jurnal refleksi.docx m 11

4
JURNAL REFLEKSI MINGGU 11 (13 APRIL 2015 – 17 APRIL 2015) saya mendapati masalah utama pada minggu ini yang perlu saya beri perhatian terlebih dahulu ialah keadaan dan kebersihan kelas. Hal ini kerana, keadaan kelas dan kebersihan menjadi salah satu aspek penting dalam menjalani pembelajaran. Mengikut Rosnini Abu dan Ramlah Hamzah dalam buku Pedagogi 1 (1998), salah satu factor yang mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran murid ialah suasana dan iklim bilik darjah.Salah satu aspek yang perlu diambil berat dalam mewujudkan iklim bilik darjah yang baik ialah suasana fizikal. Penyelidikan menunjukkan suasana fizikal bilik darjah member sumbangan kepada tahap pembelajaran murid. Guru perlu memastikan susun atur di dalam bilik darjah mesti teratur dan kelengkapan bilik darjah yang mencukupi sebelum memulakan sesi persekolah atau pengajaran dan pemelajaran. Selain itu, guru perlu memastikan bilik darjah

Upload: aslam-shamm

Post on 03-Dec-2015

26 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

academic

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal Refleksi.docx m 11

JURNAL REFLEKSI

MINGGU 11

(13 APRIL 2015 – 17 APRIL 2015)

saya mendapati masalah utama pada minggu ini yang perlu saya beri perhatian

terlebih dahulu ialah keadaan dan kebersihan kelas. Hal ini kerana, keadaan kelas dan

kebersihan menjadi salah satu aspek penting dalam menjalani pembelajaran.

Mengikut Rosnini Abu dan Ramlah Hamzah dalam buku Pedagogi 1 (1998),

salah satu factor yang mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran murid ialah

suasana dan iklim bilik darjah.Salah satu aspek yang perlu diambil berat dalam

mewujudkan iklim bilik darjah yang baik ialah suasana fizikal. Penyelidikan

menunjukkan suasana fizikal bilik darjah member sumbangan kepada tahap

pembelajaran murid. Guru perlu memastikan susun atur di dalam bilik darjah mesti

teratur dan kelengkapan bilik darjah yang mencukupi sebelum memulakan sesi

persekolah atau pengajaran dan pemelajaran. Selain itu, guru perlu memastikan bilik

darjah berada dalam keadaan bersih dan sesuai untuk mengadakan proses pengajaran

dan pembelajaran.

Page 2: Jurnal Refleksi.docx m 11

Analisis:

Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh:

a)    Kesedaran murid tentang kebersihan kelas dan diri sendiri berada ditahap

yang amat rendah.

b)   Kepentingan kebersihan kelas dan diri bagi pembelajaran amat kurang dalam

diri setiap murid.

c)    Tiada sifat tanggungjawab dalam diri setiap murid untuk menjaga kebersihan

kelas.

d)    Sikap malas dalam diri murid untuk membersihkan kelas.

e)    Sikap sambil lewa murid-murid terhadap kebersihan kelas.

Cadangan:

a)    Saya akan meminta murid-murid mengutip sampah yang berada di bawah meja dan di

sekeliling mereka selepas bacaan doa.

b)    Saya memperuntukkan 2 minit untuk murid-murid membersihkan kelas dan bersedia

untuk sesi pangajaran dan pembelajaran.

c)    Menasihatkan murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan dalam Islam.

d)    Saya cuba memberi motivasi dan kesedaran kepada murid-murid dengan membuat

hubungkait di antara kebersihan, proses belajar dan kehidupan mereka sekiranya boleh

dan bersesuaian.

Page 3: Jurnal Refleksi.docx m 11

Tempoh Masa:

20 april 2015 – 24 april 2015 (1 Minggu)

Tindakan Susulan:

Saya akan merekod perkembangan kerbersihan kelas dalam jurnal refleksi akan

datang.

Penilaian Kejayaan:

Penilaian kejayaan ini akan dicatat selepas setiap seminggu projek ini bermula.

...............................................

..............................................................................................

........................................................

..............

Tandatangan Pelajar Guru Tandatangan Guru Pembimbing Tandatangan Pensyarah Penyelia

Nama: Nama: Nama:

Tarikh: Tarikh: Tarikh: