kenaliusahawanberjaya.files.wordpress.com€¦ · web viewperkataan usahawan dalam bahasa inggeris...
TRANSCRIPT
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
PENGENALAN
Apabila membincangkan topik perniagaan, kita tidak dapat lari daripada
bercakap mengenai keusahawanan kerana keusahawanan adalah teras dan tunjang
perniagaan. Seorang usahawan adalah pencetus idea baru dan pencipta keluaran
baru. Dia cuba memasarkan idea ataupun keluaran barunya. Perkataan usahawan
dalam bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada perkataan Perancis iaitu
entreprende yang bermaksud memikul tugas, tanggungjawab atau mencuba. Kamus
Webster’s New World menyatakan usahawan ialah seorang yang mengorganisasi
dan mengurus pengambilalihan, mengandaikan risiko untuk demi keuntungan.
Menurut Kuratko dan Hodgetts keusahawanan ialah satu proses inovasi dan
penciptaan perniagaan baru melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi,
persekitaran dan proses- dibantu oleh jaringan kerajaan, pendidikan, persekitaran
dan institusi-institusi. Kao pula mentakrifkan keusahawanan sebagai satu proses
mencipta sesuatu yang baru (kreatif) dan berbeza (inovatif) bagi tujuan mencipta
kekayaan untuk individu dan menambah nilai kepada masyarakat.
Individu yang melibatkan diri dalam bidang keusahawanan mempunyai
perancangan terhadap objektif dan matlamat yang ingin dicapai. Hal ini demikian
kerana untuk menjadi usahawan yang berjaya bukanlah sesuatu yang mudah tetapi
dapat dikecapi oleh usahawan yang gigih dan bersungguh-sungguh. Minat dan
kepuasan diri, pencapaian matlamat, keselamatan, status dan kuasa adalah faktor
yang mendorong penyertaan individu dalam bidang keusahawanan.
Usahawan adalah pengerak dan pemangkin ekonomi negara. Antara
kepentingan keusahawanan ialah meningkatkan kadar per kapital pengeluaran dan
pendapatan, mencipta produk baru dan memberikan perkhidmatan untuk memenuhi
kehendak manusia serta meningkatkan peluang pekerjaan kepada masyarakat.
Sesebuah negara tidak akan mencapai taraf sebagai negara maju sekiranya tidak
mempunyai usahawan yang berjaya serta berdaya saing yang tinggi.
Konsep usahawan dan keusahawanan membawa satu definisi serta
perspektif yang sangat luas. Usahawan adalah individu yang mempunyai ciri-ciri
istimewa yang dapat membezakan mereka dengan individu lain. Setiap individu
1
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
berpeluang untuk mengecapi kejayaan sebagai seorang usahawan kerana ciri-ciri
keusahawanan yang ada pada kebanyakan usahawan bukanlah dilahirkan secara
semula jadi, tetapi adalah disebabkan faktor-faktor seperti mempunyai daya inisiatif
dan kejayaan yang tinggi, lokus kawalan dalaman yang tinggi serta berkeyakinan
terhadap kebolehan dirilah yang menjadikan mereka berjaya.
Oleh itu, dalam tugasan kali ini kami akan menjelaskan mengenai ciri-ciri
usahawan berjaya dan tokoh usahawan yang terdapat bukan sahaja di dalam malah
di luar negara untuk dijadikan sumber inspirasi bersama.
2
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
TUGASAN 1
A. CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA
1) Mempunyai Rangkaian Perniagaan Yang Luas (Networked)
Secara umumnya, rangkaian perniagaan atau perniagaan networking adalah
urusan perniagaan dan komunikasi dalam satu atau lebih syarikat. Rangkaian
adalah salah satu pemangkin dalam mengembangkan sesebuah perniagaan kerana
sekiranya usahawan mempunyai rangkaian yang baik mereka akan mudah
memperoleh sokongan dan kerjasama dalam kalangan rangkaian mereka.
Rangkaian juga boleh dikatakan sebagai strategi hasil daripada hubungan yang
pernah dibina bersama orang perseorangan atau syarikat tertentu atau dalam
bahasa mudahnya ialah ‘kenalan’. Ini bermankna senarai sumber tambahan bagi
perniagaan kita boleh dibina dan ditambah melalui pergaulan. Pada zaman yang
semakin modern ini, kita sebagi usahawan hendaklah tidak hanya menetapkan
target khusus kepada dalam negara sahaja tetapi juga hendaklah melihat peluang
luar negara. Jadi salah satu cara untuk mengembangkan perniagaan ke luar negara
dengan mudah dan lebih efisien ialah dengan mempunyai rangkaian di mana-mana
sahaja.
Terdapat beberapa kelebihan jika mempunyai rangkaian yang baik seperti dapat
meningkatkan accessibility atau kemudahan mencapai kepada usahawan tersebut.
Rangkaian ini sebenarnya boleh dibina secara langsung atau tidak langsung dari
sumber nyata atau tidak nyata. Sebagai contoh sumber nyata ialah dalam bentuk
sokongan kewangan atau pemindahan teknologi manakala dalam aspek tidak nyata
ialah dari segi sokongan moral atau kepercayaan. Seterusnya ialah dapat
mengekalkan atau meningkatkan reputasi seseorang usahawan. Reputasi ialah
kebolehan seorang usahawan untuk menunjukkan ciri kepimpinan atau kebolehan
mempengaruhi orang lain. Sekiranya seseorang usahawan itu mempunyai reputasi
yang baik, ini akan memudahkan dia menarik perhatian rakan untuk masuk ke dalam
rangkaian perniagaannya dan seterusnya menjadi salah satu sumber
mengembangkan perniagaan.
Oleh yang demikian, seorang usahawan itu hendaklah menjadikan strategi
rangkaian ini sebagai platform untuk berjaya. Kebanyakan professional bebas dan
3
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
pemilik kecilan telah menggunakan pendekatan ini dan hasilnya mereka dapat
mengurangkan kos dan masa penyebaran maklumat dengan adanya rangkaian.
Usahawan yang boleh dikategorikan sebagai memmpunyai dan memanfaatkan
prinsip perniagaan networked ialah usahawan dan penyanyi nombor 1 Malaysia iaitu
Dato’ Siti Nurhaliza. Sepanjang kerjaya beliau dalam dunia hiburan, beliau telah
memenangi pelbagai anugerah berprestij seperti Grand Prix Champion dan digelar
Voice of Asia. Pada 30 Mac 2010, beliau telah mengumumkan pelancaran produk
kecantikan dan kosmetik jenamanya sendiri yang dikenali sebagai SimplySiti. Sejak
awal SimplySiti berada di pasaran, ia telah mendapat sambutan yang amat
menggalakkan di seluruh negara termasuk dari negara jiran.
Datuk Siti memanfaatkan pengalaman beliau selama menjadi duta kepada
beberapa jenis produk seperti Maybeline dan Pantene. Beliau melihat potensi jika
beliau sendiri memperkenalkan satu produk dan menjadi duta utama produk
tersebut. Tambahan lagi beliau merupakan seorang yang dikenali ramai. Datuk Siti
dikatakan memnagamalkan perniagaan networked kerana beliau sendiri dikenali di
peringkat dunia, mempunyai ramai peminat dan teman. Ini merupakan kekuatan
beliau kerana beliau boleh memperoleh kepercayaan ramai dalam produk SimplySity
secara mudah. Produk SimpliSiti juga sangat cepat menembusi pasaran
antarabangsa dek kerana mempunyai jenama seorang penyanyi popolar. Tambahan
lagi, kehadiran suami beliau yang dikenali sebagai Datuk Khalid sebagai rakan
kongsi yang berpengalaman luas dalam bidang perniagaan amat membantu
kejayaan produk SimplySiti. Sebagai seorang alhi perniagaan yang berpengalam,
pastinya Datuk Khalid mempunyai kenalan dan hubungan yang luas dan pelbagai.
Kita boleh lihat di sinilah ciri networked itu ditunjukkan. Produk baru seperti
SimplySiti pada ketika itu mempunyai sokongan dari segi moral, tenaga kerja,
nasihat dan maklumat oerniagaan dari figura yang mempunyai nama dalam dunia
perniagaan.
Selain itu, Datuk Siti juga menggunakan jaringan perniagaan iaitu manejalinkan
hubungan perniagaan dengan agensi dari luar negara. Hal ini produk SimplySiti ini
dihasilkan dengan teknologi Korea yang juga merupakan satu ciri istimewanya.
Bahan-bahan yang digunakan juga adalah dari Korea yamg sememangnya terkenal
dengan kepakaran dalam penghasilan kosmetik. Hasil daripada jaringan ini, beliau
4
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
dapat menjenamakan produknya sebagai produk antarabangsa. Jaringan
perniagaan syarikat SimplySiti ini bukan sahaja boleh dilihat dalam kalangan syarikat
gergasi lain sahaja tetapi juga mereka telah mewujudkan hubungan perniagaan
yang baik bersama pelanggan dengan mengambil dan berkongsi testimoni
pelanggan secara bersama. Kesannya, pelanggan sendiri merupakan badan yang
terlibat dalam memperkenalkan produk tersebut.
Akhir sekali, SimplySiti juga menggunakan jaringan awam dalam
mempromosikan rangkaian produk mereka. Jaringan awam ini termasuklah surat
khabar dan internet sebagai medium utama untuk mendekati pelanggan. Dengan
status kewangan yang boleh dikategorikan sebagai baik membolehkan SimplySiti
mempromosikan produk mereka secara besar-besaran.
(Dato’ Siti Nurhaliza)
2) Mengambil Risiko (Open risk taker)
Kerjaya sebagai usahawan sememangnya dipandang tinggi oleh masyarakat.
Bahkan 9/10 rezeki itu adalah melalui perniagaan. Pada hari ini, terdapat ramai
kelompok masyarakat khususnya golongan muda yang mula menjinakkan diri dalam
dunia perniagaan malahan ada yang sanggup berhenti kerja atau belajar semata-
mata untuk memulakan perniagaan sendiri yang ditafsirkan sebagai sesuatu yang
lumayan. Sikap seperti ini perlu dipuji kerana mereka berani mencuba dan
5
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
mempunyai semangat yang tinggi tetapi mereka harus sentiasa cakna akan risiko
yang menanti. Dalam setiap perniagaan, sudah menjadi lumrah untuk duiji dengan
masalah-masalah seperti mengalami kerugian, tidak mendapat sambutan mahupun
mendapat kritikan masyarakat.
Kita harus sentiasa beringat bahawa untuk menjadi usahawan berjaya adalah
perlu untuk kita bermula dari bawah dan seterusnya semakin berkembang.Namun
begitu, usahawan bukanlah merupakan seorang yang sanggup menbambil risiko
secara membabi buta tetapi sebenarnya usahawan berjaya merupakan seorang
yang telah dapat menjangkakan dan mengabil kira segala risiko yang bakal dihadapi
sepanjang perniagaan. Secara ringkasnya, usahawan ini adalah orang yang
sanggup berhadapan dengan cabaran dan berani mencuba sesuatu yang baru.
Usahawan juga merupakan manusia biasa jadi mereka juga tidak mengetahui apa
yang akan terjadi pada masa hadapan dan disinilah peluang yang patut direbut oleh
setiap usahawan. Sebagai contoh menjual sesuatu produk yang baru dan belum
pernah diperkenalkan.
Namun begitu, kita harus mengetahui bahawa masih ada usahawan yang
memilih untuk berhadapan dengan risiko yang menanti kerana mungkin bagi mereka
pengalaman itu mematangkan seseorang.
Seorang tokoh yang kami bawakan ini jelas menunjukkan ciriciri berani
berhadapan dengan risiko. JIka ditanya kepada masyarakat adakah mereka
mengenali wanita hebat yang bernama Datuk Dr Maznah Hamid? Mungkin hanya
sebahagian dari kumpulan tersebut yang mengenali beliau. Hal ini kerana beliau
merupakan seorang wanita pertama di Malaysia yang mengetuai syarikat kawalan
keselamatan. Lazimnya bahagian kawalan keselamatan diletakkan di bawah
pengurusan kaum lelaki namun Datuk Dr Maznah tidak menjadikan isu gender
sebagai satu masalah.
Sejarah mengatakan bahawa beliau memulakan perniagaan beliau hanya
dengan modal sebanyak RM 5000 dan lima orang pegawai. Pada awal penubuhan
Securiforce, beliau telah mneghadapi pelbagai rintangan antaranya beliau sendiri
pernah turun padang sebagai pekerja untuk menyelesaikan kerja-kerja mengumpul
bil, peronda dan juga sebagai pegawai keselamatan. Bagi beliau semua yang
6
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
dihadapi olehnya itu adalah permulaan kepada kejayaan beliau. Kini beliau telah
membuka hampir 64 buah cawangan dengan pekerja yang mencapai hampir 6000,
ratusan senjata api dan beberapa kenderaan perisai. Perkhidmatan yang ditawkan
bukan sahaja terhad kepada pengawal statik tetapi juga menjangkau kepada logistik,
tunai dalam transit, keselamatan elektronik, penghantaran kargo dan logistik
berteknologi tinggi, perkhidmatan trak perisai, serta pelbagai perkhidmatan lain.
Falsafah kejayaan dan pencapaian beliau yang dapat kita contohi ialah beliau
percaya bahawa "the main capital in business is yourself ". Beliau membawa prinsip
"we should produce a workload more than what we are paid for, as in the end, we
will be rewarded much more than what we have done". Prinsip ini telah membawa
kepada kejayaan utama dalam kerjaya perniagaan beliau. Faktor kejayaan beliau
adalah didorong oleh kekuatan diri, usaha gigih dan tidak gentar menghadapi risiko
dalam melakukan sesuatu perkara. Kejayaan beliau dianggap sebagai model
usahawan yang berjaya dan beliau juga diberi gelaran “The Iron Lady”
Konklusinya, Datuk Wira Dr Maznah Hamid merupakan seorang usahawan
yang berani mengambil risiko dalam perniagaan. Buktinya telah dinyatakan di mana
walaupun beliau meupakan seorang wanita tetapi beliau tetap meneruskan
perkidmatan menyediakan servis keselamatan sehingga berjaya mendapat
kepercayaan ramai. Seterusnya beliau telah mengambil risiko mengembangkan
servisnya ke peringkat antarabangsa yang mana beliau sendiri sedia maklum akan
bersaing dengan lebih banyak syarikat gergasi. Kini syarikat Securiforce merupakan
jenama Malaysia yang diiktiraf dunia dan kita seharusnya berbangga dengan
kejayaannya.
7
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
(Datuk Wira Dr Maznah Hamid)
3) Berorientasikan Kumpulan (Team Oriented)
Seseorang usahawan yang berjaya haruslah mempunyai ciri yang
berorientasikan kumpulan. Hal ini kerana bekerja dalam kumpulan banyak memberi
impak kepada kemajuan sesebuah perniagaan. Melalui kumpulan usahawan akan
memperolehi pendapat dan idea daripada rakan kongsi yang lain bagi memperbaiki
kelemahan dalam sesebuah perniagaan. Bekerja dalam kumpulan amat berkait
rapat dengan masyarakat bagi mencapai matlamat dan objektif dalam sesebuah
perniagaan. Rakan kongsi memainkan peranan yang penting dalam sesebuah
perniagaan sebagai contoh rakan kongsi dapat memberikan sumbangan dari segi
wang dan tenaga serta jaringan. Sesebuah perniagaan, usahawan dan rakan kongsi
perlulah mempunyai sikap integriti iaitu kejujuran, kerjasama, amanah dan toleransi
antara satu sama lain. Sikap integriti ini mampu memperoleh kebaikan kepada
semua pihak. Kebiasaannya, 20 orang yang pertama dalam pekerja anda bakal
menentukan tahap kejayaan perniagaan atau syarikat yang anda mahu bina dan
kembangkan. Ada usahawan yang kekal berniaga bertahun-tahun tanpa mempunyai
masalah kerana ia memiliki kumpulan pekerja yang dipercayai. Oleh itu, kita sebagai
usahawan perlulah bijak memilih pekerja.
Tokoh usahawan yang berjaya di Malaysia yang menggunakan ciri
berorientasikan kumpulan ialah Haji Ismail Ahmad (Haji Ismail Group HiG Langkawi
Holdings Sdn Bhd). HiG Langkawi Holding Sdn Bhd adalah syarikat bumiputera
sepenuhnya dan telah diperbadankan secara rasmi pada 16 november 2009
dibawah Akta Syarikat 1965. Haji Ismail telah menubuhkan syarikat ini bagi
menguruskan perjalanan dan hala tuju anak-anak syarikat supaya berjalan dengan
lancar. Haji Ismail juga mempunyai misi agar syarikatnya dapat menjadi sebuah
syarikat pioneer dan mampu bersaing di pasaran global. HiG ini mempunyai 3 anak
syarikat dan 1 syarikat berkaitan pengarah iaitu Perniagaan Haji Ismail Group Sdn
Bhd, HiG Property Sdn Bhd dan HiG Travel & Tours Sdn Bhd Haji Ismail
menggunakan ciri berorientasikan kumpulan ini apabila beliau bekerjasama dengan
ahli keluarganya sendiri sebagai pemegang saham terpenting dalam syarikat
tersebut.
8
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
(Haji Ismail Ahmad)
4) Pemerhatian (Observant)
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2004), pemerhatian membawa maksud
seseorang yang memberikan perhatian ataupun yang mengikuti perkembangan
terhadap satu perkara. Usahawan observant ini selalunya tahu merangka pelan,
menganalisis situasi dan mengambil setiap peluang yang ada.
Ciri-ciri ini dapat dilihat dalam diri seorang usahawan tempatan kita iaitu Dato
Ramli Bin Mokni. Beliau berasal dari Sekinchan, Selangor. Dahulunya beliau hanya
bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasaraya di ibu kota pada tahun 1970-
an. Kebanyakkan pada masa itu, makanan sejuk beku tidak pasti adakah ianya halal
atau haram. Bermula dari situasi inilah, beliau memerhati maka tercetuslah satu idea
baharu untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang dijamin halal untuk umat
islam khususnya di negara ini. Jenama produk ini “Ramly” dan ianya sudah terkenal
di seluruh Malaysia, malah mudah didapati di gerai makanan tepi jalan ataupun
restoran. Selain itu, burger “Ramly” juga telah terkenal di Singapura sebagai
makanan segera penduduk di sana. Ramly Food Processing adalah industri
bumiputera yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan
daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama “Ramly”. Produk “Ramly” yang
paling diminati oleh pembeli antaranya burger, nuget, frankfurter dan drummet.
9
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
Disebalik kejayaan Dato Ramli ini, beliau juga menghadapi banyak cabaran dan
halangan antaranya beliau pernah diperlekehkan oleh masyarakat mengenai
ideanya untuk membuka kilang pemprosesan makanan kerana bahawa usahanya
menjadi sia-sia kerana tidak dapat keuntungan yang banyak, siapa mahu beli dan
sebagainya. Selain itu, beliau juga pernah ditolak oleh pihak bank untuk membuat
pinjaman loan untuk pembukaan kilang pemprosesan makanan sejuk bekunya.
Namun, dengan berkat usahanya yang bersungguh-sungguh, beliau berjaya
membina sebuah kilang pemprosesan makanan sejuk beku hasil daripada simpanan
sendiri dan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad.
Dari situlah, beliau mula mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya.
(Dato Ramli Bin Mokni)
5) Proaktif
Proaktif bermaksud seseorang yang berinisiatif dan bertanggungjawab terhadap
tugas diberikan. Usahawan yang proaktif akan mengambilkan tindakan segara
seperti mencari peluang untuk membentuk persekitaran yang baru. Mereka akan
mencari maklum balas daripda pengguna sebelum pengguna membuat aduan dan
akan mencari penyelesaian yang sesuai untuk menambahbaikan produk
tersebut.Selain itu,Usahawan yang proaktif mempunyai sikap positif dalam
10
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
merancang dan mengawal tindakan yang dialkukan berdasarkan asas pengetahuan
mereka yang lebih jauh daripada jangkaan untuk menghasilkan produk atau idea.
Contoh usahawan yang proaktif ialah Datuk Wan Mohamad Sani
Salleh.Kejayaan beliau dapat dilihatkan pada masa kini.Sebelum beliau menjalankan
perniagaannya,Beliau adalah seorang model, penyanyi dan pelakon.Beliau
membuat satu keputusan iaitu meninggalkan popularity dalam dunia hiburan dan
melibatkan diridalam dunia perniagaan. Beliau memulakan perniagaannya dengan
membuka bengkel membaiki kenderaan di Kuala Lumpur dan Terengganu. Selepas
itu, beliau mula bergiat aktif dalam bidang pengangkutan. Beliau mengusahakan
perkhidmatan bas yang lebih baik berdasarkan pengalaman silam menaiki pelbagai
jenis bas. Melalui kajian terperici disertakan analisis dan susunan strategi yang
mantap membolehkan penubuhan syarikat Sani United Berhad stabil. Sani United
meningkatkan perkhidmatan dengan menukarkan Bus kepada Dua Deck (double
decker) dengan servis yang lebih baik kepada penumpang. Kini seluruh semenjung
Malyasia boleh mendapatkan perkhidmatan Sani Ekspres kerana berkembangnya
sistem perkhidmatan yang baik.
(Datuk Wan Mohamad Sani Salleh)
6) Berwawasan
Berwawasan bermaksud keupayaan seseorang melihat sesuatu atau situasi
yang orang lain tidak dapat melihat dan menjangka apa yang orang tidak dapat
11
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
menjangka .Usahawan berwawasan akan merancanga dan menetapkan matlamat
yang ingin dicapai untuk perniaggan mereka pada masa depan. Wawasan
dibahagikan kepada dua iaitu wawasan berjangka panjang dan pendek .Wawasan
akan membantu usahawan utuk mengelakkan lencongan. Dengan wawasan yang
jelas ,segala tindakan disasarkan untuk perniagaan akan dicapai .
Usahawan yang mempunyai ciri berwawasan ini ialah Dato’Aliff Syukri
Kamaruzaman. Beliau seorang usahawan yang berwawasan tinggi . Ciri wawasan
ini dapat dilihatkan apabila beliau menentapkan visi D’Herbs adalah untuk menjadi
sebuah syarikat single level yang mengeluarkan produk kecantikan dan kesihtan
dengan konsep terbuka dan lebih mudah serta ringkas sekaligus mempunyai sistem
yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan kualiti serta harga berpatutan.
Selain itu, beliau juga menetapkan wawasan syarikat sejajar dengan wawasan
kerajaan dengan misi yang telah ditetapkan dalam syarikatnya iaitu membantu
golongan wanita dan lelaki yang mempunyai masalah kesihatan tampil lebih yakin
dan bergaya. Selain itu, beliau berhasrat untuk menghasilkan 500 produk lain y pada
masa yang akan datang sebagai pilihan kepada pengguna.
(Dato’Aliff Syukri Kamaruzaman)
7) Kegagalan adalah satu pilihan
Kegagalan merupakan keadaan dan hal yang tidak mencapai kejayaannya
atau sasarannya. Dengan itu, kegagalan adalah perkataan yang membawa maksud
12
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
yang negatif. Namun begitu, untuk menjadi usahawan yang berjaya, kegagalan
adalah satu pilihan dan juga perkara yang tidak dapat dielakkan oleh seseorang
usahawan. Kegagalan juga merupakan satu batu loncatan untuk mencapai
kejayaan. Seseorang usahawanan yang berjaya haruslah mengenalpasti masalah
dan mempelajari pelajaran dari kegagalan untuk terus berkembang maju. Oleh itu,
kegagalan bukan berarti kita gagal, maka ini hanya berarti kita belum berhasil lagi.
Tokoh yang mempunyai ciri kegagalan adalah pilihan untuk berjaya ialah
Nicholas Woodman, penemu kamera GoPro. Beliau lahir dan besar di kawasan di
Silicon Valley, California. Nicholas sejak kecil dikenal sebagai peribadi yang aktif dan
gemar dengan kegiatan luar ruangan. Apabila beliau dewasa dan tamat
pelajarannya dari Universitas California, beliau mula menjalankan perniagaannya.
Beliau memulakan Funbug pada tahun 1999 sebagai platform permainan dan
pemasaran yang memberikan pengguna peluang untuk memenangi wang tunai
sebagai hadiah. Walaupun ramai pelabur yang melabur perniagaannya dengan
hampir $3.9 juta, namun belum genap setahun perniagaannya terpaksa gulung tikar
akibat mengalami banyak kerugian.
Untuk memberi nafas baru, Nicholas telah pergi ke Indonesia dan Australia
selama 5 bulan pada tahun 2001 dan pada masa ini juga merupakan idea GoPro
muncul. Sebagai seorang surfer, Nicholas terfikir untuk mencipta kamera yang
membolehkannya ikat pada pergelangan tangan dan merekod pergerakan, ombak
dan lain lain. Beliau mempunyai sokongan kewangan yang baik daripada
keluarganya untuk menghasilkan kamera ciptaannya. Ibunya melabur $32,000 pada
permulaan sementara ayahnya yang merupakan seorang pegawai bank pelaburan
juga melabur sebanyak $200,000 pada syarikatnya. Pada penghujung tahun
pertama, GoPro telah berjaya menjual keseluruhan kamera dan berjaya mendapat
keuntungan sebanyak $150,000. Dengan itu, Nicholas mengambil rakan sekolejnya
bekerja untuk membantu beliau memasarkan produk itu ke kedai kedai runcit
surfing.
Tidak lama selepas itu, pengguna mendapati kamera video ini bukan saja
boleh digunakan dalam air tapi juga di darat. Ini telah menyebabkan jualan GoPro
13
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
meningkat dan ia terutamannya dijual kepada pemain ski dan juga penunggang
basikal.
Selepas itu, penambahbaikan telah dijalankan untuk menjadikan kamera ini
bukan saja mampu mengambil gambar tetapi juga dapat merakam video serta audio.
Ini menyebabkan populariti kamera ini turut meningkat. Dengan ini, jualan pada
tahun tersebut merupakan $800,000 dan jualannya meningkat 4 kali ganda ke $3.4
juta pada tahun berikutnya.
GoPro juga menerima pelaburan luar antara 2010 dan 2012. Antara yang
menjadi perhatian ialah pelaburan sebanyak $200 juta daripada Foxconn pada
Disember 2012. Pelaburan syarikat elektronik China itu telah melonjakkan nilai
syarikat ke $2.25 bilion. Walaubagaimanapun, Nicholas masih memiiki saham
terbesar dalam syarikat dan berjaya disenaraikan dalam senarai Billionaire Forbes.
Kini, GoPro semakin kuat dan sahamnya di pasaran stok bernilai $48 iaitu
dua kali ganda harga IPO. Seri Hero 3 dari GoPro juga membawa kamera ini ke
babak baru. Tambahan pula, perusahaan media raksasa seperti Discovery Channel
hingga dunia kedokteran di Amerika telah menggunakan kamera GoPro untuk
mendokumentasikan kegiatan mereka.Hal ini membuat Nicholas Woodman menjadi
jutawan yang muda dalam versi terbaru majalah Forbes. Ini menunjukkan walaupun
beliau pernah mengalami kegagalan, namun kegagalan itu tidak menakutkan
Nicholas Woodman maka menjadi pengalaman yang berguna untuk menjalankan
perniagaannya pada masa depan.
14
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
(Nicholas Woodman)
8) Berorientasikan kepada Hasil
Berorientasikan kepada hasil adalah satu sifat dalam keusahawanan yang
hanya berdasarkan keputusan untuk mencapai matlamat tertentu sama ada
usahawan berjaya atau tidak. Sifat keusahawanan ini adalah berbeza daripada sifat
berorientasikan proses kerana mereka tidak melihat kepentingan proses dan
prestasi. Akhirnya, mereka tidak menang malah kalah dalam tangan pesaing. Dalam
kata lain, usahawan berorientasikan hasil hanya mementingkan kemenangan dalam
persaingan.
Selain itu, motif bagi usahawan yang berorientasikan kepada hasil adalah
keputusan yang mendatangkan keuntungan atau memperoleh hasil yang lumayan.
Usahawan yang berorientasikan kepada hasil akan sentiasa menyediakan
peesekitaran yang selesa kepada pekerja supaya mereka dapat bekerja dengan
baik dan menghasilkan produk yang berkualiti dan cepat. Selain itu, usahawan akan
memberikan hasil kerja yang terbaik kepada pelanggan supaya dapat meningkatkan
kepercayaan pelanggan dan jumlah pelanggan .
Oprah Winfrey lahir pada 29 Januari 1954. Sejak Oprah masih kecil lagi,
beliau telah melalui penderaan fizikal, kesepian dan kesedihan. Walaupun hidupnya
itu dipenuhi dengan ketidaksempurnaan kerana penderaan yang dilaluinya, beliau
tetap tabah menghadapi segala cabaran di dalam hidupnya. Seorang usahawan
wanita yang luar biasa dan mentor kepada wanita-wanita di seluruh dunia dengan
sikap kentalnya dan ketabahan. Oprah ialah seorang pengacara televisyen, pelakon,
penerbit dan dermawan Amerika Syarikat. Beliau paling dikenali dengan rancangan
temu bualnya The Oprah Winfrey Show, yang menjadi program paling tinggi rating
dalam sejarah dari tahun 1986 hingga 2011. Beliau dianggap oleh sesetengah pihak
sebagai wanita paling berpengaruh di dunia.
Pada tahun 1986, Oprah membentuk Harpo (“Oprah” dieja daripada
belakang) Productions Inc. Pada tahun 1988, beliau membeli sebuah studio di
Chicago dan mengambil alih hak milik dan pengeluaran “The Oprah Winfrey Show”.
Langkah ini oleh Oprah Winfrey menjadikan beliau antara wanita ketiga dalam
15
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
sejarah selain Mary Pickford dan Lucille Ball untuk memiliki dan menghasilkan acara
televisyen sendiri dan juga merupakan wanita pertama Afrika-Amerika untuk
memiliki syarikat produksi hiburan. Beliau menggunakan kebolehannya mengambil
alih Harpo Production daripada syarikat kecil yang hanya mempunyai 5 orang
pekerja hinggalah hari ini syarikat iru mempunyai sebanyak 430 orang pekerja. Pada
akhir 1990-an, Winfrey $415 juta ceramah empayar telah membuat dia wanita
terkaya di perniagaan acara televisyen dan salah seorang tokoh yang paling
berkuasa dalam industri televisyen. Resepi kejayaan beliau adalah mudah : “Ikut
naluri anda,” kata beliau dalam satu artikel majalah Ladies Home Journal. “That's
where true wisdom manifests itself.”
(Oprah Winfrey)
9) Budaya Terbuka (open culture)
Budaya terbuka adalah konsep yang mana pengetahuan hendaklah disebarkan
secara bebas dan meluas. Penyebaran pengetahuan ini adalah tidak terikat kepada
peraturan yang berkaitan dengan perlindungan undang-undang dan harta intelek
seperti pembangunan, penukaran yang telah sedia ada di atas perkongsian dan
kerjasama. Melalui pengetahuan mengenai budaya terbuka usahawan dapat
memahami perbezaan dan persamaan nilai-nilai etika yang diamalkan oleh
sesebuah masyarakat dapat membantu organisasi perniagaan untuk maju dan
mengembangkan perniagaannya sepanjang masa
Budaya terbuka mempengaruhi corak perilaku usahawan ke arah yang lebih baik
dan diterima masyarakat setempat di samping membawa organisasi perniagaannya
ke arah yang maju. Usahawan yang berfikiran matang dan bebas akan sentiasa
terbuka mindanya serta tidak mudah dipengaruhi oleh perkara-perkara yang tidak
sihat kerana usahawan adalah peneraju kejayaan sesebuah perniagaan. Beliau
mampu merebut dan menilai peluang dan menterjemah strategi dan usaha
perniagaan untuk faedah ekonomi dan keuntungan.
Usahawan yang mempunyai sifat budaya terbuka sanggup menerima teguran
daripada pihak lain, mudah diajak dalam segala masalah, bersedia berkongsi
maklumat berkaitan tugas serta bersedia untuk mendengar dan menerima pendapat
16
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
daripada mana-mana individu samaada daripada pekerja yang berjawatan tinggi
ataupun pekerja bawahan atau pekerja lebih muda juga harus diambil kira dalam
membuat sesuatu keputusan.
Tan Sri Dato' Loh Boon Siew iaitu Pengasas Boon Siew Honda telah memaparkan
sifat budaya terbuka. Datuk Loh membawa masuk motorsikal Honda ke Malaysia
dari Jepun. Datuk Loh telah melakukan kajian pasaran berkaitan gaya hidup dan
perbezaan budaya di negara Malaysia. Selepas kemerdekaan pada tahun 1957,
trend sosial rakyat pada ketika itu mula berubah. Rakyat Malaysia mula mengenali
motorsikal yang dibawa masuk oleh penjajah sebelum kemerdekaan. Namun rakyat
Malaysia yang tubuh badan bersaiz kecil tidak bersesuaian dengan motosikal
bersaiz besar yang dibawa masuk jenama Norton.
Pada tahun 1958. Datuk Loh telah melancong ke Jepun Pada ketika itu, Datuk
Loh ternampak sebuah motorsikal Honda‘cub’ yang bersaiz kecil dan ringan adalah
lebih sesuai dengan masyarakat Malaysia. Datuk Loh mengenalpasti peluang
perniagaan yang baru ini dengan menjual motorsikal Honda ‘cub’ di Malaysia. Datuk
Loh juga percaya bahawa mesin berkos rendah, amat berkesan akan mendapat
pasaran yang meluas jika dibawa ke Malaysia. Oleh itu, Datuk Loh mengatur
perjumpaan dengan Mr. Soichiro Honda, pencipta motosikal Honda , bagi mendapat
subsidiari Honda di Malaysia dan juga berjaya mempengaruhi pengeluar motorsikal
terbabit iaitu Honda Motor Japan Limited untuk melantik Datuk Loh sebagai
pengedar tunggal motorsikal
Menjelang tahun 1963, Honda Cub menjadi motosikal paling diminati di
Malaysia. Tan Sri Dato Loh Boon Siew sebagai orang pertama membawa masuk
motosikal Honda Cub ke Asia Tenggara. Kejayaan ini membuktikan bahawa Datuk
Loh sangat berfikiran terbuka dan kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga
dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus
meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10
tokoh usahawan terkemuka di Malaysia.
17
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
(Tan Sri Dato' Loh Boon Siew)
B. Tokoh yang mempunyai ciri-ciri usahawan berjaya iaitu Datuk Wira Dr. Maznah Hamid
Pendahuluan
Di Malaysia, sudah terdapat ramai usahawan yang telah menempa kejayaan
dalam bidang yang diceburi bahkan ada yang telah sampai ke peringkat
antarabangsa. Antaranya ialah Dato’ Siti Nurhaliza dengan produk kecantikan
jenama sendiri, pereka kasut terkemuka Dato Jimmy Choo, Dato’ Yusuf Haslam
dalam industri hiburan dan ramai lagi usahawan kebanggaan Malaysia.
Usahawan yang ingin kami ketengahkan kali ini ialah Datuk Wira Dr. Maznah
Hamid. Beliau merupakan anak kelahiran Kedah yang lahir pada 18 April 1955.
Beliau merupakan seorang wanita berkeluarga dan hasil perkahwinannya bersama
Haji Shaheen Mirza Habib, mereka telah dikurniakan lima orang cahaya mata.
Secara ringkas mengenai sejarah kehidupan beliau, Dr Maznah Hamid mendapat
pendidikan awal di SK Ayer Hitam, Kedah dan seterusnya menyambung zaman
sekolahnya di SM Ayer Hitam. Setelah tamat zaman persekolahan, beliau
melanjutkan pelajaran dalam bidang linguistik di Pusat Bahasa, CML. Beliau tidak
mengehadkan pendidikan dan sentiasa memperluaskan ilmu pengetahuan sehingga
berjaya menggenggam Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang
18
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
Keusahawanan Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State
University of New York.
Datuk Wira Dr Maznah Hamid juga merupakan Pengerusi Eksekutif Kumpulan
Securiforce yang dibangunkan dengan hasil keringat beliau sendiri. Beliau telah
bertungkus lumus untuk membawa nama Securiforce sebagai sebuah syarikat
kawalan keselamatan yang dahulunya tidak dikenali dan kini menjadi antara syarikat
yang terbesar di Malaysia menyaingi lebih 400 syarikat lain. Kini beliau boleh
berbangga dengan kejayaan membangunkan 65 buah cawangan dan sedang
menempa nama di pasaran antarabangsa. Dr Maznah Hamid merupakan seorang
usahawan yang mempunyai pakej ciri-ciri keusahawanan yang cukup lengkap.
5 ciri-ciri keusahawanan
i. Pemerhati (observant)
Antara ciri yang dimiliki beliau ialah Dr Maznah Hamid merupakan seorang yang
pemerhati(observant). Hal ini kerana sejak awal penubukan Securiforce, beliau telah
aktif mengenalpasti dan meyesuaikan diri dalam situasi yang bakal ditempuhi. Dr
Maznah pernah menceritakan pengalaman beliau sebelum menubuhkan
Securiforce, beliau telah berkerja sebagai juru bahasa persendirian di syarikat-
syarikat multinasional dan sering berkunjung ke kediaman orang-orang kenamaan.
Dari sini bermulanya idea beliau untuk membuka syarikat membekalkan kawalan
keselamatan kerana beliau dapati setiap rumah golongan atasan mempunyai
pengawl keselamatan dan pengawal peribadi. Perkara tersebut membuatkan beliau
merasakan golongan kenamaan tersebut ialah golongan sasar yang pasti
mendapatkan perkhidmatan sedemikian.
Seterusnya, sikap pemerhati dalam diri beliau sekali lagi ditojolkan apabila
beliau melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa. Oleh kerana beliau dapati
syarikat luar negara pasti akan mendapatkan khidmat pengwal keselamatan dari
kalangan mereka, maka Dr maznah memperkenalkan Securiforce Logistik yakni
19
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
agen penghantaran darat, laut dan udara yang memiliki cawangan di Singapura,
Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Jelaslah bahawa beliau berjaya menilai
keperluan di sesuatu tempat dan berjaya memenuhi permintaan tersebut
ii. Kegagalan sebagai satu pilihan
Ramai yang tidak mengetahui bahawa terlalu banyak dugaan yang perlu dilalui
oleh Datuk Dr Maznah Hamid dalam memajukan perniagaanya. Dr Mznah
dibesarkan dalam keadaan miskin oleh neneknya dan perkara tersebut menjadi
pembakar semangatnya untuk terus berjaya. Pada awal permulaan perniagaanya,
dia hanya mempunyai wang simpanan sebanyak RM 5000 memandangkan beliau
gagal mendapatkan pinjaman bank, wang itulah yang digunakan untuk memulakan
perniagaan. Beliau dan suami telah mengambil alih sebuah syarikat keselamatan
dan menamakannya Securiforce Sdn Bhd. Pada awal penubuhan syarikat tersebut,
beliau hanya mempunyai lima orang pelanggan. Demi meneruskan juga perniagaan
tersebut beliau telah menjual kediamannya dan menetap di kawasan setinggan
bersama suaminya. Bagi beliau, kepayahan dalam kehidupan itulah merupakan
pendidik paling berkesan kerana beliau bermula dari bawah jadi keperitan itu
merupakan lumrah perniagaan.
Dr Maznah juga menyatakan bahawa beliau sendiri pernah menjadi pengawal
keselamatan di sebuah pasar raya bagi menggantikan pekerjanya yang bercuti.
Manakala suaminya pula melakukan tugas rondaan keselamatan di rumah orang
kenamaan. Bagi beliau, kepayahan dan pengalaman berada di ambang kegagalan
tersebut yang akhirnya menyebabkan pihaknya kini berjaya menyediakan sistem
keselamatan yang canggih dan menyeluruh.
Kini Securiforce mempunyai 65 cawangan seluruh negara dengan 5000
kakkitangan dan telah menembusi lebih 10 buah negara.
iii. Proaktif
Proaktif sering dikaitkan dengan tindakan mengealpasti dan mengambil peluang
yang ada. Datuk Dr Maznah Hamid dilihat aktif memngun dan mengembangkan
20
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
perniagaanya walaupun menghadapai kesulitan terutama untuk mendapatkan
kepercayaan pelanggan memendangkan beliau seorang wanita tetapi
mnegusahakan perkhidmatan kawalan keselamatan.
Bermula dengan hanya membekalkan pengawal keselamatan di bawah syarikat
Securiforce di dalam negara, kini beliau telah membuka cawangan di luar negara
seperti di Singapura, China, Korea dan Jerman. Tambahan pula kini syarikat
Securiforce telah mempelbagaikan perkhidmatan mereka dengan memperkenalkan
Securiforce Logistics Sdn Bhd dan Securiforce Transport Sdn Bhd. Hal ini kerana
beliau melihat keperluan perkhidmatan Kargo melalui udara, laut dan darat jadi
beliau menubuhkan Securiforce Logistic. Bagi memenuhi permintaan dari pihak bank
misalnya, Securiforce Transport menawarkan perkidmatan pemasangan CCTV, van
kalis peluru, electronic card access system dan sebagainya.
iv. Jaringan (networked)
Walaupun telah dikenali dalam dunia keusahwanan, namun Datuk Dr Maznah
Hamid amat mementingkan jaringan dalam kehidupan sosialnya dan perniagaanya.
Beliau bergiat aktif dalam parti politik sejak 1998 dan antara jawatan yang dipegang
beliau ialah merupakan Ketua Wanita UMNO Cawangan Ayer Hitam. Beliau juga
pernah menjadi Pengerusi Biro Pembangunan Usahawan Pergerakan Wanita
UMNO Negeri Kedah. Justeru, beliau amat dikenali dalam parti politik dan dihormati
kerana pencapaian yang membanggakan. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa Dr
Maznah membina rangkaian secara berterusan tanpa mengira siapa dan di mana.
Selain melalui parti politik, kemunculan beliau dalam media elektronik yakni radio
dan televisyen juga meningkatkan populariti beliau sebagai seorang tokoh usahawan
yang disegani. Apabila seseorang usahawan itu dikenali, dari sini sebenarnya
bermula kepercayaan masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatannya.
v. Berani mengabil risiko
21
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
Dato’ Wira Dr Maznah Hamid disegani bukan sahaja kerana berjaya
membangunkan Securiforce sehingga ke pasaran antarabangsa tetapi juga kerana
beliau seorang wanita yang berani mengambil risiko menceburi bidang yang
melibatkan keselamatan. Secara logiknya perkidmatan kawalan keselamatan
dimonopoli oleh kaum lelaki tapi ini tidak menghalang beliau untuk meneruskan
impiannya. Kini beliau merupakan pengurus yang mengetuai pekerja yang
majoritinya adalah lelaki dan dikelilingi ratusan senjata api dan kenderaan
keselamatan kalis peluru.
Terbaru, beliau telah menceburkan diri dalam bidang hartanah yang dilihat agak
berisiko. Namun beliau telah membukikan kejayaan dalam bidang tersebut melalui
anak syarikatya, Danau Lumayan Sdn Bhd yang merupakan pemaju hartanah yang
aktif membangun di Bandar Tun Razak, Cheras. Risiko terbesar yang diambil beliau
ialah menubuhkan Danau Lumayan tanpa sebarang bantuan pihak bank dan kini
Danau Lumayan telah berjaya dalam projek membina 3,500 unit rumah kedai dan
900 unit kondominium di Bandar Tun Razak. Perkara ini bukan sahaja membuktikan
kejayaan beliau dalam bidang selain perkhidmatan kawalan keselamatan tetapi
membuktikan bahawa keberanian mengambil risiko adalah salah satu kunci bagi
kejayaan.
Konklusi
Secara kesimpulannya, diharapkan semua kejayaan yang dikecapi wanita
bernama Dato’ Wira Dr Maznah Hamid ini dapat dijadikan pemangkin dan inspirasi
bagi usahawan yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan atau apa sekali
bidang. Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah kebesaran persekutuan dan
negeri seperi Ahli Mahkota Kedah(AMK) pada tahun 1991, Dato’ Setia Diraja
Kedah(DSDK) pada tahun 2001 dan Jaksa Pendamai pada tahun 2008. beliau juga
telah mendapat gelaran ‘iron lady’ kerana semua kejayaan yang berjaya diraih beliau
dehingga membawa jenama wanita Malaysia ke peringkat antarabangsa.
22
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
(Datuk Wira Dr. Maznah)
PENUTUP
Konklusinya, kita sedia maklum bahawa dunia perniagaan pada hari ini
menjadi semakin kompleks dan mencabar terutamanya dengan ekonomi negara
yang tidak menentu. Bagi memastikan perniagaan yang diusahakan mengecapi
kejayaan, para usahawan perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan
maklumat-maklumat perniagaan. Selain itu, usahawan boleh mencontohi tokoh-
tokoh usahawan yang berjaya dengan mengaplikasi ciri-ciri tokoh usahawan dalam
kehidupannya kerana usahawan dapat dibentuk melalui proses pembelajaran dan
latihan berdasarkan modul yang teratur. Usahawan yang berjaya sering mengambil
iktibar dari kesilapan diri sendiri dan orang lain untuk dijadikan sebagai panduan
dalam perniagaan mereka.
Adalah diharapkan agar para usahawan atau bakal usahawan di Malaysia
menjadikan tokoh-tokoh usahawan berjaya sebagai idola dan pembakar semangat
23
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
untuk terus mengembangkan perniagaan. Perkara yang menyedihkan hari ini adalah
apabila banyak usahawan muda yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan
akhirnya tewas kerana kurangnya ilmu dan strategi perniagaan.
RUJUKAN
Janet Lowe.1998.Oprah Winfrey Speaks. Canada : John Wiley & Sons, Inc
Ab. Aziz Yusof. 2000.Usahawan dan Keusahawanan Satu Penilaian. Selangor :
Prentice Hall Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.
Ab. Aziz Yusof. 2013. Usahawan Cemerlang. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.
http://keusahawanant.blogspot.my/2015/10/budaya-terbuka-open-culture.html
https://allaboutentreprenuers.wordpress.com/2015/11/15/9-ciri-ciri-keusahawanan/
How ah foon . (2016) http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/08/14/boon-
siews-legacy-lives-on-more-than-two-decades-after-his-passing-the-word-and-
business-philosophy/
24
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
http://www.hongkiat.com/blog/fail-to-succeed-billionaires/
http://www.inc.com/nick-woodman/inc-live-gopro-dont-take-logical-path.html
http://www.thevocket.com/bagaimana-founder-gopro-nicholas-woodman-menjadi-
billionaire/
Raja Maimon Raja Yusof . 2002. Ciri-ciri keusahawanan dan amalan pengurusan di
kalangan pengurus koperasi di Malaysia. Petaling Jaya : Kerjasama Malaysia
Maznah hamid. (2002). Motivasi memburu kejayaan, kebahagiaan, kekayaan Kuala
Lumpur. Maznah Motivational Centre
https://www.maxmanroe.com/nicholas-woodman-kisah-sukses-founder-brand-
kamera-fenomenal-gopro.html
http://meyentrepreneurshipwork.blogspot.my/
http://asas16.blogspot.my/2016/05/normal-0-false-false-false-en-us-ja-x_81.html
Kisah kejayaan Ikon Business Malaysia – Datuk Maznah Hamid
file:///C:/Users/Aima/Documents/entrepreneur/Kisah%20Kejayaan%20Ikon
%20Business%20Malaysia%20-%20Datuk%20Maznah%20Hamid%20_%20Matrik
%20Utama%20Sdn%20Bhd.html
http://kumpulanabsade1013.blogspot.my/2015/10/ciri-ciri-usahawan-yang-
berjaya.html
http://studentscorner96.wixsite.com/asaskeusahawananuum/single-post/
2015/11/11/20-Ciriciri-utama-untuk-menjadi-usahawan,11
25