang dapat diperhatikan ialah:
7. االمتحان فى نجحوا الذين هم إنهم
Sesungguhnya merekalah (maskulin) yang telah berjaya dalam peperiksaan tersebut.
8. الكلب ضربت التي هي إنها
Sesungguhnya dialah (feminin) yang memukul anjing itu.
9. األمر نتسائل نحن الممكن ومن
Barangkali kita boleh memperkatakan (mempersoalkan) perkara tersebut.
Perhatian:
Dalam contoh ayat kesembilan, Asmah Hj. Omar ada membezakan KGN diri kita dengan kami.
KGN kami bermaksud diri pertama jamak yang mempunyai bentuk eksklusif (menyisihkan
orang kedua). Manakala KGN kita ialah diri pertama jamak yang mempunyai bentuk inklusif
(memasukkan orang kedua) (Asmah Hj, Omar 1994; 79). Oleh itu, penterjemah Arab-Melayu
harus menitikberatkan perkara ini.
Kata Ganti Nama Diri (Tanya)
Kata ganti nama diri tanya ialah perkataan yang merujuk kepada benda atau orang dalam bentuk
tanya. Dalam rumus nahu Melayu, ada tiga jenis KGN tanya, iaitu:
Apa - merujuk kepada benda/perkara
Siapa - merujuk kepada orang
Mana - merujuk kepada benda/orang
Adakalanya KGN tanya ini mengalami proses penggandaan. Misalnya:
Apa - apa-apa
Mana - mana-mana
50
Siapa - siapa-siapa (sesiapa)
Semetara itu, dalam nahu Arab, KGN diri tanya ini dikenal sebagai damai’r al-istifham ( ضمائر
االستفهام ). Kata ini berfungsi sebagai KGN yang digunakan dalam soalan (Hamsi, Hikmat,
t.th: 85). Ganti nama jenis ini terbahagi kepada dua kategori utama; KGN untuk orang dan KGN
untuk orang/benda. Umpamanya:
siapa من -
untuk siapa لمن -
Manakala KGN untuk benda/orang adalah seperti yang berikut:
yang mana أي -
apa(kah) -ماذا
Dan secara umumnya, ada hampir 12 KGN tanya dalam nahu Arab (Budayrah, Mahdi 1976: 23).
Antaranya termasuklah:
bila متى -
di mana أين -
bagaimana كيف -
mengapa لماذا-
apakah ماذا-
berapa كم-
dari mana - أين من
ke mana - أين إلى
Teknik Terjemahan KGN Tanya
Yang berikut ini merupakan beberapa teknik penterjemahan KGN tanya Arab-Melayu yang
dapat dijadikan pedoman.
51
Antaranya termasuklah:
1. Terjemahkan secara langsung makna dan maksud KGN tanya teks sumber. Dalam
konteks ini konsep gender, maskulin dan feminin, tidak perlu ditekankan. Begitu juga
halnya dengan konsep bilangan, iaitu kata mufrad, duaan, dan jamak.
2. Penterjemah dapat menambah partikel-kah sebagai kata penegas untuk KGN tanya dalam
bahasa sasaran.
Umpamanya contoh yang berikut:
10. تريد؟ ماذا
Apa(kah) yang kamu (maskulin) mahu?
11. هذا؟ فعل من
Siapa(kah) yang melakukan perkara tersebut?
12. هنا؟ يكون من
Siapa(kah) yang berada di sini?
13. تريده؟ الكتاب اي
Apa(kah) buku yang kamu (maskulin) hendak?
14. سنفعل؟ ماذا
Apa(kah) yang akan kita lakukan?
Perhatian:
Kesemua KGN tanya dalam contoh ayat di atas, teks sasaran, merupakan subjek ayat. Walau
bagaimanapun, ciri pertanyaan ini akan gugur apabila KGN tanya tersebut digunakan dalam ayat
selapis (Asmah Hj. Omar 1993: 85). Contohnya ayat yang berikut:
15. الرجل هذا من نعرف لم
Kami tidak kenal siapa(kah) lelaki ini.
16. العمل هذا فعل من نعلم
Kita tahu siapa yang membuat kerja ini.
17. تشاء ما إفعل
Buatlah apa yang kamu mahu. (kata kerja suruhan)
52
Perhatian:
Ada satu lagi jenis KGN tanya dalam rumus nahu Melayu, iaitu kata keterangan tanya. Kata ini
dibentuk daripada kata sendi (harf al-jarr) bersama-sama dengan KGN tanya. Misalnya, frasa
dengan siapa, dari mana, kepada siapa (Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan 1988: 20).
Umpamanya ayat yang berikut:
18. قادم أنت أين من
Dari mana kamu (maskulin) datang?
19. ذاهب هو أين إلى
Ke mana dia (maskulin) pergi?
Kata Ganti Nama Petunjuk
KGN tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung makna benda
atau perkara yang dirujuk (Nik Safiah Karim et al. 1994: 104). Ganti nama dengan jelas
menunjukkan rujukan berdasarkan ukuran jamak (Asmah Hj. Omar 1993: 84). Ada dua KGN
tanya, iaitu ini untuk jarak dekat dan itu untuk jarak jauh. KGN tunjuk ini dapat menjadi objek
dan subjek ayat (ibid. 84). Misalnya:
1. Ini kerbau (subjek).
2. Jangan ambil itu (objek).
Sementara itu, dalam rumus nahu Arab, terdapat juga konsep KGN tanya ini. Cuma yang
membezakan kedua-dua konsep KGN tunjuk ini ialah nahu Arab lebih menekankan konsep
bilangan: mufrad, duaan dan jamak. Walau bagaimanapun, pembahagian dari segi jarak, iaitu
jarak dekat dan jarak jauh masih tetap sama. Antara KGN tanya dalam nahu Arab termasuklah:
ini (maskulin, mufrad) هذا -
ini (feminin, mufrad) هذه-
itu (maskulin, mufrad) ذلك-
itu (feminin, mufrad) تلك-
53
Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa teknik yang harus dipatuhi oleh penterjemah.
Antaranya termasuklah:
1. Terjemahkan terus maksud KGN tunjuk tersebut, sama ada jarak dekat mahupun jarak
jauh.
2. Tekankan (perlu disebut) konsep gender dan bilangan (jika ada) dalam teks sasaran.
Contohnya ayat-ayat yang berikut:
20. قبعتي هذه
Ini topi saya. (jarak dekatP
21. ممتع الكتاب هذا
Buku ini menarik. (jarak dekat)
22. بيتك ذلك
Itu rumah kamu. (maskulin)
23. كتبك تلك
Itu buku-buku kamu. (maskulin/jamak)
24. ذائف ذلك ولكن صحيح هذا
Ini betul, tetapi itu palsu.
Kata Ganti Nama Relatif
Ada satu lagi bentuk KGN dalam nahu Arab yang harus diambil kira oleh penterjemah Arab-
Melayu. Ganti nama ini dinamakan KGN relatif. KGN relatif ini berfungsi menghubungkan dua
ayat inti menjadi satu ayat berlapis. Ia bertugas menggantikan kata nama (Hamsi, Hikmat, t.th:
92). KGN ini dikenal juga sebagai KGN penyambung (damir al-wasl). Antara KGN relatif yang
terdapat dalam rumus nahu Arab termasuklah:
(maskulin, jamak) الذين (makulin, mufrad) الذي
(feminin, jamak) الالتي (feminin, mufrad)التي
Sementara itu, dalam nahu Melayu, konsep ini dikenal sebagai kata hubung relatif (Asamah Hj.
Omar 1993: 20). Kata hubung relatif dalam nahu Melayu menghubungkan klausa utama dengan
satu klausa kecil lain (nik Safiah Karim et al. 1994: 240).
54
Contohnya:
1. Budak yang sedang membaca itu adik saya.
Ayat ini terdiri daripada dua ayat, iaitu:
1a. Budak itu sedang membaca.
1b. budak itu adik saya.
2. Saya membeli baju yang berwarna hijau itu.
Ayat ini terdiri daripada dua ayat, iaitu:
2a. saya membeli baju.
2b. baju itu berwarna hijau.
Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa teknik yang dapat diterapkan dalam penterjemahan
KGN relatif ini. Antaranya termasuklah:
1. Terjemahkan kesemua KGN relatif yang terdapat dalam bahasa Arab menjadi yang.
2. Konsep gender dan bilangan tidak berfungsi dalam penterjemahan KGN relatif ini. Oleh
itu, konsep tersebut tidak perlu disebut oleh penterjemah dalam teks sasaran. Memadailah
diterjemahkan menjadi yang sahaja.
Umpamanya ayat yang berikut:
25. ابنتي هي تلعب التي الفتاة
Budak perempuan yang sedang bermain di sana itu anak saya.
26. طالبي هم نجحوا الذين الطلب
Para pelajar yang berjaya itu anak murid saya.
27. أبي األبيض ذوالشعر الذي الرجل
Lelaki yang berambut putih itu (beruban?) bapa saya.
28. جدا جميلة تربيها التي القطة
Kucing yang awak (maskulin) pelihara itu sangat cantik.
55
Kata Ganti Nama Refleksif
Ada satu lagi KGN yang perlu diberi perhatian oelh penterjemah Arab-Melayu, iaitu KGN
refleksif. Penggunaan KGN refleksif ini banyak terdapat dalam teks dan wacana bahasa Arab.
Antaranya yang lazim digunakan dalam wacana Arab termasuklah:
diri pertama (mufrad) نفسي-
diri kedua (mufrad) نفسك-
diri ketiga (mufrad) نفسه-
diri pertama (jamak) أنفسنا-
KGN seperti ini tidak terdapat dalam rumus nahu Melayu. Walau bagaimanapun, konsep
penggunaannya terdapat dalam wacana bahasa Melayu. Asmah Hj. Omar mentakrifkannya
sebagai KGN kendiri (Asmah Hj. Omar 1994: 81). Ganti nama ini menunjuk kepada diri sendiri.
Maksudnya diri kita sendiri yang melakukan sesuatu kerja atai perkara tersebut.
Ada beberapa teknik yang dapat diterapkan. Antaranya termasuklah:
1. Terjemahkan kesemua KGN refleksi ini, dalam teks sumber, menjadi makna sendiri.
2. Tekankan konsep penggunaan gender, bilangan, dan status ganti nama diri seperti diri
pertama, diri kedua, dan diri ketiga.
Contohnya ayat yang berikut:
29. بنفسي فعلتها
Saya sendiri yang melakukannya.
30. بنفسك فعلتها
Kamu (feminin) sendiri yang membuatnya.
31. بأنفسهم فعلوها
Mereka (maskulin) sendiri yang melakukannya.
56
Kata Ganti Nama Milik
Ada satu lagi KGN dalam nahu yang dianggap mempunyai fungsi yang besar dan memberi kesan
yang mendalam dalam disiplin terjemahan. Ganti nama ini dinamakan KGN milik. KGN ini
terletak selepas sesuatu kata nama yang berada dalam kedudukan genitif (al-idafah). Misalnya
KGN yang berikut:
aku, ku ي-
kamu, mu (feminin, maskulin) - ك, ك
dia, nya (feminin) ىها-
dia, nya (maskulin) ىه-
kami, kita نا-
kamu (maskulin/jamak) كم-
mereka (maskulin) هم-
dalam nahu Melayu, ada sedikit persamaan dari segi KGN milik ini. Cuma yang lebih menarik
dalam nahu Melayu ialah konsep penggunaan bentuk klisis sebagai salah satu bentuk KGN milik.
Bentuk klisis ialah bentuk lemah dalam penggunaan KGN. Dengan kata lain, bentuk klisis
merupakan singkatan daripada bentuk utuh sesuatu KGN. Misalnya, KGN dia menjadi nya,
kamu menjadi mu, dan aku menjadi ku (Asmah Hj. Omar 1993: 81).
Antara cara penterjemahan KGN milik ini termasuklah:
1. Terjemahkan sahaja maksud yang terkandung dalam KGN teks sumber.
2. Di samping itu, tekankan konsep penggunaan gender, bilangan, dan status KGN tersebut.
3. Biasakan penggunaan bentuk klisis dalam terjemahan KGN milik.
Antara contoh yang berikut:
32. كتابك هذا
Ini kitab kamu/mu (maskulin).
33. علي اسمه
57
Nama dia/nya (maskulin) Ali.
34. ملكي وهو كتابي ذلك
Itu buku aku. Ia milikku.
35. ملككك وهي سيارتك تلك
Itu kereta kamu. Ia milikmu i(maskulin).
36. ملكهم وهي مدرستهم هذه
Ini sekolah mereka (maskulin). Ia milik mereka.
Perhatian:
Bentuk klisis ini dikenal juga sebagai KGN singkat. Ada tiga KGN singkat dalam bahasa
Melayu, iaitu kau, ku, dan mu (singkatan KGN engkau, aku, kamu). Ganti nama ini mestilah
ditulis rapat dengan kata yang diterangkannya, sama ada di pangkal kata kerja atai di hujung kata
nama (Gaya Dewan Edisi Ketiga 1995: 56). Manakala KGN Allah pula hendaklah dimulai
dengan huruf besar dan dipiosahkan oleh tanda sempang jika ditulis di hujung kata nama.
Misalnya:
Bimbinglah hamba-Mu, Ya Allah.
Kesimpulan
Penterjemahan KGN Arab-Melayu tidaklah begitu sukar. Walau bagaimanapun, penterjemah
mesti berhati-hati semasa membuat terjemahan. Aspek gender (maskulin, feminin), bilangan
(mufrad, duaan, jamak), dan status KGN tersebut (seperti diri pertama, kedua, ketiga) mestilah
ditekankan oleh penterjemah. Aspek-aspek ini dikira penting kerana memberi kesan dan
pengaruh yang besar dalam teks sasaran.
Penterjemah mestilah juga mencuba mengekalkan nilai komunikatif teks sumber dan
memindahkannya ke dalam teks sasaran sebaik mungkin. Dalam hal ini, kesetiaan terhadap teks
sumber amat diperlukan agar maksud dapat disampaikan dengan sempurna dan menyeluruh.
Sebagai pedoman, penterjemah Arab-Melayu harus merenung madah pujangga Melayu ini:
“Terjemahan itu ibarat sebuah hutan belantara: dari jauh kelihatan cantik dan menarik (dengan
kehijauan dan kepelbagaian flora dan faunanya). Tetapi apabila diselusuri hutan tersebut, rupa-
rupanya penuh onak dan duri”.
58
BIBLIOGRAFI
Ahmad Warson Munawir t.th. al-Munawwir: Kamus Arab-Indonesia. Yogyakarta: Pondok Pesantren al-Munawir.
Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan. 1996. Kamus Terjemahan Inggeris-Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Asmah Hj. Omar 1993. Nahu Melayu Mutakhir: Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Budayrah, Mahdi 1976. Qawaid al-Tarjamah: Min wa Ila al-lughah al-inkliziyyah. Dimasyq: Makhtabat al-Razi.
Gaya Dewan Edisi Ketiga 1995. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hamsi, Hikmat (ed), t.th. al-Turjuman al-Syamil fi al-Lughatayn: al-Arabiyyah wa al-Inkliziyyah. Beirut: Dar al-Syarq al-Arabiyy.
Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan 1994. Nahu Melayu Moden. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Mansi, Abd. Al-Alim al-Sayyid dan Ibrahim, Abdullah Abd. Al-Raziq, t.th. al-Tarjamah: Usuluha wa Mabadiuha wa Tatbiqatuha. Riyad: Dar al-Marikh.\
Muhammad Bukhari Lubis, (Dr.) Mohd. Fauzi Jumingan, dan Khairunnawa Mohamed 1998. Penterjemahan Arab-Malayu-Arab: Peraturan dan Dasar (Edisi Terjemahan dan Adaptasi). Serdang: Penerbit UPM.
Nik Safiah Karim et al. 1994. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tesaurus Bahasa Melayu bewan 1998. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Al-Uslub al-Sahih fi al-Tarjamah: Fi al-Lughatayn: al-Arabiyyah wa al-Inkliziyyah. Beirut: Dar Maktabat al-Hayah.
59
LAMPIRAN 1
Laras Bahasa Ilmiah (Ekspositori)
األدب
, هي المام فغاية العامز سبيل فى سبيله أن على الوجود في ما كل األدب يتناول
. , تصوير فغايته األدب أما ومستقرئا مجربا العالم يبحث اليها وتوصال الراهنة الحقيقة
محلآل الحس بعين األرض الى ينظر مثال البحاثة العالم نرى فبينما الشخصي االختبار
, ينظر الفنان األديب نرى الجيولوجية ظواهرها وشارحا أومفسرا المادية عناصرها
ويخاظبها يخفق وقلب تتحرك بروح فيها فيحس الخيال بعين .اليها
Sastera
Sastera mencakup semua perkara yang ada di dalam dunia ini. Cumanya cara pendekatan sastera
tidak sama dengan pendekatan ilmu Sains. Matlamat Sains ialah realiti fakta. Dan untuk
mencapai matlamat ini, saintis perlu membuat penyelidikan dan penelitian. Sementara matlamat
bidang Sastera pula adalah untuk memaparkan (mengimaginasikan) pengalaman seseorang.
Oleh itu, kita dapat melihat bagaimana saintis, misalnya, memerhatikan bumi dengan penuh
realiti. Di samping itu, mereka mencuba menganalisis unsur kejadian alam dan menafsirkan
fenomena geologinya [seperti putaran bumi dan pasang surut air laut]. Di pihak yang lain pula,
kita dapat melihta seniman [seperti sasterawan, dramatis, pelukis] merenung dunia ini
mempunyai roh yang sentiasa bergerak dan memiliki hati yang berperasaan. Lantaran itu
mereka mahu berbicara dengan alam ini…
Laras Bahasa Sastera (Karya Kreatif)
" , وأنت نكفر تضحكين وأنت نضج إنحن أتاتك أطول وما األرض أيتها ماأكرمك
بالكوثرز, وجوهنا تغسلين وأنت بالدم وجهك نضع تقدسينز وأنت ندنس تباركين
منها لنكوني عناصرنا تتناولين وأنت والقذائق المافع منها لنصنع عناصرك تتناول
والزتابق "...الورود
Monolog Terhadap Alam
60
“…Alangkah mulianya dirimu duhai alam! Kami berteriak ketakutan tapi kau tertawa. Kami
banyak mencerca tapi kau berdoa untuk kerahmatan. Kami membuat onar tapi kau berteleku
penuh kekudusan. Kami lumuri wajahmu dengan titisan darah merah. Tapi kau menyucikan raut
wajah kami dengan kejernihan air bersih. Kami menggunakan isi kejadianmu untuk mencipta
peluru dan senapang. Tapi kau memanfaatkan kami untuk menumbuhkan ros dan teratai…”
Alih bahasa daripada buku: االنكليزية اللغة والى من الترجمة قواعد
(Mahdi Budayrah)
61
Penanda Wacana dalam Terjemahan Arab-Melayu: Satu Analisis Ketenunan Teks.8
Oleh Muhammad Fauzi Jumingan.
Pengenalan
Bermula dari dekad 1960-an hingga pertengahan dekad 90-an, tumpuan perbincangan disiplin
terjemahan semakin berkembang. Banyak teori terjemahan diperkenalkan oleh pelbagai tokoh
dan aliran terjemahan. Perbincangan ini merangkum semua aspek linguistik, seperti semantik,
pragmatik, sintaksis, dan psikolinguistik. Walau bagaimanapun, kajian tentang bidang
terjemahan mula tertumpu pada hal yang lebih relevan, iaitu konsep pertautan idea dalam wacana
(kohesi dan koheren).
Isu pertautan idea sebenarnya melihat kebolehan penterjemah, menjelmakan mesej teks sumber
dalam teks sasaran. Pemindahan isi teks sumber sahaja tidak memadai jika penterjemah tidak
mempunyai kebohan menyusun dan menggabungkan isi tersebut.
Oleh sebab itu, makalah ini mencuba memperlihatkan kekuatan penanda wacana dalam
penyusunan dan penstrukturan keutuhan suatu wacana, khususnya teks terjemahan. Analisis
terhadap kerya terjemahan teks agama (Arab-Melayu) dilakukan dengan menggunakan kerangka
teori Halliday dan Hasan (1976).
Pernyataan Masalah
Masalah yang sering dihadapi dalam penterjemahan Arab-Melayu, khususnya teks agama, ialah
penyusunan idea dan maklumat. Penterjemah kerap menghadapi kesukaran untuk menyusun dan
mengatur idea atau maklumat yang dipindahkan itu dalam teks sasaran. Oleh sebab itu, dalam
teks terjemahan sering kali ditemukan ketaksinambungan antara suatu ayat dengan suatu ayat
berikutnya atau antara suatu perenggan dengan suatu perenggan lain (Che Mohd. Arif 1996).
8 Makalah ini asalnya kertas kerja yang dibentangkan pada Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-7 di Hotel de Palma pada 6-8 Disember 1999.
62
Selain itu, penterjemah yang “terlalu setia” dengan teks sumber sering mengabaikan
kesinambungan idea.
Aspek ketenunan teks (kohesi) yang ditunjangi oleh penanda wacana mestilah ditekankan oleh
penterjemah. Aspek ini begitu penting dalam wacana terjemahan keranan ketenunan teks
merupakan ciri yang menentukan wacana tersebut berpaut secara linguistik dan konsepsi
(Hasuria Omar 1998). Jika aspek ini diabaikan, huraian dan penerangan akan menjadi terputus-
putus. Hal ini menyebabkan pembaca sukar memahami teks terjemahan tersebut. Misalnya:
“…Yusof pergi ke padang. Yisof bermain bola sepak dengan kawan-kawannya.
Itulah aktiviti kegemarannya setiap petang. Hari hujan, dia tidak bermain.
Hujanteduh walau hanya setengah jam sahaja, dan tetap pergi jua…”
Idea dalam petikan di atas tidak begitu jelas. Setiap ayat seolah-olah menyatakan suatu perkara
yang tidak berkaitan. Ayat dalam petikan menyebabkan pembaca sukar memahami jalan
ceritanya. Masalah ini dapat diatasi dengan mudah jika penanda wacana digunakan. Misalnya:
“…Yusof pergi ke padang. Seterusnya dia bermain bola sepak dengan kawan-
kawannya. Itulah aktiviti kegemarannya setiap petang. Jikalau hari hujan dia tidak
bermain. Sekiranya hujan teduh, meskipun hanya setengah jam sahaja, dia tetap
pergi jua…
Bibliografi
Awang Mohamad Amin. 1994. Beberapa Masalah Penterjemahan Ganti Nama Bahasa Arab Kepada bahasa Melayu. Jurnal Dewan Bahasa. hlm 269-274
Muhammad Bukhari Lubis. 1994. Menterjemahkan Idiom Bahasa Arab ke Dalam Bahasa Melayu: Beberapa Pengamatan. Jurnal Dewan Bahasa. hlm 47-52
Muhammad Fauzi Jumingan. 1999. Panduan Menterjemah (Arab-Melayu): Kata Nama. Jurnal Dewan Bahasa. hlm 154-162
Muhammad Fauzai Jumingan. 1999. Penterjemahan Kata Ganti Nama Arab-Melayu Satu Panduan. Jurnal Dewan Bahasa. hlm 991-1003
Muhammad Fauzi Jumingan.2000. Penanda Wacana dalam Terjemahan Arab-Melayu: Satu Analisis Ketenunan Teks*. Jurnal Dewan Bahasa. hlm 587-601.
63
Muhammad Fauzi Jumingan. 2003. Penterjemahan Teks Agama Memperkasa Bahasa Melayu. Jurnal Dewan Bahasa. hlm 44-49.